Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

5 Peristiwa Hitam Yang Merobek Hati Sepanjang 2014

2014 bakal melabuhkan tirainya kurang daripada 6 jam daripada sekarang. Sesungguhnya terlalu banyak impian saya sepanjang tahun ini yang masih belum di capai. Impian paling besar yang tentulah untuk melihat group bisness saya makin berkembang dan dapat membantu lebih ramai lagi surirumah, pelajar IPT serta mereka yang di luar sana untuk menjana income dengan bisness Shaklee. Sepanjang 2014, saya telah membantu 4 orang suri rumah menjana income 3 angka secara konsisten dengan bisness Shaklee secara online ni. Syukur Alhamdulllah, daripada seorang surirumah yang mengharapkan gaji suami, kini sudah pandai berbisness menggunakan internet dan ada pendapatan sendiri. Susah nak digambarkan perasaan gembira saya.

Banyak suka duka sepanjang tahun muram 2014 kepada negara kita Malaysia. Dengan tragedi demi tragedi menimpa bermula dengan :

1. Flight malang MH370 pada March 
2. Jerebu teruk beberapa kawasan pada March
3. Insiden pembunuhan Polis di Semporna pada bulan Februari (in fact sehingga entri ini         ditulis, beberapa desas desus mengatakan Semporna kembali di ancam) 
4. Tragedi berdarah MH17 pada Julai 
5. Ribut di utara, 
6. Banjir dipantai timur pada Disember 
7. Air Asia QZ8501 Disember (pesawat ini tetap berjenamakan Air Asia- brand tambang murah terkenal Malaysia seantero dunia)

Namun, 5 tragedi hitam yang bakal dikenang dan menjadi sejarah memilukan kepada negara ialah seperti berikut: 


Kehilangan MH370 - March 2014
1. Kehilangan MH370 - March 2014

2. Penculikn dan Pembunuhan Polis Di Semporna - Julai 2014

Tragedi berdarah MH17 - Julai 2014
3. Tragedi berdarah MH17 - Julai 2014

Kelantan Ibarat Pulau Dibanjiri Bah - Disember 2014
4. Kelantan Ibarat Pulau Dibanjiri Bah - Disember 2014


Tragedi Air Asia QX8501 - Disember 2014
5. Tragedi Air Asia QX8501 - Disember 2014


Moga kita semua akan tabah walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian demi ujian daripada Allah SWT. Paling meninggalkan kesan pada saya ialah mengenai darurat yang diistiharkan di Semporna berita mengenai darurat di Semporna boleh baca di sini dan kesan banjir di Kelantan. Kedua-duanya melibatkan kampung halaman yang saya kunjungi, dan kesannya lebih dekat di hati. Biarpun air mata memang mengalir juga dengan insiden hitam yang lain, tetapi kedua-dua insiden ini lebih meninggalkan kesan kepada saya.

Pastinya fajar 2015 dinantikan dengan penuh harapan. Saya sendiri mengharapkan 2015 akan memberikan kegemilangan dan menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik daripada sebelum ini. 2015 dijangkakan akan berlaku krisis ekonomi, GST dan beberapa lagi perubahan yang pastinya memberikan impak kepada kita sebagai rakyat marhain. Namun, saya rasa dari segi mental saya sudah bersedia untuk menghadapi suatu lagi kisah baru dalam kehidupan. Pilihlah samaada kita nak di belenggu krisis kewangan atau kita nak menukar gaya hidup atau kita berusaha kekalkan gaya hidup dengan melakukan perubahan dalam ekonomi keluarga kita.

Kisah sedih 2014 tidak mahu lagi dikenang-kenang, saya sudah ready dengan buku dan pena untuk mencatatkan coretan baru 2015. Anda pula bagaimana yer? Hehehehe. Semoga kedatangan 2015 memberi kan cherita hidup dan kejayaan yang lebih indah.

