Thursday, 26 March 2015

Masalah Internet Kami Selesai Dengan UMobile

Alhamdulillah settle hari ni berjaya kami suami isteri menyelesaikan masalah internet kami. Ku harapkan unifi tapi belum sampai, ku pinang streamyx tapi pinangan dalam KIV akhirnya UMobile menjadi penyelamat. Chewahhhhh.







Kalau ikutkan kami, memang unifi sangat terbaik pada kami sepanjang hampir 2 tahun di Pantai Dalam. Tapi apakan daya, di Puncak Alam ni, coverage nya belum sampai lagi maklumlah fiber optic katanya. Ambil masa. Na guna streamyx pulak port kat area umah ni tak banyak, dengan kata lain DAH PENUH. Dahlah nak guna yang 8Mbps limited area je, yang 4Mbps pun berebot-rebot. Sakit hati kita tau kikiki. Untuk saya yang 100% bisness online ni internet sangat penting. Tengok lah entri blog bulan ni sikit je kan hahaha. Alasannnn sangat tau. 

Dan akhirnya hari ini, dengan rasminya saya dah menjadi pengguna UMobile. 
Taddaaaaa




Ok nantikan review tentang kelajuannya UMobile dari masa ke semasa hehehe. 


Thursday, 19 March 2015

Cara Memanfatkan Cuti Sekolah Dengan Anak-Anak Tanpa Kehadiran Ipad/Gadget


Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak
Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak




Cuti sekolah adalah masa yang agak mencabar untuk WAHM seperti saya ni. Masakan tidak, cuti sekolah ni lah anak ada dengan kita 24 jam kan. Mencabar sungguh kan. Walaupun cuti sekolah hanya seminggu tapi untuk seorang ibu pastinya ia tempoh yang panjang. Kali ni kami memilih untuk tidak kemana-mana waktu cuti memandangkan inche suami sedang sibuk menyiapkan thesis master nya. Ok lah dapat juga berjimat kan maklumlah nak GST dah bulan depan ni, so semua perbelanjaan pun dah start berkira sekarang hahaha.


Ok lah kali ni saya nak berkongsi cerita bagaimana saya dan Firas memanfaatkan cuti sekolah tanpa kehadiran IPAD. Memang anak saya ni penggemar IPAD huhu, maklumlah di situlah tempat dia nak tengok memacam cerita kartun kan. Huhuhu. Kadang-kadang kering idea juga saya mencari aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan dengan Firas di musim cuti ni. Bukan apa, saya tak mahu biarkan Firas membersa dengan IPAD saja. Sangat tak membantu perkembangan kanak-kanak kan.



1. Mengulangkaji Pelajaran Bersama

Ok memandangkan Firas sudah pun berusia 4 tahun, maka musim cuti kali ni saya ambil kira aktiviti mengulangkaji pelajaran bersama. Siap guna Alat Bantu Mengajar (ABM) lagi tu hehehe. Selain daripada buku yang teacher dia bagi, saya belikan anak saya buku-buku tambahan untuk dia buat latihan kat rumah. Kalau kat rumah ni dia nak conteng ke nak kaler macam mana pun saya tak kisah sangat. Janji dia buat. Dan yang best nya kami buat sama-sama. Kalau dia kaler saya pun kaler, dia menulis saya akan tunggu dia siapkan satu-satu. kami siap meniarap bersama-sama, sebab nak create excitement anak. heheh. Satu lagi saya gunakan white board supaya dia tak boring. Haa nampak tak dalam gambar di bawah tu, siap dia buat mural lagi. Melukis di luar kotak lah katakan. Memang seronok sebenarnya dapat mengajar anak sendiri. Apatah lagi kalau kita sendiri dapat ajar mereka mengaji dan solat. Alhamdulillah sepanjang cuti ni (setakat entri ni di tulis lah hehehe) Firas memang teruja nak solat. Moga Firas kekal istiqamah dan menjadi mulimin yang soleh. Aamin.

Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah
Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah

White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)
White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)

2. Menonton DVD Kegemaran Mereka Bersama

Ini pun salah satu daripada cara nak memanfaatkan cuti anak kita. Cara ni lebih bagus kot dari bagi ipad kat anak kan. Kalau dengan ipad dia sorang je dok pegang, dengan skrin kecik (ipad mini lah). Dan pastikan dvd tu bukan lah dvd ottomen yang aksi ganas-ganas tu hehehe. Walaupun anak saya memang suka tengok ottomen tapi saya tak galakkan dia tgk citer gitu. Dan sebabtulah awal-awal lagi saya memang tak beli kiki. Saya lebih suka tengok dvd kartun yang ada pengajaran seperti dinosour train, lion king, upin ipin dan kisah 25 rasul. Satu lagi dvd yang saya tak galakkan anak saya tengok ialah Boboiboy, saya tak bagi dia tengok sebab citer tu menggunakan bahasa yang agak kasar (pendapat saya lah), ditambah pulak anak saya tu memang akan ikut je apa yang di dengar sepanjang citer Boboiboy tu. Lagi satu sebab suka dia tengok dvd katun orang putih ni sebab nak biasakan dia berbahasa ompoteh. Bak kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebungnya. Heheeh
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak



3. Melayan Impian Cita-Cita

Disebabkan anak saya lelaki, dia memang sangat teruja dengan perkataan 'Captain'.  Selalunya dia akan minta apa sahaja permainan berkenaan dengan pekerjaan seorang 'Captain' hatta topeng Captain Amerika sekalipun.Padahal captain yang dia maksudkan ialah orang yang membawa aeroplane . Hehehehe. Dan baru-baru ni dia terjumpa gloves yang diberikan oleh adik saya semasa melahirkan dia dulu, terus dia cakap ini Doctor yang pakai tau. Hehehe. Permainan begini membuka mindanya tentang pilihan pekerjaan. Dai tahu seorangcaptain kena ada cap, naik aeroplane, kalau doktor ada jubah putih, ada statescope, ada gloves (padahal yang pakai gloves tu kat OT kan) hahahaha. Kalau pegang marker pen pulak dia cakap itu teacher. So dia dah seronok maka dia akan lupakan IPAD.

Jadi Doktor
Jadi Doktor

Captain America In The House Yawwww
Captain America In The House Yawwww

4. Bersukan dan Beriadah Bersama

Ini part yang paling best dan paling ditunggu oleh kanak-kanak. Masakan tidak mereka selalunya teruja nak ke padang permainana kan. Dan inilah masanya untuk kita sebagai ibu bapa memanfaatkan musim cuti dan memisahkan mereka dengan IPAD. Selain mereka dapat mengeluarkan peluh, kita pun berpeluh jugak kan melayan keletah mereka yang berlari ke sana ke mari tu hehehe. Dan bila malam of course lah mereka ni dah penat kan, confirm tak mintak IPAD dah hehehe.

Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah
Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah

5. Berkebun Dengan Anak-Anak

Haaa tang ni saya baru nampak semalam bila cuti sekolah ni anak saya suka ikut saya menyiram tanaman setiap pagi dan petang. Sambil menyiram mulut anak akan sentiasa becok bertanya kenapa daun nibeginikenapa yang tu begitu. Haaa ini part dia menguji kebijaksanaan ibu bapa menjawab soalan pulak kan hahahah.


Aktiviti ini merupakan aktiviti indoor dan outdoor yang tak memerlukan kita keluar duit pun sebenarnya. Dan kalau anak perempuan, cuti sekolah ni lah peluang kita nak perkenalkan mereka dengan dapur kan hehehe. Risau kot kalau anak asyik mengadap IPAD memanjang, sebab itulah kita sebagai ibu bapa kenalah kreatif. Its hard in the beggining, tapi sebenarnya kita boleh. Percayalah bila mereka sibuk, mereka penat gadget akan mereka lupakan. Tapi awas yer ibu-ibu sekelian, bila cutinya bersedialah untukberperangdengan kerenah anak di rumah hahahaha. check temperature yer ibu-ibu, ayah-ayah kikiki. Apapun waktu anak-anak membesar inilah kita perlu habiskan dengan mereka, dan jangan biarkan IPAD/gadget menjadikan anak kita anti sosial. Kita mampu mengubahnya.


