Showing posts with label Bisness Online. Show all posts
Showing posts with label Bisness Online. Show all posts

Thursday, 30 July 2015

Bersedia Menghadapi Krisis dan Kegawatan Ekonomi Dengan 4 Tips Mudah.

Bismillahhirrahmanirrahim. Ermm, sehari dua ni hangat membara cerita ceriti tentang pergolakan politik dalam negara kita. Saya tidak berminat menjadi 'penganalisis politik tak bertauliah' di sini cuma saya mahu berkongsi rasa tentang kegawatan dan krisis ekonomi yang sedang kita depani sekarang. Ramai yang tahu nilai ringgit kita menyusut sejak berberapa bulan yang lepas, pasaran kerja juga semakin mencegil di mana banyak syarikat mengambil keputusan untuk mengecilkan bilangan staff mereka dan bermacam lagi kegawatan ekonomi. Pelbagai kesan krisis ini, sama ada di peringkat global ataupun tempatan yang telah kita ketahui. 

Kegawatan dan Krisis Ekonomi
Kegawatan dan Krisis Ekonomi


Kalau melalui bajet kerajaan 2015 pun banyak pemotongan dilakukan apatah lagi pada kita kan. Untuk menghadap kemerosotan ekonomi ni kita tidak boleh hanya jadi keyboard warrior menyalahkan kerajaan, menyalahkan orang itu menyalahkan dasar ini semata-mata ini kerana akhirnya yang menanggung kesusahan adalah diri kita sendiri. Sebagaimana telah Kerajaan lakukan memotong bajet 2015 maka kita pun kena lakukan sesuatu sebelum menjadi lebih teruk. Kita boleh memilih untuk Memotong Perbelanjaan atau Menambah Sumber Pendapatan. Memang sukar untuk seorang yang makan gaji menjamin sumber pendapatan mereka tidak akan tergugat walaupun ekonomi gawat - kecuali anda pekerja kerajaan kan. Sehubungan dengan itu kita perlu bersedia dari sekarang untuk berhadapan dengan kegawatan itu. 

Nilai Ringgit Jatuh Teruk Petanda Ekonomi Tenat
Nilai Ringgit Jatuh Teruk Petanda Ekonomi Tenat


Ok saya  kongsikan dengan anda 4 tips untuk kita bersedia menghadapi kegawatan ekonomi.


1)  Kurangkan Perbelanjaan Anda

Saya rasa, perkara ini tidak perlu saya ulas lanjut, sudah pastinya anda semua sudah sedia maklum. Setiap kali menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang perlu kita lakukan, ialah mengurangkan perbelanjaan kita. Semak semula perkara-perkara yang perlu kita bayar secara bulanan, adakah ia boleh dihapuskan atau dikurangkan. Antara yang praktikal untuk di amalkan ketika krisis ekonomi adalah mengurangkan makan di luar, kurangkan perbelanjaan shopping barangan bukan keperluan seperti kerap menukar handbag, kerap membeli kasut baru, kerap menukar telefon bimbit dan sebagainya. 

Bawa Bekal Ke Tempat Kerja Menjimatkan Perbelanjaan Kita
Bawa Bekal Ke Tempat Kerja Menjimatkan Perbelanjaan Kita


Kalau di rumah pula, pengalaman sahabat saya ialah bertukar pakej astro daripada yang mahal kepada yang basic iaitu RM38 je (sebelum GST), pakej wifi yer bukan wife hehehe pula di tukar daripada yang paling mahal kepada yang sederhana sahaja. Saya sendiri memang ambil pakej astro yang paling basic sejak dulu. Bukan kedekut tetapi itu langkah penjimatan. Ada juga kawan bekerja yang mengurangkan waktu rewang mereka pada hari Jumaat semata-mata untuk mengelakkan mereka berbelanja benda yang tidak penting. Yelah kalau orang bekerja, rehat hari Jumaat adalah yang paling ditunggu kan sebab nak pergi shopping heheheh.


2) Bersedia untuk diberhentikan atau hilang punca pendapatan

Pekerja swasta memang tiada jaminan untuk tidak diberhentikan. Itu hakikatnya. Walaupun anda sudah bekerja keras untuk memastikan anda adalah aset bagi tempat anda bekerja, namun kadangkala, sesetengah perkara sudah ditakdirkan dan akan berlaku. Jadi, sebelum perkara yang tidak anda ingini itu berlaku, anda perlulah bersiap sedia, orang kata, “Jangkakan perkara yang tidak dijangka” . Mungkin, pada waktu ini anda boleh mencari semula dan mengemaskini fail-fail resume anda di samping mengenalpasti “lubuk-lubuk” pekerjaan yang baru.

Bagi mereka yang berniaga sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menambahkan lagi kenalan & network perniagaan anda. Kerapkan diri untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan perniagaan. Manalah tahu, mungkin anda akan menjumpai “peluang-peluang” serta “idea-idea” perniagaan yang baru disini.


3) Mulakan Pelaburan

Ini pula adalah amat sesuai bagi mereka yang “berkemampuan” dan mempunyai duit lebih. Pada waktu kegawatan seperti ini, saham-saham mewah serta saham-saham amanah sangat murah, kadar faedah pinjaman untuk membeli rumah juga menjadi rendah. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah kekayaan anda.

Itulah antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi bertahan di dalam situasi kegawatan ekonomi ini. Semoga entri kali ini memberikan anda sedikit manfaat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini.


 4) Cari Punca Pendapatan Lain

Seperti yang dicerita di atas tadi, jika kita tak masih mahu meneruskan stail hidup seperti di zaman ekonomi sedang rancak berkembang kita perlu tambah sumber pendapatan yang ada. Jangan bergantung kepada satu sahaja sumber pendapatan. Mula mencari sumber pendapatan lain seperti membuat perniagan untuk mencari side income. Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan punca pendapatan anda. Ada yang memilih untuk membuat kerja part time selepas waktu kerja, ada yang memilih membuat perniagaan online dan bermacam lagi yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah, mengorbankan sedikit masa anda berada di hadapan televisyen. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.” Saya bukannya tak mahu buat.. cuma takde masa?”. atau " Saya tak pandai lah nak berniaga ni".

