Tuesday, 22 July 2014

Performance Drink Merawat Ulcer Mulut

Korang biasa dengar tak ulser mulut? Ada orang panggil mata ikan lah, luka mulut lah. Pendek kata macam-macam nama panggilannya, tapi kalau sebut ulcer mulut tu semua orang bukeh bayangkan apa mendanya tu. Ulcer mukut ialah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut. Sebabtulah namanya ulcer mulut bukan ulcer kulit atau ulcer gigi hehehe. Ulcer mulut ni ialah open wound tau, so korang buleh tak bayangkan permukaan luka yang terkena air terutamanya air liur, pergh pedihnya laaaaaaa Allah je yang tahu.

Luka atau ulcer ni  berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, ada gak macam warna nanah kot. Selalunya terjadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Haaa bila ada ulcer kat mulut atau lidah korang akan menanggung sakit nak bercakap, nak ketawa, nak membebel dan paling ter best antara yang best ialah time gosok gigi beb...Fuhhhh memang sakittttt dan kekadang tu sampai berdarah sebab 'terberus' luka tu sekali wehhh. Ini memang selalu terjadi pada mak jemah tau....menanggessssssss wa cakap luuu.

Performance Drink Merawat Ulcer Mulut
Ulcer Mulut
 Mak Jemah memang selalu sangatlah kena ulcer ni. Dulu-dulu memang taruk ubat gigi jer tau kat luka tu, korang musti fikir hilang akal ke pe sapu ubat gigi kat luka kan hahahahah. Sakit tu memang lah sakit, tapi itu salah satu cara nak menyembuhkan luka kononnya, but its work ok hehehe. Ada jugak arwah abah cakap kumur dengan air garam dan letak garam pada luka tu. Wahhhh ini memang menanggesssss weh, sakit teramat. Walaupun sakit cepat baik. Kekadang tu sapu bonjela , pengalaman Mak Jemah memang ok laaaaaa not so fast kesannya. Tapi paling best sekali bila X boss mak jemah kat UM dulu Dr Sulo suruh mak jemah carik Kenalog in Orabase. Mak Jemah memang percayakan Dr Dulo ni sebabnya husband dia medical doctor, so apa je advise Dr Gopi mak jemah sukaaaaaaaa. Masa tu mak jemah memang tak boleh bercakap sebab dalam mulut ada 4 ke 5 biji ulcer. mulut pun berair je hahahahaha. Tak susah nak carik cream ni pi je pharmacy kat bangsar then tunjuk nama ubat tu. disebab kan pharmacy kat Jln Telawi tu takde brad kenalog dia suggestkan brand lain. OK lah mak jemah beli aje kan dah sakit...layannnnnnnnnnnnn aje. 

Ulcer Mulut
Cream untuk Ulcer Mulut


Perempuan adalah yang paling ramai senang mendapat ulcer mulut ni, terutamanya ketika haid aka datang bulan atau bendera merah hehehe. Antara sebab utama terjadinya ulcer ni ialah:

1. Kecederaan akibat tergigit, beda tajam, air panas atau hentakan kuat di bahagian mulut.
2.Stress atau tekanan perasaan
3. Kepanasan 
4. Kurang minum air
5. Penyakit tertentu seperti SLE dan yang berkaitan dengan sistem penghadaman


Disember 2012 Mak Jemah pernah kena ulcer ni penuh satu mulut,. Giler laaa aihh nak makan pun susah, seminggu gak laa tak leh mengunyah. Habis sakit urat kepala dan gigi Mak Jemah. Masa tu mr google jadi rujukan. So ramai yg suggestkan 100plus so mak jemah pun tibai lah berbotol-botol 100plus tu walaupun sakit. Tapi akhirnya sapu madu lebah asli lah usaha terakhir. 

Bila dah berkenalan dengan Shaklee ni, mak jemah selalu minum Performance Drink (PD) Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar). Memula tu memang lah Mak Jemah tak perasan tapi bila dah lama-lama tak kena ulcer baru mak jemah selidik punya selidik ohh sejak minum PD tu walaupun selalu berjemur tengah panas tetapi dah tak kena ulcer. 

