Showing posts with label Puncak Alam. Show all posts
Showing posts with label Puncak Alam. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Mari Mengecat Rumah

Houze make over, houze make over...Semangat membara my inche hubby sejak balik raya ni nak mengecat rumah. Maklumlah dia ni cerewet, sangat tak puas hati dengan kerja orang so terpaksalah 2nd round cat mengecat dilakukan. Haish...tak kisah keluarkan duit sekali lagi untuk mengecat asalkan dia berpuas hati.

Kamu memulakan aktiviti cat mengecat tu pada pada 6 ogos tu. Nak dijadikan cerita masa pilih cat untuk ruang tamu pun kami dah berselisih pendapat. Sebabnya mak jemah nak kaler hijau inche suami pulak nak kaler light2. Dah bermasam muka depan bangla kedai cat tu, mak jemah pun mengalah. Akhirnya cat Paddle Walk dari nippon pain di pilih. Mak Jemah pilih cat satin glo sebab nak nampak kita katanya. 

Haa kami pilih cat paddle walk kod 3616

Nilah dia kaler cat yang inche suami berkenan utk house make over tu.

So dengan bersemangat wajanya inche suami pun mengecat. Mak Jemah dan Firas cuma nenggok ajee. Nampak kat katalog cat tu mcm kaler cream kan tapi bila dah cat kat dinding nampak macam kaler hijau lumut pun ada. Hahaha sebab mak jemah nak hijau sangat kot...OK jom kita layan inche suami mengecat.

Firas memerhatikan sesi house make over.

Dari jauh nampak mcm hijau lumut pun ada.

Haa hampir siap dah.

Tadaaa dah siap di cat.


Bab ngecat ni saya akui my inche suami agak cerewet, atau memang cerewet. Hahahah

Ok pehtu untuk warna tangga, kami pilih kaler biru. Kali ni pilih cat Jotun Majestic Silky apa tah namanya hehehe. Dalam hal ni saya amek pendekatan ikut sajalah, malas tak cerewet sangat untuk elakkan pergaduhan. Hahaha kalau ikutkan hati saya ni memang suka warna brown, grey, black and white. Memang tak suka rumah warna warni sangat. Tapi bab memilih pakaian saya penggemar biru dan anak beranak nya serta hijau, pelik nau nau pulak pompuan neh kan. 




Untuk tangga kami pilih dua gabungan biru yang berlainan. Ish lupa pulak nak snap kod cat tu hehehe.


Haaa nampak tak my inche suami ggih mengecat ruang tangga hahaha. Apa-apa lah sayang oiii janji cat. Ok 2 hari kot kami amek masa utk cat bahagian tangga ni. Then next move ke bilik tamu pulak. Kali ni memang sepakat gabungkan kaler purpple dan paddle walk tadik. Hehehe. Ok meh kita lihat hasilnyaaaaa.




Haaa ini lah lebih kurang warna kedua-dua bilik tidur kami. Setin cat nippon tu harga nya RM117, memula nak pupple yang dark apa ke depa panggil violet ke hape entah tapi bila memikior kan bilik kecik ajeee so pilih lah warna ini. Oklah sebab nanti nak pasang poster transfomers kat bilik anak lelaki. Wahhh ini mak minat ke anak yang minat ni hahaha...

Untuk master bedroom kami memang tak cat dulu sebab nak tunggu wardrobe pasang siap tapi most probably akan di kalerkan dengan apple green atau lime green hah kauuuuu apa-apalah namanya janji kaler hijau kalau xdapek hijau nanti wajib pasang wallpaper damask hijau heheeheh. 

Oklah, lepas ni tinggal nak uruskan hal perabot pulak. Disebabkan rumah tu ibarat rumah hujung minggu kami, jadi kami pun tak terkejar kejar lah nak penuhkan perabotnya. Yelah kan kami balik sana pun kejap kejap aje...Kena tunggu sehingga inche suami habis master kat UM bulan Oktober 2015 barulah boleh fikir tindakan selanjutnya. Istana hinggap kan hehehe ok nanti kita amek picture semua tapi kena tunggu bila kami balik ke istana hinggap tu nanti hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...