Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Tuesday, 2 February 2016

Masak Pulut Kuning Dengan Pressure Cooker Noxxa. Hanya 5 Minit Sahaja

Lama tak share resepi kat sini kan hehehe. Al kisahnya semalam bangun pepagi mak yong tetiba teringin makan pulut kuning. Maklumlah cooti hari Wilayah ni  kan. Mood pun terlebih rajin juga. Hehehe.

Ok disebabkan nak memenuhi keinginan selegi apalagi cecepat lah mak yong ni selongkar kitchen cabinet cari beras pulut ada ke tidak hehe. Ditakdirkan jumpalah lebihan beras pulut yang masih ok, belum expired. padahal dalam fikiran memang dah agak ada lagi lebihan beras pulut hehehe. Apalagi semua bahan dah ada dan yang penting ada pressure cooker Noxxa hahahaha. Sejak ada Noxxa ni belum lagi cuba masak pulut kuning. Macam-macam dah cuba masak dengan Noxxa ni tapi pulut kuning belum cuba lagi so kali ni kita cuba. Biasanya buat pulut kuning versi tradisional aje. kali ni versi Noxxa pula.

Terlebih dulu mohon maaf lah sebab masa memasak tu lupa sungguh nak snap pic step by step sebabnya phone tengah charge. So disebabkan pepagi dah bersilat di dapur terlupa terus. Dah masak pulut barulah teringat nak snap pic hehehe. OK lah saya kongsikan dengan kawan-kawan cara nak buat pulut kuning dengan menggunakan periuk Noxxa versi saya hehehe. Memang banyak versi orang masak pulut kuning noxxa ni, ada yang menggunakan High Pressure (HP), ada yang guna mode Low Pressure (LP) dan ada juga yang menggunakan mode Steam. Mana-mana kekdah pun jadi antara masak elok atau lembik atau berkerak atau tidak. Semua nya bergantung pada bahan jugak kot. Hehehe. Kali ni saya masak pulut kuning ni dengan menggunakan mode High Pressure (HP). Tapi kalau masak nasi saya guna Steam je. Next time bila buat pulut kuning guna mode Steam saya share dengan anda semua yer. Heheheh

PULUT KUNING NOXXA

Bahan2
5 pot beras pulut (anggaran setengah kilo)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit gula
Pewarna kuning **untuk rendam pulut
Asam keeping - 2 keeping ** untuk rendam pulut


Cara
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan sedikit pewarna kuning dan asam keeping. Ikut petua orang tua bila letak asam keping ni bila masak pulut kita akan berkilat dan bersinar. Saya ikut ajelah hehehe. Ohh yer rendam tak lama dalam 15 minit aje.

2. Bila dah cukup 15 minit toskan beras pulut tadi dan keringkan air sekejap. Kemudian masukkan ke dalam inner pot. Tuang sekali dalam inner tu 2 cawan santan pekat tadi, air garam dan gula. Saya gaul semua sekali bagi rata. Daun pandan saya simpulkan dan masukkan sekali dalam inner pot.

3. Kemudian masukkan inner dalam periuk Noxxa, on kan suis periuk tekan butang High Pressure (HP) sebanyak 4 kali. Maksudnya 4 minit lah tu hehehe. Jangan lupa pastikan tombol di atas periuk di halakan kepada tulisan "Pressure". Kemudian tutup periuk dan on kan periuk.

4. Bila dah berbunyi dan masa pun dah jadi 00, lepaskan wap dengan pusing tombol kepada "Steam". Tujuan pusing tombil ke steam adalah untuk bebaskan wap. Bila habis bunyi dan wap buka lah tutup periuk tu dulu kacau sikit kasi sebati . Kalau nak manis taruk lah gula lagi hehee. tutup kembali dan tekan button Steam. Saya steam untuk 1 minit.

5. Bila dah siap setam seminit tu, bebaskan wap dan terus keluarkan inner pot dari periuk. Kalau lambat keluarkan nanti berkerak pula sebab penebat dalam periuk tu masih panas kan ia boleh menyebabkan pulut jadi berkerak sekiranya ia dibiarkan dalam tu.

6. Haa dah siap pun pulut kuning kitaaa. Hehehehe. Cepat sedap dan masak cantik je walaupun guna mode HP. Tak berkerak langsung. Hanya 5 minit sahaja you olsss cubalah hehehe.


Pulut Kuning Noxxa


Selamat mencuba!


Wednesday, 28 January 2015

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Yang Sedap

Alkisahnya hari ni inche suami bawak balik ikan siakap dan request Siakap Stim Limau. Katanya tak puas makan kat Aroma Ikan Bakar boleh baca entri tentangnya DI SINI dan Laman Aiman hari tu. Yang membuatkan suami saya suka sangat siakap stim limau ni sebab rasa masam-masam dan pedas bila makan ikan stim tu. Bukan setakat dapat menyegarkan kita yang makan dengan kemasamannya tetapi kepedasannya juga boleh membuatkan peluh menitik masa makan, especially bila di makan panas-panas.

