Friday, 12 June 2015

Resipi Sup Kepala Ikan Merah Yang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak update tentang makanan dan resipi kat sini kan hehehe. Ok lah disebabkan dah lama takde update tentang resipi maka hari ini saya dengan bermurah hati nak belanja dan share resipi SUP KEPALA IKAN MERAH. Kalau rasa-rasa anda seorang yang busy dan sentiasa nak memasak makanan yang menjimatkan tenaga dan masa apakata cuba buat sup ikan merah ni. Saya cuma mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja untuk menyediakan sup ini. Haaa meh kita tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan 
1. 7-8 ulas bawang merah. -hiris halus atau kisar
2. 5 ulas bawang putih. - hiris atau kisar
3. 5 inchi halia - hiris atau kisar (saya suka letak halia bebanyak sebab nak  keluarkan angin selain menghilangkan bau ikan).
4. 1 labu bawang besar- saya guna bawang Holland - potong baji.
5. Rempah sup ikan adabi - saya tambah beberapa kuntum bunga lawang.
6. Daun sup dan daun ketumbar.
7. Carrot, kentang.
8. Lada hitam yang ditumbuk kasar- boleh je guna yang dijual siap tumbuk.
9. 2 keping kepala ikan merah dan beberapa keping isinya.
10 Sedikit minyak zaiton untun menumis. (Saya guna extra virgin olive oil)
11. 1-1.5 liter air.
12. 3 keping asam gelugur
13. Garam dan serbuk perasa

Bahan Untuk Dikiras/Dihiris
Bahan Untuk Dikiras/Dihiris 


Sisik Ikan Merah Kaya Dengan Kolagen
Ikan Merah Kaya Dengan Kolagen Semulajadi


Rempah Sup Kepala Ikan
Rempah Sup Kepala Ikan 

Cara-Cara
Saya belajar daripada bekas housemate yang yang berbangsa Tionghua dulu mereka masak sup kepala ikan tak perlu tumis. Tetapi kalau versi Melayu kita buasanya tumis dulu bahan-bahan kisar tu kan. Saya dah cuba kedua-dua cara iaitu tumis dan tak tumis, kedua-dua nya sedap aihhh. hehehe. Hari ni saya kongsi kan sup kepala ikan merah versi tumis dulu yer.

1. Panaskan peruik dan amsukkan beberapa sudu minyak zaiton . Bila panas tumiskan rempah sup bunjut, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, buah keras hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih bawang merah, halia yang telah di kiras atau dihiris tadi tumis hingga naik bau dan berwarna kekuningan.

2. Bila dah naik bau, masukkan 1 liter air (kalau nak kuah banyak masukkan air lebih sikit). 

3. Masukkan asam keping dan biarkan air mendidih. Masukkan kentang, carrot dan bawang besar  yang dihiris. 

4. Bila air dah mendidih masukkan kepala ikan, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Dan biarkan isi ikan lembut dan masak. Saya biarkan dalam 15 minit dan terus tutup apinya. Dan siap untuk dihidangkan. Hias kan dengan daun bawang dan daun ketumbar . Juga boleh taburkan bawang goreng dan hirisan cili jika suka.

***Lebih kurang 30-45 minit sahaja masa penyediaannya***

Sup Kepala Ikan Merah Sedang Menggelegak
Sup Kepala Ikan Merah Sedang Menggelegak

Homemade Sup Kepala Ikan Merah Yang Mudah dan Sedap
Homemade Sup Kepala Ikan Merah Yang Mudah dan Sedap

Menurut petua arwah mak saya, isi ikan ni cepat lembut dan tidak perlu di masak terlalu lama kerana akan menyebabkan isi ikan tersebut hancur. Saya suka masukkan perahan isi lemon dalam sup kepala ikan merah ni kerana ianya menaikkan bau harum. Saya gunakan minyak zaiton untuk menumis kerana ianya tak mengandungi kolesterol. Haaa inilah yang di namakan menu sihat kan dan menu cantik kan. Maklumlah sisik ikan merah ni digunakan untuk menghasilkan Shaklee Collagen Powder (SCP) tau. hehehehe. So bila makan sup kepala ikan merah ni feeling nya sama dengan makan collegen kan hahahaha. Sememangnya kami sekeluarga memang suka segala menu yang dikategorikan sebagai sup, rebus atau singgang ni. Tak kisahlah sup ikan ke, singgang ikan ke, singgang daging ke, tulang rebus ke janji tak de santan hehehe. Dan yang paling penting masak makanan begini memang jimat masa. Masa saya sebagai WAHM sangat berharga you olls heheheheh. 

Selamat mencuba dan semoga ianya memberikan manfaat kepada anda semua.

2 comments:

  1. Oh! Tumis atau tak tumis..memang dua2 saya suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayyy kita sama tau...buat masam2 sket kuahnya kan heheh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...