Showing posts with label General Knowledge. Show all posts
Showing posts with label General Knowledge. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

Seni Silat Dalam Hidup Saya!


Silat Tempur

Semalam  santai-santai di rumah, al kisahnya tengok acara sukan SEA ke-28 pulak hehehe. Acara silat tempur (dulu panggil silat olahraga) lelaki dan perempuan. Wah lamaaa sungguh dah tak tengok orang bersilat. Such ring a bell kata orang putih hehehe. Berdiri bulu roma tau masa tengok tu. Sangatlah mengimbau kenangan lama. Suatu waktu dulu saya juga seorang pesilat tempur kategori E (65kg-70kg). Pernah menyumbangkan pingat untuk negeri Kelantan di kejohanan silat zon timur (kelantan, terengganu, pahang) dan sempat menyumbang pingat ketika mewakili Universiti Malaya di kejohanan silat olahraga IPTA ( tahun 2000 atau 2001). Terasa bangga bila dapat berbakti hehehe. Cewahhh.  Meh kita tengok gambar kenangan yang masih ada dalam simpanan khazanah saya heheh. Banyak gambar kenangan zaman dolu-dolu dah rosak sebab takde sapa yang jaga kat kampung huhuhu. 


Pasukan Silat Sek Men Tok Janggut 1997-1998
Pasukan Silat Sek Men Tok Janggut 1996-1997- Kenangan Di SK Kutan Pasir Mas



Ohh Aku Dulu Pesilat Puteri Hahahah
Ohh Aku Dulu Pesilat Puteri Hahahah


Suatu pengalaman manis, kenangan terindah orang kata. Mewakili negeri di usia 18@19 tahun, dan mewakili universiti di awal usia 20-an. Memang lah sukan silat ini bulan lah sukan favourite rakyat Malaysia tetapi takdir Allah menemukan saya dengan sukan itu. Silat itu ada seninya yang tersendiri. Bunga silat, langkah silat, semuanya seni. Terima kasih kepada guru silat saya Dr Kamal Shah yang masih lagi aktif mencurahkan ilmu Silat Lintau warisan dari Minangkabau di Pasir Puteh Kelantan. Sesungguhnya tanpa dia saya tak mungkin meraih pingat-pingat sepanjang penglibatan saya. Pengalaman berharga saya...sampai bila-bila.

Entah dari mana datangnya semangat saya sampaikan saya memilih silat sebagai sukan. Semua ahli keluarga termasuk arwah abah, arwah mi, arwah tok nenek dan pakcik dan makcik menentang saya. Sukan tu untuk jantan kata mereka. Hehehe. Tapi kalau sudah cinta dan keinginan tu ada Alhamdulillah saya berjaya. Dalam kesibukan saya nak mengambil STPM pun sempat lagi mewakili sekolah dan negeri Kelantan. Membuak-buak masa tu nak buktikan tanggapan salah keluarga termasuk cikgu cikgi mengatakan bila bersukan pelajaran terabai. Dan saya berjaya membuktikan saya salah seorang daripada pelajar terbaik STPM dan berjaya menjejak kan kaki ke menera gading. Masuk Uni impian saya sejak kecil Universiti Malaya. Hehehe. Syukur saya berjaya. Silat menjadikan saya seorang yang bersemangat kental, silat menjadikan saya seorang yang tak mudah mengalah. Penglibatan dengan seni silat timbul cinta tanpa diundang sebenarnya....Dulu-dulu ramai yang tak percaya bila tanya sukan apa awak main, jawapan 'silat olahraga' yang keluar daripada mulut seorang perempuan pada mereka woahhh funny ok, macam tak caya giut reaksi mereka. Hahahaha. Itu duluuuu sekarang ni mungkin dah ok kot kehkehkeh.

Moralnya saya dapat bila kita berusaha, bila kita mencintai apa yang kita buat, kita lakukan dengan sepenuh jiwa raga, maka kejayaaan akan menjadi milik kita.


Thursday, 4 June 2015

Sekejap Sahaja Dah Masuk 17 Sya'aban


Sekejap Dah Masuk Bulan Syaaban
Sekejap Dah Masuk Bulan Syaaban

Bismillahhirahmanirrahim. Hari ni dah 4 Jun 2015 atau 17 Syaaban 1436 Hijrah. Dah 17 Sya'aban dah kita ni. Sekejap je rasa dah nak masuk bulan Ramadhan dah (17@18 Jun nanti) kita kan. Pejam celik pejam celik tak sedar Ramadhan makin hampir. Kita sudah melewati malam Nisfu Sya'aban ( 15 Sya'aban) pada 2 Jun yang lalu. Bermakna kita semakin dekat dengan bulan mulia ramadhan. Jika dulu waktu saya masih lagi bekerja makan gaji, bulan Rejab dan Sya'aban adalah bulan mengganti puasa. Atau bagi sesetengah orang bulan untuk membiasakan badan dan perut berpuasa. Tapi itu dulu lah. Sekarang ni sejak bekerja sendiri, komitmen pergi outstation pun dah takde, Rejab dan Sya'aban lebih kepada bulan saya berpuasa Sunat. Inilah sedikit sebanyak perubahan yang positif pada diri saya yang saya rasai sendiri. Saya tertarik dengan kelebihan bulan Sya'aban bila membaca satu blog tidak lama dulu tetapi lupa nama blognya. Di sini saya kongsikan dengan anda semua Kelebihan Bulan Sya'aban. Moga kehadiran Sya'aban ni akan menguatkan lagi keimanan kita semua.

Kelebihan Bulan Sya'aban

1.Puasa
Bulan Sya’ban adalah bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa. Dari Aisyah r.a berkata:
“Bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa ialah bulan Sya’ban yang menghubungkannya dengan bulan Ramadan”. (Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Bani)

Dari Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah berpuasa hingga aku katakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka hingga aku katakan tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat rasul saw berpuasa penuh melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak pada bulan selain dari bulan Sya’ban”. (Bukhari dan Muslim)


Sekumpulan para ulamak seperti Ibn Mubarak dan lainnya menegaskan bahawa nabi saw tidak pernah menyempurnakan puasa di bulan Sya’ban. Baginda hanya banyak berpuasa sahaja. Hal ini diperkuatkan oleh satu riwayat daripada Aisyah r.a, katanya:
“Kami tidak mengetahui bahawa baginda saw berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim).

