Saturday, 24 January 2015

Resipi Ringkas Dan Senang Buat Wajik atau Pulut Kacau

Entri hari ni pasal makanan lagi hehehe. Al kisahnya semalam ada sorang kawan update kat facebook pasal Wajik atau orang Kelate cakap Nasi Manis atau orang Kedah panggil Pulut Kacau. Walau apa pun namanya, ianya adalah makanan berasaskan puluit yang manis hehehe. Ginilah lebih kurangnya rupa wajik tu.

Wajik Juga Dikenali Dengan Nama Bubur Kacau dan Nasi Manis
Wajik Juga Dikenali Dengan Nama Bubur Kacau dan Nasi Manis


Bila dah tengok kat fb kawan, tiba-tiba rasa nak makan pulak. Terus cakap dengan Inche suami, wahh terujanya dia maklumlah itu makanan favourite dia. Apa lagi sepantas kilat suruh dia beli kan beras pulut, santan, daun pandan untuk buat wajik tu. Seingat saya, masa sekolah rendah selalu jadi pembantu arwah mak masa dia buat wajik untuk di jual di kedai makan kami. Dulu memang rasa Allah kenapalah nak buat makanan yang menyusahkan ni. Hehe, tapi itu dulu, sekarang lepas cubaan pertama kali buat wajik ni saya rasa sangat senang ringkas. Ok meh saya bagi resipinya.

Bahan-Bahan
500 gram beras pulut.
350 gram gula melaka.
50 gram gula.
600 ml santan pekat.
1 cawan air.
5 helai daun pandan.

Cara Membuat
1. Rendam beras pulut lebih kurang 40-45 minit. Kemudian barulah di kukus. Ada orang masak je beras pulut tu, tapi saya lebih suka kaedah kukus sebab nanti berasnya tidaklah terlalu lembik. Kukus lebih kurang 40-45 minit. Untuk memberikan aroma dan bau yang wangi, saya kukus beras pulut bersama dengan daun pandan. Beras yang dah masa kelihatan seperti nasi dan tidak bergetah. Angkat dan gaulkan dengan sedikit garam halus. Dan ketepikan dulu. 

Pulut Yang Dan Masak
Pulut Yang Dan Masak


2. Dalam kuali atau periuk berasingan masukkan santan pekat, gula melaka, gula pasir dan lebihan daun pandan tadi dan kacau sehingga hancur dan sebati semuanya. Masak adunan tadi sehingga berubah warna dan kelihatan pekat dan bertukar warna kehitaman. Gula melaka akan menentukan kehitaman wajik kita. So kalau nak hitam gunakan 100% gula melaka jangan guna gula pasir. Kalau resipi arwah mak saya, dia suka campurkan adunan ni dengan bunga cengkih dan juga durian. Sebabtu kalau di kelantan ada versi nasi manis durian. Tapi saya memang tak suka wajik atau nasi manis yang dicampur dengan durian ni. 


Adunan Santan dan Gula Melaka
Adunan Santan dan Gula Melaka

Santan dan Gula Melaka Mendidih
Santan dan Gula Melaka Mendidih

Masak Adunan Santan dan Gula Melaka Sehingga Likat Begini
Masak Adunan Santan dan Gula Melaka Sehingga Likat Begini

3. Ok bila adunan ni dah pekat likat dan berkilat tutup api dan tapis kesemua adunan tu dulu. Kita memang perlu tapis dulu sebab nak asingkan habuk daripada gula melaka. Lepas tapi tu masukkan balik ke dalam periuk atau kuali. Di atas dapur gunakan api perlahan dan masukkan pulut yang sudah di kukus tadi. Kacau hingga sebati dan ianya menjadi hitam atau berubah kaler semuanya.

Adunan Gula Melaka dan Pulut di Kacau Rata
Adunan Gula Melaka dan Pulut di Kacau Rata

4. Bila dah sebati barulah di masukkan ke dalam bekas atau loyang. Ikut petua arwah mak saya masukkan dalam loyang tu dan keluarkan semua daun pandan supaya senang kita nak potong nanti. Dan selalunya kita mampatkan ke dalam loyang.

Kacau Lagi

Kacau dan Mampatkan

Mampatkan Di dalam Loyang Dulu
Mampatkan Di dalam Loyang Dulu

Wajik atau Bubur Kacau atau Nasi Manis Yang Siap Dimasak
Wajik atau Bubur Kacau atau Nasi Manis Yang Siap Dimasak

Berkilatkan Warna Wajik atau Bubur Kacau Ni.
Berkilatkan Warna Wajik atau Bubur Kacau Ni.


Kalau ikut orang tua-tua, nak tahu wajik ayau nasi manis tu betul-betul manis atau tidak tengok pada tekstur tu adakah dia herkilay dan bertali-tali masa dikacau hehe. Walaubagaimana pun, saya memang seorang yang tak suka manis, jadi versi saya pun kuranglah manisnya. Perlu diingat wajik sememangnya sangat-sangat lah manis. Jadi kalau nak buat wajik feeling macam yang original, banyakkan lagi gula melaka dan gula.

Senang dan simple je kan rasa buat wajik atau bubur kacau atau nasi manis ni. Semoga perkongsian ni akan dapat membantu kawan-kawan lain buat wajik. Jangan kita takut nak mencuba, sebab selagi kita sendiri tal cuba, memang sampai bila-bila pun kita tak akan pandai buat sendiri. Cewah hehe, sebab saya dulu pun rasa macam tu, sekarang ni dah insof sebab saya takde orang tua kan, so nak makan memang kena buat sendiri. Selamat mencuba.

Tata titi tutu
Masliza

11 comments:

  1. Demi untuk kesihatan janganlah manis sangat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab berkongsi resepi. Saya memang mengidam nak makan wajik ni. Lepas ni memang nak cuba buat! :)

    ReplyDelete
  3. thx for sharing this wonderful recepi..

    ReplyDelete
  4. thx for sharing this wonderful recepi..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih.. Lepas ni nk cuba buatlah pulut kacau ni

    ReplyDelete
  6. Terima kasih.. Lepas ni nk cuba buatlah pulut kacau ni

    ReplyDelete
  7. 👍👍👍👍..mohon shared resepi sis yea..tq..😘

    ReplyDelete
  8. Jutaan terima kasih.sy mang nk buat wajid masa ank kawen 7.5.17

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...