Wednesday, 20 May 2015

Mandi Bunga Sendiri Di Rumah.


Mandi Bunga
Mandi Bunga

Assalamualaikum. Tetiba hari ni terasa nak berkongsi tentang MANDI BUNGA. Sebenarnya mandi bungan ni banyak dilakukan oleh penganut agama Hindu di mana campuran bunga-bungaan dan mandi di sungai. Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Kalau kita perasan kebanyakan SPA Bali, mandi bunag ni sangat sinonim kan. 

Mandi Bunga
Mandi Bunga

Dari sudut Islam setakat yang saya pelajari ianya tidak ada termaktub di dalam nas yang sahih, cuma ianya menjadi suatu kebiasaan atau adat. Tidak salah jika kita mandi bunga, tetapi niat haruslah betul. Niat dilakukan kerana Allah SWT supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap 
tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur 
bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga 
matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”


Disebabkan mandi bunga ini memberikan kebaikan kepada manusia, maka jika kita lihat pusat kecantikan dan SPA menjadikan mandi bunga ini sebagai salah satu pakej mereka. Kalau dulu-dulu saya ingat orang tua selalu cakap mandi bunga supaya cepat dapat jodoh, nak menolak bala dan sebagainya. Tetapi itu hanya lah warisan cakap-cakap daripada orang tua, dengar sahaj, dan jangan melawan. Sebab mandi bunga bukan boleh memeprcepatkan jodoh manusia pun heheh, JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT semuanya daripada Allah SWT, Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan.

Mandi Bunga Sendiri Di Rumah
Mandi Bunga Sendiri Di Rumah

Pada saya sendiri memang sebelum ini pernah mandi bunga tapi buat sendiri saja dirumah hehehe. Tuuan mandi bunga yang saya lakukan adalah semata-mata sebab nak jimat duit daripada pergi SPA. Hehehehe. Selain daripada tu, saya sangat suka mandi  bunga ni sebab wangian daripada campuran bunga tu sangat menyegarkan. Tiada niat apa-apa. Tapi itu dulu lah...sekarang ni nak mandi bunga pun susah sebab dah ada anak. Hehehe. Tapi serius saya akui, kesegaran dan aura selepas mandi bunga sangat mempengaruhi mood saya. Orang tua cakap nak mandi bunga kena ada 7 jenis bunga, tapi saya main hamtam sahaja hehehehe. Saya pun tak de lah nak guna limau purut ke, limau nipis ke, hanya bunga rose atau bunga mawar merah, putih dan kekadang ada bunga cempaka saya campur sekali. heheheh. Maklumlah buat rawatan SPA di rumah kan. Hehehehe. Nak labih wangi lagi campurkan beberapa titik rose water atau air mawar. Dulu-dulu mustika ratu ada keluarkan air mawar ni, sekarang saya tak pasti pulak ada atau tidak. Yang sering saya guna adalah seperti pic di bawah ni.

Rose Water Atau Air Mawar
Rose Water Atau Air Mawar


Sebab utama kita mandi bunga zaman sekarang ni bukanlah sebab nak bertemu jodoh lagi kan. Oh hyer kalau dulu-dulu amalan mandi bunga di dikaitan dengan aktiviti perbomohan. Tapi wanita urban sekarang ni mandi bunga sebab nak rilex kan badan, nak segarkan badan. So tak wujud lagi isu ilmu songsang. Yang penting nawaitu kita, haruslah percayakan kekuasaan Allah SWT.

Saya pernah terbaca tentang kebaikan setiap bunga yang di guna adalah berlainan.


Bunga dan Khasiat

1. Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.

2. Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.

3. Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.

4. Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.

5. Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.

6. Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.

Kepada mereka yang nak merasa mandi lulur atau mandi bunga di SPA tetapi tak mampu, bolehlah buat mandi bunga di rumah. Just nak relaxkan badan, dan beri aroma wangi kepada diri kita. Kali terakhir saya mandi bunga adalah lepas pantang 4 tahun yang lepas hahahaha. Haddoi lamaaaa dah tu.....Masa tu mandi bunag di rumah nak segarkan badan sebab dah orang baru lepas bersalin memcam rasakan heheheh. Opss hanya yang dah ada anak je rasa cenggitu yer hehehehe. 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...