Itulah suami saya ni, bila dah suka makan memang akan suruh kita membuatnya. Wahai suami ku tahu dirimu berasal dari tepain laut, memang selera makan mu nak ikan sesaja hahahaha. Indahnya jadi Work At Home Mother (WAHM) ni kan. Sambil saya bekerja, sambil saya dapat memenuhi permintaan selera suami. Alhamdulillah, diberikan kebebasan memilih masa bekerja. 

Oklah kembali kepada kisah siakap stim limau ni, memang zaman sekarang ni bila kita beli ikan kita boleh mintak penjual tu terus bersihkan ikan kan. So memang senang lah kerja kita bila balik rumah takde lah nak susah payah bersihkan ikan dan sisik nya tu semua kan. Saya ikut petua orang-orang lama untuk hilangkan bau ikan ni, adalah lebih elok kalau rendamkan ikan yang dah siap dibersihkan tu dengan air basuhan beras dan air limau nipis. Masukkan sekali kulit limau nipis tu dan sental badan ikan supaya lendir atau sisiknya keluar. Beberapa kali saya dah praktikkan benda ni dan memang terbukti ianya berjaya menghilangkan bau hanyir ikan. Cubalah praktikkan benda ni untuk anda yang belum pernah cuba buat benda ni kan hehehe.

Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir
Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir

Resipi nak buat siakap stim ni tak susahpun. Actually saya takde belajar dari mana-mana pun cara nak buat siakap stim limau ni, cuma saya perhatikan apa yang ada dalam masakan tu tiap kali kami order dan saya prihatin tentang rasanya hehehe. Perasan diri hebat keee, ehh tidaklah. Cuma ini salah satu cara kita nak menenggok resipi kedai yang di ajar oleh arwah nenek tiri saya. Hehehehe. Ok meh kita tengok bahan-bahan dan cara nak memasak siakap stim limau dengan resipi campak kasih sayang ni. Kenapa campak kasih sayang? Sebab saya menggunakan apa je yang ada dalam peti ais (ini kes malas nak turun beli dah ni hikhikhik).

BAHAN-BAHAN UNTUK SIAKAP STIM LIMAU
  1. Seekor ikan siakap sederhana besar
  2. 5 ulas bawang merah***
  3. 4 ulas bawang putih***
  4. Seinci halia (dipotong memanjang)***
  5. Lengkuas (di potong memanjang)***
  6. 1/2 biji bawang besar (dipotong memanjang)***
  7. 3 helai daun limau purut***
  8. 3@4 biji limau nipis -perah dan ambil airnya sahaja*** 
  9. 3-5 biji cili merah + hijau (saya guna cili merah je sebab cili hijau dah habis hahah)***
  10. 1/2 kiub pati ayam knorr atau Serbuk Secukup Rasa***
  11. 2 Sudu sos ikan takde pun takpe***
  12. Garam, Serbuk perasa dan sedikit gula (saya tak masukkan gula pun)***
  13. Daun ketumbar dan salad untuk hiasan (saya tak guna sebab dua benda ni dah layu hehe)


Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau
Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau

CARA MEMBUAT
  1. Ikan siakap yang telah dibersihkan di lumurkan dengan sedikir garam dan kukus dengan sedikir air. Biasanya kukus dalam 10-15 minit bergantung pada saiz ikan juga lah. Kalau ikan besar maka lama lah sikit waktu yang diambil untuk stim nya.
  2. Sementara ikan masak masukkan kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam kuali dan panaskan sehingga layu. Rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya. Saya panggil ini sebagai kuah asam limaunya hehehe 
  3. Bila dah layu dan ikan yang di stim juga masak tuangkan kuah tadi dan kukus lagi lebih kurang 10 minit.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan. Kalau nak lagi best aromanya tu tu letakkan daun ketumbar.

Saya memang buat campak kasih sayang sebab menggunakan segala sumber yang ada dalam peti ais je, so kalau nak nampak ikan stim limau tu ada kaler pelangi boleh lah masukkan tomato, carrot, cendawan dan sebagainya. Memang kalau masukkan cendawan rasanya lebih sedap. 

Satu lagi pilhan untuk stim siakap limau campak kasih sayang ni ialah masukkan kesemua bahan yang bertanda *** tadi dan kukus bersama dengan ikan tu. Kira sekaliharung punya kukus. Itu lagi senang cuma untuk penggemar bawang seperti saya saya tak suka bawang yang dah terlalu layu. Kalau bawang tu distim dari awal dia akan menjadi terlalu layu, lembik sangat daaaaa hehehe. 

