Showing posts with label Nursery. Show all posts
Showing posts with label Nursery. Show all posts

Monday, 22 December 2014

4 Faktor Yang Perlu Kita Perhalusi Ketika Mencari Babysitter atau Nursery

Semalam kawan block sebelah ni tetiba WhatsApp saya tanya ada tak saya kenal sesapa di block saya ni yang jadik baby sitter. Ermm ni mesti sebab kesukaran nak cari baby sitter ni. Dan memang betul lah telahan saya. Ramai-ramai pengasuh budak yang ada di block A tu, semua tak nak ambil baby yang baru lepas pantang. Dia baru mengandung 5 bulan. What preggy 5 bulan dah sibuk carik baby sitter? cari nursery? Nampak mcm kurang logik kan? Tapi itulah hakikatnya. Ibu kena start fikir mana nursery atau mana baby sitter nak diserahkan amanat menjaga anak mereka. Kesian, tapi itulah hakikat yang terpaksa ditempuh oleh ibu bekerjaya. Saya tak tahu  kenapa isteri-isteri yang tak bekerja di kuaters ni refused nak jaga baby bawah usia setahun. Teringat balik suka duka mencari pengasuh Firas dulu. Bila kenang-kenang balik nak menanggis pun ada, besarnya cabaran menjadi ibu bekerja ni, kena fikir siapa nak jaga anak kita, kena fikir ok tak mereka yang nak jaga anak kita (seboleh-bolehnya taska adalah pilihan terakhir saya). Mujurlah Firas berusia 6 bulan lebih baru dihantar pada pengasuh. Dah pandai meniarap barulah dihantar pada pengasuh, so senang sikit tugas pengasuh. Kita pun tak lah risau sangatkan sebab dia dah besar dan  boleh makan.

Ini memang pengalaman saya sendiri, masa memula nak hantar Firas dulu Allah je yang tahu betapa susahnya nak cari pengasuh. Bayangkan 2 bulan selepas lahir saya baru terhegeh-hegeh nak carik nursery lah, baby sitter lah. Maklumlah pengalaman baru kan. Memula saya pergi ke taska kakitangan Universiti Malaya, masa tu barulah tahu bahawa staff kena booking 6 bulan awal sebelum baby lahir. Haaaa tu dia aih, awai nya kena booking. Hello itu baru booking yer, belum tentu dapat. huhuhuhuhu. Mujurnya Firas masa tu dijaga ibu mertua saya sehinggalah usianya masuk 6 bulan. Lepas kecewa dengan nursery UM, tu saya cubakah cari nursery lain berdekatan dengan rumah saya ni. Ya Allah, barulah tahu kena booking awal dan tengok keadaan nursery pun sedehhhhh. Lepas tu saya pun tampal lah iklan di kuaters saya ni "Mencari Pengasuh Bayi" wahh sadis kan nasib ibu bekerja nak mencari pengasuh bayi mereka. Bulan pertama tampal tak de respon, bulan ke dua barulah ada yang 'menyahut' iklan saya tu. Tapi saya nasibatkan ibu bapa di luar sana, telitikan lah bagaimana cara bakal pengasuh kita dulu. Banyak sangat cabaran dan kriteria yang perlu ibu-ibu titik beratkan sebelum menyerahkan anak-anak kepada penjaga.

First Day Balik Daripada Rumah Baby Sitter
First Day Balik Daripada Rumah Baby Sitter
Pada saya ada 4 fator utama yang perlu dititik beratkan sebelum hantar anak kepada pengasuh atau nursery. 

