Monday, 22 August 2016

Terima Kasih Nurse dan Doktor Wad Bersalin PPUM

Bismillahhirrahmanirrahim, fuhh kekok pula rasanya nak menulis blog lepas dah lama menyepi dek tangan keras kejung lantaran takde idea miahahaha. Kalau nak senaraikan alasan sunyi sepi memang berjela-jela lah jawabnya kan. So jalan singkat toksah dok cakap apa satu jaaa alasannya malas hahahaha! 

Ok nak update lah kan kepada pembaca sekelian chewahh macam ramai pembaca kan hehehe saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 31 March 2016. Alhamdulillah both of us sihat walafiat. Kali kedua bersalin pun secara c-section atau dengan kata lain bersalin secara pembedahan! Auuuwew ngeri kan sesetengah ibu dengar. Tak mengapalah rezeki Allah bagi untuk tambah zuriat walaupun kita bersalin secara c-section. Eheeee siapa cakap rugi tak rasa sakit bersalin??? Masa anak 1st saya dah merasai sakit bersalin lebih 24jam sebab doc induce untuk paksa bersalin normal tapi sampai ke sudah jalan baru terbuka 6cm, so end up tolak masuk bilik bedah. Mana-manalah normal atau dibedah janji ibu dan anak sihat.

Muhammad Fawwaz nama diberi. Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya  (PPUM).

Ni diaaa baby sejurus lepas keluar dari bilik pembedahan




Pernah dengar orang cakap servis PPUM teruk sebelum ni, tapi pengalaman saya sendiri semua nurse dan doc di PPUM tu memang ramah mesra. Jagaan nurse pun memang bagus. Rezeki saya, dua kali bersalin di bedah oleh doc perempuan Islam. Masa dalam ward pun dirawat oleh doc perempuan, syukur sangat. Nasihat saya jangan lah  cepat mengatakan servis sesebuah hospital tu teruk kalau anda sendiri tak  melaluinya. Saya bersalin di hospital kerajaan. Anak 1st di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kali ni PPUM pula. Dua-dua pun terbaik servisnya. Takde lah kejadian nurse perli/tengking/marah pesakit. Kalau marah sikit-sikit tu biasalah sapa suruh tak ikut arahan nurse atau doktor kan hehehe. Kiranya layanan memang best, baik di PPUM ataupun di HKL. Siapa cakap spital gomen low class??? Dua kali saya bersalin duduk dalam bilik ber aircond, 4 orang satu bilik. Kalau PPUM memang semua patients duduk dalam bilik. So saya tak tau yang mana 1st class, mana low class nya hehehe. 

Ni lah bilik saya sebelum bersalin

Makanan hospital pun sedap katanya Firas hehehe

Ok saya share sikit untuk ibu-ibu yang bakal bersalin jika anda memilih PPUM sebagai tempat bersalin, jika bernasib baik baby kita akan di tahnik kan oleh ustaz dari masjid PPUM. Menurut nurse 3kali seminggu ustaz akan datang ke ward bersalin untuk tahnik kan baby Islam yang baru lahir. Dan memang rezeki Fawwaz, hari kedua lahir, hari Jumaat ustaz datang dan tahnik kan dia. Air zamzam, kurma dan sedikit garam kalau tak silap saya. Ibu-ibu siap dapat goodies sumbagan AJK Masjid PPUM. So ibu-ibu tak payah dah nak pening kepala nak bawak baby jumpa ustaz atau orang alim untuk tahnihkan mereka kan. Untung kan hehehe. Terubat sikit rasa sakit dan ngilu bersalin tu hehehehe. Terima kasih pihak PPUM.

Memang kalau ikut arahan kanak-kanak bawah usia 12 tahun tak dibenarkan masuk, tetapi semua tu boleh dibawa berunding. Pihak hospital pun faham, kalau macam saya ni mak ayah takde nak jaga anak sulung, jadi suami terpaksa lah heret anak sulung yang berusia 5 tahun ke ward sebab takde siapa nak jaga. Mintak kebenaran bagi tau elok-elok, mereka bagi masuk tapi dengan syarat JANGAN BISING hehehe.



Ermm itu lah antara pengalaman bersalin di PPUM. Saya terhutang budi dengan nurse dan doktor wad bersalin PPUM. Terima kasih atas khidmat dan jagaan mereka semua. Terbaik, terbaik, terbaik. Itulah yang saya boleh katakan. Pengalaman dalam bilik bedah pun nak di kongsi ke? Ada ke orang yang nak tau ni? Hehehe. Mungkin saya akan cerita lain kali itupun kalau ada yang nak tau laa kan hehehe.

3 comments:

  1. Wah birthday anak kedua kita sama la kak mas! Dan dua2 pun boy hehe.Beza tahun je 😉

    Saya pun dua2 kali bersalin hospital gomen. Hospital Klang, sama jugaklah kalau orang dengar pakat seram. Hehe tapi alhamdulillah ok.

    Apapun rezeki masing-masing kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh tersama pulak besday anak kita hehehe. Anak akak yg 1st besday sama dgn Anas anak ecah hehehe. Iyaa ramai yang ckp spital gomen teruk dari A-Z tpi alhamdulillah rezeki kmas dua2 spital gomen melatop layanannya. Plus dpt doc perempuan masa bersalin. Syukur

      Delete
  2. Kos bersalin c-zer berapa ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...