Showing posts with label Langkah Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Langkah Keselamatan. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Pasca Banjir : 8 Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Bila Pulang Ke Kediaman


Selepas banjir merupakan fasa yang sangat memenatkan. Iyalah kan, bila sudah namanya banjir, pastilah ada kesan dan lumpur yang di tinggalkan. Proses pertama selepas balik ke rumah masing-masing ialah untuk membersihkan rumah, premis, atau bangunan masing-masing. Dan yang keduanya pula memeriksa perkakasan daripada ancaman bahaya seperti renjatan elektrik, kebocoran dan sebagainya. 

Proses membersihkan lumpur selepas banjir merupakan yang tugas yang sering meruntun hati. Masakan tidak, semasa mencuci dan membersihkan inilah kita akan lihat saru demi satu kemusnahan harta benda kita dari sekecil kecil barang seperti sudu sehingga lah harta yang besar dan bernilai seperti kereta dan rumah. Binatang ternakan dan hasil tanaman juga.


Kereta Mangsa Diseliputi Lumpur Akibat Banjir
Kereta Mangsa Diseliputi Lumpur Akibat Banjir

Lumpur Merata-rata Selepas Air Bah Surut
Lumpur Merata-rata Selepas Air Bah Surut


Biasanya bila air banjir surut je semua penduduk yang berada di pusat pemindahan tidak sabar-sabar lagi nak balik ke rumah masing-masing. Ini memang saya akui, yelah sekian lama kita tinggalkan rumah hati tentu tertanya-tanya apa lah keadaan nya. Itu baru bab banjir, belum lagi kerisauan di sebabkan manusia yang menangguk di air yang keruh ( mencuri dan merompak) rumah mangsa. Sebaiknya persediaan mental juga perlu untuk menghadapi segala kemungkinan selepas melihat kediaman masing-masing selepas banjir/bah melanda. Bersama ni, saya kongsikan dengan anda semua 8 langkah keselamatan yang perlu kita ambil selepas banjir/bah.


8 Langkah keselamatan utama yang diperlu kita ambil:


1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. Ini bagi mengelakkan renjatan elektrik. Periksa juga peralatan elektrik yang ditenggelami air. Elakkan untuk terus 'on' kan peralatan tersebut, kerana kemungkinan ada sesetengah peralatan elektrik yang tidak rosak komponen dalamannya dan kita boleh jemurkan sebelum check ianya boleh di guna atau tidak.

3. Periksa rumah anda terlebih dahulu, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat. Syiling retak, atau relai perlu di berikan perhatian. Elakkan kembali ke rumah seorang diri kerana jika berlaku sebarang situasi yang tidak diingini ada teman yang akan meminta bantuan.

4. Jangan terus memasuk ke dalam rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi. Kemungkinan adanya binatang berbisa, kayu dan kaca sangat besar. Gunakan kayu untuk memeriksa sebarang halangan yang bertaburan dalam air yang cetek atau selepas air kering.

5. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

6. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

7. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.

8. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. Secepatnya supaya ianya dapat di baiki secepat mungkin.


Periksa Segala Peralatan Elektrik
Periksa Segala Peralatan Elektrik 

Check Keadaan Rumah Secara Berkumpulan Elakkan Kejadian Luar Dugaan
Periksa Keadaan Rumah Secara Berkumpulan Elakkan Kejadian Luar Dugaan

Periksa Dinding, Syiling Yang Roboh, Relai, Merekah dll
Periksa Dinding, Syiling Yang Roboh, Relai, Merekah dll
Pastikan Air Surut Terlebnih Dahulu Barulah Pulang Ke Rumah
Pastikan Air Surut Terlebnih Dahulu Barulah Pulang Ke Rumah 

Walaupun berat mata kita yang memandang, tetapi yakinlah berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Banjir Pantai Timur seperti di Kelantan Disember 2014 meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya kerana Pok Teh (bapa saudara) saya turut menjadi salah seorang mangsa di Chiku 7, Gua Musang. Semasa entri ini di tulis, keluarga pok teh sudah pulang ke rumah dan kemusnahannya susah nak gambarkan. Paling menyayat hati pok teh menanggis kerana lembu peliharaannya hanyut di bawa air bah. Semoga pok teh dan semua mangsa tabah menghadapi dugaan Yang Maha Esa. Kelantan dan Pantai Timur menanggis hari ini, dan semoga esok mereka akan tersenyum.

Love
Mas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...