Love
Masliza 

Wednesday, 18 March 2015

Surirumah Pun Boleh Menambah Pendapatan Dengan Bisness Dari Rumah

Bismillahhirrahmanirrahim. Kali ni saya terpanggil nak bercerita tentang seorang kawan yang menjadi surirumah dan asyik mengeluh tidak berduit dalam group Whatapps sekolah. Memanjang complain  dia tak berduit. Nak kerja tak de kelulusan, SPM pun fail. Katanyaaaa. Kisah kawan ni membuatkan saya tertanya-tanya, kenapa ada surirumah yang merasakan diri mereka tidak mampu membantu suami mencari pendapatan? Kenapa merasakan diri takde kelulusan akademik maka dia tidak mampu nak beli apa-apa tanpa duit suami? Allah, kesian kan. Tetapi itu semuanya hanya mind set mereka je. Zaman sekarang ni ramai je perempuan berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk bekerja dari rumah. Banyak peluang kerja dari rumah ni sebenarnya, dah yang paling mudah ialah melalukan bisness online, berniaga kuih dan sebagainya. Jadi siapa yang cakap surirumah tak boleh mencari pendapatan? Yang mengeluh, yang komplain tu hanya orang yang 'SEGAN' (berlapik nya ayat hahaha) nak berusaha, 'SEGAN' nak berenyeh.

Siapa Cakap  Surirumah Tak Mampu Buat Bisness?
Siapa Cakap  Surirumah Tak Mampu Buat Bisness?- pic google

Babysitter, Berniaga Kuih Tepi Jalan Vs Bisness Online Shaklee

Sebenarnya, saya akui memang banyak peluang untuk surirumah membantu suami walaupun mereka berada di rumah. Menjadi babysitter adalah kerja yang sangat sinonim dilakukan oleh surirumah. Dan membuat kuih juga satu sumber yang menjadi pilihan. Tetapi surirumah perlu spend masa lebih terhadap anak jagaan mereka, perlu bijak untuk menguruskan rumahtangga, anak sendiri dan anak jagaan. Sering saya dengar kawan-kawan merungut di status mukabuku (status facebook) yang mereka kepenatan untuk menguruskan rutin rumahtangga dan anak jagaan mereka. Dan ramai juga dikalangan pelanggan saya yang menjadi pembeli tegar set sendi dan set pemberi tenaga terdiri dari kalangan babysitter dan pengusaha kuih kecil-kecilan ni.

Kerja yang nampak mudah, tetapi memerlukan komitmen yang sanggat tinggi dan perlukan kesaran yang menebal. Bukan saya menidakkan sumber rezeki tersebut, tetapi jika kita ada pilihan untuk tidak perlu bangun awal pagi mengukus kuih dan terpaksa bekerja hingga ke jam 8 malam kerana ibu anak asuhan lewat mengambil anak mereka kenapa tidak kita mencuba sesuatu yang memberikan kita lebih banyak masa dan kelesesaan kan?

Babysitter atau Bisness Shaklee Secara Online?
Babysitter atau Bisness Shaklee Secara Online?- pic google

Berbeza sangat jika surirumah memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan mereka tau. Dengan urusniaga yang dilakukan secara online, seorang suri rumah hanya perlu kan telefon bimbit (tidak semestinya iphone atau model yang canggih manggih pun) dan internet untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan kawan-kawan mereka. Mereka tidak perlu berpenat lelah melayan kerenah anak jagaan mereka, sebaliknya boleh menumpukan kepada anak sendiri, memasak dan menguruskan rutin harian mereka. Pendek kata tahap kepenatan melakukan bisness Shaklee secara online ni lebih praktikal kepada surirumah. Yelah sekurang-kurangnya dapat juga membantu suami. Percaya atau tidak, saya hanya memperuntukkan masa 2-3 jam sehari  untuk fokus pada bisness. Dan selebihnya masa saya adalah untuk keluarga. Dengan kemudahan internet dan smart phone, saya bebas melayan pertanyaan daripada customer dan bisness partner saya. Yelah surirumah perlu membahagikan masa untuk mengemas, memasak, uruskan anak di rumah, urusan hantar dan jemput anak balik sekolah pendek kata macam tak cukup masalah. Tetapi dengan bisness online Shaklee ni, semua di hujung jari. Sambil masak pun boleh settlekan order customer, sambil bersembang dengan jiran pun boleh sharing tentang Shaklee Effect yang kita rasa. Nampakkkkk (sila sebut dengan gaya Raja Azura yang ala-ala sengau tu hahaha).

