Monday, 29 July 2013

Pengalaman berpuasa dengan produk Shaklee

Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa terakhir Ramadhan tahun ini. Syukur Allah masih memeberikan kita ruang dan peluang untuk terus menikmati kemanisan dan keindahan ramadhan sekali lagi. Perjalanan puasa saya semakin indah dan bermakna.

Saya mulakan puasa tahun ini dengan mengambil esp+mealshake. Tetapi bermula hari ke4 puasa hinggalah hari ni saya sudah bertukar kepada Cinch Latte , dan Performance drink semasa sahur. Berbuka pula adalah masa untuk saya berbuka dengan Cinch Tea...Dah tu saya tak makan nasi ker? Ehh makan lah, mana boleh tak mana nasi langsung. Makan memang makan tapi dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Kadang-kadang saya tak makan nasi sebab kenyang makan kuih.

Pada saya dan badan saya yang tak lah se slim zaman anak dara tu  hahaha,....cinch latte sangat berkesan kerana mengurangkan rasa lapar dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Cinch latte mengandungi Leucine yang membantu kita mengekalkan muscle dan membakar lemak serta membantu mengurangkan inci pada badan. Ianya juga kaya dengan kandungan serat( haaa kalau agak-agak selalu sembelit tu memanglah badan kita kekurangan serat heheheh.). Memang berpuasa di siang hari rasa sangat bertenaga dan tak rasa penat atau letih yang melampau. Meh sini saya nak kongsi sikit menu saya sepanjang ramadhan ni hehehe.

Bersahur
-Cinch Latte
-Performance Drink (tumbler 500ml)

Berbuka
-Kurma
-Cinch Tea
-Cinch Latte  ATAU -Sedikit nasi

Bestkan berpuasa dengan shaklee ni menyihatkan badan dan at the same time dapat beribadah dengan tenang. Hehehehehe

Berpuasa Dengan Shaklee
Berpuasa Dengan Shaklee

Wednesday, 10 July 2013

Supplement Sempena Ramadhan

Alhamdulillah kita semua diberikan peluang dan ruang utk mendepani ramadhan tahun ini..

Ini adalah tahun pertama saya bersama shaklee! Jika tahun tahun sebelum ini saya cuma bersahur dengan milo atau paling tidak pun murtabak atau roti, tapi tahun ni berbeza sekali hehehe! Sejak mengenali shaklee beberapa bulan yg lalu, rutin puasa sunat Isnin dan Khamis dah berubah hehehe. Sahur utk saya kini berubah samaada dengan esp+milo+mealshake ataupun cinch shake+cinch tea saja.

Dan hari ni menu sahur saya esp+mealshake dan cinch tea. Update seterus nya selepas tarawih mlm nanti hahaha. 

Pengalaman bersahur semasa puasa sunat sejak sebulan lalu, minuman tenaga shaklee ini mmg membantu saya kekal cargas sepanjang hari- bukannya tak lapar langsung(tujuan puasa mmg utk kita rasai nikmat kelaparan itu sendir). Puasa bukan alasan utk kita lemau dan lembik di tempat kerja...

Esp membantu melambatkan rasa lapar, mealshake memberikan tenaga walaupun berpuasa dan cinch tea memberikan tenaga disamping meningkatkan metabolisma badan.

So siapa yang nak ajar anak berpuasa tu sangatlah disarankan memberikan anak2 esp+mealshake+ minuman tenaga performance drink (elakkan badan dehidrasi). Jika dewasa seperti saya ni boleh juga minum performance drink cuma saya memilih utk amek cinch tea hehehe.

Sempena puasa ni siapa yg selalu gastrik juga digalakkan ambil set 3 mighty gems shaklee iaitu gabungan esp, mealshake, performance drink. Utk apa? Menstabilkan asid perut dan membantu pengidap gastrik ini menjalani ibadah puasa dgn kata lain perut tak kosong dan perut pun tak sakit. Org yg betul2 gastrik tentunya akan cuba juga puasa, berbeza dgn org yg sengaja ponteng puasa dgn alasan GASTRIK hehehe.

Jom cuba yer kengkawan

Contact me nurmasliza@gmail.com
SID ; 908080

Monday, 1 July 2013

Shaklee Penuhi Keperluan Nutrient Ibu Hamil Semasa Berpuasa

Alhamdulillah kita semua sudah pun melepasi 6 bulan pertama bagi tahun 2013 ni. Tentunya hitam putih, pahit manis dan warna warni telah tercatat dalam kanvas 2013 ini kan. Pada saya Jun 2013 sangat bermakna, bukan saja dalam kerjaya tetapi perkembangan dalam biz shaklee juga.

Julai dah datang, maknanya tak lama lagi kita semua akan berpuasa. Teringat pengalaman saya berpuasa semasa mengandungkan Firas dulu. Puasa tahun 2010 usia kandungan 5...Hehehehe..Siapa kata ibu mengandung tak boleh berpuasa kan, siapa yang berpandangan begitu memang silap. Lain lah kalau ibu preggy tu asyik muntah dan langsung tak boleh bangun, maka di haruskan untuk ibu membuka puasanya. Saya hanya tinggal puasa 2 hari sahaja sepanjang mengangung, itu pun sebab dah muntah sampai badan tak boleh nak bangun. Huhuhu...Masa saya preggy dulu, tak banyak bahan bacaan yang mendedahkan tentang produk shaklee di blog atau internet. Atau mungkin time tu saya tak byk menggunakan khidmat Dr Google  ni hahahaha.

Setelah terlibat dengan shaklee ni, memang banyak diketahui tentang manfaat produk shaklee kepada ibu mengandung, terutamanya yang berada dalam fasa muntah-muntah (1st trimester). Dan untuk ibu preggy berpuasa, shaklee mempunyai set lengkap untuk membantu ibu atau bakal ibu mengatasi masalah tersebut. Gabungan ESP, Performance Drink, Mealshake, dan Vitalea akan membantu ibu hamil mengatasi masalah pening, mual-mual, letih lesu dan sakit kepala.

Berikut adalah menu yang dicadangkan kepada ibu hamil:

Bersahur
2 sudu esp+1 sudu mealshake - gabungan esp dan mealshake ini akan memberikan ibu tenaga sepanjang hari mengelakkan ibu dari rasa keletihan yang melampau. Selain daripada itu, minuman ini adalah gabungan protein (ESP) dan multivitamin (mealshake) yang membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

500ml Performance drink (sebelum habis waktu sahur) - mengelakkan dehidrasi (dehydration)

Berbuka
Jika ibu tidak berselera untuk makan nasi bolehlah ambil esp+performance drink. Ataupun boleh minum performance drink.

Selepas berbuka
Boleh ambil vitalea agar ibu hamil tidak lah rasa letih, selepas seharian berpuasa. Vitalea adalah multivitamin yang sangat mudah diambil oleh ibu hamil. selain itu, ia juga mengelakkan ibu dari terkena tekanan darah rendah.

So bagaimana, diharapkan info yang dikongsi ini akan membantu ibu-ibu hamil untuk lebih bertenaga menghadapi Ramadhan dan lebih fokus melakukan amalan sunat di bulan yang penuh barakah dan mencari malam al qadar...


Masliza : 012-2965214
nurmasliza@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...