Zaman sudah berubah, dunia dah maju, kini, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa. Dan buat bisness Shaklee adalah salah satu daripada yang boleh kita cuba. Pilih perniagaan yang tidak memerlukan modal puluhan ribu dan tak memerlukan anda buat loan untuk menambah beban hutang. Dengan Shaklee hanya bermodalkan kurang RM100 anda sudah boleh mula menambah pendapatan. Apa yang penting di sini ialah kesanggupan kita semua untuk menggunakan sepenuhnya masa bagi mencari pendapatan tambahan.


Kesimpulannya kegawatan atau krisis ekonomi ini sangat-sangat memberi kesan kepada kita semua. Baik kerajaan atau kita sebagai rakyat. Kita suka atau tak suka kita harus hadapi jua. Dan kita harus berusaha supaya kita dan keluarga boleh terus survive walaupun ekonomi kita tenat. Kepada mereka yangberminat untuk mengetahui bagaimana Shaklee boleh membantu Menambahkan Pendapatan anda boleh email dan whatapps saya.

Masliza
nurmasliza@gmail.com
019-624 2900

Saturday, 20 June 2015

7 Tips Elakkan Mudah Rasa Lapar dan Dahaga Ketika Berpuasa

Tips Elakan Rasa Lapar dan Haus Ketika Berpuasa
Tips Elakan Rasa Lapar dan Haus Ketika Berpuasa


Salah satu cabaran di bulan puasa ialah menahan rasa lapar dan dahaga. Ramai orang yang tidak dapat menahan rasa lapar dan dahaga di siang hari kerana tidak bersahur atau bersahur terlalu awal atau mengambil makanan lambat hadam ketika bersahur. Sebab itulah bila berpuasa kita digalakkan bersahur.  Rasululullah Sallallahu `alaihi Wa Sallam Bersabda :

 " Bersahurlah Kamu Semua Kerana Sesungguhnya Pada Waktu Makan Sahur Itu Terdapat Keberkatan "


Nabi SAW juga bersabda Maksudnya:

“(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”

Islam sangat menggalakkan umatnya melewat-lewatkan waktu sahur. Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,


تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

“Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.” (riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)



Bersahur Bantu Kita Mudah Rasa Lapar dan Dahaga Ketika Berpuasa
Bersahur Bantu Kita Mudah Rasa Lapar dan Dahaga Ketika Berpuasa


Sahur adalah sangat penting bagi umat islam untuk meneruskan rutin harian dengan menahan lapar dan dahaga disepanjang bulan Ramadhan pada siang hari. Tanpa sahur yang betul, badan akan mudah lemah dan tidak bertenaga. Biasanya anak-anak kita yang baru belajar hendak berpuasa ini lah yang sering tak dapat menahan lapar dan haus ketika berpuasa kan. Walaupun begitu ramai juga orang dewasa yang tiba-tiba diserang gastrik dan pelbagai penyakit sehingga tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan ni kan. Hehehehe.


Buruk Rupanya Bila Orang Dewasa Tak Boleh Tahan Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa Ni
Buruk Rupanya Bila Orang Dewasa Tak Boleh Tahan Lapar Dan Dahaga Ketika Berpuasa Ni

Lapar dan Dahaga Ketika Berpuasa
Lapar dan Dahaga Ketika Berpuasa



Kali ni saya akan kongsikan dengan anda semua 5 tips mudah untuk mengelakkan kita (anak-anak terutamanya) mudah rasa lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tips ini juga membantu mereka yang berpuasa daripada lemau dan lemau sepanjang berpuasa.  

1. Elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak ketika bersahur. Contoh makan nasi goreng dan ikan masin. 

2. Banyakkan minum air kosong atau jus buah tanpa gula. Ini kerana ketika siang hari tubuh badan kita akan kehilangan banyak air. Jadi memulakan puasa dengan pemulihan air adalah langkah yang bijak.

3 .Ketika smpai waktu berbuka, pelbanyakkan mengambil makanan yang cepat hadam seperti jus buahan, sup dan bubur. Gula dan karbohidrat yg terdapat dlm makanan ini lebih mudah dihadam. Lantaran itulah kita dsunnahkan berbuka dengan buah Kurma atau Tamar. Kurma atau Tamar ini adalah makanan terbaik ketika berbuka kerana boleh membekalkan sumber tenaga segera mengantikan bekalan makanan yang di gunakan siang hari.

4. Elakkan makanan manis dan makanan yang tinggi Glisemik Indeks (GI) ketika sahur. Makanan yang banyak mengandungi gula dan tinggi GI sebenarnya boleh menjadikan anda letih kerana proses penghadamannya lebih cepat. Selain itu, makanan berempah dan pedas juga perlu di elakkan oleh pesakit gastrik.

5. Elakkan minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yg tinggi yg boleh meletihkan badan. Seeloknya lebihkan minuman buah-buahan,susu dan air kosong kerana ia lebih berkhasiat.

6. Elakkan daripada tidur selepas sahur. Cara ini sebenarnya meletihkan badan kita kerana makanan masih belum dihadam ketika waktu tidur. 

7.  Amalkan segelas minuman isotonik Shaklee iaitu Performance Drink ketika bersahur. Minuman tanpa pemanis tiruan ni memberikan tenaga segera kepada otot di mana ia boleh menggantikan air yang hilang ketika latihan fizikal. Sangat sesuai diberikan kepada anak kita semasa bersahur kerana ianya membantu mengurangkan dihiderasi (kurangkan kehausan di siang hari). Selain itu Performance Drink ni membantu kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Percaya atau tidak, ketika berbuka pun kita tidaklah terlalu gelojoh untuk minum air. Haaa ini memang kena cuba sendiri baru tahu keberkesanannya.


Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

Thursday, 18 June 2015

Selamat Datang Ya Ramadhan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah bertuahnya rasa bila sekali lagi kita semua dipertemukan dengan bulan yang sangat mulia, bulan penuh barakah dan rahmatNya, bulan Ramadhan. Salam Ramadhan kepada semua pembaca dan pengikut setia blog mummyfiras.blogspot.com ini.

Selamat Datang Ramadhan
Selamat Datang Ramadhan


Marilah kita bersama-sama melipat gandakan amalan kita di bulan mulia ini. Sesungguhnya Ramadhan ini lebih mulia daripada 1000 bulan. Besederhanalah kita semua ketika berbuka puasa dan bersahur. Elakkan pembaziran makanan terutamanya ketika berbuka puasa. Persediaan saya tentunya set berpuasa Shaklee yang rendah dengan Glisemik Indek (GI) semasa waktu bersahur supaya siang hari tidak mudah rasa lapar dan haus yang melampau.

Saturday, 13 June 2015

4 Sebab Kenapa Kepercayaan Itu Penting Bila Kita Berbisness

Kepercayaan Adalah salah Satu Asas Dalam Kehidupan dan Perniagaan
Kepercayaan Adalah salah Satu Asas Dalam Kehidupan dan Perniagaan
Kepercayaan terhadap apa yang kita usahakan merupakan kunci untuk berjaya. Betul kan? Dalam kehidupan seharian juga kita perlu ada kepercayaan. Kepercayaan kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Al Quran, percaya kepada Rasul, percaya kepada hari Kiamat dan percaya kepada Qada' dan Qadar Allah. Ini adalah asas 6 Rukun Iman yang dipegang oleh seorang Muslim di bumi Allah yang sangat luas ini. Kita memilih seseorang itu menjadi pasangan hidup kita kerana kita yakin dan percaya pada dia. Begitulah juga bila kita buat sesuatu termasuklah memilih sesuatu bisness sebagai cabang rezeki kita. Percaya dan yakinlah bahawa 9/10 rezeki itu datangnya daripada berniaga (bisness). Jadi salah satu kunci kejayaan orang berniaga ni adalah KEPERCAYAAN.


Kepercayaan
Kepercayaan Itu Penting

Saya percaya pada keberkesanan produk, saya percaya pada plan pemasaran syarikat, saya yakin dengan kredibiliti syarikat lantas saya memilih untuk berbisness dan membantu orang lain mendapat pendapatan dengan produk ini, Saya percaya bahawa bisness ini mampu memberikan pendapatan kepada saya lantas saya berani mengambil keputusan untuk menumpukan 100% perhatian dengan bisness ini. dan kini selepas bergelas seorang WAHM yang berbisness, saya rasa saya perlu membina dan melebarkan Kepercayaan ini. Pada saya, kepercayaan saya dalam bisnss ini membantu saya untuk mendapat :



1. Keyakinan

Pelanggan akan membeli dari kita apabila mereka yakin dan percaya kepada kita. Apatah lagi bisness online kini dicemari dengan peniaga yang songlap duit pelanggan maka tidak mudah untuk seseorang itu membeli produk yang kita jual jika mereka tidak yakin dengan kita. Walaupun sesuatu produk itu bagus, tetapi orang yang menjualnya tidak boleh dipercayai, maka tiada sebarang jualan yang akan terhasil. Sebagai contoh mudahnya, kita akan lebih mudah membeli sesuatu daripada rakan niaga yang kita kenal berbanding dengan orang luar (orang yang kita tidak kenal). Tak kisah lah rakan di FB atau rakan pejabat kan?


2. Mudahkan urusan

Kepercayaan seseorang akan memudahkan sesuatu urusan atau tugas dilakukan. Lebih besar kepercayaan pelanggan kepada kita maka lebih mudah untuk kita berurusan dengan mereka. Contoh mudah ialah jika terlewat sehari dua post barang yang dijanjikan pelanggan mungkin tidak akan berkira dengan kita kerana mereka punya kepercayaan dengan kita. Nampak tak betapa pentingnya kita sebagai peniaga ni meraih kepercayaan pelanggan? Bila sudah percaya, maka urusan kita akan menjadi mudah. Di samping itu, adakah kita akan mudah mempercayai seseorang hanya dengan perjumpaan pertama kali?


3. Pembelian berulang

Customer atau pelanggan pasti akan membuat pembelian berulang dari seorang peniaga yang mereka percaya, betul kan? Ini adalah pengalaman yangsaya kutip dan simpan sepanjang 2 tahun lebih saya berbisness ini. Hal ini kerana keyakinan mereka terhadap peniaga tersebut dan juga kepercayaan yang diberikan kepada mereka. Kenapa kita yakin dengan sesuatu produk? Kerana kita mempercayai jurujualnya tidak akan menipu kita apabila mereka membuat jualan ke atas kita. Kerana itulah dalam bisness Shaklee ini kita sangat titik beratkan pentingnya kita sharing tentang kebaikan dan manfaat produk supaya kita dapat membina keyakinan pelanggan dan mereka akan setia dengan produk untuk membuat pembelian berulang dalam jangka panjang.


