Friday, 31 July 2015

Vivix Terbukti Berkesan Membantu Masalah Kesihatan Kronik

Dalam banyak-banyak produk Shaklee, Vivix adalah antara supplement yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Ianya dikenali dengan nama produk PREMIUM Shaklee. Yelah sebotol Vivix ni mempunyai banyak khasiat dan sangat membantu menyelesaikan masalah kesihatan kronik. Usia Shaklee pun dah lebih dari 50 tahun berada di pasaran, dan Vivix antara keluaran terbaru dari Shaklee, latest research and technology. Latest tak latest pun , dah lebih kurang 5-6 tahun rasanya masuk dalam pasaran negara kita. Yelah produk di bawah usia 10 tahun biasanya kita panggil prosuk terbaru ter latest kan heheheh. 4 bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan Vivix ialah:




1. Anggur Muscadine mempunyai 40 KALI GANDA LEBIH polifenol. Ia juga tinggi antioksida dan ada ciri2 anti radang. Terbukti memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, mencantikkan tahap gula darah, mencegah penuaan pramatang, dan banyak lagi!

2. Elderberries Eropah. Beri ada banyak jenis, kalau ikut kasta, kasta paling tinggi beri terbaik adalah elderberries. Sejak berabad dulu, elderberries telah digunakan untuk artritis, asma, sembelit , ubat selsema. Elderberries juga menguatkan imuniti badan kerana kandungan kalium dan vitamin C nya yang tinggi. Antioksidan yang kuat ini membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin alam sekitar, diet rendah dan tekanan. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan yang berlaku akibat kolestrol jahat di samping mengelakkan platlet dari melekat pada salur darah. Elderberry juga membantu meningkatkan penglihatan malam 

3.Polyganum Cuspidatum. Sumber semula jadi resveratrol.Resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga, mengurangkan berat badan dan membantu dalam mencegah pertumbuhan tumor.

4. Lobak Ungu. Lobak ungu merupakan sumber vitamin A yang baik dan mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, phenolic, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpens. Ini adalah fitokimia yang mempunyaiantioksidan, anti-bakteria, anti-radang. Lobak ungu juga mengandungi antosianin, yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti-oksida sangat tinggi.

Haa kalau lihat pada 4 jenis ramuan je yang digunakan untuk menghasilkan Vivix ni seolah-olah kita tak percaya yang KHASIAT nya yang NGETOP kan heheh. Vivix telah terbukti banyak membantu dalam masalah2 berikut:


• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Boleh baca tentang kebaikan Vivix dalam membantu pesakit kronik mendapatkankualiti kehidupan yang lebih baik DI ENTRI INI dan DI SINI. Bak kata orang tua-tua "tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata" kan. Begitulah juga dengan saya, jika Vivix ini tidak berkesan kepada keluarga saya tentulah tidak saya beriya-iya saya sharing tentang kebaikannya di sini. Untuk mereka yang ada di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai yang menghadapi masalah kesihatan serius dan kronik boleh mencuba Vivix sebagai ikhtiar untuk pulih. 

Masliza
019-624 2900
nurmasliza@gmail.com


Thursday, 30 July 2015

Bersedia Menghadapi Krisis dan Kegawatan Ekonomi Dengan 4 Tips Mudah.

Bismillahhirrahmanirrahim. Ermm, sehari dua ni hangat membara cerita ceriti tentang pergolakan politik dalam negara kita. Saya tidak berminat menjadi 'penganalisis politik tak bertauliah' di sini cuma saya mahu berkongsi rasa tentang kegawatan dan krisis ekonomi yang sedang kita depani sekarang. Ramai yang tahu nilai ringgit kita menyusut sejak berberapa bulan yang lepas, pasaran kerja juga semakin mencegil di mana banyak syarikat mengambil keputusan untuk mengecilkan bilangan staff mereka dan bermacam lagi kegawatan ekonomi. Pelbagai kesan krisis ini, sama ada di peringkat global ataupun tempatan yang telah kita ketahui. 

