Showing posts with label Omegaguard. Show all posts
Showing posts with label Omegaguard. Show all posts

Thursday, 2 July 2015

Bagaimana Saya Berjaya Pisahkan Gajet Daripada Anak

Assalamualaikum. Hari Sabtu lepas saya bersembang seorang hamba Allah, seorang wanita dan ibu kepada 2 anak lelaki, dan 2 anak perempuan yang sama-sama berbuka di laman Masjid Putrajaya. Seorang ibu yang kagum melihat anak saya langsung tidak endahkan ipad atau iphone saya. Firas memang enjoy berlari ke sana ke mari atas rumput yang menghijau kat situ. Sedangkan keempat-empat anak wanita tu asyik mengadap ipad dan iphone ibu bapa mereka. Yang pasti saya sayur sayup dengar mereka tengok kartun boboiboy dan si kakak tengok cerita indonesia. Siap meniarap atas tikar tengok ipad. Mungkin dia hairan melihat Firas langsung tak endahkan ipad papa dia dan tak 'hadap' pun dgn phone saya.  Memang budak-budak guna gajet ni untuk tengok kartun atau tengok cerita kegemaran mereka je. 


Firas


Tak sangka pula wanita tersebut duduk di sebelah saya masa kami sama-sama solat Maghrib. Lalu wanita tu tanya saya

'Puan, maaf ye nak tanya anak puan tadi yang berlari-lari yang baca doa bukak puasa tadi tu umur berapa?'

Dia mungkin terdengar Firas baca doa bukak puasa dan doa makan dengan kuat masa kami berbuka tadi hehehe.

'Ohh anak saya dah 4 tahun puan. Kenapa yer'.

'Ohh baru 4 tahun, samalah dengan usia anak saya yang no 3 tu. Bagus anak puan tak hirau pun dengan gajet. Anak-anak saya tengok lah bukak puasa pun ipad dok sebelah. Sampai bawak ke tempat tidur lah'.
Saya tersenyum dan menjawab 'biasalah budak-budak'. Saya rasa masalah kegilaan gajet dikalangan kanak-kanak ni dah jadi masalah ibu bapa lain. Dulu saya pun hadapi benda yang sama. Tapi bila nampak Firas dah mula tak berenggang dengan ipad, saya perlu bertindak. Rasa terpanggil pula untuk berkongsi bagaimana saya berjaya menghapuskan 'ketagihan' menggunakan ipad daripada anak saya. 


Memang semua ibu bapa sayangkan anak. Kata pepatah 'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan'. Gitulah cara saya. Bukan bermakna saya memukul anak, tetapi saya gunakan kuasa VETO sebagai ibu untuk membuatkan dia ikut pada arahan saya. Mula-mula saya nasihat dan bercakap dengan dia, biasalah dah namanya pun budak tentulah dia jeee yang nak menang. Tambah pulak anak sorang baru kan. Lepas dah nasihat pun tak jalan, maka saya mula gunakan kuasa VETO. Saya cakap ini ipad mommy, bukan ipad Firas. Memang dia menanggis, tapi saya cakap No, No, No. Memang pada orang lain nampak cam kejam jee kan tak kasi anak temgok ipad. Tapi pada saya, kita ibu bapa dia, dia kena dengar cakap kita. Kita melarang sebab nakkan yang terbaik untuk dia. Saya lebih rela dia tunggu kartun kat tv dari berkepit dengan ipad. 

Oo berbalik kepada kisah tadi, sehari dua dia memang akan merengek dan meminta ipad. Tapi saya memang keras hati. Jawapan saya tetap NO, NO, NO. Bila dia menanggis kuat-kuat saya ugut dia tak nak love dia lagi. Lama ke lamaan, dia mengalah. Tak mintak nak tengok ipad lagi dah. Kalau dia pegang ipad papa dia pun saya akan jegil mata dan bersuara remind dia balik. Cengeyyy ke? Bukan cengey tapi saya sayangkan anak saya. Saya tak mahu dia rosak kerana gajet. Biar lah kita menanggis dan berkeras sekarang, mencegah lebih baik dari mengubati. 


