Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Performance Drink, Dan Food Poisoning

Bila keracunan makanan melanda fuhhh lembik badan dibuatnya. Dalam masa 4 hari 2 kali mak jemah kena food poisoning yang membawa kepada demam sehingga mencecah 39 celcius. Adesss tak pernah lagi mak jemah demam sampai mcm gini sekali. Tapi malam ni suhu dah turun sikit. Kul 1pagi semalam kami 3 beranak terpaksa berkejar ke Klinik Inter Med disebabkan perut memulas-mulas, muntah tak henti-henti. Nak tidur pun tak boleh kan...apa kes nak tunggu lagi. 
 Suhu badan malam ni (25/5/14)
 Suhu badan malam ni (25/5/14)
    

Nak dijadikan cerita hari Rabu 21/5/14 makan apam. Biasalah kedai punya makanan kan...memang sedap lah apam balik macik tu, memang selalu beli kat macik tu, tapi hari tu rasa jagung yang ada dalam apam balik tu agak masam, tapi sebabkan kempunan dan teringin yang teramat dengan apam balik tu makan lah jugak kan, buruk lantak betul
Hahahaha. Nak dijadikan cerita mlm tu apalagi cirit birit dan muntah sampai lah esok pagi. Sebab rasa tak serius minum Performance Drink dan Nutriferon ajelah. 

Performance Drink (PD) penting untuk memastikan saya kekal hydrated. Ye lah, bila cirit, banyak cecair keluar. Bacan boleh jadi letih sebab dehydrated. Memang betul pun badan jadi lembik semacam je. Mau tak lembik kan air keluar "atas" -muntah, "bawah" cirit birit. Dehydration merupakan merupakan salah satu faktor utama penurunan prestasi atlit. PD ni jauh lebih baik daripada air. Ia mengandungi lebih banyak elektrolit untuk mengembalikan tenaga dengan cepat. Haaa alkisahnya. Dulu-dulu kalau kena cirit birit je memang lah 100plus ku teguk berbotol botol.

Performance Drink Membantu Melegakan Food Poisoning
Performance Drink Membantu Melegakan Food Poisoning

Dalam pada tu badan pun dah start rasa lain mcm makanya saya pun beriya iya lah meneguk Nutriferon untuk tingkat immune badan. Sebab apa, badan saya ni kalau kena food poisoning memang akan membawa kepada demam. Khamis tu memang demam jua akhirnya. Kepala start pusing. Jadi my inche hubby pon bawak pi klinik Mediviron ok food poisoning sebab perut asyik memulas ada gassy sikit, tekanan darah low, badan pun demam. Hambekk kau ubat sebeban.

Ok hari jumaat demam masih bersisa, cuma perut masih sedikit memulas. Nak dijadikan cerita teringin lah pulak minum milo kotak tu kan...jadi mak jemah pun heret lah si Firas ni pergi kedai tersohor seantero kuaters Desa Aman ni, kedai Balaji hahahaha. Hambekk kau sekotak milo besar mak jemah beli. So balik rumah dengan perasaan yang sangat tergoda, ketuk ais batu masukkan air milo kotak dalam tu fuhhhhhh memang sedappp je teguk sejuk-sejuk. Mak Jemah tak bagilah Firas minum sebab ais banyak, suruh dia habiskan air cap doreamon dia je. Sampai nanggis nanggis lah dia hahaha. Lepas minum milo air tu telan ubat mcm biasa tidur laaa kan. Bangun solat maghrib pun kepala hoyong hayang lagi, dan start balik muntah. Arhh jangan dia berterusan sudah. Tapi Allah balas cash kot dosa mak minum air sorang2 tak kasi kat anak hahahaha. Start 800 mlm perut memulas, muntah dan berak. Tapi tidak lah berak yang mcm air paip tu hahahah. Tahan punya tahan sebab my inche suami belum balik kelas lagi. Jam 10 suami sampai rumah dia tgk isteri baik punya lepak depan tv. Dia tanya nak gi klinik sebab badan panas. Dengan konfiden isteri jawab tak kot sebab dan minum PD dan nutriferon ni. Padahal dah muntahkan semua.

Makin tengah malam makin kuat pulak perut ni memulas. Badan start sejuk. Dalam hati fikir Ya Allah apakah dah sampai masanya kau ambil nyawaku? Serius, memang sakit takleh nak berdiri tegak langsung. Sampai kaki tangan sejuk, sendi semua sakit. Belakang badan pun sakit. Jam 1pagi dah masuk 24/5/14  suami ckp awk dah pucat lesi ni jom pergi klinik. Kali ni mengalah. Jalan pun dipimpin suami. Langsung dah tak pedulikan anak rambut pun berserabai mcm mak lampir dah hahaha. 

Hasilnyaaaa tadaaaa kena injection. Doc ckp klau awk still muntah tak berenti datang sini esok pagi jam 10-3ptg amek darah. Katanya injection tu akan hilangkan perut memulas dlm masa 15 minit. Menipu tau doc haha sampai pagi pun perut memulas lagi. Dah masuk hari ahad ni pun memulas gak lagi. 
         Ok lah, 4 jenis je ubatnya

Tapi yang pasti ubat demam dan antibiotik memang saya tak makan. Sebab saya lebih percayakan nutriferon. Ngeee. 


Pengalaman food poisoning 2kali dalam masa 4 hari sangat memeritkan. Sampaikan saya rasa mcm nak bertilam berbantal dalam toilet. Masakan tidak nak kena berlari membuang ke toilet.!huhuhuhu. Muntah tak pe memang standby plastik sesiap tepi katil..

Mujurlah Performance Drink banyak membantu beri tenaga dan elakkan badan kekeringan air. Walaupun masuk makanan minuman keluar balik tapi sekurang-kurangnya tak lah kering air dalam badan.

Allah menguji kerana Dia tahu saya mampu memikul ujian ini. Walaupun demam dan food poisoning ini mbuatkan  perancangan business dengan Mentor saya tergendala tetapi saya yakin Allah akan beri saya peluang lebih besar nanti. Kita manusia hanya mampu merancang, tapi Allah jua yang menentukan.

Love
Nur Masliza 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...