Sunday, 31 May 2015

Kebaikan Apple Cider Vinegar Yang Membantu Menurunkan Berat Badan

Tentu ramai yang pernah mendengar tentang khasiat Apple Cider Vinegar (ACV) kan. Di zaman mula-mula saya nak kurus dulu, sekitar tahun 2002 saya suka sangat minum ACV ni 2x sehari iaitu pagi dan malam. Memang masa tu berat badan saya turun, tetapi hampir dua tahun jugalah saya amalkan ACV tu. Dan daripada pinggan 32 inci jadi 27 inci. Banyakkk berat berkurang tau. Sekali lagi saya tegaskan hampir 2 tahun saya amalkan petua ni. Tapi adat manusia, bila dah dapat apa yang diingini, saya mulalah lupakan jasa ACV ni heheheh. Alhamdulillah walaupun berhenti minum ACV berat tak naik ditambah pula saya memang control makan. Tapi bila dah kawin dan bersalin ni aiyaaaaa penimbang dah rosak (berat naik berganda hahahahaha). Itulah bahananya... Lama tinggalkan ACV. langsung tak pernah minum dah ACV sampai lah baru-baru ni bila saya terlihat ACV kat Giant. Masa tu barulah terlintas, ehhh kenapa aku tak amalkan balik ACV ni kalau dah rasa nak kurus sangat kan. Allah sesungguhnya aku rindu untuk kembali ramping seperti dulu hhehe. Habis tu sekarang ni gemok gedempol keeee? Tidak lah gemok gedempol tetapi sendiri rasa tak best leeee bila badan tak ramping macam dulu kiki. Hai sudah nama nya  perempuan kannnnn.

OK jadi, fikir punya fikir punya fikir, so saya nekad nak kembali amalkan ACV ni. So pergi Carrefour Bangsar South, sambar sebotoi kecil ACV brand Heinz. Nak cari brand Bragg tak jumpa so sambar je mana yang ada depan mata. 

Apple Cider Vinegar Jenama Heinz
Apple Cider Vinegar Jenama Heinz



Apa itu Cuka Epal?

Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal adalah salah satu tonik yang baik untuk kesihatan kita. ACV melalui proses di mana epal diperah untuk mendapatkan jusnya. Seterusnya melalui proses penapaian. Semasa proses nak jadi cuka itu dimasukan yis dan bacteria untuk melengkapkan proses penapaian. Beberapa tindakbalas kimia akan berlaku dalam proses ini di mana yis itu akan menukarkan kandungan gula semulajadi epal epal kepada alcohol. Proses seterusnya adalah bacteria menukarkan alcohol menjadi acid. Kehadiran acetic acid dan malic acid dalam proses ini menyebabkan ia menjadi masam.



Kandungan dalam cuka epal


Selain acetic dan malic acid, ACV juga mengandungi beberapa jenis acid, vitamin dan mineral galian dan amino acid. Kandungan nutrisi ini membuatkan cuka epal sangat baik untuk kesihatan. Selain itu terdapat juga kandungan soluble fiber of pectin, vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, thiamin, riboflavin, niacin, pantothenic acid, beta-carotene and lycopene. Mineral di dalam nya juga mengandungi as sodium, phosphorus, potassium, calcium, iron and magnesium.


ACV ni ada banyak khasiat untuk kesihatan, kecantikan kita. Kalau tidak masakan ianya diamalkan oleh ramai orang kan. Yang saya tahu ACV membantu mengawal kolesterol dan gout. Sangat femes ok. Masa bekerja di CPDS UM dulu saya tengok beberapa pensyarah amalkan ACV ni untuk mengawal gout mereka. Meh kita lihat apa lagiasiat ACV ni.


Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :
  • Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
  • Membantu melindungi hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
  • Membantu memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan. (Ini Paling Best kan kan kan)
  • Memperbaiki masalah sistem kencing.
  • Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
  • Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
  • Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing


Kebaikan Apple Cider Vinegar
Kebaikan Apple Cider Vinegar


Apple Cider Vinegar Sebagai Agen Detox
Apple Cider Vinegar Sebagai Agen Detox



Bagaimana ACV Membantu Mengurangkan Berat Badan?

Apple cider vinegar membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan & menyingkirkan lemak-lemak yang ada dalam badan anda serta mengurangkan berat badan dalam proses penyerapan nutrien dan penghadaman. Nampak tak ianya agen detox untuk kita, bila dah detox, badan ringan nutrient mudah diserap dan proses nak turunkan berat menjadi lebih mudah. Fuhhhh semangat berkobar-kobar ni nak melihat perubahan dengan ACV dan supplement kegemaran saya ni. Di sini saya share resipi ACV yang saya amalkan dedulu tu. Hope badan dapat menerima dan bekerja keras untuk turunkan berat kali ni. Heheheheh.