4. Menjalinkan hubungan jangkamasa panjang

Maksudnya disini adalah, kepercayaan kedua-dua belah pihak iaitu antara peniaga dan juga pelanggan akan berterusan selagi mana kepercayaan itu wujud. Selagi hubungan yang baik itu berterusan, ia akan mengekalkan hubungan tersebut sampai bila-bila. Oleh itu, kepercayaan adalah sangat penting tidak kira dalam perniagaan dan juga hubungan kita seharian. Jangan terkejut tau daripada seorang pelanggan akhirnya mereka menjadi bisness partner kita dan juga kawan baik kita. Saya berbicarta berdasarkan pengalaman saya, bilamana beberapa orang yang dulunya berstatus pelanggan setia kini sudah bertukar status kepada bisness partner saya dan kami masih berkawan baik meskipun sebelum itu kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Orang Cina sangat menitikberatkan tentang kepercayaan dalam hubungan perniagaan, jadi apa salahnya jika kita orang Islam juga mengamalkan perkara yang sama kan? Mereka biasanya akan mempercayai kita selagi mana kita tidak khianati mereka. Tetapi jika kita sudah buat hal, sampai bila-bila pun mereka akan berasa curiga dengan kita.






Setiap perkara sememangnya ada baik dan buruknya tetapi ambillah yang baik dan gunakan dalam kehidupan kita dan di sini saya fokuskan kepada usahawan dan juga peniaga. Peniaga yang jujur akan disayangi oleh pelanggan dan juga tuan punya dunia ini iaitu Allah s.w.t. Kita sebagai umat Islam tidak boleh tidak perlu ada kepercayaan bila berbisness. Bisness yang kita jalankan menghasilkan pendapatan dan pendapatan itu lah yang kita gunakan untuk menyara keluarga kita, jadi kita perlu lakukan supaya punca rezeki kita itu ada keberkatannya. Jadi jangan kita sesekali abaikan kepercayaan pelanggan atau customer kita dalam bisness kita sebab kita kan nak berniaga dalam jangka masa yang lama. Kan, kan, kan...

Wednesday, 10 June 2015

Pengalaman Dua Tahun Berturut-turut Layak Ke Shaklee National Conference .

Alhamdulillah tamat sudah percuatin 5 bintang. Sekarang masa untuk kembali meneruskan kerja keras dalam bisness. 5-7 Jun 2015 saya sekali lagi layak dengan point untuk National Conference sekaligus menjadikan diri ini sebagai NC Qualifier dan NC Award Achiever untuk cycle 2014/2015. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut saya layak mendapat kedua-dua nya. Dan saya pernah kongsikan dengan anda bagaimana keterujaan saya tahun lepas kerana itulah pertama kali saya naik pentas dan dapat percutian yang ditaja, baca DI SINI dan DI SINI. Dan tahun ini sekali lagi di raikan begini, rasa sangat-sangat dihargai dan sangat menyuntik semangat untuk terus bekerja lebih kuat lagi. 

Semua ini saya dapat hasil daripada point terkumpul sepanjang cycle lepas ( Mac14-Feb15. Terasa sangat kerdil sebab sudah dua tahun masih tidak mampu untuk melayakkan point ke International Conference. Insya-Allah 2016 saya akan layak point untuk ke USA. Siapa tak teringin ke USA kan? Apatah lagi percutian dan conference yang ditaja 100% oleh Shaklee kan?. Ok berbalik kita kepada cerita National Conference (NC) 2014/2015 pula. 

Tahun ini Shaklee memilih The Palace of The Golden Horses untuk menempatkan semua peserta NC kali ni. Rasanya ini kali ke3 meniginap di hotel mewah ini selepas saya menikmatinya semasa menjadi students dan fellow di Universiti Malaya (UM) dulu. Lebih bermakna kali ni penginapan ni ditaja dan saya tak perlu buat apa-apa. Masa student dulu jadik commitee diner kolej, masa jadik fellow dulu penasihat kepada student kan. Hehehehe. Kali ni goyang kaki orang kata. hehehehe.

Ok lepas dah register, dah dapat collect duit allowence RM100 sorang daripada Shaklee. Masa untuk naik bilik, get ready untuk City Tour yang dah di arrangekan oleh pihak Shaklee. Walaupun saya memang dah duduk KL ni lama, tapi bila ada tour gini rugi kot kan kalau tak ikut. Takde makna nak lepak kat tilam hotel yang empuk ni kan. 

Penginapan Peserta National Conference 2014/20154  Di  Palace of The Golden Horses
Penginapan Peserta National Conference 2014/20154  Di  Palace of The Golden Horses

1st destinasi tour kami adalah ke Muzium DiRaja. Ok part ni memang perghak sikit lah sebab memang tak pernah masuk sebelum ni kan. Hehehehe. Seronok pulak tau bila jenjalan reramai gini. Naik bas sesama, rasa macam rombongan Che Kiah pulak kan hehehe. Masa dalam bas tu tour guide bagitau kami tentang sejarah Kuala Lumpur dan juga sejarah kewujudan Muzium DiRaja tu. Ohh barulah saya tahu bahawa dahulunya bangunan Istana lama yang kini dijadikan Muzium Diraja itu adalah milik seorang jutawan dan hartawan Cina yang mempunyai ramai isteri, dan bagunan istana itu dibina untuk melambangkan kekayaan beliau. Banyak bilik dibini didalam Istana itu untuk menempatkan para isteri-isteri beliau. Tetapi bila Jepun datang ke Tanah Melayu hartawan Cina itu melarikan diri dan bangunan itu menjadi markas tentera Jepun (untuk berkumpul). Dan selepas Jepun surrender , bangunan Istana lama itu di duduki oleh tentera British dan dijadikan Mess Pegawai British. Bila dan merdeka, barulah bangunan itu di jadikan Istana dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pertama yang ditabalkan di istana itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Ohh itu memang baru tahu hehehe.

OK kami dibawa menlawat bilik-bilik yang ada di dalam bangunan Muzium DiRaja ini. Di dalam Istana tu (kini dipanggil Muzium DiRaja) terdapat 13 buah bilik. dah namanya Istana kan memang lah semua bilik pun cecantik kan. 


