Monday, 12 January 2015

5 Menu Sarapan Untuk Anak Ke Sekolah : Senang, Mudah, Berkhasiat dan Sedap Tentunya

Assalamualaikum. Diam tak diam cuti holiday dah pun berakhir (walaupun lewat seminggu daripada yang sepatutnya). Hari ni untuk sekolah yang cutinya Sabtu dan Ahad akan kembali ke sekolah. Back to School katakan. Rutin harian ibu akan berubah, rutin harian pemanduan ke tempat kerja juga akan berubah. Sedar atau tak sedar, bila sekolah bermula, kesesakan jalan raya akan menjadi luar biasa. Itu hakikatnya kalau di Kuala Lumpur, tempat lain saya kurang pasti pula. Hehehehe.

Sebagai ibu tentunya dalam fikiran ialah nak sediakan sarapan untuk anak ke sekolah. Ada ibu-ibu yang mahukan anaknya at least bersarapan dengan air tangan mereka dulu sebelum ke sekolah, atau mungkin boleh di jadikan bekalan untuk anak ke sekolah juga kan. Last year saya tak terasa sangat 'feel' sediakan bekalan untuk anak ke sekolah tapi tahun ni, sebelum bukak sekolah saya dah plan apakah makanan yang saya nak bekalkan pada Firas ke sekolah setiap hari. Hehehehe. Ibarat mengimbau kenangan saya semasa bersekolah dulu, arwah mi memang setiap hari akan pastikan kami adik beradik makan dulu kat rumah. Selalu nya nasi goreng, nasi dengan ayam masak merah, meehun goreng, dan macam-macam makanan berat saya makan sebelum ke sekolah dulu. Hebatnya arwah mi sebab bangun awal pagi menyediakan sarapan untuk kami 4 beradik. Allah rindunya dengan arwah mi, Ya Allah letakkan kedua orang tuaku kalangan hambaMu yang beriman. Amin. Ok kembali ke matlamat asal, nak bercerita tentang menu sarapan untuk ke sekolah. Saya dapat idea sarapan yang ringkas, sedap, mengenyangkan dan tentunya bersih (terjamin sebab masak sendiri kan) disebabkan sepanjang cuti sekolah ni Firas suka sangat makan makanan ala Subway, makan roti filling dgn kuah spaghetti atau rosted chicken. 


1. Roti Ala Subway
Best je kan nama sarapan ni. Senang je sebab ianya cuma perlukan roti oblong, atau roti burger any kind of bread pun tak kisah kot, kuah spaghetti, dan mayonis. Kuah spaghetti tu kenalah masak awal kan. Masak khas untuk tujuan ni ataupun guna lebihan kuah spaghetti pun boleh. Jadi saya masak kuah spaghetti ni banyak-banyak dah simpan dalam peti sejuk, bila dia kata nak makan je saya keluarkan roti oblong atau roti burger panaskan kuah dan  masukkan kuah spaghetti sebagai inti sambil letak juga lattuce dan semestinya atas tu saya letak mayonise. Hehehe usahkan Firas, kami suami isteri pun suka hahhahahaha. Rupanya ala-ala picture di bawah yer cuma versi saya takde sosej tu je. Picture ni carik kat google sebab tak sempat nak snap picture sebelum ni (sebab masa dia makan tak terfikir pun nak buat entri blog hahaha). Tak tahu nak letak apa namanya tapi saya panggil roti ala subway

Roti Ala Subway
Roti Ala Subway



2. Roti Goreng Salur Telur
Ini satu lagi menu sarapan simple dan cepat untuk ibu sediakan pepagi. Hanya perlukan roti, telur, sedikit mentega sahaja. Pecahkan telur,kacau rendam roti dan goreng dalam kuali yang diletakkan sikit mentega. Tak perlu minyak yang banyak yer sebab nanti berminyak dah jadi sarapan yang oily pulak untuk anak kita. Haa layan picture di bawah yer

Roti Goreng Salut Telur atau Roti Telur
Roti Goreng Salut Telur atau Roti Telur


3. Flourless Pancakes
Yang ini hasil pencarian resipi sarapan untuk anak-anak daripada internet. Harus saya akui memang saya tak pernah buat lagi hehehe. Tapi sharing is caring kan. Moga dapat memberikan manfaat kepada pembaca blog ini (cewahhhh)

Menu Sihat Yang Menyelerakan
Menu Sihat Yang Menyelerakan



4. Cokodok atau Jemput-jemput
Yang ini memang saya yakin ramai ibu-ibu suka buat kan. Dulu-dulu memang jemput-jemput bilis, jemput-jemput bawang sering jadi hidangan kami adik beradik. Tak cukup makan kat rumah kami bawak bekal lagi. Saya pasti resipi ni senang dan mudah disediakan pagi-pagi walaupun ibu bekerja kan. Ibu hanya perlu korbankan sedikit waktu tidur-mangkit awai hehehe.

Cokodok aka Jemput-Jemput
Cokodok aka Jemput-Jemput


5. Cheesy Bread Roll (Roti Gulung Ber cheese)
Ini satu lagi resipi berasaskan roti, cuma didalamnya diletakkan cheese dan di goreng dengan sedikit mentega. Best sebab cheese mencair di cicah pulak dengan sos hehehe. Yang ini saya dah pernah buat, ternyata pak budak terlebih suka hehehe.
Cheesy Bread Roll
Cheesy Bread Roll


So kita sebagai ibu takdelah pening kepala tetiap hari nak hidangkan anak dengan nugget atau sosej atau nasi lemak kan. Yang penting sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk anak kita. Sarapan memberikan energy kepada badan dan oksigen kepada otak, so anak kita akan kekal bertenaga. Selain tu saya tak lupa pastikan anak saya ambil multivitamin berperisa anggur setiap hari. Selamat mencuba...

Love 
Masliza

7 comments:

  1. Salah satu cara lagi untuk buat roti telur yang penuh kandungan protein adalah seperti berikut:

    1. Oleskan mentega kekacang pada 2 keping roti & kapitkan.

    2. Rendam dalam telur. Pastikan kedua-dua belah roti bersalut.

    3. Masak guna non-stick pan yang dioles dengan sedikit mentega.

    4. Pastikan kedua-dua belah sudah masak & angkat.

    5. Segera letak olesan/cebisan butter & tuang (drizzle) madu ke atas roti.

    Tips: 2 telur boleh digunakan untuk 3 pasang roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tq dear sharing. Boleh cuba nanti, tq tq tq

      Delete
  2. Bagus utk bekal anak2 yg x mau makanan berat mcm nasi. Anak bujang sy suka yg ringkas2 dan senang dimakan

    ReplyDelete
  3. Bagus utk bekal anak2 yg x mau makanan berat mcm nasi. Anak bujang sy suka yg ringkas2 dan senang dimakan

    ReplyDelete
  4. love it... boleh try... sy suka pancake dr banana tu.. untuk dewasa pun bagus tu... tqsm sis... lovely sharing.. jom singgah blog sy juga..untuk tips kesihatan cara yang mudah selamat.. insyallah.. >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...