1. Berapa Ramai Bayi Yang Dijaga.

OK lah saya kongsikan pengalaman saya. Respond pertama bakal pengasuh ialah saya sudi nak jaga anak puan. Alhamdulillah, tapi langkah pertama ialah saya pergi sendiri duluuntuk berkenal-kenalan, (pergilah check keadaan nya). Pergi mengejut waktu saya bekerja, sanggup kau ambek half day kerja. Wowwww, terperanjat ok surirumah ni jaga 5 bayi dan 6 kanak-kanak berusia setahun hingga 5 tahun. dan yang menjaganya dia dan anak perempuannya yang berusia 22 tahun. Bayangkan mereka berdua nak jaga 11 orang anak kecil usia dua bulan hingga 5 tahun. Walaupun mereka berdua ni 100% duduk di rumah (saya fikir positif je) tapi sempat kah? Masa di rumah pengasuh ni saya lihat sendiri bagaimana dia biarkan botol susu di mulut bayi dan lapik bantak dibawah boyol susu tu. Allah, risaunya kalau tersedak susu. Tahukah kita seorang dewasa sepatutnya mengawal 1 atau 2 orang bayi sahaja? Semakin ramai bayi atau kanak-kanak yang di jaga semakin kurang perhatian yang akan diberikan. Ramai yang mengakui, menjaga bayi di bawah usia setahun memerlukan perhatian yang lebih, masa yang lama di ambil untuk menguruskan bayi juga agak lama atau dengan kata lain leceh. Lebih-lebih lagi kalau bayi yang di jaga tu kuat meragam.

Bila Jaga Bayi dan Kanak-kanak Terlalu Ramai
Bila Jaga Bayi dan Kanak-kanak Terlalu Ramai- Pic Google


2. Keselamatan dan Kebersihan

Faktor keselamatan dan kebersihan bayi kita semasa di rumah pengasuh atau nursery juga perlu di ambil perhatian. Sebab itu saya katakan nursery luar pilihan terakhir saya. Kalau nursery jabatan atau organisasi seperti nursery LPPKN, nursery JPM dan lain-lain nursery jabatan kerajaan keselamatan nya agak terjamin, kebersihan juga sering dipantau. Tetapi jika anda memilih untuk meninggalkan anak di nursery swasta pastikan lah keselamatan dan kebersihan menjadi aspek utama. Pengalaman meninjau nursery swasta berdekatan kuaters saya amat-amat menyedihkan. Bayi hanya di letakkan atas tilam lusuh dalam satu bilik yang agak suram, dan sedikit berbau. Walaupun sudah menggunakan air freshner tapi bau bauan yang kurang menyenangkan tetap ada. Sedih kot tengok bayi dan kanak-kanak bergelimpangan atas tilam lusuh tanpa cadar. Naluri seorang ibu, memang tak sanggup melihat anak-anak diperlakukan begitu, walaupun yang saya lihat tu bukannya anak-anak saya.

Tilam Lusuh Yang Sering Digunakan di Nursery
Tilam Lusuh Yang Sering Digunakan di Nursery-Pic Google

Oh yer, pastikan juga pengasuh bayi atau kanak-kanak tu tidak berkuku panjang yer. Pengalaman ngeri bila lihat anak bakal pengasuh tu berkuku panjang, siap kukunya kalerful. Yerlah, baru berusia 22 tahun. Tak pasti orang lain tetapi bagi saya, saya tidak mahu anakp-anak saya di jaga oleh mereka yang berkuku panjang, apatah lagi kaler kaler bagai ni. Lepas tu nak uruskan makanan budak-budak dengan kuku mcm gini? addoi

Sanggupkah Anda Jika Kuku Pengasuh Seperti Ini? Pic Google
Sanggupkah Anda Jika Kuku Pengasuh Seperti Ini? Pic Google

Berbalik kepada pengalaman saya dengan pengasuh yang mempunyai ramai anak-anak jagaan mereka ni. Masa saya check line ke rumah bakal pengasuh tu saya sendiri lihat bagaimana kanak-kanak yang dah besar (2-5 tahun) ni melompat, baling-baling mainan dan berkejar-kejaran dekat dengan bayi yang di biarkan tidur atas tilam. Pengasuh ni letak atas tilam bayi yang ada sarung dan ada yang diletakkan atas baby bouncer. Ish risaunya....risau sebab kalaulah barang mainan yang dibaling tu jatuh pada baby yang sedang tidur? atau dok sedap mereka berlari berkejaran tu jatuh menghempap bayi? Allah, minta lah dijauhkan..