1st Destinasi Ialah Lawatan Ke Muzium DiRaja
1st Destinasi Ialah Lawatan Ke Muzium DiRaja

Peserta National Conference 2014/2015 Diperkarangan Istana
Peserta National Conference 2014/2015 Diperkarangan Istana 


Destinasi seterusnya kami dibawa ke Central Market (CM). Ya Allah memang laaaaamaaaa sangat dah tak menjejakkan kaki ke CM ni. Masa Uni (Degree dan Master) dulu memang selalu jugaklah singgah CM ni. Actually banyak kenangan di CM ni sebab masa dedulu takde keta, so gi tunggu bas kat Bangkok Bank memang passed by CM heheheh.


Ke Central Market
Ke Central Market 

CM memang jauh berubah dan jauh lebih moden berbanding dulu. Walaupun saya dan kawan-kawan daripada group LiSA terpisah dengan bas lain-lain namun kami bertemu semual di CM hahahaha. Macam-macam ragam bila mak-mak budak berjalan tanpa anak di sisi kan. Kepada sesiapa yang bukan dari area KL dan Selangor memang boleh lah beli cenderahati di CM ni, tapi sebab kami ni duduk area sini-sini jugak so takde lah nak membeli hehehe.


Terserempak Pulak Rombongan CHE LISA di Central Market (LiSA Gang)
Terserempak Pulak Rombongan CHE LISA di Central Market (LiSA Gang)

3rd destinasi, kami semua di bawa ke Aquaria KLCC. Haaa yang part ni best. Sebab dapat nenggok ikan-ikan hhehehe.


Ke Aquaria KLCC Kita
Ke Aquaria KLCC Kita

Bergambor Sikit Dalam Aquaria KLCC
Bergambor Sikit Dalam Aquaria KLCC

Suasana Dalam Aquaria KLCC
Suasana Dalam Aquaria KLCC


Lepas dah melenguhkan kaki dan menjamu mata dengan ikan-ikan di Aquaria KLCC, tibalah time untuk Welcoming Diner oleh Shaklee untuk NC Qualifier. Mujurlah Diner pun di buat kat Hotel Grand Hyatt KL ni aje, means that sebelah Aquaria tu je, jalan kaki 2 menet dah sampai hehehehe. Teman dinner Fun Fair Nite. Tapi kami semua ni pakai t-shirt Shaklee je hahahaha. Ok kan gitu.  Layan gambar sikitttttt....


Dinner At Grand Hyatt Hotel Sponsored By Shaklee
Dinner At Grand Hyatt Hotel Sponsored By Shaklee

ak-Mak Orang Bergambor Sebelum Dinner
Mak-Mak Orang Bergambor Sebelum Dinner
Muka-muka Kelaparan Selepas Seharian KL Tour
Muka-muka Kelaparan Selepas Seharian KL Tour

Seperti NC 2014/2015, sesiapa yang lahir di bulan Jun akan diberikan penghargaan. Wahhh part ni memang saya sukaaaaaa, maklumlah saya di lahirkan pada bulan Jun. Last year pun kami diraikan dan tahun ini di NC 2015/2016 sekali lagi SID yang lahir bulan Jun di raikan. Syukur lah...walaupun hari ulang tahun kelahiran saya masih belum tiba lagi hehehe. Kiranya early birthday celebration gittuuuuu.


Sama Seperti NC Tahun Lepas, Dapat Kek Birthday Dari Shaklee
Sama Seperti NC Tahun Lepas, Dapat Kek Birthday Dari Shaklee

Kek Sponsored By Shaklee Untuk NC Qualifiers Yang Lahir Bulan JUN
Kek Sponsored By Shaklee Untuk NC Qualifiers Yang Lahir Bulan JUN
Kek Sponsored By Shaklee Untuk NC Qualifiers Yang Lahir Bulan JUN
"JUNE BABIES"


Kegembiraan saya tak berakhir di situ sahaja. Sebelum pulang ke hotel Palace of The Golden Horses (PoGH) , Shaklee bagi semua peserta NC 2015/2016 penghargaan, sebuah plaque pewter. Dannnnnn bila sampai ke PoGH sekalilagi ada surprised atas katil...Sekotak Shaklee Collagen Powder fuhhhh. Suka, suka, suka.

Surprised  Welcoming Dinner
Surprised  Welcoming Dinner 



Shaklee Collegen Powder Hadiah Untuk Peserta National Conference 2014/2015
Shaklee Collegen Powder Hadiah Untuk Peserta National Conference 2014/2015

Siapalah yang tak mahukan penghargaan begini kan. Merasai percutian mewah tanpa mengeluarkan sesen pun duit sendiri. Semuanya di taja oleh Shaklee. Bukan setakat diberi percutian tetapi diberikan pelbagai hadiah bagi membalas segala keringat SID yang berusaha keras sepanjang cycle. Dulu masa kerja annual dinner nak dapat hadiah pun main tukar-tukar hadiah. Huhuhuhu. 


Surprised Day 2 - Burberry Shawl kah??????
Surprised Day 2 - Burberry Shawl kah??????


Sesungguhnya kerja keras semua SID Shaklee amat dihargai oleh pihak pengurusan. Saya sangat enjoy buat bisness Shaklee sepanjang dua tahun lebih penglibatan saya ini dan saya berazam untuk mengumpul point untuk layak ke International Conference tahun 2015/2016 nanti. Nak ke USA pula. Dua tahun berturut-turut berpeluang menjadi NC Qualifiers dan merasai keseronokan naik pentas menerima award daripada Shaklee sangat menyeronokkan. Kejayaan ini menguatkan semangat saya untuk membawa lebih ramai lagi business partner saya sama-sama merasai penghargaan 5 bintang daripada Shaklee ini.

