Showing posts with label Phytocol. Show all posts
Showing posts with label Phytocol. Show all posts

Saturday, 16 May 2015

4 Cara Turunkan Kolesterol Semulajadi Yang Boleh Diamalkan

Assalamualaikum. Kali ni saya nak share tentang pengalaman Inche suami saya yang dah berjaya turunkan kolesterolnya dengan amalan meminum Jus Apple + Celery selama dua bulan. Walaupun saya memang ada supplement semulajadi yang selamat dan berkesan tetapi disebabka kedegilan Inche suami, maka dia tidak mahu memakan segala supplement tersebut. Ubat doktor apatah lagi kan.... So sayang suami punya pasal, saya pun menjadi wanita perkasa cewahhhhh yang setiap hari mem blend apple hijau dan celery. Demi kasih sayang yang aku pertahankan opsss ternyanyi pula lagu Dato Ct kita kikiki.

Terngiang-ngiang kata-kata doktor terhadap suami saya "bacaan kolesterol you ni tinggi, what happened? You still young tau" . Arrghhhhh stressssss, stressss tau bila dengar perkabaran itu. Tapi kalau setakat stres sahaja tapi tak ambil langkah pencegahan apa pun tak jadi kan kan. So sejak awal March hari tu rutin harian saya setiap harian mula bertukar setiap hari mencari-cari apakah cara lain untuk turunkan kolesterol selain daripada kawal diet dan paksa suami bersenam.


1. Jus Apple Hijau + Celery
Ok selama dua bulan saya paksa suami minum jus apple+celery selepas hasil bacaan daripada research di internet menunjukkan pengambilan jus ini mampu menurunkan kolesterol. Tetapi kesannya bukan boleh di lihat dalam sehari dua tau. Kenalah ISTIQAMAH barulah dapat hasilnya. Inche suami apalaaagi kan, dah siap di blend isteri sua depan muka je lagi, s terpaksalah minum juga. Selalu sambil hulur jus akan cakap dengan dia, "saya ni sayangkan awak, sebabtu lah jaga awak" heheheheh. Demi cinta khennnnnn. Ok dipendekkan cerita inilah resipi menurunkan kolesterol yang diamalkan oleh Inche suami saya selama dua bulan yang sudah.


Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi
Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

2. Jus Lemon+Celery+ Halia.
Petua ini saya dapat daripada Chef Ammar masa menyaksikan rancangan memasaknya di TV Masak dari Hati Masak With Iman. Masa tu chef Ammar cakap, Halia dan Lemon adalah amalan orang Arab selepas memakan makanan yang tinggi kolesterol. Halia juga beberapa kali di sebutkan dalam Al Quran sebagai penawar. Lalu dengan tekunnya saya mulakan mencari dan hasilnya ternyata halia, lemon memang boleh menurunkan kolesterol dan banyak sudah kajian yang dijalankan menunjukkan ianya berjaya. Jadi saya selang selikan dengan jus lemon+halia+celery supaya Inche suami tidak lah muak. Yang bestnya bukan Inche suami je suka, saya pun suka juga hahahaha. Resipinya rujuk lah pic di bawah tuuu hehehehe. Pic dibuat khas untuk pembaca blog ini yang tersayam hahahaha. Boleh pelbagaikan resipi untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi jika anda semua RAJIN seperti saya. Ingat ISTIQAMAH adalah kuncinya, bukan buat seminggu dua, lepas tu tengok bacaan kolesterol tak turun dah givap. Nommmmm nommmmm nommmmmm.


Jus Lemon, Halia dan Celery Untuk Turunkan Kolesterol
Jus Lemon, Halia dan Celery Untuk Turunkan Kolesterol

Alhamdulillah selepas dua bulan amalan meminum jus ini pada waktu pagi (kadang-kadang pagi dan malam) bacaan kolsrol Inche suami dah turun, bukan setakat turun sikit tapi banyakkkk turunnya. Syukurlah. Inche suami pun bukan main seronok lagi lepas doktor cakap 'ohh your cholesterol level is normal now. Are you taking any medicine'?. Haaa jawapan rare from Inche suami 'takde doc, cuma my wife rajin buatkan saya jus apple and celery setiap hari'.  Fuhhhhh berbunga-bunga hati dengar kikiki. Siapa sangka kasih sayng dan cinta mengatasi segala kekangan masa yang ada. Siapa tak sayang sauami ooiiiiiii. Hahahahaha. Tanggungjawab yang digalas seorangisteri, yelah sapa suruh masak sedap-sedap kan sampai kolesterol suami naik kihkihkih. 


