Wednesday, 14 September 2016

Penjagaan 'Extra' Semasa Membeli Belah Bersama Anak Elak Kejadian Anak Hilang

Kisah berlaku Sabtu lepas - 10/9/16 si Giant Sek 13, Shah Alam. Kisah berlaku depan mata, agak seriau jugalah. Al kisahnya saya appointment dengan bakal pengguna set barsalin Shaklee di Subway dalam Giant tu. Macam biasa saya sampai jam 10.30 walaupun kami janji dalam kul 11.30 pagi. Jadi disebabkan kami sampai awal, Firas pun main-main lah dulu kat playground dalam Giant tu. Playground tu terletak tengah-tengah antara KFC dan Subway. Nak dijadikan cerita dalam dok tunggu Firas main, dan tunggu bakal customer saya datang saya di datangi seorang ibu yang tengah mengandung dengan dua anak lelakinya.

"Dik tumpang tanya, ada nampak budak perempuan pakai tudung Frozen tak? Tinggi dia lebih kurang macam ni sambil (tunjukkan aras paha dia)".

"Takde lah kak. Anak akak hilang ke?"

Tanpa jawab pertanyaan saya ibu tadi pergi ke pintu keluar berdekatan Subway. Sambil matanya melilau lilau mencari anak perempuannya. Dalam hati saya terdetik Ya Allah, jangan lah anak dia kena culik. Mungkin sebab masih awal pagi orang dalam Giant pun tak ramai sangat. Saya nampak muka ibu tu mula cemas dan berpusing pusing cari anak perempuannya.

Saya cakap dengan my inchce suami, ada orang hilang anak. Awak tolong laa cari kot-kot nampak orang yang mencuriga kan. Awakkan ex SIO. Serius masa tu dalam kepala saya dah terlintas macam-macam walaupun hati mengharapkan budak tu tidak diculik. Lantas suami saya bangun, cewahhh gaya tipical polis pencen hahaha pandang kanan kiri. Lepas tu dia pun ikut lah ibu yang cari anak tadi dari jauh. Kemudian dia datang balik tanya saya umur budak tu berapa pakaian macam mana. So saya pun explain la ikut ciri-ciri yang si ibu cakap tadi. Suami saya pergi ke pintu masuk utama tinjau-tinjau kot laa ada budak menangis ke apa ke. Lepas tu saya pasang telinga dengar dua anak lelaki si ibu tadi tu tanya 
"Mama adik pergi mana"
"Diam lah. Ish mana laa si xxx (nama tak jelas) ni pergi." 

Saya perhatikan mata si ibu dah mula berkaca. Terus saya cium Fawwaz yang tidur dalam stroller. Memang rasa takut, tasa sayu semua ada. Saya panggil Firas keluar dari playground, dan ikut si ibu tadi dari jauh. Keeepochi nak tau kan, hahaha. Tapi sebenarnya saya nak tolonh jugak. Si ibu ke sana ke mari mencari. Saya pandang suami yang berdiri kat pintu masuk utama, dia menggelengkan kepala. 

Tak lama lepas tu saya nampak si ibu menuju ke arah saya dengan membawa anak perempuannya. Berbaju pink dan bertudung pink Frozen. Ya Allah syukur lah. Nasib baik si anak bertemu juga dengan ibunya. Kecik comel je si anak perempuan tu. Tak boleh bayangkan kalau saya mau saya dah menanggis nangis kat situ jugak. Si anak perempuan pun nampak cuak je muka. Yang abang dia sibuk tanya adik pergi mana tadi. Seram sejuk saya yang menyaksikan apatah lagi si ibu tu kan. Dengan macam-macam kes sekarang ni, Nauzzubillah. Bila nampak je si ibu dah jumpa anak perempuannya, saya bagi isyarat kepada suami so dia tak perlulah jadi polis pencen kat pintu tu kan hahaha.

Kita sebagai ibu bapa kenalah lebih berhati hati bila bawa anak ke mana-mana. Demi Allah masa si ibu bertanya pasal anak perempuannya hilang tu berderau darah, panas sejuk (seram sejuk ) badan terkejut. Saya tak sanggup nak tengok tragedi seorang ibu kehilangan anak depan mata. Semoga kejadian ni dapat saya jadikan iktibar pada, dan harap anda juga dapatlah jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Senakal atau seaktif manapun anak kita, pastikan kita sentiasa pegang mereka. Takde ibu bapa yang mahu kehilangan anak mereka kecuali orang yang tak berhati perut buang anak sendiri tu. Saya tak salahkan si ibu tadi, mungkin dia ingat abang-abangnya jaga adik sebab di tangan dia ada beberapa plastik giant, ye lah dia pun tengah mengandung kot. Benda nak jadi sekelip mata sahaja kan. Syukuri dan jagalah amanah Allah dengan sebaik mungkin. Ginilah naluri seorang ibu, seakan dapat merasai penderitaan wanita bergelar ibu.

Ketika membeli belah tumpuan ibu bapa terbagi kepada anak-anak dan fokus apa yang nak dibeli. Jadi disitulah perlunya 'extra' hati-hati. Kalau ibu perlu jadi singa pun jadilah asalkan anak-anak tak berada jauh dari pandangan mata kita. Kalau perlu cubit puj cubit lah asalkan anak jangan jauh dari kita.





Sunday, 28 August 2016

Transfer ke Kuching atau ke Kota Kinabalu?

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Macam-macam dugaan pulak datang bulan Ogos ni. Bermula dengan arahan pertukaran saya ke Kuching pada awal bulan, disusuli pulak arahan pertukaran my inche suami ke Kota Kinabalu. Hattuuu diaaaa. Berderet-deret Allah bagi hadiah. 

Berita pertukaran post saya ke Kuching memang buat perasaan bercampur baur. Suka dan tak suka. Haaa acaner tu, acaner tuuu. Suka sebab kerja kan...tak suka sebab tak sanggup nak berjauhan dari suami. Dannnn tiada rayuan diterima untuk pertukaran tu. So selepas bincang-bincang, timbang tara baik buruk dengan suami sekali lagi saya ambil keputusan melepaskan kerja tersebut huhu. Ini kali ke2 saya melepaskan jawatan disebabkan majikan hantar ke kawasan lain. Masa kerja dengan Yayasan Sejahtera dulupun saya melepaskan jawatan sebab dipaksa ke Kelantan. Walaupun dipindahkan ke negeri kelahiran sendiri, saya tak berapa happy sebab my inche suami tak boleh pindah. So, saya berkorban demi anak. Tak nak lah anak saya berjauhan dengan papa dia. Duit boleh dicari, tapi ikatan dan kasih sayang lebih penting. Lagipun saya ada pilihan lain dengan buat bisness Shaklee. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya. Hampir 3 tahun saya buat bisness Shaklee full time, tiba-tiba dapat tawaran masuk kerja gomen walaupun post kontrak jadi my inche suami advised supaya terima, so sebagai isteri solehah dan mithali (sangatttt  kan) saya pun terima. Lagipun saya suka post tu...berkaitan dengan research, ada bau bau belacan bidang sains sukan juga...hehhhh memang bidang ai leee tu. Barulah kena sarjana muda sains sukan dan sarjana pentadbiran awam, fuhhh akhirnyaaa. Tapi kan perancangan Allah itu lebih baik, elok je lepas raya dpt arahan post saya sebenarnya di Kuching, bukannya di HQ Putrajaya. Haddoiiii senak otakkkkk, bulan Ogos sila lapor diri. Sedih yahamattt tau...Ok pendekkan cerita biarlah demi keluarga ku, aku berkorban sekali lagi. Chewahhhhh. Saya sebenarnya tak sanggup dan seboleh bolehnya taknak anak2 jauh daripada papa dia. Takde rezeki untuk post jawatan itu. Redha ajelah. Tidak mengapalah, Kuching akan tetap dalam kenangan. Waktu bertugas di UM dulu selalu jugak ke Kuching atas urusan kerja. Jadi tidak lah orang kata tak pernah jejak kaki ke Kuching kan hAhaha. Meh layan sekeping gambor dengan mood terobek masa selim melim di bandar Kuching hahahaha.

