Wednesday, 24 September 2014

Apa Rasa Omegaguard Shaklee?

Dalam banyak-banyak supplement Shaklee saya sangat suka berikan anak saya Muhammad Firas Omegaguard. Anak saya sangat suka dengan Omegaguard ni, setiap hari dia memang akan minta untuk makan omegaguard ni tanpa disuruh pun. Sebab pertama dia nampak mommy dia mkn vitamin je lepas lunch dia pun akan mintak jugak, so memang dia jarang sangat missed makan omegaguard ni. Omegaguard Shaklee ni diperkaya  dengan Omega-3 yang mengandungi daripada EPA , DHA dan ALA. EPA dan DHA ni penting untuk perkembangan minda kanak-kanak. Sebab itulah saya pastikan rumah kami tidak akan putus bekalan omega ni. Anak saya makan untuk perkembangan mindanya dan saya makan sebab nak mempercepatkan pembakaran lemak, selain untuk mengawal paras kolestrol dalam badan saya. Maklumlah lepas bersalinkan Firas figura ku sudah berubah hahahaha.

Ok berbalik kita kepada kepentingan omega ni kepada kanak-kanak. Selain untuk minda, omegaguard berfungsi sebagai anti keradangan yang membantu mengurangkan possibility anak kita terkena asma. Alhamdulillah saya konsisten bagi Muhammad Firas makan omega ni sejak usia nya 2 tahun dan dia tiada asma. Yelah saya risau kalau dia terkena asma, maklumlah family background saya dan suami memasing ada yang mengidap asma. Mungkin pada sesetengah ibu bapa mereka tak ambil berat sangat tentang asma sampaikan sanggup tengok anak kena nab sedut gas setiap kali kena asma atau semput ni. Tapi sebagai ibu biarlah saya berhabis duit membeli supplement untuk anak saya, asalkan tidak melihat dia menyedut gas huhuuhu. Softgel omega ni senang sangat kalau anak-anak nak kunyah. Sebiji sehari, tapi anak saya ni terlebih suka dengan omegaguard so kekadang dia mintak lebih. hehehe.




Haaa ini dia reaksi anak saya bila di tanya apa rasa omegagurad. Firas berumur 3 tahun 8 bulan, syok je bagitahu rasa omega tu macam mana, rasa minyak hahahahaha. Ia omegaguard tu adalah minyak ikan. Omegaguard bukan dihasilkan daripada ikan laut sejuk seperti sardin, makerel, anchovies di perairan Jepun. Ianya dihasilkan daripada proses penyulingan propreitaritiga molekul untuk mengeskstrak asid lemak omege 3 paling tulen. Semasa proses penyulingan inilah segala macam plumbum, merkuri, arsenik dan PCB disingkirkan.


Cara kunyah gini boleh lah diamalkan jika anak anda semua jenis tak kisah. Tapi kalau anak yang memilih, tak suka makan apa-apa capsule atau tablet cara lain yang boleh cuba ialah pecahkan omega dan masukkan ke dalam susu ataupun campurkan ke dalam nasi mereka. Haa begitulah caranya..Tak susah pun nak kasi anak-anak kita makan ubat atau supplement tetapi ibu kenalah kreatif sikit.

Sunday, 14 September 2014

Mealshake Makanan Tambahan Untuk Anak Anda

Sesetengah ibu menghadapi masalah bila anak terlalu memilih makanan. Walaupun anak saya tidak memilih makan--apa yang ada semua dia sapuu hehehe, tetapi saya melihat anak makcik saya yang terlalu memilih makanan di zaman kanak2 nya. Dia cuma akan makan kalau ada ayam itupun wing sahaja. Sayur semuanyaaa dia tak makan, even kalau ada sayur dalam makanan pun dia sanggup kutip segala sayur yang berwarna warni tu buang. Lebih parah cebisan bawang dalam makanan pun dia akan kutip satu-satu tau. Buah pun hanya makan apple merah yang kulitnya merah menyala-nyala tu...setiap kali balik kampung memang ummi dia dan kami pening sebab tak larat kot nak melayankan kerenah makan dia tu. Nak ayam jeee. Itu pun nak wing saja, ayam pun nak ayam masak merah atau ayam goreng je. Haaaruuu betui kan... Sudahlah tinggi kolesterolnya, tinggi pulak kandungan lemak dan garam....