Dalam hal ini suami sangat support saya. Bila saya cakap jangan kasi ipad, dia memang bekerjasama. Hasilnya sekarang anak saya Firas memang tak hiraukan gajet dah. Cuma sekarang dia akan ambil phone saya untuk ambil gambar bebanyak hehehe. Bila berjalan jauh saya memang tak ajar anak saya tengok ipad. Biarlah dia tengok dvd kisah 25 rasul atau kartun upin ipin dalam kereta. 

Sebenarnya takde masalah untuk pisahkan anak dengan gajet. Cuma ibu bapa harus berhati kering, hadap kerenah anak. Mengamuk, menanggis, meraung sehari dua tu kena tahan lah. Kita kan ibu bapa kenapa lah nak mengalah dengan mereka. Sesekali bertegas, anak memang kecut perut. Pada saya kita yang dewasa jangan terlalu ikutkan sangat keinginan anak-anak. Apa salahnya kita tak ikut keinginan mereka jika itu untuk kebaikan mereka? Kan? 

Kalau saya mampu buat, rasanya orang lain pun mampu juga. Tak cuba kita tak tahu. Selain tu, setiap kali nak tidur doakan semoga anak kita lembut hatinya. 

Saturday, 16 May 2015

4 Cara Turunkan Kolesterol Semulajadi Yang Boleh Diamalkan

Assalamualaikum. Kali ni saya nak share tentang pengalaman Inche suami saya yang dah berjaya turunkan kolesterolnya dengan amalan meminum Jus Apple + Celery selama dua bulan. Walaupun saya memang ada supplement semulajadi yang selamat dan berkesan tetapi disebabka kedegilan Inche suami, maka dia tidak mahu memakan segala supplement tersebut. Ubat doktor apatah lagi kan.... So sayang suami punya pasal, saya pun menjadi wanita perkasa cewahhhhh yang setiap hari mem blend apple hijau dan celery. Demi kasih sayang yang aku pertahankan opsss ternyanyi pula lagu Dato Ct kita kikiki.

Terngiang-ngiang kata-kata doktor terhadap suami saya "bacaan kolesterol you ni tinggi, what happened? You still young tau" . Arrghhhhh stressssss, stressss tau bila dengar perkabaran itu. Tapi kalau setakat stres sahaja tapi tak ambil langkah pencegahan apa pun tak jadi kan kan. So sejak awal March hari tu rutin harian saya setiap harian mula bertukar setiap hari mencari-cari apakah cara lain untuk turunkan kolesterol selain daripada kawal diet dan paksa suami bersenam.


1. Jus Apple Hijau + Celery
Ok selama dua bulan saya paksa suami minum jus apple+celery selepas hasil bacaan daripada research di internet menunjukkan pengambilan jus ini mampu menurunkan kolesterol. Tetapi kesannya bukan boleh di lihat dalam sehari dua tau. Kenalah ISTIQAMAH barulah dapat hasilnya. Inche suami apalaaagi kan, dah siap di blend isteri sua depan muka je lagi, s terpaksalah minum juga. Selalu sambil hulur jus akan cakap dengan dia, "saya ni sayangkan awak, sebabtu lah jaga awak" heheheheh. Demi cinta khennnnnn. Ok dipendekkan cerita inilah resipi menurunkan kolesterol yang diamalkan oleh Inche suami saya selama dua bulan yang sudah.


Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi
Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

2. Jus Lemon+Celery+ Halia.
Petua ini saya dapat daripada Chef Ammar masa menyaksikan rancangan memasaknya di TV Masak dari Hati Masak With Iman. Masa tu chef Ammar cakap, Halia dan Lemon adalah amalan orang Arab selepas memakan makanan yang tinggi kolesterol. Halia juga beberapa kali di sebutkan dalam Al Quran sebagai penawar. Lalu dengan tekunnya saya mulakan mencari dan hasilnya ternyata halia, lemon memang boleh menurunkan kolesterol dan banyak sudah kajian yang dijalankan menunjukkan ianya berjaya. Jadi saya selang selikan dengan jus lemon+halia+celery supaya Inche suami tidak lah muak. Yang bestnya bukan Inche suami je suka, saya pun suka juga hahahaha. Resipinya rujuk lah pic di bawah tuuu hehehehe. Pic dibuat khas untuk pembaca blog ini yang tersayam hahahaha. Boleh pelbagaikan resipi untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi jika anda semua RAJIN seperti saya. Ingat ISTIQAMAH adalah kuncinya, bukan buat seminggu dua, lepas tu tengok bacaan kolesterol tak turun dah givap. Nommmmm nommmmm nommmmmm.