Baru Balik Meeting dengan Sarawak State Planning Unit (SPU) masa. 

Tak kisah dan taklah risau sangat walaupun berhenti kerja, sebab bisness Shaklee kan ada, masih boleh dapat income juga. Syukur!!!! Oh yerr sapa nak belajar cara menjana income dengan Shaklee boleh cari saya yer. Saya boleh tunjukkan caranya nak buat bisness secara full time atau part time. Modal kecik je uollssss.

26 Ogos suami pulak dapat arahan ditukar kan ke Kota Kinabalu (KK). Ya Allah, rasa macam dihempap batu. Oh noooo, terus mak bermasam muka kejap dengan inche suami hahaha. Entah kenapa hati berat nak pergi- maybe sebab di KK tiada saudara masa saya. Sabah negeri kelahiran inche suami of course laa dia suka kan. Nak tak nak sekali lagi sebagai isteri solehah dan mithali saya pasrah dan redha dengan keputusan suami. Ya Allah tentunya ada hikmah besar yang bakal Engkau berikan kepadaku. Ayat memujuk hati kannn. KK pun bukanlah asing buat saya. Banyak kali dah sampai KK. Malah hampir semua daerah di Sabah tu saya dah jelajah walaupun saya orang Kelate. Dan paling best inche suami yang Sabahan ni pula banyak tempat belum sampai haha. Jangan terkejut di sendiri belum pernah sampai Pulau Mabul atau Pulau Sipadan hahaha. Ok part ni saya menang hahaha. Syukur diberi rezeki menjelajah negeri orang masa bekerja di UM dan Yayasan Sejahtera dulu.

Jadinya, selepas ini saya akan bermastautin di KK untuk tempoh tak tahu berapa lama huhuhu. Sekali lagi diingatkan yer isteri Solehah dan Mithali kan hahahaha. Untuk sedapkan hati sendiri ok lah duduk KK nanti boleh beli perabot jati bebanyak. Ehh apa kena mengena yer??? Ok kita tunggu dan lihat.

Babaiiii





Thursday, 25 August 2016

Hilangnya Kewarasan Manusia-Bayi Dijumpai Ditempat Pembuangan Sampah.

Bismillahhirrahmanirrahim. Sebak dada memaksa saya bingkas bangun. Mata sukar untuk lelap bila asyik teringatkan berita tentang bayi yang dijumpai hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Papar Sabah. Hati seakan ditoreh-toreh baca berita tersebut. Baca berita penuh di sini http://www.hmetro.com.my/node/161567

Jem otak saya bila fikir kenapalah bayi yang tak berdosa diperlakukan sedemikian. Bayi yang baru dilahirkan, masih bertali pusat dibuang tanpa belas!!!! Manusiakah yang sanggup buat begitu? Seakan terbayang betapa mulusnya wajah kecil yang baru menjengah dunia, masih terngiang tangisan si kecil minta dipeluk. Bikin bergenang air mata, sebu dada macam nak maki je orang yang tergamak buat begitu. Hilang sabar kejap oiii baca!!!!

Kalaupun bayi tu tak diundang kehadirannya, perlu kah dibuang ditempah sampah hingga terbakar rentung? Mungkin hilang kewarasan untuk menutup malu. Tapi malu tu kome yang cari sendiri ooiii. Adeh saya ter emo lebih.... Orang yang dah kawin nak dapat anak sanggup usaha macam-macam cara untuk dapatkan anak. Tapi ada orang yang Allah suburkan rahimnya sanggup pulak buang anak sendiri, bukan setakat buang tapi bunuh!!! Meskipun jika bapanya tidak mahu bertanggung jawab, sebagai seorang ibu sanggup ke buat anak kita begitu. Mungkin si pelaku tidak merenung ke anak mata bayi tersebut dulu ni huhuhu. Selalunya hati kita cair bila tengok mata baby, kasih sayang akan mengalir... Jika pun tidak mahu bayi yang dianggap tidak diundang itu kenapa tidak diberikan kepada orang lain? Apa hak kita sebagai manusia untuk mencabut nyawa bayo tuuu. Sungguh saya tak mampu nak fikir...ada manusia sanggup buat begitu.

Benarlah kata orang di kalangan manusia ada yang bersifat binatang... Dan ini salah satu daripadanya. Memang berita pembuangan bayi sering berlaku, seakan ianya tiada penghujung. Selagi adanya pergaulan bebas, adanya masalah sosial, maka isu ini akan terus berlaku. Tapi kenapa tiada kesedaran? Adakah buang bayi tu langkah terbaik atau penyelesaian terakhir kepada mereka yang terlanjur? Masih mahu menambah dosa? Aduhhh bermacam persoalan berlegar dalam kepala. Entah kenapa kali ni saya makin sensitif bila melibatkan bayi. Saat baca berita tu air mata bergenang (mak enon sangat kan hahaha), naluri keibuan mungkin! 






Wednesday, 24 August 2016

Dia Ingat Kita Cinta Ke Tulis Surat!!!!

Kecoh laa sepanjang minggu lepas orang dok share kat facebook tentang episod 'Berbalas Surat Antara Lin Dan Dengan Chong Wei'. Uish panjang berjela kan surat tu. Hehehehe. Sejujurnya saya baru baca kedua-dua 'surat' tersebut di facebook. Comel je ayat-ayat dalam 'surat' tersebut. Harus saya akui terdetik dalam hati betul ke Lin Dan tulis surat tu hahaha. Tapi saya tak kisah lah betul atau tidak. Baca tanpa perasaan je hehehe. Lepas tu gigih pulak baca balasan 'surat' dari Chong Wei hahahahaha. Dalam hati amboi bukan main lagi aihh depa ni. Dan saya ingatkan isu surat ni selesai. Walaupun terpalit sedih gak laa dengan balasan surat Chong Wei tu hahahaha. Ayat tak boleh blah (lebih kurang cam ni) 'saya mempunyai banyak koleksi pingat perak' adehh berlubang jantung kita baca tau hahahaha. Pandainya menyulam ayat!!!!

