Showing posts with label Firas. Show all posts
Showing posts with label Firas. Show all posts

Monday, 8 February 2016

Firas Mula Belajar Tidur Dibilik Sendiri - Part 1

Buat pertama kalinya, malam ni Firas tidur di bilik sendiri! Dan malam ini juha saya merasai sendiri naluri keibuan yang sangat luar biasa. Pertama kali ajar anak tidur di bilik sendiri. Walaupun sebelum ni saya beriya-iya menyuruh dia tidur di bilik sendiri, tapi malam ni bila dia tertidur di bilik tu Allah saja lah yang tahu perasaan saya.

Tak sampai hati, sedih, risau dan takut bercampur baur. Rasa beratnya nak melepaskan dia tidur di bilik sebelah tu. Padahal sebelah bilik aje pun. Itupun dia tidur pintu bilik di bukak, malah pintu bilik saya pun tak ditutup rapat. Yelah, Firas pun masih dalam proses menyesuaikan diri, baru belajar tak tidur berpeluk dengan mommy risau lah kot-kot memalam nanti dia menanggis carik mommy kan hahaha. Masa ni lah saya terfikir akan perasaan ibu-ibu yang melepaskan anak mereka ke asrama atau melanjutkan pengajian ke mana-mana. Pendek kata anak jauh dari mata, tentulah risaukan. Yang saya ni baru nak ajar anak tidur bilik berasingan pun dah sedih sayu pilu! Ajaibnya kan naluri keibuan, kasih sayang tanpa sempadan!


Nampaknya Firas dah tunaikan promise dia nak tidur bilik sendiri bila dah 5 years old. Dari tahun lepas lagi saya dah cakap dengan dia yang bila dia dah 5 years old kena tidur bilik sendiri. Masa tu dia memang cakap ok, promise. Heheeh. Tapi baru-baru ni meragam juga lah bila disuruh tidur sendiri hahaha.

Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun
Firas Bersama Kek Birthday Yang Ke- 5 Tahun

Tapi lately ni mommy rasa tak selesa sangat tidur bertiga walhal katil dah size King ni bahaha. Maklumlah perut mommy dah makij besar, nak bangun pun kena amek ruang hahaha. Jadi nak tak nak mommy terpaksalah pujuk Firas tidur bilik sendiri. Dan perancangan Allah itu hadir tak pernah lewat atau awal, ia nya hadir tepat pada masanya. Kali ni mudah pula memujuk Firas, sekali cakap je dia terus bersetuju. Syabas anak syurga mommy! Nampaknya Firas dah ready nak jadi abang hehehe.




Belajar Tidur Sendiri Dah
Belajar Tidur Sendiri Dah

Ini baru nak asingkan bilik tidur anak, macam manalah nanti nak lepaskan anak ke asrama, nak pergi belajar jauh, nak kawen nanti yer. Huhuhu rasanya tak sanggup nak berpisah dengan anak. Begitulah hebatnya kasih sayang ibu. Macam tu jugalah kan perasaan ibu kita dulu-dulu. Fasa demi fasa ibu kita dulu sedang kita lalui. Dulu kita anak, sekarang kita ibu yang ada anak. Nah rasakan pula bagaimana membesarkan anak-anak hehehe. Moga Allah memberikan kita semua memudahkan dan menjadikan kita ibu yang hebat. Kasih sayang ibu yang sejati, naluri ibu yang hebat membawa ke syurga!





Thursday, 19 March 2015

Cara Memanfatkan Cuti Sekolah Dengan Anak-Anak Tanpa Kehadiran Ipad/Gadget


Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak
Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak




Cuti sekolah adalah masa yang agak mencabar untuk WAHM seperti saya ni. Masakan tidak, cuti sekolah ni lah anak ada dengan kita 24 jam kan. Mencabar sungguh kan. Walaupun cuti sekolah hanya seminggu tapi untuk seorang ibu pastinya ia tempoh yang panjang. Kali ni kami memilih untuk tidak kemana-mana waktu cuti memandangkan inche suami sedang sibuk menyiapkan thesis master nya. Ok lah dapat juga berjimat kan maklumlah nak GST dah bulan depan ni, so semua perbelanjaan pun dah start berkira sekarang hahaha.


