Sunday, 31 August 2014

Start Bright Series : Realisasikan Impian Bebas Bekerja Sendiri


Alhamdulillah, lega, puashati, dan seronok serta pelbagai lagi perasaan bercampur baur dalam hati. Kenapa? Petang 30 Ogos semalam Mak Jemah dah berjaya selesaikan tanggungjawab menjadi speaker untuk sesi Start Bright Series #10. Syukur dapat selesaikan amanat yang diberikan. Inilah yang saya  suka dengan bisness dan team Shaklee kami, sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Sedar tak sedar dah 10 kali SBS ni dijalankan. Saya melalui rasanya separuh daripada SBS yang dijalankan oleh mentor saya Master Puteri Yusoff selama ini. Hasil daripada bimbingan bulanan inilah saya berjaya mendaki rank demi rank. Syukur saya diberikan ilmu tanpa bayaran. Bukan saja dapat belajar skill bisness, skill bukan bisness pun dapat dipelajari. 

SBS #10 baru-baru ni

SBS yang diadakan pada tahun 2013.

Nampak tak beza antara SBS 2013 dan SBS 10 ni? Banyak bezanya..Kalau masa memula SBS dulu tgk lah berapa je bilangan yang hadir, mungkin kurang daripada 20 orang je kan. Tapi SBS 10 baru-baru ni nahhhhh hampir 40 peserta hadir. Beza dari segi input penyampaian adalah yang paling ketara...Kalau dulu tajuk more to pengenalan kepada bisness, then marketing plan Shaklee. Tetapi kali ni topik untuk memperkasakan diri. Ditambah pulak kali SBS kali ni kami nak dengar daripada mulut master2 yang baru balik daripada convention di USA. Suatu pengisian yang penuh dengan ilmu.

Kalau dulu hadir ke SBS sebagai peserta, kali ni saya diberikan kepercayaan untuk menjadi speaker dan organizer bersama-sama rakan yang lain. Sungguh rasa terharu sangat bila dapat berdiri memberikan input kepada rakan Shaklee yang lain. Bersyukur sangat dapat berkongsi ilmu dengan yang lain. Apalagi dapat team mate yang tip top begini. 

Muka muka speaker SBS yang happy

Kalau dulu nak nampak muka2 anak buah bisness saya yang datang tu agak payah, kali ni dengan izin Allah SWT saya berjaya mengumpulkan 3 orang anak bisness dalam satu sesi. Dan yang lebih membanggakan bila anak bisness saya sanggup datang daripada Kluang Johor semata-mata untuk SBS kali ni. Syukur Ya Allah dengan kesempatan berkongsi impian mencari kebebasan kewangan bersama insan lain. We use, we share dan we build. Itulah bisness Shaklee.


Jadi inilah faktor yang menjadikan anda perlu memilih kami sebagai team untuk anda menjejak impian. Kekuatan kami ialah BIMBINGAN online dan offline tanpa mengira di mana saja anda berada. Anda pasti tidak akan menyesal memilih kami untuk memulakan langkah bisness online sebagai punca pendapatan anda. 


Anyone Can Be A Millionaire
Nur Masliza Bt Muda

Friday, 29 August 2014

Hadiah Daripada Allah Selepas Hari Raya Untuk Kami

PMHaish lama cooti, bersarang-sarang blog mak jemah ni. Balik daripada raya, macam-macam dugaan Allah bagi pada mak jemah. 14&15 Ogos tu mak jemah diserang angin memulas tatau nak cakap. Sampaikan terpaksalah mak jemah pi klinik. Hambekkkk doktor cakap gastrik.
Hadiah daripada klinik keluarga 


Hari Jumaat 15 Ogos tu jugalah anak buah mak jemah patah tangan gara-gara main rugby. Apalagi keesokannya kami pun bergegas lah ke Hospital Teluk Intan dan seterusnya ke Hospital Pantai Seri Manjung. Gara-gara abang amir yang patah tangan kiri. Memang risau sebab sudah lah dia tu menulis tangan kidal, tangan tu juga lah yang patah huhu. Dah sampai Teluk Intan pepagi sabtu tu tgk xray makkkkk tanjat gegirl patah tulang radius dan ulna sekaligus...seremsss

Gambar X Ray Abang Amir.


Mak Jemah taknak cakap banyak tentang hospital gomen, korang nilaikan sendiri. Bukan nak mengeji nurse sebab adik mak jemah pun nurse tetapo servis depa kat spital tu yaaaa hazabbbbb. 
Lepas dah bertekak manje dgn doktor spital tu, kami pun bwk balik abg amir ke manjung. Yelah depa ddk Manjung nak ulang alik ke Teluk Intan tu amek masa sejam jugak klau bawak laju.
Abang di balut tangan kat spital TI