Tup-tup, semalam bila press mintak Chong Wei ulas isu ni rupanya isu tu sengaja di ada-adakan. Wallahhhhhhhh tertipooo sudah kita semua hahahaha. Paling best bila Chong Wei jawab "dia ingat kita cinta kaa tulis-tulis surat...mana ada" sambil geleng kepala. Ringkas, padat, kelakar dan reaksi muka yang cute!!!! Hahahaha. Terubat rasa kasihan pada DLCW dia senyum cenggitu hahaha. Nah tengok reaksi dan penafian DLCW di sini https://www.facebook.com/AstroAWANIEnglish/videos/1170815252940273/

Moral of the story, manusia sekarang suka sangat mengada-ngadakan cerita  mensensasikan berita. Mungkin reporter atau mungkin pahlawan papan kekunci ni suka untuk menarik perhatian orang barangkali. Apapun tujuan sebenarnya mereka sahaja yang tahu. Semua nak jadi hero barangkali- nak jadi orang pertama menyebarkan berita sensasi hahaha. Apapun itulah cabarannya dunia tanpa sempadan dan kecanggihan teknologi masa kini. Berita lebih pantas disebarkan melalui media sosial dan internet.




Monday, 22 August 2016

Terima Kasih Nurse dan Doktor Wad Bersalin PPUM

Bismillahhirrahmanirrahim, fuhh kekok pula rasanya nak menulis blog lepas dah lama menyepi dek tangan keras kejung lantaran takde idea miahahaha. Kalau nak senaraikan alasan sunyi sepi memang berjela-jela lah jawabnya kan. So jalan singkat toksah dok cakap apa satu jaaa alasannya malas hahahaha! 

Ok nak update lah kan kepada pembaca sekelian chewahh macam ramai pembaca kan hehehe saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 March 2016. Alhamdulillah both of us sihat walafiat. Kali kedua bersalin pun secara c-section atau dengan kata lain bersalin secara pembedahan! Auuuwew ngeri kan sesetengah ibu dengar. Tak mengapalah rezeki Allah bagi untuk tambah zuriat walaupun kita bersalin secara c-section. Eheeee siapa cakap rugi tak rasa sakit bersalin??? Masa anak 1st saya dah merasai sakit bersalin lebih 24jam sebab doc induce untuk paksa bersalin normal tapi sampai ke sudah jalan baru terbuka 6cm, so end up tolak masuk bilik bedah. Mana-manalah normal atau dibedah janji ibu dan anak sihat.

Muhammad Fawwaz nama diberi. Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya  (PPUM).

Ni diaaa baby sejurus lepas keluar dari bilik pembedahan




Pernah dengar orang cakap servis PPUM teruk sebelum ni, tapi pengalaman saya sendiri semua nurse dan doc di PPUM tu memang ramah mesra. Jagaan nurse pun memang bagus. Rezeki saya, dua kali bersalin di bedah oleh doc perempuan Islam. Masa dalam ward pun dirawat oleh doc perempuan, syukur sangat. Nasihat saya jangan lah  cepat mengatakan servis sesebuah hospital tu teruk kalau anda sendiri tak  melaluinya. Saya bersalin di hospital kerajaan. Anak 1st di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kali ni PPUM pula. Dua-dua pun terbaik servisnya. Takde lah kejadian nurse perli/tengking/marah pesakit. Kalau marah sikit-sikit tu biasalah sapa suruh tak ikut arahan nurse atau doktor kan hehehe. Kiranya layanan memang best, baik di PPUM ataupun di HKL. Siapa cakap spital gomen low class??? Dua kali saya bersalin duduk dalam bilik ber aircond, 4 orang satu bilik. Kalau PPUM memang semua patients duduk dalam bilik. So saya tak tau yang mana 1st class, mana low class nya hehehe. 

Ni lah bilik saya sebelum bersalin

Makanan hospital pun sedap katanya Firas hehehe

Ok saya share sikit untuk ibu-ibu yang bakal bersalin jika anda memilih PPUM sebagai tempat bersalin, jika bernasib baik baby kita akan di tahnik kan oleh ustaz dari masjid PPUM. Menurut nurse 3kali seminggu ustaz akan datang ke ward bersalin untuk tahnik kan baby Islam yang baru lahir. Dan memang rezeki Fawwaz, hari kedua lahir, hari Jumaat ustaz datang dan tahnik kan dia. Air zamzam, kurma dan sedikit garam kalau tak silap saya. Ibu-ibu siap dapat goodies sumbagan AJK Masjid PPUM. So ibu-ibu tak payah dah nak pening kepala nak bawak baby jumpa ustaz atau orang alim untuk tahnihkan mereka kan. Untung kan hehehe. Terubat sikit rasa sakit dan ngilu bersalin tu hehehehe. Terima kasih pihak PPUM.

Memang kalau ikut arahan kanak-kanak bawah usia 12 tahun tak dibenarkan masuk, tetapi semua tu boleh dibawa berunding. Pihak hospital pun faham, kalau macam saya ni mak ayah takde nak jaga anak sulung, jadi suami terpaksa lah heret anak sulung yang berusia 5 tahun ke ward sebab takde siapa nak jaga. Mintak kebenaran bagi tau elok-elok, mereka bagi masuk tapi dengan syarat JANGAN BISING hehehe.



Ermm itu lah antara pengalaman bersalin di PPUM. Saya terhutang budi dengan nurse dan doktor wad bersalin PPUM. Terima kasih atas khidmat dan jagaan mereka semua. Terbaik, terbaik, terbaik. Itulah yang saya boleh katakan. Pengalaman dalam bilik bedah pun nak di kongsi ke? Ada ke orang yang nak tau ni? Hehehe. Mungkin saya akan cerita lain kali itupun kalau ada yang nak tau laa kan hehehe.

Thursday, 25 February 2016

Gawat 2016: 10 Tips Mudah Hapainya

Walaupun 2016 baru nak menginjak ke bulan ketiga dalam kalendarnya, tetapi kesan akibat kelembapan dan gawat ekonomi makin terasa. Dengan nilai ringgit kita yang merudum, kadar pengangguran meningkat, kenaikan harga barang toksah citer lah kan. Kita rakyat biasa-biasa yang berpendapatan biasa-biasa ni memang terasa sangat kesannya.

Sebenarnya bila gawat datang, habit diri kita lah yang menentukan survival kita harung kegawatan tersebut. Saya antara yang terkesan dengan kegawatan ekonomi kita. Dan saya juga sedang mengubah habit berbelanja. Banyak menumpukan kepada barang keperluan berbanding kehendak. Kiranya cut kos sana sini di samping berusaha mencari lebih banyak peluang niaga. 

