Thursday, 25 February 2016

Gawat 2016: 10 Tips Mudah Hapainya

Walaupun 2016 baru nak menginjak ke bulan ketiga dalam kalendarnya, tetapi kesan akibat kelembapan dan gawat ekonomi makin terasa. Dengan nilai ringgit kita yang merudum, kadar pengangguran meningkat, kenaikan harga barang toksah citer lah kan. Kita rakyat biasa-biasa yang berpendapatan biasa-biasa ni memang terasa sangat kesannya.

Sebenarnya bila gawat datang, habit diri kita lah yang menentukan survival kita harung kegawatan tersebut. Saya antara yang terkesan dengan kegawatan ekonomi kita. Dan saya juga sedang mengubah habit berbelanja. Banyak menumpukan kepada barang keperluan berbanding kehendak. Kiranya cut kos sana sini di samping berusaha mencari lebih banyak peluang niaga. 

Banyak pembacaan dan tips menghadapi gawat ekonomi yang saya baca dan di sini saya dapati ada 10 tips yang sangat praktikal dan ada di antara tips ni saya sedang amalkan. Jom kita tengok apa 10 tips tersebut.

1. Jangan tukar kerja di waktu ini kerana ‘yang terakhir masuk, paling awal keluar’.

2. Pakai kereta lama, tangguh beli yang baru buat seketika. Jangan ikut peribahasa 'biar pape asey bergaye'!

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan, bila-bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa untuk bersedekah, walaupun kita sedang susah. Bersedekah itu pembuka pintu rezeki.

6. Tangguh beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukannya berdosa. Saya duduk kuaters, rumah teres kami disewakan pada awal tahun ni. At least duit sewa tu dapat settlekan bayaran ansuran rumah dan dapatlah untung dalam beberapa ratus untuk kami. Jana income di situ! Hehe

7. Banyakkan membaca, ada banyak idea bagaimana nak jana pendapatan luar biasa. Fokus pada bisness yang paling rendah modal dan risiko. Dan bisness Shaklee adalah paling sesuai dengan saya. 

8. Jangan hanya merungut, berusahalah sampai cukup. 

9. Jangan lupa bina ‘tabung warna’, jumlahnya boleh mencecah beribu juga. Asingkan tabung warna merah, biru dan hijau at least sekeping sehari. Sekarang saya ada tabung hijau dan biru sahaja. Hehehe.

10. Kurangkan tengok catalog perabot, handbag berjenama, nanti geram nak tukar yang baru. 

Moga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. 




Sunday, 14 February 2016

5 Resipi Untuk Tampil Anggun Sihat dan Bergaya

Just nak share 5 RESIPI SIHAT untuk kita semua. Gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyihatkan dan mengenyangkan. Kalau rajin buat dan amalkan memang tercapailah hasrat di hati.

Feel free tu share and like. Percuma jer. Selamat mencuba!











Masliza 019.6242900

Thursday, 11 February 2016

3 Punca Utama Kanak-Kanak Demam

Sebab utama demam di kalangan kanak- kanak:

1- Serangan kuman viral adalah paling popular menyerang kanak- kanak. Ianya boleh berlarutan selama beberapa hari dan biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan antibiotik. 

2- Jangkitan kuman yang biasa menyerang kanak- kanak termasuklah jangkitan telinga, sinus, paru- paru, buah pinggang dan pada tekak. Ia biasanya akan menampakkan simptom dalam masa 12 jam selepas terkena jangkitan. 

3- Tumbuh gigi akan menyebabkan bayi demam, namun suhunya tidaklah tinggi. Perhatikan jika suhu menjadi lebih tinggi dan bawa anak berjumpa doktor dengan segera.


Wednesday, 10 February 2016

Anak Demam, Jumpa Doktor Atau Tidak

Sebagai ibu bapa saat paling tak best dan ibu bapa tak boleh tidur malam ialah bila anak demam. Adakalanya bila anak demam, kita boleh merawat di rumah sahaja. Tapi kalau yang demam tu ialah baby memang nak tak nak ibu bapa kena lebih berhati-hati. Maklumlah baby ni kalau demam dia cuma tahu merengek je kan, nak cakap kat mana yang tak selesa dia tak tahu huhuhu. Jadi sebagai seorang ibu, kita kena perhatikan tanda- tanda yang menunjukkan anak perlu rawatan segera di hospital apabila demam.