Kegawatan dan Krisis Ekonomi
Kegawatan dan Krisis Ekonomi


Kalau melalui bajet kerajaan 2015 pun banyak pemotongan dilakukan apatah lagi pada kita kan. Untuk menghadap kemerosotan ekonomi ni kita tidak boleh hanya jadi keyboard warrior menyalahkan kerajaan, menyalahkan orang itu menyalahkan dasar ini semata-mata ini kerana akhirnya yang menanggung kesusahan adalah diri kita sendiri. Sebagaimana telah Kerajaan lakukan memotong bajet 2015 maka kita pun kena lakukan sesuatu sebelum menjadi lebih teruk. Kita boleh memilih untuk Memotong Perbelanjaan atau Menambah Sumber Pendapatan. Memang sukar untuk seorang yang makan gaji menjamin sumber pendapatan mereka tidak akan tergugat walaupun ekonomi gawat - kecuali anda pekerja kerajaan kan. Sehubungan dengan itu kita perlu bersedia dari sekarang untuk berhadapan dengan kegawatan itu. 

Nilai Ringgit Jatuh Teruk Petanda Ekonomi Tenat
Nilai Ringgit Jatuh Teruk Petanda Ekonomi Tenat


Ok saya  kongsikan dengan anda 4 tips untuk kita bersedia menghadapi kegawatan ekonomi.


1)  Kurangkan Perbelanjaan Anda

Saya rasa, perkara ini tidak perlu saya ulas lanjut, sudah pastinya anda semua sudah sedia maklum. Setiap kali menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang perlu kita lakukan, ialah mengurangkan perbelanjaan kita. Semak semula perkara-perkara yang perlu kita bayar secara bulanan, adakah ia boleh dihapuskan atau dikurangkan. Antara yang praktikal untuk di amalkan ketika krisis ekonomi adalah mengurangkan makan di luar, kurangkan perbelanjaan shopping barangan bukan keperluan seperti kerap menukar handbag, kerap membeli kasut baru, kerap menukar telefon bimbit dan sebagainya. 

Bawa Bekal Ke Tempat Kerja Menjimatkan Perbelanjaan Kita
Bawa Bekal Ke Tempat Kerja Menjimatkan Perbelanjaan Kita


Kalau di rumah pula, pengalaman sahabat saya ialah bertukar pakej astro daripada yang mahal kepada yang basic iaitu RM38 je (sebelum GST), pakej wifi yer bukan wife hehehe pula di tukar daripada yang paling mahal kepada yang sederhana sahaja. Saya sendiri memang ambil pakej astro yang paling basic sejak dulu. Bukan kedekut tetapi itu langkah penjimatan. Ada juga kawan bekerja yang mengurangkan waktu rewang mereka pada hari Jumaat semata-mata untuk mengelakkan mereka berbelanja benda yang tidak penting. Yelah kalau orang bekerja, rehat hari Jumaat adalah yang paling ditunggu kan sebab nak pergi shopping heheheh.


2) Bersedia untuk diberhentikan atau hilang punca pendapatan

Pekerja swasta memang tiada jaminan untuk tidak diberhentikan. Itu hakikatnya. Walaupun anda sudah bekerja keras untuk memastikan anda adalah aset bagi tempat anda bekerja, namun kadangkala, sesetengah perkara sudah ditakdirkan dan akan berlaku. Jadi, sebelum perkara yang tidak anda ingini itu berlaku, anda perlulah bersiap sedia, orang kata, “Jangkakan perkara yang tidak dijangka” . Mungkin, pada waktu ini anda boleh mencari semula dan mengemaskini fail-fail resume anda di samping mengenalpasti “lubuk-lubuk” pekerjaan yang baru.

Bagi mereka yang berniaga sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menambahkan lagi kenalan & network perniagaan anda. Kerapkan diri untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan perniagaan. Manalah tahu, mungkin anda akan menjumpai “peluang-peluang” serta “idea-idea” perniagaan yang baru disini.