Banyak pembacaan dan tips menghadapi gawat ekonomi yang saya baca dan di sini saya dapati ada 10 tips yang sangat praktikal dan ada di antara tips ni saya sedang amalkan. Jom kita tengok apa 10 tips tersebut.

1. Jangan tukar kerja di waktu ini kerana ‘yang terakhir masuk, paling awal keluar’.

2. Pakai kereta lama, tangguh beli yang baru buat seketika. Jangan ikut peribahasa 'biar pape asey bergaye'!

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan, bila-bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa untuk bersedekah, walaupun kita sedang susah. Bersedekah itu pembuka pintu rezeki.

6. Tangguh beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukannya berdosa. Saya duduk kuaters, rumah teres kami disewakan pada awal tahun ni. At least duit sewa tu dapat settlekan bayaran ansuran rumah dan dapatlah untung dalam beberapa ratus untuk kami. Jana income di situ! Hehe

7. Banyakkan membaca, ada banyak idea bagaimana nak jana pendapatan luar biasa. Fokus pada bisness yang paling rendah modal dan risiko. Dan bisness Shaklee adalah paling sesuai dengan saya. 

8. Jangan hanya merungut, berusahalah sampai cukup. 

9. Jangan lupa bina ‘tabung warna’, jumlahnya boleh mencecah beribu juga. Asingkan tabung warna merah, biru dan hijau at least sekeping sehari. Sekarang saya ada tabung hijau dan biru sahaja. Hehehe.

10. Kurangkan tengok catalog perabot, handbag berjenama, nanti geram nak tukar yang baru. 

Moga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. 




Sunday, 14 February 2016

5 Resipi Untuk Tampil Anggun Sihat dan Bergaya

Just nak share 5 RESIPI SIHAT untuk kita semua. Gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyihatkan dan mengenyangkan. Kalau rajin buat dan amalkan memang tercapailah hasrat di hati.

Feel free tu share and like. Percuma jer. Selamat mencuba!











Masliza 019.6242900

Thursday, 11 February 2016

3 Punca Utama Kanak-Kanak Demam

Sebab utama demam di kalangan kanak- kanak:

1- Serangan kuman viral adalah paling popular menyerang kanak- kanak. Ianya boleh berlarutan selama beberapa hari dan biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan antibiotik. 

2- Jangkitan kuman yang biasa menyerang kanak- kanak termasuklah jangkitan telinga, sinus, paru- paru, buah pinggang dan pada tekak. Ia biasanya akan menampakkan simptom dalam masa 12 jam selepas terkena jangkitan. 

3- Tumbuh gigi akan menyebabkan bayi demam, namun suhunya tidaklah tinggi. Perhatikan jika suhu menjadi lebih tinggi dan bawa anak berjumpa doktor dengan segera.


Wednesday, 10 February 2016

Anak Demam, Jumpa Doktor Atau Tidak

Sebagai ibu bapa saat paling tak best dan ibu bapa tak boleh tidur malam ialah bila anak demam. Adakalanya bila anak demam, kita boleh merawat di rumah sahaja. Tapi kalau yang demam tu ialah baby memang nak tak nak ibu bapa kena lebih berhati-hati. Maklumlah baby ni kalau demam dia cuma tahu merengek je kan, nak cakap kat mana yang tak selesa dia tak tahu huhuhu. Jadi sebagai seorang ibu, kita kena perhatikan tanda- tanda yang menunjukkan anak perlu rawatan segera di hospital apabila demam.

1- Anak kelihatan lesu dan lemah walaupun demam sudah kebah

2- Demam kebah dan datang semula dengan cepat

3- Anak tidak kencing dalam masa 8 jam semasa demam

4- Anak menangis dan tidak mengeluarkan air mata

5- Guna gerak hati anda, ianya selalu tepat.



Pendek kata sebagai ibu kita memang sangat-sangat pentingkan kesihatan anak-anak kan. Tak kiralah ibu tu bekerja atau ibu yang tak bekerja. Ibu sanggup lakukan apa saja untuk anak-anak.

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Nur Masliza Muda
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Pantai Dalam / Bangsar / Pusat Bandar KL/ Puncak Alam
Shaklee ID No : 908080
Contact No :019-6242900
Email : nurmasliza@gmail.com

Monday, 8 February 2016

Firas Mula Belajar Tidur Dibilik Sendiri - Part 1

Buat pertama kalinya, malam ni Firas tidur di bilik sendiri! Dan malam ini juha saya merasai sendiri naluri keibuan yang sangat luar biasa. Pertama kali ajar anak tidur di bilik sendiri. Walaupun sebelum ni saya beriya-iya menyuruh dia tidur di bilik sendiri, tapi malam ni bila dia tertidur di bilik tu Allah saja lah yang tahu perasaan saya.

Tak sampai hati, sedih, risau dan takut bercampur baur. Rasa beratnya nak melepaskan dia tidur di bilik sebelah tu. Padahal sebelah bilik aje pun. Itupun dia tidur pintu bilik di bukak, malah pintu bilik saya pun tak ditutup rapat. Yelah, Firas pun masih dalam proses menyesuaikan diri, baru belajar tak tidur berpeluk dengan mommy risau lah kot-kot memalam nanti dia menanggis carik mommy kan hahaha. Masa ni lah saya terfikir akan perasaan ibu-ibu yang melepaskan anak mereka ke asrama atau melanjutkan pengajian ke mana-mana. Pendek kata anak jauh dari mata, tentulah risaukan. Yang saya ni baru nak ajar anak tidur bilik berasingan pun dah sedih sayu pilu! Ajaibnya kan naluri keibuan, kasih sayang tanpa sempadan!


Nampaknya Firas dah tunaikan promise dia nak tidur bilik sendiri bila dah 5 years old. Dari tahun lepas lagi saya dah cakap dengan dia yang bila dia dah 5 years old kena tidur bilik sendiri. Masa tu dia memang cakap ok, promise. Heheeh. Tapi baru-baru ni meragam juga lah bila disuruh tidur sendiri hahaha.

Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun
Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun

Tapi lately ni mommy rasa tak selesa sangat tidur bertiga walhal katil dah size King ni bahaha. Maklumlah perut mommy dah makij besar, nak bangun pun kena amek ruang hahaha. Jadi nak tak nak mommy terpaksalah pujuk Firas tidur bilik sendiri. Dan perancangan Allah itu hadir tak pernah lewat atau awal, ia nya hadir tepat pada masanya. Kali ni mudah pula memujuk Firas, sekali cakap je dia terus bersetuju. Syabas anak syurga mommy! Nampaknya Firas dah ready nak jadi abang hehehe.




Belajar Tidur Sendiri Dah
Belajar Tidur Sendiri Dah

Ini baru nak asingkan bilik tidur anak, macam manalah nanti nak lepaskan anak ke asrama, nak pergi belajar jauh, nak kawen nanti yer. Huhuhu rasanya tak sanggup nak berpisah dengan anak. Begitulah hebatnya kasih sayang ibu. Macam tu jugalah kan perasaan ibu kita dulu-dulu. Fasa demi fasa ibu kita dulu sedang kita lalui. Dulu kita anak, sekarang kita ibu yang ada anak. Nah rasakan pula bagaimana membesarkan anak-anak hehehe. Moga Allah memberikan kita semua memudahkan dan menjadikan kita ibu yang hebat. Kasih sayang ibu yang sejati, naluri ibu yang hebat membawa ke syurga!





