Wednesday, 31 December 2014

5 Peristiwa Hitam Yang Merobek Hati Sepanjang 2014

2014 bakal melabuhkan tirainya kurang daripada 6 jam daripada sekarang. Sesungguhnya terlalu banyak impian saya sepanjang tahun ini yang masih belum di capai. Impian paling besar yang tentulah untuk melihat group bisness saya makin berkembang dan dapat membantu lebih ramai lagi surirumah, pelajar IPT serta mereka yang di luar sana untuk menjana income dengan bisness Shaklee. Sepanjang 2014, saya telah membantu 4 orang suri rumah menjana income 3 angka secara konsisten dengan bisness Shaklee secara online ni. Syukur Alhamdulllah, daripada seorang surirumah yang mengharapkan gaji suami, kini sudah pandai berbisness menggunakan internet dan ada pendapatan sendiri. Susah nak digambarkan perasaan gembira saya.

Banyak suka duka sepanjang tahun muram 2014 kepada negara kita Malaysia. Dengan tragedi demi tragedi menimpa bermula dengan :

1. Flight malang MH370 pada March 
2. Jerebu teruk beberapa kawasan pada March
3. Insiden pembunuhan Polis di Semporna pada bulan Februari (in fact sehingga entri ini         ditulis, beberapa desas desus mengatakan Semporna kembali di ancam) 
4. Tragedi berdarah MH17 pada Julai 
5. Ribut di utara, 
6. Banjir dipantai timur pada Disember 
7. Air Asia QZ8501 Disember (pesawat ini tetap berjenamakan Air Asia- brand tambang murah terkenal Malaysia seantero dunia)

Namun, 5 tragedi hitam yang bakal dikenang dan menjadi sejarah memilukan kepada negara ialah seperti berikut: 


Kehilangan MH370 - March 2014
1. Kehilangan MH370 - March 2014

2. Penculikn dan Pembunuhan Polis Di Semporna - Julai 2014

Tragedi berdarah MH17 - Julai 2014
3. Tragedi berdarah MH17 - Julai 2014

Kelantan Ibarat Pulau Dibanjiri Bah - Disember 2014
4. Kelantan Ibarat Pulau Dibanjiri Bah - Disember 2014


Tragedi Air Asia QX8501 - Disember 2014
5. Tragedi Air Asia QX8501 - Disember 2014


Moga kita semua akan tabah walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian demi ujian daripada Allah SWT. Paling meninggalkan kesan pada saya ialah mengenai darurat yang diistiharkan di Semporna berita mengenai darurat di Semporna boleh baca di sini dan kesan banjir di Kelantan. Kedua-duanya melibatkan kampung halaman yang saya kunjungi, dan kesannya lebih dekat di hati. Biarpun air mata memang mengalir juga dengan insiden hitam yang lain, tetapi kedua-dua insiden ini lebih meninggalkan kesan kepada saya.

Pastinya fajar 2015 dinantikan dengan penuh harapan. Saya sendiri mengharapkan 2015 akan memberikan kegemilangan dan menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik daripada sebelum ini. 2015 dijangkakan akan berlaku krisis ekonomi, GST dan beberapa lagi perubahan yang pastinya memberikan impak kepada kita sebagai rakyat marhain. Namun, saya rasa dari segi mental saya sudah bersedia untuk menghadapi suatu lagi kisah baru dalam kehidupan. Pilihlah samaada kita nak di belenggu krisis kewangan atau kita nak menukar gaya hidup atau kita berusaha kekalkan gaya hidup dengan melakukan perubahan dalam ekonomi keluarga kita.

Kisah sedih 2014 tidak mahu lagi dikenang-kenang, saya sudah ready dengan buku dan pena untuk mencatatkan coretan baru 2015. Anda pula bagaimana yer? Hehehehe. Semoga kedatangan 2015 memberi kan cherita hidup dan kejayaan yang lebih indah.

Love 
Mas

Pasca Banjir : 8 Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Bila Pulang Ke Kediaman


Selepas banjir merupakan fasa yang sangat memenatkan. Iyalah kan, bila sudah namanya banjir, pastilah ada kesan dan lumpur yang di tinggalkan. Proses pertama selepas balik ke rumah masing-masing ialah untuk membersihkan rumah, premis, atau bangunan masing-masing. Dan yang keduanya pula memeriksa perkakasan daripada ancaman bahaya seperti renjatan elektrik, kebocoran dan sebagainya. 

Proses membersihkan lumpur selepas banjir merupakan yang tugas yang sering meruntun hati. Masakan tidak, semasa mencuci dan membersihkan inilah kita akan lihat saru demi satu kemusnahan harta benda kita dari sekecil kecil barang seperti sudu sehingga lah harta yang besar dan bernilai seperti kereta dan rumah. Binatang ternakan dan hasil tanaman juga.


Kereta Mangsa Diseliputi Lumpur Akibat Banjir
Kereta Mangsa Diseliputi Lumpur Akibat Banjir

Lumpur Merata-rata Selepas Air Bah Surut
Lumpur Merata-rata Selepas Air Bah Surut


Biasanya bila air banjir surut je semua penduduk yang berada di pusat pemindahan tidak sabar-sabar lagi nak balik ke rumah masing-masing. Ini memang saya akui, yelah sekian lama kita tinggalkan rumah hati tentu tertanya-tanya apa lah keadaan nya. Itu baru bab banjir, belum lagi kerisauan di sebabkan manusia yang menangguk di air yang keruh ( mencuri dan merompak) rumah mangsa. Sebaiknya persediaan mental juga perlu untuk menghadapi segala kemungkinan selepas melihat kediaman masing-masing selepas banjir/bah melanda. Bersama ni, saya kongsikan dengan anda semua 8 langkah keselamatan yang perlu kita ambil selepas banjir/bah.


8 Langkah keselamatan utama yang diperlu kita ambil:


1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. Ini bagi mengelakkan renjatan elektrik. Periksa juga peralatan elektrik yang ditenggelami air. Elakkan untuk terus 'on' kan peralatan tersebut, kerana kemungkinan ada sesetengah peralatan elektrik yang tidak rosak komponen dalamannya dan kita boleh jemurkan sebelum check ianya boleh di guna atau tidak.

3. Periksa rumah anda terlebih dahulu, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat. Syiling retak, atau relai perlu di berikan perhatian. Elakkan kembali ke rumah seorang diri kerana jika berlaku sebarang situasi yang tidak diingini ada teman yang akan meminta bantuan.