Berniaga Makanan vs Bisness Online Shaklee
Berniaga Makanan vs Bisness Online Shaklee - pic google
Kalau peniaga kuih terpaksa menyiapkan adunan di malam hari sebelum tidur, dan terpaksa pula bangun awal pagi untuk mengukus atau menggoreng kuih jualan mereka. Itu belum lagi kisah mencuci peralatan membuat kuih dan kepenatan ke pasar untuk membeli barangan untuk menghasilkan kuih. Semua pilihan ada ditangan kita. Berniaga itu bagus, tetapi alangkah bagus jika perniagaan tu tak memerlukan kita berhempas pulas secara fizikal. dan waktu bangun awal pagi untuk menyediakan barang jualan kita dapat kita manfaatkan untuk melakukan ibadat sunat? Ingat lagi tak saya pernah kongsikan dalam entri sebelum ni tentang ramai orang berjaya ni bangun seawal 5 pagi? Cheritera tentang ajaibnya 5 pagi DI SINI.

Opss jangan salah faham, bisness Shaklee juga perlu berusaha, tetapi bukanlah dengan cara mengerah kudrat. Sama juga seperti kita buat pekerjaan lain, perasaan buat bisness online Shaklee ni


KENAPA SHAKLEE

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lah saya memilih bisness Shaklee ni kan. Sanggup meninggalkan kerja tetap lagi. Kenapa tak pilih bidang perniagaan lain kan? Banyak kegiatan ekonomi yang boleh dilakukan dari rumah macam ambil upah menjahit, menjadi babysitter, membuat kuih, atau buat kraftangan. Kenapa saya pilih Shaklee juga. Kenapa saya ambil keputusan nak serius dengan bisness Shaklee ni.

Sistem Online - jimat masa, tak perlu paksa orang 
Bisness Shaklee boleh dijalankan secara online- samada nak beli barang atau menjual produk. Konsep SHARING kebaikan produk yang diguna pakai oleh Shaklee membuatkan saya pilih bisness ini. Kalau dulu saya benci MLM sebab bila jumpa je depa sibuk paksa kita membeli barang jualan mereka. Geram, marah , menyampah kan. Tetapi dengan Shaklee saya tidak pernah memaksa orang membeli produk ini, sebaliknya saya Sharing kebaikannya di media sosial (online). Bestkan, bestkan, tak perlu saya duduk berjam-jam lamanya menjahit atau menguli kuih berjam-jam. Hanya memperuntukkan 2 atau 3 jam sehari sahaja untuk fokus pada bisness Shaklee saya ni. Dan tentunyalah disebabkan ianya boleh dilakukan secara ONLINE. Semuanya secara online, kita nak beli barang, nak registerkan orang baru atau untuk yang ada blog seperti saya ni penulisan blog membantu pembeli untuk beli terus dari blog melalui sistem ESell Shaklee tanpa perlu berurusan dengan saya.

Bisness Online Shaklee
Bisness Online Shaklee

Beli Produk Shaklee Secara Online Dengan Esell
Beli Produk Shaklee Secara Online Dengan Esell


Alhamdulillah banyak sangat kemanisan yang saya dapat hasil daripada bisness Shaklee secara online ni. Selain daripada dapat membesarkan anak di depan mata. Kalau masa bekerja makan gaji dulu saya terpaksa meninggalkan suami untuk jangka masa berminggu minggu, malah kekadang tu sampai sebulan lebih lamanya, tetapi kini saya tak perlu lagi mengharungi itu semua. Pendek kata, saya tidak lagi perlu berjauhan dengan suami dan anak dan tidak perlu lagi outstation merata tempat. Bisness Shaklee juga sangat-sangat membantu kewangan saya dan suami. Walaupun saya tidak lagi bekerja makan gaji, tetapi dengan bisness Shaklee ni saya masih mampu menikmati pendapatan bulanan sendiri. Saya masih mampu menyimpan dan membantu suami dalam pengurusan kewangan keluarga kami. Malah, dengan hasil bisness Shaklee ini juga saya mampu menghias rumah kami dengan wang hasil berbisness Shaklee tanpa perlu menambah hutang piutang. Syukurlah.

