Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

Tamat Sudah Tempoh Edah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tamat Sudah Tempoh Edah!!!! Alhamdulillah , selepas sebulan lebih tak dapat access ke blog ini, akhirnya hari ni tempoh edah tu berakhir. Syukur lah.

Masalah Dengan Blog
Masalah Dengan Blog

Sangat tak tentu arah bila tak boleh bukak blog ni tau. Hehehehe. Ok banyak benda nak share kat sini. Im backkkkkkkkkkkkk. Tungguuuuuuuuuuuuu

Mas

Tuesday, 13 January 2015

Ahli Kelab 5 Pagi :Kunci Kejayaan

Bismillahhirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, diam tak diam bulan Januari 2015 ni dah pun hampir pertengahan bulan. Permulaan tahun 2015 ni saya kembali semula menjadi kepada 'Kelab 5 Pagi'. Ehh jangan salah sangka yer, Kelab 5 Pagi ni bukanlah kelab gossip mossip atau kelab suka suki yer. Kelab 5 pagi ni kami rakan-rakan bisness Shaklee sama-sama bangkit awal pagi untuk solat sunat Tahajjud, dan menumpukan perhatian kepada bisness kami. Opsss, dalam kelab 5 pagi ni kami saling memberi kekuatan dan inspirasi kepada kawan-kawan lain yang mahu berubah, bangit awal pagi, bukanlah bangun pagi tu sesajaaaa je nak bangun yer tetapi bangun dan melakukan perkara yang berfaedah, dan salah satunya ialah menunaikan Solat Sunat Tahajjud. 

Saya terbaca datu atrikel di dalam online Busienss Insider tentang 12 Successful Tech Who Wake Up Really Early di dalam artikel itu menyebut :

"If you want to be successful, you might have to roll out of bed a little earlier. Waking up early was a common trait among CEOs surveyed by Jim Citrin at Yahoo! Finance. It's also frequently cited by CEOs who relay their morning routines to Inc in one of its features, "The Way I Work." 
Many of tech's go-getters function well on little sleep. Others are woken up by product releases, emails, and the desire to workout."

Artikel penuh boleh di baca dengan klik di siniHaaaa tu dia, jika kita ingin berjaya, kita perlu untuk belajar meninggalkan katil dan bangun dari tidur sedikit awal berbanding dengan yang lain. Inilah sifat-sifat orang berjaya uolls, sifat CEO tau. Dua orang daripada 12 orang yang tersenarai tu ialah orang-orang Apple hahahah. Patutlah Apple begitu success.  Ish, terasa tajam menikam pulak bila tengok senarai 12 orang tu, semuanya Non Muslim bangun awal pagi dan prepare email, surat-surat dan segala macam perkara. Allah, kalaulah kita semua yang Muslim ni sama-sama bangun seawal jam 5 pagi alangkah moleknya kan. Cewahhhh macam ustajah pulak rasanya hehehe. Saya belek demi belek demi belek google tu kendian terjumpa lagi tentang orang berjaya yang bangun seawal 5 pagi ni. Jom kita tengok gambar. 

Ahli Kelab 5 Pagi
Ahli Kelab 5 Pagi

Kenapa saya kata saya kembali semula ke kelab 5 pagi ni? Sebabnya sebelum ni dah pernah sama-sama berlumba-lumba dengan kawan-kawan bisness bangun 5 pagi. Tapi biasalah kan seorang perempuan, amalkan dengan konsisten tapi bila je period terus stop. Lepas tu mulalah nak mulakan balik rutin 5 Pagi tu dah kelaut. Sebab apa? Sebab sebelum ni bangun awal pagi tu Solat Tahajjud, bila period ni nak solat pun dah tak boleh so saya pun tidur laaaaaa. Eii singkat kan pemikiran hehehe. Padahal boleh je pun bangun awal 5 pagi tu walaupun tak solat banyakkkk benda yang boleh buat, antaranya draft entri untuk blog, check kan semua order dan check to-do list kan. Tapi saya akui saya kurang disiplin huhuhu. Ehh dah kenapa perempuan ni takde segan silu mengaku diri tak berdisiplin. Benar saya akui yang saya ni kurang berdisiplin, kalau lah saya berdisiplin saya tetap boleh bangun kan walaupun period. Banyak sangat kasi alasan pada diri sendiri. Hehehe. OK my bad!!!!