Jus Lemon, Halia dan Celery Untuk Turunkan Kolesterol
Jus Lemon, Halia dan Celery Untuk Turunkan Kolesterol

Alhamdulillah selepas dua bulan amalan meminum jus ini pada waktu pagi (kadang-kadang pagi dan malam) bacaan kolsrol Inche suami dah turun, bukan setakat turun sikit tapi banyakkkk turunnya. Syukurlah. Inche suami pun bukan main seronok lagi lepas doktor cakap 'ohh your cholesterol level is normal now. Are you taking any medicine'?. Haaa jawapan rare from Inche suami 'takde doc, cuma my wife rajin buatkan saya jus apple and celery setiap hari'.  Fuhhhhh berbunga-bunga hati dengar kikiki. Siapa sangka kasih sayng dan cinta mengatasi segala kekangan masa yang ada. Siapa tak sayang sauami ooiiiiiii. Hahahahaha. Tanggungjawab yang digalas seorangisteri, yelah sapa suruh masak sedap-sedap kan sampai kolesterol suami naik kihkihkih. 


3. Jus Grapefruit + Celery+ Halia
Ok saya ada jumpa satu lagi resipi untuk menurunkan paras kolesterol tetapi jujur saya akui, saya tidak pernah amalkan jus ini disebabkan limau gedang atau Grapefruit tu susah nak dapat and expensive summore hahahah. Ok untuk dikongsi dengan anda, dan memudahkan tarikan mata anda saya buatkan juag poster untuk anda kikiki.

Kolesterol Yang Tinggi Membahayakan Nyawa Anda
Kolesterol Yang Tinggi Membahayakan Nyawa Anda 


4. Omegaguard dan Phytocol
Jika anda takde masa dan tak mampu nak RAJIN seperti saya, anda bolehlah mengambil supplement seperti Omegaguard dan Phyotocol daripada Shaklee. Kedua-dua supplement ini sangat membantu anda untuk menurunkan paras kolesterol. Harus di ingat supplement hanyalah bantuan, yang penting kita harus menjaga pemakanan dan juga aktiviti harian kita. Sepanjang tempoh dua bulan ni, saya memang banyakkan memasak ikan steam, sup dan bakar. Kalaupun nak buat lauk bergoreng saya gunakan minyak zaitun. Dan saya juga tak bagi suami saya makan mee gorenmg, roti canai atau nasi lemak (sesekali dia curi curi makan juga nasi lemak di luar huhuhu).

Omegaguard dan Phyotocol Untuk Turunkan Kolesterol
Omegaguard dan Phyotocol Untuk Turunkan Kolesterol
Kesimpulannya, kita nak kawal kolesterol secara semulajadi atau nak makan ubat doktor pun kita kenalah rajin dan istiqamah. Bukan makan sehari dua lepas tu stop. Moga perkongsian ini akan dapat membantu anda semua.

Love
Mas

Wednesday, 24 September 2014

Apa Rasa Omegaguard Shaklee?

Dalam banyak-banyak supplement Shaklee saya sangat suka berikan anak saya Muhammad Firas Omegaguard. Anak saya sangat suka dengan Omegaguard ni, setiap hari dia memang akan minta untuk makan omegaguard ni tanpa disuruh pun. Sebab pertama dia nampak mommy dia mkn vitamin je lepas lunch dia pun akan mintak jugak, so memang dia jarang sangat missed makan omegaguard ni. Omegaguard Shaklee ni diperkaya  dengan Omega-3 yang mengandungi daripada EPA , DHA dan ALA. EPA dan DHA ni penting untuk perkembangan minda kanak-kanak. Sebab itulah saya pastikan rumah kami tidak akan putus bekalan omega ni. Anak saya makan untuk perkembangan mindanya dan saya makan sebab nak mempercepatkan pembakaran lemak, selain untuk mengawal paras kolestrol dalam badan saya. Maklumlah lepas bersalinkan Firas figura ku sudah berubah hahahaha.