Performance Drink
Performance Drink

Kenapa sejak minum PD ni buleh lak berjemur tengah panas ekk???? APA hebat sangat PD neh ???? Haaaaa kalau korang nak tahu, PD ni membantu kita
1. Mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan sebelum, semasa atau selepas aktiviti fizikal. Sebab tu lah Mak Jemah susah kena ulcer lepas amalkan minum PD ni.
2.Meningkatkan daya tahan badan untuk mencapai prestasi yang terbaik. 

Hah, nampak tak??? Sudahlah less sugar, takder gas dan memberikan tenaga lagi. Menyihatkan badan adalah hehehe. Bila kehilangan air dalam badan diganti badan pun cepat sejukkk so takde lah badan nak kekurangan air lagi dan ulcer pun tanak lah hinggap kat kita lagi.

Kebaikan Performance Drink
Kebaikan Performance Drink (PD) Shaklee
PD ni adalah minuman elektrolit di mana elektrolit ini berfungsi untuk untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan tenaga. Ehh badan kita pun ada elektrolit iaitu Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion. Adehhh pening sat kan dengan istilah sains cenggini hehehehe. PD ni berbeza ekk dengan minuman isotonik yang bergas mcm 100plus tu . Sama sekali tak sama taraf dan darjat mereka yer heheheh. PD Shaklee hanya boleh di beli daripada Shaklee Independent Distributor (SID) manakala yang lain-lain tu kita buleh pilih je dalam peti sejuk kat petrol pum or pasaraya. Haaaa kurlassssss kan produk Shaklee ni kan hehheheh.



Performance Drink
Performance Drink Membekalkan Tenaga





So inilah perkongsian ikhlas Mak Jemah untuk mereka yang sering berhadapan dengan masalah ulcer di dalam mulut ni. Banyakkan minum air terutamanya PD yer. Opsss ter promote pulak. hahahah. Serius dengan meminum PD ni kalau kena ulcer pun badan cepat baik. Lagi satu bulan-bulan posa ni minum PD kurangggg hausssss tau. Untuk mereka yang berminat nak mencuba PD dengan rasa oren yang LESS SUGAR ni ORDER DI SINI

Shaklee SID
Nur Masliza 012-2965214
nurmasliza@gmail.com


Saturday, 19 July 2014

Perintah Berkurung Semporna Yang Merobek Hati

Berita yang benar-benar merobek hati Mak Jemah bilamana Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalal mengumumkan perintah berkurung untuk 6 daerah Pantai Timur Sabah iaitu Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Kinabatangan, Semporna dan Tawau. Walaupun sebenarnya maklumat dalaman tu Mak Jemah dah tahu awal tapi bila diumumkan secara rasmi nya oleh Datuk Jalal tu semacam merobek hati. Masakan tidak Mak Jemah sekeluarga bakal balik beraya di Pulau Bumbum, Semporna Sabah pada 25 Julai 2014 ni. Dan kami sekeluarga balik menaiki pesawat MAS. Dua-dua nya isu yang tengah hangat diperkatakan noksss. Allahhu Akbar. 

Dan sebelum berbuka tadi, kami menerima wassap daripada keluarga yang berada di Pulau Bumbum mengenai notis yang dah pun di tampal aka di tempekkkkk di seluruh pulau. Hambekkkkk kauuuuu nokkk... Haish, maunya hati Mak Jemah tak risau. Korang tengok lah sendiri apa isi kandungan notis tersebut. 
Semporna
Notis Perintah Berkurung


Tak banyak sikit pun kebimbangan tetap bersarang di hati Mak Jemah. Dulu masa kes penculikan Abu Sayaf di Pulau Sipadan Mak Jemah still belajar di Universiti Malaya. Masa tu bila student dari Semporna je kami panggil Abu Sayaf. Memang tak pernah terfikir yang suatu hari nanti Mak Jemah akan bertemu jodoh dengan orang pulau dari Semporna hehehehe. Ingat lagi masa tu classmate Mak Jemah yg kami panggil Abang Lan seorang guru dari Semporna sering jadi bahan ketawa kami. Dia jugak sering berkongsi pengalamannya mengajar di pulau yang mana bila anak murid di tegur bapak datang bawak parang kauuuu. Hehehe itu pengalamannya pada awal 1990-an. Dan bila nampak biawak lalu di kawasan sekolah je anak murid berlari mengejar kikiki. 