Riwayat dari Aisyah r.a:
“Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa penuh sejak tiba di Madinah melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim) 

Menurut Ibn Abbas: “Rasulullah tidak pernah berpuasa penuh selain Ramadan”. Malah Ibn Abbas menghukum makruh perbuatan berpuasa penuh selain bulan Ramadan.


Puasa pada umumnya mempunyai kelebihan yang besar dan balasan yang agung. Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata: Nabi saw telah bersabda (bermaksud):
“Tidaklah seorang hamba berpuasa pada hari perang Fi Sabilillah melainkan Allah akan menjauhkan mukanya pada hari itu daripada api neraka perjalanan 70 tahun”.(Muttafaq Alaih)


Dari Abdullah bin Amru r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Puasa dan Al-Qur’an kedua-duanya akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat. Berkatalah puasa: “Ya Allah, aku telah melarangnya dari makan dan menuruti syahwat pada siang hari, maka berilah syafaatku kepadanya. Lalu Al-Qur’an berkata pula: “Ya Allah, aku telah melarangnya tidur diwaktu malam (untuk bertilawah), maka berilah syafaatku kepadanya”. Dengan itu Allah memberikan syafaat keduanya untuk hamba itu”. (Ahmad)


Begitu juga di antara kebaikan berpuasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan untuk berpuasa di bulan Ramadan, supaya apabila masuk ke bulan Ramadan nanti tidak lagi merasa susah atau berat, tambahan pula puasa di bulan Sya’ban sebagai latihan dan persiapan supaya masuk ke bulan Ramadan nanti dengan penuh kekuatan dan kecergasan.

Kelebihan Bulan Sya'aban
Kelebihan Bulan Sya'aban



2. Menjaga solat lima waktu secara berjamaah
Terdapat beberapa hadith yang menyebut tentang kelebihan menjaga solat berjamaah dan ancaman orang yang meninggalkannya padahal ia berkemampuan melaksanakannya.

Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasul saw telah bersabda (bermaksud);
“Solat berjamaah lebih utama daripada solat berseorang sebanyak 27 darjat”. (Muttafaq Alaih)

Dari Abu Musa ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda (bermaksud):
“Orang yang paling besar pahalanya dalam solat adalah orang yang paling jauh perjalanan kakinya dan yang lebih jauh lagi dan orang yang menanti solat sebelum ia solat berjamaah bersama imam akan mendapat pahala yang lebih besar dari orang yang solat kemudian tidur. (Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a: Bahwa Rasulullah saw. kehilangan beberapa orang sahabatnya dalam salat. Beliau bersabda (bermaksud):
"Sesungguhnya aku bermaksud menyuruh seseorang solat mengimami sahabat lainnya dan aku akan pergi menyusul beberapa orang yang enggan solat berjamaah. Aku menyuruh mereka untuk membakar rumahnya dengan kayu bakar. Bila salah seorang di antara mereka mengetahui bahwa ia akan mendapatkan selonggok daging yang gempal maka ia akan menghadiri salat Isyak berjamaah. (Muslim)


Semua hadith ini menunjukkan penegasan tentang perintah solat berjamaah dan keringanan bagi yang menghadapi kesukaran menghadirinya.




3. Membaca al-Qur’an, mengkhatam, menghafaz dan mengulangkajinya
Amalan ini adalah sebesar-besar pintu kebaikan kerana di dalamnya terkandung keutamaan dan pahala yang besar di sisi Allah.  Dari Ibn Mas’ud r.a berkata (bermaksud):
“Rasulullah saw telah bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an dia memperolehi satu hasanah, satu hasanah menyamai sepuluh pahala. Aku tidak katakan alif, lam dan mim satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (Tirmizi. Menurutnya hadith ini hasan sahih)


Bulan Sya’ban menjadi mukadimah atau pengenalan kepada bulan Ramadan, dengan sebab itu amalan yang utama di bulan Ramadan juga utama pada bulan Sya’ban seperti puasa, membaca al-quran dan bersedekah. Menurut Salamah bin Suhail: Ada pendapat mengatakan bulan Sya’ban adalah bulan membaca al-Qur’an. Habib bin Abi Thabit apabila memasuki bulan Sya’ban beliau berkata: Ini adalah bulan membaca al-Qur’an. Amru bin Qis al-Mulaiy apabila memasuki bulan Sya’ban beliau akan menutup ruang-ruang masa dan sibuk dengan membaca al-Qur’an.


Membaca Quran Di Bulan Sya'aban
Banyakkan Membaca Quran Di Bulan Sya'aban

4. Berdoa kepada kiblat orang Islam yang pertama
Di dalam Sya’ban adalah bulan berlaku pertukaran kiblat orang Islam daripada Masjid Aqsa ke Masjidil Haram. Firman Allah SWT (bermaksud): 
“Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)


Kita saksikan apa yang berlaku ke atas Masjidil Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam yang wajar kita renung dan berikan perhatian sepenuhnya. Apakah yang patut kita lakukan? Setidak-tidaknya kita berdoa supaya Allah mengembalikan Masjid Aqsa ke pangkuan kita dan membebaskannya daripada cengkaman Yahudi perampas.




5. Menghidupkan qiamullail
Kebanyakan orang Islam tidak memberi perhatian kepada qiamullail selain bulan Ramadan. Orang yang hanya memberi perhatian di bulan Ramadan akan merasa sukar untuk mendirikan qiamullail kerana selama ini tidak menghidupkannya selain bulan Ramadan. Bila tiba bulan Ramadan secara mengejut mendirikan solat malam tentu merasa berat dan sukar untuk menjaganya. Jikalau tubuh kita kerap menghidupkan malam sebelum Ramadan dan sepanjang tahun dengan solat tahajud di waktu malam tentu kita tidak merasai susah atau berat mendirikannya di bulan Ramadan. Contohnya orang yang memberi perhatian dengan menjaga solat malam sebelum Ramadan sekurang-kurangnya solat dua rakaat pada tengah malam, ataupun solat selepas isya’ atau sebelum tidur.