Friday, 5 February 2016

Tips Elak Nyanyuk Awal

Nyanyuk atau Dementia seringkali dikaitkan dengan orang perempuan. Manakan tidak setiap kali melahirkan anak pasti ada urat yang putus. Orang tua dulu-dulu cakap lagi banyak anak, lagi banyak urat putus dan bila makin banyak urat putus lagi cepat nyanyuk seseorang perempuan. Entah betul entahkan tidak! Hehehe. 

Lebih serius apabila seseorang tu di sahkan mengidap Alzheimer atau nyanyuk walaupun belum lagi diusia emas! Eiii takmau lah kan nyanyuk di usia yang tak sepatutnya. Letak barang lupa, parking keta kat mana pun lupa, nama anak pun lupa (aiyorkkkkkk) aiseyyyy man....Jom kita tengok tips untuk mengelakkan dari nyanyuk awal!

Tips Elak Nyanyuk Awal


Tips Elak Nyanyuk Awal

1- Bersenam. Semakin kita cergas, semakin cantik lancar darah di dalam badan dan ke otak kita, semakin banyak sel- sel otak yang baru akan muncul.

2- Berkomunikasi. Elakkan menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain. Biasakan berbual dan bertukar- tukar fikiran dengan orang lain.

3- Banyakkan latihan minda seperti membaca, membuat puzzle, menyelesaikan kuiz dan teka- teki. Mendengar muzik juga melatih minda menjadi lebih cerdas.

4- Jaga kesihatan jantung. Caranya mudah, apa yang baik untuk jantung, maka ianya baik untuk otak.

5- Kawal stress setiap hari melalui solat, meditasi ataupun yoga.

Wednesday, 3 February 2016

5 Perkara Yang Perlu Diketahui Sebelum Memilih Produk Untuk Kulit Wajah



Sebelum anda memilih produk penjagaan wajah, pastikan anda kenal dahulu kulit anda sendiri. 



5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Produk Penjagaan Kulit Muka.


1- Adakah kulit anda sensitif, mudah naik ruam atau gatal- gatal bila menggunakan mekap atau pencuci?

2- Adakah kulit anda sudah bermasalah seperti jerawat, dan jeragat?

3- Adakah liang roma di wajah terbuka, kulit rosak akibat cahaya matahari atau ada parut yang ketara?

4- Adakah kulit anda telah muncul kedutan- kedutan halus di wajah?

5- Adakah bawah mata anda dilingkari lebam hitam atau sembab?



Jika anda dapat mengenalpasti jenis dan masalah kulit anda, mudahlah untuk anda membuat pilihan yang sesuai. Penting juga anda pastikan produk pilihan anda itu selamat, berkesan dan semulajadi!

Selamat Mencuba
Masliza 029.6242900

6 Cara Berdiet Dengan Betul

Tiap-tiap tahun ada jee orang berazam nak diet dengan bersungguh-sungguh kan. Tapi biasanya azam tu orang cakap hangat-hangat tahi ayam jeee, semangat membara hanya di permulaa sahaja. Ewahhh saya ler tuuu hahaha. Ok untuk menjayakan dan memastikan diet kita konsisten ini saya kongsikan 6 Cara Diet Yang Betul

1- Belajar mengenai nutrisi yang diperlukan oleh badan

2- Timbulkan rasa seronok memulakan sesuatu yang baru

3- Lakukan perubahan secara perlahan- lahan

4- Tetapkan target

5- Cari idea, motivasi dan inspirasi

6- Mesti lakukan aktiviti fizikal

Selamat Mencuba Berasama-sama!

Masliza 019.6242900

8 Kebaikan Bersenam Semasa Mengandung

Walaupun preggy dah nak masuk 30 weeks weekends tetap hari bersenam dalam atau luar rumah. Sapu, mop, menyental tu semua senaman ringan untuk preggy mom. Bila rajin slow walk kat taman atau jalan window shopping 😂😂😂. Untuk keluarkan peluh!


Haaa ni rupa orang preggy 7 bulan yang aktif hahaha. Serius beza 100x ganda dari preggykan anak pertama. Dulu cuma bersenam naik turun tangga rumah fellow kat UM dan office di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM je. Sekarang tetiap hari kena hantar dan amek anak sekolah, malam pulak hantar dan amek anak mengaji Quran. Hujung minggu pun aktif juga. 

Yelah walaupun mengandung tak bermakna kita harus duduk diam je tanpa bergerak ye tak? Malah dekat-dekat nak bersalin tu kita memang dinasihatkan banyak bergerak supaya mudah bersalin.  Kalau tengok kelas ibu mengandung versi mat salleh laggi lah menakjubkan. Ibu mengandung siap lompat-lompat kijang bagai huhuhu. Tapi saya takde lah sampai nak over aktif gitu hehe buat sekadar yang termampu sudahlah. Tambahan perut pun dah makin berat ni hahaah.





Kehamilan tidak boleh dijadikan halangan dan alasan untuk ibu- ibu untuk tidak bersenam. Malah dengan bersenam, ibu- ibu akan mendapat banyak kelebihan- kelebihan seperti: 

1- Membantu mengurangkan sakit belakang, sembelit, kembung dan sembab

2- Membantu mencegah gestational diabetes

3- Meningkatkan tenaga

4- Meningkatkan mood

5- Memperbaiki posture 

6- Membantu otot menjadi kuat dan lasak

7- Membantu tidur berkualiti 

8- Membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin

Masliza | 019.6242900

10 Kebaikan Qailullah atau Tidur Sebentar Di Siang Hari

Apa Itu Qailullah?
Apa Itu Qailullah?

Pernah tak kita dengar tentang Qailullah? Apa tu?  Qailullah ialah Tidur Sebentar di waktu siang dan waktu terbaik untuk lakukan adalah 10-40 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Qailullah Tidur Seketika Diwaktu Siang
Qailullah Tidur Seketika Diwaktu Siang

Manusia perlu berehat selepas 6-8 jam berjaga. So maknanya dari kita bangun Subuh jam 5.30 hingga masuk waktu Zohor cukuplah anggaran 7-8 jam berjaga. Dan 1 minit Qailullah kualitinya bersamaan 45 minit tidur pd waktu malam. Subhanallah besar rupanya nikmat Qailullah ni kan. 