Disiplin Diri Mesti Ada
Disiplin Diri Mesti Ada



Dan sejak seminggu yang lalu, bila mentor saya Master Aishah Amin kembali mengegarkan kelab 5 Pagi ni barulah saya terjaga. Helooooooo Masliza, dah berapa lama kamu tak jadik ahli kelab ni. Hehehe. Sebenarnya saya silap, masa jadi ahli kelab 5 pagi sebelum ni saya bangun dan solat tahajud dan tak tidur lagi. Tapi itulah yanng saya cakap tadi, saya ni kurang disiplin dalam hal-hal begini. Mengelat bangun jam 3.30 pagi Solat Tahajjud dan sambung tidur semula. Aiseymannnnn sudahkah bangun Tahajjud pun sekali sekala bila tak menyertai ahli kelab tu. Nampak tak, betapa diri ini tidak kuat huhuhuhu. Satu lagi habit suka sangat sambung tidur balik lepas Subuh, huhuhu. Ada tak orang lain yang macam saya ni hehehe. Jangan ikut perangai saya hahahaha.
  
OK seriously saya sangat bersyukur di pertemukan dengan group bisness Shaklee ni sebab banyak benda yang dulu nya saya ambil mudah kini saya mula buat. Group bisness ni, bukan saja mengajar tentang bisness semata-mata tetapi turut menekankan kepada amalan sunat lain seperti Solat Dhuha, Solat Tahajjud, Solat Taubat dan lain-lain amalan kerohanian. Saya tak malu dan tak segan nak mengakui, sepajang hidup saya sebelum ni saya tak pernah pun mengerjakan solat Dhuha, solat Tahajjud pun masa di asrama dulu jer. Tetapi melibatkan diri dengan bisness Shaklee ni, membawa diri saya lebih dekat kepada amalan rohani. Alhamdulillah.

Seperti juga kelab 5 pagi ni, kami yang menjadi ahli kelab ni saling memberikan sokongan untuk mereka yang kurang disiplin (macam saya ni) untuk kuat semangat dan sedikit demi sedikit mengubah habit seharian. Pelbagai petua yang dikongsikan bersama untuk memudahkan kami bangun pagi. Antara petua yang dikongsikan oleh ahli kelab ialah:Tips Untuk Berjaya Jadi Ahli Kelab 5 Pagi dan Teknik Bangun Awal Pagi Tanpa Alarm Clock

Tips Untuk Berjaya Ahli Kelab 5 Pagi

1- buat satu aktiviti/ kerja setiap hari. maknanya kena konsisten. hari- hari- hari- hari. lagi kita buat, lagi cepat kita berjaya. simple sangat. cth setiap hari mesti pukul 5.30- 6.00 lipat kain. lama2 dah biasa, mmg takde dah kain bertimbun. mampu? nak nangis rasa kan?

2- mesti ada matlamat. matlamat ni maknanya apa yang kita nak dalam jangka masa panjang, setahun, dua tahun, 5 tahun? kenapa anda buat, apa yang anda sedang buat? kenapa bangun 5 pagi ni, kenapa nak ubah dari 6pagi ke 5 pagi atau lebih awal?

3- mesti ada target harian, target mingguan dan target bulanan. mesti review setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. review bila ada gangguan2, anak meragam ke, tiba- tiba anak tukar jadual tido ke, kita kena adjust.

4- target mesti berkaitan dengan matlamat kita. kita kadang2 buang masa buat aktiviti yang tak berkaitan dengan matlamat asal kita. sebab tu masa tak cukup! apa target bangun awal? nak khatam quran sebelum ramadan ke? nak join khatam quran sekali dengan kevin zahri ke?

