Showing posts with label Perkembangan Anak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Anak. Show all posts

Thursday, 19 March 2015

Cara Memanfatkan Cuti Sekolah Dengan Anak-Anak Tanpa Kehadiran Ipad/Gadget


Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak
Masa Memanfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak




Cuti sekolah adalah masa yang agak mencabar untuk WAHM seperti saya ni. Masakan tidak, cuti sekolah ni lah anak ada dengan kita 24 jam kan. Mencabar sungguh kan. Walaupun cuti sekolah hanya seminggu tapi untuk seorang ibu pastinya ia tempoh yang panjang. Kali ni kami memilih untuk tidak kemana-mana waktu cuti memandangkan inche suami sedang sibuk menyiapkan thesis master nya. Ok lah dapat juga berjimat kan maklumlah nak GST dah bulan depan ni, so semua perbelanjaan pun dah start berkira sekarang hahaha.


Ok lah kali ni saya nak berkongsi cerita bagaimana saya dan Firas memanfaatkan cuti sekolah tanpa kehadiran IPAD. Memang anak saya ni penggemar IPAD huhu, maklumlah di situlah tempat dia nak tengok memacam cerita kartun kan. Huhuhu. Kadang-kadang kering idea juga saya mencari aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan dengan Firas di musim cuti ni. Bukan apa, saya tak mahu biarkan Firas membersa dengan IPAD saja. Sangat tak membantu perkembangan kanak-kanak kan.



1. Mengulangkaji Pelajaran Bersama

Ok memandangkan Firas sudah pun berusia 4 tahun, maka musim cuti kali ni saya ambil kira aktiviti mengulangkaji pelajaran bersama. Siap guna Alat Bantu Mengajar (ABM) lagi tu hehehe. Selain daripada buku yang teacher dia bagi, saya belikan anak saya buku-buku tambahan untuk dia buat latihan kat rumah. Kalau kat rumah ni dia nak conteng ke nak kaler macam mana pun saya tak kisah sangat. Janji dia buat. Dan yang best nya kami buat sama-sama. Kalau dia kaler saya pun kaler, dia menulis saya akan tunggu dia siapkan satu-satu. kami siap meniarap bersama-sama, sebab nak create excitement anak. heheh. Satu lagi saya gunakan white board supaya dia tak boring. Haa nampak tak dalam gambar di bawah tu, siap dia buat mural lagi. Melukis di luar kotak lah katakan. Memang seronok sebenarnya dapat mengajar anak sendiri. Apatah lagi kalau kita sendiri dapat ajar mereka mengaji dan solat. Alhamdulillah sepanjang cuti ni (setakat entri ni di tulis lah hehehe) Firas memang teruja nak solat. Moga Firas kekal istiqamah dan menjadi mulimin yang soleh. Aamin.

Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah
Ulangkaji Bersama Anak Di Musim Cuti Sekolah

White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)
White Board Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM)

2. Menonton DVD Kegemaran Mereka Bersama

Ini pun salah satu daripada cara nak memanfaatkan cuti anak kita. Cara ni lebih bagus kot dari bagi ipad kat anak kan. Kalau dengan ipad dia sorang je dok pegang, dengan skrin kecik (ipad mini lah). Dan pastikan dvd tu bukan lah dvd ottomen yang aksi ganas-ganas tu hehehe. Walaupun anak saya memang suka tengok ottomen tapi saya tak galakkan dia tgk citer gitu. Dan sebabtulah awal-awal lagi saya memang tak beli kiki. Saya lebih suka tengok dvd kartun yang ada pengajaran seperti dinosour train, lion king, upin ipin dan kisah 25 rasul. Satu lagi dvd yang saya tak galakkan anak saya tengok ialah Boboiboy, saya tak bagi dia tengok sebab citer tu menggunakan bahasa yang agak kasar (pendapat saya lah), ditambah pulak anak saya tu memang akan ikut je apa yang di dengar sepanjang citer Boboiboy tu. Lagi satu sebab suka dia tengok dvd katun orang putih ni sebab nak biasakan dia berbahasa ompoteh. Bak kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebungnya. Heheeh
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak
Ambil Peluang Menonton DVD Bersama Anak-Anak



3. Melayan Impian Cita-Cita

Disebabkan anak saya lelaki, dia memang sangat teruja dengan perkataan 'Captain'.  Selalunya dia akan minta apa sahaja permainan berkenaan dengan pekerjaan seorang 'Captain' hatta topeng Captain Amerika sekalipun.Padahal captain yang dia maksudkan ialah orang yang membawa aeroplane . Hehehehe. Dan baru-baru ni dia terjumpa gloves yang diberikan oleh adik saya semasa melahirkan dia dulu, terus dia cakap ini Doctor yang pakai tau. Hehehe. Permainan begini membuka mindanya tentang pilihan pekerjaan. Dai tahu seorangcaptain kena ada cap, naik aeroplane, kalau doktor ada jubah putih, ada statescope, ada gloves (padahal yang pakai gloves tu kat OT kan) hahahaha. Kalau pegang marker pen pulak dia cakap itu teacher. So dia dah seronok maka dia akan lupakan IPAD.

