Friday, 30 May 2014

Perginya Seorang Sultan; Kemangkatan Tuanku Sultan Azlan Shah

Rabu lalu, beberapa jam selepas Mak Jemah menghapdate blog tentang Almarhum Sultan Perak Sedang gering barulah benar-benar baginda mangkat. Beberapa jam selepas update blog Mak Jemah dapat wassap daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai kemangkatan baginda. Innalillah hiwainnailahirajiun. Semoga roh baginda ditempatakan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Kemangkatan baginda menjadikan baginda kini bukan lagi penghuni dunia tetapi sudah berada di alam kubur.

Memang menyedikan tetapi sememangnya sudah dijangkakan...Baginda mangkat pada jam 1.30 petang di IJN Kuala Lumpur. Sedih tapi sudah menjangkakan, macam mana tuuuuuu???? Hahahah tak mengapalah kita sama-sama berdoa semoga baginda aman di alam baru...



 Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah - kini ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35.

Jenazah Almarhum baginda tiba di istana Iskandariah Kuala Kangsar. Betapa besarnya tanggungjawab putera lelaki sulung baginda. Kalau bagi kita rakyat biasa ni, itu adalah pengorbanan terakhir seorang anak kepada bapanya sebelum berpisah ke alam yang berbeza.


Pada petang 29 Mei 2014, sebelum jenazah almarhum baginda di bawa keluar daripada Istana Iskandariah untuk disembahyangkan dan di semadikan di makan di raja bersebelahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Raja Nazrin telah ditabalkan sebagai pengganti Almarhum Ayahandanya. Buat pertama kalinya dalam hidup Mak Jemah, dengar perkataan "DAULAT TUANKU'"  dilaungkan slepas baginda Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah setia sebagai pemerintah. Berdiri bulu roma, dan air mata bergenangan entah kenapa. Mungkin sebab selama ni hanya dengar laungan daulat tuanku dalam drama-drama melayu lama. Kini menyaksikannya secara langsung dalam suasana hiba. Wahhhh mak jemah dalam hati ada taman rupanya hahahaha.

AL Fatihah kepada The Judge King...bersemadilah tuanku di sana dengan tenang dan selamat memerintah kepada Sultan Nazrin. Daulat Tuanku...

Mak Jemah tak leh nak berceloteh panjang, sebab tersedih dan tersebak.

Wednesday, 28 May 2014

Hentikan Berita Palsu : Sultan Azlan Shah Gering, Bukan Mangkat.

Semalam heboh member dok sebarkan picture tentang kemangkatan Sultan Perak dalam wassap group. Ermm biasalah bila macam-macam cerita pun keluar...Depa cakap kemangkatan baginda di rahsiakan dan macam-macam lagi lah. Sangat tak senonoh tau...Beta Murka, hahahahaha.

Disebabkan adik dan adik ipar Mak Jemah berada di Kuale Kangsar, maka Mak Jemah pun tanya lah kesahihan berita tersebut. Sebab setahu Mak Jemah, baginda Sultan Azlan Shah memang gering sejak tahun lepas. Berdasarkan pic yang diambil daripada blog tengkusyah jelas kelihatan baginda yang dah kurus dan cengkung. Dan menurut mereka benar baginda Sultan sedang gering tapi belum lagi MANGKAT seperti yang menjadi viral tuuuu. AllauAkbar, jauhkan lah daku dari sifat penyebar berita palsu.

Inilah wajah baginda pada Dec 2013. 

