Showing posts with label Cara Hidup. Show all posts
Showing posts with label Cara Hidup. Show all posts

Sunday, 4 January 2015

4 Sebab Kenapa Badan Perlukan Vitamin.

Assalamualaikum, tentu kita semua biasa dengar ayat begini kan :

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin pun sihat je. Orang asli tak makan vitamin tu sihat je".

Ini adalah antara reaksi yang sering kita dengar bila orang sebut pasal vitamin atau supplement. Sebut je vitamin atau supplement, sebenarnya ramai orang akan tersenyum sinis dan memandang sebelah mata tentang kepentingannya. Ada jugak yang menempelak dengan ayat yang seangkatan dengan ayat di atas, bila kita suggestkan amek supplement. Betul kan , betul kan hehe tapi tak semua laaaa. Zaman sekarang sekiranya kita tidak lagi mengambil suplemen ibarat kita hidup tanpa internet dah tau hehe. Banyak jenis vitamin ada Vitamin A, B,C, E, K dan banyak lagi. Vitamin B sahaja ada lebih daripada 10 jenis , haaa jenuh kan nak menghapal vitamin B1-B12 tu semua hehehe. Sumber vitamin ni berasal daripada tumbuhan dan haiwan. Boleh rujuk di bawah ni.


Sumber Vitamin dan Mineral
Sumber Vitamin dan Mineral 



Dalam kehidupan seharian kita, badan memerlukan 13 jenis vitamin dan sekurang-kurangnya 10 jenis mineral. Vitamin dan mineral ni sangat penting untuk kesihatan kita bagi membolehkan kita terus hidup dan menjadi sihat. So takde lah kena hujan sikit demam, sikit-sikit batuk, siit-sikit selesema kan. Vitamin dan mineral inilah yang diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan beribu jenis enzim, hormon dan penghantaran atau interaksi mesej kimia (chemical messenger) untuk membantu tubuh membesar, membaiki sebarang kerosakan, menghasilkan tenaga, detoksifikasi atau nyahkan bahan buangan, melawan jangkitan dan secara keseluruhannya memastikan tubuh berfungsi dengan baik. Ia turut diperlukan untuk memastikan tulang sentiasa kuat, mata yang tajam dan minda yang sentiasa peka. Dan yang paling penting, vitamin dan mineral dapat membantu melindungi tubuh kita daripada pentakit yang sangat digeruni seperti kanser dan masalah jantung. Semua vitamin dan mineral ni boleh kita perolehi melalui pemakanan. Walaupun kita menjaga pemakanan harian, belum tentu tubuh kita mendapat kesemua zat yang diperlukan akibat kehilangaan boleh berlaku dengan pelbagai cara.

Sebenarnya pengambilan makanan tambahan atau supplement bukanlah suatu pilihan tetapi ianya suatu kemestian. Kenapa saya cakap begitu? Sebabnya kita lebih banyak terdedah kepada pencemaran, dan pemilihan pemakanan yang kurang sihat menyebabkan badan perlu mengambil makanan tambahan atau supplement daripada sumber lain.

Supplement Adalah Keperluan Untuk Badan
Supplement Adalah Keperluan Untuk Badan


4 Sebab Kenapa Badan Manusia Perlukan Vitamin .


1. Nutrien dan zat makanan hilang ketika proses penyediaan makanan
Zat makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan (memasak). Vitamin dan zat yang terkandung dalam sayur-sayuran atau buah-buahan akan musnah oleh haba semasa di masak. Hasilnya makanan kita yang siap di masak akan kurang vitaminnya. Walaupun kita memasak dengan penuh berhati-hati tetapi zat makanan sememangnya mudah musnah bila ada haba/panas. Sebab itulah bila kita memasak sayur sering kita dengar orang cakap jangan masak terlalu lama atau terlampau lembek, sebabnya ia akan merrosakkan segala khasiat yang ada di dalam makanan itu. So di sinilah kita memerlukan supplement untuk mencukupkan zat atau vitamin yang hilang tersebut.