Ehh korang musti tertanya kan kenapa di bawak ke spital Teluk Intan (TI). Sebab anak buah mak jemah ni bersekolah di Sek Men Sains Teluk Intan (SEMESTI). Addoi cakap pasal SEMESTI ni memang mak jemah hangin. Ade ke sorang cikgu pun xde mengiringi anak buah yang patah tangan ni gi spital. Not even warden atau nama glamer Domestic Manager tau. Yang bawak pergi spital tu anak buah mak jemah yang kebetulan nya sama skolah dgn abg amir. Nasib baik ada adik am. Si driver pulak mangkok jugak bak tinggalkan kat tepi jalan suruh budak dua beradik tu jalan masuk ke spital. Nasib baik jugak adik am ni bijak call umi dan abah dia ckp pasal abang amir yang dah patah tangan tuuu. Nak harapkan cikgu SEMESTI call parents bagi tau harammmmmmm. Haruslah mak bapak risau anak depa patah tangan gitu... Mak jemah dulu ddk UM jaga students kena kipas kat mata bawak depa pi PPUM tunggu sampai pagi woi. Itu jam mak jemah call family inform keadaan anak dorang. Mmg tak lah kena dalam mata, tapi halloooo kita pegang amanah jaga anak orang kan...Tapi mak jemah tak ckp semua cilgu SEMESTI cenggitu laa. Yang terlibat dgn bebudak hostel dan yang arahkan van hantar pi spital takkan xleh amek tanggungjawab call parent? Haoshhhhh  termembebel pulak.

Dah settle semua urusan abang amir dpt masuk ward kat spital pantai seri manjung pun dah kul 530pm dah hari sabtu 16 Ogos tu. 


Abang amir tak dapat jugak di bedah hari sabtu tu sebab tangannya bengkak. Doktor cakap nanti susah nak jahit. Then ok lah kena tunggu sampai Monday baru boleh. Dengan position chik mae di Sapura  Kencana tu dia mmg mampulah letak anak dia di spital swasta, ddk pun sorang satu bilik. Teringat kata-kata Chik Mae pd doktor spital TI "I dont care what you want to do, but I want you to make sure my son is ok." Ade ke patut doktor tanak simen atau pakaikan andoh. Ingat TI ke Manjung tu dekat nak suruh budak tu tampung je tangan dia. Huhuhuhu

Orang sakit siap buleh membaca comic lagi.

Ok dipendekkan citer abang amir ni selamat dibedah pada hari senin tu. Operation lebih kurang 4 jam gak laa. Masuk OT jam dua keluar jam 6. 

Abang amir di tolak ke Operation Room.


Abang amir mamai lepas di bedah. OK tangan di masukkan besi...seriauuu

Sedikit sakit lepas operation

Sehari selepas operation. Makan sedap yer..

Alhamdulillah operation abg amir berjaya. Dan kami sangat2 bersyukur bila dia tak lah mengadu sakit sangat2 lepas operation. Dan dia pun xde lah mintak ubat tahan sakit. Syukur pada Allah.

Sebelah dalam tangan.

Sebelah luar tangan

Dua hari lepas operation abang amir dah boleh keluar ward dah. Tapi dia ni orang sakit yang tak mcm sakit sebab selera makan Ya Allah...mintak pizza laa, mintak roti sardin laa memacam weh anak buah mak jemah ni hahahaha. Dah namanya long (panggilan mak jemah dlm keluarga) ni bisness supplement Shaklee yang terkenal ituuu makanya Zinc dan Ostemetrix haruslah menjadi peneman setia abang amir kan.

Zinc untuk mempercepatkan luka akibat pembedahan tu sembuh. Dan ostematrix ni formula kalsium dan magnesium yang menguatkan tulang. 

Menunggu abah mereka settlekan bayaran spital pantai 

Bukan setakat itu saja, hari jumaat berikutnya adik lelaki mak jemah pulak masuk spital disebabkan dia muntah keluar darah. Sebelum ni beberapa bulaj yg lalu mak jemah ada ceritakan tentang adik mak jemah yang ususnya bocor. Inilah dia orangnya. Kali ketiga masuk ward sebab masalah yg sama. Kali ni clip yang mengikat ususnya tu tercabut lagi. Alahai Hidayat ohh Hidayat. Adik mak jemah ni memang tak pantang pun dari segi pemakanan dan dia heavy smoker juga. 

Firas hari-hari ziarah ayah teh dia.

Kalau sebelum ni di hospital Serdang, kali ni dia masuk hospital Putrajaya pulak. Ini gara-gara tak tahan sakit sebab menunggu di hopital Serdang tu. Mak Jemah rasa kedua-dua spital ok je, cuma bezanya hospital putrajaya ni strict sikit sebab kanak2 bawah 12tahun xleh masuk. Yelah anak mak jemah tu nak melekat ajeee. Menjerit jerit lah dia menanggis nak naik tengok ayah teh dia. Kesian anakku. Bila adik yang masuk spital ni memang lah agak risau, sebab mak jemah ni dah yatim piatu, harapkan kami berempat beradik sahajalah.

Hadiah ni Allah bagi pada Mak Jemah dalam bulan Syawal. Memang kalau iman tak kuat memang sangat tertekan. Allah menguji kami sekeluarga dengan hadiah sebegini kerana Allah masih sayangkan kami. Walaupun bahu terasa berat memikul peranan sebagai anak sulung tetapi Allah bekalkan mak jemah sekeping hati yang kental. Terima kasih Ya Allah.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...