3) Mulakan Pelaburan

Ini pula adalah amat sesuai bagi mereka yang “berkemampuan” dan mempunyai duit lebih. Pada waktu kegawatan seperti ini, saham-saham mewah serta saham-saham amanah sangat murah, kadar faedah pinjaman untuk membeli rumah juga menjadi rendah. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah kekayaan anda.

Itulah antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi bertahan di dalam situasi kegawatan ekonomi ini. Semoga entri kali ini memberikan anda sedikit manfaat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini.


 4) Cari Punca Pendapatan Lain

Seperti yang dicerita di atas tadi, jika kita tak masih mahu meneruskan stail hidup seperti di zaman ekonomi sedang rancak berkembang kita perlu tambah sumber pendapatan yang ada. Jangan bergantung kepada satu sahaja sumber pendapatan. Mula mencari sumber pendapatan lain seperti membuat perniagan untuk mencari side income. Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan punca pendapatan anda. Ada yang memilih untuk membuat kerja part time selepas waktu kerja, ada yang memilih membuat perniagaan online dan bermacam lagi yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah, mengorbankan sedikit masa anda berada di hadapan televisyen. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.” Saya bukannya tak mahu buat.. cuma takde masa?”. atau " Saya tak pandai lah nak berniaga ni".

Zaman sudah berubah, dunia dah maju, kini, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa. Dan buat bisness Shaklee adalah salah satu daripada yang boleh kita cuba. Pilih perniagaan yang tidak memerlukan modal puluhan ribu dan tak memerlukan anda buat loan untuk menambah beban hutang. Dengan Shaklee hanya bermodalkan kurang RM100 anda sudah boleh mula menambah pendapatan. Apa yang penting di sini ialah kesanggupan kita semua untuk menggunakan sepenuhnya masa bagi mencari pendapatan tambahan.


Kesimpulannya kegawatan atau krisis ekonomi ini sangat-sangat memberi kesan kepada kita semua. Baik kerajaan atau kita sebagai rakyat. Kita suka atau tak suka kita harus hadapi jua. Dan kita harus berusaha supaya kita dan keluarga boleh terus survive walaupun ekonomi kita tenat. Kepada mereka yangberminat untuk mengetahui bagaimana Shaklee boleh membantu Menambahkan Pendapatan anda boleh email dan whatapps saya.

Masliza
nurmasliza@gmail.com
019-624 2900

Monday, 27 July 2015

Lebuh Raya Timur Barat dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Alternatif Elakkan Jem Balik Beraya Ke Kelantan


Alhamdulillah, sudah melalui bulan Ramadhan tahun ni dengan sebaiknya. Jujur saya akui, saya suka bulan Ramadhan, bulan yang sentiasa membantu saya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya. Banyak kenikmatan bulan mulia pada saya. Ok lah kali ni nak share sikit pasal perjalanan balik kampung. Kalau sebelum ni perjalanan balik kampung saya juga sama seperti anak Kelantan di KL, iaitu melalui Gua Musang. Sejak zaman berzaman balik ke Kelantan melalui Gua Musang. Dan....seperti biasa, semua orang Malaysia ni tahu dan sedar perjalanan balik kg orang Pantai Timur akan memakan masa berbelas-belas jam menjelang hari raya. Baca pengalaman jem balik kampung ke Kelantan DI SINI.

Tak kiralah raya kita orang Islam atau perayaan kaum lain di Malaysia ni. Saya sendiri pernah merasai perjalanan balik kampung ke Kelantan 10-13 jam haaaa tu diaa. Dedulu drive sendiri sorang-sorang bawak Kancil 850 MANUAL tau. Memang menanggisss lutut hahaah. Memang sampai kampung lutut menggigil. Serius memang tak tipu wooo. Dulu zaman anak dara apa ada hal drive sorang berbelas jam pun kan, seronok pun ada walaupun stress jem tak bergerak-gerak hahaah. Itu zaman 20-an. Hehehe. Bila dah kerja up grade sikit PERSONA AUTOMATIK. Haa lega sikit kan. Tapi bila perjalanan 20-30km/j memang sakit hati sakit lutut jugal dibuatnya hehe. Memang sesiapa anak Pantai Timur sudah lali dengan tempoh perjalanan berbelas-belas jam setiap kali ada cuti perayaan ni. Itu pengalaman tahun-tahun sudah saya. Entah kenapa tak pernah tergerak hati nak balik kelantan melalui Terengganu (dulu takde lagi LPT) so perjalanan jauh kononnya. Hehehe.