Hah, berbalik kepada perintah berkurung di Semporna, hampir 5 tahun bersuamikan anak jati Semporna berbangsa Bajau ni apa yang Mak Jemah tengok pekan Semporna tu memang lah meriah. Tak banyak beza dengan pekan lain cuma dari segi kemudahan pejabat kerajaan dan bank sangatlah terhad. Semporna menjadi tumpuan pelancong asing yang dahagakan keindahan pulau. Mak Jemah sudah menjelajah pulau sipadan, pulau mabul, dan pulau kapalai sebelum berkahwin lagi ( masa tu belum kenai pun my inche suami hahaha). Sesapa yang nak ke pulau sipadan atau mabul atau kapalai perlu amek speed boat di jeti Semporna yer.

Semporna
Jeti Semporna



Haaa pic kat atas tu lah Jeti Semporna. Dan yang kat belakang tu Dragon Inn iaitu floating resort. Nak balik ke Pulau Bumbum pun kami kena naik boat daripada Jeti Semporna ni. Begitulah keadaannya bila kami balik ke kampung my inche suami. 

Semporna
Mak Jemah dan Family naik boat nak ke Pulau Bumbum. Muka cuak je



Semporna
Adik Mak Jemah berposing di Dragon Inn Semporna
  

Anak2 buah Mak Jemah bergambar di Dragon Inn Semporna


Yang merisaukan Mak Jemah ni sebab kampung My Inche Suami tu Pulau Bumbum dan jarak pulau tu dengan perairan Filipina sangatlah dekat. Kalau daripada dapur rumah mertua Mak Jemah tu ialah laut lepas yang memisahkan Sabah dengan Filipina. Ya Allah dekatnyaaaaa...

Pulau Bumbum Semporna
Laut lepas yang nampak daripada dapur kami


Pulau Bumbum Semporna
Lautan yang digunakan pengganas  masuk ke Semporna


Inilah yang menyebabkan hati Mak Jemah kecut. Bukan tak mahu balik ke Pulau Bumbum tapi keadaan keselamatannya yang kian menggigit ulu hati. Benar ajal maut di mana-mana tetapi bila mengenangka perintah berkurung tu seolah-olah Mak Jemah nak menempah maut kan. Ya Allah semoga kami semua selamat pergi dan balik ke KL nanti. Mak Jemah suka balik ke Semporna sebab makanan laut yang fresh dan keadaan laut yang cantik. Apapun Mak Jemah hanya mampu berdoa semoga kami sekeluarga akan di pelihara Allah.






Ulang tahun kelahiran MH17 suatu coretan duka

Penerbangan pertama pesawat malang Boeing 777 MH17 ialah pada 17.7.1997 dan penerbangan terakhirnya 17.7.2014. Mungkin ianya suatu kebetulan...semuanya berkaitan dengan angka tujuh belas....Lahirnya pada 17hb dan lenyapnya ia pada 17hb yang mana disaat usianya genap 17 tahun. Allahhu Akbar...semuanya suatu kebetulan....

Belum pun kisah duka MH370 berakhir, syarikat Malaysian Airlines System (MAS), negara Malaysia dan rakyat Malaysia am nya kembali menerima ujian. Kali ini ianya lebih tragis kerana ianya dikatakan ditembak oleh peluru berpandu.

Missile
Missile yang dipercayai  menembak M17

Pergolakan dan perebutan kuasa antara Russia dan Ukraine menjadikan insan tidak berdosa dalam pesawat malang itu sebagai mangsa. Nauzzubillah Himin Zalik....

Al Fatihah kepada semua mangsa yang terlibat.
Mangsa M17
Al Fatihah Kepada Mangsa M17

Friday, 18 July 2014

Part 2 : Stroke dan VIVIX SHAKLEE

Ok sepertimana yang Mak Jemah janjikan sebelum ni, kali ni Mak Jemah akan sambung cerita tentang Stroke dan Vivix. Kali ni Mak Jemah nak kongsikan dengan anda semua bagaimana VIVIX SHAKLEE membantu pesakit Stroke atau angin ahmar. Jika entri sebelum ni Mak Jemah ceritakan tentang bagaimana Stroke ini terjadi , boleh baca di sini KLIK DI SINI

Mak Jemah kongsikan pengalaman pesakit stroke yang dekat dengan Mak Jemah iaitu ibu mertua ku sayang hehehe. Tahun 2011 mak mertua saya diserang stroke dan disahkan lumpuh separuh badan. Badan lumpuh, mulut pun senget dan cakap pun tidak difahami. Ya Allah, suatu mimpi ngeri untuk ibu mertuaku. Daripada seorang yang lincah kini dia terlantar dan hilang segala upaya.