Sepanjang 2 tahun layak ke NC ni, saya nampak Shaklee sangat menghargai dan sangat berbangga dengan prestasi setiap SID mereka. Dan kekurangan NC 2014/2015 di perbaiki dalam NC kali ini. NC kali ini ternyata lebih meriah kerana adanya KL Tour, NC sebelum ni takde tour hehehe. Walaupun sedikit kepenatan kerana jadual yang padat sepanjang percutain mewah 3 hari 2 malam ni, tetapi ianya seronok dan banyak ilmu yang di dapati daripada sharing leader hebat di pentas NC. 

Kalau anda rasa mahu sama-sama mengecapi sendiri bagaimana dihargai oleh Shaklee dengan percutian mewah ini, saya pilih lah saya sebagai mentor anda. Kerja keras saya setahun bermula daripada awal cycle membilehkan saya layak menerima kesemua ini. Sudah dua kali saya melakukannya. Alhamdulillah sangat manis, sangat bermakna. Tahun lepas seorang bisness partner saya naik pentas bersama-sama. Tahun ini seorang lagi bisness partner saya naik pentas menerima award bersama saya. Bangga ke tidakk????? Hehehehehe. Nak tahu bagaimana untuk melayakkan diri anda? Say YES pada Shaklee. Pelbagai ganjaran habaq ang!!!! Perjalanan saya dengan Shaklee masih jauh, saya berpegang pada kata-kata 'do or die'. Takkan nak tengok sahaja peluang cash yang Shaklee sediakan tanpa sambar peluang tu kan. Menambah pendapatan dan mencari side income semuanya boleh dengan SHAKLEE.

Nur Masliza Muda
012-2965214
nurmasliza@gmail.com
SID 908080

Thursday, 4 June 2015

Sekejap Sahaja Dah Masuk 17 Sya'aban


Sekejap Dah Masuk Bulan Syaaban
Sekejap Dah Masuk Bulan Syaaban

Bismillahhirahmanirrahim. Hari ni dah 4 Jun 2015 atau 17 Syaaban 1436 Hijrah. Dah 17 Sya'aban dah kita ni. Sekejap je rasa dah nak masuk bulan Ramadhan dah (17@18 Jun nanti) kita kan. Pejam celik pejam celik tak sedar Ramadhan makin hampir. Kita sudah melewati malam Nisfu Sya'aban ( 15 Sya'aban) pada 2 Jun yang lalu. Bermakna kita semakin dekat dengan bulan mulia ramadhan. Jika dulu waktu saya masih lagi bekerja makan gaji, bulan Rejab dan Sya'aban adalah bulan mengganti puasa. Atau bagi sesetengah orang bulan untuk membiasakan badan dan perut berpuasa. Tapi itu dulu lah. Sekarang ni sejak bekerja sendiri, komitmen pergi outstation pun dah takde, Rejab dan Sya'aban lebih kepada bulan saya berpuasa Sunat. Inilah sedikit sebanyak perubahan yang positif pada diri saya yang saya rasai sendiri. Saya tertarik dengan kelebihan bulan Sya'aban bila membaca satu blog tidak lama dulu tetapi lupa nama blognya. Di sini saya kongsikan dengan anda semua Kelebihan Bulan Sya'aban. Moga kehadiran Sya'aban ni akan menguatkan lagi keimanan kita semua.

Kelebihan Bulan Sya'aban

1.Puasa
Bulan Sya’ban adalah bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa. Dari Aisyah r.a berkata:
“Bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa ialah bulan Sya’ban yang menghubungkannya dengan bulan Ramadan”. (Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Bani)

Dari Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah berpuasa hingga aku katakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka hingga aku katakan tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat rasul saw berpuasa penuh melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak pada bulan selain dari bulan Sya’ban”. (Bukhari dan Muslim)


Sekumpulan para ulamak seperti Ibn Mubarak dan lainnya menegaskan bahawa nabi saw tidak pernah menyempurnakan puasa di bulan Sya’ban. Baginda hanya banyak berpuasa sahaja. Hal ini diperkuatkan oleh satu riwayat daripada Aisyah r.a, katanya:
“Kami tidak mengetahui bahawa baginda saw berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim).

Riwayat dari Aisyah r.a:
“Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa penuh sejak tiba di Madinah melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim) 

Menurut Ibn Abbas: “Rasulullah tidak pernah berpuasa penuh selain Ramadan”. Malah Ibn Abbas menghukum makruh perbuatan berpuasa penuh selain bulan Ramadan.


Puasa pada umumnya mempunyai kelebihan yang besar dan balasan yang agung. Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata: Nabi saw telah bersabda (bermaksud):
“Tidaklah seorang hamba berpuasa pada hari perang Fi Sabilillah melainkan Allah akan menjauhkan mukanya pada hari itu daripada api neraka perjalanan 70 tahun”.(Muttafaq Alaih)


Dari Abdullah bin Amru r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Puasa dan Al-Qur’an kedua-duanya akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat. Berkatalah puasa: “Ya Allah, aku telah melarangnya dari makan dan menuruti syahwat pada siang hari, maka berilah syafaatku kepadanya. Lalu Al-Qur’an berkata pula: “Ya Allah, aku telah melarangnya tidur diwaktu malam (untuk bertilawah), maka berilah syafaatku kepadanya”. Dengan itu Allah memberikan syafaat keduanya untuk hamba itu”. (Ahmad)


Begitu juga di antara kebaikan berpuasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan untuk berpuasa di bulan Ramadan, supaya apabila masuk ke bulan Ramadan nanti tidak lagi merasa susah atau berat, tambahan pula puasa di bulan Sya’ban sebagai latihan dan persiapan supaya masuk ke bulan Ramadan nanti dengan penuh kekuatan dan kecergasan.