Jadi surirumah yang mana tengah pening kepala memikirkan bagaimana nak menjalankan bisness dengan modal yang minimum, saya boleh kenalkan dengan anda dengan bisness Shaklee. Hanya RM 65 untuk yuran keahlian dan RM 10 untuk postage marilah kita memulakan bisness online Shaklee ni. Saya dengan senang hati dan bangga akan membantu dan membimbing kawan-kawan surirumah, atau mana-mana orang yang mahu menjalankan bisness ini secara online. Bimbingan eksklusif melalui Whatapps, telegram, dan yang pastinya online juga. Kalau yang nak face to face dengan saya pun saya sudi hehehe. Haa sudi sudikan diri berjumpa dengan duta Shaklee bergerak ni. Kikiki. Opsss tawaran keahlian murah ni hanya sah sehingga 28 Mac ini sahaja. Bulan April macam biasalah, semua dah kena GST. Sebut tentang GST, bisness lah peluang kita untuk menampung kenaikan perbelanjaan harian. Jom wahai kaum wanita kita berubah untuk kehidupan kita.

Masliza
012-2965214

Sunday, 15 March 2015

Bagaimana Menguruskan Kewangan Peribadi Melalui Konsep 6 Jar Income

Bismillahhirrahmanirrahim. Haa seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni, kali ni saya kongsikan dengan apa yang saya belajar dari training Start Bright Series (SBS) semalam. 

Memang SBS kali ni ada banyak topik yang best dan mencelikkan mata dan hati hehehe. Dalam banyak-banyak topik paling best ialah topik akhir yang dikendalikan oleh Encik Aznin Ghazali, haaa topik apalagi kalau bukan topik Personal Financial Management. Memang mata yang tengah layuu ngantuk pun terus terbukak teranggg bila belajar topik ni. 

Topik Financial Yang Mengajar Tentang 6 Jar
Topik Financial Yang Mengajar Tentang 6 Jar

Sub topik yang paling saya dan peserta lain suka ialah bab HOW TO MANAGE YOUR FINANCIAL. Orang bisness ke orang biasa ke memang kena super duper bijak menguruskan kewangan memasing. Hehe kalau tidak memang memanjang tak boleh saving. Alhamdulillah saya masih mampu menyimpan setiap bulan walaupun tidak banyak. Ok berbalik kepada topik how to manage your financial income, kami di perkenalkan lebih lanjut dengan konsep 6 JAR INCOME. Haaa jangan main-main you olss, 6 jar income hehehe. Speaker siap bawak 6 tabung tuuuu. Yesss itu yang menariknya. Selalu saya baca dan faham tapi tak pernah pun betul-betul ada 6 jar ni. Hehehe. Haaaa nampak tak tuu tabung-tabung ESP shaklee dan tabung Performance Drink (PD). Training ni bukan main cakap jee tapi terus prakti kan kat situ.

6 Jar Income
6 Jar Income


Ok jom saya share kan apa itu 6 jar of income yang saya dah belajar semalam.

1. FFA Jar 
Financial Freedom Account. Dalam tabung ni masukkan 10% daripada pendapatan bulanan kita. Contohnya kalau income kita RM3000 maknanya RM300 masuk dalam tabung FFA ni. Tujuan FFA ni adalah untuk kegunaan investment, memulakan bisness, nak buat passive income ke. Dan perlu di ingat JANGAN SESEKALI AMBIL DUIT YANG DAH DIMASUKKAN DALAM ni. Haaa jangan sesekali mengelat woo. Tabiat yang tak bagus dah masukkan duit dalam tabung pehtu time sesakkkk terus amek dan pakai. A big noooo Ok.

2. NEC Jar
Necesities jar atau tabung keperluan asas. Haaa jumlah duit yang masuk dalam tabung ni adalah yang paling banyak. Dalam tabung ni kita kena masukkan 55% daripada pendapatan bulanan kita dalam ni. Kenapa tabung ni paling banyak ni?????? Haaa sebab duit dari tabung ni lah yang kita guna untuk bayar segala mak nenek bill, beli keperluan dapur, beli keperluan harian, bayor keta, dan pakaian yang betul-betul kita perlukan. Opsss bayor loan, bayor hutang bank semua masuk sini tau kikiki. Dan kalau bagi duit bulanan pada family ianya tergolong dalam tabung ni. Ada orang komitmen bagi duit pada mak abah tu bukan setiap bulan so dia tak di masuk dalam jar ni. Ingat yang memang tetiap bulan kasi kena masukkan dalam jar ni. Haaaa gituuuu. Untuk saya yang udah yatim piatu ni, komitmen bagi duit pada mak abah takde.