BIL  Mak Jemah ni memang menjadi favorite Sultan Azlan untuk upacara rasmi kerana BIL Mak Jemah ni tiup witler maklum polis kenalah berkhidmat dan berjasa pada raja dan negara yer tak? Hehehe. Disebabkan Sultan Azlan ni suka sangat dengan tiupan BIL Mak Jemah maka setiap tahun raya pertama BIL Mak Jemah ni tak boleh bercooti sebab ada upacara di Istana Iskandariah. Selalu dia cakap ' uhh saya ni kak, selagi sultan azlan hidup tak dapat lah cuti raya pertama' haddui....Tapi Mak Jemah akui sikap baginda memang begitu. Teringat Mak Jemah sewaktu di UM 1998-2011 dulu, setiap kali upacara yang melibatkan baginda ada seorang EMCEE (MC) bukan MC sijil sakit yer yang WAJIB ada. Baginda tidak mahukan MC selain daripada yang itu. Pernah sekali MC tersebut bercuti kerana ibu meninggal ke ibu sakit Mak Jemah lupa dah, terpaksa di panggil balik sebab baginda murka bila tahu MC event tersebut bukan MC kegemaran baginda. 

Kenapa Mak Jemah tahu sangat pasal Sultan Azlan ni??? Maklumlah Mak Jemah ni produk Universiti Malaya yang mana Sultan Azlan adalah Chancellor dan Pro Chancellor. Mak Jemah mmg admire sangat dengan baginda sejak bila pun tatau hahahah. Masa graduation degree mak jemah dulu penyampainya adalah Raja Nazrin, masa tu Sultan Azlan hanya menyampaikan scroll untuk master  dan ke atas saja. So Mak Jemah ckp tak pe tuanku nanti saya grad master dapatlah terima scroll dgn baginda...hambekkkk kau Mak Jemah punya angan-angan. 2005 Mak Jemah sekali lagi naik pentas terima scroll Master Public Administration, tapi sekali lagi terima dengan Raja Nazrin owhh alangkah frustnya hati Mak Jemah. Masa tu kesihatan baginda Sultan Azlan sudah tidak mengizinkan baginda berdiri terlalu lama, maklumlah baginda sultan aktif bersukan terumatanya hoki. Mak Jemah berjodoh dengan UM kerana sebelum grad master Mak Jemah sudah bekerja di UM, alhamdulillah walaupon pegawai N41 kontrak sampai sudah hahahaha. Kali terakhir mak jemah berjumpa dan bersalaman dengan baginda adalah pada tahun 2010 semasa Majlis Santapan DiRaja Sempena Kovokesyen Universiti Malaya. Memori sangat masa tu, sebab apa? Sebab dapat salam dengan baginda dan permaisuri ahahahahahah. Teruk kan taste Mak Jemah. Sebenarnya Mak Jemah masa di sekolah menangah , Sek. Men. Keb. Tok Janggut (SMTJ) dulu pun  memang dah meminati karekter  Sultan Azlan. Bila pandang baginda tu sepeti ada aura untuk terus pandang dan dengar baginda bertitah owwhhhh Mak Jemah.....Kehkehkeh. Akhirnya wahai sultan yang berdarah Kesultanan Melayu Melaka dapat jua patik pacar yang hina ini bersalam dengan tuanku hahahahaha. Takpasti kebenarannya tapi berdasarkan kepada cerita cerita dalaman UM tentang baginda sedikit sebanyak dapat diterima akal mak jemah. 

Sebagai staff Universiti Malaya, dan graduan Universiti Malaya, Mak Jemah bangga dengan baginda. Mengenai keperibadian baginda bagaimana tu pada Mak Jemah setiap orang punya kesilapan dan kelebihan masing-masing. Apa yang Mak Jemah nak kongsikan bahawa baginda sanggup berpanas semasa Regatta Sungai Perak yang di anjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Malaya tahun berapa Mak Jemah lupa tapi yang pasti 1999 - 2001. Sebabnya ketika itu Mak Jemah adalah pelajar pusat sukan hahahaha. Hitam semua nya yang ber kayak dalam ekpedisi sungai perak tu. Semasa perlawanan hoki juga Mak Jemah sendiri pernah nampak baginda mengelap peluh dengan hanker chief berjema di tengah terik mentari hahahahah. Nak Mak Jemah kongsikan gambar baginda semasa baginda sihat.
 


