Saturday, 18 January 2014

Alfalfa Agen Detox Yang Sangat Berkesan

Wahhh terlupa pulak nak update blog tentang business kan. Yelah sekarang ni I busy bebenor melayan karenah Firas. Adui, cepatlah masuk skool anakku sayang hahaha. Ok Januari 2014 shaklee  dimulakan dengan ALFALFA.
Alfalfa sangat digemari oleh peminat supplement Shaklee kerana ianya terdapat dalam hampir semua set shaklee, set menyusu, set kurus, set berpantang, set gout, set senggugut, set cantik, set aihhh bermacam2 lagi lah. 

Alfalfa dikenali dengan nama "agen detox" kerana ia diambil untuk mencuci usus kita. Banyak orang tak tahu bahawa jika usus kotor, tersumbat dan dipenuhi toksin maka penyakit mudah nak datang pada kita. Apa yang kita ambil sepanjang hidup kita? Minyak, lemak, garam, gula semuanya berkumpul dalam usus. Jadi bila usus sendiri ada mendapan toksin, memang mudah lah penyakit nak hinggap kan mak jemah kan....bila usus dah mendap mcm tu mkn supplement pun badan tak boleh nak serap. Kenapa? Dah usus kita tu penuh dengan lapisan kotoran. Nak tahu usus yang tak sihat gini lah yang menyumbang kepada muka berminyak dan berjerawat.


Jadi sempena bulan promosi ALFALFA ni, jom kita detox usus bersama-sama. Saya jatuh cinta dengan shaklee pun sebab nak detox usus saya ni lah hahaahaah. Nanti kita citer lain pulak apakah detik2 pertemuan saya dengan shaklee dan bila cinta saya dengan alfalfa ini mula berputik. Hehehehe



Love
Nur Masliza Muda 012-2966214

Monday, 13 January 2014

Firas akan berusia 3 tahun.

Sedar tak sedang Januari 2014 dah makin menginjak ke akhir bulan. Tak lama lagi anakku Firas akan genap usia 3 tahun. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Dilahirkan pada jam 835am, 25 Januari 2011, siapa sangka anakku berkongsi tarikh lahir dengan ibu saudara ku "si kembar 3" itu. Masih terasa sakitnya nak bersalin kan Firas dulu, walaupun sedaya upaya cuba bersalin secara normal tapi disebabkan jalan hanya terbuka 6cm walaupun dah lebih 12jam dlm labour room, akhirnya aku selamat menlahirkan anak lelaki comel, cukup sifatnya melalui pembedahan.

Pengalaman indah walaupun menanggung sakit bersalin bila melihat air mata seorang suami mengalir di saat aku kesakitan. Syahdunya terasa bila suami

Mungkin kerana berkongsi tarikh lahir yang sama, maka Firas nampaknya lebih rapat dengan macik2 ku yang bertiga ini. Duhai anak pengarang jantung mummy Ya Allah jadilah anakku anak yg soleh, anak yg bijak, anak yg baik akhlaknya, anak yg membahagiakan kami ibu bapanya dunia dan akhirat.
Senyuman penawar segala kedukaan...senyuman penguat semangat, penglipur lara di hati.

Dia dan aku disatukan maka lahirlah anak  yang membawa sejuta makna kepada kami.
Benih cinta mummy dan papa yang semakin membesar dan bijak.



Tuesday, 7 January 2014

TERIMA KASIH UCAPAN MUDAH YANG SERING DIABAIKAN

Saya nak kongsikan dengan anda semua tentang artikel daripada Razzi Al Mansur mengenai ucapan yang AMAT MUDAH, AMAT REMEH KERANA ITU IA DIABAIKAN.