Tidur Adalah Waktu Merehatkan Minda dan Badan
Tidur Adalah Waktu Merehatkan Minda dan Badan



Sabda Rasulullah s.a.w " Lakukan Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tak berani Qailullah" ( Riwayat ai-Tabrani)

Tidur sebentar pada waktu siang memberi banyak manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental. Antara kelebihan tidur siang termasuklah: 

1- Meningkatkan fungsi otak yang lebih tajam

2- Mengukuhkan daya ingatan 

3- Mengumpul tenaga untuk keperluan harian

4- Memperbaiki mood 

5-  Membantu pertumbuhan otot yang kuat

6- Membantu tingkatkan produktiviti 

7- Meningkatkan sistem imun badan

8- Mengelakkan stress

9- Meningkatkan daya kefahaman ketika belajar

10- Memberi tenaga untuk aktiviti awal pagi

10 Kelebihan Tidur Diwaktu Siang (Qailullah)
10 Kelebihan Tidur Diwaktu Siang (Qailullah)


Masliza  | 019.6242900

Tuesday, 2 February 2016

Masak Pulut Kuning Dengan Pressure Cooker Noxxa. Hanya 5 Minit Sahaja

Lama tak share resepi kat sini kan hehehe. Al kisahnya semalam bangun pepagi mak yong tetiba teringin makan pulut kuning. Maklumlah cooti hari Wilayah ni  kan. Mood pun terlebih rajin juga. Hehehe.

Ok disebabkan nak memenuhi keinginan selegi apalagi cecepat lah mak yong ni selongkar kitchen cabinet cari beras pulut ada ke tidak hehe. Ditakdirkan jumpalah lebihan beras pulut yang masih ok, belum expired. padahal dalam fikiran memang dah agak ada lagi lebihan beras pulut hehehe. Apalagi semua bahan dah ada dan yang penting ada pressure cooker Noxxa hahahaha. Sejak ada Noxxa ni belum lagi cuba masak pulut kuning. Macam-macam dah cuba masak dengan Noxxa ni tapi pulut kuning belum cuba lagi so kali ni kita cuba. Biasanya buat pulut kuning versi tradisional aje. kali ni versi Noxxa pula.

Terlebih dulu mohon maaf lah sebab masa memasak tu lupa sungguh nak snap pic step by step sebabnya phone tengah charge. So disebabkan pepagi dah bersilat di dapur terlupa terus. Dah masak pulut barulah teringat nak snap pic hehehe. OK lah saya kongsikan dengan kawan-kawan cara nak buat pulut kuning dengan menggunakan periuk Noxxa versi saya hehehe. Memang banyak versi orang masak pulut kuning noxxa ni, ada yang menggunakan High Pressure (HP), ada yang guna mode Low Pressure (LP) dan ada juga yang menggunakan mode Steam. Mana-mana kekdah pun jadi antara masak elok atau lembik atau berkerak atau tidak. Semua nya bergantung pada bahan jugak kot. Hehehe. Kali ni saya masak pulut kuning ni dengan menggunakan mode High Pressure (HP). Tapi kalau masak nasi saya guna Steam je. Next time bila buat pulut kuning guna mode Steam saya share dengan anda semua yer. Heheheh

PULUT KUNING NOXXA

Bahan2
5 pot beras pulut (anggaran setengah kilo)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit gula
Pewarna kuning **untuk rendam pulut
Asam keeping - 2 keeping ** untuk rendam pulut


Cara
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan sedikit pewarna kuning dan asam keeping. Ikut petua orang tua bila letak asam keping ni bila masak pulut kita akan berkilat dan bersinar. Saya ikut ajelah hehehe. Ohh yer rendam tak lama dalam 15 minit aje.

2. Bila dah cukup 15 minit toskan beras pulut tadi dan keringkan air sekejap. Kemudian masukkan ke dalam inner pot. Tuang sekali dalam inner tu 2 cawan santan pekat tadi, air garam dan gula. Saya gaul semua sekali bagi rata. Daun pandan saya simpulkan dan masukkan sekali dalam inner pot.

3. Kemudian masukkan inner dalam periuk Noxxa, on kan suis periuk tekan butang High Pressure (HP) sebanyak 4 kali. Maksudnya 4 minit lah tu hehehe. Jangan lupa pastikan tombol di atas periuk di halakan kepada tulisan "Pressure". Kemudian tutup periuk dan on kan periuk.

4. Bila dah berbunyi dan masa pun dah jadi 00, lepaskan wap dengan pusing tombol kepada "Steam". Tujuan pusing tombil ke steam adalah untuk bebaskan wap. Bila habis bunyi dan wap buka lah tutup periuk tu dulu kacau sikit kasi sebati . Kalau nak manis taruk lah gula lagi hehee. tutup kembali dan tekan button Steam. Saya steam untuk 1 minit.

5. Bila dah siap setam seminit tu, bebaskan wap dan terus keluarkan inner pot dari periuk. Kalau lambat keluarkan nanti berkerak pula sebab penebat dalam periuk tu masih panas kan ia boleh menyebabkan pulut jadi berkerak sekiranya ia dibiarkan dalam tu.

6. Haa dah siap pun pulut kuning kitaaa. Hehehehe. Cepat sedap dan masak cantik je walaupun guna mode HP. Tak berkerak langsung. Hanya 5 minit sahaja you olsss cubalah hehehe.


Pulut Kuning Noxxa


Selamat mencuba!


Diet Mengikut Kumpulan Atau Jenis Darah

Diet mengikut jenis darah? Kenali jenis darah anda dan ini pula tips makan mengikut jenis darah A, B, O atau AB. 

Diet Mengikut Kumpulan Darah
Diet Mengikut Kumpulan Darah


Sejujurnya saya ada seorang kawan yang pernah amalkan diet ikut jenis darah ni, cumanya sejauh mana keberkesanan nya saya tak boleh nak cakap. Sebab saya cuma nampak perubahan dalam bentuk badan dia selepas beberapa bulan amalkan diet ni tapi kalau ikut ilmu penyelidikan seorang responden belum dapat menyokong sepenuhnya sesuatu perkara hehehe. 

Ok jom kita tengok corak pemakanan dan kumpulan darah kita dan bagaimana ianya dapat membantu kita ke arah pemakanan dan diet yang sihat.

Darah Jenis A - Kawal pengambilan ayam dan ikan, tetapi boleh mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti yogurt, krim tanpa lemak, keju, telur organik atau telur ayam kampung. Ambil kekacang dan bijiran dalam jumlah yang terkawal, serta lebihan sayuran dan buah- buahan. 

Darah Jenis B - Individu berdarah B lebih fleksibel. Cuma hindari makanan beku dan makanan dalam tin, kurangkan makanan berasas susu dan yang tinggi karbohidrat. 

Darah Jenis O - Lebih sesuai mengambil diet yang tinggi protein, rendah karbohidrat. Elakkan daging terproses. Lebihkan sayuran, telur dan kacang, namun hindari produk tenusu dan gandum. 

Darah jenis AB - Pengambilan makanan yang dianjurkan termasuklah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan. Lebihkan buah- buahan segar, dan bukan buah yang dijeruk. 

Sumber: Majalah Rapi

Saya berdarah A 🙋🏻🙋🏻🙋🏻🙋🏻 hehehe.