Stroke Vivix
Mak Semasa Hari Persandingan Mak Jemah


Stroke Vivix
Mak Semasa Sihat



Mak semasa sihat, sebelum diserang stroke.

Meh kita layan pic selepas mak di serang stroke dan kita tengok perubahan rupa mak mertua mak jemah selepas di serang stroke ni.

Stroke dan Vivix
Keadaan Mak Selepas 2 Hari diserang stroke


Vivix
Keadaan Mak Selepas 9 bulan diserang stroke


Selepas Seminggu Consume Vivix


Vivix
Selepas hampir setahun consume Vivix



Perubahan paling ketara pada mak ialah daripada patah perkataannya yang makin jelas, kini Alhamdulillah kami dah boleh memahami apa yang mak cakap. Sebelum mengamalkan vivix emosi dan rupa mak sentiasa murung. Nak membuang air besar pun susah seminggu hanya yakkkk sekali jer. Kini dia sendiri yang cakap dia rasa badan makin sihat. Ohh satu lagi tekanan darah yang selalunya 200 lebih tu kembali normal. Seminggu di sabah masa tu kami monitor dan memang bacaan tekanan darahnya normal ( sorry pic tarak sebab mak jemah bila balik kg mmg selebek ler maklum lah kat pulau hehehe)

Memanglah kami sekeluarga happy sangat tengok perubahan mak. Sebelum consume Vivix bermacam macam supplement di belikan oleh adik ipar dan suami saya. Tapi hasilnya tetap sama juga. Yelah sebagai anak, menantu kami dan saya rasa semua orang pun sanggup berhabis wang untuk berubat kan. begitulah juga dengan kami, disebabkan siste in law (SIL) saya yang menjaga mertua, maka dialah yang paling banyak berkorban masa, dan tenaga membawa mak berubat. 

Raya tahun lepas saya beranikan diri untuk bawak balik Vivix pada mak. Memang pada mulanya suami saya agak keberatan nak bagi mak minum Vivix. Maklumlah SIL pun banyak sudah bagi macam-macam supplement untuk mak. Tapi disebabkan Mak Jemah ni degil, dan nak tengok mak mertua sihat maka mak jemah hasut dan 'rasuk' suami supaya mak amalkan Vivix. Apa salahnya mencuba Vivix pula kan. Dan hasilnya suami pun bersetuju, maka hasut dan rasuk saya  menjadiiiiii lah hehehehe. Sehari hanya sesudu kecil je. Dan Alhamdulillah suami dan SIL berjaya pujuk mak minum Vivix ni.

Haaa jangan tatau selari dengan peningkatan bonus Mak Jemah, sekarang ni Mak Jemah sponsor Vivix utk Mak mertua setiap bulan. Ewahhhh. 

Vivix
Vivix Untuk Stroke

Sebenarnya ikutkan pengalaman keluarga sebelah arwah mak mak jemah, bila diserang stroke kami akan terus berurut secara tradisional. Tapi disebabkan mak mertua  daripada latar belakang yang berlainan, maka mereka tak mempercayai kaedah moden. Mereka masih percaya pada amalan yang agak tidak logik diterima akal. 

KESIHATAN juga adalah KEKAYAAN malah REZEKI yg tidak ternilai,hanya yg telah kehilangan sahaja yg tahu betapa berharganya nikmat KESIHATAN itu..

Rasa Vivix??? Best uolls masam2, kelat manis tak rugi minum Vivix kalau anda ada sejarah darah tinggi dan stroke. Apalah sangat harga Vivix tu kalau anda mampu beli handbag yang mahal tu kan...Vivix Order Di Sini


Sayangi diri anda...