Berbalik kepada cerita BIL Mak Jemah tentang baginda Sultan Azlan Shah yang terkini dan tersensasi, keadaan baginda tersangatlah gering. Mereka polis dan tentera sudah diarahkan berkumpul dan bersiap sedia. Inilah BIL mak jemah yang segak bergaya bergambar di Istana Iskandariah Kuale Kangsar. Tahniah BIL ku kerana taat kepada baginda Sultan walaupun waktu tu BIL Mak Jemah masih bertongkat. Kakinya patah dah coti tanpa gaji selama 7 bulan. Tapi demi tugas dia gagahi jua cewahhhh puji BIL pulok hahahahaha. OCPD kerah kena hadir juga sebab SultanAzlan tak nak orang lain, syabasssss.

 Segaknya BIL ku

Iya Mak Jemah sangat faham apa maksudnya itu, walaupun pihak istana belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Terselit rasa sedih di hati Mak Jemah, tak tahu kenapa. Doa Mak Jemah supaya Tuanku Sultan Azlan Shah jika di takdirkan panjang umur, baginda akan sihat secepat mungkin, dan jika sudah sampai saat baginda mangkat, maka perpisahan nyawa daripada jasad baginda berlaku dalam keadaan yang paling minimum kesakitannya. Mungkin kerana Mak Jemah selalu berjumpa di dalam event di UM serta melihat wajah baginda di UM menjadikan perasaan "sebahagian" daripada baginda menebal dalam diri. Mak Jemah bukanlah siapa-siapa, bukan berdarah keturunan di raja pun, dan bukan juga rakyat negeri Perak Darul Ridzuan Mak Jemah tetap menyanjung baginda. Biar pun hari ni ramai yang mengatakan tidak perlu lagi kita mempunyai Sulta, tetapi pandangan peribadi Mak Jemah, kita PERLU BERSULTAN. Kerana keistimewaan mempunyai sistem beraja dan bersultan inilah menjadikan kita lain daripada yang lain. 

Akhir kata daripada Mak Jemah, saya bangga menjadi sebahagian daripada warga bekas warga UM yang di terajui Sultan Azlan Shah. Peace yawwwwwwwwwww












Sunday, 25 May 2014

Performance Drink, Dan Food Poisoning

Bila keracunan makanan melanda fuhhh lembik badan dibuatnya. Dalam masa 4 hari 2 kali mak jemah kena food poisoning yang membawa kepada demam sehingga mencecah 39 celcius. Adesss tak pernah lagi mak jemah demam sampai mcm gini sekali. Tapi malam ni suhu dah turun sikit. Kul 1pagi semalam kami 3 beranak terpaksa berkejar ke Klinik Inter Med disebabkan perut memulas-mulas, muntah tak henti-henti. Nak tidur pun tak boleh kan...apa kes nak tunggu lagi. 
 Suhu badan malam ni (25/5/14)
 Suhu badan malam ni (25/5/14)
    

Nak dijadikan cerita hari Rabu 21/5/14 makan apam. Biasalah kedai punya makanan kan...memang sedap lah apam balik macik tu, memang selalu beli kat macik tu, tapi hari tu rasa jagung yang ada dalam apam balik tu agak masam, tapi sebabkan kempunan dan teringin yang teramat dengan apam balik tu makan lah jugak kan, buruk lantak betul
Hahahaha. Nak dijadikan cerita mlm tu apalagi cirit birit dan muntah sampai lah esok pagi. Sebab rasa tak serius minum Performance Drink dan Nutriferon ajelah. 

Performance Drink (PD) penting untuk memastikan saya kekal hydrated. Ye lah, bila cirit, banyak cecair keluar. Bacan boleh jadi letih sebab dehydrated. Memang betul pun badan jadi lembik semacam je. Mau tak lembik kan air keluar "atas" -muntah, "bawah" cirit birit. Dehydration merupakan merupakan salah satu faktor utama penurunan prestasi atlit. PD ni jauh lebih baik daripada air. Ia mengandungi lebih banyak elektrolit untuk mengembalikan tenaga dengan cepat. Haaa alkisahnya. Dulu-dulu kalau kena cirit birit je memang lah 100plus ku teguk berbotol botol.