Dari Qasim bin Muhamad dari Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit”.(Muslim)




6. Menghubungkan silaturrahim
Sepertimana yang telah disebutkan di dalam hadith bahawa bulan Sya’ban ialah bulan amalan hamba diangkat dan dipersembahkan kepada Allah. Nabi saw menyukai sekiranya ketika amalannya diangkat kepada Allah baginda sedang berada di dalam ketaatan. Inilah yang sewajarnya diperhatikan oleh umat Islam di bulan Sya’ban ini supaya orang muslim berusaha menjadi sebaik-baik ketaatan ketika amalan diangkat dihadapan Allah. Ini mendorong Allah akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan dan keampunan sekalipun amalan yang dipersembahkan itu ada kekurangan.

Tidak diragui bahawa menghubungkan silaturrahim dan meredakan permusuhan adalah sebesar-besar ketaatan yang dituntut khasnya di bulan yang mulia ini yang mempunyai keutamaan yang besar.
Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.) Menurutnya ini hadith sahih.


Kita menyambut kedatangan bulan Sya’ban dengan sambutan yang sebaiknya dengan memenuhi dada dengan kasih sayang dan berbaik dengan semua orang. Oleh itu, jadikanlah bulan Sya’ban ini sebagai peluang dan permulaan untuk memulihkan hubungan yang rosak antara kita dengan orang lain.

Tuesday, 2 June 2015

June 2015 Separuh Perjalanan Sudah Ditempuhi

Diam tak diam perjalanan 2015 dah masuk setengah tahun. Maksudnya dah separuh perjalanan kita di tahun 2015 ni kan.

Jun 2015
Selamat Datang Jun 2015

Bulan June tahun ni memang di nantikan sebab :
1. Shaklee National Conference
2. Birthday saya
3. Ramadhan

Semoga kehadiran bulan June tahun ni akan membawa banyak kebaikan dan rahmat kepada kita semua. Tak sabar nak mencoret pengalaman tentang Shaklee National Conference (NC) tahun ni. Pengamanan NC tahun lepas sudahpun di tulis DI SINI. Sangat bermakna buat saya. Dan saya sentiasa berdoa semoga NC dan bulan June ini akan memberikan kegembiraan berganda, insya-Allah. 

Jun Datang Bermaksud Usia Juga Makin Meningkat Wahai Nur Masliza Muda
Jun Datang Bermaksud Usia Juga Makin Meningkat Wahai Nur Masliza Muda


Saturday, 30 May 2015

Mari Tempah Sofa Idaman Di Alcano Design Dengan Harga Murah

Bismillahhirrahmanirrahim. Tentu ramai di sini yang minat dengan sofa cecantik kan. Haaa meh sini saya nak cerita tentang satu tempat yang mana kita boleh tempah sofa custom made yakni tempah ikut design yang kita suka bukan main pergi kedai pilih je kat kedai atau showroom  hehehe. Kalau tanya orang perempuan memang ramai jugak yang suka sofa custom made ni maklumlah boleh tempah ikut suka kan nak warna macam mna, nak design macam mana, nak diamond macam mana, nak besar mana nak kecil mana lan. Kilang perabot Alcano Design ni, kita semuanya buleh tempah sofa serta perabot lain mengikut citarasa kita, cakap je nak gaya urban, kontemporari, english semua mereka boleh buatkan. Kepada yang mencari-cari mana tempat nak tempah sofa ikut kehendak hati, saya cadangkan pergilah ke kilang Alcano Design. Jangan risau anda boleh gunakan Waze untuk sampai ke kilang tu kalau tak biasa dengan kawasan Sungai Buloh ni. Dan kami pun gunakan Aplikasi Waze juga untuk sampai ke kilang tu. Ok saya share sikit alamat, dan nama pemilik kilang Alcano Design tu dengan anda heheheh.

Tempah Perabot Idaman Anda Di Alcano Design
Tempah Perabot Idaman Anda Di Alcano Design 


Al kisahnya saya dah mengenali nama Alcano Design ni dah lama maklumlah saya suka sangat membaca blog abang Mazidul Akmal Sidek. Masa tu sofa kami ni masih baru so hasrat nak tempah sofa idaman tu saya pendamkan saja lah. Hampir 5 tahun guna sofa tu akhirnya keadaan sofa kami pun makin parah hahaha. Okies, masa untuk tukar sofa. Kalau sofa lama kami guna material fabrik, kali ni memang kami suami isteri sebulat suara nak beli sofa leather. Of course lah dalam kepala dah ada idea nak yang macam mana kan. Dan kali ni memilih Alcano Design di Sungai Buloh, Selangor untuk menempah sofa yang diidamkan. Memang Alcano Design ni dah terkenal dengan tempat beli perabot dengan harga kilang atau murah. Serius memang murah perabot nya. And the best part is leather jugaaaa. Macam-macam fabric ada kalau tak minat leather. 

Cari punya cari akhirnya sampailah kami ke kilang Alcano Design ni. Kalau sebelum ni say acuma membaca di blog je tentang keramahan pemiliknya Mr Chai ni, kali ni saya memang berhadapan sendiri dengan Mr Chai ni. Haaa handsome kan Mr Chai ni. Heehe, ini gambar yang saya ambil dari blog Abang Mazidul Akmal kita. OK sampai je kilang ni Mr Chai dah tersenyum menyambut kami. Walaupun bangunan kilang tetapi ianya taklah berselerak dan panas sangat sebab pintu masuknya sebesar-besar alam kan hehehe.

Pemilik Alcano Design
Pemilik Alcano Design

Melangkah masuk je mata terus nampak sofa-sofa pelanggan Alcano Design (AD) yang menunggu masa untuk dihantar kepada pelanggan mereka. Wahh dalam hati dah meloncat-loncat sebab rambang mata melihat deretan sofa-sofa tu. Ok jom kita menjamu mata dengan apa yang ada di AD ni.

