Friday, 30 January 2015

Perbezaan Detox Darah, Detox Hati dan Detox Usus Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum semua. Kita memang biasa dengar tentang DETOX kan. Bila sebut tentang Detox ramai yang terbayangkan proses membuang air besarkan. Bukan kata anda semua je begitu, saya pun sama. Sebelum ni kalau sebut tentang Detox saya terbayangkan proses membuang air besar. 

APA ITU DETOX?

Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya kan, Detox tu bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:
  1. Detox Usus
  2. Detox Hati
  3. Detox Darah

Kepentingan Detox Kepada Manusia
Kepentingan Detox Kepada Manusia


1. DETOX DARAH


Pernah tak kita dengar beberapa pemimpin dunia menjalankan rawatan cuci darah untuk mengekalkan kesihatan mereka dan untuk kelihatan sentiasa segar dan bertenaga? Rawatan cuci (detox) darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencermakan darah kita. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. Pernah tak kita terfikir, bila kita sering rasa letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan perlu detox darah? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita. Saya pernah dengar beberapa pegawai tinggi kerajaan yang pernah bekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di zaman Tun Mahathir berkata yang Tun menjalani rawatan mencuci (Detox) darah di USA. Tetapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kalau betul memang patut lah kita tengok Tun masih cergas dan sihat bertenaga pada usia sekarang kan. 

Shaklee juga menawarkan pilihan detox darah yang lebih murah berbanding dengan rawatan cuci darah tu. Perlu diingat, sepatutnya kita detox darah daripada awal yakni semasa kita sihat dan bukan nya setelah kita disahkan mengidap penyakit. Shaklee menawarkan jus merah (wah sedondon pula warna jua ini dengan warna darah kita kan heheh) yang dikenali sebagai Vivix. Vivix bertindak dengan merawat sehingga peringkat sel, dan memberi tenaga kepada sel, jadi inilah penyelesaian yang kita cari. Berkenaan dengan kolestrol, Phytocol membantu menghalang kolestrol melekat di dinding salur darah, sebagai salah satu cara membersihkan salur darah. Alfalfa pula tinggi alkali, yang boleh meneutralkan asid dalam badan akibat pemakanan tidak seimbang, jadi Alfalfa sangat baik untuk membersihkan darah yang tinggi asid/ meng-alkaline kan darah


2. DETOX HATI

Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis maknenek benda yang masuk ke badan kita- agent detox . Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.  

Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox
Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox


Detox hati, antara yang sering juga diabaikan. Ramai yang mengabaikan kerana mereka kurang jelas atau mungkin ambil mudah tentang fungsi hati itu sendiri. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan. Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Jadi jika kita nak mengamalkan sesuatu supplement, kita pastikan dulu hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kita boleh membantu hati kita menjalankan tugas dengan cara detox hati terlebih dahulu. Bila hati kita sudah detox, sudah bersih, makan tugasnya lebih senang dan dapat menyerap apa jua supplement yang kita makan. Cuba kita bayangkan jika filter kita (hati) ini rosak atau bocor. Bayangkan segala toksin tu akan bersenang lenang masuk tanpa di 'filter' dan apa yang akan terjadi kepada kita nanti? Owhhh ngerinyaaaa. Salah satu aktiviti yang menyebabkan hati mudah rosak ialah tabiat merokok dan meminum minuman keras. Anda boleh baca mengenai bagaimana kerosakan hati di rawat dengan prosuk Shaklee DI SINI

Bila hati tidak detox, kita tidak boleh dapat kebaikan 100% supplement lain yang kita makan. Tegaskan kepada customer, detox hati adalah penting bagi memastikan customer dapat "value for money".



3. DETOX USUS

Detox usus merupakan istilah yang paling sinonim dan paling popular kita dengarkan. Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Haaa plag ni kita ibaratkan sebagai mendapan yang melekat lekit dalam usus kita.

Usus Yang Dipenuhi Toksin
Usus Yang Dipenuhi Toksin 
Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Saya dulu memang berhadapan dengan masalah sembelit, dan saya selepas saya konsisten mengamalkan Herblax dan Peppermint Ginger, ianya yang benar- benar membersih dan memberi kelegaan kepada usus, kerana bahan- bahan dalam kedua- dua produk ini memang bertugas untuk membersihkan tangki makanan yang kita sumbat dengan macam- macam benda setiap hari. Ini adalah antara produk Shaklee yang sangat mendapat tempat untuk mereka yang mengalami masalah detox usus. Usus yang tidak detox atau tidak dicuci mengakibatkan buncit dan kegemukan. Opsssss, mak tak rela nyahh heheheh. 

Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin
Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin

Ramai yang mengambil mudah tentang detox sebenarnya kan. Tapi tahukah kita toksin yang memasuki badan kita jika tidak di singkin kan melalui detox maka ia akan mendatangkan mudarat kepada badan kita. Darah, hati dan usus saling bekerjasama menapis segala toksin yang di makan, yang kita hidu dan sebagainya. Penyakit yang menyerang zaman ini,  banyak datangnya daripada kita sendiri, jika kita sukar nak mengawal pemakanan dan pencemaran, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencuci (detox) hati, darah dan usus kita. Biar kita mencegah daripada mengubati kan. Saya sangat terkesan dengan kesihatan hati, sebab adik saya mengalami masalah usus yang kini berjangkit ke hati dan sepupu saya juga mengidap kanser hati tahap 4. Dan alhamdulillah kedua-duanya mendapat perubahan bila consume produk Shaklee. Walaupun tidak dapat menyembuuhkan penyakit mereka 100% tetapi sekurang-kurangnya pengambilan supplement Shaklee ni dapat membantu mereka merasa lebih sihat, bertenaga dan aktif. Jangan kita tunggu bila sakit baru mahu mencari supplement, sebaliknya amalkan supplement ketika sihat supaya gajala penyakit dapat dijauhkan,


Love
Masliza 012-2965214
SID : 908080
Email : nurmasliza@gmail.com

Wednesday, 28 January 2015

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Yang Sedap

Alkisahnya hari ni inche suami bawak balik ikan siakap dan request Siakap Stim Limau. Katanya tak puas makan kat Aroma Ikan Bakar boleh baca entri tentangnya DI SINI dan Laman Aiman hari tu. Yang membuatkan suami saya suka sangat siakap stim limau ni sebab rasa masam-masam dan pedas bila makan ikan stim tu. Bukan setakat dapat menyegarkan kita yang makan dengan kemasamannya tetapi kepedasannya juga boleh membuatkan peluh menitik masa makan, especially bila di makan panas-panas.

Itulah suami saya ni, bila dah suka makan memang akan suruh kita membuatnya. Wahai suami ku tahu dirimu berasal dari tepain laut, memang selera makan mu nak ikan sesaja hahahaha. Indahnya jadi Work At Home Mother (WAHM) ni kan. Sambil saya bekerja, sambil saya dapat memenuhi permintaan selera suami. Alhamdulillah, diberikan kebebasan memilih masa bekerja. 

Oklah kembali kepada kisah siakap stim limau ni, memang zaman sekarang ni bila kita beli ikan kita boleh mintak penjual tu terus bersihkan ikan kan. So memang senang lah kerja kita bila balik rumah takde lah nak susah payah bersihkan ikan dan sisik nya tu semua kan. Saya ikut petua orang-orang lama untuk hilangkan bau ikan ni, adalah lebih elok kalau rendamkan ikan yang dah siap dibersihkan tu dengan air basuhan beras dan air limau nipis. Masukkan sekali kulit limau nipis tu dan sental badan ikan supaya lendir atau sisiknya keluar. Beberapa kali saya dah praktikkan benda ni dan memang terbukti ianya berjaya menghilangkan bau hanyir ikan. Cubalah praktikkan benda ni untuk anda yang belum pernah cuba buat benda ni kan hehehe.

Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir
Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir

Resipi nak buat siakap stim ni tak susahpun. Actually saya takde belajar dari mana-mana pun cara nak buat siakap stim limau ni, cuma saya perhatikan apa yang ada dalam masakan tu tiap kali kami order dan saya prihatin tentang rasanya hehehe. Perasan diri hebat keee, ehh tidaklah. Cuma ini salah satu cara kita nak menenggok resipi kedai yang di ajar oleh arwah nenek tiri saya. Hehehehe. Ok meh kita tengok bahan-bahan dan cara nak memasak siakap stim limau dengan resipi campak kasih sayang ni. Kenapa campak kasih sayang? Sebab saya menggunakan apa je yang ada dalam peti ais (ini kes malas nak turun beli dah ni hikhikhik).

BAHAN-BAHAN UNTUK SIAKAP STIM LIMAU
  1. Seekor ikan siakap sederhana besar
  2. 5 ulas bawang merah***
  3. 4 ulas bawang putih***
  4. Seinci halia (dipotong memanjang)***
  5. Lengkuas (di potong memanjang)***
  6. 1/2 biji bawang besar (dipotong memanjang)***
  7. 3 helai daun limau purut***
  8. 3@4 biji limau nipis -perah dan ambil airnya sahaja*** 
  9. 3-5 biji cili merah + hijau (saya guna cili merah je sebab cili hijau dah habis hahah)***
  10. 1/2 kiub pati ayam knorr atau Serbuk Secukup Rasa***
  11. 2 Sudu sos ikan takde pun takpe***
  12. Garam, Serbuk perasa dan sedikit gula (saya tak masukkan gula pun)***
  13. Daun ketumbar dan salad untuk hiasan (saya tak guna sebab dua benda ni dah layu hehe)


Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau
Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau

CARA MEMBUAT
  1. Ikan siakap yang telah dibersihkan di lumurkan dengan sedikir garam dan kukus dengan sedikir air. Biasanya kukus dalam 10-15 minit bergantung pada saiz ikan juga lah. Kalau ikan besar maka lama lah sikit waktu yang diambil untuk stim nya.
  2. Sementara ikan masak masukkan kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam kuali dan panaskan sehingga layu. Rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya. Saya panggil ini sebagai kuah asam limaunya hehehe 
  3. Bila dah layu dan ikan yang di stim juga masak tuangkan kuah tadi dan kukus lagi lebih kurang 10 minit.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan. Kalau nak lagi best aromanya tu tu letakkan daun ketumbar.

Saya memang buat campak kasih sayang sebab menggunakan segala sumber yang ada dalam peti ais je, so kalau nak nampak ikan stim limau tu ada kaler pelangi boleh lah masukkan tomato, carrot, cendawan dan sebagainya. Memang kalau masukkan cendawan rasanya lebih sedap. 

Satu lagi pilhan untuk stim siakap limau campak kasih sayang ni ialah masukkan kesemua bahan yang bertanda *** tadi dan kukus bersama dengan ikan tu. Kira sekaliharung punya kukus. Itu lagi senang cuma untuk penggemar bawang seperti saya saya tak suka bawang yang dah terlalu layu. Kalau bawang tu distim dari awal dia akan menjadi terlalu layu, lembik sangat daaaaa hehehe. 

Siakap Ready Untuk Di Stim
Siakap Ready Untuk Di Stim

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap
Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap

Kalau sebelum ni my inche suami selalu minta siakap stim ala nyonya yang agak banyak step nak memasaknya, sekarang ni seleranya nya dah beralih arah kepada Siakap Stim Limau pula. Saya tanya dia berapa ringgit sekor ikan yang dibelinya tu dia cakap RM7 je. Mak aihhhh murah je rupanya ikan siakap tu. Kalau makan kat restoran reganya koman-koman pun 20-30 ringgit tu memang dah wajib dah kan. Untuk penggemar ikan stim macam keluarga saya ni nak makan ikan stim setiap minggu pun boleh tapi stimlah di rumah heheheh. Jimat belanja, mudah dan tentunya bersih. Siakap Stim Limau ni tak jemu di makan sebab dia ada rasa masam, pendek kata sesedap rasalah. ditambah pula kalau kuahnya tu pedas-pedas, perghhhh makan seekor pun tak sedar dah licin ikan tu dikerjakan. Heheheh. Menu ni sesuai untuk mereka yang tekak loya dan nak makan masam-masam, healthy jugak sebab takde menggunakan minyak, atau santan. Sooooo suri rumah boleh lah mencuba kan....

Love
Masliza

Ladylista : Dari Maskara Seorang Diva. Apa itu Ladylista?

Assalamualaikum semua. Beberapa hari lepas saya menerima email daripada pihak Cari Internet Sdn Bhd tetang offer untuk bekerjasama dengan mereka dalam memperkenalkan forum terbaru untuk wanita iaitu ladylista.cari.com.my. Tentunya saya happy bila membaca email tersebut, rasa teruja pun ada juga bila pihak Cari Internet mahu bersama-sama memperkenalkan forum ini kan. Siapa yang tak kenal Forum Cari ni kan. Atau ada sesiapa yang tak pernah menerjah forum ini? Hehehehehe. Banyak info yang kita boleh dapat di forum cari tu.

OK berbalik kita kepada forum Ladylista : Dari Maskara Seorang Diva, catchy sangat tagline Dari Maskara Seorang Diva tu kan. Perkataan Ladylista dan Maskara itu sendiri sudah menunjukkan ianya sinonim dengan Wanita. Dari maskara seorang diva’, LadyLista menterjemahkan setiap berita dari sudut pandangan wanita urban. Sebagai mentor buat wanita yang ingin panduan dalam kehidupan, LadyLista berharap dapat mendidik wanita untuk lebih berpengetahuan selaras dengan fungsi portal sebagai infotainment (maklumat dan hiburan). 

Ianya merupakan satu portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus untuk anda yang inginkan maklumat tentang hiburan dan gaya hidup terkini. (ladylista.cari.com.my) Portal tersebut sudah dilancarkan pada 2 Januari 2015. Jadi jika ada yang belum pernah dengar nama portal ini bolehlah cuba-cuba teropong ke, skodeng ke, kat sana yer. Dipersembahkan dalam bentuk portal, ia lebih dekat dengan pengguna yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat di hujung jari. Saya sendiri dah pergi teropong-teropong apa yang ada dalam portal ini. Bukak je portal ni wahhh nampak Lipstick weh, pehtu kombinasi kaler yan digunakan pula adalah kaler pink, satu donia ni dah tahu Pink dan Purple tu memang untuk wanita kan hehehehe. Untuk mereka yang sukakan fesyen, tips kecantikan, nak baca gossip retis serta tips tentang cinta dan perhubungan bolehlah singgah ke portal ini. Saya sendiri suka kan tips kecantikan dan sebagai wanita, memang saya suka melihat fesyen- fesyen tempatan dan antarabangsa. Sekadar mencuci mata di situ hehehehe. Jujur saya akui, bab hiburan tu saya kurang berminat sangat dan sekadar membaca tajuknya sahaja. 


Ladylista Dari Maskara Seorang Diva
Ladylista Dari Maskara Seorang Diva


APA ISTIMEWANYA LADYLISTA NI?

Sejak dilancarkan 2 Januari 2015 yang lalu, semakin ramai pembaca menerima Lady Lista sebab isi-isi dalam web portal ini memang sempurna dan fokus kepada kategori tertentu sahaja. Keistimewaan Ladylista ni adalah sebab ianya berbeza dengan portal lain, dari segi sasaran pembaca nya. Di mana sasaran utama Ladylista adalah terarah kepada golongan muda sekitar umur 18 sehingga 35 tahun. Sesuai dengan cita rasa golongan ini yang masih tercari-cari identiti dalam hidup. Memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia disamping berita hiburan tempatan dan antarabangsa, Lady Lista merupakan rakan di alam maya bagi setiap wanita. 