Masliza | 019.6242900

Sunday, 31 January 2016

Supplement Terbaik Untuk Ibu Hamil dan Mereka Yang Merancang Untuk Hamil


Supplement Penting Semasa Mengandung
Supplement Penting Semasa Mengandung


Ibu- ibu dan bakal ibu, jangan ambil mudah keperluan supplement ketika hamil. Malah anda harus mulakan supplement seperti B- Complex ketika merancang kehamilan dan sebelum hamil lagi.

  • B1 (thiamin), B3 (niacin), B12 (cobalamin) diperlukan untuk perkembangan organ, otak dan sistem saraf bayi.
  • B2 (riboflavin) bantu bayi membesar.
  • B5 (pantothenic acid) bantu bayi membesar dan bantu mengelakkan risiko anemia kepada ibu.
  • B6 (pyridoxine) dapat kurangkan risiko keguguran di awal kehamilan, dapat mengurangkan rasa loya.
  • B9 (folic acid) mencegah risiko kecacatan pada bayi.

Saturday, 30 January 2016

Legakan Loya dan Mual Ketika Hamil Dengan Halia


Halia Untuk Masakan dan Kesihatan?
Halia Untuk Masakan dan Kesihatan?

Halia merupakan bahan yang sangat sinonim dengan wanita dan dapur. Ianya banyak digunakan dalam masakan sejak dahulu kala lagi. Tidak kiralah masakan Melayu, Cina atau India halia mesti ada. Nampak tak betapa halia mempunyai banyak khasiat dalam masakan. Kalau arwah Mi saya dulu, apa-apa je masakan wajib letak halia. Mak tiri saya yang berbangsa Minangkabau laaagi lah suka dengan halia ni. Macam-macam masakan dia mesti ada halia heheeh. 

Namun begitu, selain dari digunakan dalam masakan, halia juga banyak digunakan dalam tujuan perubatan. Dalam masyarakat Melayu, halia sering digunakan untuk membuang angin dalam badan yang menyebabkan ketidakselesaan tubuh. Malah kawan saya berbangsa Tionghua juga percaya teh halia dapat membuang angin dan meringankan badan. Tapi fakta yang biasa saya denagr dari kawan-kawan berlainan agama mereka seakan sepakat bahawa halia membantu mengurangkan loya, terutamanya di kalangan ibu hamil. Masalah loya dan alahan dengan kehamilan memang tidak dapat dipisahkan. Ada sesetengah orang mengalami alahan yang sangat teruk sehingga tidak boleh melakukan sebarang kerja.


Air Halia
Air Halia


Antara petua mudah turun temurun untuk mengurangkan rasa mual dan pening ketika hamil ialah dengan meminum air rebusan halia. Bukan saja ia mudah dan berkesan, pengambilan halia oleh ibu hamil juga tidak mempunyai kesan sampingan. Sepanjang tempoh mual dan loya ketika mengandung ni saya amalkan mengambil Papermint Ginger Plus (PGP) dari Shaklee. Kalau masa rajin tu saya ambil beberapa tablet dan hancurkan dengan air panas, minum macam minum teh. Yaaaaa ampun bau dan rasanya best dan menyegarkan. Kalau tak cukup masa tu saya telan je 3 biji heheheh.


Legakan Loya dan Mual Ketika Hamil Dengan Halia
Legakan Loya dan Mual Ketika Hamil Dengan Halia 

Selamat mencuba!
Peppermint Ginger Plus (90 biji) hanya RM45.00 sahaja

Masliza 019.6242900

3 Sebab Mengapa Ramai Orang Alami Masalah Rambut Gugur


Ramai orang termasuklah saya sendiri runsing bila setiap kali nampak rambut berguguran di lantai atau setiap kali menyikat rambut ada sahaja yang gugur. Memang boleh buat stress sebab asyik terfikir 'nanti botak laa kalau lama-lama macam ni' atau 'Allah bersepah nya rambut ni kat lantai.' Hehehehe. Pada saya setiap kali nampak helaian rambut kat lantai di rumah atau di bilik mandi memang tak sedap mata memandang. Tangan mula nak carik penyapu hehehehe.

Sebenarnya adalah sesuatu yang normal kalau rambut gugur 100 helai sehari. Tetapi ianya jadi TAK NORMAL kalau dah 100 helai setiap jam hehehehe. So kalau setiap kali kita sikat rambut ada dalam 10 helai rambut yang gugur tu dikira normal lah. Pheeewwwww mujur hehhehe.

 Ok saya kongsikan dengan anda semua beberapa sebab mengapa  ramai orang mengalami masalah rambut gugur:

1- Hormon tak stabil. Bagi wanita ia dikaitkan dengan kehamilan, bersalin, putus haid, dan pengambilan pil perancang. Bagi lelaki yang ada masalah hormon tiroid juga boleh mengalami masalah rambut gugur.


2- Kurang vitamin yang penting kepada rambut seperti biotin, vitamin B6, B12, dan zink.

3- Produk yang tidak sesuai juga menyebabkan rambut gugur, terutama jika terlalu kerap bertukar jenama penjagaan rambut.

Jika anda mahu alternatif penjagaan rambut yang selamat dan semulajadi, saya mencadangkan set Prosante Revitalizing Shampoo, Replenishing Conditioner dan Nourishing Scalp Treatment. Dulu saya pun hadapi masalah rambut gugur yang agak serius, tetapi sejak konsisten menggunakan set Pro Sante dari Shaklee ni, Alhamdulillah rambut gugur dah makin kurang. Bukan makin kurang tapi sangat berkurang dengan banyaknya hehhehe.


Set Pro Sante Untuk Masalah Rambut Gugur Dari Shaklee
Set Pro Sante Untuk Masalah Rambut Gugur Dari Shaklee

Friday, 8 January 2016

4 SEBAB KENAPA IBU MENGANDUNG CEPAT RASA DAHAGA DAN PANAS

Lately ni saya kerap sangat rasa dahaga tak kira siang atau malam. Tekak asyik rasa kering jee. Terdetik dalam hati sekarang ni memang musim panas sampaikan saya asyik dahaga atau disebabkan preggy maka saya lebih cepat rasa dahaga. Jadi seperti biasa, e-book women and pregnancy jadi sasaran saya. Maka bermulalah sesi belek membelek satu demi satu (yang mana dpt free access aje laa hahaha). Sebenarnya rasa dahaga dan panas dikalangan ibu mengandung adalah perkara biasa disebabkan perubahan fisiologi ibu semasa mengandung.

  Rasa Dahaga dan Panas Dikalangan Ibu Hamil Adakah Normal?
Rasa Dahaga dan Panas Dikalangan Ibu Hamil Adakah Normal?

Alkisahnya kekerapan rasa dahaga memang biasa dialami oleh kebanyakan wanita preggy, terutama pada awal dan akhir kehamilan. Situasi ini terjadi disebabkan oleh perubahan yang dialami oleh badan sepanjang mengandung. Patut lah semenjak dua menjak ni saya asyik dahaga dan panas aje. Berpeluh-peluh badan, rasa tak selesa pun ada bila badan asyik berpeluh ni. Jalan sikit je dah rasa dahaga dan berpeluh, sendiri rasa badan 'ashemmmmm' hehehe. 