Performance Drink Membantu Melegakan Food Poisoning
Performance Drink Membantu Melegakan Food Poisoning

Dalam pada tu badan pun dah start rasa lain mcm makanya saya pun beriya iya lah meneguk Nutriferon untuk tingkat immune badan. Sebab apa, badan saya ni kalau kena food poisoning memang akan membawa kepada demam. Khamis tu memang demam jua akhirnya. Kepala start pusing. Jadi my inche hubby pon bawak pi klinik Mediviron ok food poisoning sebab perut asyik memulas ada gassy sikit, tekanan darah low, badan pun demam. Hambekk kau ubat sebeban.

Ok hari jumaat demam masih bersisa, cuma perut masih sedikit memulas. Nak dijadikan cerita teringin lah pulak minum milo kotak tu kan...jadi mak jemah pun heret lah si Firas ni pergi kedai tersohor seantero kuaters Desa Aman ni, kedai Balaji hahahaha. Hambekk kau sekotak milo besar mak jemah beli. So balik rumah dengan perasaan yang sangat tergoda, ketuk ais batu masukkan air milo kotak dalam tu fuhhhhhh memang sedappp je teguk sejuk-sejuk. Mak Jemah tak bagilah Firas minum sebab ais banyak, suruh dia habiskan air cap doreamon dia je. Sampai nanggis nanggis lah dia hahaha. Lepas minum milo air tu telan ubat mcm biasa tidur laaa kan. Bangun solat maghrib pun kepala hoyong hayang lagi, dan start balik muntah. Arhh jangan dia berterusan sudah. Tapi Allah balas cash kot dosa mak minum air sorang2 tak kasi kat anak hahahaha. Start 800 mlm perut memulas, muntah dan berak. Tapi tidak lah berak yang mcm air paip tu hahahah. Tahan punya tahan sebab my inche suami belum balik kelas lagi. Jam 10 suami sampai rumah dia tgk isteri baik punya lepak depan tv. Dia tanya nak gi klinik sebab badan panas. Dengan konfiden isteri jawab tak kot sebab dan minum PD dan nutriferon ni. Padahal dah muntahkan semua.

Makin tengah malam makin kuat pulak perut ni memulas. Badan start sejuk. Dalam hati fikir Ya Allah apakah dah sampai masanya kau ambil nyawaku? Serius, memang sakit takleh nak berdiri tegak langsung. Sampai kaki tangan sejuk, sendi semua sakit. Belakang badan pun sakit. Jam 1pagi dah masuk 24/5/14  suami ckp awk dah pucat lesi ni jom pergi klinik. Kali ni mengalah. Jalan pun dipimpin suami. Langsung dah tak pedulikan anak rambut pun berserabai mcm mak lampir dah hahaha. 

Hasilnyaaaa tadaaaa kena injection. Doc ckp klau awk still muntah tak berenti datang sini esok pagi jam 10-3ptg amek darah. Katanya injection tu akan hilangkan perut memulas dlm masa 15 minit. Menipu tau doc haha sampai pagi pun perut memulas lagi. Dah masuk hari ahad ni pun memulas gak lagi. 
         Ok lah, 4 jenis je ubatnya

Tapi yang pasti ubat demam dan antibiotik memang saya tak makan. Sebab saya lebih percayakan nutriferon. Ngeee. 


Pengalaman food poisoning 2kali dalam masa 4 hari sangat memeritkan. Sampaikan saya rasa mcm nak bertilam berbantal dalam toilet. Masakan tidak nak kena berlari membuang ke toilet.!huhuhuhu. Muntah tak pe memang standby plastik sesiap tepi katil..

Mujurlah Performance Drink banyak membantu beri tenaga dan elakkan badan kekeringan air. Walaupun masuk makanan minuman keluar balik tapi sekurang-kurangnya tak lah kering air dalam badan.

Allah menguji kerana Dia tahu saya mampu memikul ujian ini. Walaupun demam dan food poisoning ini mbuatkan  perancangan business dengan Mentor saya tergendala tetapi saya yakin Allah akan beri saya peluang lebih besar nanti. Kita manusia hanya mampu merancang, tapi Allah jua yang menentukan.