Siakap Ready Untuk Di Stim
Siakap Ready Untuk Di Stim

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap
Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap

Kalau sebelum ni my inche suami selalu minta siakap stim ala nyonya yang agak banyak step nak memasaknya, sekarang ni seleranya nya dah beralih arah kepada Siakap Stim Limau pula. Saya tanya dia berapa ringgit sekor ikan yang dibelinya tu dia cakap RM7 je. Mak aihhhh murah je rupanya ikan siakap tu. Kalau makan kat restoran reganya koman-koman pun 20-30 ringgit tu memang dah wajib dah kan. Untuk penggemar ikan stim macam keluarga saya ni nak makan ikan stim setiap minggu pun boleh tapi stimlah di rumah heheheh. Jimat belanja, mudah dan tentunya bersih. Siakap Stim Limau ni tak jemu di makan sebab dia ada rasa masam, pendek kata sesedap rasalah. ditambah pula kalau kuahnya tu pedas-pedas, perghhhh makan seekor pun tak sedar dah licin ikan tu dikerjakan. Heheheh. Menu ni sesuai untuk mereka yang tekak loya dan nak makan masam-masam, healthy jugak sebab takde menggunakan minyak, atau santan. Sooooo suri rumah boleh lah mencuba kan....

Love
Masliza

Monday, 12 January 2015

5 Menu Sarapan Untuk Anak Ke Sekolah : Senang, Mudah, Berkhasiat dan Sedap Tentunya

Assalamualaikum. Diam tak diam cuti holiday dah pun berakhir (walaupun lewat seminggu daripada yang sepatutnya). Hari ni untuk sekolah yang cutinya Sabtu dan Ahad akan kembali ke sekolah. Back to School katakan. Rutin harian ibu akan berubah, rutin harian pemanduan ke tempat kerja juga akan berubah. Sedar atau tak sedar, bila sekolah bermula, kesesakan jalan raya akan menjadi luar biasa. Itu hakikatnya kalau di Kuala Lumpur, tempat lain saya kurang pasti pula. Hehehehe.

Sebagai ibu tentunya dalam fikiran ialah nak sediakan sarapan untuk anak ke sekolah. Ada ibu-ibu yang mahukan anaknya at least bersarapan dengan air tangan mereka dulu sebelum ke sekolah, atau mungkin boleh di jadikan bekalan untuk anak ke sekolah juga kan. Last year saya tak terasa sangat 'feel' sediakan bekalan untuk anak ke sekolah tapi tahun ni, sebelum bukak sekolah saya dah plan apakah makanan yang saya nak bekalkan pada Firas ke sekolah setiap hari. Hehehehe. Ibarat mengimbau kenangan saya semasa bersekolah dulu, arwah mi memang setiap hari akan pastikan kami adik beradik makan dulu kat rumah. Selalu nya nasi goreng, nasi dengan ayam masak merah, meehun goreng, dan macam-macam makanan berat saya makan sebelum ke sekolah dulu. Hebatnya arwah mi sebab bangun awal pagi menyediakan sarapan untuk kami 4 beradik. Allah rindunya dengan arwah mi, Ya Allah letakkan kedua orang tuaku kalangan hambaMu yang beriman. Amin. Ok kembali ke matlamat asal, nak bercerita tentang menu sarapan untuk ke sekolah. Saya dapat idea sarapan yang ringkas, sedap, mengenyangkan dan tentunya bersih (terjamin sebab masak sendiri kan) disebabkan sepanjang cuti sekolah ni Firas suka sangat makan makanan ala Subway, makan roti filling dgn kuah spaghetti atau rosted chicken. 


1. Roti Ala Subway
Best je kan nama sarapan ni. Senang je sebab ianya cuma perlukan roti oblong, atau roti burger any kind of bread pun tak kisah kot, kuah spaghetti, dan mayonis. Kuah spaghetti tu kenalah masak awal kan. Masak khas untuk tujuan ni ataupun guna lebihan kuah spaghetti pun boleh. Jadi saya masak kuah spaghetti ni banyak-banyak dah simpan dalam peti sejuk, bila dia kata nak makan je saya keluarkan roti oblong atau roti burger panaskan kuah dan  masukkan kuah spaghetti sebagai inti sambil letak juga lattuce dan semestinya atas tu saya letak mayonise. Hehehe usahkan Firas, kami suami isteri pun suka hahhahahaha. Rupanya ala-ala picture di bawah yer cuma versi saya takde sosej tu je. Picture ni carik kat google sebab tak sempat nak snap picture sebelum ni (sebab masa dia makan tak terfikir pun nak buat entri blog hahaha). Tak tahu nak letak apa namanya tapi saya panggil roti ala subway

Roti Ala Subway
Roti Ala Subway



2. Roti Goreng Salur Telur
Ini satu lagi menu sarapan simple dan cepat untuk ibu sediakan pepagi. Hanya perlukan roti, telur, sedikit mentega sahaja. Pecahkan telur,kacau rendam roti dan goreng dalam kuali yang diletakkan sikit mentega. Tak perlu minyak yang banyak yer sebab nanti berminyak dah jadi sarapan yang oily pulak untuk anak kita. Haa layan picture di bawah yer

Roti Goreng Salut Telur atau Roti Telur
Roti Goreng Salut Telur atau Roti Telur


3. Flourless Pancakes
Yang ini hasil pencarian resipi sarapan untuk anak-anak daripada internet. Harus saya akui memang saya tak pernah buat lagi hehehe. Tapi sharing is caring kan. Moga dapat memberikan manfaat kepada pembaca blog ini (cewahhhh)

Menu Sihat Yang Menyelerakan
Menu Sihat Yang Menyelerakan



4. Cokodok atau Jemput-jemput
Yang ini memang saya yakin ramai ibu-ibu suka buat kan. Dulu-dulu memang jemput-jemput bilis, jemput-jemput bawang sering jadi hidangan kami adik beradik. Tak cukup makan kat rumah kami bawak bekal lagi. Saya pasti resipi ni senang dan mudah disediakan pagi-pagi walaupun ibu bekerja kan. Ibu hanya perlu korbankan sedikit waktu tidur-mangkit awai hehehe.