Love
Nur Masliza 012-2965214
nurmasliza@gmail.com

Saturday, 5 July 2014

Bila Kanak-Kanak Berimaginasi Tentang Hantu

Assalamualaikum... Ok bila tak dapat tidur malam, pandang muka anak, tgk muka Muhammad Firas boleh buat mommy tersenyum panjang. Dia permata hati mommy, dia penyejuk jiwa papa. Meskipun dia manja kededek kata orang kelate, keletahnya cute sangat.

Budak ni baru 3 tahun 6 umurnya tapi kalau tgk kan fizikal dan dengar dia bersembang tak mcm orang umur 3 pun hehehe. Anak Mak Jemah ni alkisahnya suka bebenor berimaginasi. Mak Jemah memula dulu terkujat juga lah bila dia tunjuk sana, tunjuk sini cakap ada hantuuuu. Tanjatttt mommy hahaah. Sejak usia 2 tahun lebih dia dah pandai berimaginasi gitu. Tetiap malam klau travel mlm pertama dia akan menanggis sbb imaginasi nya tu...Lama-lama Mak Jemah amek decision utk bawak dia jumpa Ustaz di Darul Shifa Bangi. Ustaz tak de cakap banyak, cuma katanya biasalah budak2, Allah bagi kelebihan pada mereka. So otak Mak Jemah memang mudah menangkap maksud Ustaz tu. Hahahaaha mommy dia lak perasan terlebey khennnn.

Cam neh laa rupanya bila dia nanggis, beriya sangat hokey


Imaginasi kanak-kanak ni ada macam2. Anak Mak Jemah ni suka ber imaginasi tentang ghost...Heheheh. Entah darimana dia mendapat ilham begitu pun tataulah...Paling tak tahan bila dia akan ckp mommy sini ada hantu, kat situ ada hantu. Siap boleh tunjuk 'port' baekkkk punyaaaa hantu duduk. Pernah masa kami parking kat bawah pokok besar di highway PLUS mengala ke utara dia ckp 'Mommy kat situ ada orang cantik' sambil tangan dia tunjuk ke atas pokok besar dan rendang. Ewahhhh kamu ni anak kalau bercakap buat mommy seremmmm je kan. Tapi Mak Jemah selalu tak ambil pusing sangat apa yang Firas cakap pasal hantu sebab budak2 ni tak pandai berdalih-dalih, jadi kalau hati tak berapa nak cekal tu pekakkan telinga ajelah. Kalau tak nanti sendiri yang stress sebab takutttt hahahaah. Lagipun ustaz dan ustazah selalu cakap budak-budak kecik selalu nampak benda yang 'unseen' di mata orang dewasa.

"Owhhh noooo...I can see ghost again la mommy"

"Kat mid valey ni ada hantu, mukanya mcm ni..."

Busy menunjukkan muka hantu, hehehe

Ekceli anak Mak Jemah ni selalu sangat cakap dan tunjuk situ ada hantu putih, situ ada hantu muka buruk, situ ada baby putih, tapi mak jemah biorkan aje. Tak kuasa nak layan ehhh. Hahahaha. Sebab tu lah bila travel especially bila pergi kuale kangsar umah mak ngah dia, atau balik kelate sepanjang perjalanan kami bukak ayat suci Al Quran, maklumlah imaginasi nya ni terlalu tinggi hehe.

Dia sedang berimaginasi dan memerhati....

Disebabkan imaginasi nya yang tinggi, tiap kali travel port dia ialah menempek atas riba Mak Jemah, Ya Allah sabor ajelah nakk oiiii...

Hah nampak tuu sampai tidoq lena ataih pangkuang Mommy dia kat depan.

Tuuuu dia aihhh...selpie dengan Mommy

Sebagai ibu Mak Jemah lihat imaginasi tu tidak menganggu perkembangan Firas sikit pun. Sepertimana yang Ustaz cakap takde apa-apa, dia budak yang kuat, Alhamdulillah. Tapi bila orang lain dengor dia ckp tentang imaginasinya tu mungkin ada yang seremsssss. Heheehe... Oppsssss terlabih sudah.... Ustaz cakap  imaginasi nya tu akan pergi sendiri. Jangan pandang serius, sebab kita tak tahu betul ke tak betul apa yang dia cakap kan. Anak Mak Jemah pun taklah kuat menanggis tapi merengek sebab manja kededek, maklumlah belum ada adik lagi khennn hehehehe. Ok itu sahajalah coretan Mak Jemah tentang imaginasi anak Mak Jemah. Cepat lah kamu berimaginasi supaya mommy jadi jutawan Shaklee secepatnya ye anak heheheh....