Sofa Tempahan Pelanggan Alcano Design
Sofa Tempahan Pelanggan Alcano Design

Nak Tempah Katil, Kabinet Dan Almari Pun BolehDdi Alcano Design Ni
Nak Tempah Katil, Kabinet Dan Almari Pun BolehDdi Alcano Design Ni

Sofa Leather
Sofa Leather

Ok dah siap meninjau sofa yang ada MR Chai jemput kami masuk ke dalam officenya. Haa kat dalam tu lah dia tunjukkan sofa kulit yang sebijik sejibun dengan yang ditempah oleh Abang Mazidul. Memang besar, nampak kukuh. Mr Chai tunjukkan kepada kami apa perbezaan perabot beliau dengan perabot di kedai biasa, iaitu bawah kusyen tu dia alas dengan playwood (papan lapis) kalau perabot yang biasa kita beli bawah kusyen tu biasanya hanya kain atau tali je. Yesssssss itulah yang berlaku pada sofa lama kami, koyak bawah kusyen sebab hanya ada kain dan tali jer. Maklumlah dah ada anak lelaki yang lasak ni, main panjat-panjat dan melompat atas sofa.

OK Inche Suami dengan bangga nya cakap saya nak sofaleather L Shape. So Mr Chai pun tunjukkan beberapa design sofa leather yang L Shape ni. Memang harganya murah jika dibandingkan harga di kedai lain. Worth for money lah senang cakap. Sebelum ni kami dah survey harga sofa leather ni di kedai biasa pun  7-8k. Harga 7-8k tapi tak boleh tempah ikut suka hati kita, tak boleh pilih warna, tak boleh pilih design dan sebagainya. Tapi di Alcano Design ni, saya dapat beli dengan harga yang lebih murah dan dapat buat ikut suka hati lagi. Seronoknyeeeeeeeee. Ok lepas pilih punya pilih punya pilih, akhirnya kami sebulat suara memilih padanan warna merah+hitam untuk sofa kami. Haa macam picture di bawah tulah boday kaler merah, kusyen kaler hitam. Tapi sofa dalam picture di bawah tu bukan sofa yang kami tempat tau hehehehe. Yang best boleh pilih design tu, lepas tu boleh request nak berapa lebar ikut keluasan ruang tamu kita. Saya pilih sofa yang ada 3 bijik diamond kat kusyen dan di kaki sofa. masa pilih diamond tu Mr Chai tanya you mau macam mana punya susunan diamond? Wowwww, susunan diamond pun tanya yer. Actually saya memang tak fikir macam mana nak susunan diamond tu kikiki, yang saya tahu saya nak sofa leather, bentuk L Shape. So lepas Mr Chai advise kami apa yang cantik, pro and cons kami pun setuju. Harga yang ditawarkan untuk kami pun dalam range bajet kami. Syukur alhamdulillah urusan dipermudahkanNya.

Salah Satu Sofa Alcano Design
Lawa Tak Sofa Alcano Design Ni?
Ok nak tengok cemmana design sofa kami? haa tu dalam resit yang diberikan oleh Mr Chai tu ada di lukis bentuk sofa L Shape yang kami tempah tu. Kalau dah namanya sofa tempah atau custom made mustilah kena beberapa minggu baru siapkan. Heheheh. Disebabkan kami bukanlah nak guna sofa tu urgent sangat, jadi kami bersetuju dengan Mr Chai sofa dihantar dalam masa 2 minggu. Yelah apa lah nak dikejar sangat kan. Ok deposit untuk tempahan ni at least 30%, boleh bayar secara cash, keledit kad (Credit card), atau debit cad pun diterima. Yang paling bestnya, kami cakap alamak tauke kami takde banyak cash nak bayar deposit ni. Tau tak apa tauke tu cakap????? Ok takpa, sekarang dalam wallet you ada berapa? You bayar dulu berapa yang ada dalam wallet you, balance tu you bank in pada saya". Wahhh, mana nak carik tauke kedai yang bertolak ansur begini. Atas dasar percaya sebab saya follower blog Abang Mazidul. Hahhaha nama Abang Mazidul kita jugak yang di petik yer. 

Cenggini lah bentuk sofa kami, nanti dah sampai ke rumah barulah mereka akan cantumkan untuk membentuk L Shape. Dan sofa ni boleh memuatkan 6 orang. Dengan kusyen tu sepanhang 88 inchi, dan lebar tempat letak tangan tu 8 inchi. Ada stool juga. Hehehe. Ok lah kalau bijak boleh tengok lakaran Mr Chai  tu maka tergambarlah bagaimana bentuk sofa kami. Kikiki.

Tempah Sofa Di Alcano Design
Tengok Dulu Designnya
Saya bukan jenis yang suka ganti-ganti sofa, pendek kata pakai sampai lunyai lah. Hahahaha. So saya tak kisah spend duit lebih sikit asalkan barang saya tahan lama. Yelah sofa kot kan, mestilah nak yang tahan lama. Arwah abag selalu cakap kalau ada duit lebih beli yang tahan lama, lebih-lebih lagi kita nak guna setiap hari. Jangan nak yang murah tapi kejap-kejap rosak, kejap-kejap kena ganti. Dan arwah selalu ingatkan kami kalau nak beli perabot, beli kelengkapan rumah elakkan berhutang. Sebab itulah saya sanggup menunggu lama, menabung duit semata-mata nak memiliki sofa kulit idaman hati ni. Mungkin kami tak mampu nak beli sofa import yang berpuluh ribu tu, tapi dapat yang kulit gini pun dah berbaloi sangat. Berbelanja ikut kemampuan kan. Opsss ini bukan sofa untuk raya yer hahahaha, sebab sofa lama kami memang dah nazak yang amat dah hahaha.

Monday, 25 May 2015

Seharian Di Jakel Mall Kuala Lumpur. Selesa, Besar dan Memudahkan Fabric Hunting Anda

Sempena mood berpuasa hari ni kan, nak jugak share tentang promosi Pra Ramadhan yang di buat Jakel. Opssss maaf saya bukan duta Jakel kehkehkeh. Yelah semalam (24/5/15) adik bongsu nak belanja baju raya- mood sedondon gitu. So apalagi kami 3 beradik pun pergilah ke Jakel Kuala Lumpur. Ohh rupanya sudah berpindah ke bangunan baruuu. Jarang sekali saya membeli kain di Jakel ni. Selalu shopping tudung di Ariani yang opposite dengan Jakel KL je heheh. Tapi dah orang nak belanja kan, rezeki jangan di tolak hehehe. Syukur ada jugak orang nak belanja kan. 