Cokodok aka Jemput-Jemput
Cokodok aka Jemput-Jemput


5. Cheesy Bread Roll (Roti Gulung Ber cheese)
Ini satu lagi resipi berasaskan roti, cuma didalamnya diletakkan cheese dan di goreng dengan sedikit mentega. Best sebab cheese mencair di cicah pulak dengan sos hehehe. Yang ini saya dah pernah buat, ternyata pak budak terlebih suka hehehe.
Cheesy Bread Roll
Cheesy Bread Roll


So kita sebagai ibu takdelah pening kepala tetiap hari nak hidangkan anak dengan nugget atau sosej atau nasi lemak kan. Yang penting sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk anak kita. Sarapan memberikan energy kepada badan dan oksigen kepada otak, so anak kita akan kekal bertenaga. Selain tu saya tak lupa pastikan anak saya ambil multivitamin berperisa anggur setiap hari. Selamat mencuba...

Love 
Masliza

Friday, 9 January 2015

Pulut Kuning Dulu Dan Sekarang. Dulu Susah Sekarang Senang

Bismillahhirrahmanirrahim. Entri khas ini di buat untuk menceritakan tentang pulut kuning. Maklumlah semalam buat pulut kuningkan hehehe.

Sebut pasal pulut kuning ni, dulu-dulu kat kampung arwah mi (mak) kalau pasal pulut kuning je memang akan suruh orang tua pangkat nenek-nenek yang buat. Masa tu selalu tanya arwah mi kenapa tak buat, arwah selalu cakap orang tua je yang pandai buat pulut kuning ni kita orang muda kalau buat pun takkan sama dengan orang tua-tua buat. Tapi itu duluuuu lah. Saya sendiri pun tak pernah nampak arwah mi buat pulut kuning, tiap kali ada acara yang memerlukan ada pulut kuning, pasti arwah suruh nenek saudara nya yang buat. Air tangan dan aura orang tua katakan. Masa tu saya memang jadi tukang perhati je macam mana nenek saudara perah dua tiga biji kelapa dengan hanya beberapa cawan air. Kelapa tu dimasukkan dalam tuala bersih dan diperah untuk dapatkan pati santan. Memang guna pati santan bebetul lah. Pekat santannya. 

Zaman berganti zaman, peredaran masa ditambah pula dengan maklumat yang senang diperolehi. Dulu susah nak tengok orang tua buat pulut kan, tapi sekarang ni click click kat google nah keluar maklumat berderet-deret. Hehehe. Tak caya cubalah taip resipi kat google pasti keluar punya. Hehehehe. Inilah buktinya zaman dah makin canggih. Semua maklumat dihujung jari, jika pandai gunakan InsyaAllah dari takde skill memasak buleh jadi terror kan kan kan. 

Bagi orang-orang tua pulut kuning ni juga pulut semangat dan pulut kuning ni hanya kita boleh jumpa bila ada occacion tertentu je contohnya khatam Quran, masa upacara meminang, kahwin, hantar anak pergi mengaji Quran dan sebagainya. Pendek kata bukan senang nak jumpa pulut kuning dulu-dulu. Mungkin sebab itulah pulut kuning ni ada nilai yang tinggi dulu-dulu. Itu dulu lah kan, tapi sekarang ni hari-hari pun kita boleh jumpa pulut kuning ni, banyak gerai atau kedai atau cafe atau restoran dah menyediakan pulut kuning dan rendang ni. Kalau dulu pulut kuning di majlis-majlis ni sering di kapelkan dengan telur rebus atau telur dadar yang di hiris halus-halus dan nipis. 

Pulut kuning atau juga dikenali sebagai pulut semangat
Pulut kuning atau juga dikenali sebagai pulut semangat


Pulut kuning dan telur dadar yang dihiris nipis
Pulut kuning dan telur dadar yang dihiris nipis




Seingat saya memang dulu-dulu kami kat kampung makan pulut kuning takde lauk pun kalau adapun telur tadilah. Ermmm sekarang ni pulut kuning udah dikapel kan dengan rendang, tak kisahlah rendang awam atau rendang daging. Malah macam-macam lauk dah dihidangkan dengan pulut kuning ni kan.