Yummeh, tapi sayang menu tidak sihat
Yummeh, tapi sayang menu tidak sihat


Anak Picky Eater
Anak Picky Eater


Antara makanan ringan atau junk food kegemaran kanak-kanak
Antara makanan ringan atau junk food kegemaran kanak-kanak
Junk Food atau Jajan atau Makanan Ringan Yang Terkenal Zaman Saya
Junk Food atau Jajan atau Makanan Ringan Yang Terkenal Zaman Saya 

Ada kanak-kanak yang cuma suka minum susu atau makan jajan, atau makan gula2 jeee setiap hari kalau pun makan nasi alahai secoit jeeee. Memang sah sah tak cukup zat jika begitu cara makannya. Jajan atau makanan ringan sangat tinggi kandungan garam, lemak, gula dan takde zat langsung. Ni adalah antara makanan ringan yang menjadi favourite anak-anak kita.  Pening juga seorang ibu jika anak mereka terlalu obses dengan sesuatu makanan yang langsung tidak berzat untuk mereka. Semasa perkembangan anak-anak ni lah kita sebagai seorang ibu patut memberikan zat makanan yang seimbang kepada anak-anak kita. Pemakanan seimbang pada fasa perkembangan anak-anak adalah penting untuk mengoptimumkan perkembangan fizikal, mental, emosi dan mencegah penyakit dari usia kanak-kanak.

Mealshakes Dengan Perisa Vanilla
Mealshakes Dengan Perisa Vanilla

Haa nampak tak aktress cantik kita Rita Rudaini pun mempercayai Mealshakes. Dah sah
sah dia tu retis tapi sebagai seorang ibu tentunya dia mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sesudu mealshakes dengan perisa vanilla sangat harum baunya. Anak saya Muhammad Firas sukaa sangat mealshakes ni sebab aromanya seakan akan ais cream. Tempted sangat....Satu hidangan mengandungi 120kalori sahaja...                                                  


Wah artis pun bagi anak mereka Mealshakes
Wah artis pun bagi anak mereka Mealshakes



Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai. Semua ibu bapa sayangkan anak2 mereka, itu saya yakin sangat. Tetapi jangan kita sebagai ibu bapa alpa dengan membiarkan sahaja anak-anak memilih makanan kegemaran yang biasanya tidak membantu perkembangan mereka. Itulah sebabnya kanak-kanak ni memerlukan pilihan makanan segera yang juga baik untuk mereka - pilihan makanan yang rendah lemak, rendah-glycemic, dan mengandungi keperluan vitamin dalam badan. Opsss kanak2 memang tak suka kalau diberikan apa jua supplement dalam bentuk TABLET. Untuk ibu yang taknak pening2 kepala boleh mencuba untuk campurkan keperluan tambahan anak2 dengan makanan mereka. Mealshake ialah makanan tambahan yang terbaik untuk kanak-kanak. Ianya multivitamin dalam bentuk serbuk yang boleh dicampurkan ke dalam minuman anak anda.


Kenapa Mealshakes Istimewa???

Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino yang mana ianya mudah diserap oleh badan. Ia nya diperbuat daripada bahan semulajdi so ibu-ibu tak perlu risau tentang keselamatan produk ini kepada anak memasing. Bahan semulajadi yang dimaksudkan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, soya non GMO, lactalbumin (sejenis susu) serta beberapa campuran lain. Lactalbumin ialah bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mujdah diserap badan samaada bayi, akank-kanak, atau orang dewasa. Ianya rendah glisemik indeks. APA tu glisemik indeks??? Glisemik Indeks adalah ukuran seberapa banyak kesan suatu makanan yang mengandung karbohidrat dalam meningkatkan kadar gula darah setelah dimakan, dibandingkan dengan glukosa atau roti putih. Makanan dengan glisemik indek yang rendah mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. Makanan dengan indeks glikemik rendah telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak pada pesakit-pesakit diabetes, selain ianya dapat mengawal nafsu terhadap makanan manis. 