Oleh itu ibu-ibu jangan risau sangat jika anak anda banyak berimaginasi. Buat lekkk je, buat peace jer heheheh.

We are happy family...Allah tetapkan jodoh Mak Jemah dengan lelaki terbaik dalam hidup, dan menganuregahkan seorang anak yang sihat, sempurna dan bijak. Syukur Ya Allah.


Love
Nur Masliza 









Tuesday, 1 July 2014

Part 1 : Stroke atau angin ahmar. Bagaimana ianya meragut nyawa insan kesayanganku.

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Datangnya Ramadhan memang menggamamit 1001 kenanangan. Sehingga akhir usia pun Mak Jemah pasti tak akan dapat lupakan Allah menjemput ibu mak jemah selepas azan subuh pd pagi Jumaat, 6 Ramadhan tahun 1998. Sangat sayu dan terluka mengigati saat itu. Apatah lagi pemergian ibu mak jemah tu pada hari yang sepatutnya mak jemah balik ke kampung sempena semester break. Tahun pertama di universiti malaya ibu pergi mengadap Ilahi, paling menyedihkan mak jemah tak sempat bersama dia di saat nyawa nya bercerai dari badan.
Wajah seorang ibu yang sangat dirindui.
Wajah seorang ibu yang sangat dirindui.


Adakah mak jemah sama mcm arwah mak??
Adakah mak jemah sama mcm arwah mak??


Haa cer tgk cer tgk ikut muka saper
Haa cer tgk cer tgk ikut muka saper


Al kisahnya Mi mak jemah ni mendapat serangan darah tinggi sejak mengandungkan Mak Jemah. Tapi Alhamdulillah Mak Jemah lahir secara normal. Dan bermula dari situ lah insan ini sentiasa berbekal kan ubat darah tinggi. Insan ni pernah di serang mild stroke masa kami sekeluarga baru balik ke kampung di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1992. Sebab itu lah mak jemah sangat-sangat mengambil berat tentang darah tinggi dan stroke. Pada mak jemah berhabiskan duit demi kesihatan kita. 

Sampai sekarang bila ada kawan-kawan mengadu orang tua mereka ada darah tinggi atau  penyakit lain yang seangkatan dengannya saya akan 'terlebih prihatin'. Benar ajal maut bila sampai tidak akan lewat atau cepat walaupun sesaat. Namun sebagai manusia kita harus berusaha dan menyayangi kesihatan dan badan yang Allah anugerahkan kepada kita. 

Bila bercakap tentang darah tinggi, stroke memang keluarga mak jemah ramai yang diserang gejala ini. Percaya atau tidak chek (atok), mok (nenek), chik (pakcik) mak jemah meninggal disebabkan stroke yang membawa kepada kematian sudden death. Bak kata orang kelate "kena tu mati terus" (kena ke terus meninggal). Dan Mi mak jemah juga tentunyaaa. Ya Allah Kau tempatkan lah keluarga ku di kalangan hambaMu yang beriman dan berikanlah mereka ganjaran syurga. 



Ini pulak Chik -yg kadet polis tu anak chik aka cousin mak jemah


Dua lagi pakcik mak jemah, pak ngah zul dan pak Udi di serang juga diserang mild stroke yang melumpuhkan keupayaan mereka tetapi tidak lumpuh. MIL mak jemah pun diserang stroke kini bed ridden kata ompoteh atau dgn kata lain nya lumpuh. bila darah terlalu tinggi kebarangkalian stroke dan perdarahan dalam otak sangat tinggi. 

Apakah stroke??atau angin ahmar ni???


Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota badannya.

Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
Sukar menelan
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
Nasihat amalan pemakanan sihat (pemakanan yang kurang lemak, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambahan vitamins atau supplements)

Haaaaa nampak tak bagaimana bahayanya stroke atau angin ahmar ni...
Terlalu panjang pulak entry mak jemah kali ni. Ok lah mak jemah sambung part 2 pulak untuk menceritakan bagaimana produk Shaklee mambantu pesakit stroke atau bantu kita elakkan stroke daripada terjadi.

Love 
Nur Masliza 012-2965214


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...