1- Anak kelihatan lesu dan lemah walaupun demam sudah kebah

2- Demam kebah dan datang semula dengan cepat

3- Anak tidak kencing dalam masa 8 jam semasa demam

4- Anak menangis dan tidak mengeluarkan air mata

5- Guna gerak hati anda, ianya selalu tepat.



Pendek kata sebagai ibu kita memang sangat-sangat pentingkan kesihatan anak-anak kan. Tak kiralah ibu tu bekerja atau ibu yang tak bekerja. Ibu sanggup lakukan apa saja untuk anak-anak.

Sila hubungi saya :

Perunding Anda : Nur Masliza Muda
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Pantai Dalam / Bangsar / Pusat Bandar KL/ Puncak Alam
Shaklee ID No : 908080
Contact No :019-6242900
Email : nurmasliza@gmail.com

Monday, 8 February 2016

Firas Mula Belajar Tidur Dibilik Sendiri - Part 1

Buat pertama kalinya, malam ni Firas tidur di bilik sendiri! Dan malam ini juha saya merasai sendiri naluri keibuan yang sangat luar biasa. Pertama kali ajar anak tidur di bilik sendiri. Walaupun sebelum ni saya beriya-iya menyuruh dia tidur di bilik sendiri, tapi malam ni bila dia tertidur di bilik tu Allah saja lah yang tahu perasaan saya.

Tak sampai hati, sedih, risau dan takut bercampur baur. Rasa beratnya nak melepaskan dia tidur di bilik sebelah tu. Padahal sebelah bilik aje pun. Itupun dia tidur pintu bilik di bukak, malah pintu bilik saya pun tak ditutup rapat. Yelah, Firas pun masih dalam proses menyesuaikan diri, baru belajar tak tidur berpeluk dengan mommy risau lah kot-kot memalam nanti dia menanggis carik mommy kan hahaha. Masa ni lah saya terfikir akan perasaan ibu-ibu yang melepaskan anak mereka ke asrama atau melanjutkan pengajian ke mana-mana. Pendek kata anak jauh dari mata, tentulah risaukan. Yang saya ni baru nak ajar anak tidur bilik berasingan pun dah sedih sayu pilu! Ajaibnya kan naluri keibuan, kasih sayang tanpa sempadan!


Nampaknya Firas dah tunaikan promise dia nak tidur bilik sendiri bila dah 5 years old. Dari tahun lepas lagi saya dah cakap dengan dia yang bila dia dah 5 years old kena tidur bilik sendiri. Masa tu dia memang cakap ok, promise. Heheeh. Tapi baru-baru ni meragam juga lah bila disuruh tidur sendiri hahaha.

Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun
Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun

Tapi lately ni mommy rasa tak selesa sangat tidur bertiga walhal katil dah size King ni bahaha. Maklumlah perut mommy dah makij besar, nak bangun pun kena amek ruang hahaha. Jadi nak tak nak mommy terpaksalah pujuk Firas tidur bilik sendiri. Dan perancangan Allah itu hadir tak pernah lewat atau awal, ia nya hadir tepat pada masanya. Kali ni mudah pula memujuk Firas, sekali cakap je dia terus bersetuju. Syabas anak syurga mommy! Nampaknya Firas dah ready nak jadi abang hehehe.




Belajar Tidur Sendiri Dah
Belajar Tidur Sendiri Dah

Ini baru nak asingkan bilik tidur anak, macam manalah nanti nak lepaskan anak ke asrama, nak pergi belajar jauh, nak kawen nanti yer. Huhuhu rasanya tak sanggup nak berpisah dengan anak. Begitulah hebatnya kasih sayang ibu. Macam tu jugalah kan perasaan ibu kita dulu-dulu. Fasa demi fasa ibu kita dulu sedang kita lalui. Dulu kita anak, sekarang kita ibu yang ada anak. Nah rasakan pula bagaimana membesarkan anak-anak hehehe. Moga Allah memberikan kita semua memudahkan dan menjadikan kita ibu yang hebat. Kasih sayang ibu yang sejati, naluri ibu yang hebat membawa ke syurga!





Friday, 5 February 2016

Tips Elak Nyanyuk Awal

Nyanyuk atau Dementia seringkali dikaitkan dengan orang perempuan. Manakan tidak setiap kali melahirkan anak pasti ada urat yang putus. Orang tua dulu-dulu cakap lagi banyak anak, lagi banyak urat putus dan bila makin banyak urat putus lagi cepat nyanyuk seseorang perempuan. Entah betul entahkan tidak! Hehehe. 