Nak dijadikan cerita tahun ni saya nak tolong adik perempuan yang baru ambil anak angkat baru berusia beberapa hari balik beraya. Yelah, dia sorang2 mana lah boleh bawak baby dalam pantang balik kampung kan. Mana nak drive, mana nak tengokkan baby. So kami pun ambil keputusan balik ikut Perak melalui Gerik. 1st kami tinggalkan Kuala Lumpur 2 hari sebelum raya (hari rabu 15/7/15), menuju ke rumah adik di Kuala Kangsar. Dan pada hari yang sama saya dapat update melalui fb jalan menuju ke Pantai Timur memang dah 'meriah' dengan jem. Kawan bertolak 3 pagi dari Kl sampai ke kelantan 3 petang esok nya haaaa bayangkan itu baru hari rabu tu heheh. Ok berbalik pada kisah kami dari KL ke Perak. Kami keluar rumah jam 730am dan sampai ke Kuala Kangsar jam 11.45am. Boleh dikatakan takde lah jem macam lalu ikut Gua Musang tu. Driver pun tak stress! So rest dulu kat Kuala Kangsar. Esoknya baru kami bertolak ke Kelantan. Kami bertolak lepas adik saya habis kerja lebih kurang jam 145 kami bergerak. Hanya berhenti sekali je solat jamak Zuhur dan Asar di Jeli. Kami sampai Pasir Puteh jam 615 petang. Memang takde jem langsung. 




Muhammad Saifuddin Pun Selesa Balik Ikut Gerik Takde Jem Katanya
Muhammad Saifuddin Pun Selesa Balik Ikut Gerik Takde Jem Katanya



 Kuala Kangsar-Gerik-Jeli- Tanah Merah
 Kuala Kangsar-Gerik-Jeli- Tanah Merah


Lebuh Raya Timur Barat
Lebuh Raya Timur Barat


Tasik Banding di Perak Merentasi Perjalanan Ke Kelantan Melalui Lebuh Raya Timur Barat
Tasik Banding di Perak Merentasi Perjalanan Ke Kelantan Melalui Lebuh Raya Timur Barat

Diulang sekali lagi takde jem langsung. Driver pun takdelah drive lelaju sebab ada baby kan. Perjalanan makan masa lebih kurang 5 jam. Kalau campur kan dari KL-kuala kangsar (4 jam), kuala kangsar-pasir puteh (5 jam) baru 9 jam. Jalan takde jem. Memang berbaloi lah bayar tol Kl-KK RM30 tu. hehehe. 9 jam memandu tanpa jem dengan 12-14 jam dalam jem memanh jauh berbeza. Hehe.

Nampak Terowong Ni Maksudnya Dah Nak Masuk Sempadan Kelantan Da
Nampak Terowong Ni Maksudnya Dah Nak Masuk Sempadan Kelantan Da



Bila sampai kampung makcik cakap dia dari KL-PP semalam (rabu) 15 jam perjalanan. Terus lepas berbuka aka malam raya tu makcik mintak saya 4 biji ostematrix sebab nak hilangkan lenguh badan dia lama dalam keta. Senyum jeee kami, sebab tahun ni tak perlu melalui jem tu. Dan yang penting supplement Shaklee memang membantu urat dan badan tanpa rasa lenguh dan sakit. Jujur saya cakap, hanya orang yang pernah merasai 'pesta jem balik kampung' je tahu macam mana rasanya.