Zat Makanan Hilang Semasa Proses Memasak
Zat Makanan Hilang Semasa Proses Memasak
Proses Kehilangan Zat Makanan
Proses Kehilangan Zat Makanan



2. Gaya hidup dan Makan Tidak Ikut Keperluan Piramid Makanan.
Perokok, orang yang meminum minuman keras boleh terganggu penyerapan zat makanan dalam diri merek. Mereka yang diet tidak mementingkan diet sihat dengan mengamalkan diet yg tinggi kafein, lemak, gula, kolestrol dan garam mengurangkan simpanan zat makanan d dalam tubuh. Disebab kan itulah pengambilan vitamin akan mencukupkan keperluan vitamin yang tidak cukup atau tidak seimbang dalam diet harian kita.. Tabiat makan ikut sedap mulut, sesedap rasa tekak nak telan juga menyebabkan kita perlukan vitamin tambahan. Kita makan mengikut rasa dan bukan sebab khasiat yg ada pada makanan itu contoh paling dekar ialah tiap pagi berapa ramai rakyat Malaysia ni makan nasi lemak dn roti canai. Pehtu lunch makan nasi beriyani malam makan gast food. Haaa kalau dah tetiap hari cenggini cara makan nyer, memanglah badan tak dapat menikmati zat makanan yang seimbang. Mana kita nak kebaikan daripada sayuran dan buah-buhan kalau dah makan semuanya 'ikut sedap tekak dan mata' kan. Dah tak cukup zat, maka badan pun akan sentiasa makan kerana lapar bukan sbb memerlukan zat makanan tu.

Makanan Yang Tinggi Kolesterol dan Kurang Berzat
Makanan Yang Tinggi Kolesterol dan Kurang Berzat


Piramid Makanan
Piramid Makanan

3. Tabiat Suka Makan Di Kedai.
Bab ini memang tak saya akui kebenarannya. Makcik saya sendiri asal lebih suka makan di luar atau beli makanan di luar rumah. Bukan saya cakap tak boleh makan di luar, tetapi alangkah elok dan molek jika kita dapat hadkan makan di luar tu. Selain jimat, makan di rumah lebih terjamin kebersihannya dan lebih sihat. Makanan di luar banyak menggunakan perisa spt monosodium glutamate ( msg), garam, gula yang memang merbahaya pada badan kita. Oleh itu kita harus lebih peka dan memilih makanan supaya kita tidak mudah terdedah kepada serangan penyakit lain.





4. Pengambilan Ubat-ubatan
Kekerapan mengambil pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Sebagai contoh, antibiotik yang kita ambil bukan sahaja merosakkan bakteria jahat tetapi ia turut memusnahkan bakteria baik yang ada dalam badan. Apabila bakteria baik ini semakin berkurangan dalam badan, keupayaan badan untuk menyerap zat makanan juga akan semakin menurun dan lemah. Disebabkan itulah kita perlukan vitamin atau supplement untuk mengembalikan kekuatan semulajadi badan melawan penyakit. 

Ubatan Menganggu Penyerapan Zat Makanan Oleh Badan
Ubatan Menganggu Penyerapan Zat Makanan Oleh Badan



Hidup dalam dunia yang semakin canggih dan moden ni, kita memang tak boleh nak elakkan daripada kesemua 4 sebab di atas. Bohonglah kan kalau saya cakap kita langsung tak pernah makan di kedai, atau kita langsung tak pernah ambil antibiotik atau ubat dari klinik kan. Jadi sebagai gantiknya kita boleh ambil vitamin atau supplement untuk mencukupkan keperluan zat badan kita. Paling tidakpun kita memerlukan multivitamin atau pun vitamin C sebagai perisai diri kita daripada jangkitan penyakit viral seerti batuk dan selesema. Multivitamin Shaklee dikenali dengan nama Vita-lea dan Sustain Release Vitamin C daripada Shaklee memang telah terbukti semulajadi, selamat dan berkesan. Opsss bukan saya cakap amek supplement Shaklee ni anda tak akan demam atau sakit, tetapi ianya dapat membantu diri kita daripada kekerapan demam atau jatuh sakit. Sebabnya badan kita memang perlukan vitamin untuk terus 'bekerja' dan menjalankan tugasanya.

Nak vitamin Shaklee? Ada banyakkkkkk jenis vitamin yang ada, boleh dapatkan konsultasi produk daripada saya secara percuma ok. Nak tanya bagaimana nak mengumpul vitamin untuk poket anda setiap bulan pun boleh tanya saya. 

Tataaaa
Mas 012-2965214
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...