Saturday, 24 August 2013

Ubat klinik vs supplement shaklee untuk mereka yang sakit sendi danlutut

Tadi bawa Firas pergi klinik sebab demam dan batuk. Walaupun mmg mommy dah kasi nutriferon batuk Firas still tak berhenti lagi. Risau sebab kat p.puteh ni kami dua beranak jer (mommy outstation), so terpaksa bwk g klinik takut klau dah melarat nanti papa dia kat KL. haish

Sampai klinik Dr Nasir dan isterinya jam 10.30, jumpa staff kat kaunter mereka ckp doktor masuk kul 11am. Adoi lamanya lagi nak kena tunggu. Patient mmg dah ramai yg menunggu mostly orang dah berumur, pangkat makcik2 dan nenek2. Ok sebab doc lambat lagi mommy dan Firas pun duduk dulu. Disebabkan lama benor nak menunggu, macik2 ajak lah saya bersembang. Apalagi layannnn ajelah.

Memula macik2 tanya siapa sakit. Ohh bila tau Firas yg tak sihat depa pun tukar topik pulak. Cerita ceriti ttg dr nasir dan wife dia ni mmg masuk kul 11everyday and jam 3klinik tutup. Buka balik malam lepas maghrib. Ohh tak sama langsung waktu klinik di KL beroperasi huhuhuhu. 

Tetiba saya pun tanyalah macik sebelah kanan ni sakit apa. Dia ckp sakit tapak kaki, lutut. Dia ckp mungkin sebab badnnya yg agak besar lutut dan tapak kaki selalu sakit. Saya tanya lagi, kalau sakit tu makcik mkn apa selalunya. Waaaaa aura shaklee sudah datang hehehe. Makcik ckp selalunya datang sinilah (klinik ni) dpt kan injection dan ubat maka legalah untuk sebulan. Nanti lepas sebulan sakit lagi, datang lagi klinik ni. Arghhh sampai bila lah nak ulang alik ke klinik mcm gini kan.

Tak semena-mena nenek dan makcik sebelah menyebelah tu terus menyampuk. Katanya mereka berdua bi yg bertubuh kecil ni pun selalu sakit lutut dan tumit. Bila bangun pagi dan bila nak bangkit dari sujud dan rukuk adalah saat yg mengerikan pada mereka. Lepas tu saya tanya balik pd mereka takkan tak de cara lain nk ubati sakit tu. nenek tu ckp dah merata dia berubat dri doktor yg jauh2, yg dekat, sampailah bomoh. Semua tak dpt hilangkan masalah mereka. Alahai kesiannya golongan warga emas dan ibu2, macik2 ni kan.
Mereka terpaksa bergantung pd ubat atau dadah yg diluluskan oleh KKM  (Kementerian Kesihatan Malaysia) ni utk terus bergerak tanpa rasa sakit. Tapi itulah namanya pun ubat bila habis kena datang lagi dan lagi. Bila badan dah immune dgn dos yg diberikan, doc akan bagi ubat dgn dos yg lebih tinggi.

Masa tu rasa nak je ckp pd mereka baiklah mrk cuba supplement shaklee yg memang natural, semulajadi dan berkesan. Tiada dadah dalam supplement shaklee. Terfikir juga biasanya org berkira jika nak beli supplement sebab pd mrk supplement lambat baik/sihat. Kalaulah saya anak mereka atau kalaulah org tua saya masih ada, saya tentunya tak akan biarkan mereka terus terikat dgn pengambilan ubat mcm ni. Saya sanggup berhabis utl beli supplement pd mereka.

Sebagai anak saya seakan mahu membuka mulut supaya mereka mencuba advance joint tablet dan ostematrix tapi masa saya diklinik dgn mrk tu agak tidak sesuai kerana Firas asyik bising heheheh. Tapi klau lah topik mcm tu macik bukak time sembang minum kopi sudah ku sulam pendengaran mereka dgn khasiat produk shaklee yg telah terbukti berkesan ni. Hehe




Sunday, 18 August 2013

Dugaan Syawal

Assalamualaikum... Lama juga saya tak menjengah blog kesayangan ni. Kesibukan melanda di akhir ramadhan dan menyambut syawal.

Boleh dikatakan syawal tahun inilah yang paling mencabar pada saya. Insiden porchena dilanggar dari belakang yg menyebabkan bibir saya pecah diikuti pula kemalangan sepupu2 kecil pada malam menjelang raya meyebabkan syawal saya tidak bermakna.
Huhuhu selain bibir pecah kepala firas juga benjol sebab terhantuk pd bibir mommy dia.
Ini pula tragedi malam raya sepupu2 kecil saya..

Syawal terus membawa awan mendung pada kerjaya saya. Lahar yg tersimpan di hati akhirnya meletus jua. Tak disangka usaha murni dan keikhlasan saya menabur bakti dipandang serong orang atasan. Tidak cukup kah apa yang aaya beri terhadap kerja yg diamanahkan? Tidak kah mrk nampak perkembangan dan perubahan positif hasil usaha saya kepada kominiti? Akhirnya saya ditikam dari belakang. Aahhh pedih nya sampai mengalirkan air mata. Mungkin setakat ini  saja jodoh saya sebagai project officer. Bila mrk mahu saya memperjudikan keselamatan demi projek ini saya rasa sungguh kesal dan sedih. Masakan saya perlu korbankan keselamatan utk mereka. Saya ada keluarga dan anak yg perlukan kasih sayang. Akhirnya terbongkar jua sikap talam dua muka org itu. Namun saya sudah tak mampu bersabar....

Saya syukur dugaan dan cabaran inibuatkan saya lebih positif dan memperbanyakkan amalan rohani. Saya nekad utk menukar haluan kerjaya. Yakin rezeki Allah ada di mana-mana, dugaan yg datang adalah TURNING POINT utk saya terus berlari mengejar bintang...


Allahhumma Yassir Wala tuassir

Love~~~Mummy Firas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...