Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

5 Peristiwa Hitam Yang Merobek Hati Sepanjang 2014

2014 bakal melabuhkan tirainya kurang daripada 6 jam daripada sekarang. Sesungguhnya terlalu banyak impian saya sepanjang tahun ini yang masih belum di capai. Impian paling besar yang tentulah untuk melihat group bisness saya makin berkembang dan dapat membantu lebih ramai lagi surirumah, pelajar IPT serta mereka yang di luar sana untuk menjana income dengan bisness Shaklee. Sepanjang 2014, saya telah membantu 4 orang suri rumah menjana income 3 angka secara konsisten dengan bisness Shaklee secara online ni. Syukur Alhamdulllah, daripada seorang surirumah yang mengharapkan gaji suami, kini sudah pandai berbisness menggunakan internet dan ada pendapatan sendiri. Susah nak digambarkan perasaan gembira saya.

Banyak suka duka sepanjang tahun muram 2014 kepada negara kita Malaysia. Dengan tragedi demi tragedi menimpa bermula dengan :

1. Flight malang MH370 pada March 
2. Jerebu teruk beberapa kawasan pada March
3. Insiden pembunuhan Polis di Semporna pada bulan Februari (in fact sehingga entri ini         ditulis, beberapa desas desus mengatakan Semporna kembali di ancam) 
4. Tragedi berdarah MH17 pada Julai 
5. Ribut di utara, 
6. Banjir dipantai timur pada Disember 
7. Air Asia QZ8501 Disember (pesawat ini tetap berjenamakan Air Asia- brand tambang murah terkenal Malaysia seantero dunia)

Namun, 5 tragedi hitam yang bakal dikenang dan menjadi sejarah memilukan kepada negara ialah seperti berikut: 


Kehilangan MH370 - March 2014
1. Kehilangan MH370 - March 2014

2. Penculikn dan Pembunuhan Polis Di Semporna - Julai 2014

Tragedi berdarah MH17 - Julai 2014
3. Tragedi berdarah MH17 - Julai 2014

Kelantan Ibarat Pulau Dibanjiri Bah - Disember 2014
4. Kelantan Ibarat Pulau Dibanjiri Bah - Disember 2014


Tragedi Air Asia QX8501 - Disember 2014
5. Tragedi Air Asia QX8501 - Disember 2014


Moga kita semua akan tabah walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian demi ujian daripada Allah SWT. Paling meninggalkan kesan pada saya ialah mengenai darurat yang diistiharkan di Semporna berita mengenai darurat di Semporna boleh baca di sini dan kesan banjir di Kelantan. Kedua-duanya melibatkan kampung halaman yang saya kunjungi, dan kesannya lebih dekat di hati. Biarpun air mata memang mengalir juga dengan insiden hitam yang lain, tetapi kedua-dua insiden ini lebih meninggalkan kesan kepada saya.

Pastinya fajar 2015 dinantikan dengan penuh harapan. Saya sendiri mengharapkan 2015 akan memberikan kegemilangan dan menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik daripada sebelum ini. 2015 dijangkakan akan berlaku krisis ekonomi, GST dan beberapa lagi perubahan yang pastinya memberikan impak kepada kita sebagai rakyat marhain. Namun, saya rasa dari segi mental saya sudah bersedia untuk menghadapi suatu lagi kisah baru dalam kehidupan. Pilihlah samaada kita nak di belenggu krisis kewangan atau kita nak menukar gaya hidup atau kita berusaha kekalkan gaya hidup dengan melakukan perubahan dalam ekonomi keluarga kita.

Kisah sedih 2014 tidak mahu lagi dikenang-kenang, saya sudah ready dengan buku dan pena untuk mencatatkan coretan baru 2015. Anda pula bagaimana yer? Hehehehe. Semoga kedatangan 2015 memberi kan cherita hidup dan kejayaan yang lebih indah.

Love 
Mas

Pasca Banjir : 8 Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Bila Pulang Ke Kediaman


Selepas banjir merupakan fasa yang sangat memenatkan. Iyalah kan, bila sudah namanya banjir, pastilah ada kesan dan lumpur yang di tinggalkan. Proses pertama selepas balik ke rumah masing-masing ialah untuk membersihkan rumah, premis, atau bangunan masing-masing. Dan yang keduanya pula memeriksa perkakasan daripada ancaman bahaya seperti renjatan elektrik, kebocoran dan sebagainya. 