4. Jangan terus memasuk ke dalam rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi. Kemungkinan adanya binatang berbisa, kayu dan kaca sangat besar. Gunakan kayu untuk memeriksa sebarang halangan yang bertaburan dalam air yang cetek atau selepas air kering.

5. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

6. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

7. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.

8. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. Secepatnya supaya ianya dapat di baiki secepat mungkin.


Periksa Segala Peralatan Elektrik
Periksa Segala Peralatan Elektrik 

Check Keadaan Rumah Secara Berkumpulan Elakkan Kejadian Luar Dugaan
Periksa Keadaan Rumah Secara Berkumpulan Elakkan Kejadian Luar Dugaan

Periksa Dinding, Syiling Yang Roboh, Relai, Merekah dll
Periksa Dinding, Syiling Yang Roboh, Relai, Merekah dll
Pastikan Air Surut Terlebnih Dahulu Barulah Pulang Ke Rumah
Pastikan Air Surut Terlebnih Dahulu Barulah Pulang Ke Rumah 

Walaupun berat mata kita yang memandang, tetapi yakinlah berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Banjir Pantai Timur seperti di Kelantan Disember 2014 meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya kerana Pok Teh (bapa saudara) saya turut menjadi salah seorang mangsa di Chiku 7, Gua Musang. Semasa entri ini di tulis, keluarga pok teh sudah pulang ke rumah dan kemusnahannya susah nak gambarkan. Paling menyayat hati pok teh menanggis kerana lembu peliharaannya hanyut di bawa air bah. Semoga pok teh dan semua mangsa tabah menghadapi dugaan Yang Maha Esa. Kelantan dan Pantai Timur menanggis hari ini, dan semoga esok mereka akan tersenyum.

Love
Mas

Sunday, 28 December 2014

Usaha Mencari Sumbangan Mangsa Banjir 2014 : Kerja Dari Hati

Assalamualaikum.
Sejak hari Rabu yang lalu saya agak sibuk dengan usaha mencari sumbangan untuk mangsa banjir bersama-sama Presiden Persatuan Kebajikan Sosial Melayu Malaysia (PEKA MALAYSIA), En Mohd Hidayat Fansyuri Muda. Walaupun saya kini bukan lagi bekerja untuk aktiviti komuniti atau kemasyarakatan tetapi keprihatinan dan semangat untuk berjasa kepada komuniti tidak pernah padam. Bak kata bila cinta sudah berputik, maka kita bekerja daripada hati. Mungkin secara semula jadi saya dilahirkan dengan jiwa untuk berbakti dan memberi kepada masyarakat hahahaha puji diri sendiri kah? Hehehe. Ikhlas saya akui saya memang cintakan aktiviti menolong orang. 

Ok berbalik kita kepada aktiviti kebizian saya mencari sumbangan daripada kenalan dan beberapa untuk menyumbang kepada mangsa banjir. Syukur, Allah memudahkan kerja kami. Rezeki mangsa banjir sangat murah dan melimpah ruah. Kami bukan sahaja dapat  bantuan pakaian malah kami juga dapat bantuan hamper yang mengandungi makanan segera, gula, sabun, berus dan ubat gigi. Terima kasih kepada tokey Supermarket 99 Speedmart kerana menyumbangkan kepada kami 160 hamper tersebut. Setiap hamper di masukkan dalam kotak cantik berwarna pink yang dah ada tangkai so mudah untuk mangsa banjir pegang. Tak caya cuba tengok gambar di bawah ni, hehehe. Kotak cantik, isi dalamnya pun lengkap. Ada makanan, toiletries, lengkap dengan mug dan tumble untuk buat air. Ya Allah murahnya rezekiMu untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Terima kasih daun keladi, lain kali menyumbanglah lagi. Cewahh berpantun bagai yer. 

Antara Barangan Yang Ada Dalam Hamper 

Staff Persatuan sedang mengira stock pemberian Supermarket 99 Speedmart
Staff Persatuan sedang mengira stock pemberian Supermarket 99 Speedmart


Susunan Hamper Supermarket 99 Speedmart
Susunan Hamper Supermarket 99 Speedmart


Erti Hidup Pada Yang Memberi
" Erti Hidup Pada Yang Memberi"

Sumbangan pakaian adalah paling banyak kami perolehi. Kenalan dan kawan-kawan langsung tidak lokek memberikan sumbangan. Saya bangga menjadi anak Malaysia, negara yang rakyatnya sangat prihatin dengan kesusahan orang lain. Seperti biasa, bila aktiviti seperti ini berlangsung, ianya secara tidak langsung menjadikan hubungan semakin erat, banyak networking terjalin. Walaupun ada antara penyumbang tu langsung kami tak kenali. Sekali lagi Allah memudahkan usaha dan niat ikhlas untuk membantu orang ramai. 

Sumbangan Pakaian
Sebahagian Sumbangan Pakaian 


Presiden Persatuan Memeriksa Pakaian Yang Disumbangkan
Presiden Persatuan Memeriksa Pakaian Yang Disumbangkan


Di dalam hujan lebat, diselang selikan hujan renyai-renyai hari ni (27 Disember 2014) saya juga sempat membeli air mineral untuk mangsa banjir. Memang apabila berlakunya bencana alam begini, keperluan untuk air bersih sangat mendesak dan kritikal. Nak makan perlukan air bersih, nak memasak makanan perlukan air bersih, nak mandi, mencuci pakaian-pendek kata semuanya perlukan air bersih. Alhamdulillah kawan-kawan sangat dermawan. Saya hebahkan di dalam group WhatApps minta dan mohon dengan kawan-kawan untuk menyumbangkan air mineral dan hasilnya saya berjaya mengumpulkan 24 kotak air mineral. Syukur Ya Allah, hanya itulah yang mampu  kami panjatkan. Mulianya hati rakyat Malaysia, tiada siapa yang boleh menafikannya,

Air Mineral Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur
Air Mineral Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur


Ajar Firas Buat Kerja Kebajikan Sejak Kecil
Ajar Firas Buat Kerja Kebajikan Sejak Kecil


Bekalan Air Mineral Sampai Di Pusat Pengumpulan Sementara di Bangi
Bekalan Air Mineral Sampai Di Pusat Pengumpulan Sementara di Bangi