Ok lah kali ni saya nak berkongsi cerita bagaimana saya dan Firas memanfaatkan cuti sekolah tanpa kehadiran IPAD. Memang anak saya ni penggemar IPAD huhu, maklumlah di situlah tempat dia nak tengok memacam cerita kartun kan. Huhuhu. Kadang-kadang kering idea juga saya mencari aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan dengan Firas di musim cuti ni. Bukan apa, saya tak mahu biarkan Firas membersa dengan IPAD saja. Sangat tak membantu perkembangan kanak-kanak kan.



1. Mengulangkaji Pelajaran Bersama

Ok memandangkan Firas sudah pun berusia 4 tahun, maka musim cuti kali ni saya ambil kira aktiviti mengulangkaji pelajaran bersama. Siap guna Alat Bantu Mengajar (ABM) lagi tu hehehe. Selain daripada buku yang teacher dia bagi, saya belikan anak saya buku-buku tambahan untuk dia buat latihan kat rumah. Kalau kat rumah ni dia nak conteng ke nak kaler macam mana pun saya tak kisah sangat. Janji dia buat. Dan yang best nya kami buat sama-sama. Kalau dia kaler saya pun kaler, dia menulis saya akan tunggu dia siapkan satu-satu. kami siap meniarap bersama-sama, sebab nak create excitement anak. heheh. Satu lagi saya gunakan white board supaya dia tak boring. Haa nampak tak dalam gambar di bawah tu, siap dia buat mural lagi. Melukis di luar kotak lah katakan. Memang seronok sebenarnya dapat mengajar anak sendiri. Apatah lagi kalau kita sendiri dapat ajar mereka mengaji dan solat. Alhamdulillah sepanjang cuti ni (setakat entri ni di tulis lah hehehe) Firas memang teruja nak solat. Moga Firas kekal istiqamah dan menjadi mulimin yang soleh. Aamin.

Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah
Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah

White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)
White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)

2. Menonton DVD Kegemaran Mereka Bersama

Ini pun salah satu daripada cara nak memanfaatkan cuti anak kita. Cara ni lebih bagus kot dari bagi ipad kat anak kan. Kalau dengan ipad dia sorang je dok pegang, dengan skrin kecik (ipad mini lah). Dan pastikan dvd tu bukan lah dvd ottomen yang aksi ganas-ganas tu hehehe. Walaupun anak saya memang suka tengok ottomen tapi saya tak galakkan dia tgk citer gitu. Dan sebabtulah awal-awal lagi saya memang tak beli kiki. Saya lebih suka tengok dvd kartun yang ada pengajaran seperti dinosour train, lion king, upin ipin dan kisah 25 rasul. Satu lagi dvd yang saya tak galakkan anak saya tengok ialah Boboiboy, saya tak bagi dia tengok sebab citer tu menggunakan bahasa yang agak kasar (pendapat saya lah), ditambah pulak anak saya tu memang akan ikut je apa yang di dengar sepanjang citer Boboiboy tu. Lagi satu sebab suka dia tengok dvd katun orang putih ni sebab nak biasakan dia berbahasa ompoteh. Bak kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebungnya. Heheeh
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak



3. Melayan Impian Cita-Cita

Disebabkan anak saya lelaki, dia memang sangat teruja dengan perkataan 'Captain'.  Selalunya dia akan minta apa sahaja permainan berkenaan dengan pekerjaan seorang 'Captain' hatta topeng Captain Amerika sekalipun.Padahal captain yang dia maksudkan ialah orang yang membawa aeroplane . Hehehehe. Dan baru-baru ni dia terjumpa gloves yang diberikan oleh adik saya semasa melahirkan dia dulu, terus dia cakap ini Doctor yang pakai tau. Hehehe. Permainan begini membuka mindanya tentang pilihan pekerjaan. Dai tahu seorangcaptain kena ada cap, naik aeroplane, kalau doktor ada jubah putih, ada statescope, ada gloves (padahal yang pakai gloves tu kat OT kan) hahahaha. Kalau pegang marker pen pulak dia cakap itu teacher. So dia dah seronok maka dia akan lupakan IPAD.

