Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Mealshake Makanan Tambahan Untuk Anak Anda

Sesetengah ibu menghadapi masalah bila anak terlalu memilih makanan. Walaupun anak saya tidak memilih makan--apa yang ada semua dia sapuu hehehe, tetapi saya melihat anak makcik saya yang terlalu memilih makanan di zaman kanak2 nya. Dia cuma akan makan kalau ada ayam itupun wing sahaja. Sayur semuanyaaa dia tak makan, even kalau ada sayur dalam makanan pun dia sanggup kutip segala sayur yang berwarna warni tu buang. Lebih parah cebisan bawang dalam makanan pun dia akan kutip satu-satu tau. Buah pun hanya makan apple merah yang kulitnya merah menyala-nyala tu...setiap kali balik kampung memang ummi dia dan kami pening sebab tak larat kot nak melayankan kerenah makan dia tu. Nak ayam jeee. Itu pun nak wing saja, ayam pun nak ayam masak merah atau ayam goreng je. Haaaruuu betui kan... Sudahlah tinggi kolesterolnya, tinggi pulak kandungan lemak dan garam....



Yummeh, tapi sayang menu tidak sihat
Yummeh, tapi sayang menu tidak sihat


Anak Picky Eater
Anak Picky Eater


Antara makanan ringan atau junk food kegemaran kanak-kanak
Antara makanan ringan atau junk food kegemaran kanak-kanak
Junk Food atau Jajan atau Makanan Ringan Yang Terkenal Zaman Saya
Junk Food atau Jajan atau Makanan Ringan Yang Terkenal Zaman Saya 

Ada kanak-kanak yang cuma suka minum susu atau makan jajan, atau makan gula2 jeee setiap hari kalau pun makan nasi alahai secoit jeeee. Memang sah sah tak cukup zat jika begitu cara makannya. Jajan atau makanan ringan sangat tinggi kandungan garam, lemak, gula dan takde zat langsung. Ni adalah antara makanan ringan yang menjadi favourite anak-anak kita.  Pening juga seorang ibu jika anak mereka terlalu obses dengan sesuatu makanan yang langsung tidak berzat untuk mereka. Semasa perkembangan anak-anak ni lah kita sebagai seorang ibu patut memberikan zat makanan yang seimbang kepada anak-anak kita. Pemakanan seimbang pada fasa perkembangan anak-anak adalah penting untuk mengoptimumkan perkembangan fizikal, mental, emosi dan mencegah penyakit dari usia kanak-kanak.

Mealshakes Dengan Perisa Vanilla
Mealshakes Dengan Perisa Vanilla

Haa nampak tak aktress cantik kita Rita Rudaini pun mempercayai Mealshakes. Dah sah
sah dia tu retis tapi sebagai seorang ibu tentunya dia mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sesudu mealshakes dengan perisa vanilla sangat harum baunya. Anak saya Muhammad Firas sukaa sangat mealshakes ni sebab aromanya seakan akan ais cream. Tempted sangat....Satu hidangan mengandungi 120kalori sahaja...                                                  


Wah artis pun bagi anak mereka Mealshakes
Wah artis pun bagi anak mereka Mealshakes



Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai. Semua ibu bapa sayangkan anak2 mereka, itu saya yakin sangat. Tetapi jangan kita sebagai ibu bapa alpa dengan membiarkan sahaja anak-anak memilih makanan kegemaran yang biasanya tidak membantu perkembangan mereka. Itulah sebabnya kanak-kanak ni memerlukan pilihan makanan segera yang juga baik untuk mereka - pilihan makanan yang rendah lemak, rendah-glycemic, dan mengandungi keperluan vitamin dalam badan. Opsss kanak2 memang tak suka kalau diberikan apa jua supplement dalam bentuk TABLET. Untuk ibu yang taknak pening2 kepala boleh mencuba untuk campurkan keperluan tambahan anak2 dengan makanan mereka. Mealshake ialah makanan tambahan yang terbaik untuk kanak-kanak. Ianya multivitamin dalam bentuk serbuk yang boleh dicampurkan ke dalam minuman anak anda.


Kenapa Mealshakes Istimewa???

Mealshakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino yang mana ianya mudah diserap oleh badan. Ia nya diperbuat daripada bahan semulajdi so ibu-ibu tak perlu risau tentang keselamatan produk ini kepada anak memasing. Bahan semulajadi yang dimaksudkan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, soya non GMO, lactalbumin (sejenis susu) serta beberapa campuran lain. Lactalbumin ialah bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mujdah diserap badan samaada bayi, akank-kanak, atau orang dewasa. Ianya rendah glisemik indeks. APA tu glisemik indeks??? Glisemik Indeks adalah ukuran seberapa banyak kesan suatu makanan yang mengandung karbohidrat dalam meningkatkan kadar gula darah setelah dimakan, dibandingkan dengan glukosa atau roti putih. Makanan dengan glisemik indek yang rendah mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. Makanan dengan indeks glikemik rendah telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak pada pesakit-pesakit diabetes, selain ianya dapat mengawal nafsu terhadap makanan manis. 


Sebenarnya mealshakes ni bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi ianya sesuai untuk bayi dan juga orang dewasa, cuma kanak-kanak lebih menggemari aroma vanillanya. Golongan dewasa boleh mangambil vitalea sebagai alternatif kepada multivitamin heheheh. Mealshake ni sesuai untuk kanak-kanak yang sembelit kerana ianya kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa makanan yang dihadam. Kalau orang dewasa yang sembelit senang nak diuruskan betoi tak? Tapi kalau bayi atau kanak-kanak yang sembelit ni menanggis dan merengek ajelah yang mereka tahu. Kesian sangat kan. Nutrisi lengkap dengan 19 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan badan membantu kadar penyerapan vitamin dalam badan. Ianya membantu tumbesaran kerana kandungan asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan melambatkan proses penuaan. Ianya berkhasiat, hidangan yang ideal, serta enak dan menyelerakan.


 Khasiat Mealshakes
Khasiat Mealshakes

Jadi ibu-ibu setiap kali membeli kan makanan untuk anak-anak pastikan indeks glisemik yang rendah supaya kita tidak memberikan makanan yang menjerumuskan anak kepada penyakit. Budak, memang lah mereka akan menjerit dan menangges minta belas simpati mak bapak untuk dapatkan makanan kegemaran mereka yang eiiii takde manfaat langsung malah menyumbang pada gelajala penyakit pula.

Untuk anak yang takde selera makan, mealshakes ini sangat membantu. Dan yang memilih makanan tu memang tidak dinafikan lagi keberkesanannya. Malah untuk anak-anak yang sering demam juga disarankan mengambil mealshakes ni untuk meningkatkan sistem imune mereka.

Mealshakes French Vanilla dengan hanya RM113.75 untuk satu canister (544gram). Sehari hanya satu sudu (sukatan berbeza mengikut umur mereka). Dapatkan promosi September ini beli 6 percuma 1.

Shaklee Independent Distributor
Nur Masliza 012-2965214


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...