Saya bawak sekali suami dan anak kecil saya untuk sama-sama merasai kesusahan mangsa. Biar lah Firas belajar mengenal erti 'menolong orang susah'. Bila melihat bekalan di hantar ke pusat pengumpulan sementara kami di Bangi sekali lagi perasaan terharu hadir dalam diri saya. Sebak, sedih semua bercampur baur. Sebak dan sedih bila memikirkan nasib mereka yang terperangkap di pusat-pusat pemindahan banjir. Memang saya tidak ada pengalaman berhadapan dengan banjir seperti ini apatah lagi pengalaman berada di pusat pemindahan yang serba kekurangan. Tetapi pengalaman sebagai seorang Social Research Officer dan Project Officer sebelum ini, membuatkan saya amat memahami erti kesusahan dan kepayahan. Apa yang saya perhatikan semasa berurusan dengan tuan kedai untuk minta mereka hantarkan berkotak-kotak air tu, semuanya berlaku dengan sangat cepat, mudah dan sempurna. Benarlah janji Allah, jika kita niat kerana Allah, niatkan untuk kebaikan maka balasannya juga kebaikan. Tuan empunya kedai tidak tanya banyak bila kami cakap ini untuk mangsa banjir, mintak hantar ke tempat kami kumpulkan barang. Yelah mana nak muat Stream dan Vios kami dengan air mineral 24 kotak tu. tambahan pulak memang ada sumbangan pakaian gak kat dalam keta. Tokey tu cakap ok kita hantar lah, tolong orang punya pasal plus lokasi pun dekat kan. Kami berempat pun buat lah muka kesian kan hehehehe. laku juga muka kesian dan cute kami ni kan hahahaha.

Hari ni juga merupakan hari gumbira untuk kami bila pihak iM4U bersetuju menyumbangkan 200-300 khemah sementara untuk memuatkan mangsa banjir di pusat pemindahan nanti. Apa nama formal menda tu saya pun tak pasti tapi kami panggil cube heheh. rupa nya seperti dalam gambar di bawah. 

Khemah Sementara Untuk Mangsa Banjir
Khemah Sementara Untuk Mangsa Banjir






Buat masa ni yang saya tahu khemah begini hanya di dermakan oleh iM4U untuk mangsa banjir di SMK Sultan Ismail, Kota Bharu. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan satu lagi keperluan yang sangat-sangat diperlukan. Cuma kami menghadapi masalah untuk menghantar khemah ini memandangkan kami tak ada lori atau 4WD. Sekurang-kurangnya dengan adanya khemah sementara ini dapat berehat dengan selesa tak adalah lagi kita tengok mereka bergelimpangan tidur lagi kan. InsyaAllah kami akan cuba mencari jalan bagaimana nak menyewa atau cari mana-mana mereka yang dermawan untuk bagi pinjam 4WD mereka ke. Yang penting kelulusan dah dapat, usaha lagi supaya dapat amek benda tu. Jika niat kerana membantu kerana Allah SWT, kerja daripada hati, usaha keikhlas hati, InsyaAllah akan dipermudahkanNya. 

Semoga usaha kami yang sekecil ini akan dapat meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir. Walaupun berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul beban ini. Erti kemanusiaan terbit tanpa diundang, tak perlu dikerah. Doakan kami berjaya dalam misi ini dan bantuan dapat di agihkan kepada mereka yang memerlukan. 


Wassalam
Mas

Saturday, 27 December 2014

Sajak Banjir 2014 : Suara Aku Anak Kelate

Suara Hati Aku Anok Kelate.

Bayangkan bagaimana luluhnya hati seorang ibu,
Bila melihat rengekan anak yang kelaparan dan kesejukan,
Di kala kita lena di ulit malam.

Bayangkan bagaimana robeknha hati seorang anak,
Bila melihat orang tuanya bergelimpangan menahan kesakitan,
Sedang kita keenakan berbaring.

Bayangkan betapa pilunya hati seorang suami,
Bila melihat si isteri berala kadar,
Sedang kita enak berlebihan.

Bayangkan,
Saat engkau sejuk ber air cond di sini,
Di sana ada insan yang tulang belulang nya kecut diterjah angin.

Bayangkan,
Di saat engkau berjalan beriringin,
Di sana ada insan yang genggaman tangannya direntap tanpa rela

Bayangkan
Di saat engkau tertawa riang,
Di sana ada insan yang disentap kegembiraannya.

Engkau pastinya tidak mengerti apa itu keperitan,
Engkau pasti tidak tahu apa makna nya kesusahan,
Engkau pastinya tidak akan mengerti penderitaan,
Bila tangan yang kami pimpin di rentap kasar, tanpa rela, tanpa kami bersedia untuk kehilangannya,
Kerana engkau tidak pernah menjadi seperti kami.

Aku Anok Kelate
Aku Rakyat Biasa


Nur Masliza Muda

Wednesday, 24 December 2014

Mee Goreng Sabah Yang Istimewa

ssalamualaikum. Hari-hari hujan sekarang ni. Banjir pun tak de tanda-tanda nak surut lagi.  Dari dulu lagi satu perkara yang saya perhatikan di musim banjir, ialah perut cepat lapar. Maklumlah untuk orang Kelate macam saya ni, bulan doplas (December) je hujan brek,brek ( hujan tak berhenti).

Ok ekcelli bukan lah nak cerita pasal makanan di musim banjir tapi nak share tentang inche suami yang lapor memanjang musim hujan ni. Tambah pulak tidurnya dah tunggang terbalik sejak nak exam ni. Tulah, sapa suh jadik mahasitua kan hehehe. Ni kisah malam tadik sebanarnya. Selalunya kami malam memang tak heavy tapi sebabkan petang semalam hujan brek brek kat Pantai Dalam ni, perut inche suami pun meminta-minta nak makan. Kul 5 petang dia minta saya gorengkan Mee Sabah 
Amboih main order je kan...saya cakap tunggulah dulu biar saya rest nanti kalau awai sangat awak makan nanti malam awak nak makan lagi hehe. Sedih pulak tengok muka kelat ajeee tu. So apalagi isteri mithali terpaksalah turutkan kehendaknya. Opsss mee sabah ni ialah mee yang diterbangkan khas daripada Sabah sebenarnya. Kalau kat sana mereka panggil mee kuning je, hehehe tapi dah cik mek ni orang kelate, pandai-pandai je letak nama mee sabah. Mee ni memang takde kat KL yer, puas dah saya carik tapi memang takde jual di Kolumpo ni. Haaaa meh sini saya belanja rupa mee sabah tu.