Bangunan Baru Jakel Mall Kuala Lumpur
Bangunan Baru Jakel Mall Kuala Lumpur


Ini kali pertama saya masuk Jakel selepas ianya berpindah ke bangunan baru. Memang besar, entah berapa tingkat pun tak sempat nak kira. Hahahha. Selesa lah berbanding dengan bangunan Jakel yang lama tu kata adik ipar saya. Cuma mungkin bangunan ini masih baru, ruangan parkingnya agak gelap. Atau maybe sebab belum datangnya bulan Ramadhan di mana orang berpusu-pusu nak membeli belah.

Ok berbalik pada kisah sehari di Jakel KL kami hehehe, rasanya ia lawatan bertuah kami sebab dalam duk menunggu adik sampai Yang Di Pertuan Agong (YDPA) pun datang shopping di Jakel KL juga. Fuyyoooo Jakel jadi pilihan YDPA, nampak takkk. 

Yang Dipertuan Agong (YDPA) Memasuki Jakel Mall
Yang Dipertuan Agong (YDPA) Memasuki Jakel Mall


Sejak berbelas tahun saya pembeli tegar Gulatis, Maya dan Euro Moda tanpa mengetahui Jakel KL juga ada fabrik yang sama kualitinya dengan kedai yang sering saya kunjungi tu. Kalau tidak masakan YDPA pun berkunjung ke situ kan. Yang saya tahu Jakel sangat terkenal di Johor. Itu pun sebab dulu masa buat research di Johor (batu pahat kot kalau tak silap) bangunan Jakel gagah berdiri. Malah jadi bualan masyarakat setempat. Tak sangka Jakel sekarang masyhur di seluruh Malaysia. Tumpang bangga dengan kejayaan mereka cewahhhh.

Jakel Hak Milik Peniaga Bumiputera
Jakel Hak Milik Peniaga Bumiputera

Rasanya rezeki kami sangat murah sudahlah berpeluang bertemu YDPA, dapat pulak diskaun daripada pemilik Jakel sendiri Datuk Mohamed Ferok Mohamed Jakel. Ya Allah baiknya dia. Serius saya suka sikap beliau yang sangat sempoi tu, baik sangat tututr katanya. Pakai kemeja, duduk atas kerusi at one corner kat room 6 Jakel aras 1 tu. Nasib kami dikira baik bila dapat staff yang perghhhh first class- mesra, sentiasa tersenyum dan cantik mata memandang hahaha. Strategi pemasaran yang menepati citarasa pelanggan. Sory nama staff tu lupa, tapi kalau suruh saya cari rasanya saya masih cam lagi staff tu. hehehe. Bermula dari pemilihan kain baju melayu sampailah siap pilih kain utk kami wanita melayu terakhir ni hahaah. Tahu sajalah bila 4-5 kepala berkumpul ni kejap nak kaler tu kejap nak kaler ni. Sorang berkenan warna tu, sorang lagi tak berkenan hehehe. Tapi staff tu memang layan bagus sangat. Terharu. Ok dah siap pilih kaler, sesi mintak kurang pulak hahaha. Staff tak berani nak bagi kurang kain RM37 semeter, beli 22 meter adik lelaki memang terbaik bab bargain harga.  Staff biasa panggil ketua dia pung pang pung pang, ok deal RM33 semeter. Alhamdulillah. Lepas tu carik pulak kain untuk perempuan, memang banyak pilihan, tapi banyak juga yang tak berkenan di mata. Hahaha

Pilih punya pilih punya pilih, ok lah berkenan lah pada corak yg buleh matching dengan baju jejaka cewahh. Allah reganya pulak almost 380 hengget. Ok carik yang kurang skit kikiki. Kesian tukang sponsor. Hahaha. Kebetulan staff lelaki announce happy hour, kain yang kami pilih diturunkan rega 200 hengget. So apalagi seronok mehhhh. Ok deal beli 5 pasang, saya, kak ma, adik perempuan, adik ipar, dan pembantu kedai si tukang sponsor. Eiii dah murah nak murah lagi, adik yang assist tu tak berani nak bagi kurang dia cakap dah murah sangat ni, kalau akak berani mintak lah dengan Datuk. Fuhhh haruslah mencuba luck kan. Masa tu saya ingatkan Datuk yang dimaksudkan ialah manager, tapi bila sekalipandang ehh muka dia macam familiar. Heheeh. Adik tu pun bawaklah kami jumpa Daruk Feroz yang dengan bersahaja dan humble nya duduk atas kerusi at one corner melihat staff dan pelanggan dia. Memula Datuk Feroz tanya berapa pasang beli, kami cakap 5 pasang. Then bagitau lah dah beli kain baju melayu 22 meter. Datuk cakap ohh Alhamdulillah, terus salam dgn adik dan inche suami kiki. 

"Harga happy hour ni dah murah sangat-sangat tapi ok lah potong kain nanti I kasi special price to you."

Hati berbunga-bunga. Adik tu cakap mujur deal sendiri dengan Datuk kak , ini manager pun tak berani bagi harga murah lagi. Ok kami anggap rezeki kami. Siap potong kain semua adik tadi panggil lagi Datuk Feroz tu, hanya Datuk je yang boleh tulis, and Datuk sendiri datang dan tulis harga kain tu. Yayyy dapat murah!!!! Walaupun still rega 150 hengget.

"Only for you all, congrats. Terima kasih" sambil salam sekali lagi. Alooo Datuk memang suweet. Datuk memang sempoi, siapa sangka owner nya sendiri begitu humble. Kalau orang tak kenal memang ingat dia staff biasa sahaja. Tabik spring untuk Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel ni. 

Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel dan Isteri Bersama Duta Baru Ariani Bella Daly
Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel dan Isteri Bersama Duta Baru Ariani Bella Daly


Ok cerita panjang lebar pasal Jakel KL ni kan, meh belanja sikit kain. Sedondon kan kan kan. Hahaha. Ok lah apapun sangat bersyukur dan berterima kasih kepada adik bongsuku sebab menyeponsor kami adik beradik termasuk abang dan kakak iparnya. Hehehe. Mujurlah kami 4 beradik je tambah dan sorang mak saudara yang kami anggap macam kakak kami je.

Taraaaa, kain yang sedondon katanya
Taraaaa, kain yang sedondon katanya


Firas pun seronok berlari larian dalam Jakel maklumlah luas dan beraircond pula tempatnya.

Firas dan Ayah Teh Seronok Di Jakel Mall KL
Firas dan Ayah Teh Seronok Di Jakel Mall KL


Sedakar berkongsi cerita, tiada apa-apa royalti pun di bayar oleh syarikat Jakel ni pada saya hehehehe.

Love
MAS


Sunday, 24 May 2015

Menang dipuji, kalah dihina, itulah lumrah dunia bola sepak.

Bismillahhirrahmanirrahim. Tiba-tiba terasa nak bikin entry berkenaan bola pulak. Honestly saya bukan peminat bola sepak, malah memang tak mengikuti pun perkembangan bola sepak tempatan apatah lagi antarabangsa. Tetapi rasa terpanggil nak meluahkan perasaan sendiri tentang senario bola sepak Kelantan especially. Bahang Perlawanan Akhir Piala FA 2015 masih lagi terasa. Walaupun pasukan negeri kelahiran saya tewas kepada Lions XII ianya masih menjadi bualan. Di FB dan di group rakan-rakan sekolah, malah di instagram sekalipun masih berlumba-lumba memperkatan tentang punca kekalahan pasukan The Red Warriors itu. Secara peribadinya pada saya kalah menang memang adat bertanding, apatah lagi semalam saya berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan akhir tersebut. Meriah dengan lautan merah di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bangga juga melihat rakyat Kelantan datang dari segenap pelusuk untuk memberikan sokongan kepada team kesayangan mereka.

Kelantan The Red Warriors
Kelantan The Red Warriors

Pada pengamatan saya yang tidak tahu menahu tentang bola ni saya rasa amat tidak patut bila seorang pemain di salah kan untuk kekalahan permainan berpasukan atau team begini. Saya nampak pemain bersungguh-sungguh mencari gol penyamaan, namun apakan daya, takdir menentukan The Red warriors (TRW) tewas di tangan Lions XII. Terdetik hati saya bila kawan-kawan berkongsi kekecewaan terhadap pemain yang membuat sedikit sahaja kesilapan pada perlawanan tersebut. Kalau kita sebagai penyokong rasa kecewa, apakah kita tak fikir yang mereka pemain yang bermati-matian tu tak rasa kecewa? Mereka pemain tentunya mahukan kemenangan, mana ada pemain yang main atau berjuan untuk kalah kan. Bermacam kata kejian dan makian dilemparkan, saya yang membaca komen pun terasa -padahal saya bukanlah siapa-siapa pun. Malah tak ada kena mengenapun dengan pemain-pemain tersebut. Cuma saya adalah anak kelahiran Kelantan, tanah rendah sekebun bunga. Saya cuma manusia biasa, rasa sayang pada negeri tetap ada. 

Saya sering mendengar tentang TRW pun daripada adik saya yang minat bola. Dan juga kawan-kawan yang memang penyokong tegar TRW. Hehehe. Mereka kalah bermaruah, mereka berjuang bersungguh-sungguh tetapi bukan rezeki TRW jadi saya rasa tak perlu menyalahkan individu tertentu. Permainan berpasukan, setiap ahli dalam pasukan harus memikul tanggungjawab. Peminat harus juga memikirkan perasaan pemain, janganlah mencerca di saat mereka ditimpa kekalahan. Realistik lah dengan melihat kesungguhan merek. Jangan mereka dihukum begitu. Jika sudah ditulis oleh Allah bahawa kekalahan menjadi milik mereka maka kekalahan lah yang kita terima. Saya tal berani komen tentang formasi atau taktikal jurulatih kerana saya bukan orang yang arif. Saya cuma letakkan diri saya sebagai keluarga pemain, bila mereka di cerca dan dihina, saya juga akan sedih. Kalau saya jadi pemain saya pun akan sedih. Yelah kan, pemain pun manusia biasa seperti kita, ada hati dan perasaan. Jurulatih pun mahukan kemenangan, tetapi adat pertandingan ada menang ada kalah. Seringkali juga permainan ini bergantung pada tuah dan nasib seperti yang diperkatakan. Percaturan coach Azrai Khor Abdullah dikritik hebat oleh peminat-peminat TRW. 

Team The Red Warriors
Team The Red Warriors

Entri ni ditulis sebab rasa terkesan dengan komen berbaur kejian dan makian terhadap pemain team TRW. Sedikit kesilapan hingga dia dihukum  dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. No hard feelings. Semoga team TRW terus success dan berjaya. Jika kita sebagai peminat merasakan luka dan sedih, mereka pemain apatah lagi. Berjuanglah wahai pahlawan merah....Tahniah kepada tema Lions XII di bawah bimbingan Fandi Ahmad. Berhentilah menyalahkan pemain yang dah berhempas pulas mencari kemenangan untuk peminat dan TRW.

Friday, 22 May 2015

Kes Penculikan Kanak-kanak Sekolah. Mereka Yang Salah Memilih Acuan Dan Pilihan.

Kanak-Kanak Diumpan dan Diculik
Kanak-Kanak Diumpan dan Diculik


Hidup kita sememangnya banyak pilihan. Kita pilih acuan mana yang kita nak, pilij acuan baik maka baiklah hasilnya. Pilih acuan yang tak baik maka hasilnya juga tak baik. Bukan apa, saya terkesan sangat bila kawan-kawan ibu berkongsi kerisauan mereka terhadap masyarakat sekarang. Isu mula timbul bila kanak-kanak sekolah mula dijadikan sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini mungkin sudah dibentuk dengan 'acuan' yang begitu, lantaran itulah sanggu menjadikan kanak-kanak sekolah yang belum mengenal erti hidup sebagai sasaran.