Proses membersihkan lumpur selepas banjir merupakan yang tugas yang sering meruntun hati. Masakan tidak, semasa mencuci dan membersihkan inilah kita akan lihat saru demi satu kemusnahan harta benda kita dari sekecil kecil barang seperti sudu sehingga lah harta yang besar dan bernilai seperti kereta dan rumah. Binatang ternakan dan hasil tanaman juga.


Kereta Mangsa Diseliputi Lumpur Akibat Banjir
Kereta Mangsa Diseliputi Lumpur Akibat Banjir

Lumpur Merata-rata Selepas Air Bah Surut
Lumpur Merata-rata Selepas Air Bah Surut


Biasanya bila air banjir surut je semua penduduk yang berada di pusat pemindahan tidak sabar-sabar lagi nak balik ke rumah masing-masing. Ini memang saya akui, yelah sekian lama kita tinggalkan rumah hati tentu tertanya-tanya apa lah keadaan nya. Itu baru bab banjir, belum lagi kerisauan di sebabkan manusia yang menangguk di air yang keruh ( mencuri dan merompak) rumah mangsa. Sebaiknya persediaan mental juga perlu untuk menghadapi segala kemungkinan selepas melihat kediaman masing-masing selepas banjir/bah melanda. Bersama ni, saya kongsikan dengan anda semua 8 langkah keselamatan yang perlu kita ambil selepas banjir/bah.


8 Langkah keselamatan utama yang diperlu kita ambil:


1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. Ini bagi mengelakkan renjatan elektrik. Periksa juga peralatan elektrik yang ditenggelami air. Elakkan untuk terus 'on' kan peralatan tersebut, kerana kemungkinan ada sesetengah peralatan elektrik yang tidak rosak komponen dalamannya dan kita boleh jemurkan sebelum check ianya boleh di guna atau tidak.

3. Periksa rumah anda terlebih dahulu, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat. Syiling retak, atau relai perlu di berikan perhatian. Elakkan kembali ke rumah seorang diri kerana jika berlaku sebarang situasi yang tidak diingini ada teman yang akan meminta bantuan.

4. Jangan terus memasuk ke dalam rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi. Kemungkinan adanya binatang berbisa, kayu dan kaca sangat besar. Gunakan kayu untuk memeriksa sebarang halangan yang bertaburan dalam air yang cetek atau selepas air kering.

5. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

6. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

7. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.

8. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. Secepatnya supaya ianya dapat di baiki secepat mungkin.


Periksa Segala Peralatan Elektrik
Periksa Segala Peralatan Elektrik 

Check Keadaan Rumah Secara Berkumpulan Elakkan Kejadian Luar Dugaan
Periksa Keadaan Rumah Secara Berkumpulan Elakkan Kejadian Luar Dugaan

Periksa Dinding, Syiling Yang Roboh, Relai, Merekah dll
Periksa Dinding, Syiling Yang Roboh, Relai, Merekah dll
Pastikan Air Surut Terlebnih Dahulu Barulah Pulang Ke Rumah
Pastikan Air Surut Terlebnih Dahulu Barulah Pulang Ke Rumah 

Walaupun berat mata kita yang memandang, tetapi yakinlah berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Banjir Pantai Timur seperti di Kelantan Disember 2014 meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya kerana Pok Teh (bapa saudara) saya turut menjadi salah seorang mangsa di Chiku 7, Gua Musang. Semasa entri ini di tulis, keluarga pok teh sudah pulang ke rumah dan kemusnahannya susah nak gambarkan. Paling menyayat hati pok teh menanggis kerana lembu peliharaannya hanyut di bawa air bah. Semoga pok teh dan semua mangsa tabah menghadapi dugaan Yang Maha Esa. Kelantan dan Pantai Timur menanggis hari ini, dan semoga esok mereka akan tersenyum.

Love
Mas

Sunday, 28 December 2014

Usaha Mencari Sumbangan Mangsa Banjir 2014 : Kerja Dari Hati

Assalamualaikum.
Sejak hari Rabu yang lalu saya agak sibuk dengan usaha mencari sumbangan untuk mangsa banjir bersama-sama Presiden Persatuan Kebajikan Sosial Melayu Malaysia (PEKA MALAYSIA), En Mohd Hidayat Fansyuri Muda. Walaupun saya kini bukan lagi bekerja untuk aktiviti komuniti atau kemasyarakatan tetapi keprihatinan dan semangat untuk berjasa kepada komuniti tidak pernah padam. Bak kata bila cinta sudah berputik, maka kita bekerja daripada hati. Mungkin secara semula jadi saya dilahirkan dengan jiwa untuk berbakti dan memberi kepada masyarakat hahahaha puji diri sendiri kah? Hehehe. Ikhlas saya akui saya memang cintakan aktiviti menolong orang. 