 'Mee Sabah' di Kuala Lumpur
 'Mee Sabah' di Kolumpo

Haa nampak tak? Ianya mee kering sebenarnya. Seakan akan meggie tapi ianya lebih kenyal dan sedap daripada meggie ataupun mee kuning yang biasa kita tengok kat pasor di Semenanjung. Mee sabah ni ada macam-macam brand,  kebangakannua cap udang kalau di kampung suami Semporna nun. Kami kalau balik Semporna je memang beli mee ni bebanyak. Simpan untuk stock. Maklumlah ini makanan kegemaran inche suami. Ohh yer mee goreng sabah ni dah jadi peberet saya juga hehehe. Agak pelik sebab saya kalau mee kuninh biasa tu memang tak makan (ada bau kapur), tapi mee sabah makan ler pulok kan. Hahaha tekak memilih kannnn.

Mee ni ada yang cap udang sekor, cap udang 2 ekor, cap udang terbalik tertonggeng macam-macam lah. Heheh. Tapi kalau saya, memang saya suka yang brand macam picture kat atas tu, sebab kalau kita terlebih rendam pun dia taklah kembang bermangkok-mangkok. Ok ni jugak antara brand mee sabah ni.
Mee Kuning Sabah
Mee Kuning Sabah

Ok, tentu ada yang tak sabor nak tengok camma rupenya mee ni bila dah masak kan? Hehehe ini diaaa
Mee Goreng Sabah dah siap
Mee Goreng Sabah dah siap 

Haaaa nampakkk? Kalau anda pergi ke sabah, ini lah mee goreng utama mereka. Tak kiralah Kota Kinabalu ke, Kudat ka, Pitas ka, Kota Belud ka, Kundasang ka, Tawau ka, Lahad Datu kaa. Mee sabah kalau yang makan di kedai setakat ni paling best saya makan ialah di King Fisher (Kota Kinabalu) perghhh sedap sangattt. Kalau cakap mee goreng yang datang ialah mee sahaja tanpa sayur dan ayam. Pi sabah nak makan mee kena sebut mee goreng ayam, barulah ada ayam kat atas mee macam picture di bawah ni hehehe. Sedap wooo, apatah lagi di makan dengan sambal cili yummeh sangatt.


Tapi di kamung inche suami Tawau dan Semporna mee goreng (mee sabah) ni digoreng biasa sahaja tanpa ada campuran ayam ke, udang ke, sayur ke. Masa memula kawin dulu pernah goreng mee sabah ni letak ayam, letak sayur, terus inche suami komplen. So lepas tu memang buat mee goreng Sabah ini ikut selera mereka lah. Ehh ada yang menunggu resipi nya yer hehehe ok lah saya share di sini, resipi Mee Goreng Sabah ni sangat lah simple. Dan memang tradisi makan mee goreng Sabah ni mesti ada cili yang akan menaikkan lagi kesedapan mee bila dimakan pedas-pedas. Nak kata wajib tu melampau lah kan tapi memang tradisi makan mee goreng Sabah ni kena ada cili sambal. Lagi pedas laaaagi mengamchammmmm. 

Sambal cili kata orang Sabah
Sambal cili kata orang Sabah


Bahan-Bahan
  • Mee Sabah (direndam untuk lembutkan mee tersebut)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bawang putih dan bawang merah dihiris halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap (wajib ada sebab nak jadikan nya warna hitam tuu)
  • sedikit air
Cara-Cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang sampai garing, masukkan sos cili sos tomato, kicap dan sedikit air, dan garam. 
  • Bila dah naik bau, masukkan mee Sabah yang dan lembut tadi. Kacau hingga sebati, kalau tak cukup rasa tambahlah apa yang perlu.
Mee Goreng Sabah Saya Dah Siap
Mee Goreng Sabah Saya Dah Siap

Saya suka buat penambahbaikan bila makan tu berlaukkan ikan bakar ke, ikan goreng ke, ayam goreng ke. Dan memang tak sah tak perahkan asam limau. Memang terbaik sangat rasanya pedas, masam semua ada. Pehtu kalau saya makan mesti hiris lacctuce dan makan bersama mee. Haaa suka hati kita lah nak buat pembaharuan tu asalkan rasa asalkan tradisi Sabahan tu masih kekal hehehe.

Perbezaan Mee Sabah dan Mee Kuning Biasa

Perbezaan yang nyata mee Sabah ini dengan mee kuning biasa ialah :
1. Teksturnya yang bila digoreng lebih kenyal, walaupun kita rendam mee tu dengan air panas, mee memang tak lembik. Harus diingat ada sesetengah mee Sabah ni kalau rendam tak cukup lama keras kejung pulak nanti, nak makan pun dah tak best hehehehe. 

2. Mee sabah ni takde bau kapur. Kalau mee kuning yang kita beli di Kolumpo ni kebanyakkan nya ada bau kapur. Tapi mee Sabah ni memang takde bau langsung.

3. Bila di rendam dengan air panas warna kuning mee Sabah tidak akan menjadi merah. Beberapa kali saya baca di dada akhbar tentang mee kuning yang ada di pasaran kita ni jika dibasuh dengan air panas akan bertukar kaler kemerah-merahan, disebabkan adanya asid borik, Tapi mee Sabah ni rendam dengan air panas memang tak akan berlaku pertukaran warnanya hehehe.

4. Bila dicuci mee Sabah ni tidak berminyak, berbanding dengan mee kuning biasa yang kita sentuh pun dah dapat rasakan minyak melekit lekit.

OK anda jangan tanya saya tentang kalori nya sebab saya belum lagi buat kajian kalori mee Sabah dengan mee kuning biasa ni hehehehe.

Saya tak jual mee Sabah, cuma simpan stock untuk inche suami je heheh. Kalau anda kebetulan melancong ke Sabah, cubalah beli mee ini dan rasalah sendiri keenakannya.