5- kurangkan masa menonton tv! haaaa...mampu? tak payah layan tv selepas pukul 10, rehat cepat, esok bangun cergas.

6- mesti track activiti setiap hari. samada dah buat ke belum. tulis to-do-list supaya tak lupa. sebelum tido setelkan to-do-list utk esok. kalau tak, bangun pukul 5, menung 30 minit fikir apa nak buat dulu. buleh jadi overwhelmed.

8- ambil masa untuk belajar benda baru setiap hari. dah bangun awal, sempat la membaca sikit ye tak? Google new info ke, baca news ke.
Adapted from time management tips from Google.


Teknik Bangun Awal Pagi Tanpa Alarm Clock
Tektik yang guna dari zaman sekolah rendah lagi.. (arwah atuk ajor ni)

1. Tepuk bantal 3 kali, sebelum letak kepala kat bantal, baca al fatihah sekali.. selawat 3 kali, doa tido dan tepuk lagi bantal 3 kali.

2. Sambil sebut " Ya Allah, bangunkan aku di satu pertiga malam, kerana Kau Maha Mengetahui apa yang aku perlukan" ..

3. Kemudian terus tido.. jangan update status kat fb lak. baru nak tido.. tak jadi..


Tips Menjayakan Kelab 5 Pagi

1. Tidur sebelum jam 12 tengah malam. Kunci jam pukul 5. Niat bangun pagi
2. Hentikan tengok gadget sejam sebelum tidur. kira jam 11 dah mula layan mata kasi kurang stimulation
3. Letak alarm dekat hujung katil (bahagian kaki) Jangan sepak sudah..
4. Terus bangkit, ambik towel bukak shower
5. Ini best : tutup heater shower
6. Mandiiiiii
7. Tahajud
8. Quran
9. Solat Subuh
10. Zikir Istighfar dan Selawat - 100x
11. Blogging
12. Blogwalking
13. Anak bangun - 8am

Kesemua tips dan petua yang dikongsikan dalam kelab 5 pagi ni semuanya berkaitan dengan disiplin diri. Memang saya akui, kerana sebelum ini saya gagal meneruskan misi dan perjalanan dalam kelab 5 pagi adalah kerana saya kurang berdisiplin. Makanya salah saya bila saya tidak dapat
mendisiplinkan diri sendiri. Mudahkan segala tips dan petua yang dikongsiakan tu. Tinggal lagi kita nak mendisiplin diri je, Kelab 5 pagi ni bolehlah si simpulkan sebagai Change is Hard at the Beggining, Messy in the Middle and Gorgeous at the END! Doakan saya terus Istiqamah dengan bangun awal pagi dan menunaikan Solat Tahajjud. Disiplin, disiplin, disiplin adalah kunci kejayaan- itu self remider hehehehe.

Rahsia Dan Keajaiban Di Awal Pagi
Rahsia Dan Keajaiban Di Awal Pagi

Love 
Masliza

Monday, 12 January 2015

Pendapatan Melalui Internet Di Rumah : Blogging dan Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat pendapatan dalam internet??? Bunyi macam pelik kan? Pelik kalau soalan ini di tanya sekitar tahun 90-an, tetapi sekarang ni dah ramai orang yang buat pendapatan dengan adanya internet. Ehh sebenarnya sekarang ni buat pendapatan dengan menggunakan fb, blog, instagram sudah menjadi trend yang memang diterima oleh masyarakat yang makin moden ni. Bukan setakat kita orang biasa je berbisness melalui internet, malah artis pun dah ramai yang memulakan bisness internet atau online ni. Salah satu cara menjana income secara online ni ialah dengan ber blogging. Adakah anda tahu sebenarnya blog juga boleh menghasilkan duit dan wang kepada kita secara pasif? 