Lebih serius apabila seseorang tu di sahkan mengidap Alzheimer atau nyanyuk walaupun belum lagi diusia emas! Eiii takmau lah kan nyanyuk di usia yang tak sepatutnya. Letak barang lupa, parking keta kat mana pun lupa, nama anak pun lupa (aiyorkkkkkk) aiseyyyy man....Jom kita tengok tips untuk mengelakkan dari nyanyuk awal!

Tips Elak Nyanyuk Awal


Tips Elak Nyanyuk Awal

1- Bersenam. Semakin kita cergas, semakin cantik lancar darah di dalam badan dan ke otak kita, semakin banyak sel- sel otak yang baru akan muncul.

2- Berkomunikasi. Elakkan menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain. Biasakan berbual dan bertukar- tukar fikiran dengan orang lain.

3- Banyakkan latihan minda seperti membaca, membuat puzzle, menyelesaikan kuiz dan teka- teki. Mendengar muzik juga melatih minda menjadi lebih cerdas.

4- Jaga kesihatan jantung. Caranya mudah, apa yang baik untuk jantung, maka ianya baik untuk otak.

5- Kawal stress setiap hari melalui solat, meditasi ataupun yoga.

Wednesday, 3 February 2016

5 Perkara Yang Perlu Diketahui Sebelum Memilih Produk Untuk Kulit Wajah



Sebelum anda memilih produk penjagaan wajah, pastikan anda kenal dahulu kulit anda sendiri. 



5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Produk Penjagaan Kulit Muka.


1- Adakah kulit anda sensitif, mudah naik ruam atau gatal- gatal bila menggunakan mekap atau pencuci?

2- Adakah kulit anda sudah bermasalah seperti jerawat, dan jeragat?

3- Adakah liang roma di wajah terbuka, kulit rosak akibat cahaya matahari atau ada parut yang ketara?

4- Adakah kulit anda telah muncul kedutan- kedutan halus di wajah?

5- Adakah bawah mata anda dilingkari lebam hitam atau sembab?



Jika anda dapat mengenalpasti jenis dan masalah kulit anda, mudahlah untuk anda membuat pilihan yang sesuai. Penting juga anda pastikan produk pilihan anda itu selamat, berkesan dan semulajadi!

Selamat Mencuba
Masliza 029.6242900

6 Cara Berdiet Dengan Betul

Tiap-tiap tahun ada jee orang berazam nak diet dengan bersungguh-sungguh kan. Tapi biasanya azam tu orang cakap hangat-hangat tahi ayam jeee, semangat membara hanya di permulaa sahaja. Ewahhh saya ler tuuu hahaha. Ok untuk menjayakan dan memastikan diet kita konsisten ini saya kongsikan 6 Cara Diet Yang Betul

1- Belajar mengenai nutrisi yang diperlukan oleh badan

2- Timbulkan rasa seronok memulakan sesuatu yang baru

3- Lakukan perubahan secara perlahan- lahan

4- Tetapkan target

5- Cari idea, motivasi dan inspirasi

6- Mesti lakukan aktiviti fizikal

Selamat Mencuba Berasama-sama!

Masliza 019.6242900

8 Kebaikan Bersenam Semasa Mengandung

Walaupun preggy dah nak masuk 30 weeks weekends tetap hari bersenam dalam atau luar rumah. Sapu, mop, menyental tu semua senaman ringan untuk preggy mom. Bila rajin slow walk kat taman atau jalan window shopping 😂😂😂. Untuk keluarkan peluh!


Haaa ni rupa orang preggy 7 bulan yang aktif hahaha. Serius beza 100x ganda dari preggykan anak pertama. Dulu cuma bersenam naik turun tangga rumah fellow kat UM dan office di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM je. Sekarang tetiap hari kena hantar dan amek anak sekolah, malam pulak hantar dan amek anak mengaji Quran. Hujung minggu pun aktif juga. 

Yelah walaupun mengandung tak bermakna kita harus duduk diam je tanpa bergerak ye tak? Malah dekat-dekat nak bersalin tu kita memang dinasihatkan banyak bergerak supaya mudah bersalin.  Kalau tengok kelas ibu mengandung versi mat salleh laggi lah menakjubkan. Ibu mengandung siap lompat-lompat kijang bagai huhuhu. Tapi saya takde lah sampai nak over aktif gitu hehe buat sekadar yang termampu sudahlah. Tambahan perut pun dah makin berat ni hahaah.