Love 
Mas

Saturday, 19 July 2014

Perintah Berkurung Semporna Yang Merobek Hati

Berita yang benar-benar merobek hati Mak Jemah bilamana Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalal mengumumkan perintah berkurung untuk 6 daerah Pantai Timur Sabah iaitu Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Kinabatangan, Semporna dan Tawau. Walaupun sebenarnya maklumat dalaman tu Mak Jemah dah tahu awal tapi bila diumumkan secara rasmi nya oleh Datuk Jalal tu semacam merobek hati. Masakan tidak Mak Jemah sekeluarga bakal balik beraya di Pulau Bumbum, Semporna Sabah pada 25 Julai 2014 ni. Dan kami sekeluarga balik menaiki pesawat MAS. Dua-dua nya isu yang tengah hangat diperkatakan noksss. Allahhu Akbar. 

Dan sebelum berbuka tadi, kami menerima wassap daripada keluarga yang berada di Pulau Bumbum mengenai notis yang dah pun di tampal aka di tempekkkkk di seluruh pulau. Hambekkkkk kauuuuu nokkk... Haish, maunya hati Mak Jemah tak risau. Korang tengok lah sendiri apa isi kandungan notis tersebut. 
Semporna
Notis Perintah Berkurung


Tak banyak sikit pun kebimbangan tetap bersarang di hati Mak Jemah. Dulu masa kes penculikan Abu Sayaf di Pulau Sipadan Mak Jemah still belajar di Universiti Malaya. Masa tu bila student dari Semporna je kami panggil Abu Sayaf. Memang tak pernah terfikir yang suatu hari nanti Mak Jemah akan bertemu jodoh dengan orang pulau dari Semporna hehehehe. Ingat lagi masa tu classmate Mak Jemah yg kami panggil Abang Lan seorang guru dari Semporna sering jadi bahan ketawa kami. Dia jugak sering berkongsi pengalamannya mengajar di pulau yang mana bila anak murid di tegur bapak datang bawak parang kauuuu. Hehehe itu pengalamannya pada awal 1990-an. Dan bila nampak biawak lalu di kawasan sekolah je anak murid berlari mengejar kikiki. 

Hah, berbalik kepada perintah berkurung di Semporna, hampir 5 tahun bersuamikan anak jati Semporna berbangsa Bajau ni apa yang Mak Jemah tengok pekan Semporna tu memang lah meriah. Tak banyak beza dengan pekan lain cuma dari segi kemudahan pejabat kerajaan dan bank sangatlah terhad. Semporna menjadi tumpuan pelancong asing yang dahagakan keindahan pulau. Mak Jemah sudah menjelajah pulau sipadan, pulau mabul, dan pulau kapalai sebelum berkahwin lagi ( masa tu belum kenai pun my inche suami hahaha). Sesapa yang nak ke pulau sipadan atau mabul atau kapalai perlu amek speed boat di jeti Semporna yer.

Semporna
Jeti Semporna



Haaa pic kat atas tu lah Jeti Semporna. Dan yang kat belakang tu Dragon Inn iaitu floating resort. Nak balik ke Pulau Bumbum pun kami kena naik boat daripada Jeti Semporna ni. Begitulah keadaannya bila kami balik ke kampung my inche suami. 

Semporna
Mak Jemah dan Family naik boat nak ke Pulau Bumbum. Muka cuak je



Semporna
Adik Mak Jemah berposing di Dragon Inn Semporna
  

Anak2 buah Mak Jemah bergambar di Dragon Inn Semporna


Yang merisaukan Mak Jemah ni sebab kampung My Inche Suami tu Pulau Bumbum dan jarak pulau tu dengan perairan Filipina sangatlah dekat. Kalau daripada dapur rumah mertua Mak Jemah tu ialah laut lepas yang memisahkan Sabah dengan Filipina. Ya Allah dekatnyaaaaa...

Pulau Bumbum Semporna
Laut lepas yang nampak daripada dapur kami


Pulau Bumbum Semporna
Lautan yang digunakan pengganas  masuk ke Semporna


Inilah yang menyebabkan hati Mak Jemah kecut. Bukan tak mahu balik ke Pulau Bumbum tapi keadaan keselamatannya yang kian menggigit ulu hati. Benar ajal maut di mana-mana tetapi bila mengenangka perintah berkurung tu seolah-olah Mak Jemah nak menempah maut kan. Ya Allah semoga kami semua selamat pergi dan balik ke KL nanti. Mak Jemah suka balik ke Semporna sebab makanan laut yang fresh dan keadaan laut yang cantik. Apapun Mak Jemah hanya mampu berdoa semoga kami sekeluarga akan di pelihara Allah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...