Ok berbalik kita kepada kepentingan omega ni kepada kanak-kanak. Selain untuk minda, omegaguard berfungsi sebagai anti keradangan yang membantu mengurangkan possibility anak kita terkena asma. Alhamdulillah saya konsisten bagi Muhammad Firas makan omega ni sejak usia nya 2 tahun dan dia tiada asma. Yelah saya risau kalau dia terkena asma, maklumlah family background saya dan suami memasing ada yang mengidap asma. Mungkin pada sesetengah ibu bapa mereka tak ambil berat sangat tentang asma sampaikan sanggup tengok anak kena nab sedut gas setiap kali kena asma atau semput ni. Tapi sebagai ibu biarlah saya berhabis duit membeli supplement untuk anak saya, asalkan tidak melihat dia menyedut gas huhuuhu. Softgel omega ni senang sangat kalau anak-anak nak kunyah. Sebiji sehari, tapi anak saya ni terlebih suka dengan omegaguard so kekadang dia mintak lebih. hehehe.




Haaa ini dia reaksi anak saya bila di tanya apa rasa omegagurad. Firas berumur 3 tahun 8 bulan, syok je bagitahu rasa omega tu macam mana, rasa minyak hahahahaha. Ia omegaguard tu adalah minyak ikan. Omegaguard bukan dihasilkan daripada ikan laut sejuk seperti sardin, makerel, anchovies di perairan Jepun. Ianya dihasilkan daripada proses penyulingan propreitaritiga molekul untuk mengeskstrak asid lemak omege 3 paling tulen. Semasa proses penyulingan inilah segala macam plumbum, merkuri, arsenik dan PCB disingkirkan.


Cara kunyah gini boleh lah diamalkan jika anak anda semua jenis tak kisah. Tapi kalau anak yang memilih, tak suka makan apa-apa capsule atau tablet cara lain yang boleh cuba ialah pecahkan omega dan masukkan ke dalam susu ataupun campurkan ke dalam nasi mereka. Haa begitulah caranya..Tak susah pun nak kasi anak-anak kita makan ubat atau supplement tetapi ibu kenalah kreatif sikit.

Wednesday, 25 June 2014

Atasi Masalah Mudah Lupa dan Nyanyuk dengan Omega Guard Shaklee

Haish tiba-tiba teringat lah pulak kisah lama. Ini gara-gara pic yang di designkan oleh kawan Mak Jemah ni.
    Income like a manager with Shaklee

Memang tak hingin pun mak jemah nak ingatkan sejarah silam tu, tapi apakan daya omegaguatd Shaklee memang membantu mak jemah untuk tidak mudah lupa atau tak mudah jadi nyanyuk. Tentu anda semua terpinga-pinga apakah kena mengena omegaguard dgn penyakit cepat lupa atai nyanyuk ni kan. Ok disebabkan omega guard Shaklee (minyak ikan) ni mengandungi omega 3 iaitu asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Haaa kandungan EPA dan DHA ni lah yang bila mak jemah makan omega guard Shaklee tu menjadikan mak jemah tak mudah menjadi pelupa. 

Kenapa mak jemah suka kan omegaguard atau minyak ikan Shaklee ni. Of course lah sebab mak jemah ni tokey shaklee (bukan mak jemah declare tau tapi kengkawan yg ckp) tetapi sebab lain ialah kerana ia adalah satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.



Haa nampak tak banyak benefit omegaguard ni sebenarnya...Ni adalah poster Mak Jemah yang ke 5 menggunakan power point. Hahaha. 


Thursday, 27 March 2014

Kurus dengan Shaklee

Bila sebut tentang berat badan, tentu ada yang berdebor hatinya. Orang perempuan lebih concern tentang berat badan, memang sangat diakui. Saya sendiri pun begitu...kalau tidak masalah ada wanita yang sanggup menjalankan rawatan sedut lemak, bekukan lemak, malah gunakan homone untuk kurus (HCG diet).

