Showing posts with label Misi Kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Misi Kemanusiaan. Show all posts

Sunday, 28 December 2014

Usaha Mencari Sumbangan Mangsa Banjir 2014 : Kerja Dari Hati

Assalamualaikum.
Sejak hari Rabu yang lalu saya agak sibuk dengan usaha mencari sumbangan untuk mangsa banjir bersama-sama Presiden Persatuan Kebajikan Sosial Melayu Malaysia (PEKA MALAYSIA), En Mohd Hidayat Fansyuri Muda. Walaupun saya kini bukan lagi bekerja untuk aktiviti komuniti atau kemasyarakatan tetapi keprihatinan dan semangat untuk berjasa kepada komuniti tidak pernah padam. Bak kata bila cinta sudah berputik, maka kita bekerja daripada hati. Mungkin secara semula jadi saya dilahirkan dengan jiwa untuk berbakti dan memberi kepada masyarakat hahahaha puji diri sendiri kah? Hehehe. Ikhlas saya akui saya memang cintakan aktiviti menolong orang. 

Ok berbalik kita kepada aktiviti kebizian saya mencari sumbangan daripada kenalan dan beberapa untuk menyumbang kepada mangsa banjir. Syukur, Allah memudahkan kerja kami. Rezeki mangsa banjir sangat murah dan melimpah ruah. Kami bukan sahaja dapat  bantuan pakaian malah kami juga dapat bantuan hamper yang mengandungi makanan segera, gula, sabun, berus dan ubat gigi. Terima kasih kepada tokey Supermarket 99 Speedmart kerana menyumbangkan kepada kami 160 hamper tersebut. Setiap hamper di masukkan dalam kotak cantik berwarna pink yang dah ada tangkai so mudah untuk mangsa banjir pegang. Tak caya cuba tengok gambar di bawah ni, hehehe. Kotak cantik, isi dalamnya pun lengkap. Ada makanan, toiletries, lengkap dengan mug dan tumble untuk buat air. Ya Allah murahnya rezekiMu untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Terima kasih daun keladi, lain kali menyumbanglah lagi. Cewahh berpantun bagai yer. 

Antara Barangan Yang Ada Dalam Hamper 

Staff Persatuan sedang mengira stock pemberian Supermarket 99 Speedmart
Staff Persatuan sedang mengira stock pemberian Supermarket 99 Speedmart


Susunan Hamper Supermarket 99 Speedmart
Susunan Hamper Supermarket 99 Speedmart


Erti Hidup Pada Yang Memberi
" Erti Hidup Pada Yang Memberi"

Sumbangan pakaian adalah paling banyak kami perolehi. Kenalan dan kawan-kawan langsung tidak lokek memberikan sumbangan. Saya bangga menjadi anak Malaysia, negara yang rakyatnya sangat prihatin dengan kesusahan orang lain. Seperti biasa, bila aktiviti seperti ini berlangsung, ianya secara tidak langsung menjadikan hubungan semakin erat, banyak networking terjalin. Walaupun ada antara penyumbang tu langsung kami tak kenali. Sekali lagi Allah memudahkan usaha dan niat ikhlas untuk membantu orang ramai. 

Sumbangan Pakaian
Sebahagian Sumbangan Pakaian 


Presiden Persatuan Memeriksa Pakaian Yang Disumbangkan
Presiden Persatuan Memeriksa Pakaian Yang Disumbangkan


Di dalam hujan lebat, diselang selikan hujan renyai-renyai hari ni (27 Disember 2014) saya juga sempat membeli air mineral untuk mangsa banjir. Memang apabila berlakunya bencana alam begini, keperluan untuk air bersih sangat mendesak dan kritikal. Nak makan perlukan air bersih, nak memasak makanan perlukan air bersih, nak mandi, mencuci pakaian-pendek kata semuanya perlukan air bersih. Alhamdulillah kawan-kawan sangat dermawan. Saya hebahkan di dalam group WhatApps minta dan mohon dengan kawan-kawan untuk menyumbangkan air mineral dan hasilnya saya berjaya mengumpulkan 24 kotak air mineral. Syukur Ya Allah, hanya itulah yang mampu  kami panjatkan. Mulianya hati rakyat Malaysia, tiada siapa yang boleh menafikannya,

