Wednesday, 14 September 2016

Penjagaan 'Extra' Semasa Membeli Belah Bersama Anak Elak Kejadian Anak Hilang

Kisah berlaku Sabtu lepas - 10/9/16 si Giant Sek 13, Shah Alam. Kisah berlaku depan mata, agak seriau jugalah. Al kisahnya saya appointment dengan bakal pengguna set barsalin Shaklee di Subway dalam Giant tu. Macam biasa saya sampai jam 10.30 walaupun kami janji dalam kul 11.30 pagi. Jadi disebabkan kami sampai awal, Firas pun main-main lah dulu kat playground dalam Giant tu. Playground tu terletak tengah-tengah antara KFC dan Subway. Nak dijadikan cerita dalam dok tunggu Firas main, dan tunggu bakal customer saya datang saya di datangi seorang ibu yang tengah mengandung dengan dua anak lelakinya.

"Dik tumpang tanya, ada nampak budak perempuan pakai tudung Frozen tak? Tinggi dia lebih kurang macam ni sambil (tunjukkan aras paha dia)".

"Takde lah kak. Anak akak hilang ke?"

Tanpa jawab pertanyaan saya ibu tadi pergi ke pintu keluar berdekatan Subway. Sambil matanya melilau lilau mencari anak perempuannya. Dalam hati saya terdetik Ya Allah, jangan lah anak dia kena culik. Mungkin sebab masih awal pagi orang dalam Giant pun tak ramai sangat. Saya nampak muka ibu tu mula cemas dan berpusing pusing cari anak perempuannya.

Saya cakap dengan my inchce suami, ada orang hilang anak. Awak tolong laa cari kot-kot nampak orang yang mencuriga kan. Awakkan ex SIO. Serius masa tu dalam kepala saya dah terlintas macam-macam walaupun hati mengharapkan budak tu tidak diculik. Lantas suami saya bangun, cewahhh gaya tipical polis pencen hahaha pandang kanan kiri. Lepas tu dia pun ikut lah ibu yang cari anak tadi dari jauh. Kemudian dia datang balik tanya saya umur budak tu berapa pakaian macam mana. So saya pun explain la ikut ciri-ciri yang si ibu cakap tadi. Suami saya pergi ke pintu masuk utama tinjau-tinjau kot laa ada budak menangis ke apa ke. Lepas tu saya pasang telinga dengar dua anak lelaki si ibu tadi tu tanya 
"Mama adik pergi mana"
"Diam lah. Ish mana laa si xxx (nama tak jelas) ni pergi." 

Saya perhatikan mata si ibu dah mula berkaca. Terus saya cium Fawwaz yang tidur dalam stroller. Memang rasa takut, tasa sayu semua ada. Saya panggil Firas keluar dari playground, dan ikut si ibu tadi dari jauh. Keeepochi nak tau kan, hahaha. Tapi sebenarnya saya nak tolonh jugak. Si ibu ke sana ke mari mencari. Saya pandang suami yang berdiri kat pintu masuk utama, dia menggelengkan kepala. 

Tak lama lepas tu saya nampak si ibu menuju ke arah saya dengan membawa anak perempuannya. Berbaju pink dan bertudung pink Frozen. Ya Allah syukur lah. Nasib baik si anak bertemu juga dengan ibunya. Kecik comel je si anak perempuan tu. Tak boleh bayangkan kalau saya mau saya dah menanggis nangis kat situ jugak. Si anak perempuan pun nampak cuak je muka. Yang abang dia sibuk tanya adik pergi mana tadi. Seram sejuk saya yang menyaksikan apatah lagi si ibu tu kan. Dengan macam-macam kes sekarang ni, Nauzzubillah. Bila nampak je si ibu dah jumpa anak perempuannya, saya bagi isyarat kepada suami so dia tak perlulah jadi polis pencen kat pintu tu kan hahaha.