Kes Penculikan Kanak-Kanak
Kes Penculikan Kanak-Kanak

Kalau sebelum ni saya hanya terbaca berita begini di dada akhbar, tapi bila ada di kalangan sahabat saya sendiri yang mengalami tempias trauma ini, ianya lebih melekat dan berbekas di hati. Betul, anak saya belum bersekolah, tetapi naluri kerisauan seorang ibu memang semulajadi. Saya terfikir kenapalah manusia ini memilih jalan itu? Apakah motif mereka sebenarnya? Jika kanak-kanak sekolah yang ibu bapanya adalah orang biasa-biasa sahaja, mereka tidak akan mampu membayar wang yang mereka minta. Lalu....adakah mereka mahu memperdagangkan kanak-kanak itu? Bermacam persoalan timbul di benak saya. Mereka yang tersalah pilih acuan dan jalan hidup ni mula menjadikan sekolah sebagai 'port' baru mereka. Ohhhh Malaysia kuuuuuu.


Awasi Anak Anak Kita
Awasi Anak Anak Kita

Pihak sekolah juga sudah mengeluarkan memo kepada ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan menasihatkan ibu bapa supaya mengigatkan anak mereka supaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali. Ternyata, bukan setakat ibu bapa, malah pihak sekolah juga mula gusar dengan aktiviti golongan salah acuan dan salah pilihan ini. 

Notis- Berhati Hati Dengan Kes Peculikan Kanak-Kanak Sekolah
Notis- Berhati Hati Dengan Kes Peculikan Kanak-Kanak Sekolah

Jelas, kita sebagai ibu bapa penjaga sekolah mula merasa keselamatan anak makin menjadi isu besar bila dapat memo dan peringatan daripada pihal sekolah kan. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak kita, kini dah mula berubah. Memang saya akui, banyak kes melibatkan kanak-kanak sekolah di laporkan sebelum ini, tapi mereka yang tersalah acuan dan pilihan ini masih terus menjalankan aktiviti mereka. Apa mungkin mereka ini tak punya anak sendiri sehinggakan sanggup melakukan begitu pada anak orang lain??? Saya tak berani membayangkan akibatnya, pedih dan sakitnya terasa....

Sampai bilakah mereka ini akan sedar? Ternyata walaupun hidup ini ada pilihan, tetapi pilihan acuan yang tidak sepatutnya menjadikan manusia tidak bertindak seperti manusia. Semoga kita semua akan lebih mengawasi anak-anak dan keluarga kita. Biarlah kita di lihat sebagai ibu bapa yang terlalu bertegas dengan anak, bak kata orang tua-tua biar kita menangis hari ni, jangan kita menangis kemudian hari. Awasi anak-anak kita, walaupun ketika pergi dan balik sekolah. Semoga Allah memelihara keselamatan anak-anak kita semua. Aamin.




Monday, 18 May 2015

Bayi dipotong 15, dijumpai tanpa kepala. Pelakunya pengamal ilmu hitam atau gila?

Assalamualaikum tersentuh hati di saat menulis entri ni. Saya tak pasti apa perasaan orang yang melakukan sedemikan terhadap bayi malang yang di potong 15 dan dijumpai tanpa kepala. Sudahlah dibunuh dengan kejam dia dibuang pula...Ya Allah Ya Allah Ya Allah... manusia berhati binatang manalah yang sanggup melakukan sedemikian kepada bayi kecil itu. Kejammmm, kejammmm, sekejamm kejamnya. Sesungguhnya dikalangan binatang tiada manusia, tetapi dikalangan    manusia ada binatang! 


Kekejaman Oleh Manusia Berhati Binatang
Kekejaman Oleh Manusia Berhati Binatang



Saya mulanya tertanya-tanya apakah motif bayi dibunuh kejam, tetapi entah kenapa hati saya terdetik yang melakukannya ni ada kaitan dengan pengamal ilmu hitam. Kalau takpun mesti orang gila...

JOHOR BAHRU: Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, dekat sini. Mayat itu dijumpai sekumpulan pekerja syarikat kontraktor ketika menjalankan kerja pembersihan kira-kira 10.30 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Khamsani Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 petang daripada penyelia syarikat kontraktor berkenaan mengenai penemuan bahagian anggota badan bayi.

Ada beberapa gambar yang dikongsikan oleh kawan-kawan polis, tetapi saya tak sanggup nak letakkan di entri ni. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan selain KEJAM, TAK BERHATI PERUT!

Wednesday, 28 May 2014

Hentikan Berita Palsu : Sultan Azlan Shah Gering, Bukan Mangkat.

Semalam heboh member dok sebarkan picture tentang kemangkatan Sultan Perak dalam wassap group. Ermm biasalah bila macam-macam cerita pun keluar...Depa cakap kemangkatan baginda di rahsiakan dan macam-macam lagi lah. Sangat tak senonoh tau...Beta Murka, hahahahaha.

Disebabkan adik dan adik ipar Mak Jemah berada di Kuale Kangsar, maka Mak Jemah pun tanya lah kesahihan berita tersebut. Sebab setahu Mak Jemah, baginda Sultan Azlan Shah memang gering sejak tahun lepas. Berdasarkan pic yang diambil daripada blog tengkusyah jelas kelihatan baginda yang dah kurus dan cengkung. Dan menurut mereka benar baginda Sultan sedang gering tapi belum lagi MANGKAT seperti yang menjadi viral tuuuu. AllauAkbar, jauhkan lah daku dari sifat penyebar berita palsu.

Inilah wajah baginda pada Dec 2013. 