3.LTSS Jar
Long Term Saving for Spending jar haaa jar ni sama konsep main kutu tu laaa kikiki. Simpan untuk di spend gittu kan kan. Alaaa jangan buat tak biasa dengan main kutu ni kikiki. Dapat kutu je beli plasma tv laa, beli gelang pandora ke, nak bercoti-coti ke semua kat sini tau. Ok saya pernah main kutu dua tiga kali long long time agooo. Sekarang takde dah hahaha. Berapa banyak masuk tabung jar ni? Haaa sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan kita masuk dalam jar ni. 

4. EDU Jar
Education jar. Haa jangan salah paham yer, walaupun namanya education (pendidikan) jar tetapi untuk pendidikan kita. Haa berapa banyak masuk sini? Dalam tabung ni perlu 10% daripada monthly income kita. Ehh rasa diri dah tua tak perlukan pendidikan? Eh no no no...pendidikan sepanjang hayat tau. Akak-akak macik-macik perlukan duit dari tabung ni tau. Sebab apa? Depakan suka beli buku masakan lah, buku menghias rumah lah kan. Tap bukan majalah hiburan picisan tu tau. Duit dari tabung ni mungkin kita boleh guna nak gi seminar ke, nak pergi training yang membantu meningkatkan skill kita.! Haaa simpan sikit2 nak pergi seminar Dr Azizan Osman tu contoh paling dekat heheh.

5. Play Jar
Haaaa bila speaker sebut je play jar ni mata kami semua terus bersinar-sinar tau hehe. Peruntukkan 10% daripada monthly income kita untuk tabung ni. Dan PERLU gunakan untuk kegunaan bersuka-suka kita. Jangan dok simpan pulak peruntukkan untuk bermain ni. Barulah rasa seronokkkk. Contohnya kita teringin nak makan restoran mahei ke, teringin nak belanja adik beradik makan ke, haaa inilah gunanya duit dari play jar ni.

6. GIV Jar
Giving jar atau Charity jar kalau dalam konsep Islam ialah tabung untung sedekah/memberi. Banyak mana masuk dalam jar ni? 5% je tau dari income bulanan kita masuk sini. Tak banyak mana pun. Islam pun menggalakkan sedekah untuk memurahkan lagi rezeki kita. Bagi yang sekali sekala kasi duit pada mak abah, ia dikira dalam GIV jar ni.  Sedekah kat mesjid dan sedekah pada anak sedara yang masuk universiti ke semuanya dari tabung ni tau. Opsss sedekah duit raya pun dari tabung ni yer. Hehehe. 

Jujur saya akui saya sendiri pun belum ada kesemua jar yang disebutkan tu. Yang ada pun beberapa jer. Ohh yer kita zaman moden ni takde lah simpan duit dalam jar lagi kan hahaha. So caranya bukak lah akaun bank bebanyak untuk simpan duit ni, maksudnya ada 6 bank lah hehehe. Speaker tu jugak sharing yang dia dah lamaaaa amalkan sistem 6 jar ni. Haa nampaknya speaker kami ni bercakap melalui pengalaman dan bukannya main cakap dari apa yany dia baca dari buku Secret Of The Millionaire Mind.

Speaker Bagaimana Menguruskan Kewangan Peribadi Anda
Speaker Bagaimana Menguruskan Kewangan Peribadi Anda

Harus Baca Buku Ni Barulah Tahu Tentang 6 Jar Income 

Barulah terbukak minda cemmana nak manage kewangan kita kan? Actually untuk menguruskan 6 jar ni kita perlu buat sesama dengan pasangan. Dan paling penting dua-dua tak berahsia tentang berapa banyak gaji dan side income. Hahaha bak kata speaker tu lagi lebih bagus datang training dengan pasangan kita. Hallamakkkkk saya pergi sorang-sorang je. Haish nak kena paksa inche suami datang juga next time ni. Hehehe. 