Nak tahu lebih lanjut silalah layari ladylista.cari.com.my dan anda akan merasai sendiri kelainan yang ditampilkan oleh portal ini. Boleh mendaftar jika mahu ber forum di sana. Jangan lupa tagline nya yang comel dan suweet itu Dari Maskara Seorang Diva hehhehe. OK selamat melayari portal ini. Terima kasih Ladylista kerana memperkenalkan portal untuk wanita ini kepada saya. Heheh

Love
Masliza

Tuesday, 27 January 2015

Mommy I Am 4 Years Old Dah Kan Kan.

Kisah Ahad lepas, 25 Januari Firas sambut birthday ke 4. Syukur diam tak diam dah 4 tahun dah anak mommy dan papa ni. Lebih menggembirakan tahun ni sekali lagi Firas dapat celebrate birthday dengan Umi , maklumlah nenek saudara dan cucu saudaranya ni berkongsi tarikh lahir yang sama. Cuma Wan dan Tok Teh nya je yang tak dapat celebrate. Dia tertanya-tanya kenapa Umi, Wan dan Tok Teh sambut birthday samadengan da, hahaha, rasanya soalan ini akan berterusan sehinggalah dia faham yang nenek saudaranya itu kembar 3. Setiap tahun rasa sangat istimewa bila generasi kedua dan keempat Osman Salleh ni dapat menyambutnya bersama-sama. Kalau arwah tok ada dia tentu gembira tengok anak dan cicitnya sambut birthday sama-sama. Al Fatihah untuk keluarga saya yang dah kembali kepadaNya.

Seperti biasa, sambutan birthday Firas kami buat hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Tahun ni dia dah pandai request nak kek sendiri dan kek yang ditempah ini di design atas permintaan Firas. Wahh bukan main lagi kan budak-budak zaman sekarang ni, kecil-kecil dah pandai request bagai. Ok kek ni di tempah dari De'Hayfa Custom Cakes. Memang superb kek nya, rainbow kek yang sangat sedap. Kalau anda semua nak melayannnn gambar-gambar kek boleh click DI SINI .Ohh yer boleh delivery sampai depan rumah hokey. So kita tak payah nak rushing buat persiapan tau-tau sampai jeeeee. heheheh.

Kek Yang Diminta Oleh  Firas
Kek Yang Diminta Oleh  Firas


Punyalah budak ni excited, bangun pagi hari Ahad tu terus je tanya 'Mommy mana kek besday saya?" Hamboih laa anakku, tak sesabor nya kan. Dari pagi asyik cakap 'Mommy I am 4 years old kan kan kan'. Sebagai seorang ibu, memang happy sangat bila anak bercakap begitu. Keterujaan nak sambuk birthday yang ke 4 disebabkan kek nya tu ada 4 ekor kepala Ninja Turttle. Hehehehe

Happy Face
Happy Face

Peace Yawww I'm 4 years old

Anugerah Allah Yang Terindah
Anugerah Allah Yang Terindah

Haa nampak tak muka happy anak saya ni? Happy sebab dia dapat kek Ninja Turtle yang dia request tu, dan happy sebab dapat hadiah beg, pancil box daripada Umi hehehe. Hadiah orang lain dia tak happy sangat sampailah bila Acunya balik lewat malam bawak keta kontrol hahaha. Mommy happy sebab rainbow kek yang ditempah ni sangat sedap walaupun layer coklat tu digantikan dengan cream cheese. Wallah memang sedap betul rasa manis-manis masam krim tu.  Kreatif juga owner De'Hayfa  Custom Cake ni. Anda tak percaya boleh order, rasa sedap, servis pun memuaskan hati. 

Masih terngiang ucapannya 'Mommy I am 4 years old dan kan kan'. Semakin hari dia semakin membesar sihat dan cergas. Semoga dia akan menjadi anak yang membahagiakan mommy dan papa dunia dan akhirat. Mommy korbankan kerjaya demi dia, mommy menjadi WAHM demi dia, dan dialah lambang cinta kami. Membesar bagai juara dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Monday, 26 January 2015

6 Tips Supaya Anak Mudah Makan Sayur

Bukan main lagikan tajuk entri ni. Ohh yer sememangnya masalah anak tak suka makan sayur dan buah-buahan ni bukan masalah sesetengah ibu sahaja, ini masalah majoriti ibu-ibu kan. Tak percaya cuba tengok iklan di TV tu, betapa susahnya ibu-ibu nak bagi sayur pada anak mereka sampai ada anak yang menyorok bawah meja lah, ibu terpaksa kejar ke sana ke mari lah. Hehehe. Begitulah nak tunjukkan kepada kita bahawa masalah susah makan sayur di kalangan anak-anak tu seakan dah sangat sinonim dengan ibu-ibu. Masalah? Setiap masalah ada penyelesaiannya, jadi ibu perlulah kreatif dalam menangani hal ini. Jangan terlalu diikutkan kehendak anak kita sebaliknya kita create suasana gembira ketika makan sayur. Sebab apa? Sayur adalah penting untuk memenuhi keperluan nutrisi anak kita. Pengambilan gizi seimbang untuk pembesaran dan tumbesaran. Baca kesan kekkurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak DI SINI

Anak Susah Makan Sayur
Anak Susah Makan Sayur

World Health Organization (WHO) menyarankan 5 portion sayur setiap hari. Namun penyelidikan yang dijalankan oleh University College London pula menunjukkan, lima kali sehari tidak mencukupi. Manusia seboleh-bolehnya perlu makan 7 portion buah dan sayur. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan 3 mangkuk sayuran setiap hari. Haaa nampak tak kepentingan sayuran dalam kehidupan seharian. Selera kanak-kanak memang



Bestnya Makan Sayur
Bestnya Makan Sayur

Sebenarnya nak jadikan anak suka dan minat makan sayur ni kita mulakan ketika anak kita diperkenalkan kepada makanan iaitu ketika mereka berusia 6 bulan ke atas. Ini lahpetua yangdi ajar oleh pengasuh anak saya dulu. Dia cakap setiap hari memang dia blend nasi dan sayur untuk anak-anak yang dia jaga. Dia siap pesan dengan  saya kat rumah kalau nak masak nasi blend dan gunakan sayur. Bertuahnya saya dapat babysitter yang baik dan banyak share dan ajar saya ilmu nak menguruskan anak ketika itu. Dan disebabkan saranan beliau itu lah saya rajin blend nasi dan masakkkan sayur untuk Firas. Saya ingat lagi pengasuh tu cakap kitakena biasakan lidah budak dengan sayur dari kecil supaya dia tidak menolak rasa pahit sayur bila dah dapat bezakan rasa makanan nanti. Terus terang saya akui memang saya tak tahu sebab saintifiknya, tetapi adik saya yang bekerja sebagai nurse pun cakap begitu. Dan alhamdulillah, saya tidak berhadapan dengan anak yang tak suka sayur atau buah ni. Cuma dia memilih sayur mana yang dia suka dan mana yang diatak suka je hehehe.



Perkenalkan Anak Anda Dengan Sayur Seawal Usia 6 Bulan
Perkenalkan Anak Anda Dengan Sayur Seawal Usia 6 Bulan


Ok saya nak kongsikan dengan anda semua beberapa tips supaya anak kita senang makan sayur dan buah-buahan. Tips ini adalah daripada apa yang saya sendiri lalui dan juga tips hasil daripada pengalaman kawan-kawan yang bergelar ibu. Tips ni masing-masing kami dah praktikkan, mana tau jika ibu yang bermasalah nak bagi anak makan sayur dan buah boleh gunapakai tips ini. Sharing is caring kan hehehe. 6 tips supaya anak mudah makan sayur adalah:

1. Jadi model kepada anak-anak.
Nak memupuk kecintaan anak kepada sayur dan buah-buahan ibu bapa perlulah terlebih dahulu jadi model kepada mereka. Contohnya ibu bapa sendiri perlulah makan sayur bersama-sama dengan anak setiap kali waktu makan. Beri contoh terbaik kepada mereka. Ibu ayah pun kena tunjuk suka makan sayur sama. Agak pelik kan kalau ibu bapa sibuk suruh anak makan sayur tetapi mereka sendiri tak makan sayur dan kurang makan buah-buahan.