Sebenarnya mealshakes ni bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi ianya sesuai untuk bayi dan juga orang dewasa, cuma kanak-kanak lebih menggemari aroma vanillanya. Golongan dewasa boleh mangambil vitalea sebagai alternatif kepada multivitamin heheheh. Mealshake ni sesuai untuk kanak-kanak yang sembelit kerana ianya kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa makanan yang dihadam. Kalau orang dewasa yang sembelit senang nak diuruskan betoi tak? Tapi kalau bayi atau kanak-kanak yang sembelit ni menanggis dan merengek ajelah yang mereka tahu. Kesian sangat kan. Nutrisi lengkap dengan 19 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan badan membantu kadar penyerapan vitamin dalam badan. Ianya membantu tumbesaran kerana kandungan asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan melambatkan proses penuaan. Ianya berkhasiat, hidangan yang ideal, serta enak dan menyelerakan.


 Khasiat Mealshakes
Khasiat Mealshakes

Jadi ibu-ibu setiap kali membeli kan makanan untuk anak-anak pastikan indeks glisemik yang rendah supaya kita tidak memberikan makanan yang menjerumuskan anak kepada penyakit. Budak, memang lah mereka akan menjerit dan menangges minta belas simpati mak bapak untuk dapatkan makanan kegemaran mereka yang eiiii takde manfaat langsung malah menyumbang pada gelajala penyakit pula.

Untuk anak yang takde selera makan, mealshakes ini sangat membantu. Dan yang memilih makanan tu memang tidak dinafikan lagi keberkesanannya. Malah untuk anak-anak yang sering demam juga disarankan mengambil mealshakes ni untuk meningkatkan sistem imune mereka.

Mealshakes French Vanilla dengan hanya RM113.75 untuk satu canister (544gram). Sehari hanya satu sudu (sukatan berbeza mengikut umur mereka). Dapatkan promosi September ini beli 6 percuma 1.

Shaklee Independent Distributor
Nur Masliza 012-2965214


Tuesday, 9 September 2014

Kuih Bakar aka Kuih Bengkang yang Simple Dimple

Hari nni mood rajin pulak nak buat makanan hehehe. Nak keluar jenjalan pun malas sebab husband ada class 6-9 mlm, kami dua beranak lepaks aje kat rumah. Lepas hujan memang tatau nak buat apa so masuk dapur kemas2 then nampak oven. Ok lah kalau dah minat nak kata apa kan hahaha. Then tetiba teringin pulak buat kuih bakar, atau orang kelantan panggil kuih bengkang. Sebabnya kuih ni simple easy peasy nak buat. Bahan-bahan pun semua dah ada, so aktiviti pun bermulaaaaa.

 Bahan nak buat kuih bakar.

3 1/2 cawan santan (saya guna susu segar dutch lady) 
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan gandum
4 biji telur
Pewarna hijau
Perisa pandan

Cara membuat
Blend santan ( fresh milk), gula, sampai sebati. Then saya masukkan telur satu persatu then blend lagi. Pehtu masukkan adunan tadik dalam tepung gandum yang dah disediakan dalam satu bekas berasingan. Kacau sampai pekat. Untuk hilangkan ketulan saya blend sekali lagi. Blend sampai sebati. Then masukkan adunan dalam loyang yang dah di sapu dengan marherin atau butter atau minyak. Tujuan sapu tu sebab nak elakkan melekat. Saya bakor dengan api bawah, pada suhu 150 darjah celcius selama 1 jam. Dan 10 minit terakhir bakor atas bawah. Haaa jom layan pictures pulak hahaha.

Adunan Kuih Bakar
Adunan Kuih Bakar


Campuran Santan atau Susu dengan Tepung
Campuran Santan atau Susu dengan Tepung


Adunan Tepung Yang Siap Di Blend
Adunan Tepung Yang Siap Di Blend


Add caption



Tadaaaaa Kuih Bakar
Tadaaaaa Kuih Bakar 

Haaa petua arwah Mi saya, kalau nak elakkan kuih bakor ni melekat kat loyang, tunggu dia bebetul sejuk baru potong, atau kalau nak cepat rendamkan je benda tu dalam air yang diisi dalam bekas yang lebih besar supaya cepat sejuk. Tapi jangan lak sampai benda tu tenggelam yer hahaah. Actually kalau bak buat kuih bakor ni baik guna daun pandan yang di blend then tapi barulah baunya harummmm dan wangi.... Tapi ini saya main belasah aje janji masa terisi hehehe.

Ok lah ni 1st entri pasal makanan...ada banyakkkk lagi bakal menyusul kikiki.