Ready Untuk Di Ngap
Ready Untuk Di Ngap

Tuesday, 23 December 2014

Bongkar : Golongan Yang Paling Terkesan Bila GST Dilaksanakan

Bismillahhirrahmanirrahim. 
Semakin hampir tahun 2015, makin terasa penangan kenaikan harga. Sedangkan sekarang ni GST belum pun dilaksanakan harga barang dah mencanak naik. Contoh terdekat saya dapati harga telur gred A selalunya saya beli satu sarang tu berharga RM 11.50 tapi awal bulan ni saya tengok aikkkk harga telur gred A tu dah naik rega RM12.80 sesarang. Banyak juga kan kenaikan rega telur tu. Itu baru telur tau, belum masuk barang-barang lain. Kalau tokok sana, tambah sini, tambah sinun, tentulah bertingkek-tingkek kesannya haaa.
GST oh GST !
GST oh GST !
Hari tu saya terdengar di berita astro yang caj rawatan kesihatan juga akan meningkat seiring dengan pelaksanaan GST tu. Haaaa hambekkkkk kauuu. GST ohh GST memang buat hati kita sebagai rakyat marhaein gundah gulana. Dengan hampir semua kos sara hidup akan meningkat, tapi tiada kenaikan gaji, agak sukar jugalah untuk rakyat menghadapi situasi ini. Tak perlu tunggu GST pun barang dah start naik sedikit demi sedikit pun rakyat dah terasa kan. Ok apa menda nya GST yang semua org dok cakap tuuuu? GST ni sejenis cukai tau..
Ohh Good & Services Tax Rupanya
Ohh Good & Services Tax Rupanya

Sejarah Ringkas Mengenai GST
VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.

Apa itu cukai GST?
Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan  atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Siapa Yang Dikenakan GST?
GST ialah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga merupakan satu sistem cukai tambah nilai (value added tax VAT). Ini bermakna nilai cukai akan bertambah pada setiap peringkat urus niaga.So nampak tak kesannya perlaksanaan GST tu pada kita? Maksudnya setiap kali membeli barangan dan perkidmatan yanh telah ditetapkan kita terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal. Apakan tidak 6% kot GST yang kerajaaan kita kenakan. 

Golongan Mana Yang Paling Terkesan Dengan Perlaksanaan GST ini?
Penang Instistut baru-baru ini telah menjalankan satu kajian mengenai kesan perlaksanaan GST di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ia akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Beban yang paling tinggi bukannya ditanggung oleh masyarakat yang berpendapatan sangat rendah atau ber pendapatan sangat tinggi. Ianya ditanggung oleh golongan yang berpendapatan pertengahan bawah. Ahaa maksudnya kita kita yang dikategorikan sebagai golongan yang sederhana ini lah yang paling banyak menanggung bebannya. Fuhhhhh lap peloh jap, lap peluh jap. Hasil kajian itu juga menunjukkan bahawa golongan berpendapatan pertengahan bawah adalah terdiri daripada kaum Melayu yang berpendapatan rendah berbanding kaum bukan Melayu. Inilah sebabnya kita perlu bermula daripada sekarang untuk mengawal segala perbelanjaan dan bersiap sedia menghadapi GST dengan mulakan mencari sumber dan saluran lain yang boleh menyumbang kepada income kita.
GST ialah cukai penggunaan. Sekiranya rakyat boleh mengurangkan penggunaan barangan yang tidak penting, beban cukai yang ditanggung akan menjadi kurang. Kedua, rakyat mesti membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka serius tentang tanggungjawab kerajaan apabila kerajaan diberi hasil yang begitu besar. Rakyat tidak boleh terus senyap dengan membiarkan kerajaan melakukan apa-apa dengan sesuka hati. Rakyat perlu bangkit dan menunjukkan bahawa kerajaan sedang diperhatikan.

Kenapa Golongan Miskin dan Kaya Kurang Atau Tidak Terkesan Oleh GST ni?
Rakyat miskin mereka tidak akan mengalami kesulitan kerana barangan yang digunakan oleh mereka tidak dikenakan cukai oleh kerajaan. Manakala bagi golongan yang berpendapatan tinggi, mereka tidak mempunyai masalah kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli barangan yang dikenakan cukai. Nampaknya kita golongan pertengahan ini perlu bersiap sedia, orang kata mencari penyelesaian dalam kesempitan dan kekalutan.
Raykat Say NO GST, Kerajaan Say Yes GST
Raykat Say NO GST, Kerajaan Say Yes GST

Penyelesaian Kepada Kesan GST?
Saya akui ramai juga yang terdesak mencari income tambahan dalam keluarga. Ini terbukti bila saya share di beberapa group tentang #projek2ribu. Ramai yang saya interview mengatakan mereka terdesak untuk bersiap sedia menghadapi GST. Percaya atau tidak 7 daripada 10 yang saya interview itu adalah kakitangan kerajaan yang memang rata-ratanya tergolong dalam middle class ni? Sadis pun ada bila memikirkan permasalahan middlw class ni, dengan isu susah nak beli rumah yang mahai melampau-lampau tu, kos sana naik kos sini naik addeiiiiii. Sebab tidak sanggup lagi mendengar rungutan dan membuat persediaan maka saya merancang tabungan dengan #projek2ribu dengan matlamat sebagai suatu inisiatif dan jalan keluar daripada krisis income bulanan ni. Banyak pilihan untuk kita mencari side income ni, asalkan kita berusaha. Nantikan entri saya yang seterusnya saya akan kongsikan dengan anda semua apakah itu #projek2ribu by March 2015.  Waitinggggggggggggggg

Menjual Di Facebook Haram Jika Tidak Mendaftar

Bismillahhirrahmanirrahim.

Baru-baru ni timbul isu tentang pengharaman berniaga di facebook (FB) dan Instagram. Pepagi bankit tidoq dapat WhatsApp dari kawan yang baca pasal menda nih kat Yahoo news. Mula-mula tu fikir agak tak logik jugak kan meniaga di fb je pun nak kena register bagai. Tapi kan kalau semua benda kita nak pandang negatif tentu kita tak nampak sisi positifnya. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa penipuan pembelian online terutamanya dalam fb dan instagram ni banyakkkk sangat berleluasa sekarang. Dan salah seorang mangsa penipuan ni adalah cousin saya sendiri yang terpedaya dengan offer pembelian mesin jahit murah. Kononnya nak habiskan stock sebab mesin jahit lagi advance dah keluar. Sekali hambekkkk kau, ribuan ringgit melayang. Apalagi cousin saya ni pun bijak terus lodge police report dan share picture si penipu dan print screen fb si penipu ni share berjemaah dalam fb dan group-group fb. Di sinilah saya nampak relevennya perniagaan di fb di daftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana jika tidak berdaftar maka ia akan diharamkan oleh undang-undang. Langkah itu dicadang untuk diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga. Jadi kita kenalah jangan terlalu banyak melatah, yang penting kita positif dan carik jalan penyelesaian. Lagipun pengasas Facebooki ni, Inche Mark Zuckerberg, bikin ini fb dengan tujuan untuk memberikan user pengalaman yang menyeronokkan  melalui NewsFeed masing masing. Jadi user FB adalah no.1, dan bisnes come 2nd. So walau macam mana kita marah pun matlamat asal pencipta Facebook ini adalah untuk menghubungkan kawan-kawan, sedagha mare, dan yang seangkatan dengannya (pengalaman yang menyeronokkan).


