Monday, 24 August 2015

5 Bahaya Ibu Hamil Berkasut Tumit Tinggi

Bismillahhirrahmanirrahim. Al kisahnya semalam saya singgah di toilet Petronas Putrajaya, biasalah perempuan pregnant dalam 1st trimester ni selalu loya dan muntah. Apatah lagi bila lama berada dalam kereta mulalah rasa loya tak menahan. Masa dok sedap nak muntah tu saya ternampak seorang tengok ibu hamil ( maybe dalam 5@6 bulan berdasarkan baby bump nya tu) berjalan masuk toilet dengan high heels merah. Mak aihh, pregnant pakai kasut tumit tinggi??? Urban sangat kan... Sebelum dia keluar sempat lagi dia tanya saya pregnant ke? Saya menjawab jujur iya, baru nak masuk 7 minggu. Dia jawab ohh patutlah tengah mabuk, saya ni tunggu masa je, dua tiga bula lagi. Wahhh betul lah tekaan saya dalam 6 bulan gitu dia pregnant. Tapi satu je yang bermain di fikiran saya iaitu kesanggupan dia memakai kasut tumit tinggi dengan perut yang memboyot kata orang. 

Bahaya Ibu Mengandung Berkasut Tumit Tinggi





Saya merasa terpanggil untuk share dengan anda semua mengenai ibu hamil yang ditegah memakai kasut tumit tinggi. Kenapa? Sebab pemakaian kasut tumit tinggi ini boleh mengganggu tumbesaran bayi dalam kandungan. Walaupun berkasut tinggi nampak cantik dan menyerlahkan penampilan (terutama bagi wanita yang rendah) tetapi lebih baik anda fikirkan keselamatan diri sendiri dan ‘orang di dalam’. Betul tak? Lagipun bukan je orang-orang tua yang melarang ibu mengandung ni berkasut tumit tinggi, doktor dan nurse pun tak galakkan ibu mengandung memakai kasut tumit tinggi ni. Tok sah lah kita terikkut sangat gaya retis ompoteh tu kan hehehe. 

Ibu Hamil Tidak Digalakkan Memakai Kasut Tumit Tinggi
Ibu Hamil Tidak Digalakkan Memakai Kasut Tumit Tinggi


Sebenarnya, berkasut tumit tinggi semasa mengandung atau hamil ni ada banyak keburukannya. Saya kongsikan daripada pembacaan saya 5 keburukan kenapa ibu hamil ditegah memakai kasut tumit tinggi.


1. Masalah kaki bengkak

Kaki menjadi bengkak memang sinonim dengan wanita hamil tetapi apabila masih degil bertumit tinggi walaupun perut semakin membesar, anda sememangnya menempah masalah. Bebanan badan yang semakin bertambah tertumpu di satu titik iaitu di bahagian kaki hadapan. Ini menyebabkan kaki ibu hamil bengkak kerana kaki perlu menanggung badan yang semakin membesar. Bayangkan berat badan kita bertambah ditambah pula dengan perut kita yang maju kedepan dan kita pula memakai kasut bertumit tinggi yang halus itu. Eii tak boleh nak bayangkan perasaan kaki kita terpaksa bekerja keras menanggung berat dengan tumit yang halus itu.

Kaki Ibu Hamil Yang Bengkak Tidak Sesuai Pakai Kasut Tumit Tinggi
Kaki Ibu Hamil Yang Bengkak Tidak Sesuai Pakai Kasut Tumit Tinggi 


2. Menyebabkan varicose vein

Semakin tinggi kasut yang anda pakai, semakin jelas kelihatan otot pada betis dan paha anda. Ini akan menyebabkan masalah varicose vein semakin kronik bahkan kaki juga mudah penat apabila berjalan. Dulu-dulu saya sendiri selalu tengok mak saudara saya yang hobinya pakai heels 4-5 inchi sepanjang lecture dia. Balik rumah pasti dia akan tunjukkan urat dan salur darah yang menimbul hehehe. Buruk pun ada, tak sedap mata kita menenggoknya. Apatah lagi ibu hamil ni habis semua otot tersembul keluar kan. Kesian kaki kita.


3. Mengganggu keseimbangan badan

Semakin lama perut semakin membesar seiring dengan usia kehamilan anda. Dengan adanya beban baharu di perut ia membuatkan fokus berat badan berubah. Jadi, keseimbangan badan turut berubah dan kemampuan untuk menyeimbangkan badan semakin berkurangan. Apabila ibu asyik memakai kasut tinggi walaupun kehamilan sudah masuk trimester ketiga, maka ia hanya mengundah bahaya ibu mudah terjatuh. Ini memang membuat kans aya asyik terfikir je pada perempuan yang saya jumpa kat Petronas tu. Saya dok fikir cemmanalah kalau dia jatuh terjelepuk dengan kasut tumit tingginya tu? Apa akan jadi pada bayi dalam kandungan nya? Nauzzubillahhiminzalik.

Say No To High Heels During Pregnancy
Say No To High Heels During Pregnancy



4. Sakit saraf sciatica

Ibu hamil berisiko merasa kesakitan dari bawah punggung hingga ke tapak kaki. Semakin membesar kandungan, rasa sakit ini menekan saraf sciatica. Ibu akan mengalami kejang kaki atau tapak kaki seperti dicucuk sebab itulah kita di larang memakai kasut tumit tinggi ni semasa hamil. Pemakaian kasut tumit tinggi akan menambahkan kesakitan normal yang ibu hamil tanggung sebenarnya. 


5. Sakit punggung

Posisi kaki ketika berdiri membuatkan beban badan tertumpu kepada bahagian kaki hadapan. Lebihan beban pada kaki menyebabkan sumsum tulang belakang dan punggung berasa pedih kerana ketika hamil ibu perlu menanggung berat badan sendiri dan berat bayi dalam kandungan. Justeru, kaki yang menampung bebanan tersebut membuatkan punggung terasa sakit. Walaupun sakit punggung dan sakit belakang itu normal bagi ibu hamil, tetapi kekerapan dan kebarangkalian untuk ibu yang bertumit tinggi mendapat sakit punggung dan belakang ini adalah 80% lebih tinggi berbanding ibu hamil yang tak memakai kasuttumit tinggi.

Sakit Punggung dan Sakit Belakang Lebih Kerap Pada Ibu Hamil Berkasut Tumit Tinggi
Sakit Punggung dan Sakit Belakang Lebih Kerap Pada Ibu Hamil Berkasut Tumit Tinggi


Tak salah sebenarnya untuk ibu hamil berfesyen, cuma berpada-pada dan biarlah kita utamakan keselamatan bayi yang dikandung. Mungkin ada orang rasa alah pakai sesekali je, lagipun bukan nya jalan jauh pun, kita naik kereta je, tetapi ibarat kata pepatang 'malang tak berbau'. Biarlah kita berkorban sedikit daripada kita menyesal kemudian hari ye kan.

Love
Masliza 019-624 2900
SID 908080
nurmasliza@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...