Love
Nur Masliza


Sebab Saya Memilih Shaklee Collagen Powder

Bila namanya perempuan pastinya tak boleh lari daripada nak kelihatan sentiasa nampak awet muda, tegang, lawa je kan. Hehehe, tapi nak nampak muda dan tegang ni kena jugaklah tahu yang menjadikan kulit kita ni tegang dan anjal ialah kerana adanya kolagen. Haaa, kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi, dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen dan 80% tulang adalah kolagen. Kornia mata kita pun sebenarnya adalah kolagen. Sebab tu kalau kita perhatikan banyak produk sekarang ni di claim ada kolagen, sampaikan dalam kopi pun depa ckp ada kolagen.

Kolagen dalam badan kita mengalami penurunan sejak usia 20 tahun. Jom saya kongsikan gambar fasa kehilangan kolagen di bawah lapisan kulit manusia . 

Fasa Kehilangan Kolagen Mengikut Peringkat Umur
Fasa Kehilangan Kolagen Mengikut Peringkat Umur

Haaa, nampak tak bila kolagen makin susut, keanjalan kulit akan makin hilang? So daripada pic tu kita dapat bezakan antara kulit orang yang 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an. Dengan kata mudah makin tua, tuuu kulit dah makin kedut-kedut laa. Opsss bukan mengata tapi berkongsi dengan anda yg inilah hakikatnya...

Saya akui saya sendiri mengamalkan meminum kolagen, dan semestinya kolagen pilihan saya ialah Shaklee Collagen Powder. Katanya SID kannn, tapi reason saya pilih SCP ialah kerana saya sangat yakin dengan 
1. Kualiti bahan yg digunakan
2. Keberkesananproduk
3. Reputasi pengeluar


Kualiti baha yang digunakan
SCP menggunakan bahan utama nya ialah sisik RSS atau sisik Ikan Merah yang terkenal tahan lasak. Lasak yang macam mana tu?? Ikan merah ni sebenarnya hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Di bawah lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar untuk ikan yang biasa untuk hidup. Patut lah kalau kita pergi pasar ikan pun, ikan merah ni memang mahal regenya betul tak? Hehehe ok saya penggemar ikan merah. 

Sumber Utama Collagen Shaklee
Sumber Utama Collagen Shaklee
Dan kolagen Shaklee ni juga menggunakan 7 bahan aktif semulajadi yang lain seperti ekstrak biji camiola japioca, ekstrak plaffia, ekstrak kerang-kerangan, vitamib C dan B, elastin daripada kolagen ikan serta bakteria baik (lactobasilus acidophilus). 


7 Bahan Campuran Collagen Shaklee
7 Bahan Campuran Collagen Shaklee

Keberkesanan produk
Dan kita sebagai pengguna perlu tahu bahawa kolagen yang halus teksturnya akan lebih mudah diserap oleh badan manusia. Saya sudah menjalankan beberapa penelitian di Google mencari molekul kolagen yang kurang daripada 1000 Dalton (da) . Namun kolagen Shaklee adalah yang paling rendah nilai Dalton iaitu 1000, sedangkan jenama lain ada yang 3000 da, 2500 da, 2000 da dan 1800 da. Maaf nama kolagen tidak saya nyatakan di sini namun pesain terdekat kolagen shaklee, El Marino juga melebihi 1000 da. So tekstur Kolagen Shaklee adalah lebih halusssss. Sorry Sharnaaz Ahmad , saya cilok sat perkataan 'halusssss" anda hehehehe.

SCP juga telah melalui pelbagai ujian klinikal dan memang dah terbukti memberikan kesan seawal 8 minggu penggunaannya. Itu kata kajian yang company lakukan. Tetapi selepas saya meneliti segala testimoni ramai yang yang mengatakan ianya menampakkan kesan seawal 7 hari penggunaannya. Pada saya sendiri sangat tak perasan yang muka makin glowing, dan muka semakin hilang garis-garis kecil di bawah mata. Dannnnn secara tak sengaja saya dapati parut luka cesarean semasa bersalinkan Muhammad Firas semakin mengecil. 

Keberkesanan Shaklee
Keberkesanan Shaklee

Ni keberkesanan kolagen pada diri saya. Anda boleh nampak perbezaan pada kami berdua. Walaupun kami sebaya, tetapi ramai yang mengatakan saya nampak muda berbanding sahabat saya ni.  Ni muka kami rasanya memang dua-dua pun xde make up. Bukan nak puji diri tapi inilah colagen effect pada diri saya. Paling best testimoni pengguna Shaklee dan E***N. Best tak????