Dulu-dulu rasa nak buat pulut kuning ni susah sangat. Renyeh, remeh dan rasa memang tak pandai. Tapi bak kata pepatah Melayu, 'belakang parang di asah lagikan tajam, inikan pula kita'. Kalau kita belajar lama-lama pandai lah. Memang betul tu. Saya firt time seumur hidup buat pulut kuning ni bulan Januari 2014. Itupun sebab nak cuba-cuba lepas seorang kawan yang pangkat kakak ajarkan. Dengar dia cakap tu memang senang je nak buat, so apalagi mulalah mencoba buat. Masa 1st time buat tu rendam beras pulut dengan sebuk kunyit ermm ada sikit bau walaupun guna daun pandan untuk kukus. Bau serbuk kunyit tu agak semacam hahaha. Ok menjadi tak lembek, rasa pun ok except for bau disebabkan guna serbuk kunyit tu. 2nd time buat pulut dalam bulan Januari tu jugak, sebab birthday Firas. Kali ni buat banyak terlembek sikit. Dan masa ni guna serbuk kunyit jugak memang tak best sebab bau nyaaaa lagii kuat. Mungkin saya terlebih letak serbuk kunyit hahahaha.

Dan atas permintaan inche suami semalam sekali lagi saya buat pulut kuning ni. Yelahkan mana boleh tiap2 bulan buat pulut kuning kan, hehehe. Opsss unsur-unsur kemalasan di situ kikiki. Kali ni memang beli perwarna kuning siap2 kat rumah dan berbulan beli hehehe. Dan kali ni punya pulut memang takde bau langsung. Sedap dan mendapat pujian hehehe. Ok ini bukan perasan sebab akak jiran kat floor 10 tu cakap sedap dan mintak resipi. Kembang kempess lubang hidup hahaha. Meh sini saya buktikan hehehe

Masakan Puan Masliza Dapat Pujian Sudah
Masakan Puan Masliza Dapat Pujian Sudah Hahaha


Sebenarnya ikhlas saya cakap, buat pulut kuning ni tak lah sukar atau susah sangat. Saya pun hairan kenapa dulu arwah mi saya selalu cakap orang tua-tua je boleh buat pulut, dan memang arwah mi tak pernah buat pulut kuning ni.   Resipi? Ermmm saya sebenarnya tak tahu berapa sukatan beras pulut yang saya guna sebab guna belen beras yang ada kat rumah ni aje. Hahahaha. Ok lah kita share sikit resipi pulut kuning versi tangan Masliza ni kan hahahaha.

PULUT KUNING
-beras pulut (rendam dengan perwarna kuning at least 7 jam)
-setengah kotak santan pekat (saya guna santan kotak sebab memang pekat)
-3 helai daun pandan (koyakkan dan simpulkan)
-secubit gula & garam halus

CARA
1. Tos kan beras yang sudah direndam dengan pewarna kuning tu. Panaskan pengukus. Alaskan pengukus dengan kain supaya bila letak beras, ianya tak keluar ikut celahan lubang pengukus. Masukkan daun pandan di tengah-tengah beras. Tengok gambar hehehe

Toskan beras dulu
Toskan beras dulu 


Letak dalam pengukus, alaskan dengan tuala bersih dan ready untuk di kukus
Letak dalam pengukus, alaskan dengan tuala bersih dan ready untuk di kukus


2. Bila air mendidih, kukus beras pulut untuk kali pertama selama 15-20 minit. Bila nampak beras dan lembut dan bertukar menjadi nasi, boleh angkat dan masukkan dalam satu bekas dan dicampurkan dengan santan pekat tadi. Taburkan secubit garam dan gula sambil kacau pulut hingga sebati dengan santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan gelojoh nak cepat yer hehehe. 

Pulut selepas di kukus pertama kali
Pulut selepas di kukus pertama kali


3. Bila dah rata santan dan pulut tadi agak lembut, masukkan sekali lagi untuk di kukus kali ke2. Kukus lebih kurang 10-15 minit.

Proses menggaulkan santan dengan pulut
Proses menggaulkan santan dengan pulut


4. Selepas 15 minit angkat dan lakukan sekali lagi proses gaul santan dengan pulut sehingga habis. Agak2 pulut dan lembut dan kukus lagi sekali. Kukus kali ke3 ni cuma 5-8 minit je, tak perlu lama sebab takut nanti lembik. Kadang-kadang saya cuma kukus 2 kali je. Tengok pada keadaan beras pulut tu juga. Ada yang jenis degil dan keras dan yang jenis mudah lembut. Kemudian angkat dan kacau satu arah dan mampatkan seperti dalam gambar.