Jadi Doktor
Jadi Doktor

Captain America In The House Yawwww
Captain America In The House Yawwww

4. Bersukan dan Beriadah Bersama

Ini part yang paling best dan paling ditunggu oleh kanak-kanak. Masakan tidak mereka selalunya teruja nak ke padang permainana kan. Dan inilah masanya untuk kita sebagai ibu bapa memanfaatkan musim cuti dan memisahkan mereka dengan IPAD. Selain mereka dapat mengeluarkan peluh, kita pun berpeluh jugak kan melayan keletah mereka yang berlari ke sana ke mari tu hehehe. Dan bila malam of course lah mereka ni dah penat kan, confirm tak mintak IPAD dah hehehe.

Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah
Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah

5. Berkebun Dengan Anak-Anak

Haaa tang ni saya baru nampak semalam bila cuti sekolah ni anak saya suka ikut saya menyiram tanaman setiap pagi dan petang. Sambil menyiram mulut anak akan sentiasa becok bertanya kenapa daun nibeginikenapa yang tu begitu. Haaa ini part dia menguji kebijaksanaan ibu bapa menjawab soalan pulak kan hahahah.


Aktiviti ini merupakan aktiviti indoor dan outdoor yang tak memerlukan kita keluar duit pun sebenarnya. Dan kalau anak perempuan, cuti sekolah ni lah peluang kita nak perkenalkan mereka dengan dapur kan hehehe. Risau kot kalau anak asyik mengadap IPAD memanjang, sebab itulah kita sebagai ibu bapa kenalah kreatif. Its hard in the beggining, tapi sebenarnya kita boleh. Percayalah bila mereka sibuk, mereka penat gadget akan mereka lupakan. Tapi awas yer ibu-ibu sekelian, bila cutinya bersedialah untukberperangdengan kerenah anak di rumah hahahaha. check temperature yer ibu-ibu, ayah-ayah kikiki. Apapun waktu anak-anak membesar inilah kita perlu habiskan dengan mereka, dan jangan biarkan IPAD/gadget menjadikan anak kita anti sosial. Kita mampu mengubahnya.


Love
Masliza 

Thursday, 5 February 2015

Demam Di Dalam Penerbangan. Terima Kasih AirAsia

Bismillahhirrahmanirrahim. Februari bulan untuk holiday. Sesekali apa salahnya bercuti kan, walaupun sekadar percutian balik ke kampung hehe. 1st rasanya bercuti dengan dalam keadaan demam dan lenguh semua sendi. Tetiba jerk malam tadi cirit birit, sampai lah membawa ke pukul 5 pagi tak tahu berapa belas kali bangun yakk yakk huhu.

Demam Di Dalam Penerbangan
Muka Nak Demam Sebelum Berlepas Ke Tawau


 Dan saya memang patut berterima kasih kepada Air Asia AK 5746 kerana menyediakan panadol dan air panas yang FOC semasa perjalanan KL-TWU hahaha. 

Penerbangan KL-Tawau
Penerbangan KL-Tawau


Allah saya pun tak sangka dari KLIA2 lagi memang dah rasa seram sejuk dan lenguh seluruh badan dan kemuncaknya di awan biru ketahanan badan makin longlai. Uitsss ayat sastera sehhh hahaha. Baru je fly half and hour badan start panas semacam je, masa ni baru teringat pills box Shaklee dlm kargo, hambekk kau Mas, kalau tak boleh gak telan Sustain Release Vitamin C dan Garlic. Rentetan dari ketidaktahanan badan ni lah saya mengalah dan akhirnya  terpaksa minta 2 biji panadol daripada pramugara bertugas, ok saya sempat menjeling name tag beliau Fitri nama yamg tertera. Adoii dalam sakit-sakit pun sempat skodeng yer! Kikiki.
Demam Di Dalam Penerbangan. Terima Kasih AirAsia
Demam Di Dalam Penerbangan. Terima Kasih AirAsia- Panadol FOC


Memang tak sangka pulak laa, panadol diberikan percuma untuk penumpang. Maklumlah AA ni kan semuanya nak berbayor kehkehkeh.

Ok mood bercuti sudah on, lepas Tawau ke Semporna kita, lepas tu ke Manila kita. InsyaAllah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.


Tuesday, 27 January 2015

Mommy I Am 4 Years Old Dah Kan Kan.