Saya sendiri mengalami masalah pertambahan berat badan yang melampau sepanjang kehamilan. Dan berat yang sangatlah susah nak turun selepas bersalin. Tambahan pula kesukaran mendapatkan makanan yang seimbang. Tahu ajelah kan bila dah tekak melayu ni takleh lari daripada nasi lemak, segala mcm bubur, ayam masak merah semua tu...

Setahun lepas saya berkecimpung dengan Shaklee, dah namanya bisness Shaklee harusss lah gunakan produk shaklee kan hahaha. Satu yang saya suka tentang produk untuk inch loss Shaklee ialah penurunan berat badan yang tidak berlaku secara mendadak dan tiada kesan yoyo. Makan supplement tu hanya untuk membantu proses penurunan berat dan nyah lelemak dlm badan, tetapi yang paling penting ialah menjaga pemakanan sendiri. Melalui pengalaman saya, walaupun saya makan supplement utk bakar lemak tetapi saya tak control makan, maksudnya makan main belasah je..masak lemak, nasi daganh dan segala mak nenek tuuu semua saya sebattt๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ. 

Hanya sejak Januari 2014 saya mula ubah corak pemakanan dan saya hadkan pengambilan kalori kepada bawah 1000kalori sehari. Makan apa je yang 1000kalori??? Ehh boleh sangat tau nak 1000kalori tuuu. Tinggalkan nasi lemak, teh tarik, roti canai, segala makanan bergoreng dan masakaj berlemak. Larat ke saya bertahan??? Laaa kan ada multivitamin Shaklee-VITALEA tuuu, itu utk kaver keperluan vitamin harian saya. Selain itu saya lebihkan makan sayuran hijau. Haaa meh tgk menu sihat saya
Menu Sihat Untuk Kurus dan Diet
Menu Sihat Untuk Kurus dan Diet
Haaa nampak takkk semua nya makanan rendah kalori...dah tuu berwarna warni lagi...ini hanya contoh menu saya saja. Jadual makan??? Haaa meh saya kongsikan

Breakfast
-alfalfa sebaik sahaja bangkit tidoq uolss 
-2scoop cinch shake (less than 200 caleries)
-omega, lechitin, vitalea
-air putih/air mineral 500ml

Tea time
-cinch tea/green tea tanpa gula
-sebijik oren 

Lunch
-sayur rebus dengan ayam tanpa kulit (ambil bahagian dada)  (less than 200 calories)
-cinch tea/green tea tanpa gula
-omega, lechitin, dtx complex

Tea time
-cinch tea/green tea tanpa gula 500ml

Dinner
-cinch shake (less than 200calories)
-cinch tea/green tea tanpa gula 500ml
-omega,lechitin

Selain itu mmg saya sangat2 kurangkan ambil nasi/carb setiap hari dan lebihkan makan sayur dan buah buahan yang high anti oxcidant. Senaman tu sekali sekala bila free (alas an je kan) hahahaha.

Kurus Dengan Shaklee
Kurus Dengan Shaklee
Nampak tak vitamin saya tu? Heheheh dah nak cantik dan sihat kannnn harusss lah makan supplement. Kenapa saya ambil omega dan lechitin sekaligus?? Haaa sebab lemak saya ni jenis DEGIL kehkehkeh...
Kurus Dengan Shaklee
Kurus Dengan Shaklee


Reason kenapa saya amalkan mkn sayur lebih ialah kerana rendah lemak dan rendah kalori serta TIADA KOLESTROL. 

Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus
Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

Selain itu saya juga amalkan meminum air putih yang dicampurkan dengan lemon. Kalau minum sejuk2 lagi laaaa best. Uols tak caya boleh cuba...
Air Yang Mencukupi Bantu Detox Badan Untuk Proses Kurus
Air Yang Mencukupi Bantu Detox Badan Untuk Proses Kurus

Alhamdulillah walaupun berat saya hanya turun hanya beberapa kg setakat ini, namun ramai kawan2 ckp saya dah shrink sikit miahahahaha. Itu pun saya kengkadang makan nasi jugak, cuma dlm kuantiti yang sangat sedikit. Orang malaysia kot kan, lidah melayu sikit pun nakkk jugak makan nasi hehehe. Tapi tips saya elakkan makan nasi or any carb utk diner. 