Bila balik KL pula kami ambil keputusan balik ikut Terengganu. Kami pilih perjalanan santai melalui jalan pantai dari PP. Sekali lagi pilihan kami tepat sebab ikut Terengganu pun langsung tak jem padahal dalam masa yang sama kawan-kawan nak ke KL terpaksa sekali lagi menempuh jem. Saya lebih rela memilih jalan bertol melalui LPT (lebuh raya pantai timur). Biarlah perjalanan jauh sikit pun, sebab jika dah terperangkap dalam jem berbelas jam jugak. Kalau pilih laluan LPT dalam 8-9 jam baik lah pilih laluan LPT kan.


Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)



LPT 2 bermula dari Terengganu ke Pahang. Ianya dari Gemuroh-Kemaman-Jabor, dan laluan ni memang clear, jalan pun lurus je. Dan saya fikir itulah sebab banyak kemalangan berlaku, sebab boleh drive lalaju. So far tiada lagi tol dikenakan untuk LPT fasa 2 ni. Hanya di LPT fasa 1 (Kuantan-Karak je ada tol lebih kurang 19.80 kot). Exit di Jabor, masuk Kuantan pehtu masuk tol LPT1 pulak heheh. Jangan risau kat LPT 2 tu pun ada gak R&R dan hentian untuk kita berehat.



R&R Dan Hentian Sebelah Juga Ada di LPT2
R&R Dan Hentian Sebelah Juga Ada di LPT2



Saujana Mata Memandang Laluan LPT2
Saujana Mata Memandang Laluan LPT2

Perjalanan smooth je tanpa jem. Sampailah ke tol gombak. Nak elak jem di tol Gombak dinasihatkan bergerak awal hehe.

Sebenarnya kita ada banyak pilihan jika nak elakkan jem ni. Biasanya jem kalau nak ke KL jem teruk akan bermula dari Machang, Kuala Kria. Dan kalau dari KL ke Kelantan jem bermula dari tol Gombak, Bentong, Raub sampailah Kuala Lipis. Sebab jalan kecil. Personally pada saya jika kita taknak stress apa salahnya kita allocate sedikit wang untuk bayar tol dan pilih laluan lain selain dari Gua Musang. Pada saya dan keluarga untuk musim perayaan akan datang kami sepakat untuk tidak lagi melalui Gua Musang di waktu puncak hehehe. Tak cuba kita tak tahu kan. Hehehe. Sudah lah stress jem teruk, badan sakit-sakit. Itu belum masuk bab anak muntah anak berak lagi kan huhu. Orang cakap biar lah berhabis bayar tol asalkan tak sakit badan dan tak stress hehehe. Alhamdulillah perjalan pergi dan balik kampung kami sekeluarga selamat. Syukur pasa Allah melindungi perjalanan kami.


Thursday, 2 July 2015

Bagaimana Saya Berjaya Pisahkan Gajet Daripada Anak

Assalamualaikum. Hari Sabtu lepas saya bersembang seorang hamba Allah, seorang wanita dan ibu kepada 2 anak lelaki, dan 2 anak perempuan yang sama-sama berbuka di laman Masjid Putrajaya. Seorang ibu yang kagum melihat anak saya langsung tidak endahkan ipad atau iphone saya. Firas memang enjoy berlari ke sana ke mari atas rumput yang menghijau kat situ. Sedangkan keempat-empat anak wanita tu asyik mengadap ipad dan iphone ibu bapa mereka. Yang pasti saya sayur sayup dengar mereka tengok kartun boboiboy dan si kakak tengok cerita indonesia. Siap meniarap atas tikar tengok ipad. Mungkin dia hairan melihat Firas langsung tak endahkan ipad papa dia dan tak 'hadap' pun dgn phone saya.  Memang budak-budak guna gajet ni untuk tengok kartun atau tengok cerita kegemaran mereka je. 


Firas


Tak sangka pula wanita tersebut duduk di sebelah saya masa kami sama-sama solat Maghrib. Lalu wanita tu tanya saya

'Puan, maaf ye nak tanya anak puan tadi yang berlari-lari yang baca doa bukak puasa tadi tu umur berapa?'

