Thursday, 9 October 2014

Tradisi Kesesan Balik Kampung Ke Pantai Timur, Asam Garam Anak Rantau

Wahhh tajuk entri tak menahan heehehe. Tapi itulah hakikatnya jika bergelar "anak rantau". Sesuatu yang masyarakat di Malaysia sudah faham dan arif ialah kesesakan jalan raya ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) setiap kali musim perayaan sangat-sangat luar biasa. Saya juga sudah lali menempuh perjalanan balik ke Kelantan yang memakan masa 10 -15 jam berbanding hanya 7-8 jam perjalanan biasa.


Seingat saya masa study dulu jarang sekali saya terperangkap dengan kesesakan lalulintas atau perkataan manjanya 'jem'. Maklumlah masa jadik student dulu boleh balik kampung awal dan balik ke KL semula lambat sikit hehehe. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan, mana boleh balik awal sebab dok kira-kira baki cuti tahunan yang ada kan. Hehehe. Tambahan pulak bila dah kawin dengan pak polisi ni kan hehehehe. Hambekkk kau nak sangat suami polis kan, udah cuti rayanya pun lain daripada kakitangan kerajaan. Cuti sebelum raya atau selepas raya!!!!!  Apa yang saya nak kongsikan di sini kepada mereka yang bakal berkahwin dengan jejaka atau gadis Kelantan atau Terengganu atau Pahang ialah anda akan merasai kemanisan 'jem' balik kampung. Anda akan merasai kemaniskan duduk berbelas jam dalam kereta nak balik kampung. Kenapa saya kata kemanisan? Sebabnya anda tidak akan merasai perjalanan menaiki keta sampai berbelas jam jika anda bakal pasangan hidup anda bukan daripada Pantai Timur kahkahkah. Ramai kawan-kawan senegeri saya yang menjadikan jem balik kampung ni dah macam pesta tahunan mereka. Apakan tidak kalau musim Raya Puasa, nak balik ke kampung anda keluar rumah jam 12 malam esoknya pukul 12 tengahari pun belum tentu anda sampai kampung lagi. Dan sepanjang perjalanan tu anda akan lihat deretan kereta ditepi jalan ada yang bersahur di tepi jalan. Kalau lepas raya pulak mereka berkelah di tepi jalan dengan makan apa sahaja bekalan yang ada. Tambahan lagi kalau mempunyai anak kecil fuhhhhhh perjalanan 1-15 jam tu panjang oiiiiii. Tapi itulah asam garam anak rantau setiap tahun balik berhari raya. 

Kesesan Musim Perayaan ke Pantai Timur
Kesesan Musim Perayaan ke Pantai Timur

Untuk pengetahuan anda pesta jem dan lampu merah musim raya adalah sesuatu yang normal. Pernah seorang kawan saya seorang warganegara Singapura mengatakan dia tak sanggup untuk ke Kelantan lagi selepas dia sendiri memandu daripada KL ke Kelantan pada musim cuti sekolah. Saya tak dapat bayangkan jika dia menempuh perjalanan musim perayaan begini hahahahaha. Mau patang pinggang rasanya kehkehkeh. Tetapi untuk anak rantau yang berkelana ke bandar mencari rezeki, ini adalah rutin yang mereka tempuhi setiap tahun. Biasanya kesesakan akan bermula sebelum anda memasuki tol gombak di mana kenderaan yang nak ke Kelantan, Terengganu atau Pahang akan melalui jalan yang sama. Bayangkan betapa banyaknya rakyat Pantai Timur yang mencari rezeki di KL dan Selangor ni. Saya sendiri baru-baru ni masa balik raya Aidiladha terperangkap lebih 3 jam dari Selayang (sebelum tol Gombak) hinggalah selepas simpang ke Bentong. Padahal biasanya hanya mengambil masa 1 jam dari Gombak ke Bentong, musim raya jadik 3 jam huhuhuu. Hambekkk kau  keluar daripada rumah jam 12.30 pagi sampai Kelantan jam 2.15 petang huahuahaua......

Kesesakan Bermula di Tol Gombak
Kesesakan Bermula di Tol Gombak
Deretan Kenderaan Menuju ke Kelantan-Terengganu
Deretan Kenderaan Menuju ke Kelantan-Terengganu

Ini tradisi turun temurun balik kampung warga Pantai Timur di musim perayaan. Pernah sesekali bila terperangkap dalam pesta jem ni saya terfikir 'kenapalah kampung aku ni jauh sangat' hahahaha. Tapi sebenarnya pada anak jati Pantai Timur, mereka merasakan inilah sebahagian daripada kemanisan menjadi anak rantau. Walau jem macam manapun mereka sangguh dan tetap akan meredah jem , bak lirik lagu arwah Sudirman Hj Arsahad :

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Mungkin pada  sesetengah orang yang masih mempunyai ibu bapa atau orang tua mereka sangat teruja nak balik kampung. Tapi saya sendiri yang dah lama menjadi anak yatim piatu ni kemanisan dan semangat nak balik kampung agak berkurangan. Tambahan pulak adik beradik semuanya ada di KL. Apa pun anak rantau sanggup redah semata-mata nak balik beraya hehehe. Sebenarnya memang seronok menempuh perjalanan jauh berbelas jam ni sebab bermacam-macam ragam manusia kita lihat di samping tu kita akan berkenalan dengan orang yang kita tak kenal pun, semangat setia kawan terpamer bila masing-masing bertukar hidangan di tepi jalan raya....Kesesakan jalan raya bukan saja untuk anak rantau balik ke Pantai Timur tetapi Utara dan Selatan juga. Cumanya setiap tahun kenderaan ke Pantai Timur musim perayaan akan meningkat, bacalah akhbar semepna raya Julai lalu, 1 juta kenderaan dijangka pulang ke Pantai Timur. Ohhh makkkk kauuuu sejuta kenderaan, 1 juta beb, bukan sikit tuuuuu. Kemeriahan balik beraya dengan jem atau kesesakan lalu lintas yang luar biasa suatu pengalaman yang anda tak akan rasai di mana-mana.....Dan inilah yang akan menjadikan anak rantau seperti saya sentiasa ingat akan kampung halaman walaupun orang tua dah tiada. Jom layan lagu balik kampung untuk mereka yang tak merasai kemerian jem balik kampung hahahahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...