Pulut Yang Berkilat Menandakan Ianya Cukup Santan
Pulut Yang Berkilat Menandakan Ianya Cukup Santan


Tadaaaa cenggini rupanya dah siap
Tadaaaa cenggini rupanya dah siap


Tekstur Pulut Kuning Yang Bagus Tidak Lembik Atau Pecah
Tekstur Pulut Kuning Yang Bagus Tidak Lembik Atau Pecah


Haa kita sekarang ni moden kan, makan pulut kuning nak ada lauk yang best-best kan. Paling koman pun kenalah rendang ayam ke daging ke, serunding ke kan. Ok lah show off ciked, rendang ayam air tangan Masliza di sini. Hahaha

Wahh guna low fat milk buat rendang
Wahh guna low fat milk buat rendang


Tak merah sebab tak letak cili banyak Sebab Firas Nak Makan


Tadaaaa healthy rendang ayam in the house yawwww. (Health keeeee)
Tadaaaa healthy rendang ayam in the house yawwww. (Health keeeee)


Haaa itulah dia pulut kuning versi moden yang senang ni. Dulu orang cakap santan kotak ni tak best rasanya ada bau, tapi pengalaman saya sendiri bila kita letak daun pandan banyak-banyak, bau santan kotak tu pun hilang ditelan dek bau daun pandan tu. Untuk ibu-ibu dan mereka yang busy tapi nak juga mencuba buat pulut kuning ni boleh lah cuba. Jangan risau dok pikiaq mana laa nak carik santan pekat atau kalau orang kelantan depa panggil "kepala santan" ni.  Santan kotak pun dah memadai. Tapi dengan syarat takde campur air lah nanti santan cair pulak. Hehehe. Jangan risau pulut kita tetap rasa lemak berkrim walaupun guna susu kotak.

Haaa apa lagi kan....selamat mencoba

Love
Mas



Wednesday, 24 December 2014

Mee Goreng Sabah Yang Istimewa

ssalamualaikum. Hari-hari hujan sekarang ni. Banjir pun tak de tanda-tanda nak surut lagi.  Dari dulu lagi satu perkara yang saya perhatikan di musim banjir, ialah perut cepat lapar. Maklumlah untuk orang Kelate macam saya ni, bulan doplas (December) je hujan brek,brek ( hujan tak berhenti).

Ok ekcelli bukan lah nak cerita pasal makanan di musim banjir tapi nak share tentang inche suami yang lapor memanjang musim hujan ni. Tambah pulak tidurnya dah tunggang terbalik sejak nak exam ni. Tulah, sapa suh jadik mahasitua kan hehehe. Ni kisah malam tadik sebanarnya. Selalunya kami malam memang tak heavy tapi sebabkan petang semalam hujan brek brek kat Pantai Dalam ni, perut inche suami pun meminta-minta nak makan. Kul 5 petang dia minta saya gorengkan Mee Sabah 
Amboih main order je kan...saya cakap tunggulah dulu biar saya rest nanti kalau awai sangat awak makan nanti malam awak nak makan lagi hehe. Sedih pulak tengok muka kelat ajeee tu. So apalagi isteri mithali terpaksalah turutkan kehendaknya. Opsss mee sabah ni ialah mee yang diterbangkan khas daripada Sabah sebenarnya. Kalau kat sana mereka panggil mee kuning je, hehehe tapi dah cik mek ni orang kelate, pandai-pandai je letak nama mee sabah. Mee ni memang takde kat KL yer, puas dah saya carik tapi memang takde jual di Kolumpo ni. Haaaa meh sini saya belanja rupa mee sabah tu.

 'Mee Sabah' di Kuala Lumpur
 'Mee Sabah' di Kolumpo

Haa nampak tak? Ianya mee kering sebenarnya. Seakan akan meggie tapi ianya lebih kenyal dan sedap daripada meggie ataupun mee kuning yang biasa kita tengok kat pasor di Semenanjung. Mee sabah ni ada macam-macam brand,  kebangakannua cap udang kalau di kampung suami Semporna nun. Kami kalau balik Semporna je memang beli mee ni bebanyak. Simpan untuk stock. Maklumlah ini makanan kegemaran inche suami. Ohh yer mee goreng sabah ni dah jadi peberet saya juga hehehe. Agak pelik sebab saya kalau mee kuninh biasa tu memang tak makan (ada bau kapur), tapi mee sabah makan ler pulok kan. Hahaha tekak memilih kannnn.

Mee ni ada yang cap udang sekor, cap udang 2 ekor, cap udang terbalik tertonggeng macam-macam lah. Heheh. Tapi kalau saya, memang saya suka yang brand macam picture kat atas tu, sebab kalau kita terlebih rendam pun dia taklah kembang bermangkok-mangkok. Ok ni jugak antara brand mee sabah ni.
Mee Kuning Sabah
Mee Kuning Sabah

Ok, tentu ada yang tak sabor nak tengok camma rupenya mee ni bila dah masak kan? Hehehe ini diaaa
Mee Goreng Sabah dah siap
Mee Goreng Sabah dah siap 

Haaaa nampakkk? Kalau anda pergi ke sabah, ini lah mee goreng utama mereka. Tak kiralah Kota Kinabalu ke, Kudat ka, Pitas ka, Kota Belud ka, Kundasang ka, Tawau ka, Lahad Datu kaa. Mee sabah kalau yang makan di kedai setakat ni paling best saya makan ialah di King Fisher (Kota Kinabalu) perghhh sedap sangattt. Kalau cakap mee goreng yang datang ialah mee sahaja tanpa sayur dan ayam. Pi sabah nak makan mee kena sebut mee goreng ayam, barulah ada ayam kat atas mee macam picture di bawah ni hehehe. Sedap wooo, apatah lagi di makan dengan sambal cili yummeh sangatt.