Ok berbalik kita kepada aktiviti kebizian saya mencari sumbangan daripada kenalan dan beberapa untuk menyumbang kepada mangsa banjir. Syukur, Allah memudahkan kerja kami. Rezeki mangsa banjir sangat murah dan melimpah ruah. Kami bukan sahaja dapat  bantuan pakaian malah kami juga dapat bantuan hamper yang mengandungi makanan segera, gula, sabun, berus dan ubat gigi. Terima kasih kepada tokey Supermarket 99 Speedmart kerana menyumbangkan kepada kami 160 hamper tersebut. Setiap hamper di masukkan dalam kotak cantik berwarna pink yang dah ada tangkai so mudah untuk mangsa banjir pegang. Tak caya cuba tengok gambar di bawah ni, hehehe. Kotak cantik, isi dalamnya pun lengkap. Ada makanan, toiletries, lengkap dengan mug dan tumble untuk buat air. Ya Allah murahnya rezekiMu untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Terima kasih daun keladi, lain kali menyumbanglah lagi. Cewahh berpantun bagai yer. 

Antara Barangan Yang Ada Dalam Hamper 

Staff Persatuan sedang mengira stock pemberian Supermarket 99 Speedmart
Staff Persatuan sedang mengira stock pemberian Supermarket 99 Speedmart


Susunan Hamper Supermarket 99 Speedmart
Susunan Hamper Supermarket 99 Speedmart


Erti Hidup Pada Yang Memberi
" Erti Hidup Pada Yang Memberi"

Sumbangan pakaian adalah paling banyak kami perolehi. Kenalan dan kawan-kawan langsung tidak lokek memberikan sumbangan. Saya bangga menjadi anak Malaysia, negara yang rakyatnya sangat prihatin dengan kesusahan orang lain. Seperti biasa, bila aktiviti seperti ini berlangsung, ianya secara tidak langsung menjadikan hubungan semakin erat, banyak networking terjalin. Walaupun ada antara penyumbang tu langsung kami tak kenali. Sekali lagi Allah memudahkan usaha dan niat ikhlas untuk membantu orang ramai. 

Sumbangan Pakaian
Sebahagian Sumbangan Pakaian 


Presiden Persatuan Memeriksa Pakaian Yang Disumbangkan
Presiden Persatuan Memeriksa Pakaian Yang Disumbangkan


Di dalam hujan lebat, diselang selikan hujan renyai-renyai hari ni (27 Disember 2014) saya juga sempat membeli air mineral untuk mangsa banjir. Memang apabila berlakunya bencana alam begini, keperluan untuk air bersih sangat mendesak dan kritikal. Nak makan perlukan air bersih, nak memasak makanan perlukan air bersih, nak mandi, mencuci pakaian-pendek kata semuanya perlukan air bersih. Alhamdulillah kawan-kawan sangat dermawan. Saya hebahkan di dalam group WhatApps minta dan mohon dengan kawan-kawan untuk menyumbangkan air mineral dan hasilnya saya berjaya mengumpulkan 24 kotak air mineral. Syukur Ya Allah, hanya itulah yang mampu  kami panjatkan. Mulianya hati rakyat Malaysia, tiada siapa yang boleh menafikannya,

Air Mineral Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur
Air Mineral Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur


Ajar Firas Buat Kerja Kebajikan Sejak Kecil
Ajar Firas Buat Kerja Kebajikan Sejak Kecil


Bekalan Air Mineral Sampai Di Pusat Pengumpulan Sementara di Bangi
Bekalan Air Mineral Sampai Di Pusat Pengumpulan Sementara di Bangi