Love
Nur Masliza 

Wednesday, 21 May 2014

Ciri-ciri Network Marketing Yang Anda Perlu Tahu


Apa itu Network Marketing (NM)? Fahaman biasa masyarakat kita MLM, tapi sekarang kita kenali sebagai Network Marketing kerana kejayaan MLM ada lah dengan adanya networking yang kukuh, stabil dan boleh dipercayai. Ciri-ciri NM ialah apabila 

1. Pilih syarikat yang sesuai, yang kita rasa thorbaikkk dan menguntungkan kita. 
Ni kita kenalah buat perbandingan mana plan yang bagus. Agak2 malas bacalah sharing tentang marketing plan yg kwn2 NM yang anda kenal. 
Menambah Pendapatan Dengan Network Marketing


2. Cari Mentor atau Upline
Sangat penting untuk kita pilih mentor yang mampu memberikan coaching atau membimbing kita. Jangan dibiarkan kita terumbang ambing sorang-sorang, tatau arah tujuan dlam NM ni.

Mentor Sangat Penting Dalam Network Marketing
Mentor Sangat Penting Dalam Network Marketing

3. Akui yang ianya mengambil masa. 
Network Marketing or M.L.M (multi level marketing) adalah business yang kita perlu menapak tangga demi tangga. Dan kita belajar untuk mengukuhkan network melalui masa. Bukan hari ni join bulan depan terus dpt 6 angka~~~itu jual harapan palsu namanya.

Network Marketing Bukan Sistem Cepat Kaya
Network Marketing Bukan Sistem Cepat Kaya


4. Ada plan, matlamat, target bertulis. 
NM tak lepas daripada planning, tulis semua plan/ target business kita. Orang yang tulis target lebih success lebih berjaya daripada orang yang tak buat target.

Target Sangat Penting Dalam Network Marketing



5. Baca buku inspirasi kejayaan orang lain dan bagaimana nak berjaya.
NM atau MLM ni memang kena membaca untuk memotivasikan diri, selain tu membaca akan menjadikan diri lebih terbukak mindanya.

Membaca Akan Membantu Kejayaan Network Marketing
Membaca Akan Membantu Kejayaan Network Marketing


Membaca Akan Membantu Kejayaan Network Marketing
Membaca Akan Membantu Kejayaan Network Marketing


6. Tahu sebab KENAPA terlibat dengan NM. 
Perlu tahu kenapa pilih untuk bersama sesuatu NM atau MLM. Nak WAHM, nak financial freedom, nak flexsible time dan sebagainya.

Bisness




7. Mengahadiri training, kursus.
Pergi training dan kursus untuk menambahkan ilmu dan mempelajari teknik yang betul untuk melakukan NM ini.

Training dan Kursus Sebahagian Daripada Network Marketing
Training dan Kursus Sebahagian Daripada Network Marketing


8. Study tentang produk, barulah kita jadi lain daripada yang lain.




9. Share tentang product di mana saja medium yang kita ada
Gunakan fb, instagram, blogging dan sebagainya supaya orang tahu tentang produk yang kita dan business kita.




10. Menjadikan organisasi atau business kita sebagai organisasi yang meningkatkan potensi orang lain. Help others to helps other.

Help Others To Help Others
Help Others To Help Others


12. Enjoy perjalanan kita dalam satu-satu NM. 
Happy dengan NM, happy dgn marketing plan, happy dengan upline, sidelines tu sangat penting.

Happy Melakukan Bisness
Happy Melakukan Bisness 


Ini adalah antara ciri-ciri Network Marketing yang menjadikan orang biasa mampu mempunyai empayar business mereka sendiri. Revolusi ini menjadikan kita orang biasa yang luar biasa kualiti hidupnya.