Kelebihan Bulan Sya'aban
Kelebihan Bulan Sya'aban



2. Menjaga solat lima waktu secara berjamaah
Terdapat beberapa hadith yang menyebut tentang kelebihan menjaga solat berjamaah dan ancaman orang yang meninggalkannya padahal ia berkemampuan melaksanakannya.

Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasul saw telah bersabda (bermaksud);
“Solat berjamaah lebih utama daripada solat berseorang sebanyak 27 darjat”. (Muttafaq Alaih)

Dari Abu Musa ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda (bermaksud):
“Orang yang paling besar pahalanya dalam solat adalah orang yang paling jauh perjalanan kakinya dan yang lebih jauh lagi dan orang yang menanti solat sebelum ia solat berjamaah bersama imam akan mendapat pahala yang lebih besar dari orang yang solat kemudian tidur. (Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a: Bahwa Rasulullah saw. kehilangan beberapa orang sahabatnya dalam salat. Beliau bersabda (bermaksud):
"Sesungguhnya aku bermaksud menyuruh seseorang solat mengimami sahabat lainnya dan aku akan pergi menyusul beberapa orang yang enggan solat berjamaah. Aku menyuruh mereka untuk membakar rumahnya dengan kayu bakar. Bila salah seorang di antara mereka mengetahui bahwa ia akan mendapatkan selonggok daging yang gempal maka ia akan menghadiri salat Isyak berjamaah. (Muslim)


Semua hadith ini menunjukkan penegasan tentang perintah solat berjamaah dan keringanan bagi yang menghadapi kesukaran menghadirinya.




3. Membaca al-Qur’an, mengkhatam, menghafaz dan mengulangkajinya
Amalan ini adalah sebesar-besar pintu kebaikan kerana di dalamnya terkandung keutamaan dan pahala yang besar di sisi Allah.  Dari Ibn Mas’ud r.a berkata (bermaksud):
“Rasulullah saw telah bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an dia memperolehi satu hasanah, satu hasanah menyamai sepuluh pahala. Aku tidak katakan alif, lam dan mim satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (Tirmizi. Menurutnya hadith ini hasan sahih)


Bulan Sya’ban menjadi mukadimah atau pengenalan kepada bulan Ramadan, dengan sebab itu amalan yang utama di bulan Ramadan juga utama pada bulan Sya’ban seperti puasa, membaca al-quran dan bersedekah. Menurut Salamah bin Suhail: Ada pendapat mengatakan bulan Sya’ban adalah bulan membaca al-Qur’an. Habib bin Abi Thabit apabila memasuki bulan Sya’ban beliau berkata: Ini adalah bulan membaca al-Qur’an. Amru bin Qis al-Mulaiy apabila memasuki bulan Sya’ban beliau akan menutup ruang-ruang masa dan sibuk dengan membaca al-Qur’an.


Membaca Quran Di Bulan Sya'aban
Banyakkan Membaca Quran Di Bulan Sya'aban

4. Berdoa kepada kiblat orang Islam yang pertama
Di dalam Sya’ban adalah bulan berlaku pertukaran kiblat orang Islam daripada Masjid Aqsa ke Masjidil Haram. Firman Allah SWT (bermaksud): 
“Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)


Kita saksikan apa yang berlaku ke atas Masjidil Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam yang wajar kita renung dan berikan perhatian sepenuhnya. Apakah yang patut kita lakukan? Setidak-tidaknya kita berdoa supaya Allah mengembalikan Masjid Aqsa ke pangkuan kita dan membebaskannya daripada cengkaman Yahudi perampas.




5. Menghidupkan qiamullail
Kebanyakan orang Islam tidak memberi perhatian kepada qiamullail selain bulan Ramadan. Orang yang hanya memberi perhatian di bulan Ramadan akan merasa sukar untuk mendirikan qiamullail kerana selama ini tidak menghidupkannya selain bulan Ramadan. Bila tiba bulan Ramadan secara mengejut mendirikan solat malam tentu merasa berat dan sukar untuk menjaganya. Jikalau tubuh kita kerap menghidupkan malam sebelum Ramadan dan sepanjang tahun dengan solat tahajud di waktu malam tentu kita tidak merasai susah atau berat mendirikannya di bulan Ramadan. Contohnya orang yang memberi perhatian dengan menjaga solat malam sebelum Ramadan sekurang-kurangnya solat dua rakaat pada tengah malam, ataupun solat selepas isya’ atau sebelum tidur.

Dari Qasim bin Muhamad dari Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit”.(Muslim)




6. Menghubungkan silaturrahim
Sepertimana yang telah disebutkan di dalam hadith bahawa bulan Sya’ban ialah bulan amalan hamba diangkat dan dipersembahkan kepada Allah. Nabi saw menyukai sekiranya ketika amalannya diangkat kepada Allah baginda sedang berada di dalam ketaatan. Inilah yang sewajarnya diperhatikan oleh umat Islam di bulan Sya’ban ini supaya orang muslim berusaha menjadi sebaik-baik ketaatan ketika amalan diangkat dihadapan Allah. Ini mendorong Allah akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan dan keampunan sekalipun amalan yang dipersembahkan itu ada kekurangan.

Tidak diragui bahawa menghubungkan silaturrahim dan meredakan permusuhan adalah sebesar-besar ketaatan yang dituntut khasnya di bulan yang mulia ini yang mempunyai keutamaan yang besar.
Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.) Menurutnya ini hadith sahih.


Kita menyambut kedatangan bulan Sya’ban dengan sambutan yang sebaiknya dengan memenuhi dada dengan kasih sayang dan berbaik dengan semua orang. Oleh itu, jadikanlah bulan Sya’ban ini sebagai peluang dan permulaan untuk memulihkan hubungan yang rosak antara kita dengan orang lain.

Friday, 15 May 2015

4 Konsep Rezeki Dalam Kehidupan Seharian Kita

Doa Murah Rrezeki
Doa Murah Rezeki

Assalamualaikum.. Bismillahir rahmaanir rahiim Perkongsian dari seorang rakan Kuliah Agama yang dihadirinya mengenai 4 konsep rezeki dalam kehidupan seharian kita. Bagaimana konsep rezeki tu?

1. Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat.Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

Rezeki Dalam Bentuk Duit
Rezeki Dalam Bentuk Duit

2. Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. 
Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.
Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan? Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Untuk Orang Lain
Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Untuk Orang Lain



3. Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak. Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita. Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan? Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”


Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan? Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu. Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?


Rezeki Itu Rahsia Allah
Rezeki Itu Rahsia Allah

4. Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jada, kata pepatah arab ni. Nampak dan faham tak konsep rezeki ni? Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat. Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

Mendapat Sahabat Baik Juga Rezeki Daripada Allah
Mendapat Sahabat Baik Juga Rezeki Daripada Allah


MARI MERENUNG TENTANG DIRI YANG LALAI

Kadang-kadang, hati kita merasakan kehadiran Allah terasa begitu nyata, dekat dan sangat dekat. Namun, kemudian kita merasa jauh dari-Nya dan sangat jauh. Ketika datang waktu kesedihan dan penderitaan, hanya Allah yang menjadi tujuan dan tempat untuk berkeluh kesah. Setiap malam jiwa kita bergolak, menyebut, memanggil dan bermunajat kepada-Nya agar terlepas dari beban penderitaan. Tapi, ketika siang hari tiba, kita melupakan-Nya, terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Apalagi ketika karunia dan rezeki dari-Nya kian berlimpah. Kejadian seperti ini terus berulang-ulang. Meskipun kita diperintahkan untuk shalat, berdzikir dan berdoa, namun kesibukan kita melalaikan kehadiran Allah dalam diri kita. Hingga akhirnya, kita selalu diombang-ambil oleh kegelisahan, ketamakan dan semakin jauh dari-Nya. Kita tak menyadari qadha dan qadar Allah yang pasti.

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani mengatakan, 

“Anakku, tidurlah di atas kasur qadar (ketentuan Allah), dengan berbantal kesabaran, menerimanya dengan lapang tanpa menggerutu, tetap mengabdi kepada Allah dengan berharap meraih pembebasan (penyelesaian masalah) dari-Nya. Jika engkau lakukan itu, Allah Al-Muqaddir (yang menetapkan qadar) akan mencurahkan kepadamu sebagian karunia-Nya lebih daripada apa yang engkau minta dan engkau harapkan."


Syekh Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasihat:

"Wahai kaumku, mari kita tunduk dan menerima segala ketetapan dan perbuatan Allah. Kita tundukkan kepala lahir dan batin menerima qadar-Nya. Kita terima qadar-Nya dengan lapang dada, dan membiarkan diri hanya oleh qadar-Nya. Sebab, ketetapan Allah bagaikan utusan kerajaan. Kita harus memperlakukannya dengan baik dan hormat, karena kita memandang pada yanag mengutusnya." 

"Jika kita memperlakukan ia seperti itu, maka ia dengan suka cita akan membawa kita kepada yang mengutusnya. Di sanalah letak pertolongan Allah. Di sana telah tersedia minuman dari lautan ilmu Allah, makanan karunia Allah yang amat tinggi, keterdekatan dan keakraban bersama Allah dan limpahan rahmat-Nya.”


Rezeki Allah Untuk Dikongsi Bersama
Rezeki Allah Untuk Dikongsi Bersama

Wednesday, 13 May 2015

Rombongan Che Kiah Bangsar Ke Sri Rampai Demi YES.

Rombongan Che Kiah Bangsar ke Sri Rampai, tu dia aihhhh. Petang ini dengan berjemaah akan ke Shaklee Branch Sri Rampai untuk mendengar taklimat mengenai projek YES (Young Entrepreneur Systems). Memang tak sabar sangat nak dengar taklimat ni, sebab bila dah baca flayers yang diperolehi dan dah berdiskusi dengan mentor program ni lah satu-satunya cara nak membantu orang lain mencari pendapatan.

Masakan tidak, kalau sebelum ganjaran yang ditawarkan dalam program YES ni semuanya DOUBLE. Yesss DOUBLE you olsss.


YES With Shaklee

Buat pertama kalinya, saya bawak anak teruna naik LRT bersama-sama demi YES ni. 

Ohh Begini Rupanya Rasa Naik LRT 


Muka senyum-senyum suka sangat dapat naik LRT


Sebelum mula talk isi 'tangki' minyak dulu


Inilah dia rombongan Che Kiah dari Bangsar ke Seri Rampai hehe


Kita Cari Seat Paling Depan 



Thursday, 26 March 2015

Masalah Internet Kami Selesai Dengan UMobile

Alhamdulillah settle hari ni berjaya kami suami isteri menyelesaikan masalah internet kami. Ku harapkan unifi tapi belum sampai, ku pinang streamyx tapi pinangan dalam KIV akhirnya UMobile menjadi penyelamat. Chewahhhhh.







Kalau ikutkan kami, memang unifi sangat terbaik pada kami sepanjang hampir 2 tahun di Pantai Dalam. Tapi apakan daya, di Puncak Alam ni, coverage nya belum sampai lagi maklumlah fiber optic katanya. Ambil masa. Na guna streamyx pulak port kat area umah ni tak banyak, dengan kata lain DAH PENUH. Dahlah nak guna yang 8Mbps limited area je, yang 4Mbps pun berebot-rebot. Sakit hati kita tau kikiki. Untuk saya yang 100% bisness online ni internet sangat penting. Tengok lah entri blog bulan ni sikit je kan hahaha. Alasannnn sangat tau. 

Dan akhirnya hari ini, dengan rasminya saya dah menjadi pengguna UMobile. 
Taddaaaaa




Ok nantikan review tentang kelajuannya UMobile dari masa ke semasa hehehe. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...