3. Jus Grapefruit + Celery+ Halia
Ok saya ada jumpa satu lagi resipi untuk menurunkan paras kolesterol tetapi jujur saya akui, saya tidak pernah amalkan jus ini disebabkan limau gedang atau Grapefruit tu susah nak dapat and expensive summore hahahah. Ok untuk dikongsi dengan anda, dan memudahkan tarikan mata anda saya buatkan juag poster untuk anda kikiki.

Kolesterol Yang Tinggi Membahayakan Nyawa Anda
Kolesterol Yang Tinggi Membahayakan Nyawa Anda 


4. Omegaguard dan Phytocol
Jika anda takde masa dan tak mampu nak RAJIN seperti saya, anda bolehlah mengambil supplement seperti Omegaguard dan Phyotocol daripada Shaklee. Kedua-dua supplement ini sangat membantu anda untuk menurunkan paras kolesterol. Harus di ingat supplement hanyalah bantuan, yang penting kita harus menjaga pemakanan dan juga aktiviti harian kita. Sepanjang tempoh dua bulan ni, saya memang banyakkan memasak ikan steam, sup dan bakar. Kalaupun nak buat lauk bergoreng saya gunakan minyak zaitun. Dan saya juga tak bagi suami saya makan mee gorenmg, roti canai atau nasi lemak (sesekali dia curi curi makan juga nasi lemak di luar huhuhu).

Omegaguard dan Phyotocol Untuk Turunkan Kolesterol
Omegaguard dan Phyotocol Untuk Turunkan Kolesterol
Kesimpulannya, kita nak kawal kolesterol secara semulajadi atau nak makan ubat doktor pun kita kenalah rajin dan istiqamah. Bukan makan sehari dua lepas tu stop. Moga perkongsian ini akan dapat membantu anda semua.

Love
Mas

Friday, 30 January 2015

Perbezaan Detox Darah, Detox Hati dan Detox Usus Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum semua. Kita memang biasa dengar tentang DETOX kan. Bila sebut tentang Detox ramai yang terbayangkan proses membuang air besarkan. Bukan kata anda semua je begitu, saya pun sama. Sebelum ni kalau sebut tentang Detox saya terbayangkan proses membuang air besar. 

APA ITU DETOX?

Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya kan, Detox tu bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:
  1. Detox Usus
  2. Detox Hati
  3. Detox Darah

Kepentingan Detox Kepada Manusia
Kepentingan Detox Kepada Manusia


1. DETOX DARAH


Pernah tak kita dengar beberapa pemimpin dunia menjalankan rawatan cuci darah untuk mengekalkan kesihatan mereka dan untuk kelihatan sentiasa segar dan bertenaga? Rawatan cuci (detox) darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencermakan darah kita. Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. Pernah tak kita terfikir, bila kita sering rasa letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan perlu detox darah? Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita. Saya pernah dengar beberapa pegawai tinggi kerajaan yang pernah bekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di zaman Tun Mahathir berkata yang Tun menjalani rawatan mencuci (Detox) darah di USA. Tetapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi kalau betul memang patut lah kita tengok Tun masih cergas dan sihat bertenaga pada usia sekarang kan. 

Shaklee juga menawarkan pilihan detox darah yang lebih murah berbanding dengan rawatan cuci darah tu. Perlu diingat, sepatutnya kita detox darah daripada awal yakni semasa kita sihat dan bukan nya setelah kita disahkan mengidap penyakit. Shaklee menawarkan jus merah (wah sedondon pula warna jua ini dengan warna darah kita kan heheh) yang dikenali sebagai Vivix. Vivix bertindak dengan merawat sehingga peringkat sel, dan memberi tenaga kepada sel, jadi inilah penyelesaian yang kita cari. Berkenaan dengan kolestrol, Phytocol membantu menghalang kolestrol melekat di dinding salur darah, sebagai salah satu cara membersihkan salur darah. Alfalfa pula tinggi alkali, yang boleh meneutralkan asid dalam badan akibat pemakanan tidak seimbang, jadi Alfalfa sangat baik untuk membersihkan darah yang tinggi asid/ meng-alkaline kan darah


2. DETOX HATI

Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis maknenek benda yang masuk ke badan kita- agent detox . Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.  

Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox
Hati Juga Berfungsi Sebagai Agen Detox


Detox hati, antara yang sering juga diabaikan. Ramai yang mengabaikan kerana mereka kurang jelas atau mungkin ambil mudah tentang fungsi hati itu sendiri. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan. Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Jadi jika kita nak mengamalkan sesuatu supplement, kita pastikan dulu hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kita boleh membantu hati kita menjalankan tugas dengan cara detox hati terlebih dahulu. Bila hati kita sudah detox, sudah bersih, makan tugasnya lebih senang dan dapat menyerap apa jua supplement yang kita makan. Cuba kita bayangkan jika filter kita (hati) ini rosak atau bocor. Bayangkan segala toksin tu akan bersenang lenang masuk tanpa di 'filter' dan apa yang akan terjadi kepada kita nanti? Owhhh ngerinyaaaa. Salah satu aktiviti yang menyebabkan hati mudah rosak ialah tabiat merokok dan meminum minuman keras. Anda boleh baca mengenai bagaimana kerosakan hati di rawat dengan prosuk Shaklee DI SINI

Bila hati tidak detox, kita tidak boleh dapat kebaikan 100% supplement lain yang kita makan. Tegaskan kepada customer, detox hati adalah penting bagi memastikan customer dapat "value for money".



3. DETOX USUS

Detox usus merupakan istilah yang paling sinonim dan paling popular kita dengarkan. Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Haaa plag ni kita ibaratkan sebagai mendapan yang melekat lekit dalam usus kita.

Usus Yang Dipenuhi Toksin
Usus Yang Dipenuhi Toksin 
Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Saya dulu memang berhadapan dengan masalah sembelit, dan saya selepas saya konsisten mengamalkan Herblax dan Peppermint Ginger, ianya yang benar- benar membersih dan memberi kelegaan kepada usus, kerana bahan- bahan dalam kedua- dua produk ini memang bertugas untuk membersihkan tangki makanan yang kita sumbat dengan macam- macam benda setiap hari. Ini adalah antara produk Shaklee yang sangat mendapat tempat untuk mereka yang mengalami masalah detox usus. Usus yang tidak detox atau tidak dicuci mengakibatkan buncit dan kegemukan. Opsssss, mak tak rela nyahh heheheh. 

Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin
Beza Usus Sihat dan Usus Yang Banyak Toksin

Ramai yang mengambil mudah tentang detox sebenarnya kan. Tapi tahukah kita toksin yang memasuki badan kita jika tidak di singkin kan melalui detox maka ia akan mendatangkan mudarat kepada badan kita. Darah, hati dan usus saling bekerjasama menapis segala toksin yang di makan, yang kita hidu dan sebagainya. Penyakit yang menyerang zaman ini,  banyak datangnya daripada kita sendiri, jika kita sukar nak mengawal pemakanan dan pencemaran, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencuci (detox) hati, darah dan usus kita. Biar kita mencegah daripada mengubati kan. Saya sangat terkesan dengan kesihatan hati, sebab adik saya mengalami masalah usus yang kini berjangkit ke hati dan sepupu saya juga mengidap kanser hati tahap 4. Dan alhamdulillah kedua-duanya mendapat perubahan bila consume produk Shaklee. Walaupun tidak dapat menyembuuhkan penyakit mereka 100% tetapi sekurang-kurangnya pengambilan supplement Shaklee ni dapat membantu mereka merasa lebih sihat, bertenaga dan aktif. Jangan kita tunggu bila sakit baru mahu mencari supplement, sebaliknya amalkan supplement ketika sihat supaya gajala penyakit dapat dijauhkan,


Love
Masliza 012-2965214
SID : 908080
Email : nurmasliza@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...