Thursday, 25 August 2016

Hilangnya Kewarasan Manusia-Bayi Dijumpai Ditempat Pembuangan Sampah.

Bismillahhirrahmanirrahim. Sebak dada memaksa saya bingkas bangun. Mata sukar untuk lelap bila asyik teringatkan berita tentang bayi yang dijumpai hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Papar Sabah. Hati seakan ditoreh-toreh baca berita tersebut. Baca berita penuh di sini http://www.hmetro.com.my/node/161567

Jem otak saya bila fikir kenapalah bayi yang tak berdosa diperlakukan sedemikian. Bayi yang baru dilahirkan, masih bertali pusat dibuang tanpa belas!!!! Manusiakah yang sanggup buat begitu? Seakan terbayang betapa mulusnya wajah kecil yang baru menjengah dunia, masih terngiang tangisan si kecil minta dipeluk. Bikin bergenang air mata, sebu dada macam nak maki je orang yang tergamak buat begitu. Hilang sabar kejap oiii baca!!!!

Kalaupun bayi tu tak diundang kehadirannya, perlu kah dibuang ditempah sampah hingga terbakar rentung? Mungkin hilang kewarasan untuk menutup malu. Tapi malu tu kome yang cari sendiri ooiii. Adeh saya ter emo lebih.... Orang yang dah kawin nak dapat anak sanggup usaha macam-macam cara untuk dapatkan anak. Tapi ada orang yang Allah suburkan rahimnya sanggup pulak buang anak sendiri, bukan setakat buang tapi bunuh!!! Meskipun jika bapanya tidak mahu bertanggung jawab, sebagai seorang ibu sanggup ke buat anak kita begitu. Mungkin si pelaku tidak merenung ke anak mata bayi tersebut dulu ni huhuhu. Selalunya hati kita cair bila tengok mata baby, kasih sayang akan mengalir... Jika pun tidak mahu bayi yang dianggap tidak diundang itu kenapa tidak diberikan kepada orang lain? Apa hak kita sebagai manusia untuk mencabut nyawa bayo tuuu. Sungguh saya tak mampu nak fikir...ada manusia sanggup buat begitu.

Benarlah kata orang di kalangan manusia ada yang bersifat binatang... Dan ini salah satu daripadanya. Memang berita pembuangan bayi sering berlaku, seakan ianya tiada penghujung. Selagi adanya pergaulan bebas, adanya masalah sosial, maka isu ini akan terus berlaku. Tapi kenapa tiada kesedaran? Adakah buang bayi tu langkah terbaik atau penyelesaian terakhir kepada mereka yang terlanjur? Masih mahu menambah dosa? Aduhhh bermacam persoalan berlegar dalam kepala. Entah kenapa kali ni saya makin sensitif bila melibatkan bayi. Saat baca berita tu air mata bergenang (mak enon sangat kan hahaha), naluri keibuan mungkin! 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...