Contoh Artis Yang Berbisness Online Di Instagram
Contoh Artis Yang Berbisness Online Di Instagram



Apa itu Wang Pasif

Maksud wang secara pasif di sini adalah anda buat sekali dan anda tinggal. Selepas itu setiap masa wang akan datang kepada anda. Masa tidur pun duit masuk. Uish bunyi menarik kan kalau buat sekali dan duit keep coming masuk ke bank account kita. Dulu saya memang tak peduli sangat tau tentang buat duit dengan blog ni. Tetapi sejak melibatkan diri dengan Shaklee dan bergaul dengan blogger tegar heheheh minat tu kembali semula lah. Yelah kita tulis blog then kita tinggalkan pun entri blog tu akan kekal di situ. Bila ada yang membaca dan mencari dan terjumpa blog kita maka mereka akan menghubungi kita, haaa itulah yang saya katakan income pasif. Kita tak perlu tunggu di blog atau depan PC tu 24/7. Haaa kan faham kan kan kan hehehehe. Saya mula dapat customer daripada blog saya ni sejak awal Januari 2014 yang lalu, bila ada yang berminat membeli omega daripada saya. Alhamdulillah, syukur. Dan sejak daripada itulah saya mula menganggap blog ini adalah mesin duit automatik kepada saya.

Ramai yang menganggap bahawa alaaaa dengan blogging hanya membuang masa sedangkan saya dah jana 3 angka daripada customer yang membaca blog ni. Itu belum lagi di kira customer daripada FB dan instagram. Bukan saya je tau yang dah jana income dengan ber blogging ni, malah blogger-blogger lain especially master-master saya.


Online Facebook Membawa Rezeki Bagi Saya
Online Facebook Membawa Rezeki Bagi Saya

Saya sangat terinspirasi dengan dunia blogging sekarang. Blog, fun, money atau Blogging For Millionaires (BFM) istilah yang tepat untuk menggambarkan bahawa kita mampu menjana income melalui blog. Setiap kali kita update blog, sharing mengenai kebaikan produk ianya ada di baca oleh ramai orang. Tak lama pun masa yang kita perlukan untuk update blog, sekitar 1-2 jam sahaja. Yelah nak perah idea dan meluahkan idea tu kan.

Menjana income melalui blog dan online ni semakin popular di kalangan masyarakat. Tapi percaya tak walaupun ramai yang menjual dan mempromosi kan barang dalam blog dan online ianya tetap mendapat sambutan. Malah blogger dan saller online tetap tumbuh dengan suburnya. Sebab apa ianya popular? Kerana walaupun kita bekerja sekalipun, kita masih boleh berbisness melalui blog tanpa menganggu masa kerja kita. Maksudnya kita boleh update blog di luar waktu kerja, tinggalkan info dan contact number dan kita link kan ke blog orang lain dan share di medium sosial orang akan berkunjung ke blog kita dan dari situlah ianya akan berkembang biak. Tak kurang juga orang yang mahu membeli akan google apa yang mereka cari di internet. Saya yakin ramai antara kita sering gunakan google untuk cari maklumat apa yang kita nak kan. Nak beli shawl, beli baju, beli breast pump, beli sauna, beli supplement, hatta beli rumah sekalipun. Saya sendiri pernah google cari penjual sauna dan breast pump hehehehe. Haaa nampak tak fungsi blog sebagai medium menjana income?



Siapa Yang Sesuai

Melakukan perniagaan internet melalui blog atau lebih tepat lagi perniagaan online ni sangat-sangat sesuai untuk mereka yang mahu bekerja di rumah (surirumah), pelajar universiti, pekerja yang mahukan pendapatan lebih dan ramai lagi. Pendek kata tiada halangan untuk kita buat bisness online ni. Asalkan kita rajin dan berusaha maka peluang untuk buat bisness online ni terbuka seluas-luasnya untuk kita.