Ok setakat ini sahajalah tips nak kurus dengan shaklee yang dapat saya kongsikan dengan anda. Ini experiment pada diri sendiri dan tiada kaitan dengan orang lain heheh. Feel free untuk wa/sms 012-2965214 untuk dapatkan produk  Shaklee dan tips mengenainya. Dah saya ni SID Shaklee haruslah guna produk Shaklee kan. 

Nur Masliza 012-2965214

Wednesday, 26 March 2014

Kurus, Langsing dan Sihat dengan Shaklee Menjelang Ramadhan

Sedar tak sedar kita dah menghampiri bulan Ramadhan. Hanya tinggal 94 HARI sahaja lagi kita akan berada dibulan paling mulia ini. Macam biasalah bila tiba je bulan puasa semua nak mengambil kesempatan untuk menguruskan badan. Itu memang saya akui sangat, tapi selalunya orang 'terlajak' makan bulan puasa sebab bila tiba waktu berbuka je tibai macam-macam... hehehehe

OK saya nak kongsikan dengan anda bagaimana kita nak menguruskan badan sempena bulan puasa. Ekceli tips ni saya dah amalkan sepanjang bulan puasa tahun lepas, dan alhamdulilah sepanjang berpuasa berat saya turun 3kg. Banyak ok turun 3kg tu...Hahahaah, at least baju yang ditempah awal2 tu taklah ketat untuk di sarungkan di pagi Syawal kannnnn.

Kenapa berat badan selalu naik bila puasa sedangkan siang hari kita tak makan? Haaa jawapannya senang saja, sebabnya kita bila berbuka puasa tu tibai makanan sesuka hati. Apatah lagi berbuka buffet style kannnnn....memang lepas berbuka tu ramaiii yang tersadai bak ulor sawa kekenyangan hahahahah. Siapa tak rambang mata kan nampak kambeng golek lah, nasi beriyani lah, nasi tomato lah, murtabak lah roti john lah fuhhhhh Malaysia ni memang syurga makanan lah bila bulan Ramadhan. OK berbalik kita pada tips untuk mengurangkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan ni.

Bersahur
1. Cinch/ESP
2. Performance Drink
3. Air putih yang banyak sehingga tamatnya waktu sahur


Berbuka
1. 2 biji kurma
2. Cinch/ESP  ATAU sedikit nasi
3. Cinch tea
4. Omega + lechitin
5. Air putih yang banyak

***Kadang-kadang kalau terasa sangat nak makan nasi, lepas makan memang saya akan terus ambil supplement utk burn kalori. Sebenarnya diet protein ni memang memberikan kita tenaga sepanjang hari berbanding kalau kita ambil karbohidrat yang banyak kerana badan kita terpaksa bekerja keras siang hari untuk memproses makanan tu tanpa air. Susah woo nak hadam makanan.

OK sekarang ni saya dah start ber diet dengan alfalfa, dtx complex (bagus untuk mereka yang gemuk air mcm saya), omegaguard, lechitin, cinch tea dan semestinya CINCH SHAKE. Saya sendiri merasakan selesa dengan diet protein dan berat pun tak lah mcm yoyo. Selera makan terkawal dan pembuangan setiap pagi pun smooth aje heheheh.

 Saya hanya ambil herblax untuk tujuan detox seminggi 2 kali. Selebihnya saya amalkan alfalfa kerana ianya baik untuk dalaman wanita ehemmmm ehemmmm gituuu heheheheh.

Meh sini kita pakat ramai2 kurus dan sihat sebelum Ramadhan, so bila tiba bulan puasa nanti perut kita takdelah terkujat sangat nak berdiet kann... Bermula dari sekarang kita kurangkan pengambilan nasi, so bila puasa nanti takde lah rasa nak nanggis bila tak makan nasi kann. Alaa kita orang Malaysia, perut susah sangat nak pisahkan daripada nasi kan....So bersedia dari awal, sempat sangat aihhh nak  kurus lagi sebulan dua ni. Sempat laa nak pakai baju kurung moden yang saiz M atau S tu....