Tapi di kamung inche suami Tawau dan Semporna mee goreng (mee sabah) ni digoreng biasa sahaja tanpa ada campuran ayam ke, udang ke, sayur ke. Masa memula kawin dulu pernah goreng mee sabah ni letak ayam, letak sayur, terus inche suami komplen. So lepas tu memang buat mee goreng Sabah ini ikut selera mereka lah. Ehh ada yang menunggu resipi nya yer hehehe ok lah saya share di sini, resipi Mee Goreng Sabah ni sangat lah simple. Dan memang tradisi makan mee goreng Sabah ni mesti ada cili yang akan menaikkan lagi kesedapan mee bila dimakan pedas-pedas. Nak kata wajib tu melampau lah kan tapi memang tradisi makan mee goreng Sabah ni kena ada cili sambal. Lagi pedas laaaagi mengamchammmmm. 

Sambal cili kata orang Sabah
Sambal cili kata orang Sabah


Bahan-Bahan
  • Mee Sabah (direndam untuk lembutkan mee tersebut)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bawang putih dan bawang merah dihiris halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap (wajib ada sebab nak jadikan nya warna hitam tuu)
  • sedikit air
Cara-Cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang sampai garing, masukkan sos cili sos tomato, kicap dan sedikit air, dan garam. 
  • Bila dah naik bau, masukkan mee Sabah yang dan lembut tadi. Kacau hingga sebati, kalau tak cukup rasa tambahlah apa yang perlu.
Mee Goreng Sabah Saya Dah Siap
Mee Goreng Sabah Saya Dah Siap

Saya suka buat penambahbaikan bila makan tu berlaukkan ikan bakar ke, ikan goreng ke, ayam goreng ke. Dan memang tak sah tak perahkan asam limau. Memang terbaik sangat rasanya pedas, masam semua ada. Pehtu kalau saya makan mesti hiris lacctuce dan makan bersama mee. Haaa suka hati kita lah nak buat pembaharuan tu asalkan rasa asalkan tradisi Sabahan tu masih kekal hehehe.

Perbezaan Mee Sabah dan Mee Kuning Biasa

Perbezaan yang nyata mee Sabah ini dengan mee kuning biasa ialah :
1. Teksturnya yang bila digoreng lebih kenyal, walaupun kita rendam mee tu dengan air panas, mee memang tak lembik. Harus diingat ada sesetengah mee Sabah ni kalau rendam tak cukup lama keras kejung pulak nanti, nak makan pun dah tak best hehehehe. 

2. Mee sabah ni takde bau kapur. Kalau mee kuning yang kita beli di Kolumpo ni kebanyakkan nya ada bau kapur. Tapi mee Sabah ni memang takde bau langsung.

3. Bila di rendam dengan air panas warna kuning mee Sabah tidak akan menjadi merah. Beberapa kali saya baca di dada akhbar tentang mee kuning yang ada di pasaran kita ni jika dibasuh dengan air panas akan bertukar kaler kemerah-merahan, disebabkan adanya asid borik, Tapi mee Sabah ni rendam dengan air panas memang tak akan berlaku pertukaran warnanya hehehe.

4. Bila dicuci mee Sabah ni tidak berminyak, berbanding dengan mee kuning biasa yang kita sentuh pun dah dapat rasakan minyak melekit lekit.

OK anda jangan tanya saya tentang kalori nya sebab saya belum lagi buat kajian kalori mee Sabah dengan mee kuning biasa ni hehehehe.

Saya tak jual mee Sabah, cuma simpan stock untuk inche suami je heheh. Kalau anda kebetulan melancong ke Sabah, cubalah beli mee ini dan rasalah sendiri keenakannya.


Ready Untuk Di Ngap
Ready Untuk Di Ngap

Sunday, 21 December 2014

Resipi Grilled Chicken Chop Simple

Hari ni menu western kau hehehe. Hari-hari makan nasi sesekali di hari ahad ni kita ubah angin makan western pun bagus jugak kan. Haaa hari ni inche suami order nak grilled chicken chop. Wahh proses dietnya berterusan tu. Saya memang suka sangat chicken chop yang di grill ni, kalau pergi kedai musti check tu dgn waiter (kalau kedai pak yeop pantai dalam ni pun kira taraf waiter gak ke heheh) chicken chop tu grill ke idok. Haaa inilah menu grilled chicken chop kami 3 beranak....best ke idok hehehe

Yummy Chicken Chop
Yummy Chicken Chop
Hidangan 3 beranak
Hidangan 3 beranak

Cara saya buat chicken chop ni simple sangat. Beli ayam potong 6 je, pehtu tang paha ayam tu inche suami akan buang semua tulang belulang dia. Nak lagi senang beli je kat supermarket tu isi ayam yang takde tulang. 