BIL  Mak Jemah ni memang menjadi favorite Sultan Azlan untuk upacara rasmi kerana BIL Mak Jemah ni tiup witler maklum polis kenalah berkhidmat dan berjasa pada raja dan negara yer tak? Hehehe. Disebabkan Sultan Azlan ni suka sangat dengan tiupan BIL Mak Jemah maka setiap tahun raya pertama BIL Mak Jemah ni tak boleh bercooti sebab ada upacara di Istana Iskandariah. Selalu dia cakap ' uhh saya ni kak, selagi sultan azlan hidup tak dapat lah cuti raya pertama' haddui....Tapi Mak Jemah akui sikap baginda memang begitu. Teringat Mak Jemah sewaktu di UM 1998-2011 dulu, setiap kali upacara yang melibatkan baginda ada seorang EMCEE (MC) bukan MC sijil sakit yer yang WAJIB ada. Baginda tidak mahukan MC selain daripada yang itu. Pernah sekali MC tersebut bercuti kerana ibu meninggal ke ibu sakit Mak Jemah lupa dah, terpaksa di panggil balik sebab baginda murka bila tahu MC event tersebut bukan MC kegemaran baginda. 

Kenapa Mak Jemah tahu sangat pasal Sultan Azlan ni??? Maklumlah Mak Jemah ni produk Universiti Malaya yang mana Sultan Azlan adalah Chancellor dan Pro Chancellor. Mak Jemah mmg admire sangat dengan baginda sejak bila pun tatau hahahah. Masa graduation degree mak jemah dulu penyampainya adalah Raja Nazrin, masa tu Sultan Azlan hanya menyampaikan scroll untuk master  dan ke atas saja. So Mak Jemah ckp tak pe tuanku nanti saya grad master dapatlah terima scroll dgn baginda...hambekkkk kau Mak Jemah punya angan-angan. 2005 Mak Jemah sekali lagi naik pentas terima scroll Master Public Administration, tapi sekali lagi terima dengan Raja Nazrin owhh alangkah frustnya hati Mak Jemah. Masa tu kesihatan baginda Sultan Azlan sudah tidak mengizinkan baginda berdiri terlalu lama, maklumlah baginda sultan aktif bersukan terumatanya hoki. Mak Jemah berjodoh dengan UM kerana sebelum grad master Mak Jemah sudah bekerja di UM, alhamdulillah walaupon pegawai N41 kontrak sampai sudah hahahaha. Kali terakhir mak jemah berjumpa dan bersalaman dengan baginda adalah pada tahun 2010 semasa Majlis Santapan DiRaja Sempena Kovokesyen Universiti Malaya. Memori sangat masa tu, sebab apa? Sebab dapat salam dengan baginda dan permaisuri ahahahahahah. Teruk kan taste Mak Jemah. Sebenarnya Mak Jemah masa di sekolah menangah , Sek. Men. Keb. Tok Janggut (SMTJ) dulu pun  memang dah meminati karekter  Sultan Azlan. Bila pandang baginda tu sepeti ada aura untuk terus pandang dan dengar baginda bertitah owwhhhh Mak Jemah.....Kehkehkeh. Akhirnya wahai sultan yang berdarah Kesultanan Melayu Melaka dapat jua patik pacar yang hina ini bersalam dengan tuanku hahahahaha. Takpasti kebenarannya tapi berdasarkan kepada cerita cerita dalaman UM tentang baginda sedikit sebanyak dapat diterima akal mak jemah. 

Sebagai staff Universiti Malaya, dan graduan Universiti Malaya, Mak Jemah bangga dengan baginda. Mengenai keperibadian baginda bagaimana tu pada Mak Jemah setiap orang punya kesilapan dan kelebihan masing-masing. Apa yang Mak Jemah nak kongsikan bahawa baginda sanggup berpanas semasa Regatta Sungai Perak yang di anjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Malaya tahun berapa Mak Jemah lupa tapi yang pasti 1999 - 2001. Sebabnya ketika itu Mak Jemah adalah pelajar pusat sukan hahahaha. Hitam semua nya yang ber kayak dalam ekpedisi sungai perak tu. Semasa perlawanan hoki juga Mak Jemah sendiri pernah nampak baginda mengelap peluh dengan hanker chief berjema di tengah terik mentari hahahahah. Nak Mak Jemah kongsikan gambar baginda semasa baginda sihat.
 


Berbalik kepada cerita BIL Mak Jemah tentang baginda Sultan Azlan Shah yang terkini dan tersensasi, keadaan baginda tersangatlah gering. Mereka polis dan tentera sudah diarahkan berkumpul dan bersiap sedia. Inilah BIL mak jemah yang segak bergaya bergambar di Istana Iskandariah Kuale Kangsar. Tahniah BIL ku kerana taat kepada baginda Sultan walaupun waktu tu BIL Mak Jemah masih bertongkat. Kakinya patah dah coti tanpa gaji selama 7 bulan. Tapi demi tugas dia gagahi jua cewahhhh puji BIL pulok hahahahaha. OCPD kerah kena hadir juga sebab SultanAzlan tak nak orang lain, syabasssss.

 Segaknya BIL ku

Iya Mak Jemah sangat faham apa maksudnya itu, walaupun pihak istana belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Terselit rasa sedih di hati Mak Jemah, tak tahu kenapa. Doa Mak Jemah supaya Tuanku Sultan Azlan Shah jika di takdirkan panjang umur, baginda akan sihat secepat mungkin, dan jika sudah sampai saat baginda mangkat, maka perpisahan nyawa daripada jasad baginda berlaku dalam keadaan yang paling minimum kesakitannya. Mungkin kerana Mak Jemah selalu berjumpa di dalam event di UM serta melihat wajah baginda di UM menjadikan perasaan "sebahagian" daripada baginda menebal dalam diri. Mak Jemah bukanlah siapa-siapa, bukan berdarah keturunan di raja pun, dan bukan juga rakyat negeri Perak Darul Ridzuan Mak Jemah tetap menyanjung baginda. Biar pun hari ni ramai yang mengatakan tidak perlu lagi kita mempunyai Sulta, tetapi pandangan peribadi Mak Jemah, kita PERLU BERSULTAN. Kerana keistimewaan mempunyai sistem beraja dan bersultan inilah menjadikan kita lain daripada yang lain. 

Akhir kata daripada Mak Jemah, saya bangga menjadi sebahagian daripada warga bekas warga UM yang di terajui Sultan Azlan Shah. Peace yawwwwwwwwwww












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...