Jadi Doktor
Jadi Doktor

Captain America In The House Yawwww
Captain America In The House Yawwww

4. Bersukan dan Beriadah Bersama

Ini part yang paling best dan paling ditunggu oleh kanak-kanak. Masakan tidak mereka selalunya teruja nak ke padang permainana kan. Dan inilah masanya untuk kita sebagai ibu bapa memanfaatkan musim cuti dan memisahkan mereka dengan IPAD. Selain mereka dapat mengeluarkan peluh, kita pun berpeluh jugak kan melayan keletah mereka yang berlari ke sana ke mari tu hehehe. Dan bila malam of course lah mereka ni dah penat kan, confirm tak mintak IPAD dah hehehe.

Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah
Ajak Anak Beriadah Di Taman Permainan Kanak-Kanak Musim Cuti Sekolah

5. Berkebun Dengan Anak-Anak

Haaa tang ni saya baru nampak semalam bila cuti sekolah ni anak saya suka ikut saya menyiram tanaman setiap pagi dan petang. Sambil menyiram mulut anak akan sentiasa becok bertanya kenapa daun nibeginikenapa yang tu begitu. Haaa ini part dia menguji kebijaksanaan ibu bapa menjawab soalan pulak kan hahahah.


Aktiviti ini merupakan aktiviti indoor dan outdoor yang tak memerlukan kita keluar duit pun sebenarnya. Dan kalau anak perempuan, cuti sekolah ni lah peluang kita nak perkenalkan mereka dengan dapur kan hehehe. Risau kot kalau anak asyik mengadap IPAD memanjang, sebab itulah kita sebagai ibu bapa kenalah kreatif. Its hard in the beggining, tapi sebenarnya kita boleh. Percayalah bila mereka sibuk, mereka penat gadget akan mereka lupakan. Tapi awas yer ibu-ibu sekelian, bila cutinya bersedialah untukberperangdengan kerenah anak di rumah hahahaha. check temperature yer ibu-ibu, ayah-ayah kikiki. Apapun waktu anak-anak membesar inilah kita perlu habiskan dengan mereka, dan jangan biarkan IPAD/gadget menjadikan anak kita anti sosial. Kita mampu mengubahnya.


Love
Masliza 

Wednesday, 24 September 2014

Apa Rasa Omegaguard Shaklee?

Dalam banyak-banyak supplement Shaklee saya sangat suka berikan anak saya Muhammad Firas Omegaguard. Anak saya sangat suka dengan Omegaguard ni, setiap hari dia memang akan minta untuk makan omegaguard ni tanpa disuruh pun. Sebab pertama dia nampak mommy dia mkn vitamin je lepas lunch dia pun akan mintak jugak, so memang dia jarang sangat missed makan omegaguard ni. Omegaguard Shaklee ni diperkaya  dengan Omega-3 yang mengandungi daripada EPA , DHA dan ALA. EPA dan DHA ni penting untuk perkembangan minda kanak-kanak. Sebab itulah saya pastikan rumah kami tidak akan putus bekalan omega ni. Anak saya makan untuk perkembangan mindanya dan saya makan sebab nak mempercepatkan pembakaran lemak, selain untuk mengawal paras kolestrol dalam badan saya. Maklumlah lepas bersalinkan Firas figura ku sudah berubah hahahaha.

Ok berbalik kita kepada kepentingan omega ni kepada kanak-kanak. Selain untuk minda, omegaguard berfungsi sebagai anti keradangan yang membantu mengurangkan possibility anak kita terkena asma. Alhamdulillah saya konsisten bagi Muhammad Firas makan omega ni sejak usia nya 2 tahun dan dia tiada asma. Yelah saya risau kalau dia terkena asma, maklumlah family background saya dan suami memasing ada yang mengidap asma. Mungkin pada sesetengah ibu bapa mereka tak ambil berat sangat tentang asma sampaikan sanggup tengok anak kena nab sedut gas setiap kali kena asma atau semput ni. Tapi sebagai ibu biarlah saya berhabis duit membeli supplement untuk anak saya, asalkan tidak melihat dia menyedut gas huhuuhu. Softgel omega ni senang sangat kalau anak-anak nak kunyah. Sebiji sehari, tapi anak saya ni terlebih suka dengan omegaguard so kekadang dia mintak lebih. hehehe.




Haaa ini dia reaksi anak saya bila di tanya apa rasa omegagurad. Firas berumur 3 tahun 8 bulan, syok je bagitahu rasa omega tu macam mana, rasa minyak hahahahaha. Ia omegaguard tu adalah minyak ikan. Omegaguard bukan dihasilkan daripada ikan laut sejuk seperti sardin, makerel, anchovies di perairan Jepun. Ianya dihasilkan daripada proses penyulingan propreitaritiga molekul untuk mengeskstrak asid lemak omege 3 paling tulen. Semasa proses penyulingan inilah segala macam plumbum, merkuri, arsenik dan PCB disingkirkan.


Cara kunyah gini boleh lah diamalkan jika anak anda semua jenis tak kisah. Tapi kalau anak yang memilih, tak suka makan apa-apa capsule atau tablet cara lain yang boleh cuba ialah pecahkan omega dan masukkan ke dalam susu ataupun campurkan ke dalam nasi mereka. Haa begitulah caranya..Tak susah pun nak kasi anak-anak kita makan ubat atau supplement tetapi ibu kenalah kreatif sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...