Kisah Ahad lepas, 25 Januari Firas sambut birthday ke 4. Syukur diam tak diam dah 4 tahun dah anak mommy dan papa ni. Lebih menggembirakan tahun ni sekali lagi Firas dapat celebrate birthday dengan Umi , maklumlah nenek saudara dan cucu saudaranya ni berkongsi tarikh lahir yang sama. Cuma Wan dan Tok Teh nya je yang tak dapat celebrate. Dia tertanya-tanya kenapa Umi, Wan dan Tok Teh sambut birthday samadengan da, hahaha, rasanya soalan ini akan berterusan sehinggalah dia faham yang nenek saudaranya itu kembar 3. Setiap tahun rasa sangat istimewa bila generasi kedua dan keempat Osman Salleh ni dapat menyambutnya bersama-sama. Kalau arwah tok ada dia tentu gembira tengok anak dan cicitnya sambut birthday sama-sama. Al Fatihah untuk keluarga saya yang dah kembali kepadaNya.

Seperti biasa, sambutan birthday Firas kami buat hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Tahun ni dia dah pandai request nak kek sendiri dan kek yang ditempah ini di design atas permintaan Firas. Wahh bukan main lagi kan budak-budak zaman sekarang ni, kecil-kecil dah pandai request bagai. Ok kek ni di tempah dari De'Hayfa Custom Cakes. Memang superb kek nya, rainbow kek yang sangat sedap. Kalau anda semua nak melayannnn gambar-gambar kek boleh click DI SINI .Ohh yer boleh delivery sampai depan rumah hokey. So kita tak payah nak rushing buat persiapan tau-tau sampai jeeeee. heheheh.

Kek Yang Diminta Oleh  Firas
Kek Yang Diminta Oleh  Firas


Punyalah budak ni excited, bangun pagi hari Ahad tu terus je tanya 'Mommy mana kek besday saya?" Hamboih laa anakku, tak sesabor nya kan. Dari pagi asyik cakap 'Mommy I am 4 years old kan kan kan'. Sebagai seorang ibu, memang happy sangat bila anak bercakap begitu. Keterujaan nak sambuk birthday yang ke 4 disebabkan kek nya tu ada 4 ekor kepala Ninja Turttle. Hehehehe

Happy Face
Happy Face

Peace Yawww I'm 4 years old

Anugerah Allah Yang Terindah
Anugerah Allah Yang Terindah

Haa nampak tak muka happy anak saya ni? Happy sebab dia dapat kek Ninja Turtle yang dia request tu, dan happy sebab dapat hadiah beg, pancil box daripada Umi hehehe. Hadiah orang lain dia tak happy sangat sampailah bila Acunya balik lewat malam bawak keta kontrol hahaha. Mommy happy sebab rainbow kek yang ditempah ni sangat sedap walaupun layer coklat tu digantikan dengan cream cheese. Wallah memang sedap betul rasa manis-manis masam krim tu.  Kreatif juga owner De'Hayfa  Custom Cake ni. Anda tak percaya boleh order, rasa sedap, servis pun memuaskan hati. 

Masih terngiang ucapannya 'Mommy I am 4 years old dan kan kan'. Semakin hari dia semakin membesar sihat dan cergas. Semoga dia akan menjadi anak yang membahagiakan mommy dan papa dunia dan akhirat. Mommy korbankan kerjaya demi dia, mommy menjadi WAHM demi dia, dan dialah lambang cinta kami. Membesar bagai juara dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Wednesday, 24 September 2014

Apa Rasa Omegaguard Shaklee?

Dalam banyak-banyak supplement Shaklee saya sangat suka berikan anak saya Muhammad Firas Omegaguard. Anak saya sangat suka dengan Omegaguard ni, setiap hari dia memang akan minta untuk makan omegaguard ni tanpa disuruh pun. Sebab pertama dia nampak mommy dia mkn vitamin je lepas lunch dia pun akan mintak jugak, so memang dia jarang sangat missed makan omegaguard ni. Omegaguard Shaklee ni diperkaya  dengan Omega-3 yang mengandungi daripada EPA , DHA dan ALA. EPA dan DHA ni penting untuk perkembangan minda kanak-kanak. Sebab itulah saya pastikan rumah kami tidak akan putus bekalan omega ni. Anak saya makan untuk perkembangan mindanya dan saya makan sebab nak mempercepatkan pembakaran lemak, selain untuk mengawal paras kolestrol dalam badan saya. Maklumlah lepas bersalinkan Firas figura ku sudah berubah hahahaha.

