Showing posts with label Kepanasan. Show all posts
Showing posts with label Kepanasan. Show all posts

Monday, 23 February 2015

13 Petua Menghadapi Cuaca Panas Luar Biasa

Cuaca panas extreme atau panas melampau di sudahpun melanda negara kita. Bermula minggu hadapan Malaysia dijangka akan berdepan cuaca panas sehingga bulan April ini berikutan fenomena Ekuinoks. Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cuaca panas sejak awal minggu lepas kan. Membahang je cuaca sejak sebelum sambutan Tahun Baru China baru-baru ni kan. Amaran telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya orang ramai lebih alert tentang penyakit dan kemudaratan yang boleh terjadi akibat panas melampau ni.

13 Petua Menghadapi Cuaca Panas Luar Biasa
 Cuaca Panas Luar Biasa

Penyakit akibat cuaca panas merangkumi pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul apabila kita terlalu banyak terdedah kepada cuaca panas. Antaranya, masalah ringan seperti rasa tidak selesa atau penyakit kulit seperti ruam panas (heat rash), kelesuan dan pitam akibat panas (heat exhaustion) kepada keadaan serius seperti kekejangan, kepanasan yang melampau akibat panas hingga menyebabkan ketidaksedaran atau lebihserius lagi menyebabkan stroke haba (Heat stroke).


Punca Stroke Haba (Heat Stroke)
Punca Stroke Haba (Heat Stroke)


Berikut adalah 13 petua dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas ialah :
  1. Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita.
  2. Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  3. Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan.
  4. Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  5. Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan.
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  7. Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas.
  8. Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  9. Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas).
  10. Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  11. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
  12. Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlet yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan.
  13. Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal.

Kesan Cuaca Panas Melampau
Kesan Cuaca Panas Melampau

Cara terbaik untuk mencegah diri kita atau ahli keluarga kita daripada komplikasi penyakit berkaitan kepanasan ini adalah dengan berwaspada dengan tanda awal penyakit dan dehidrasi. Jika tanda-tanda dikesan, segeralah ambil langkah untuk melegakannya. Anda boleh minum lebih air atau menurunkan suhu badan secara perlahan-lahan dengan melapkan badan dengan tuala basah ataupun mandi dengan air suam (bukan air sejuk beku). Jika anda atau keluarga anda menunjukkan tanda strok haba (seperti nampak keliru dan tidak sedarkan diri) – segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Golongan masyarakat yang berisiko atau mudah terdedah terhadap bahaya penyakit cuaca panas ni termasuklah kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, ibu hamil, ibu menyusu dan golongan tua berumur lebih daripada 65 tahun. Ini kerana golongan ini lebih sensitif terhadap kesan perubahan cuaca. Bagi kanak-kanak, mereka memerlukan bantuan dari orang dewasa untuk menyejukkan badan serta memberi hidrasi yang cukup. Warga emas kita pula turut berisiko tinggi kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi efektif untuk menurunkan suhu badan dan mereka juga tidak dapat mengesan kenaikan suhu badan dengan baik. Bagi pesakit yang menghidapi penyakit lemah jantung dan kegagalan buah pinggang, semasa musim panas ini mereka lebih cenderung minum lebih banyak air. Namun, oleh kerana masalah jantung dan buah pinggang mereka, apabila mereka lebih banyak minum air, mereka boleh mendapat masalah ‘fluid overload’ di mana paru-paru mereka dipenuhi air (acute pulmonary oedema). Maka, golongan ini perlu berhati-hati apabila mengambi lebih banyak air semasa musim panas ini.

Bagi saya dan keluarga, kami dah lama tinggalkan minuman isotonik ni dan menggantikan dengan minuman elektrolit tanpa gula daripada Shaklee iaitu Performance Drink (PD). Jika sebelum ini saya banyak mengaitkan PD ini dengan demam, ulser sebenarnya PD ini juga bagus untuk menyejukkan badan kita. Anda boleh baca lanjut mengenai manfaat PD DI SINI. Berminat nak order Performance Drink (PD) ini? Jangan risau anda cuma perlu CLICK DI SINI

Jom kita lebih berwaspada dan mengelakkan diri dan keluarga kita daripada ketidakinginan akibat kepanasan ini.


Love
Nur Masliza Muda
012-2965214
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...