Berniaga Fb dan instagram diharamkan
Berniaga Fb dan instagram diharamkan

Sebagai salah seorang peniaga online yang mencari rezeki dengan perniagaan di fb, instagram dan blogging saya pandang perkara ini dari sudut yang positif, walaupun dalam hati cakap 'ish gomen nak dapatkan duit lah tu dari pendaftaran perniagaan kita'. Bila difikirkan hak pengguna juga perlu difikirkan kerana ramai je pun penyangan dan penipu internet di luar sana. Jangan tatau weh, ada fb khas yang memang anti penipu online ni, tak caya anda boleh search kat fb "Kami Benci Penipu Online". Page ni mendapat 1,849 like daripada pengguna fb. Terima kasih kepada mereka yang mengambil inisiatif untuk membuka page macam ni, saya pun dapat banyak manfaat daripada page tersebut. Yang baik kita kongsi-kongsikan, bak kata GenY sharing is caring. Memang ada pembeli yang menipu tetapi nisbah pembeli menipu penjual tu sangat kecil berbanding penjual menipu pembeli. 



Page Kami Benci Penipu Online
Page Kami Benci Penipu Online


Keratan Akhbar Tantang Larangan Menjual di Facebook
Keratan Akhbar Tantang Larangan Menjual di Facebook



Sebenarnya bukan fb di Malaysia sahaja yang mengawal urusan jualbeli di Facebook tetapi pihak Facebook Management sendiri yang akan mengurangkan segala post promosi yang keterlaluan di Facebook News Feed. Jadi bahasa bahasa penjual atau ayat-ayat promosi juga akan ditapis dulu oleh pihak FB Management. Apaka ayat-ayat cinta sahaja yang dibernarkan? Ohh tidak. Seorang sahabat saya menulis yang Facebook akan menyekat segala post yang mempunyai ciri-ciri berikut :


1. Post yang menjual produk atau aplikasi
2. Post yang memberitahu tentang Promosi atau Pertandingan
3. Post yang duplicate sebiji sebiji iklan lain

Sebenarnya masih boleh lagi kan berniaga di Facebook ni jika kita tidak terlalu berminda 'menjual' semata-mata. Nak menjual di Facebook tidak lah WAJIB gunakan harga cecah lantai, harga terbaik, mari beli, dua singgit (ayat upin ipin sangat kan) atau promosi,habiskan stok dan yang sealiran dengannya. Menjual di Facebook boleh gunakan pendekatan sharing atau memberitahu mengenai kesan positif setelah mengambil sesuatu produk. Kalau penjual tudung boleh gayakan tudung terbaru dengan caption "warna purple menjadikan saya kelihatan muda lah' wahhh gituuuu. Atau penjual jubah boleh gunakan ayat 'rezeki hari ni' pada gambar susunan jubah yang baru tiba. nampak kan perbezaan dengan ayat promosi yang keterlaluan menjual tu????

Jadinya kita sebagai pengguna hentikanlah memaki hamun kata gomen nak carik duit, gomen jahat dan sebagainya. Kalaupun gomen tak kuatkuasakan syarat baru ni, pihak Facebook Management sendiri pun tetap akan buat langkah penapisan begini. Jadi penjual dan peniaga Facebook seperti saya ni perlu lah kreatif berfikir, kita sendiri pilih nak merungut tanpa carik jalan penyelesaian atau nak mencarik alternatif lain. Semuanya terserah kepada kita. 2015 tentunya tahun yang mencabar kan. Sudahlah berniaga di Facebook pun ada macam-macam cabaran, bulan April 2015 pulak nak kena tempuh GST bagai. Orang tua-tua kata sediakan payung sebelum hujan, jika nak mencari side income pun masih sempat lagi kan. 




Monday, 22 December 2014

4 Faktor Yang Perlu Kita Perhalusi Ketika Mencari Babysitter atau Nursery

Semalam kawan block sebelah ni tetiba WhatsApp saya tanya ada tak saya kenal sesapa di block saya ni yang jadik baby sitter. Ermm ni mesti sebab kesukaran nak cari baby sitter ni. Dan memang betul lah telahan saya. Ramai-ramai pengasuh budak yang ada di block A tu, semua tak nak ambil baby yang baru lepas pantang. Dia baru mengandung 5 bulan. What preggy 5 bulan dah sibuk carik baby sitter? cari nursery? Nampak mcm kurang logik kan? Tapi itulah hakikatnya. Ibu kena start fikir mana nursery atau mana baby sitter nak diserahkan amanat menjaga anak mereka. Kesian, tapi itulah hakikat yang terpaksa ditempuh oleh ibu bekerjaya. Saya tak tahu  kenapa isteri-isteri yang tak bekerja di kuaters ni refused nak jaga baby bawah usia setahun. Teringat balik suka duka mencari pengasuh Firas dulu. Bila kenang-kenang balik nak menanggis pun ada, besarnya cabaran menjadi ibu bekerja ni, kena fikir siapa nak jaga anak kita, kena fikir ok tak mereka yang nak jaga anak kita (seboleh-bolehnya taska adalah pilihan terakhir saya). Mujurlah Firas berusia 6 bulan lebih baru dihantar pada pengasuh. Dah pandai meniarap barulah dihantar pada pengasuh, so senang sikit tugas pengasuh. Kita pun tak lah risau sangatkan sebab dia dah besar dan  boleh makan.