Kehamilan tidak boleh dijadikan halangan dan alasan untuk ibu- ibu untuk tidak bersenam. Malah dengan bersenam, ibu- ibu akan mendapat banyak kelebihan- kelebihan seperti: 

1- Membantu mengurangkan sakit belakang, sembelit, kembung dan sembab

2- Membantu mencegah gestational diabetes

3- Meningkatkan tenaga

4- Meningkatkan mood

5- Memperbaiki posture 

6- Membantu otot menjadi kuat dan lasak

7- Membantu tidur berkualiti 

8- Membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin

Masliza | 019.6242900

10 Kebaikan Qailullah atau Tidur Sebentar Di Siang Hari

Apa Itu Qailullah?
Apa Itu Qailullah?

Pernah tak kita dengar tentang Qailullah? Apa tu?  Qailullah ialah Tidur Sebentar di waktu siang dan waktu terbaik untuk lakukan adalah 10-40 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Qailullah Tidur Seketika Diwaktu Siang
Qailullah Tidur Seketika Diwaktu Siang

Manusia perlu berehat selepas 6-8 jam berjaga. So maknanya dari kita bangun Subuh jam 5.30 hingga masuk waktu Zohor cukuplah anggaran 7-8 jam berjaga. Dan 1 minit Qailullah kualitinya bersamaan 45 minit tidur pd waktu malam. Subhanallah besar rupanya nikmat Qailullah ni kan. 

Tidur Adalah Waktu Merehatkan Minda dan Badan
Tidur Adalah Waktu Merehatkan Minda dan Badan



Sabda Rasulullah s.a.w " Lakukan Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tak berani Qailullah" ( Riwayat ai-Tabrani)

Tidur sebentar pada waktu siang memberi banyak manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental. Antara kelebihan tidur siang termasuklah: 

1- Meningkatkan fungsi otak yang lebih tajam

2- Mengukuhkan daya ingatan 

3- Mengumpul tenaga untuk keperluan harian

4- Memperbaiki mood 

5-  Membantu pertumbuhan otot yang kuat

6- Membantu tingkatkan produktiviti 

7- Meningkatkan sistem imun badan

8- Mengelakkan stress

9- Meningkatkan daya kefahaman ketika belajar

10- Memberi tenaga untuk aktiviti awal pagi

10 Kelebihan Tidur Diwaktu Siang (Qailullah)
10 Kelebihan Tidur Diwaktu Siang (Qailullah)


Masliza  | 019.6242900

Tuesday, 2 February 2016

Masak Pulut Kuning Dengan Pressure Cooker Noxxa. Hanya 5 Minit Sahaja

Lama tak share resepi kat sini kan hehehe. Al kisahnya semalam bangun pepagi mak yong tetiba teringin makan pulut kuning. Maklumlah cooti hari Wilayah ni  kan. Mood pun terlebih rajin juga. Hehehe.

Ok disebabkan nak memenuhi keinginan selegi apalagi cecepat lah mak yong ni selongkar kitchen cabinet cari beras pulut ada ke tidak hehe. Ditakdirkan jumpalah lebihan beras pulut yang masih ok, belum expired. padahal dalam fikiran memang dah agak ada lagi lebihan beras pulut hehehe. Apalagi semua bahan dah ada dan yang penting ada pressure cooker Noxxa hahahaha. Sejak ada Noxxa ni belum lagi cuba masak pulut kuning. Macam-macam dah cuba masak dengan Noxxa ni tapi pulut kuning belum cuba lagi so kali ni kita cuba. Biasanya buat pulut kuning versi tradisional aje. kali ni versi Noxxa pula.

Terlebih dulu mohon maaf lah sebab masa memasak tu lupa sungguh nak snap pic step by step sebabnya phone tengah charge. So disebabkan pepagi dah bersilat di dapur terlupa terus. Dah masak pulut barulah teringat nak snap pic hehehe. OK lah saya kongsikan dengan kawan-kawan cara nak buat pulut kuning dengan menggunakan periuk Noxxa versi saya hehehe. Memang banyak versi orang masak pulut kuning noxxa ni, ada yang menggunakan High Pressure (HP), ada yang guna mode Low Pressure (LP) dan ada juga yang menggunakan mode Steam. Mana-mana kekdah pun jadi antara masak elok atau lembik atau berkerak atau tidak. Semua nya bergantung pada bahan jugak kot. Hehehe. Kali ni saya masak pulut kuning ni dengan menggunakan mode High Pressure (HP). Tapi kalau masak nasi saya guna Steam je. Next time bila buat pulut kuning guna mode Steam saya share dengan anda semua yer. Heheheh