Kami Sebaya - Beza Kulit Pengguna Collagen Shaklee dan Collagen Jenama Lain
Kami Sebaya dan Lihatlah Perbezaan Kami



Hasil Penggunaan Collagen Shaklee
Hasil Penggunaan Collagen Shaklee

Satu lagi sebab kenapa saya pilih SCP ni ialah selain dari berikan kulit yang halus dan anjal, kolagen ni jugak membantu memelihara sendi. Memang sakit sendi lutut dan buku lali akibat aktif silat olahraga zaman sekolah dah makin tak terasa. Serius saya agak terkejut masa memula amalkan kolagen dulu. Sikit demi sikit kesakitan lutut kiri dan buku lali kanan makin hilang. Bukan lah saya ckp hilang sekali gus, tetapi hari demi hari makin kurang terasa. Sebab apa pulak kolagen ni memelihara sendi? Haaa yg ni sebab campuran kerang-kerangan yang ada dalam kolagen shaklee itu lah... Uish banyak nau nau kelebihan shaklee collagen powder ni berbanding dengan yang lain. Memelihara jantung, kuku, gigi dan rambut uishhhh kiranya ALL IN ONE. Rasanya rugi sangat kalau saya tak pilih scp ni. 

Kelebihan Menggunakan Collagen Shaklee
Kelebihan Menggunakan Collagen Shaklee



Dan rahsia yang perlu kita semua tahu ialah kolagen ini paling berkesan jika kita diambil secara ORAL sewaktu perut kosong!

Reputasi Pengeluar 
Sebelum anda memilih kolagen yang memangnya berderet kat pasaran tu, perlu kita kaji dulu pengeluarnya tu. Bukan saya menafikan kebaikan produk keluaran tempatan, tetapi kita sebagai pengguna perlu bijak memilih produk yang selamat, berkesan dan paling penting mendapat kelulusan daripada pihak kementerian. Bukan apa, sekarang ni banyak benor produk yang konon nya ada kolagen, tetapi pihak pengeluar tidak mendaftarkan produk dengan kementerian lebih parah lagi kalau campuran produk tu beracun. Awas....janganlah kita nak beli yang murah jeeeee sedangkan kualiti nya belum tentu. Pilih lah dengan mata hati, kalau pengeluar yang tidak melakukan kajian klinikal serta RnD maknanya produk tu belum lah tentu lagi diuji bahannya, campurannya, keberkesanan nya. Oleh itu saya mohon pilih syarikat atau pengeluar yang memang dah ada reputasi mengeluarkan bahan2 yang selamat dan menggunakan sumber semulajadi. 

Shaklee sudah lebih 50 tahun berada di pasaran dunia, jadi kenapa saya perlu ragu-ragu. Beribu research dan test yang dibuat sebelum sesuatu produk di keluarkan. Dan tagline company tu pun always safe, always work, always green. Itu lah yang memang menambat hati saya. Kalau produk company ni tak berkualiti dah lama dah dia kena "halau" keluar daripada market kita kan... Kalau company yang belum terbukti produknya berkesan dlm jangka masa lama memang saya tak berani nak cuba. Eiii nanti kang di taruknya racun ke, atau diguna nya kolagen daripada khinzir ke macam mana??? Ohh ya kolagen daripada khinzir ni paling mudah utk diperolehi...

Siapa cakap kolagen shaklee ni mahal? Tak mahal pun, sebab khasit dan kebaikan nya sangat laaaaa banyakkkkk. Sekotak cuma RM298 sahaja. Rasa muda dan jadi muda...Perempuan pastinya sukaaaa sangat kan bila orang cakap "ehh awak nampak muda dari umur sebenar" memang kembang kembang hati tu (hidung tak yah cakap lah kan) hahahahaah. Tapi itulah hakikatnya. Kalau kita perempuan ni sanggup habiskan ratusan ringgit utk handbag berjenama, pakai pakaian daripada italy silk, atau menyarung kasut kulit buatan luar negara, apalah sangat kalau put aside duit utk kolagen ni kan. Haish isteri cantik suami sukaaa nyahhhh.... 

