Sunday, 15 October 2017

Menu Sihat : Tauhu Ayam Kukus

Kali ni saya nak share resepi sihat yang dok melintas kat timeline fb. Walaupun dalam resepi asal nya dia guna isi ikan salmon, tapi saya ubah kepada isi ayam. Sedap sungguh walaupun 1st time buat. Anak-anak dan suami pun suka juga. Ada rasa macam otak-otak pun ye juga.

Inilah rupanya tauhu ayam kukus tu.

Ok meh cikedot resepinya.

2 keping tauhu lembut.
Isi ayam tanpa kulit (ikut banyak mana nak)-saya suka letak isi ayam banyak2.
Sebiji bawang besar potong dadu.
3 biji bawang putih.
Daun ketumbar/daun parsley/daun bawang pun boleh
Serbuk kari ayam
Cili merah dan cili hijau. Nak guna capsicum pun boleh.
Lada hitam ditumbuk jika suka.
Garam bukit organik
Perahan lemon untuk rasa yang lebih sedap.

Bahan-bahannya. Lemon dan lada hitam takde dalam pic yer.

Cara
Tauhu lembut di lenyek dan dihancurkan. Dicampur dengan isi ayam, cili, bawang, serbuk kari. Kalau nak pedas cili kasi lebih dan blend sampai hancur. Masukkan juga garam dan perahan lemon. Sebelum blend tu masukkan air. Dah siap tuang je dalam bekas plastik sebelum dikukus dan tabur daun ketumbar/daun parsley.

Ini rupa selepas di blend. Ready untuk dikukus. 

Sebelum kukus, tutup bekas supaya wap air tak masuk ke dalam tauhu kukus kita tu. Lepas tu kukus dalam 20-30 minit. Dah siap angkat dan potong. Makan dengan cili flakes atau sambal memang terangkat.

Tarraaaa nampak tauhu ayam kukus di makan dengan menu #sukusukuseparuh kita. 

Menu sihat saya memang tak menggunakan msg atau ajinomoto. Tapi jika anda suka takde masalah, ikut selera memasing tapi jangan lah banyak nanti takde lah resepi sihat kita kan hehe.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan idea kepada kawan-kawan juga.

1 comment:

  1. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...