Haa best kan belajar uruskan kewangan ni. Bila kita pergi training, kita akan dapat banyak ilmu baru. Walaupun nampak senang je tapi saya pasti ramai yang tak pernah buat kan. Kat bawah ni saya kongsikan supaya kita mudah faham jar yang ada dan berapa kita wajib simpan. Orang tua dulu-dulu memang bijak kan, sebab tu lah adanya pepatah menabung untuk masa depan kita. 

Ilustrasi Peratusan Income Bagi Setiap 6 Jar 

Dah belajar, dah tahu dan dah sharing tinggal lagi nak apply dalam kehidupan harian. Better late than never you olls hehehe.

Love
Masliza

Saturday, 14 March 2015

Sesi Start Bright Series (SBS) Cycle 2015

Assalamualaikum, permulaaan cycle baru  di mulakan dengan kelas Start Bright Series (SBS) di Faizland Training Center di Paragon Point 2, Bandar Baru Bangi. Ini lah kali ke 2 menjejakkan kaki ke training center ini. Dan ini lah kali pertama SBS diadakan untuk tahun ni.

Berbanding dengan tahun lepas SBS kali ni memang banyak pembaharuan. Yelah kan kita ni nak bisness kalau dok guna sejenis pendekatan je memang susahlah nak survive. 

Jom kita layan gambar dulu, dan intipati training ni akan saya kongsikan dalam entri yang seterusnya.

Tekunnya Kami Dalam Training Start Bright Series Kali Ni
Tekunnya Kami Dalam Training Start Bright Series Kali Ni

Speaker SBS 2015/2016  Penuh Bersemangat
Speaker SBS 2015/2016  Penuh Bersemangat

Product Leaning
Product Leaning 

Topik Start Bright Series Cycle 2015/16 Makin Mantap
Topik Start Bright Series Cycle 2015/16 Makin Mantap

Training SBS di Faizland
Training SBS di Faizland

Friday, 13 March 2015

Racun Bertukar Menjadi Manisan

Diam tak diam sudah 7 tahun berlalu. Kalau ibaratkan kejadian tu sebagai kelahiran seorang bayi maka anak tersebut dah pun memasuki persekolahan darjah 1. Heheheh. 12&13.3.2008 tak mungkin boleh dilupakan. Ianya yang dulu menjadi racun kini bertukar menjadi manisan. Syukur, syukur, syukur Ya Allah.

7 tahun yang penuh pengajaran. Suatu tempoh yang semakin mematangkan. Sesungguhnya, disebalik setiap ujian dan kesedihan yang Allah berikan, pasti ada kegembiraan yang tersembunyi. Jika bukan kerana kejadian 7 tahun dulu, saya mungkin tidak akan terjebak ke alam bisness Shaklee ni. 

Banyak perkara, banyak benda berlaku sepanjang tempoh ini. Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan saya untuk terus hidup dan menikmati kebahagiaan hari ini. Paling tak terlintas 7 tahun dulu bagaimana nak berbisness online ni. 7 tahun dulu memang saya gak nampak jalan bagaimana nak memulakan bisness, apatah lagi bisness online begini. Kini saya mampu tersenyum sebab kalau 7 tahun dulu saya pernah bertanya "boleh survive ke buat bisness online" "nak jual apa buat bisness online ni". Yaa kecilnya skop pemikiran masa ru, dok fikir apa nak jual, apa nak jual hahaha. Tapi itu kisah 7 tahun yang lalu. Berbahagia sebab kalau tidak kerana peristiwa 7 tahun dulu saya bukan setabah dan seberani sekarang! Terima kasih Ya Allah.

Apa yang saya miliki selepas 7 tahun? Heheh dulu single sekarang dah mak orang. Dulu kerja makan gaji je sekarang pandai dah buat bisness. Dulu tal percaya bisness online sekarang sendiri dah buat bisness online. Dulu selalu sakit, sekarang Alhamdulillah dah sihat (
- tentunya sebab rajin amek supplement dan izinNya. Dulu jeans size 26 sekarang size 29 jahaha. Merantau ke pelusuk dunia selepas kejadian 7 tahun lalu. Ish pendek kata banyakkk sangat Allah beri saya kebahagiaan dan kegembiraan.

Sejarah untuk dijadikan iktibar dan sejarah tulah yang menjadikan siapa kita hari ini. Ia mungkin sembuh tapi parut tetap kekal sepanjang hayat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...