Contoh paling best ialah saya sendiri. Saya sanggup meninggalkan kerjaya sebagai projek officer dan melakukan perniagaan online ni. Orang selalu tanya tak menyesalkan ada sarjana, ada degree, ada kerja dengan gaji yang boleh tahan, benefit banyak tapi berhenti dan buat bisness online. Saya tak pernah terfikir yang saya akan terlibat dengan perniagaan online ni. Tapi bila dalam masa setahu saya terlibat dengan perniagaan online (untuk makluman saya melakukan bisness Shaklee) ni pendapatan saya pun dah menyamai gaji sendiri saya mula terfikir kenapa saya harus bekerja. Oh yer, kerja saya memerlukan saya outstation setiap bulan. Dan paling tak tahan ianya kadang-kadang mengambil masa sebulan. Bayangkan bagaimana saya terpaksa meninggalkan anak dan suami. Sangat lah menyedihkan. Kadang-kadang saya bawa anak ke field juga dan cari pengasuh. Sedihkan. Sebagai perempuan lama kelamaan saya terfikir berapa lama saya boleh bertahan, akhirnya bila bisness online saya dah bertambah success, akhirnya saya ambil keputusan untuk berhenti. Keputusan saya berhenti kerja di tambah pula kekuatan yang saya dapat daripada binness online ni. Dan alhamdulillah sehingga hari ini saya terus percaya dengan pendapatan online. Kalau dulu saya hanya gunakan FB, dan instagram sebagai medium untuk menjana pendapatan. Tetapi sejak awal tahun 2014, saya sudah mempunyai customer melalui blog saya yang masih baru tu. Syukur sangat. Shaklee memberikan saya pendapatan yang melebihi gaji saya sendiri. Saya kini bahagia dan tidak perlu lagi risau fikirkan nursery anak atau macamana keadaan rumah bila saya terlalu lama outstation.


Apa yang saya nak tekankan di sini ialah kita boleh berjaya melalui bisness online menerusi Blogging, FB dan sebagainya. Anda berminat nak tahu bagaimana bisness Shaklee secara online ni dapat membantu? Saya sudi memberikan tunjuk ajar dan bimbingan. Saya mempunyai group support yang sentiasa membimbing ahli melalui wassap, fb chat, telegram dan sebagainya. Pendek kata di mana pun anda berada, jika anda mahukan pendapatan secara online tanpa perlu bersusah payah tinggalkan keluarga dan anak-anak, bisness Shaklee adalah pilihan yang tepat.

Love
Masliza 012-2965214

Sunday, 22 December 2013

Blogging, Fun, Money : Business Shaklee di alam maya

Blogging Fun Money ---mcm best je kan bunyik nya..heheh mmg best pon uolss. Ekceli itu tajuk training yang saya attend khas utk group PAF, dan LiSA. Seronok uolls bisness shaklee kami ni. Dapat gi training FOC lagi. Ilmu free uolls. Dunia blogging ni mmg dah lama pun pada diri saya. Dulu2 zaman memula kerja
blog ni saya buat mcm diary hehehehe. Mencurah perasaan pun dalam blog ni lah, hehehehe. Disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, blog NUR HATI terpaksa saya delete. Biarlah kisah-kisah lama tu jadi sejarahkan...

Training Blogging, Fun, Money (BFM) ni sebenarnya dibuat supaya keluarga Shakler kami dapat menggunakan medium lain selain fb untuk mempromosikan produk dan bisness kami. Maklumlahkan fb memasing tu dah tepu rasanya hahahaha. Kami harus mencari sesuatu yang baru, fresh bagi memastikan kami dapat terus bersaing. Alang-alang dah berbisness ni kan, biarlah sampai menjadi dan berjaya.

Macam biasalah kan, lepas training kita bergambor dulu kan. Memang banyak ilmu yang dapat kami gali hari tu uolls. Mcm mana nak menjadikan blog kami 'tumpuan' orang ramai dan apa key word yang membolehkan blog tu mudah dicari. Maklumlah mmg ramai orang yang ber blog ni kan. 

Paling best bila dpt sharing daripada otai blogger Fara dan Master Azlin.  Ok lah next time kita ceciter lagi khasit dan pekdah dari BFM ni hehehehe....
Mana buleh sekali harung je kannnn


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...