Dia mungkin terdengar Firas baca doa bukak puasa dan doa makan dengan kuat masa kami berbuka tadi hehehe.

'Ohh anak saya dah 4 tahun puan. Kenapa yer'.

'Ohh baru 4 tahun, samalah dengan usia anak saya yang no 3 tu. Bagus anak puan tak hirau pun dengan gajet. Anak-anak saya tengok lah bukak puasa pun ipad dok sebelah. Sampai bawak ke tempat tidur lah'.
Saya tersenyum dan menjawab 'biasalah budak-budak'. Saya rasa masalah kegilaan gajet dikalangan kanak-kanak ni dah jadi masalah ibu bapa lain. Dulu saya pun hadapi benda yang sama. Tapi bila nampak Firas dah mula tak berenggang dengan ipad, saya perlu bertindak. Rasa terpanggil pula untuk berkongsi bagaimana saya berjaya menghapuskan 'ketagihan' menggunakan ipad daripada anak saya. 


Memang semua ibu bapa sayangkan anak. Kata pepatah 'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan'. Gitulah cara saya. Bukan bermakna saya memukul anak, tetapi saya gunakan kuasa VETO sebagai ibu untuk membuatkan dia ikut pada arahan saya. Mula-mula saya nasihat dan bercakap dengan dia, biasalah dah namanya pun budak tentulah dia jeee yang nak menang. Tambah pulak anak sorang baru kan. Lepas dah nasihat pun tak jalan, maka saya mula gunakan kuasa VETO. Saya cakap ini ipad mommy, bukan ipad Firas. Memang dia menanggis, tapi saya cakap No, No, No. Memang pada orang lain nampak cam kejam jee kan tak kasi anak temgok ipad. Tapi pada saya, kita ibu bapa dia, dia kena dengar cakap kita. Kita melarang sebab nakkan yang terbaik untuk dia. Saya lebih rela dia tunggu kartun kat tv dari berkepit dengan ipad. 

Oo berbalik kepada kisah tadi, sehari dua dia memang akan merengek dan meminta ipad. Tapi saya memang keras hati. Jawapan saya tetap NO, NO, NO. Bila dia menanggis kuat-kuat saya ugut dia tak nak love dia lagi. Lama ke lamaan, dia mengalah. Tak mintak nak tengok ipad lagi dah. Kalau dia pegang ipad papa dia pun saya akan jegil mata dan bersuara remind dia balik. Cengeyyy ke? Bukan cengey tapi saya sayangkan anak saya. Saya tak mahu dia rosak kerana gajet. Biar lah kita menanggis dan berkeras sekarang, mencegah lebih baik dari mengubati. 


Dalam hal ini suami sangat support saya. Bila saya cakap jangan kasi ipad, dia memang bekerjasama. Hasilnya sekarang anak saya Firas memang tak hiraukan gajet dah. Cuma sekarang dia akan ambil phone saya untuk ambil gambar bebanyak hehehe. Bila berjalan jauh saya memang tak ajar anak saya tengok ipad. Biarlah dia tengok dvd kisah 25 rasul atau kartun upin ipin dalam kereta. 

Sebenarnya takde masalah untuk pisahkan anak dengan gajet. Cuma ibu bapa harus berhati kering, hadap kerenah anak. Mengamuk, menanggis, meraung sehari dua tu kena tahan lah. Kita kan ibu bapa kenapa lah nak mengalah dengan mereka. Sesekali bertegas, anak memang kecut perut. Pada saya kita yang dewasa jangan terlalu ikutkan sangat keinginan anak-anak. Apa salahnya kita tak ikut keinginan mereka jika itu untuk kebaikan mereka? Kan? 

Kalau saya mampu buat, rasanya orang lain pun mampu juga. Tak cuba kita tak tahu. Selain tu, setiap kali nak tidur doakan semoga anak kita lembut hatinya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...