Kita sebagai ibu bapa kenalah lebih berhati hati bila bawa anak ke mana-mana. Demi Allah masa si ibu bertanya pasal anak perempuannya hilang tu berderau darah, panas sejuk (seram sejuk ) badan terkejut. Saya tak sanggup nak tengok tragedi seorang ibu kehilangan anak depan mata. Semoga kejadian ni dapat saya jadikan iktibar pada, dan harap anda juga dapatlah jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Senakal atau seaktif manapun anak kita, pastikan kita sentiasa pegang mereka. Takde ibu bapa yang mahu kehilangan anak mereka kecuali orang yang tak berhati perut buang anak sendiri tu. Saya tak salahkan si ibu tadi, mungkin dia ingat abang-abangnya jaga adik sebab di tangan dia ada beberapa plastik giant, ye lah dia pun tengah mengandung kot. Benda nak jadi sekelip mata sahaja kan. Syukuri dan jagalah amanah Allah dengan sebaik mungkin. Ginilah naluri seorang ibu, seakan dapat merasai penderitaan wanita bergelar ibu.

Ketika membeli belah tumpuan ibu bapa terbagi kepada anak-anak dan fokus apa yang nak dibeli. Jadi disitulah perlunya 'extra' hati-hati. Kalau ibu perlu jadi singa pun jadilah asalkan anak-anak tak berada jauh dari pandangan mata kita. Kalau perlu cubit puj cubit lah asalkan anak jangan jauh dari kita.





Sunday, 28 August 2016

Transfer ke Kuching atau ke Kota Kinabalu?

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Macam-macam dugaan pulak datang bulan Ogos ni. Bermula dengan arahan pertukaran saya ke Kuching pada awal bulan, disusuli pulak arahan pertukaran my inche suami ke Kota Kinabalu. Hattuuu diaaaa. Berderet-deret Allah bagi hadiah. 

Berita pertukaran post saya ke Kuching memang buat perasaan bercampur baur. Suka dan tak suka. Haaa acaner tu, acaner tuuu. Suka sebab kerja kan...tak suka sebab tak sanggup nak berjauhan dari suami. Dannnn tiada rayuan diterima untuk pertukaran tu. So selepas bincang-bincang, timbang tara baik buruk dengan suami sekali lagi saya ambil keputusan melepaskan kerja tersebut huhu. Ini kali ke2 saya melepaskan jawatan disebabkan majikan hantar ke kawasan lain. Masa kerja dengan Yayasan Sejahtera dulupun saya melepaskan jawatan sebab dipaksa ke Kelantan. Walaupun dipindahkan ke negeri kelahiran sendiri, saya tak berapa happy sebab my inche suami tak boleh pindah. So, saya berkorban demi anak. Tak nak lah anak saya berjauhan dengan papa dia. Duit boleh dicari, tapi ikatan dan kasih sayang lebih penting. Lagipun saya ada pilihan lain dengan buat bisness Shaklee. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya. Hampir 3 tahun saya buat bisness Shaklee full time, tiba-tiba dapat tawaran masuk kerja gomen walaupun post kontrak jadi my inche suami advised supaya terima, so sebagai isteri solehah dan mithali (sangatttt  kan) saya pun terima. Lagipun saya suka post tu...berkaitan dengan research, ada bau bau belacan bidang sains sukan juga...hehhhh memang bidang ai leee tu. Barulah kena sarjana muda sains sukan dan sarjana pentadbiran awam, fuhhh akhirnyaaa. Tapi kan perancangan Allah itu lebih baik, elok je lepas raya dpt arahan post saya sebenarnya di Kuching, bukannya di HQ Putrajaya. Haddoiiii senak otakkkkk, bulan Ogos sila lapor diri. Sedih yahamattt tau...Ok pendekkan cerita biarlah demi keluarga ku, aku berkorban sekali lagi. Chewahhhhh. Saya sebenarnya tak sanggup dan seboleh bolehnya taknak anak2 jauh daripada papa dia. Takde rezeki untuk post jawatan itu. Redha ajelah. Tidak mengapalah, Kuching akan tetap dalam kenangan. Waktu bertugas di UM dulu selalu jugak ke Kuching atas urusan kerja. Jadi tidak lah orang kata tak pernah jejak kaki ke Kuching kan hAhaha. Meh layan sekeping gambor dengan mood terobek masa selim melim di bandar Kuching hahahaha.