Network Marketing
Network Marketing
Robert Kiyosaki menyatakan bahawa revolusi Network Marketing menjadikan semua orang mampu mewah, kaya dan lebih gembira. Anda pasti tidak akan rugi memilih Shaklee sebagai Network Marketing anda. MA$ mampu menyediakan anda ciri NM yang akan membantu anda meluaskan empayar anda.


Shaklee Independent Distributor
Nur Masliza
012-2965214

Tuesday, 20 May 2014

Work At Home Mom...Sebab musabab

Work at home mom atau ibu bekerja daripada rumah makin menjadi trend uolls. Tambahan pulak dengan perkembangan internet dan telefon bijak pandai (smart phone) ni, WAHM bukan lah suatu masalah lagi. Ibu moden duduk dirumah, lepak cafe cukup time duit berkepok-kepok dalam akaun bank. Fuhhh sapa tanak kan. Tambahan pulak kalau ada pelbagai faktor penarik dan penolak untuk seseorang tu jadi WAHM. Memang seronok lah kalau tak perlu ke office tak yah ngadap muka menyinga si boss yang dah kerepot dan berkedot-kedot tu kann. Hahahaah

Pelbagai sebab dan musabab kenapa wanita pilih untuk kadi WAHM walaupun sijil pengajian bertingkek-tingkek hehehe... 
Antara sebab yang paling glemer ialah:

1. Menguruskan anak-anak dan keluarga
2. Masa beribadah yang lebih selesa
3. Masa kerja lebih fleksibel-
4. Tidak suka jalan sesak
5. Tidak suka politik pejabat
6. Suka berdikari
7. Mencuba pelbagai pelbagai perkara baru tanpa had
8. Menggunakan sepenuhnya bakat dan kemahiran yang ada, sudah tentunya dalam bidang penulisan
9. Boleh sertai apa sahaja aktiviti, program tanpa halangan
10. Suka apabila apa yang diusahakan berjaya
11. Tidak suka budaya bodek, sesak nafas dibuatnya
12. Bebas meletakkan hala tuju dan matlamat diri sendiri dan keluarga
13. Boleh menjaga batas sebagai wanita, isteri dan muslimah-mudah-mudahan
14. Mendidik anak-anak dengan cara sendiri
15. Boleh memberi sepenuhnya kasih sayang kepada anak-anak tanpa batas. Tiada lagi keluhan tiada masa.
16. Walaupun sibuk, kesibukan yang masih boleh diurus.
17. Apabila rasa letih, penat, tidak bermotivasi boleh bercuti bila-bila masa sahaja apabila saya suka
18. Apabila sudah bermotivasi, boleh sahaja berkerja berganda-ganda dalam jumlah masa yang banyak dalam satu hari.
19. Moga saya mendapat dan memberi manfaat kepada lebih ramai wanita untuk memilih status bekerja dari rumah- inilah perjuangan saya yang sebenar.
20. Sudah hilang minat dengan kerjaya yang dilakukan.

Reasons no 1-4 adalah antara penyebab kenapa mak jemah pilih WAHM. Lebih manis sebab wahm dengan income sendiri tak yah harapkan income daripada suami. Puas hati aku...bukan takat beratus ratus income tapi 4-5 angka uollsss.

Dengan Shaklee alhamdulillah saya mampu merasai nya. Malah income dengan shaklee ni saya mampu hadiahkan suami kereta idamannya serta mampu renovate dan hias rumah baru kami. Masa dengan anak, suami lebih banyak. Siapa cakap WAHM tak leh bantu suami kannnn.

Saya boleh bagi cara dan strategy macam mana nak menjadi WAHM 4 dan 5 angka dengan Shaklee. Join saya dan team MA$ hari ini...dan anda pasti tak akan menyesal, malah gomen pun galakkan kita jana duit melalui media sosial kan. Jadi suri rumah, lepasan sekolah dan karier women lain yang plan nak jadi WAHM boleh carik saya...
Seronok tau bila WAHM guna duit Shaklee untuk buat semua ni..
Bukan jaja impian uolls tapi ini lah kenyataan nya..,WAHM yang berduit dengan Shaklee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...