Ok berbalik kita kepada kepentingan omega ni kepada kanak-kanak. Selain untuk minda, omegaguard berfungsi sebagai anti keradangan yang membantu mengurangkan possibility anak kita terkena asma. Alhamdulillah saya konsisten bagi Muhammad Firas makan omega ni sejak usia nya 2 tahun dan dia tiada asma. Yelah saya risau kalau dia terkena asma, maklumlah family background saya dan suami memasing ada yang mengidap asma. Mungkin pada sesetengah ibu bapa mereka tak ambil berat sangat tentang asma sampaikan sanggup tengok anak kena nab sedut gas setiap kali kena asma atau semput ni. Tapi sebagai ibu biarlah saya berhabis duit membeli supplement untuk anak saya, asalkan tidak melihat dia menyedut gas huhuuhu. Softgel omega ni senang sangat kalau anak-anak nak kunyah. Sebiji sehari, tapi anak saya ni terlebih suka dengan omegaguard so kekadang dia mintak lebih. hehehe.




Haaa ini dia reaksi anak saya bila di tanya apa rasa omegagurad. Firas berumur 3 tahun 8 bulan, syok je bagitahu rasa omega tu macam mana, rasa minyak hahahahaha. Ia omegaguard tu adalah minyak ikan. Omegaguard bukan dihasilkan daripada ikan laut sejuk seperti sardin, makerel, anchovies di perairan Jepun. Ianya dihasilkan daripada proses penyulingan propreitaritiga molekul untuk mengeskstrak asid lemak omege 3 paling tulen. Semasa proses penyulingan inilah segala macam plumbum, merkuri, arsenik dan PCB disingkirkan.


Cara kunyah gini boleh lah diamalkan jika anak anda semua jenis tak kisah. Tapi kalau anak yang memilih, tak suka makan apa-apa capsule atau tablet cara lain yang boleh cuba ialah pecahkan omega dan masukkan ke dalam susu ataupun campurkan ke dalam nasi mereka. Haa begitulah caranya..Tak susah pun nak kasi anak-anak kita makan ubat atau supplement tetapi ibu kenalah kreatif sikit.

Saturday, 5 July 2014

Bila Kanak-Kanak Berimaginasi Tentang Hantu

Assalamualaikum... Ok bila tak dapat tidur malam, pandang muka anak, tgk muka Muhammad Firas boleh buat mommy tersenyum panjang. Dia permata hati mommy, dia penyejuk jiwa papa. Meskipun dia manja kededek kata orang kelate, keletahnya cute sangat.

Budak ni baru 3 tahun 6 umurnya tapi kalau tgk kan fizikal dan dengar dia bersembang tak mcm orang umur 3 pun hehehe. Anak Mak Jemah ni alkisahnya suka bebenor berimaginasi. Mak Jemah memula dulu terkujat juga lah bila dia tunjuk sana, tunjuk sini cakap ada hantuuuu. Tanjatttt mommy hahaah. Sejak usia 2 tahun lebih dia dah pandai berimaginasi gitu. Tetiap malam klau travel mlm pertama dia akan menanggis sbb imaginasi nya tu...Lama-lama Mak Jemah amek decision utk bawak dia jumpa Ustaz di Darul Shifa Bangi. Ustaz tak de cakap banyak, cuma katanya biasalah budak2, Allah bagi kelebihan pada mereka. So otak Mak Jemah memang mudah menangkap maksud Ustaz tu. Hahahaaha mommy dia lak perasan terlebey khennnn.

Cam neh laa rupanya bila dia nanggis, beriya sangat hokey


Imaginasi kanak-kanak ni ada macam2. Anak Mak Jemah ni suka ber imaginasi tentang ghost...Heheheh. Entah darimana dia mendapat ilham begitu pun tataulah...Paling tak tahan bila dia akan ckp mommy sini ada hantu, kat situ ada hantu. Siap boleh tunjuk 'port' baekkkk punyaaaa hantu duduk. Pernah masa kami parking kat bawah pokok besar di highway PLUS mengala ke utara dia ckp 'Mommy kat situ ada orang cantik' sambil tangan dia tunjuk ke atas pokok besar dan rendang. Ewahhhh kamu ni anak kalau bercakap buat mommy seremmmm je kan. Tapi Mak Jemah selalu tak ambil pusing sangat apa yang Firas cakap pasal hantu sebab budak2 ni tak pandai berdalih-dalih, jadi kalau hati tak berapa nak cekal tu pekakkan telinga ajelah. Kalau tak nanti sendiri yang stress sebab takutttt hahahaah. Lagipun ustaz dan ustazah selalu cakap budak-budak kecik selalu nampak benda yang 'unseen' di mata orang dewasa.