Bab keselamatan dan kebersihan makanan saya rasa pengasuh lebih bersih daripada nursery. Tetapi apapun kita sebagai ibu bapa memang perlu banyak bertanya dan observe persekitaran dimana kita nak hantar anak kita tu.

Baby Walker - 1 dirumah sendiri, 1 Bawak Rumah Pengasuh
Baby Walker - 1 dirumah sendiri, 1 Bawak Rumah Pengasuh




3. Mampu Menguruskan Express Breast Milk (EBM) atau Susu Ibu

Jika anda masih mencari nursery atau babysitter, tanyalah dulu mereka adakah mereka sanggup menguruskan susu perahan atau express breastmilk (EBM) kita. Maklumlah EBM ni ambil masa sikit, kena panaskan dulu tunggu dia cair dan macam-macam. Pengasuh Firas 'Kak Ani' masa memula saya hantar dulu agak kekok nak menguruskan EBM saya, sebab masa tu 1st experience dia jaga baby yang ibunya hantar EBM. Oh yer 'Kak Ani' ni cuma jaga 2 orang je, termasuk Firas masa tu. Adam dan Firas. Adam dah setahun, Firas berusia 6 bulan. Mungkin sebab saya ni hati kering, saya berkeras jugak bagi EBM, walaupun mula-mula dia banyak merungut susah lah, payah lah, Firas tak sabar lah. Tapi sebab semangat nak menyusukan anak tu kuat saya pekak kan telinga je. Kalau nursery dah ramai yang memang tahu uruskan EBM ni, so ibu yang brestfeed anak ni tak lah risau sangat. 

Firas Minum EBM di rumah Babysitter
Firas Minum EBM di rumah Babysitter


Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi kita sebagai ibu bapa berhak untuk tahu bagaimana anak kita akan diuruskan.


4. Keperibadian Pengasuh

Pengalaman mencari babysitter dan nursery, membuka mata saya bahawa pilihlah orang yang menjaga anak kita. Sebagai orang Islam, saya mahu tangan yang menjaga anak saya biarlah mereka yang mengamalkan cara hidup Islamik. dalam proses mencari babysitter tu ada yang saya jumpa terlalu sosial hidupnya. dengan lagu-lagu rock berkumandang dirumah, anak dara perempuan berseluar paras paha, berkuku panjang, kuku kaler kaler, aduh memang sangat tak sesuai kan jadik penjaga bayi dan kanak-kanak. Tetapi kadang-kadang ibu bapa takde pilihan tetap jugak hantar ke situ. Pertama sekali, seorang pengasuh itu perlulah benar-benar sukakan kanak-kanak. Biasanya air muka dan percakapan pengasuh itu mencerminkan kehidupan harian mereka. Kalau boleh berkunjunglah dan berbual lah dengan bakal pengasuh, penyelia nursery seberapa kerap yang anda boleh. Ini membantu kita untuk lebih melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana mereka menguruskan tugasan mereka. Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual


Ini adalah antara 4 faktor terpenting yang perlu ibu bapa fikirkan bila nak hantar anak kepada babysitter ataupun nursery. Ibubapa memang mahukan yang terbaik kepada mereka, ada orang memilih pengasuh/nursery yang dekat dengan mereka. Tetapi fikirlah juga keselamayan anak kita, jika dekat dengan kita tetapi bisa membahayakan nyawa anak kita pada saya biarlah jauh dan kiat bersusah dulu asalkan keselamatan anak terjamin. Moga tips ini akan dapat membantu mereka yang mencari babysitter/pengasuh/nursery untuk anak mereka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...