2. Perkenalkan sayur yang berwarna warni.
Lumrah kanak-kanak sukakan warna warni kan. Jadi sebagai ibu bapa kita kena kreatif menyediakan sayur supaya anak sukar menolak. Anak saya sendiri tak suka sayur sawi (pahit katanya), tetapi dia suka makan carrot, kacang panjang, kobis, dan salad lain. Jadi caranya saya selalu pelbagaikan warna warni sayur tu buat sayur campur dan dalam masa yang sama letak sawi sikit. Dia sebenarnya tak perasan adanya sawi dalam tu sebab dia nampak sayur kegemarannya. Lagi satu potong sayur pun kena kreatif juga heheh. Macam kita potong carrot tu kita boleh buat bentuk bintang, bentuk 3 segi dan macam-macam lagi. Ini banyak di praktikkan dalam bento.


3. Selitkan sayur dalam makanan kegemaran mereka.
Ini tips daripada kawan-kawan yang saya dapat semasa bersembang sesama kaum ibu. Ada ibu berkongsi yang dia sering selitkan sayur dalam makanan kegemaran anak dia seperti dalam bubur nasi, spaghetti dan macam-macam lagi. Katanya dia selalu potong sederhana atau halus supaya anak tidak perasan akan kehadiran sayur tu.

4. Jangan terus abaikan sayur bila anak menolaknya.
Sesetengah ibu bila tahu anak tak suka sayur, mereka terus tak masukkan sayur bila memasak. Alasan mereka sebab anak tak makan. Nanti anak pilih seketul-seketul sayur tu letak tepi. Ini silap ibu sebenarnya. Dah tahu anak tak nak sayur terus tak nak masukkan sayur. A big nooooo sebenarnya ya. Semua amalan bermula dari rumah, walaupun anak tak suka makan sayur arwah mak saya tetap masukkan sayur tetapi dia akan potong kecil-kecil. Jadi nak tak nak kena telah juga. Apatah lagi kalau pergi makan kat kedai makan, arwah mak saya selalu cakap kalau tak makan sayur ni nanti kena bayar tau. Kesian mak dan abah kena bayar lebih sebab tak makan sayur. Dah adik-adik saya pun dengan muka kelat makan lah sayur tu hehehe. Tapi saya nampak trick ini menjadi. 

5. Pujuk anak dengan kasih sayang.
Tips ini saya amalkan sendiri bila anak saya tak nak makan sawi. Pujuk dengan kasih sayang ni saya bagitau dia kalau dia tak makan sayur dia tak boleh ikut mommy dan papa masuk syurga. Kalau tak makan sayur nanti mommy dan papa tak love (sayang) dia dah. Budak mesti nak mak bapak dia sayangkan dia kan. tentu nak ikut mak ayah masuk syurga kan. Opss sebelum tu selalulah bercerita tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala, serta erti syaitan. Bila dia tahu seronoknya syurga, apa yang ada dalam syurga dan apa yang ada dalam neraka tu cepat je dia makan sawi sebab nak ikut mommy dan papa masuk syurga heheheh. Apatah lagi dia sendiri nampak mak ayah dia makan sayur dan buah dengan sedapnya.

6. Perkenalkan sayur seawal 6 bulan
Seperti yang saya kongsi kan di atas tadi, memang tugas ibu memperkenalkan sayuran seawal usia anak 6 bulan ni memberikan manfaat kepada tabiat memakan sayur. Saya perhatikan ramai ibu tak sanggup nak bagi anak makan sayur sebab lebih suka bagi anak mereka makan nestum. Memang nestum mudah disediakan tetapi masakan ibu buat lebih berkhasiat. Apatah lagi ibu boleh terus bagi sayur kepada anak mereka. Sayur untuk kesihatan dan tumbesaran yang maksimum. 


Ini adalah 6 tips yang saya dan kawan-kawan dah amalkan dalam memupuk sikap suka makan sayur dikalangan anak-anak. Mana tahu ibu-ibu di luar sana boleh juga amalkan tips ini untuk memastikan anak suka makan sayur dan membesar bagai juara. Memang masalah anak picky eater boleh diatasi dengan memberikan multivitamin dan protein tetapi untuk ibu yang masih struggle supaya anak mereka sukakan sayuran boleh lah cuba tips ini. Saya dan kawan-kawan dah mencuba tips ini dan Alhamdulillah berjaya. Manalah tahu ibu lain yang mahu mencuba lagi  kan. Tak salah kami share apa yang kami lakukan dengan ibu-ibu lain kan. At least ibu kurang lah pening kepala kan. Hehehe. Jom cuba bersama-sama!


Love
Masliza 012-2965214
SID :908080

Saturday, 24 January 2015

Resipi Ringkas Dan Senang Buat Wajik atau Pulut Kacau

Entri hari ni pasal makanan lagi hehehe. Al kisahnya semalam ada sorang kawan update kat facebook pasal Wajik atau orang Kelate cakap Nasi Manis atau orang Kedah panggil Pulut Kacau. Walau apa pun namanya, ianya adalah makanan berasaskan puluit yang manis hehehe. Ginilah lebih kurangnya rupa wajik tu.

Wajik Juga Dikenali Dengan Nama Bubur Kacau dan Nasi Manis
Wajik Juga Dikenali Dengan Nama Bubur Kacau dan Nasi Manis


Bila dah tengok kat fb kawan, tiba-tiba rasa nak makan pulak. Terus cakap dengan Inche suami, wahh terujanya dia maklumlah itu makanan favourite dia. Apa lagi sepantas kilat suruh dia beli kan beras pulut, santan, daun pandan untuk buat wajik tu. Seingat saya, masa sekolah rendah selalu jadi pembantu arwah mak masa dia buat wajik untuk di jual di kedai makan kami. Dulu memang rasa Allah kenapalah nak buat makanan yang menyusahkan ni. Hehe, tapi itu dulu, sekarang lepas cubaan pertama kali buat wajik ni saya rasa sangat senang ringkas. Ok meh saya bagi resipinya.

Bahan-Bahan
500 gram beras pulut.
350 gram gula melaka.
50 gram gula.
600 ml santan pekat.
1 cawan air.
5 helai daun pandan.

Cara Membuat
1. Rendam beras pulut lebih kurang 40-45 minit. Kemudian barulah di kukus. Ada orang masak je beras pulut tu, tapi saya lebih suka kaedah kukus sebab nanti berasnya tidaklah terlalu lembik. Kukus lebih kurang 40-45 minit. Untuk memberikan aroma dan bau yang wangi, saya kukus beras pulut bersama dengan daun pandan. Beras yang dah masa kelihatan seperti nasi dan tidak bergetah. Angkat dan gaulkan dengan sedikit garam halus. Dan ketepikan dulu. 

Pulut Yang Dan Masak
Pulut Yang Dan Masak


2. Dalam kuali atau periuk berasingan masukkan santan pekat, gula melaka, gula pasir dan lebihan daun pandan tadi dan kacau sehingga hancur dan sebati semuanya. Masak adunan tadi sehingga berubah warna dan kelihatan pekat dan bertukar warna kehitaman. Gula melaka akan menentukan kehitaman wajik kita. So kalau nak hitam gunakan 100% gula melaka jangan guna gula pasir. Kalau resipi arwah mak saya, dia suka campurkan adunan ni dengan bunga cengkih dan juga durian. Sebabtu kalau di kelantan ada versi nasi manis durian. Tapi saya memang tak suka wajik atau nasi manis yang dicampur dengan durian ni. 