Baru Balik Meeting dengan Sarawak State Planning Unit (SPU) masa. 

Tak kisah dan taklah risau sangat walaupun berhenti kerja, sebab bisness Shaklee kan ada, masih boleh dapat income juga. Syukur!!!! Oh yerr sapa nak belajar cara menjana income dengan Shaklee boleh cari saya yer. Saya boleh tunjukkan caranya nak buat bisness secara full time atau part time. Modal kecik je uollssss.

26 Ogos suami pulak dapat arahan ditukar kan ke Kota Kinabalu (KK). Ya Allah, rasa macam dihempap batu. Oh noooo, terus mak bermasam muka kejap dengan inche suami hahaha. Entah kenapa hati berat nak pergi- maybe sebab di KK tiada saudara masa saya. Sabah negeri kelahiran inche suami of course laa dia suka kan. Nak tak nak sekali lagi sebagai isteri solehah dan mithali saya pasrah dan redha dengan keputusan suami. Ya Allah tentunya ada hikmah besar yang bakal Engkau berikan kepadaku. Ayat memujuk hati kannn. KK pun bukanlah asing buat saya. Banyak kali dah sampai KK. Malah hampir semua daerah di Sabah tu saya dah jelajah walaupun saya orang Kelate. Dan paling best inche suami yang Sabahan ni pula banyak tempat belum sampai haha. Jangan terkejut di sendiri belum pernah sampai Pulau Mabul atau Pulau Sipadan hahaha. Ok part ni saya menang hahaha. Syukur diberi rezeki menjelajah negeri orang masa bekerja di UM dan Yayasan Sejahtera dulu.

Jadinya, selepas ini saya akan bermastautin di KK untuk tempoh tak tahu berapa lama huhuhu. Sekali lagi diingatkan yer isteri Solehah dan Mithali kan hahahaha. Untuk sedapkan hati sendiri ok lah duduk KK nanti boleh beli perabot jati bebanyak. Ehh apa kena mengena yer??? Ok kita tunggu dan lihat.

Babaiiii





Thursday, 25 August 2016

Hilangnya Kewarasan Manusia-Bayi Dijumpai Ditempat Pembuangan Sampah.

Bismillahhirrahmanirrahim. Sebak dada memaksa saya bingkas bangun. Mata sukar untuk lelap bila asyik teringatkan berita tentang bayi yang dijumpai hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Papar Sabah. Hati seakan ditoreh-toreh baca berita tersebut. Baca berita penuh di sini http://www.hmetro.com.my/node/161567

Jem otak saya bila fikir kenapalah bayi yang tak berdosa diperlakukan sedemikian. Bayi yang baru dilahirkan, masih bertali pusat dibuang tanpa belas!!!! Manusiakah yang sanggup buat begitu? Seakan terbayang betapa mulusnya wajah kecil yang baru menjengah dunia, masih terngiang tangisan si kecil minta dipeluk. Bikin bergenang air mata, sebu dada macam nak maki je orang yang tergamak buat begitu. Hilang sabar kejap oiii baca!!!!

Kalaupun bayi tu tak diundang kehadirannya, perlu kah dibuang ditempah sampah hingga terbakar rentung? Mungkin hilang kewarasan untuk menutup malu. Tapi malu tu kome yang cari sendiri ooiii. Adeh saya ter emo lebih.... Orang yang dah kawin nak dapat anak sanggup usaha macam-macam cara untuk dapatkan anak. Tapi ada orang yang Allah suburkan rahimnya sanggup pulak buang anak sendiri, bukan setakat buang tapi bunuh!!! Meskipun jika bapanya tidak mahu bertanggung jawab, sebagai seorang ibu sanggup ke buat anak kita begitu. Mungkin si pelaku tidak merenung ke anak mata bayi tersebut dulu ni huhuhu. Selalunya hati kita cair bila tengok mata baby, kasih sayang akan mengalir... Jika pun tidak mahu bayi yang dianggap tidak diundang itu kenapa tidak diberikan kepada orang lain? Apa hak kita sebagai manusia untuk mencabut nyawa bayo tuuu. Sungguh saya tak mampu nak fikir...ada manusia sanggup buat begitu.

