Wednesday, 26 June 2013

Vivix : Menyembuhkan Luka Yang Sangat Berkesan

OK hari ni rasa-rasanya nak story mory tentang Vivix shaklee. Yup, jika diikutkan harga Vivix ni tergolong dalam harga yang mahal. Tetapi jika kita tahu akan khasiatnya, tentulah kita akan jatuh hati dengan produk ini.

Saya mula membeli vivix untuk menyembuhkan luka kaki adik ipar saya yang terlibat dengan kemalangan pada Februari lalu. Mmg kalau ikutkan adik saya dan suami nya tak mampu nak beli vivix maklumlah sejah Feb-May adik saya terpaksa cuti tanpa gaji untuk menjaga suaminya itu. Kami 4 beradik dan Kak Ma (ibu saudara) ni dah yatim piatu, so kalau saya tidak berbuat baik dengan adik beradik saya siapa lagi kan. Sejak kedua ibu bapa meninggal, kami banyak terhutangbudi dengan Kak Ma dan suaminya. So bila saya dah kerja dan ada wang tambahan, saya seboleh-bolehnya tak nak menyusahkan Kak Ma lagi. Berbalik pada vivix tadi, dengan bonus shaklee saya belikan vivix dan bermacam supplement lain untuk adik ipar saya tu. Memang pada mulanya adik saya agak memandang rendah pada vivix, sekali sekala sahaja dia bagi suaminya minum.

Bulan May lalu adalah promo utk vivix, dan pada masa tu adik saya mmg risau sebab kaki suaminya masih belum dpt dioperate. Uishh lama kan. Siapa yang tak risau, tambahan luka tersembunyi di kaki suaminya menyebabkan dia bertambah risau. Nak dijadikan cerita, dia baca byk testimoni yg saya share di fb tentang vivix, so dia pun sambung balik bagi suaminya minum vivix. Memang luka di kaki suaminya dalam dan besar, so operation tangguh lagi, ada diabetic lagi tu. Allah itu maha kuasa, adik saya takl ada pilihan lain dan terus lah bagi vivix sebab kakaknya ni asyik membebel aje. Selepas seminggu dia kasi vivix luka di kaki suaminya makin mengecut. Barulah adik saya yakin dengan vivix bia tgk luka kaki suaminya mengecut. Time tu dia terus berhenti minum gamat lah, mcm2 lagi lah supplement. Hehehehe. dia terus order sebotol lagi vivix, dan saya yakin rezeki saya akan bertambah bila saya banyak bersedekah. Dan ini lah gambar luka di kaki adik ipar saya tu...tak tipooo tau hahahaha.



Pada 18 or 19 June (loopa lah pulak hahaha) adik ipar saya sudah dioperate di hospital Taiping, dan doc ckp kakinya kan jadik pendek sebelah disebabkan tulang yg patah dan hancur dah terlalu lama. Sedeh lah pulok dengor...

Untuk penyembuhan berterusan luka operate tu saya cadangkan adik saya teruskan bagi vivix 2sudu setiap hari supaya luka tu cepat sembuh. Nasib baik kali ni dia dah yakin dengan keajaiban vivix hahahaha. Dan ini lah gambor kaki selepas operate... tu ngilu dan menyakitkan mata yang memandang huhu. Pergh semalamam selepas keluar OT tu darah tak henti-henti mengalir, Allahuakbar sakitnya..Adik saya terus kan kasi suaminya vivix without fail setiap pagi. Dah selepas hampir seminggu menjalani pembedahan, dan memang terdapat perubahan pada luka di kaki adik ipar saya tu. Luka tu dah  nampak makin bercantum, badan adik ipar pun cargas jer (ikut apa yg adik saya ceritakan tu lah heheheh). Dan tadaaa gambor nya. Gambor ketiga tu selepas seminggu di operate. Hampakkan kulitnya dah makin bercantum..




Ok saya akan terus berkongsi perkembangan dan keajaiban vivix merawat luka dan penyembuhand dalaman ini pada episod akan datang. Ewahhh mcm kat TV lak hahahah.

Apa yang hebatnya vivix tu yer?

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.



Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

WAHHHH membantu meremajakan kulit...nampaknya sesapa nak nampak muda belia boleh amalkan vivix juga heheheh






















Friday, 21 June 2013

Kesihatan Dan Kecantikan Wanita dengan SHAKLEE

Banyak dah orang tahu tentang kebaikan ESP shaklee yang terbukti bagus untuk memberikan kulit yg halus, mulus dan berseri-seri. Apatah lagi jika protein ESP ini digabungkan dengan pengambilan GLA atau Vitamin E. 
ESP mengandungi 22 jenis asid amino yg seswai utk semua peringkat umur dan seswai utk lelaki dan perempuan. GLA (gama linolenik asid) bergungsi utk menstabilkan hormon dlm badan. Bagi perempuan yg berhadapan dgn masalah jerawat dan senggugut. Dan kelebihan GLA juga ia mengandungi vitamin E yang asli. Ia juga boleh mengawal darah tinggi, kencing manis serta menguatkan sistem imune badan kita.

Sebab itulah mereka yg mengamalkan pengambilan ESP+GLA ni akan mendapati perubahan positif pada kulit wajah mereka. Perempuan mana yg tanak cantik kan!

So siapa yg nk merasa cantik dan sihat boleh sms 012 2965214(masliza) atau melawat fb saya Nur Masliza Muda


 

Thursday, 20 June 2013

My birthday


Alhamdulillah sedar tak sedar 16June menjelma juga. Bertambah lagi usia akak huhu. Allah telah memanjangkan usia ku, bersyukur seadanya. Kerjaya, kebahagiaan hidup berkeluarga begitu bermakna. 

Tadaaa inilah keluarga bahagia akak. Allah menemukan ku dgn lelaki yang sangat baik, mengurniakan ku seorang permata hati yang comel aktif dan cergas otaknya...syukur padamu Ya Allah.
Dan sambutan birthday ku tidaklah semeriah mana., maklumlah usia pun dah masuk 18tahun kan hahaha. 
Seronok bila dihadiahkan kek oleh my inche hubby. Hah sampai 2 kek kau dia kasi, perli ke apa entah hahaha.

Semoga kebahagiaan ku akan kekal ke Jannah. Selamat ulang tahun sayang ucapan inche hubby pun dah cukup membahagiakan tak perlu hadiah yg mahal (padahal berharap inche hubby belikan handbag idaman) hahaha... 

Gucci parfume ni bukan hadiah tetapi saguhati kata my inche hubby hahaha thanks Mohd Fauzi Labuyu.
Ehh ada lagi present tadaaaa....from my colleague Aishah Mohd Amin...thanks beb.. 

Saturday, 15 June 2013

Sesi coaching about shaklee with LiSA and PAF

Alhamdulillah hari ni diberikan kesempatan hadir ke sesi coaching LiSA group with PAF leader Si Puteri Rohayu hehehe. 

Mmg berbeza bila dpt berkumpul bersama kwn2 yg nak berbizness ni. And the best part is semua yg hadir tu adalah ibu-ibu muda yg berkerjaya. Bukan calang2 orang ok, ada pensyarah, consultatant, akauntant dll... Persoalannya kenapa mereka semua masih nak berbizness walaupun dah ada karier masing2? Jawapannya kerana mereka ni nampak peluang menjana income dan masa depan yg cerah dgn Shaklee.

Nyah aka Puteri aku sgt setuju dgn kamu bila kamu ckp make sure kita tepis all the hurdles yang menghalang laluan kita utk move on...
  Walaupun anak anak buah saya seorang pun tak dpt attend sessi coaching tadi tapi saya nekad nak share ilmu yg diturunkan dgn mereka. Mmg lah tak ada jalan singkat utk berjaya...

Prinsipnya mudah, anda buat anda yg dpt manfaat tu semua.

Thursday, 13 June 2013

I back to blogger world with mobile blog

Aduh susahnya kan bila sendiri tak pernah beli lappy ni. Selama ini cuma menggunakan lappy yang inchek hubby belikan lah, guna kan lappy adik lah... Dah namanya pun bukan guna duit sindirik yg beli kan hahahaha. Ok after this gunalan bonus shaklee utk beli  sendirik, jgn harapkan lappy org lain kiliki.

Nasib baik ada ipong ni yg buleh ber blog. Punyalah hampeh baru tau berblog melalui mobile ni hahaha. So after this dah takde alasan lagi kan tak boleh menulis blog.

Ok jumpa lagi next time daaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...