Teringat suatu masa dulu, semasa duduk bersembang dengan Anis Kasan, orang besar dalam syarikat MLM Revell. Juga dikatakan, disahkan, beliau dan isterinya, Saadah Badrus adalah usahawan No. 1 dalam Revell. Beliau menyebut tentang istimewanya ucapan, "Terima kasih." "Terima kasih" dianggap kecil dan remeh. Tetapi ingat bahawa sejak dahulu kala diperkatakan bahawa, "Perkara kecil membawa perubahan besar." Contoh mudah ialah ketika memasang jubin. Hanya pekerja yang berilmu dan berpengalaman sahaja dibenarkan memasang jubin. Ia ada kaitan tepat dengan "perkara kecil membawa perubahan besar." Senget sikit saja pada permulaan pemasangan, di hujung sana, sengetntya menjadi besar dan jelas kelihatan. Contoh lagi, kalau sehari bangun tidur 1/2 jam lebih awal, berapa jumlah jam dalam seminggu, sebulan, setahun dan seumur hidup? 



Perkara kecil membawa perubahan besar. Teringat saya, suatu masa dulu dalam perlumbaan F1, seorang pelumba berhenti dan turun dari keretanya, memberitahu tidak dapat meneruskan perlumbaan disebabkan kerosakan pada keretanya. Kerosakan tersebut berpunca dari skru kecil yang berharga lebih kurang RM1 sahaja.



Suatu hari di Kelab Tropicana, Gan Ah Seng, perunding kejayaan yang terkenal tetapi amat 'low profile' menceritakan kepada saya bagaimana rakannya yang membeli kereta S320 (pada masa itu hargannya ialah RM750,000. Gan Ah Seng antara orang yang terawal memiliki S280 baru), suatu hari keretanya mati di jalan. Punca mati hanyalah kerana penapis petrol yang berharga amat rendah. Benda yang amat rendah harganya mampu mematikan kereta yang berharga 3/4 juta ringgit. Perkara kecil membawa perubahan besar. 



Berbalik kepada kata-kata jutawan MLM, Encik Anis Kasan dan isterinya Saadah Badrus yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung di dalam MLM tentang "Terima kasih." Memang itulah masa yang perlu diambil untuk menjdai jutawan, antara 10 hingga 15 tahun. Kalau kurang dari itu, ia hanya penglipurlara. Menurut Encik Anis Kasan, "Terima kasih adalah remeh dan sentiasa dipandang remeh, kerana itu tidak ramai yang mengucapkan. Tetapi, hasilnya, impak dari mengucapkan terima kasih amat besar. Salah satu impaknya ialah dapat menjalin kasih sayang sesama manusia." 



Apabila terima kasih diucapkan, kita umpama telah menerima kasih seseorang. Konsep "memberi dan menerima" terjadi di sini. Apabila "memberi dan menerima kasih" diucapkan, ia dapat menjalin kasih sayang sesama manusia. Apabila kerap diucapkan ia akan berterusan, bersambung-sambung, "kasih". Ia menjadi: kasih, kasih, kasih, kasih.... dan berterusan tanpa penghujung menghasilkan rasa kasih sayang berterusan dan berpanjangan. Begitulah pendapat bernas Encik Anis Kasan dan isterinya Saadah Badrus. Perniagaan mereka yang besar kini diteruskan oleh anak-anak mereka. Untuk melanjutkan, cara untuk mengucapkan terima kasih sebenar adalah:


1. Ucapkan terima kasih dengan ikhlas dan benar-benar berniat mengucapkan terima kasih.
2. Ucapan terima kasih bukan hanya di bibir semata-mata semestinya datang dari hati. 
3. Semua bangsa di Malaysia ini lebih menggemari perkataan, "Terima kasih" berbanding dengan, "Thank you" atau "Thanks". 
4. Jangan terasa hati jikalau penerima "terima kasih" itu seperti endah tak endah. 
5. Ucapkan terima kasih pada tempat yang tidak memerlukan terima kasih. Kiranya, "siapa yang terlebih dahulu mengucapkan."


Contoh, anda yang menolonh tetapi anda yang mengucapkan terima kasih. Mengapa? Anda berterima kasih kerana dia sudi menerima pertolongan anda. 6. Ini yang penting sekali: jangan berasa segan dan malu dalam mengucakpan terima kasih. Ucapkan dengan riang. Perlukah malu apabila hendak memberi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...