"Owhhh noooo...I can see ghost again la mommy"

"Kat mid valey ni ada hantu, mukanya mcm ni..."

Busy menunjukkan muka hantu, hehehe

Ekceli anak Mak Jemah ni selalu sangat cakap dan tunjuk situ ada hantu putih, situ ada hantu muka buruk, situ ada baby putih, tapi mak jemah biorkan aje. Tak kuasa nak layan ehhh. Hahahaha. Sebab tu lah bila travel especially bila pergi kuale kangsar umah mak ngah dia, atau balik kelate sepanjang perjalanan kami bukak ayat suci Al Quran, maklumlah imaginasi nya ni terlalu tinggi hehe.

Dia sedang berimaginasi dan memerhati....

Disebabkan imaginasi nya yang tinggi, tiap kali travel port dia ialah menempek atas riba Mak Jemah, Ya Allah sabor ajelah nakk oiiii...

Hah nampak tuu sampai tidoq lena ataih pangkuang Mommy dia kat depan.

Tuuuu dia aihhh...selpie dengan Mommy

Sebagai ibu Mak Jemah lihat imaginasi tu tidak menganggu perkembangan Firas sikit pun. Sepertimana yang Ustaz cakap takde apa-apa, dia budak yang kuat, Alhamdulillah. Tapi bila orang lain dengor dia ckp tentang imaginasinya tu mungkin ada yang seremsssss. Heheehe... Oppsssss terlabih sudah.... Ustaz cakap  imaginasi nya tu akan pergi sendiri. Jangan pandang serius, sebab kita tak tahu betul ke tak betul apa yang dia cakap kan. Anak Mak Jemah pun taklah kuat menanggis tapi merengek sebab manja kededek, maklumlah belum ada adik lagi khennn hehehehe. Ok itu sahajalah coretan Mak Jemah tentang imaginasi anak Mak Jemah. Cepat lah kamu berimaginasi supaya mommy jadi jutawan Shaklee secepatnya ye anak heheheh....



Oleh itu ibu-ibu jangan risau sangat jika anak anda banyak berimaginasi. Buat lekkk je, buat peace jer heheheh.

We are happy family...Allah tetapkan jodoh Mak Jemah dengan lelaki terbaik dalam hidup, dan menganuregahkan seorang anak yang sihat, sempurna dan bijak. Syukur Ya Allah.


Love
Nur Masliza 









Monday, 13 January 2014

Firas akan berusia 3 tahun.

Sedar tak sedang Januari 2014 dah makin menginjak ke akhir bulan. Tak lama lagi anakku Firas akan genap usia 3 tahun. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Dilahirkan pada jam 835am, 25 Januari 2011, siapa sangka anakku berkongsi tarikh lahir dengan ibu saudara ku "si kembar 3" itu. Masih terasa sakitnya nak bersalin kan Firas dulu, walaupun sedaya upaya cuba bersalin secara normal tapi disebabkan jalan hanya terbuka 6cm walaupun dah lebih 12jam dlm labour room, akhirnya aku selamat menlahirkan anak lelaki comel, cukup sifatnya melalui pembedahan.

Pengalaman indah walaupun menanggung sakit bersalin bila melihat air mata seorang suami mengalir di saat aku kesakitan. Syahdunya terasa bila suami

Mungkin kerana berkongsi tarikh lahir yang sama, maka Firas nampaknya lebih rapat dengan macik2 ku yang bertiga ini. Duhai anak pengarang jantung mummy Ya Allah jadilah anakku anak yg soleh, anak yg bijak, anak yg baik akhlaknya, anak yg membahagiakan kami ibu bapanya dunia dan akhirat.
Senyuman penawar segala kedukaan...senyuman penguat semangat, penglipur lara di hati.

Dia dan aku disatukan maka lahirlah anak  yang membawa sejuta makna kepada kami.
Benih cinta mummy dan papa yang semakin membesar dan bijak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...