Produk Shaklee walaupun penurunan berat badan berlaku perlahan-lahan, tetapi kenaikan berat mendadak juga tak berlaku. Itulah sebabnya saya memilih Shaklee..Nak cuba shaklee WA/SMS saya 012-2965214. Free consultation gituuuuuu


Tuesday, 17 December 2013

Kurus dan hilangkan perut buncit dengan omegaguard shaklee

Saya suka omegaguarg sebab omega mempunyai banyak fungsi dan sangat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Wajib ada sebotol omega dirumah. Suami yang perut buncit memang lah sesuai sangat amalkan 3 biji omega setiap hari. Walaupun suami saya ni alahaiiii malas nya lah nak makan omega sekarang. Tetapi masa mula2 dia ambil omega (promosi Februari ke March) dulu memang seluarnya terasa longgar. Bila seluar longgar tu maksud nya memanglah ukuran lilitan pinggang dah kurang. Tak leh lah nak ambil suami saya sebagai testimoni sebab dia memang mengelat bab makan supplement ni. 

Ok berbalik pada kebolehan omega ni mengurang kan perut buncit adalah kerana omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat. Apabila lelamak dalam badan dibakar dengan cepat maknyanya lapisan lemak terkompol dlm badan tu akan berkurangan sikit demi sedikit.


Haaa mcm gambar di atas di mana omega akan membantu mengurangkan lemak yang dah terkumpul dalam badan terutamanya perut hockey. Kredit pic dari Aishah Amin. 

Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik -kevin zahri-

Hah, kalau sudah pakar yang berbicara kan, cakap banyak takde lah kan. Confirm betul benar dan dipercayai hehehe. Says sendiri memang penggemar omega kerana selain untuk kurangkan ke boncetan perut akibat bersalin cesarean, tetapi juga untuk menjaga kesihatan sendi dan jantung selain untuk mengelakan tekanan darah tinggi. Untuk Firas memang sebiji sehari tu wajib untuk dia- sebab nya nak pastikan brain development dia berkembang dengan baik. Sapa tanak anak bijak dan genius kan? Hehehe

Hehehe model terseksi sedikit di sini.  Selain tu beberapa golongan lain yang perlukan omega ialah;
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan,kecekapan kerja 
  • Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)
So apa nak tunggu lagi kan, beli sebotol seisi rumah boleh makan. Takyah nak fikir lagi, omegaguard shaklee adalah yang terbaik berbanding brand lain (kita cerita kemudian) hehehe.

Nak cuba? Nak merasai perut flat, sihat dan anak bijak? Omega lah jawapannya....

WA/SMS : Nur Masliza

Sunday, 15 December 2013

Omegaguard untuk kurus, sihat, cantik, ibu sihat dan anak bijak

Sempena bulan ni promosi omegaguard Buy 6 free 1, saya nak sharing dengan anda semua mengenai 7 golongan yang memerlukan omega dalam kehidupan seharian mereka. Anda perlu mengambil Omega sekiranya anda: 
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)
Haa apa lagi kan nak sihat, nak cantik, nak kurus, nak anak bijak dll tu cecepat lah sambar omega ni....

Nur Masliza 012-2965214




Sunday, 10 March 2013

Hilangkan Sakit Sendi Dengan Advance Joint Health Tablet dan Omegaguard

Sejak bertugas di luar kawasan ni ehh luar kawasan ker? mcm balik kampung pulak bukannya luar kawasan. Ye lah kena bertugas di negeri tanah tumpah darahku (hahahah) di kelate jer hikhikhik. Ok berbalik pasal kerja di kelantan nih. Terpegun jugak saya dengan warga emas di sini yang sudah berumur tetapi masih lagi bertungkus lumus mengerjakan ladang tanaman masing-masing.
Setiap kali pergi visit akan kedengaran "mokcik/pokcik sakit lutut ni,tok leh lah nok menanam banyak" di translate "makcik/pakcik sakit lutut, tak boleh nak menanam banyak". Apa yang membuat kan saya kagum adalah mereka ni walaupun sakit lutut tetapi tetap turun mengusahakan tanaman masing-masing.