Benarlah kata orang di kalangan manusia ada yang bersifat binatang... Dan ini salah satu daripadanya. Memang berita pembuangan bayi sering berlaku, seakan ianya tiada penghujung. Selagi adanya pergaulan bebas, adanya masalah sosial, maka isu ini akan terus berlaku. Tapi kenapa tiada kesedaran? Adakah buang bayi tu langkah terbaik atau penyelesaian terakhir kepada mereka yang terlanjur? Masih mahu menambah dosa? Aduhhh bermacam persoalan berlegar dalam kepala. Entah kenapa kali ni saya makin sensitif bila melibatkan bayi. Saat baca berita tu air mata bergenang (mak enon sangat kan hahaha), naluri keibuan mungkin! 






Wednesday, 24 August 2016

Dia Ingat Kita Cinta Ke Tulis Surat!!!!

Kecoh laa sepanjang minggu lepas orang dok share kat facebook tentang episod 'Berbalas Surat Antara Lin Dan Dengan Chong Wei'. Uish panjang berjela kan surat tu. Hehehehe. Sejujurnya saya baru baca kedua-dua 'surat' tersebut di facebook. Comel je ayat-ayat dalam 'surat' tersebut. Harus saya akui terdetik dalam hati betul ke Lin Dan tulis surat tu hahaha. Tapi saya tak kisah lah betul atau tidak. Baca tanpa perasaan je hehehe. Lepas tu gigih pulak baca balasan 'surat' dari Chong Wei hahahahaha. Dalam hati amboi bukan main lagi aihh depa ni. Dan saya ingatkan isu surat ni selesai. Walaupun terpalit sedih gak laa dengan balasan surat Chong Wei tu hahahaha. Ayat tak boleh blah (lebih kurang cam ni) 'saya mempunyai banyak koleksi pingat perak' adehh berlubang jantung kita baca tau hahahaha. Pandainya menyulam ayat!!!!

Tup-tup, semalam bila press mintak Chong Wei ulas isu ni rupanya isu tu sengaja di ada-adakan. Wallahhhhhhhh tertipooo sudah kita semua hahahaha. Paling best bila Chong Wei jawab "dia ingat kita cinta kaa tulis-tulis surat...mana ada" sambil geleng kepala. Ringkas, padat, kelakar dan reaksi muka yang cute!!!! Hahahaha. Terubat rasa kasihan pada DLCW dia senyum cenggitu hahaha. Nah tengok reaksi dan penafian DLCW di sini https://www.facebook.com/AstroAWANIEnglish/videos/1170815252940273/

Moral of the story, manusia sekarang suka sangat mengada-ngadakan cerita  mensensasikan berita. Mungkin reporter atau mungkin pahlawan papan kekunci ni suka untuk menarik perhatian orang barangkali. Apapun tujuan sebenarnya mereka sahaja yang tahu. Semua nak jadi hero barangkali- nak jadi orang pertama menyebarkan berita sensasi hahaha. Apapun itulah cabarannya dunia tanpa sempadan dan kecanggihan teknologi masa kini. Berita lebih pantas disebarkan melalui media sosial dan internet.




Monday, 22 August 2016

Terima Kasih Nurse dan Doktor Wad Bersalin PPUM

Bismillahhirrahmanirrahim, fuhh kekok pula rasanya nak menulis blog lepas dah lama menyepi dek tangan keras kejung lantaran takde idea miahahaha. Kalau nak senaraikan alasan sunyi sepi memang berjela-jela lah jawabnya kan. So jalan singkat toksah dok cakap apa satu jaaa alasannya malas hahahaha! 