Ini memang pengalaman saya sendiri, masa memula nak hantar Firas dulu Allah je yang tahu betapa susahnya nak cari pengasuh. Bayangkan 2 bulan selepas lahir saya baru terhegeh-hegeh nak carik nursery lah, baby sitter lah. Maklumlah pengalaman baru kan. Memula saya pergi ke taska kakitangan Universiti Malaya, masa tu barulah tahu bahawa staff kena booking 6 bulan awal sebelum baby lahir. Haaaa tu dia aih, awai nya kena booking. Hello itu baru booking yer, belum tentu dapat. huhuhuhuhu. Mujurnya Firas masa tu dijaga ibu mertua saya sehinggalah usianya masuk 6 bulan. Lepas kecewa dengan nursery UM, tu saya cubakah cari nursery lain berdekatan dengan rumah saya ni. Ya Allah, barulah tahu kena booking awal dan tengok keadaan nursery pun sedehhhhh. Lepas tu saya pun tampal lah iklan di kuaters saya ni "Mencari Pengasuh Bayi" wahh sadis kan nasib ibu bekerja nak mencari pengasuh bayi mereka. Bulan pertama tampal tak de respon, bulan ke dua barulah ada yang 'menyahut' iklan saya tu. Tapi saya nasibatkan ibu bapa di luar sana, telitikan lah bagaimana cara bakal pengasuh kita dulu. Banyak sangat cabaran dan kriteria yang perlu ibu-ibu titik beratkan sebelum menyerahkan anak-anak kepada penjaga.

First Day Balik Daripada Rumah Baby Sitter
First Day Balik Daripada Rumah Baby Sitter
Pada saya ada 4 fator utama yang perlu dititik beratkan sebelum hantar anak kepada pengasuh atau nursery. 

1. Berapa Ramai Bayi Yang Dijaga.

OK lah saya kongsikan pengalaman saya. Respond pertama bakal pengasuh ialah saya sudi nak jaga anak puan. Alhamdulillah, tapi langkah pertama ialah saya pergi sendiri duluuntuk berkenal-kenalan, (pergilah check keadaan nya). Pergi mengejut waktu saya bekerja, sanggup kau ambek half day kerja. Wowwww, terperanjat ok surirumah ni jaga 5 bayi dan 6 kanak-kanak berusia setahun hingga 5 tahun. dan yang menjaganya dia dan anak perempuannya yang berusia 22 tahun. Bayangkan mereka berdua nak jaga 11 orang anak kecil usia dua bulan hingga 5 tahun. Walaupun mereka berdua ni 100% duduk di rumah (saya fikir positif je) tapi sempat kah? Masa di rumah pengasuh ni saya lihat sendiri bagaimana dia biarkan botol susu di mulut bayi dan lapik bantak dibawah boyol susu tu. Allah, risaunya kalau tersedak susu. Tahukah kita seorang dewasa sepatutnya mengawal 1 atau 2 orang bayi sahaja? Semakin ramai bayi atau kanak-kanak yang di jaga semakin kurang perhatian yang akan diberikan. Ramai yang mengakui, menjaga bayi di bawah usia setahun memerlukan perhatian yang lebih, masa yang lama di ambil untuk menguruskan bayi juga agak lama atau dengan kata lain leceh. Lebih-lebih lagi kalau bayi yang di jaga tu kuat meragam.

Bila Jaga Bayi dan Kanak-kanak Terlalu Ramai
Bila Jaga Bayi dan Kanak-kanak Terlalu Ramai- Pic Google


2. Keselamatan dan Kebersihan

Faktor keselamatan dan kebersihan bayi kita semasa di rumah pengasuh atau nursery juga perlu di ambil perhatian. Sebab itu saya katakan nursery luar pilihan terakhir saya. Kalau nursery jabatan atau organisasi seperti nursery LPPKN, nursery JPM dan lain-lain nursery jabatan kerajaan keselamatan nya agak terjamin, kebersihan juga sering dipantau. Tetapi jika anda memilih untuk meninggalkan anak di nursery swasta pastikan lah keselamatan dan kebersihan menjadi aspek utama. Pengalaman meninjau nursery swasta berdekatan kuaters saya amat-amat menyedihkan. Bayi hanya di letakkan atas tilam lusuh dalam satu bilik yang agak suram, dan sedikit berbau. Walaupun sudah menggunakan air freshner tapi bau bauan yang kurang menyenangkan tetap ada. Sedih kot tengok bayi dan kanak-kanak bergelimpangan atas tilam lusuh tanpa cadar. Naluri seorang ibu, memang tak sanggup melihat anak-anak diperlakukan begitu, walaupun yang saya lihat tu bukannya anak-anak saya.

Tilam Lusuh Yang Sering Digunakan di Nursery
Tilam Lusuh Yang Sering Digunakan di Nursery-Pic Google

Oh yer, pastikan juga pengasuh bayi atau kanak-kanak tu tidak berkuku panjang yer. Pengalaman ngeri bila lihat anak bakal pengasuh tu berkuku panjang, siap kukunya kalerful. Yerlah, baru berusia 22 tahun. Tak pasti orang lain tetapi bagi saya, saya tidak mahu anakp-anak saya di jaga oleh mereka yang berkuku panjang, apatah lagi kaler kaler bagai ni. Lepas tu nak uruskan makanan budak-budak dengan kuku mcm gini? addoi

Sanggupkah Anda Jika Kuku Pengasuh Seperti Ini? Pic Google
Sanggupkah Anda Jika Kuku Pengasuh Seperti Ini? Pic Google

Berbalik kepada pengalaman saya dengan pengasuh yang mempunyai ramai anak-anak jagaan mereka ni. Masa saya check line ke rumah bakal pengasuh tu saya sendiri lihat bagaimana kanak-kanak yang dah besar (2-5 tahun) ni melompat, baling-baling mainan dan berkejar-kejaran dekat dengan bayi yang di biarkan tidur atas tilam. Pengasuh ni letak atas tilam bayi yang ada sarung dan ada yang diletakkan atas baby bouncer. Ish risaunya....risau sebab kalaulah barang mainan yang dibaling tu jatuh pada baby yang sedang tidur? atau dok sedap mereka berlari berkejaran tu jatuh menghempap bayi? Allah, minta lah dijauhkan..

Bab keselamatan dan kebersihan makanan saya rasa pengasuh lebih bersih daripada nursery. Tetapi apapun kita sebagai ibu bapa memang perlu banyak bertanya dan observe persekitaran dimana kita nak hantar anak kita tu.