Adunan Santan dan Gula Melaka
Adunan Santan dan Gula Melaka

Santan dan Gula Melaka Mendidih
Santan dan Gula Melaka Mendidih

Masak Adunan Santan dan Gula Melaka Sehingga Likat Begini
Masak Adunan Santan dan Gula Melaka Sehingga Likat Begini

3. Ok bila adunan ni dah pekat likat dan berkilat tutup api dan tapis kesemua adunan tu dulu. Kita memang perlu tapis dulu sebab nak asingkan habuk daripada gula melaka. Lepas tapi tu masukkan balik ke dalam periuk atau kuali. Di atas dapur gunakan api perlahan dan masukkan pulut yang sudah di kukus tadi. Kacau hingga sebati dan ianya menjadi hitam atau berubah kaler semuanya.

Adunan Gula Melaka dan Pulut di Kacau Rata
Adunan Gula Melaka dan Pulut di Kacau Rata

4. Bila dah sebati barulah di masukkan ke dalam bekas atau loyang. Ikut petua arwah mak saya masukkan dalam loyang tu dan keluarkan semua daun pandan supaya senang kita nak potong nanti. Dan selalunya kita mampatkan ke dalam loyang.

Kacau Lagi

Kacau dan Mampatkan

Mampatkan Di dalam Loyang Dulu
Mampatkan Di dalam Loyang Dulu

Wajik atau Bubur Kacau atau Nasi Manis Yang Siap Dimasak
Wajik atau Bubur Kacau atau Nasi Manis Yang Siap Dimasak

Berkilatkan Warna Wajik atau Bubur Kacau Ni.
Berkilatkan Warna Wajik atau Bubur Kacau Ni.


Kalau ikut orang tua-tua, nak tahu wajik ayau nasi manis tu betul-betul manis atau tidak tengok pada tekstur tu adakah dia herkilay dan bertali-tali masa dikacau hehe. Walaubagaimana pun, saya memang seorang yang tak suka manis, jadi versi saya pun kuranglah manisnya. Perlu diingat wajik sememangnya sangat-sangat lah manis. Jadi kalau nak buat wajik feeling macam yang original, banyakkan lagi gula melaka dan gula.

Senang dan simple je kan rasa buat wajik atau bubur kacau atau nasi manis ni. Semoga perkongsian ni akan dapat membantu kawan-kawan lain buat wajik. Jangan kita takut nak mencuba, sebab selagi kita sendiri tal cuba, memang sampai bila-bila pun kita tak akan pandai buat sendiri. Cewah hehe, sebab saya dulu pun rasa macam tu, sekarang ni dah insof sebab saya takde orang tua kan, so nak makan memang kena buat sendiri. Selamat mencuba.

Tata titi tutu
Masliza

Friday, 23 January 2015

10 Tanda Kanak-Kanak Kurang Nutrisi

Kita selalu dengar  orang cakap anak gemuk orang cakap cukup khasiat, tapi sebenarnya silap. Anak kita gemuk, debab, sihat tu bukannya sebab dia cukup khasiat tetapi terlebih pengambilan lemak dan karbohidrat dan bukannnya cukup keperluan nutrisinya. Kekurangan nutrisi dalam makanan harian anak kita, anak merencatkan pertumbuhan dan tumbesaran mereka.

Kanak-Kanak Kurang Nutrisi
Kanak-Kanak Kurang Nutrisi


Kita rasa kita hidup di Malaysia ni tentunya takde kes kanak-kanak kekurangan nutrsisi kan. Ohh kita silap jika kita beranggapan begitu. Satu kajain yang dikalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan yang mana ia telah membantutkan tumbesaran mereka. Boleh rujuk artikel suratkhabar Kosmo di bawah untuk melihat sendiri kes kanak-kanak kurang nutrisi di Malaysia ni.

Kes Kanak-Kanak Kurang Nutrisi Di Malaysia
Kes Kanak-Kanak Kurang Nutrisi Di Malaysia

Di sini saya kongsikan dengan anda semua beberapa tanda anak kita kurang nutrisi berdasarkan apa yang diberikan oleh nutritionist:

1. Rambut 
Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi akan mengalami  masalah rambut sepetri rambut yang mudah putus, kering, mudah gugur dan tidak bermaya.

2. Mata
Mata kanak-kanak yang kurang nutrisi ini kelihatan tiak bermaya, lesu, membran juga tidak bermaya, berbintik, kemerahan, lambat menyesuaikan dengan kegelapan. Harus di berikan perhatian jika anak kita mengahadapi masalah RABUN dari kecil. Rabun di kalangan kanak-kanak menandakan mereka kekurangan Vitamin A.

3. Gigi dan gusi 
Part paling dipandang ringan oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa ialah tentang kesihatan gigi dan gusi anak-anak. Gigi kanak-kanak yang mudah rosak, mudah tercabut dan rongak, serta gusi mudah berdarah, bengkak  dan spongy adalah tanda kekurangan nutrisi kepada anak kita.

4. Muka
Kulit muka kanak-kanak yang kurang nutrisi ni selalunya mudah menggelupas, bersisik, kulit yang merekah, mudah terkena jangkitan dan alergi.

5. Kelenjar 
Bengkak pada bahagian tengkuk dan pipi juga tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan nutrisi.

6. Lidah 
Ramai yang tidak tahu bahawa lidah manusia (tak kiralah kanak-kanak atau dewasa) sepatutnya berwarna PINK yer. Jika lidah berwarna PINK tandanya kanak-kanak itu cukup nutrisi, jadi jika berwarna selain pink atau mudah bengkak dan terlalu lembut tandanya anak kita kekurangan nutrisi.

7. Kulit
Sering kali kita lihat kanak-kanak yangterlalu kurus seperti di negara Afrika Selatan tu kulit mereka kering, kasar, berbintik, rasa kesat, tidak mempunyai lemak di bawah kulit. Ini adalah tanda mereka kekurangan banyak zat dalam makanan. 

8. Kuku
Kuku kanak-kanak yang kurang nutrisi atau kurang zat ini biasanya berbentuk sudu, mudah patah, dan bergelang (ridget)

9. Organ dalaman 
Kadar degupan jantung, tekanan darah dan keadaan jantung tidak normal, pembengkakan atau pembesaran hati dan limpa, sistem penghadaman yg tidak normal, mudah tersinggung, kebingungan, kebas kaki dan tangan, ketidakseimbangan.

10. Otot dan Tulang
Penampilan otot yang kelihatan lemah, benjolan pada tengkorak ataupun hujung tulang, benjolan kecil pada tulang rusuk, kaki yang melengkung.


Kenapa pula nutritionist cakap kanak-kanak yang tembam dan gemuk tu kurang nutrisi, kurang zat? Hehehehe. Menarik kan, even saya pun tertanyakan soalan yang sama. OK gini, kanak-kanak yang gemuk atau terlebih berat badan ni mempunyai kecenderungan mengambil lebih karbohidrat atau lemak dalam makanan mereka. Terlebih gula, terlebih garam dalam makanan mereka sebab kegemaran mereka makan junk food, makan gula-gula dan sebagainya tetapi mereka ini kurang-kurang dan sangat kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya tahu 60% kanak-kanak memang tak suka, tak leh nampak sayur pun dalam makanan mereka. sanggup tu kutip seketui-seketui sayur yag ada letak tepi. Hehehehe, ini saya tengok sendiri anak-anak kawan dan anak makcik-makcik saya. Padahal sayur dan buah-buahan ni membekalkan segala vitamin, mineral dan juga fiber kepada anak-anak kita. Alhamdulillah saya tidak berhadapan dengan masalah ini. Cer tengok gambar di bawah. Berselera kan dia makan sayur hehehehehe.






