Wednesday, 28 January 2015

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Yang Sedap

Alkisahnya hari ni inche suami bawak balik ikan siakap dan request Siakap Stim Limau. Katanya tak puas makan kat Aroma Ikan Bakar boleh baca entri tentangnya DI SINI dan Laman Aiman hari tu. Yang membuatkan suami saya suka sangat siakap stim limau ni sebab rasa masam-masam dan pedas bila makan ikan stim tu. Bukan setakat dapat menyegarkan kita yang makan dengan kemasamannya tetapi kepedasannya juga boleh membuatkan peluh menitik masa makan, especially bila di makan panas-panas.

Itulah suami saya ni, bila dah suka makan memang akan suruh kita membuatnya. Wahai suami ku tahu dirimu berasal dari tepain laut, memang selera makan mu nak ikan sesaja hahahaha. Indahnya jadi Work At Home Mother (WAHM) ni kan. Sambil saya bekerja, sambil saya dapat memenuhi permintaan selera suami. Alhamdulillah, diberikan kebebasan memilih masa bekerja. 

Oklah kembali kepada kisah siakap stim limau ni, memang zaman sekarang ni bila kita beli ikan kita boleh mintak penjual tu terus bersihkan ikan kan. So memang senang lah kerja kita bila balik rumah takde lah nak susah payah bersihkan ikan dan sisik nya tu semua kan. Saya ikut petua orang-orang lama untuk hilangkan bau ikan ni, adalah lebih elok kalau rendamkan ikan yang dah siap dibersihkan tu dengan air basuhan beras dan air limau nipis. Masukkan sekali kulit limau nipis tu dan sental badan ikan supaya lendir atau sisiknya keluar. Beberapa kali saya dah praktikkan benda ni dan memang terbukti ianya berjaya menghilangkan bau hanyir ikan. Cubalah praktikkan benda ni untuk anda yang belum pernah cuba buat benda ni kan hehehe.

Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir
Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir

Resipi nak buat siakap stim ni tak susahpun. Actually saya takde belajar dari mana-mana pun cara nak buat siakap stim limau ni, cuma saya perhatikan apa yang ada dalam masakan tu tiap kali kami order dan saya prihatin tentang rasanya hehehe. Perasan diri hebat keee, ehh tidaklah. Cuma ini salah satu cara kita nak menenggok resipi kedai yang di ajar oleh arwah nenek tiri saya. Hehehehe. Ok meh kita tengok bahan-bahan dan cara nak memasak siakap stim limau dengan resipi campak kasih sayang ni. Kenapa campak kasih sayang? Sebab saya menggunakan apa je yang ada dalam peti ais (ini kes malas nak turun beli dah ni hikhikhik).

BAHAN-BAHAN UNTUK SIAKAP STIM LIMAU
  1. Seekor ikan siakap sederhana besar
  2. 5 ulas bawang merah***
  3. 4 ulas bawang putih***
  4. Seinci halia (dipotong memanjang)***
  5. Lengkuas (di potong memanjang)***
  6. 1/2 biji bawang besar (dipotong memanjang)***
  7. 3 helai daun limau purut***
  8. 3@4 biji limau nipis -perah dan ambil airnya sahaja*** 
  9. 3-5 biji cili merah + hijau (saya guna cili merah je sebab cili hijau dah habis hahah)***
  10. 1/2 kiub pati ayam knorr atau Serbuk Secukup Rasa***
  11. 2 Sudu sos ikan takde pun takpe***
  12. Garam, Serbuk perasa dan sedikit gula (saya tak masukkan gula pun)***
  13. Daun ketumbar dan salad untuk hiasan (saya tak guna sebab dua benda ni dah layu hehe)


Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau
Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau

CARA MEMBUAT
  1. Ikan siakap yang telah dibersihkan di lumurkan dengan sedikir garam dan kukus dengan sedikir air. Biasanya kukus dalam 10-15 minit bergantung pada saiz ikan juga lah. Kalau ikan besar maka lama lah sikit waktu yang diambil untuk stim nya.
  2. Sementara ikan masak masukkan kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam kuali dan panaskan sehingga layu. Rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya. Saya panggil ini sebagai kuah asam limaunya hehehe 
  3. Bila dah layu dan ikan yang di stim juga masak tuangkan kuah tadi dan kukus lagi lebih kurang 10 minit.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan. Kalau nak lagi best aromanya tu tu letakkan daun ketumbar.

Saya memang buat campak kasih sayang sebab menggunakan segala sumber yang ada dalam peti ais je, so kalau nak nampak ikan stim limau tu ada kaler pelangi boleh lah masukkan tomato, carrot, cendawan dan sebagainya. Memang kalau masukkan cendawan rasanya lebih sedap. 

Satu lagi pilhan untuk stim siakap limau campak kasih sayang ni ialah masukkan kesemua bahan yang bertanda *** tadi dan kukus bersama dengan ikan tu. Kira sekaliharung punya kukus. Itu lagi senang cuma untuk penggemar bawang seperti saya saya tak suka bawang yang dah terlalu layu. Kalau bawang tu distim dari awal dia akan menjadi terlalu layu, lembik sangat daaaaa hehehe. 

Siakap Ready Untuk Di Stim
Siakap Ready Untuk Di Stim

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap
Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap

Kalau sebelum ni my inche suami selalu minta siakap stim ala nyonya yang agak banyak step nak memasaknya, sekarang ni seleranya nya dah beralih arah kepada Siakap Stim Limau pula. Saya tanya dia berapa ringgit sekor ikan yang dibelinya tu dia cakap RM7 je. Mak aihhhh murah je rupanya ikan siakap tu. Kalau makan kat restoran reganya koman-koman pun 20-30 ringgit tu memang dah wajib dah kan. Untuk penggemar ikan stim macam keluarga saya ni nak makan ikan stim setiap minggu pun boleh tapi stimlah di rumah heheheh. Jimat belanja, mudah dan tentunya bersih. Siakap Stim Limau ni tak jemu di makan sebab dia ada rasa masam, pendek kata sesedap rasalah. ditambah pula kalau kuahnya tu pedas-pedas, perghhhh makan seekor pun tak sedar dah licin ikan tu dikerjakan. Heheheh. Menu ni sesuai untuk mereka yang tekak loya dan nak makan masam-masam, healthy jugak sebab takde menggunakan minyak, atau santan. Sooooo suri rumah boleh lah mencuba kan....

Love
Masliza

6 comments:

  1. Replies
    1. Heehe cuba lah buat babe...baru tahu dap ke tak dap hahaha

      Delete
  2. Sy dah cuba resipi puan ni...Alhamdulillah, anak dan isteri suka... Hehehe

    ReplyDelete
  3. Sooo delicious!! Thanks sebab share sebab sgt menarik resepi dia

    ReplyDelete
  4. hahaha..browsed di internet "resepi ikan stim yang sedap".. post yg ni naik dulu..so, hari ni nak try la balik keja ni..hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...