Air Mineral Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur
Air Mineral Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur


Ajar Firas Buat Kerja Kebajikan Sejak Kecil
Ajar Firas Buat Kerja Kebajikan Sejak Kecil


Bekalan Air Mineral Sampai Di Pusat Pengumpulan Sementara di Bangi
Bekalan Air Mineral Sampai Di Pusat Pengumpulan Sementara di Bangi


Saya bawak sekali suami dan anak kecil saya untuk sama-sama merasai kesusahan mangsa. Biar lah Firas belajar mengenal erti 'menolong orang susah'. Bila melihat bekalan di hantar ke pusat pengumpulan sementara kami di Bangi sekali lagi perasaan terharu hadir dalam diri saya. Sebak, sedih semua bercampur baur. Sebak dan sedih bila memikirkan nasib mereka yang terperangkap di pusat-pusat pemindahan banjir. Memang saya tidak ada pengalaman berhadapan dengan banjir seperti ini apatah lagi pengalaman berada di pusat pemindahan yang serba kekurangan. Tetapi pengalaman sebagai seorang Social Research Officer dan Project Officer sebelum ini, membuatkan saya amat memahami erti kesusahan dan kepayahan. Apa yang saya perhatikan semasa berurusan dengan tuan kedai untuk minta mereka hantarkan berkotak-kotak air tu, semuanya berlaku dengan sangat cepat, mudah dan sempurna. Benarlah janji Allah, jika kita niat kerana Allah, niatkan untuk kebaikan maka balasannya juga kebaikan. Tuan empunya kedai tidak tanya banyak bila kami cakap ini untuk mangsa banjir, mintak hantar ke tempat kami kumpulkan barang. Yelah mana nak muat Stream dan Vios kami dengan air mineral 24 kotak tu. tambahan pulak memang ada sumbangan pakaian gak kat dalam keta. Tokey tu cakap ok kita hantar lah, tolong orang punya pasal plus lokasi pun dekat kan. Kami berempat pun buat lah muka kesian kan hehehehe. laku juga muka kesian dan cute kami ni kan hahahaha.

Hari ni juga merupakan hari gumbira untuk kami bila pihak iM4U bersetuju menyumbangkan 200-300 khemah sementara untuk memuatkan mangsa banjir di pusat pemindahan nanti. Apa nama formal menda tu saya pun tak pasti tapi kami panggil cube heheh. rupa nya seperti dalam gambar di bawah. 

Khemah Sementara Untuk Mangsa Banjir
Khemah Sementara Untuk Mangsa Banjir






Buat masa ni yang saya tahu khemah begini hanya di dermakan oleh iM4U untuk mangsa banjir di SMK Sultan Ismail, Kota Bharu. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan satu lagi keperluan yang sangat-sangat diperlukan. Cuma kami menghadapi masalah untuk menghantar khemah ini memandangkan kami tak ada lori atau 4WD. Sekurang-kurangnya dengan adanya khemah sementara ini dapat berehat dengan selesa tak adalah lagi kita tengok mereka bergelimpangan tidur lagi kan. InsyaAllah kami akan cuba mencari jalan bagaimana nak menyewa atau cari mana-mana mereka yang dermawan untuk bagi pinjam 4WD mereka ke. Yang penting kelulusan dah dapat, usaha lagi supaya dapat amek benda tu. Jika niat kerana membantu kerana Allah SWT, kerja daripada hati, usaha keikhlas hati, InsyaAllah akan dipermudahkanNya. 

Semoga usaha kami yang sekecil ini akan dapat meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir. Walaupun berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul beban ini. Erti kemanusiaan terbit tanpa diundang, tak perlu dikerah. Doakan kami berjaya dalam misi ini dan bantuan dapat di agihkan kepada mereka yang memerlukan. 


Wassalam
Mas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...