Ok nak update lah kan kepada pembaca sekelian chewahh macam ramai pembaca kan hehehe saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 March 2016. Alhamdulillah both of us sihat walafiat. Kali kedua bersalin pun secara c-section atau dengan kata lain bersalin secara pembedahan! Auuuwew ngeri kan sesetengah ibu dengar. Tak mengapalah rezeki Allah bagi untuk tambah zuriat walaupun kita bersalin secara c-section. Eheeee siapa cakap rugi tak rasa sakit bersalin??? Masa anak 1st saya dah merasai sakit bersalin lebih 24jam sebab doc induce untuk paksa bersalin normal tapi sampai ke sudah jalan baru terbuka 6cm, so end up tolak masuk bilik bedah. Mana-manalah normal atau dibedah janji ibu dan anak sihat.

Muhammad Fawwaz nama diberi. Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya  (PPUM).

Ni diaaa baby sejurus lepas keluar dari bilik pembedahan




Pernah dengar orang cakap servis PPUM teruk sebelum ni, tapi pengalaman saya sendiri semua nurse dan doc di PPUM tu memang ramah mesra. Jagaan nurse pun memang bagus. Rezeki saya, dua kali bersalin di bedah oleh doc perempuan Islam. Masa dalam ward pun dirawat oleh doc perempuan, syukur sangat. Nasihat saya jangan lah  cepat mengatakan servis sesebuah hospital tu teruk kalau anda sendiri tak  melaluinya. Saya bersalin di hospital kerajaan. Anak 1st di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kali ni PPUM pula. Dua-dua pun terbaik servisnya. Takde lah kejadian nurse perli/tengking/marah pesakit. Kalau marah sikit-sikit tu biasalah sapa suruh tak ikut arahan nurse atau doktor kan hehehe. Kiranya layanan memang best, baik di PPUM ataupun di HKL. Siapa cakap spital gomen low class??? Dua kali saya bersalin duduk dalam bilik ber aircond, 4 orang satu bilik. Kalau PPUM memang semua patients duduk dalam bilik. So saya tak tau yang mana 1st class, mana low class nya hehehe. 

Ni lah bilik saya sebelum bersalin

Makanan hospital pun sedap katanya Firas hehehe

Ok saya share sikit untuk ibu-ibu yang bakal bersalin jika anda memilih PPUM sebagai tempat bersalin, jika bernasib baik baby kita akan di tahnik kan oleh ustaz dari masjid PPUM. Menurut nurse 3kali seminggu ustaz akan datang ke ward bersalin untuk tahnik kan baby Islam yang baru lahir. Dan memang rezeki Fawwaz, hari kedua lahir, hari Jumaat ustaz datang dan tahnik kan dia. Air zamzam, kurma dan sedikit garam kalau tak silap saya. Ibu-ibu siap dapat goodies sumbagan AJK Masjid PPUM. So ibu-ibu tak payah dah nak pening kepala nak bawak baby jumpa ustaz atau orang alim untuk tahnihkan mereka kan. Untung kan hehehe. Terubat sikit rasa sakit dan ngilu bersalin tu hehehehe. Terima kasih pihak PPUM.

Memang kalau ikut arahan kanak-kanak bawah usia 12 tahun tak dibenarkan masuk, tetapi semua tu boleh dibawa berunding. Pihak hospital pun faham, kalau macam saya ni mak ayah takde nak jaga anak sulung, jadi suami terpaksa lah heret anak sulung yang berusia 5 tahun ke ward sebab takde siapa nak jaga. Mintak kebenaran bagi tau elok-elok, mereka bagi masuk tapi dengan syarat JANGAN BISING hehehe.



Ermm itu lah antara pengalaman bersalin di PPUM. Saya terhutang budi dengan nurse dan doktor wad bersalin PPUM. Terima kasih atas khidmat dan jagaan mereka semua. Terbaik, terbaik, terbaik. Itulah yang saya boleh katakan. Pengalaman dalam bilik bedah pun nak di kongsi ke? Ada ke orang yang nak tau ni? Hehehe. Mungkin saya akan cerita lain kali itupun kalau ada yang nak tau laa kan hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...