Pengalaman saya sendiri bila anak terlebih tembam ni sebabnya dia terlalu suka minum susu formula masa masuk 2 tahun. Bila berhenti breastfeed je, dia mula rasa susu formula tu best agaknya. Malam-malam tak tahu berapa kali dia mintak susu. Sudahlah makannya macam orang dewasa hehehehe. Walaupun makan sayur tapi gemuk juga kan hahahah. Ekcelli saya dulu masa Firas tembam, memang semua orang cakap dia cukup makan, padahal masa tu saya sangat risau sebab dia terlalu bambam (tembam). Mari saya kongsikan dengan anda semua betapa boolat dan bambamnya Firas semasa dia berusia 2 tahun. Ya Allah , risaunya saya sebab pakaiannya kena beli untuk budak berusia 3-4 tahun padahal dia baru berusia 2 tahun. Ini bukan cukup nutrisi tapi kalau nutritionist cakap dia sebenarnya kurang nutrisi. Yess, kena ingat budak tembam gemuk pun tanda kekurangan nutrsi. Ibu-ibu pelase bear in mind yer, jangan anggap anak kita yang kurus kering tu sahaja kurang nutrisi, yang terlebih berat badan atau mengalami obesiti juga di klasifikasikan sebagai Kurang Nutrisi.  

Tembamnya Firas
Tembamnya Firas

Sambutan Birthday Ke-2 Tahun. Jelas Nampak Dia Kurang Nutrisi Di Sini
Sambutan Birthday Ke-2 Tahun. Jelas Nampak Dia Kurang Nutrisi Di Sini

Kanak-Kanak Obesiti Juga Kurang Nutrisi
Kanak-Kanak Obesiti Juga Kurang Nutrisi 

Bila dah doktor sound anak saya ni bakal obes kalau saya tak control corak pemakanannya, saya slowly stopkan susu formula tu dan gantikan dengan fresh milk dan vitagen. Itupun vitagen tu saya campurkan dengan air. Untuk memenuhkan keperluan zat makanan dia saya teruskan memberikan dia makan omegaguard-minyak ikan yang kaya dengan DHA, EPA dan ALA. Tengok betapa anak saya ni suka makan Omegaguard tu DI SINI. Selain tu, saya juga bagi dia minum mealshakes untuk memenuhi keperluan vitamin hariannya. Yelah siapa taknak anak sihat dan cergas kan. Saya pun taknak lah anak saya obes dan doktor cakap anak awak ni terlebih lemak je tapi zat dan nutrisi lain tak cukup heheheh. Baca lanjut mengenai Mealshakes DI SINI. Masa dulu nak bagi anak saya multivitamin kunyah ni belum keluar lagi. Memanglah kat farmasi ada banyak deretan chewable vitamin kan, tapi di sebabkan saya ni SID yang hebat, maka cinta dan kepercayaan saya kepada produk Shaklee ni sangatlah tinggi heheh.

Dan bermula Januari 2015 ni, Chewable Vita-lea For Children ni kembali ke pasaran Malaysia setelah hampir 2 tahun tiada di sini. Dan tentunya saya mahukan yang terbaik untuk anak saya. Chewable Vita-Lea ni adalah multivitamin daripada sumber mineral semulajadi. ianya di perkaya dengan 18 jenis vitamin dan mienral. Dan Chewable Vita-Lea ini sangat-sangat sesuai untuk kana-kanak obesiti kerana ianya menganbungi zat atau nutrisi lengkap yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. Selalunya budak yang obes ni tak makan sayur, tak makan buah kan, so solution nya untuk ibu-ibu ialah berikan dia sebiji Vita-Lea ni. Oh yer Vita-lea ni berperisa anggur tanpa pewarna dan pemanis tiruan. Saiznya yang hanya sebesar duit syiling 5 sen sahaja. Ohh yer mak-kamk tak perlu lah risau takut anak-anak tak makan sebab tablet multivitamin ni manis dan sedap. Jom kita layan kesedapan rasa multivitamin kunyah ini. 
Chewable Vita-Lea For Children
Chewable Vita-Lea For Children





Heheheh Firas cakap 'rasa best' sebenarnya dia tak boleh nak describe rasa anggur tu. Pada kanak-kanak berusia 3 tahun seperti dia (opss esok lusa dah 4 tahun dah haaha) asalkan tablet tu tak pahit tak pedas tak masam itu dah cukup best untuk mereka kan. Anda boleh order Chewable Vita-lea For Children DI SINI.

Siapa yang disarankan mengambil Chewable Vita-Lea For Children ni?
1.Kanak-kanak yang kurang selera makan
2.Kanak-kanak yang tak suka minum susu (vita-lea ni ada 200mg kalsium)
3.Kanak-kanak yang rabun
4.Kanak-kanak yang suka junk food (picky eater)
5.Kanak-kanak yang tak suka sayur
6.Kanak-kanak yang selalu sakit dan demam
7.Kanak-kakan terlebih berat badan aka "terlebih sihat dan chomell"
8. Kanak-kanak mudah mengantuk



Kesimpulannya kita sebagai ibu bapa harus peka dengan piramid keperluan makanan untuk anak kita. Memang lumrah jika kanak-kanak tidak suka sayur tetapi tuga skita sebagai ibu bapa ialah memujuk mereka supaya makan sayur. Di sinilah kreativiti kita sebagai ibu bapa sangat penting. Saya ada beberapa tips untuk dikongsikan dengan pembaca sekelian tentang TIPS ANAK MUDAH MAKAN SAYUR, saya akan kongsikan dengan anda semua untuk entri yang akan datang. 

Love
Masliza 012-2965214
SID : 908080

Tuesday, 20 January 2015

3 Tips Mudah Ubah Perabot Kediaman

Assalamualaikum. Siapa yang suka ubah suai kedudukan perabot? Saya tahu ada sesetengah orang memang hobi nya ubah suai kedudukan perabot. Kejap tarik sofa ke sana kejap tarik kabinet tv ke sini kejap letak pasu sebelah sinun kan. Hehehe. Saya berani cakap begini sebab dalam family saya ada 3 orang makcik saya (kembar 3 depa ni) memang  hobi mereka ubah kedudukan perabot. Dan arwah abah saya juga jenis rajin mengubah kedudukan perabot. Saya???? Dulu saya selalu juga ubah kedudukan perabot, tapi lama dah kot saya tak buat kerja gitu, maklumlah duduk kuaters, ruangan terhad. Dulu kerja, selalu outstation mana ada masa nak menggodek kedudukan perabot ni kan kan. Ditambah pulak bila ada anak ni kan. Excelli makcik kembar 3 saya cakap itu alasan semata-mata hahahaha.

Nak dijadikan cerita, semalam 20 Januari entah kenapa tetiba inche suami tu terlebih rajin pulak. Tetiba dia cakap jom kita bersihkan rumah, kita ubah kedudukan perabot sikit. Wahhh excelli dah lama berhasrat nak mengalih kedudukan TV. Maklumlah TV kami hanging kat wall so nak bukak nak pasang tu memang amek masa sikitlah. Tapi di sebabkan mood inche suami tip top kami pun buatlah bersama-sama. Best uolls buat kerja gotong royong gini. Kalau sebelum ni inche suami berat tulang, tapi bila dia nak cepattt aje dia bertindak. Kalau tidak ermmmm sorang-sorang lah kita orang pompuan ni kena buat itu ini. 

Awal Januari 2015. Terghantung Di dinding


Sesi alih mengalih memulanya untuk alihkan TV daripada hanging kat wall kepada duduk di atas kabinet. Dan kabinet TV tu di alihkan kedudukan duduk kat tingkap.