Saya bawak sekali suami dan anak kecil saya untuk sama-sama merasai kesusahan mangsa. Biar lah Firas belajar mengenal erti 'menolong orang susah'. Bila melihat bekalan di hantar ke pusat pengumpulan sementara kami di Bangi sekali lagi perasaan terharu hadir dalam diri saya. Sebak, sedih semua bercampur baur. Sebak dan sedih bila memikirkan nasib mereka yang terperangkap di pusat-pusat pemindahan banjir. Memang saya tidak ada pengalaman berhadapan dengan banjir seperti ini apatah lagi pengalaman berada di pusat pemindahan yang serba kekurangan. Tetapi pengalaman sebagai seorang Social Research Officer dan Project Officer sebelum ini, membuatkan saya amat memahami erti kesusahan dan kepayahan. Apa yang saya perhatikan semasa berurusan dengan tuan kedai untuk minta mereka hantarkan berkotak-kotak air tu, semuanya berlaku dengan sangat cepat, mudah dan sempurna. Benarlah janji Allah, jika kita niat kerana Allah, niatkan untuk kebaikan maka balasannya juga kebaikan. Tuan empunya kedai tidak tanya banyak bila kami cakap ini untuk mangsa banjir, mintak hantar ke tempat kami kumpulkan barang. Yelah mana nak muat Stream dan Vios kami dengan air mineral 24 kotak tu. tambahan pulak memang ada sumbangan pakaian gak kat dalam keta. Tokey tu cakap ok kita hantar lah, tolong orang punya pasal plus lokasi pun dekat kan. Kami berempat pun buat lah muka kesian kan hehehehe. laku juga muka kesian dan cute kami ni kan hahahaha.

Hari ni juga merupakan hari gumbira untuk kami bila pihak iM4U bersetuju menyumbangkan 200-300 khemah sementara untuk memuatkan mangsa banjir di pusat pemindahan nanti. Apa nama formal menda tu saya pun tak pasti tapi kami panggil cube heheh. rupa nya seperti dalam gambar di bawah. 

Khemah Sementara Untuk Mangsa Banjir
Khemah Sementara Untuk Mangsa Banjir






Buat masa ni yang saya tahu khemah begini hanya di dermakan oleh iM4U untuk mangsa banjir di SMK Sultan Ismail, Kota Bharu. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan satu lagi keperluan yang sangat-sangat diperlukan. Cuma kami menghadapi masalah untuk menghantar khemah ini memandangkan kami tak ada lori atau 4WD. Sekurang-kurangnya dengan adanya khemah sementara ini dapat berehat dengan selesa tak adalah lagi kita tengok mereka bergelimpangan tidur lagi kan. InsyaAllah kami akan cuba mencari jalan bagaimana nak menyewa atau cari mana-mana mereka yang dermawan untuk bagi pinjam 4WD mereka ke. Yang penting kelulusan dah dapat, usaha lagi supaya dapat amek benda tu. Jika niat kerana membantu kerana Allah SWT, kerja daripada hati, usaha keikhlas hati, InsyaAllah akan dipermudahkanNya. 

Semoga usaha kami yang sekecil ini akan dapat meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir. Walaupun berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul beban ini. Erti kemanusiaan terbit tanpa diundang, tak perlu dikerah. Doakan kami berjaya dalam misi ini dan bantuan dapat di agihkan kepada mereka yang memerlukan. 


Wassalam
Mas

Saturday, 27 December 2014

Sajak Banjir 2014 : Suara Aku Anak Kelate

Suara Hati Aku Anok Kelate.

Bayangkan bagaimana luluhnya hati seorang ibu,
Bila melihat rengekan anak yang kelaparan dan kesejukan,
Di kala kita lena di ulit malam.

Bayangkan bagaimana robeknha hati seorang anak,
Bila melihat orang tuanya bergelimpangan menahan kesakitan,
Sedang kita keenakan berbaring.

Bayangkan betapa pilunya hati seorang suami,
Bila melihat si isteri berala kadar,
Sedang kita enak berlebihan.

Bayangkan,
Saat engkau sejuk ber air cond di sini,
Di sana ada insan yang tulang belulang nya kecut diterjah angin.

Bayangkan,
Di saat engkau berjalan beriringin,
Di sana ada insan yang genggaman tangannya direntap tanpa rela

Bayangkan
Di saat engkau tertawa riang,
Di sana ada insan yang disentap kegembiraannya.

Engkau pastinya tidak mengerti apa itu keperitan,
Engkau pasti tidak tahu apa makna nya kesusahan,
Engkau pastinya tidak akan mengerti penderitaan,
Bila tangan yang kami pimpin di rentap kasar, tanpa rela, tanpa kami bersedia untuk kehilangannya,
Kerana engkau tidak pernah menjadi seperti kami.

Aku Anok Kelate
Aku Rakyat Biasa


Nur Masliza Muda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...