Oklah saya belanja resipi grill ayam dulu.
Bawang putih 3 biji
Halia secoit (seinci kot)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap kipas udang
1/2 kiub pati ayam maggie

Bawang putih dgn halia tu tumbuk kasi halus dan lumat. Pehtu gaulkan dengan sos tiram, kicap kipas udang dan kiub ayam tadi. Kacau kasi rata, salutkan pada ayam yang dah dibuang kulit dan tulang. Kalau nak perap 1-2 jam pun boleh. Pehtu letak dalam aluminium foil, letak dalam non stick pan dan bakor. Tapi hari ni kami mmg kelaparan so dah siap salut je terus bakar. 

Tefal non stick pan sedang 'duty'
Tefal non stick pan sedang 'duty'

Bakar ayam lagi
Bakar ayam lagi



Haaa hambek, 2 non stick pan sekali bertugas. Ini membuktikan kami memanh sangat-sangat kelaparan hehehe. 4 ketul sekali jalan bakornya. Biasanya bab bakor membakor ni tugas inche suami. Hehehe. Ohh yer proses bakor ni amek masa dalam 15-20 minit je. Dan lepas tu hasil tadaaaa.

Ayam yang sudah siap di grilled
Ayam yang sudah siap di grilled

Haa nampakkkkk tak??? Warna keemasan dan agak juicy tuu...ermmm memang tak sabor lah kannn.
Opsss lupa kan sos blackpaper, cara saya sangat simple.

Sos blackpaper
1/2 botol sos blackpaper
1/2 cawan susu cair
Air 1 cawan
Garam

Caranya campur semua bahan dalam periuk kacau biar sebati masukkan air dan panaskan kacau atas api sederhana sampai mendidik. Nak lagi best masukkan lada hitam yang ditumbul kasar. Saya masak dalam masa 10 minit je.

Sos blackpaper
Sos blackpaper

Untuk mashed potato tu saya beli yang siap di KFC hahaha. Lapor punya pasal kan, tak sempat dah nak buat.

Grilled chicken chop dari dapur mommyfiras heheh
Grilled chicken chop dari dapur mommyfiras heheh

Yang ada 2 hirisan lemon tu saya punya, plate yang takde sos cili tu Firas punya dan plate satu lagi tu inche suami punya hehehe.

Ok selamat mencuba grilled chhicken chop yang simple dimple ni. Buleh buat hari-hari kan. Opsss

Love
Mas

Tuesday, 9 September 2014

Kuih Bakar aka Kuih Bengkang yang Simple Dimple

Hari nni mood rajin pulak nak buat makanan hehehe. Nak keluar jenjalan pun malas sebab husband ada class 6-9 mlm, kami dua beranak lepaks aje kat rumah. Lepas hujan memang tatau nak buat apa so masuk dapur kemas2 then nampak oven. Ok lah kalau dah minat nak kata apa kan hahaha. Then tetiba teringin pulak buat kuih bakar, atau orang kelantan panggil kuih bengkang. Sebabnya kuih ni simple easy peasy nak buat. Bahan-bahan pun semua dah ada, so aktiviti pun bermulaaaaa.

 Bahan nak buat kuih bakar.

3 1/2 cawan santan (saya guna susu segar dutch lady) 
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan gandum
4 biji telur
Pewarna hijau
Perisa pandan

Cara membuat
Blend santan ( fresh milk), gula, sampai sebati. Then saya masukkan telur satu persatu then blend lagi. Pehtu masukkan adunan tadik dalam tepung gandum yang dah disediakan dalam satu bekas berasingan. Kacau sampai pekat. Untuk hilangkan ketulan saya blend sekali lagi. Blend sampai sebati. Then masukkan adunan dalam loyang yang dah di sapu dengan marherin atau butter atau minyak. Tujuan sapu tu sebab nak elakkan melekat. Saya bakor dengan api bawah, pada suhu 150 darjah celcius selama 1 jam. Dan 10 minit terakhir bakor atas bawah. Haaa jom layan pictures pulak hahaha.

Adunan Kuih Bakar
Adunan Kuih Bakar


Campuran Santan atau Susu dengan Tepung
Campuran Santan atau Susu dengan Tepung


Adunan Tepung Yang Siap Di Blend
Adunan Tepung Yang Siap Di Blend


Add caption



Tadaaaaa Kuih Bakar
Tadaaaaa Kuih Bakar 

Haaa petua arwah Mi saya, kalau nak elakkan kuih bakor ni melekat kat loyang, tunggu dia bebetul sejuk baru potong, atau kalau nak cepat rendamkan je benda tu dalam air yang diisi dalam bekas yang lebih besar supaya cepat sejuk. Tapi jangan lak sampai benda tu tenggelam yer hahaah. Actually kalau bak buat kuih bakor ni baik guna daun pandan yang di blend then tapi barulah baunya harummmm dan wangi.... Tapi ini saya main belasah aje janji masa terisi hehehe.

Ok lah ni 1st entri pasal makanan...ada banyakkkk lagi bakal menyusul kikiki.

Love
Nur Masliza


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...