PULUT KUNING NOXXA

Bahan2
5 pot beras pulut (anggaran setengah kilo)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit gula
Pewarna kuning **untuk rendam pulut
Asam keeping - 2 keeping ** untuk rendam pulut


Cara
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan sedikit pewarna kuning dan asam keeping. Ikut petua orang tua bila letak asam keping ni bila masak pulut kita akan berkilat dan bersinar. Saya ikut ajelah hehehe. Ohh yer rendam tak lama dalam 15 minit aje.

2. Bila dah cukup 15 minit toskan beras pulut tadi dan keringkan air sekejap. Kemudian masukkan ke dalam inner pot. Tuang sekali dalam inner tu 2 cawan santan pekat tadi, air garam dan gula. Saya gaul semua sekali bagi rata. Daun pandan saya simpulkan dan masukkan sekali dalam inner pot.

3. Kemudian masukkan inner dalam periuk Noxxa, on kan suis periuk tekan butang High Pressure (HP) sebanyak 4 kali. Maksudnya 4 minit lah tu hehehe. Jangan lupa pastikan tombol di atas periuk di halakan kepada tulisan "Pressure". Kemudian tutup periuk dan on kan periuk.

4. Bila dah berbunyi dan masa pun dah jadi 00, lepaskan wap dengan pusing tombol kepada "Steam". Tujuan pusing tombil ke steam adalah untuk bebaskan wap. Bila habis bunyi dan wap buka lah tutup periuk tu dulu kacau sikit kasi sebati . Kalau nak manis taruk lah gula lagi hehee. tutup kembali dan tekan button Steam. Saya steam untuk 1 minit.

5. Bila dah siap setam seminit tu, bebaskan wap dan terus keluarkan inner pot dari periuk. Kalau lambat keluarkan nanti berkerak pula sebab penebat dalam periuk tu masih panas kan ia boleh menyebabkan pulut jadi berkerak sekiranya ia dibiarkan dalam tu.

6. Haa dah siap pun pulut kuning kitaaa. Hehehehe. Cepat sedap dan masak cantik je walaupun guna mode HP. Tak berkerak langsung. Hanya 5 minit sahaja you olsss cubalah hehehe.


Pulut Kuning Noxxa


Selamat mencuba!


Diet Mengikut Kumpulan Atau Jenis Darah

Diet mengikut jenis darah? Kenali jenis darah anda dan ini pula tips makan mengikut jenis darah A, B, O atau AB. 

Diet Mengikut Kumpulan Darah
Diet Mengikut Kumpulan Darah


Sejujurnya saya ada seorang kawan yang pernah amalkan diet ikut jenis darah ni, cumanya sejauh mana keberkesanan nya saya tak boleh nak cakap. Sebab saya cuma nampak perubahan dalam bentuk badan dia selepas beberapa bulan amalkan diet ni tapi kalau ikut ilmu penyelidikan seorang responden belum dapat menyokong sepenuhnya sesuatu perkara hehehe. 

Ok jom kita tengok corak pemakanan dan kumpulan darah kita dan bagaimana ianya dapat membantu kita ke arah pemakanan dan diet yang sihat.

Darah Jenis A - Kawal pengambilan ayam dan ikan, tetapi boleh mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti yogurt, krim tanpa lemak, keju, telur organik atau telur ayam kampung. Ambil kekacang dan bijiran dalam jumlah yang terkawal, serta lebihan sayuran dan buah- buahan. 

Darah Jenis B - Individu berdarah B lebih fleksibel. Cuma hindari makanan beku dan makanan dalam tin, kurangkan makanan berasas susu dan yang tinggi karbohidrat. 

Darah Jenis O - Lebih sesuai mengambil diet yang tinggi protein, rendah karbohidrat. Elakkan daging terproses. Lebihkan sayuran, telur dan kacang, namun hindari produk tenusu dan gandum. 

Darah jenis AB - Pengambilan makanan yang dianjurkan termasuklah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan. Lebihkan buah- buahan segar, dan bukan buah yang dijeruk. 

Sumber: Majalah Rapi

Saya berdarah A 🙋🏻🙋🏻🙋🏻🙋🏻 hehehe.

Masliza | 019.6242900
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...