Rasa dahaga dan mudah panas ini semakin kerap dialami oleh ibu yang sudah masuk ke trimester ketiga iaitu fasa terakhir kehamilan sebelum bayi lahir ke dunia. Rasa cepat dahaga ini kerana rahim ibu semakin membesar dan terjadi tekanan pada pundi air kencing sehingga menyebabkan ibu cepat rasa dahaga. Dan rasa cepat panas pula disebabkan oleh kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila berada dalam trimester ketiga menyebabkan tubuh badan wanita akan rasa panas.


Saya kongsikan dengan bakal ibu dan para ibu sekelian tentang faktor terjadinya simptom mudah bahaga dan cepat panas di kalangan wanita hamil. Berikut antara mengapa ibu kerap rasa dahaga dan panas sepanjang mengandung:


1. Peningkatan Hormon

Semasa mengandung, hormon menjadi tidak seimbang terutama pada peringkat awal. Peningkatan hormon progestrogen turut membuatkan rasa dahaga dan panas kepada si ibu melebihi hari-hari biasa.


2. Peningkatan Bekalan Darah

Bekalan darah ke dalam rahim akan meningkat ketika mengandung seiring dengan perkembangan rahim dan untuk memenuhi keperluan plasenta yang mula berfungsi. Keperluan darah sangat penting untuk nutrisi bayi dalam kandungan dan keperluan oksigen di mana darah berfungsi sebagai agen pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Nutrisi dan oksigen ini diperlukan oleh sel-sel untuk terus berkembang. Tidak hairanlah ibu hamil kerap haus apabila usia kehamilan semakin bertambah. Ini kerana keperluan darah yang semakin meningkat menyebabkan rasa dahaga terus bertambah.

Manakala peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas. Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.


3. Penurunan tekanan darah

Ada juga ibu hamil yang mengalami penurunan tekanan darah pada 24 minggu pertama kehamilan. Ini kerana jantung perlu mengepam darah lebih banyak dan bekerja lebih kuat di seluruh badan. Penurunan tekanan darah ini akan menyebabkan wanita hamil mudah rasa dahaga, ibu turut akan bernafas lebih cepat, pucat, mual, penglihatan kabur dan pening kepala. Ketidak tentuan ini juga akan menyebabkan ibu mudah rasa panas dan berpeluh.


4. Untuk Hidrasi

Cecair diperlukan sepanjang mengandung kerana salah satu kegunaannya adalah untuk penghasilan cecair kantung amnion/kantung ketuban. Sebab itulah ibu hamil mudah rasa dahaga dan ibu hamil di sarankan meminum 8 gelas air putih setiap hari.

Air berfungsi untuk melindungi bayi. Ianya juga diperlukan buah pinggang untuk membuang sisa pembuangan dari dalam badan termasuk sisa pembuangan yang dihasilkan oleh bayi. Kehilangan air yang banyak dalam badan bukan sahaja membahayakan si ibu malah bayi dalam kandungan mereka. Kehilangan air akan menyebabkan suhu badan meningkat dan ini menyebabkan ibu mudah rasa panas. Oleh itu, ibu hamil selalu rasa dahaga hendaklah minum cukup air. Ibu dinasihatkan minum air sebelum rasa dahaga atau haus baca lanjut bahaya dehidrasi DI SINI.



Thursday, 7 January 2016

10 LANGKAH MENGATASI ALAHAN ATAU MORNING SICKNESS PADA AWAL KEHAMILAN



Perkara paling bahagia bagi seorang perempuan adalah apabila doktor mengesahkan bahawa mereka sedang HAMIL/MENGANDUNG. Keseronokan dan kebahagiaan ini berganda lebih-lebih lagi jika itulah pengalaman pertama hamil atau si ibu telah menunggu sekian lama untuk hamil kembali. Namun, disebalik kegembiraan tersebut, bakal ibu terpaksa berhadapan dengan 'morning sickness' atau lebih mudah disebut alahan. Tanda- tanda alahan ni adalah seperti loya, mabuk, pening, rasa tidak selesa terhadap bau-bauan dan sebagainya. Itulah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada seorang hambaNya yang bakal bergelar ibu nanti.  Mungkin pada sesetengah orang alahan ni sangat menyeksakan, tetapi yakin lah itu adalah pengalaman yang indah bila kita kenangkan. Percaya atau tidak bila perempuan bergelar  ibu berkumpul selain dari topik tentang anak-anak, mereka juga berkongsi pengalaman menempuhi alahan sepanjang kehamilan. harus diingat alahan biasa nya bersifat sementara sahaja dan ianya tidaklah membahayakan bakal ibu.


Alahan atau Morning Sickness Adalah Perkara Normal Bagi Perempuan Hamil
Alahan atau Morning Sickness Adalah Perkara Normal Bagi Perempuan Hamil


APA ITU ALAHAN / MORNING SICKNESS

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Tetapi ia tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua (kandungan berusia 3-6 bulan).

Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikti sebanyak membantu anda.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut creaker berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut kraker membantu mengurangkan rasa loya.




Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual. So langkah terbaik adalah makan sikit-sikit tetapi kerap. 


Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid. Ini memang saya amalkan sepajang tempoh alahan mengandung kali ni. Alhamdulillah alahan kali ni agak kurang berbanding masa mengandungkan si Firas dulu.


Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda. Haa yang ini memang saya samalkan tablet Papermint Ginger Plus dari Shaklee. Memang terasa sangat perbezaan alahan kali ni dengan masa mengandungkan anak pertama. Maklumlah dlu tak kenal lagi mana-mana supplement, sekarang ni dah jatuh cinta dengan supplement so alahan pun kurang dah. Cuma kali ni alahan gadjet aje hehe.

Papermint Ginger Plus Bantu Kurangkan Alahan Hamil
Papermint Ginger Plus Bantu Kurangkan Alahan Hamil


Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tak boleh minum air putih, campurkan dengan sedikit lemon (lemonade) bagi memberikan rasa masam-masam yang akan membantu kita kurangkan loya dan pening. Bau lemon itu sendiri pun dah mampu hilangkan pening kepala. 

Banyakkan Minum Air Untuk Mengatasi Alahan/Morning Sickness
Banyakkan Minum Air Untuk Mengatasi Alahan/Morning Sickness



Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual. Saya prefer protein non GMO daripada Shaklee kerana rasa mild soy nya membolehkan saya blend bersama dengan oren bagi mengatasi loya dan mual. 


Protein Shake dan Oren Untuk Mengurangkan Loya
Protein Shake dan Oren Untuk Mengurangkan Loya




Langkah 7
Elakkan daripada makan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.



Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.




Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.


Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ibu di luar sana untuk mengurangkan alahan semasa hamil. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...