20 Januari 2015, selepas 'make over'
20 Januari 2015, selepas 'make over'

  Dari dinging turun ke kabinet
      

  Lokasi Baru TV ditemani ninja turtle



Masa dok ubah mengubah ni rasa macam nak raya, apatah lagi bila tiba part sapu menyapu, mop mengemop segala tingkap dan grill. Sinonim sambagtkan acara bersihkan rumah dengan hari raya ni. Mujur takde lagu hari raya uolls kalau tak mau teringat kampung kan kan. Hehehe. Meh sini saya kongsikan 3 tips memudahkan kerja ubah kedudukan perabot di rumah.

1. Dapatkan Bantuan Suami
Untuk mengubah kedudukan perabot rumah, kita orang perempuan jangan buat sengsorang, sebaliknya dapatkan bantuan suami memasing. Ye kekadang suami bukan nak tolong pun kan. Tapi lelakikan sering tunduk dengan pujuk rayu isteri, jadi apalagi wahai isteri-isteri solehah semua, inilah masanya nak pujuk suami memasing. Almari, sofa tu semua berat, please lah sayang diri kita. Gunakan kudrat abam macho kita tu kan.  Pertolongan daripada abam macho kita ni bukan saja meringankan tugas kita tapi dapat mengeratkan kasih sayang juga. Spent time togethet tu kan hehehe. 

2. Pilih Masa Yang Sesuai @ Tunggu Mood Datang
Nak buat kerja kena ada mood dan tujuan. Nak tukor-tukor perabot ni kenalah tunggu mood. Tapi kalau orang yang memang hobinya tuko perabot memang tak yah tunggu masa, asal dia jemu memandang je dia tukar kedudukan. Betui dak??? Hehehe. Untuk yang kurang rajin macam saya ni, penyelesaiannya ialah tunggu masa yang sesuai atau dengan kata lain bila terlintas nak menukar kedudukan. Dan satu lagi, jika nak mintak tolong suami pun kita kena tengok juga mood dia. Janganlah kita merengek mintak tolong ketika dia baru balik kerja atau ketika dia bad mood. Haaa kang tak pasal2 abam macho amek konci keta kuar gi ngeteh pulak. Makan hati sendiri lah kita nanti hehehe. Pendek kata, carilah masa sesuai contohnya ketika hujung minggu yang tenang. 

3. Pastikan Anak Ada Mainan Mereka
Bagi mengelakkan kerja alih mengalih dan buka membuka kita terganggu pastikan anak kita diberikan "habuan" dulu. Ini untuk mengelakkan kerja kita diganggu dan ambil masa yang lama nak siap. Bila mereka ada mainan sendiri takdelah mereka menganggu kerja mak ayah kan. Pengalaman pertama seumur hidup mengalih kedudukan perabot ada anak apa je yang kita buat semuanyaa dia nak ikut sama. Tapi kalau anak dah besar tak de masalah nak mengalih perabot secara berjemaah ni.

My little helper


Seronok sesekali ubah kedudukan perabot ni, walaupun rumah kita tu tak lah luas mana. Yang penting bila kita ubah perabot ni fresh je kita nampak ruang rumah kita. 

Rahsia Awet Muda Tanpa Suntikan

Bila sebut tentang 'Awet Muda Tanpa Suntikan' dalam kepala mesti berfikir ada ke kekdah nak nampak cantik dan awet muda tanpa perlukan suntikan? Kalau masyarakat dulu mengamalkan susuk untuk kelihatan awet muda dan tidak dimamah usia. Malah zaman 90an pun masih ada yang mengamalkan susuk untuk terus kelihatan awet muda dan jelita. Tapi zaman moden sekarang banyak klinik yang menyediakan rawatan suntikan untuk kelihatan awet muda, cantik, gebu gebas ni. Dan fungsi susuk tradisional makin ditelan zaman, seiring dengan perubahan dunia perubatan kecantikan. Kini masyarakat lebih sukakan rawatan moden dengan menggunakan suntikan. Antara suntikan yang digunakan untuk nampak awet muda ialah suntikan botox, suntikan vitamin C dan bermacam lagi jenis suntikan yang pelik-pelik namanya. Eiii ngeri pulak tengok kulit muka di cucuk-cucuk dengan jarum huhuhu.

Awet Muda Dengan Suntikan? Nooooooo
Awet Muda Dengan Suntikan? Nooooooo



Sebenarnya saya adalah antara followers Idealist Clinic milik Dr Aidil Azry , sebabitu lah saya kenal dengan pelbagai rawatan moden untuk kekal cantik dan jelita. Ada yanag memerlukan suntikan, ada yang menggunakan laser dan sebagainya. Ohh yer saya bukan nak promotekan clicnic ni sebab saya memang tak ada kena mengena dengan clinic ni, juga takde kena mengena dalam clinic ni cuma saya berkongsi dengan ada tentang banyaknya jenis rawatan untuk kelihatan awet muda, cantik, kurus dengan rawatan serba canggih dan moden. Anda boleh follow Instagram tersebut jika anda memilih untuk kaedah 'susuk moden' untuk kelihatan awet muda. Dan anda akan jumpa beberapa artis terkenal tanahair yang mendapatkan rawatan kulit muka di clinic tersebut. So jangan mudah tertipu dengan artis yang menjadi duta sesuatu produk kecantikan yer, sebabnya selain daripada produk kecantikan yang mereka wakili , mereka juga menjalankan kaedah kecantikan moden untuk terus kelihatan awet muda dan jelita setiap masa.

Ohhh yer saya tak cakap rawatan ni salah, sebab hak kita masing-masing untuk pilih kaedah yang macam mana untuk kekal awet muda dan cantik. Tetapi, bagi saya yang penakut ni, saya lebih suka memilih kaedah semulajadi untuk nampak awet muda berbanding rawatan moden. Wahhh rawatan macam mana tu? Apakah kaedah yang saya guna tu? Hehehe. Guna daun-daun secara semulajadi ke? Nak kelihatan awet muda kena makan sayur dan buah-buahan anti oksidan. Tapi bayangkan berapa banyak buah-buahan anti oksidan seperti anggur (merah dan hitam), delima, blueberry, strawberry, repsberry, kurma, kismis, plum, hazelnut, dan bermacam-yang perlu dimakan untuk sentiasa kelihatan awet muda ni? Satu hal tentang anti oksidan ni ialah semakin gelap warna buah atau sayur sayuran tu menandakan semakin tinggi kandungan anti oksidannya. Jom layan antara beberapa jenis makanan yang tinggi antioksidannya.


Antara Makanan High Antioxidant
Antara Makanan High Antioxidant 


Kita memang tidak boleh dan tak mampu untuk melawan penuaan yang berlaku, tetapi kita boleh mengawal penuaan berlaku sebelum sampai masanya. Kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya juga boleh dicegah. Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahawa bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji. Untuk makluman resveratrol biasanya banyak di temui di dalam kandungan wine. Kenapa banyak dalam wine? Sebab bahan utama membuat wine adalah mengguankan anggur. Proses melambatkan proses penuaan boleh berlaku jika kita mengamalkan meminum ekstrak daripada tumbuhan semulajadi seperti Polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, european Elderberry, dan lobak ungu. Minuman ini telah pun dibuktikan oleh saintis dapat melambatkan proses penuaan dan kita mampu kelihatan awet muda tanpa suntikan. Minuman yang saya maksudkan ini ialah VIVIX, produk ini telah dipaternkan khas untuk Shaklee Corp. Salah seorang penyelidik yang menjalankan kajian mengenai keberkesanan vivix sebagai anti aging ialah David Sichlair yang merupakan penyelidik daripada Harvard Universit. Hasil kajian dan keberkesanan Vivix sebagai anti penuaan boleh di baca di link ini.

Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel. Wahhh jadinya campuran bahan dalam minuman botanikal vivix ini sangat ermmmm terbaik kerana ianya digabung kan dengan tumbuhan yang bukansahaja untuk memberikan awet muda tetapi membantu menyihatkan badan.

Saya Pilih Awet Muda Tanpa Suntikan
Saya Pilih Awet Muda Tanpa Suntikan



Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.

Teori Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik. Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori Kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan. Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.



Kenapa Vivix di kenalpasti sebagai anti penuaan? Apakah mekanisme utama yang terkandung dalam Vivix sehingga ia dikatakan sebagai membantu kita kelihatan 25 tahun lebih muda? Ini adalah kerana Vivix bertindah hingga ke bahagian sell (DNA) kita. Seperti mana yang kita tahu segala penyakit dan proses penuaan sangat berkait rapat dengan DNA kita. Kita mudah sakit kerana DNA kita di serang oleh virus dan bakhteria, DNA yang tua sebelum usia menyebab kan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular. Vivix bertindak dengan 4 mekanisme penuaan sel iaitu:

1. Melindungi dan Membaiki DNA
Vivix melindungi DNA daripada kerosakan oleh pencemaran, toksin, makanan berlemak dan sebagainya.

2. Menyelaraskan Genetik
Membantu melambat penuaan sel.

3. Mengeluarkan Tenaga Sel
Tenaga dalam tubuh ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru (mitokandria ni adalah penjana tenaga dalam tubuh). Sebab itulah mereka yang mengamalkan Vivix ni sentiasa rasa bertenaga, kurang penat atau letih.

4. Memperlahankan Proses Penuaan AGE (AGE – ADVANCED GLYCATION END PRODUCTS)
Jika AGE banyak sangat dalam badan manusia ia boleh menyebabkan kerosakan sel. Jadi ramuan dalam Vivix 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol mampu melambatkan pembentukan AGE.


Saya sendiri mengamalkan sesudu besar vivix setiap hari. Kadang-kadang saya jadikan jus vivix dimana sesudu besar vivix dibancuh dengan sebotoi air dan minum whole day. Tambah pulak manfaat Vivix ni bukan sahaja untuk kelihatan 25 tahun lebih muda, tetapi manfaat lain juga banyak dapat di nikmati oleh pengamal Vivix. Harganya pun jauh lebih murah daripada kaedah suntikan tu kan, dan yang paling penting ianya diformulakan daripada bahan semulajadi, selamat dan ternyata berkesan. Bulan Januari ni Promosi Vivix beli 6 percuma 1 dan beli 2 botol dapat penjimatan 5%. Dapat free membership juga untuk kedua-dua promosi ini. Uolls apa tunggu lagi kan, masa ni lah nak memborong Vivix sebelum harga naik bulan April nanti. GST oh GST ooiii jangan buat-buat lupa bila tiba saatnya GST dilaksanakan nanti.



Vivix Untuk Awet Muda Tanpa Suntikan
Vivix Untuk Awet Muda Tanpa Suntikan

Campuran Vivix Dan Performance Drink
Campuran Vivix Dan Performance Drink

LOVE 
Masliza 012-2965214
SID :908080
Email : nurmasliza@gmail.com

Monday, 19 January 2015

Food Review Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor.

Kalau sudah namanya orang ditepi laut, memang suka sangat seafood. Macam tu lah penangan Inche suami saya ni. Jadi untuk memenuhi kehendak inche suami yang suka sangat seafood ni, maka kami sekeluarga weekend hari tu pun pergilah mencari. Port biasa kami makan seafood atau ikan bakar ialah Tanjung Harapan tapi kali ni nak cuba pulak ikan bakar kat tempat baru. Sebenarnya nak mengubati kerinduan Inche Suami terhadap fresh seafood dan bau laut sebenarnya hahahahaha. Maklumlah anak pulau di Semporna memang darang dagingnya adalah seafood dan laut luas.

Ok dari Pantai Dalam ni kami gunakan Waze. Biasalah sedikit tersesat sesat dari Kapar nak ke Jeram. Waze bawak masuk jalan kampunh heheh. Ok finally sampai jugak Aroma Ikan Bakar, Jeram nih.  Melihat saja tempatnya dalam hati terdetik wowwwww. Memang cantik. Kalaulah di Semporna ada tempat menikmati ikan bakar begini tentunya best. Jom kita layan gambar dulu.

Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor
Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor

Pintu Gerbang Aroma Ikan Bakar Jeram
Pintu Gerbang Aroma Ikan Bakar Jeram


Cantik kan?

Feeling Hawaii Tak?

Sangat cantik



Paling best ialah port makan pondok2, mengadap laut ni. Memang special lah tempatnya. Dan ada extra charges untuk port pondok2 ni hehehe. Bagi orang bandar yang memang belum pernah rasa makan duduk bersila sambil di sapa angin sepoi-sepoi tu sangat di rekomebkan. Tapi bagi saya yang dah biasa menikmati makanan di rumah mertua mengadap laut, apalah sangat makan di pondok2 tu kan hahaah.

Pondok Yang Menghadap Laut


Cuci Mata Kenyang Perut


Menikmati Aroma Ikan Bakar Bertemankan Angin Menderu 


Ok sambil menikmati ikan bakar dan seafood di Aroma Ikan Bakar ni, kita juga boleh menikmati matahari terbenam. Subahanallah, cantik sangat. Indahnya ciptaan Allah SWT  pada kita umatnya. Jom layan beberapa gambar matahari terbenam hasil daripada iphone saya hahah.

Matahari Jatuh

Jingga Sang Matahari


Indahnya Ciptaan Allah

Dari segi makanannya pula, memang terdapat pelbagai pilihan seafood di sana. Dari segi rasa dan kesedapan makanan apa yang boleh saya katakan memang not bad. Antara makanan yang kami order adalah
-Ikan siakap steam asam limau
-pari bakar
-ketam cili
- butter prawn
-tomyam seafood

Maaf gambar makanan tak sempat nak snap sebab bila makanan sampai kami memang dah terlalu lah lapar. Mujur lah kami sampai tu belum terlalu ramai orang di situ. Mungkin sebab kami dah biasa menjelajah medan ikan bakar di seluruh Malaysia ni, maka expectation kami agak tinggi. Hehehehe. Yang paling best di tekak kami sekeluarga kat situ ialah Ikan Siakap Steam Asam Limau dan ikan pari. Menu lain saya boleh katakan so so ajelah. Bukan tak sedap, tapi mungkin tidak memenuhi kriteria tekak kami. Atau kami ni memang memilih makanan? Hehehe. Apa pun, tidak salah jika kita mahu mencuba kesedapan Aroma Ikan Bakar ni kan. Mungkin masa kami datang tu seafood yang ada kurang fresh atau  tekak kami yang lain daripada kan. Iyelah belum tentu yang kami rasa sedap tu sedap bagi orang lain kan. Setakat ni kami memang tak boleh nak menafikan keenakan seafood di Pantai Chenang, Langkawi (nama restoran lupa), seafood si Kuala Perlis, dan tentunya kesedapan dan kesegaran seafood di Kuala Sungai Baru dan Umbai Melaka. Di Sabah memang terlalu banyakkk tempat seafood yang best sampaikan tak terluah di sini.

Tempat ni sangat di rekomenkan untuk kita menjamu selera bersama keluarga. Oh yer nak buat jamuan reunion di sini pun best yer. Maklumlah untuk reunion ni perlukan tempat besar kan. Kemudahan toilet yang bersih dan besar. Haa surau pun ada youolls. Tempatnya pun sangat-sangat mendamaikan. Boleh lah jika nak booking table nombor telefon ada di dalam gambar di atas. Hahaha saya tak ada kena mengena dengan pemilik Restoran Aroma Ikan Bakar ni yer, so saya takder dapat diskaun janan risau. Ini hanyalah sharing daripada pengunjung restoran tersebut sahaja.

Love
Masliza



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...