Resipi ACV untuk mengurangkan berat badan ialah:

  • 2 sudu teh ACV (brand apa pun tak kisah)
  • 1 gelas air suam

Campurkan semua bahan dan kacau, minum 2x sehari. Pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur dan malam selepas makan malam. Atau sebelum tidur. Sebagai permulaan ni kita cuba dulu dalam masa 2 bulan (TANPA CULAS) yer dan kita lihat ada tak perubahan nya. 

Harap saya akan terus Istiqamah dalam rutin harian baru ni. Ini hari pertama memulakan rutin ACV selepas bertahun-tahun berhenti. Hehehehe. Doakan saya berjaya dengan misi kurus secara semulajadi tanpa produk beracun. Hehehehe


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.




18 comments:

  1. Salam, nk tau pkmbgnn skrg mcmna? Dh kurus tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing, yes, apple cider vinegar (ACV) helps to boost metabolism, blocks the body’s storage of dietary fat plus breaks down and dissolves existing body fat. A study at Australia’s University of Sydney in which subjects who consumed two tablespoon of ACV daily experienced fewer surges and crashes in blood sugar levels. Read more at:
      http://kidbuxblog.com/apple-cider-vinegar-acv-helps-to-boost-metabolism/

      Delete
  2. Salam, nk tau pkmbgnn skrg mcmna? Dh kurus tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Memang ada perubahan lepas beberapa bulan tapi lepas tu saya terus preggy so skrg ni kesan nya tak nampak sanga sebab perut memboyot hahaha

      Delete
  3. mmg nampak kesan sy mmg guna dah hampir 2 tahun..

    ReplyDelete
  4. baru je beli tapi kuat sangat bau dia,mcm kena perap..kan? halal ka?

    ReplyDelete
  5. baru je beli tapi kuat sangat bau dia,mcm kena perap..kan? halal ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far yang saya tahu cuka apple atau cuka kurma ni memang halal. Kalau dia dah termasuk dalam golongan memabukkan ia tidak di panggil cuka lagi. Ada bbrapa bahan bacaan di blog ustaz (saya lupa blog nama blog ustaz tu) yang membahaskan mengenai cuka apple ni. Boleh google

      Delete
  6. kak kite baru belii. saja nak try. tapi masa peknen boleh minum ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far saya pun xminum ACV ni sebab pregnant. Hehehe. Baik lagi minum jus delima masa pregnant

      Delete
    2. Oppss stop minum sekejap masa pregnant ni hehehe-tak berani

      Delete
  7. Salam Kak.x boleh ea minum acv kalau pregnant? Huhu sy ada Gout.bila pregnant sakit kaki Gout tak boleh nk ambil ubat.ingt nk reduce radang gout dgn acv.huhu

    ReplyDelete

  8. Info yang menarik. Cuka epal cider mempunyai asid asetik yang mempunyai pH 4.76. Asid asetik ini memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan. Antara khasiat cuka epal cider ialah ia boleh membantu mengawal paras gula dan kolesterol di dalam badan.

    ReplyDelete
  9. Saya jarang guna tapi family memg amalkn lebih2 lg yg berumur dan maslh kesihatan. Guna jenis bragg. Bila dah guna tu memg berbaloi dan puas hati sgt. Thanks sbb kongsi kebaikn dan penglmn guna acv ni...

    ReplyDelete
  10. Pernah try mnum ya allah masam n kelat sampai suara jd ilang n sakit tekak..tp mmg niat nk try pn.kalau amalkan diet atkins blh mnum ke??

    ReplyDelete
  11. Pernah try mnum ya allah masam n kelat sampai suara jd ilang n sakit tekak..tp mmg niat nk try pn.kalau amalkan diet atkins blh mnum ke??

    ReplyDelete
  12. As Salam,

    Untuk makluman sesetengah apple cider ada yang tidak boleh diminum oleh umat muslim kerana ada sebahagian produk ini mengandungi jumlah akohol...mohon semak dengan info halal malaysia untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  13. Saya dah pernah try lama dah. Since 2012. Tp benti jap. Sbb lupe diri. Start balik Bila tengok IG organichana pos picture BRAGG. diorang jual product kecantikan organik. Tu terserempak. Memcm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...