Baby Walker - 1 dirumah sendiri, 1 Bawak Rumah Pengasuh
Baby Walker - 1 dirumah sendiri, 1 Bawak Rumah Pengasuh




3. Mampu Menguruskan Express Breast Milk (EBM) atau Susu Ibu

Jika anda masih mencari nursery atau babysitter, tanyalah dulu mereka adakah mereka sanggup menguruskan susu perahan atau express breastmilk (EBM) kita. Maklumlah EBM ni ambil masa sikit, kena panaskan dulu tunggu dia cair dan macam-macam. Pengasuh Firas 'Kak Ani' masa memula saya hantar dulu agak kekok nak menguruskan EBM saya, sebab masa tu 1st experience dia jaga baby yang ibunya hantar EBM. Oh yer 'Kak Ani' ni cuma jaga 2 orang je, termasuk Firas masa tu. Adam dan Firas. Adam dah setahun, Firas berusia 6 bulan. Mungkin sebab saya ni hati kering, saya berkeras jugak bagi EBM, walaupun mula-mula dia banyak merungut susah lah, payah lah, Firas tak sabar lah. Tapi sebab semangat nak menyusukan anak tu kuat saya pekak kan telinga je. Kalau nursery dah ramai yang memang tahu uruskan EBM ni, so ibu yang brestfeed anak ni tak lah risau sangat. 

Firas Minum EBM di rumah Babysitter
Firas Minum EBM di rumah Babysitter


Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi kita sebagai ibu bapa berhak untuk tahu bagaimana anak kita akan diuruskan.


4. Keperibadian Pengasuh

Pengalaman mencari babysitter dan nursery, membuka mata saya bahawa pilihlah orang yang menjaga anak kita. Sebagai orang Islam, saya mahu tangan yang menjaga anak saya biarlah mereka yang mengamalkan cara hidup Islamik. dalam proses mencari babysitter tu ada yang saya jumpa terlalu sosial hidupnya. dengan lagu-lagu rock berkumandang dirumah, anak dara perempuan berseluar paras paha, berkuku panjang, kuku kaler kaler, aduh memang sangat tak sesuai kan jadik penjaga bayi dan kanak-kanak. Tetapi kadang-kadang ibu bapa takde pilihan tetap jugak hantar ke situ. Pertama sekali, seorang pengasuh itu perlulah benar-benar sukakan kanak-kanak. Biasanya air muka dan percakapan pengasuh itu mencerminkan kehidupan harian mereka. Kalau boleh berkunjunglah dan berbual lah dengan bakal pengasuh, penyelia nursery seberapa kerap yang anda boleh. Ini membantu kita untuk lebih melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana mereka menguruskan tugasan mereka. Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual


Ini adalah antara 4 faktor terpenting yang perlu ibu bapa fikirkan bila nak hantar anak kepada babysitter ataupun nursery. Ibubapa memang mahukan yang terbaik kepada mereka, ada orang memilih pengasuh/nursery yang dekat dengan mereka. Tetapi fikirlah juga keselamayan anak kita, jika dekat dengan kita tetapi bisa membahayakan nyawa anak kita pada saya biarlah jauh dan kiat bersusah dulu asalkan keselamatan anak terjamin. Moga tips ini akan dapat membantu mereka yang mencari babysitter/pengasuh/nursery untuk anak mereka.



Sunday, 21 December 2014

Resipi Grilled Chicken Chop Simple

Hari ni menu western kau hehehe. Hari-hari makan nasi sesekali di hari ahad ni kita ubah angin makan western pun bagus jugak kan. Haaa hari ni inche suami order nak grilled chicken chop. Wahh proses dietnya berterusan tu. Saya memang suka sangat chicken chop yang di grill ni, kalau pergi kedai musti check tu dgn waiter (kalau kedai pak yeop pantai dalam ni pun kira taraf waiter gak ke heheh) chicken chop tu grill ke idok. Haaa inilah menu grilled chicken chop kami 3 beranak....best ke idok hehehe

Yummy Chicken Chop
Yummy Chicken Chop
Hidangan 3 beranak
Hidangan 3 beranak

Cara saya buat chicken chop ni simple sangat. Beli ayam potong 6 je, pehtu tang paha ayam tu inche suami akan buang semua tulang belulang dia. Nak lagi senang beli je kat supermarket tu isi ayam yang takde tulang. 

Oklah saya belanja resipi grill ayam dulu.
Bawang putih 3 biji
Halia secoit (seinci kot)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap kipas udang
1/2 kiub pati ayam maggie

Bawang putih dgn halia tu tumbuk kasi halus dan lumat. Pehtu gaulkan dengan sos tiram, kicap kipas udang dan kiub ayam tadi. Kacau kasi rata, salutkan pada ayam yang dah dibuang kulit dan tulang. Kalau nak perap 1-2 jam pun boleh. Pehtu letak dalam aluminium foil, letak dalam non stick pan dan bakor. Tapi hari ni kami mmg kelaparan so dah siap salut je terus bakar. 

Tefal non stick pan sedang 'duty'
Tefal non stick pan sedang 'duty'

Bakar ayam lagi
Bakar ayam lagi



Haaa hambek, 2 non stick pan sekali bertugas. Ini membuktikan kami memanh sangat-sangat kelaparan hehehe. 4 ketul sekali jalan bakornya. Biasanya bab bakor membakor ni tugas inche suami. Hehehe. Ohh yer proses bakor ni amek masa dalam 15-20 minit je. Dan lepas tu hasil tadaaaa.

Ayam yang sudah siap di grilled
Ayam yang sudah siap di grilled

Haa nampakkkkk tak??? Warna keemasan dan agak juicy tuu...ermmm memang tak sabor lah kannn.
Opsss lupa kan sos blackpaper, cara saya sangat simple.

Sos blackpaper
1/2 botol sos blackpaper
1/2 cawan susu cair
Air 1 cawan
Garam

Caranya campur semua bahan dalam periuk kacau biar sebati masukkan air dan panaskan kacau atas api sederhana sampai mendidik. Nak lagi best masukkan lada hitam yang ditumbul kasar. Saya masak dalam masa 10 minit je.

Sos blackpaper
Sos blackpaper

Untuk mashed potato tu saya beli yang siap di KFC hahaha. Lapor punya pasal kan, tak sempat dah nak buat.

Grilled chicken chop dari dapur mommyfiras heheh
Grilled chicken chop dari dapur mommyfiras heheh

Yang ada 2 hirisan lemon tu saya punya, plate yang takde sos cili tu Firas punya dan plate satu lagi tu inche suami punya hehehe.

Ok selamat mencuba grilled chhicken chop yang simple dimple ni. Buleh buat hari-hari kan. Opsss

Love
Mas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...