Nak order kolagen sempena bulan promosi beli 6 percuma 1 ni?? Boleh cecepat dail 012-2965214.

Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder


Try it, love it, share it ---SHAKLEE COLLAGEN POWDER is the best among the best...

Nur Masliza Muda


Monday, 8 September 2014

Mari Mengecat Rumah

Houze make over, houze make over...Semangat membara my inche hubby sejak balik raya ni nak mengecat rumah. Maklumlah dia ni cerewet, sangat tak puas hati dengan kerja orang so terpaksalah 2nd round cat mengecat dilakukan. Haish...tak kisah keluarkan duit sekali lagi untuk mengecat asalkan dia berpuas hati.

Kamu memulakan aktiviti cat mengecat tu pada pada 6 ogos tu. Nak dijadikan cerita masa pilih cat untuk ruang tamu pun kami dah berselisih pendapat. Sebabnya mak jemah nak kaler hijau inche suami pulak nak kaler light2. Dah bermasam muka depan bangla kedai cat tu, mak jemah pun mengalah. Akhirnya cat Paddle Walk dari nippon pain di pilih. Mak Jemah pilih cat satin glo sebab nak nampak kita katanya. 

Haa kami pilih cat paddle walk kod 3616

Nilah dia kaler cat yang inche suami berkenan utk house make over tu.

So dengan bersemangat wajanya inche suami pun mengecat. Mak Jemah dan Firas cuma nenggok ajee. Nampak kat katalog cat tu mcm kaler cream kan tapi bila dah cat kat dinding nampak macam kaler hijau lumut pun ada. Hahaha sebab mak jemah nak hijau sangat kot...OK jom kita layan inche suami mengecat.

Firas memerhatikan sesi house make over.

Dari jauh nampak mcm hijau lumut pun ada.

Haa hampir siap dah.

Tadaaa dah siap di cat.


Bab ngecat ni saya akui my inche suami agak cerewet, atau memang cerewet. Hahahah

Ok pehtu untuk warna tangga, kami pilih kaler biru. Kali ni pilih cat Jotun Majestic Silky apa tah namanya hehehe. Dalam hal ni saya amek pendekatan ikut sajalah, malas tak cerewet sangat untuk elakkan pergaduhan. Hahaha kalau ikutkan hati saya ni memang suka warna brown, grey, black and white. Memang tak suka rumah warna warni sangat. Tapi bab memilih pakaian saya penggemar biru dan anak beranak nya serta hijau, pelik nau nau pulak pompuan neh kan. 




Untuk tangga kami pilih dua gabungan biru yang berlainan. Ish lupa pulak nak snap kod cat tu hehehe.


Haaa nampak tak my inche suami ggih mengecat ruang tangga hahaha. Apa-apa lah sayang oiii janji cat. Ok 2 hari kot kami amek masa utk cat bahagian tangga ni. Then next move ke bilik tamu pulak. Kali ni memang sepakat gabungkan kaler purpple dan paddle walk tadik. Hehehe. Ok meh kita lihat hasilnyaaaaa.




Haaa ini lah lebih kurang warna kedua-dua bilik tidur kami. Setin cat nippon tu harga nya RM117, memula nak pupple yang dark apa ke depa panggil violet ke hape entah tapi bila memikior kan bilik kecik ajeee so pilih lah warna ini. Oklah sebab nanti nak pasang poster transfomers kat bilik anak lelaki. Wahhh ini mak minat ke anak yang minat ni hahaha...

Untuk master bedroom kami memang tak cat dulu sebab nak tunggu wardrobe pasang siap tapi most probably akan di kalerkan dengan apple green atau lime green hah kauuuuu apa-apalah namanya janji kaler hijau kalau xdapek hijau nanti wajib pasang wallpaper damask hijau heheeheh. 

Oklah, lepas ni tinggal nak uruskan hal perabot pulak. Disebabkan rumah tu ibarat rumah hujung minggu kami, jadi kami pun tak terkejar kejar lah nak penuhkan perabotnya. Yelah kan kami balik sana pun kejap kejap aje...Kena tunggu sehingga inche suami habis master kat UM bulan Oktober 2015 barulah boleh fikir tindakan selanjutnya. Istana hinggap kan hehehe ok nanti kita amek picture semua tapi kena tunggu bila kami balik ke istana hinggap tu nanti hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...