Sebut pasal sakit lutut, saya pun pernah mengalaminya. huhuhu sebabnya lutut terlanggar bucu meja kaca huhuhu. berbulan-bulan juga saya mengalami sakit lutut terutamanya bila bangun pagi. Kesakitan mungkin juga sebab lepas jer pantang 60 hari, 1 day masuk kerja saya dah pakai highheel..Wahhhh, sebab ada event melibatkan timbalan menteri pengajian tinggi punya pasal kena pakai formal..dan saya tak der stok kasut flat , hanya highheel dlam almari so tibai ajelah.....Testimoni diri sendiri sejak mengamalkan Advance Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee dengan Omega Guard Shaklee heheheh. Dalam masa 5 hari kesakitan berkurangan. Dan sekarang ni saya dah 1 bulan mengamalkan AJHT.

Untuk adik ipar yang sikunya dislocation tu pun saya minta dia amalkan AJHT,Omega dan ostemetrik...Nak tahu berkesan ke idok..tungguuuu next update heheheh

Seronok bila dapat berkongsi cerita benar setelah diri sendiri mengamalkan vitamin2 ni semua...



Hubungi saya Nur Masliza Muda melalui sms/whatapps 012-2965214 
Email  lia_kirana16@yahoo.com...

** *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, 1 February 2013

Khasiat OmegaGuard Shaklee




Alhamdulillah..pagi-pagi lagi dah dapat berita tentang promosi Omegaguard Shaklee...Saya dan keluarga saya mengamalkan pengambilan omegaguard setiap hari. Maklumlah family background saya sebelah arwah mak ramai yg kena stroke. Mak saya kena mild stroke pada tahun 1992 (disebabkan darah tinggi) dan meninggal tahun 1998 pada usia 47 tahun. (Al fatihah utk mak saya), nenek saya meninggal kerana stroke + darah tinggi, atok dan pakcik saya juga meninggal kerana stroke dan darah tinggi.

Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan omegaguard. Shaklee Omega guard diekstrak dari IKAN LAUT SEJUK ( sardin, mackerel, herring, anchovies ) di perairan negara jepun. Ingat lagi tak belajar geografi time skool dulu??? hheheheh ..Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega 3 , EPA dan DHA.

Omega adalah Asid lemak perlu yang TIDAK BOLEH DIHASILKAN oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian… sbb tulah supplemen omega sgt penting.

KEBAIKAN OMEGA


1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout


Saya dan en hubby mengamalkan omegaguard ni sebab nak kawal kolestrol dan untuk maintain berat badan...Hehhehe selain tu untuk hilangkan penyakit mudah lupa en hubby hahahaa.

Saya juga berikan Muhammad Firas omega guard ni yang saya campurkan dengan susu dia, untuk membantu perkebangan otaknya. Nama Firas itu sendiri membawa makna celik akal, cerdik mudah-mudahan supplement ini membantu. Insya Allah.

Monday, 28 January 2013

Khasiat Omega Guard Shaklee (sihat dan slim)



Salam semua.

OK sekarang ni saya nak bercerita tentang khasiat minyak omega 3, Omegaguard Shaklee. Saya dan en hubby dah menjadi pengguna setia vitamin ni. Memang banyak kelebihan bagi yang mengamalkan pengambilan omega guard ni. 

Melindungi Jantung Anda
OmegaGuard membekalkan adis lemak omega-3 yang berpontensi ultratulen dengan spektron penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega 3 dapat memekihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.


Membantu pengguna untuk slim melim
Sesiapa yang nak slim juga disarankan mengambil omega guard 3biji setiap kali lepas makan tengahari.  



Minyak Ikan Terbaik Dunia.
OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak Omega.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
Ibu hamil
Ibu menyusu
Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
Lelaki
Warga Emas
Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
Pelajar 
Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Sejak anak saya mengambil OmegaGuard Shaklee setiap hari, dia jarang selsema atau bersin diwaktu pagi.

Sila sms/whatapps or bbm saya masliza 012-2965214 or lia_kirana16@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...