Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, 2 February 2016

Masak Pulut Kuning Dengan Pressure Cooker Noxxa. Hanya 5 Minit Sahaja

Lama tak share resepi kat sini kan hehehe. Al kisahnya semalam bangun pepagi mak yong tetiba teringin makan pulut kuning. Maklumlah cooti hari Wilayah ni  kan. Mood pun terlebih rajin juga. Hehehe.

Ok disebabkan nak memenuhi keinginan selegi apalagi cecepat lah mak yong ni selongkar kitchen cabinet cari beras pulut ada ke tidak hehe. Ditakdirkan jumpalah lebihan beras pulut yang masih ok, belum expired. padahal dalam fikiran memang dah agak ada lagi lebihan beras pulut hehehe. Apalagi semua bahan dah ada dan yang penting ada pressure cooker Noxxa hahahaha. Sejak ada Noxxa ni belum lagi cuba masak pulut kuning. Macam-macam dah cuba masak dengan Noxxa ni tapi pulut kuning belum cuba lagi so kali ni kita cuba. Biasanya buat pulut kuning versi tradisional aje. kali ni versi Noxxa pula.

Terlebih dulu mohon maaf lah sebab masa memasak tu lupa sungguh nak snap pic step by step sebabnya phone tengah charge. So disebabkan pepagi dah bersilat di dapur terlupa terus. Dah masak pulut barulah teringat nak snap pic hehehe. OK lah saya kongsikan dengan kawan-kawan cara nak buat pulut kuning dengan menggunakan periuk Noxxa versi saya hehehe. Memang banyak versi orang masak pulut kuning noxxa ni, ada yang menggunakan High Pressure (HP), ada yang guna mode Low Pressure (LP) dan ada juga yang menggunakan mode Steam. Mana-mana kekdah pun jadi antara masak elok atau lembik atau berkerak atau tidak. Semua nya bergantung pada bahan jugak kot. Hehehe. Kali ni saya masak pulut kuning ni dengan menggunakan mode High Pressure (HP). Tapi kalau masak nasi saya guna Steam je. Next time bila buat pulut kuning guna mode Steam saya share dengan anda semua yer. Heheheh

PULUT KUNING NOXXA

Bahan2
5 pot beras pulut (anggaran setengah kilo)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit gula
Pewarna kuning **untuk rendam pulut
Asam keeping - 2 keeping ** untuk rendam pulut


Cara
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan sedikit pewarna kuning dan asam keeping. Ikut petua orang tua bila letak asam keping ni bila masak pulut kita akan berkilat dan bersinar. Saya ikut ajelah hehehe. Ohh yer rendam tak lama dalam 15 minit aje.

2. Bila dah cukup 15 minit toskan beras pulut tadi dan keringkan air sekejap. Kemudian masukkan ke dalam inner pot. Tuang sekali dalam inner tu 2 cawan santan pekat tadi, air garam dan gula. Saya gaul semua sekali bagi rata. Daun pandan saya simpulkan dan masukkan sekali dalam inner pot.

3. Kemudian masukkan inner dalam periuk Noxxa, on kan suis periuk tekan butang High Pressure (HP) sebanyak 4 kali. Maksudnya 4 minit lah tu hehehe. Jangan lupa pastikan tombol di atas periuk di halakan kepada tulisan "Pressure". Kemudian tutup periuk dan on kan periuk.

4. Bila dah berbunyi dan masa pun dah jadi 00, lepaskan wap dengan pusing tombol kepada "Steam". Tujuan pusing tombil ke steam adalah untuk bebaskan wap. Bila habis bunyi dan wap buka lah tutup periuk tu dulu kacau sikit kasi sebati . Kalau nak manis taruk lah gula lagi hehee. tutup kembali dan tekan button Steam. Saya steam untuk 1 minit.

5. Bila dah siap setam seminit tu, bebaskan wap dan terus keluarkan inner pot dari periuk. Kalau lambat keluarkan nanti berkerak pula sebab penebat dalam periuk tu masih panas kan ia boleh menyebabkan pulut jadi berkerak sekiranya ia dibiarkan dalam tu.

6. Haa dah siap pun pulut kuning kitaaa. Hehehehe. Cepat sedap dan masak cantik je walaupun guna mode HP. Tak berkerak langsung. Hanya 5 minit sahaja you olsss cubalah hehehe.


Pulut Kuning Noxxa


Selamat mencuba!


Monday, 22 June 2015

Resipi Portugis Grill Pasti Sedap dan Menawan Selera

Bismillahhirrahmanirrahim. Hari ni rasa nak share resipi lagi lah hehehe. Haaa tu diaa, resipi lagi kan, maklumlah bulan puasaaaaa. 

Ok kali ni nak kasi resipi Portugis Grill pulak. Sebut Portugis Grill ni sesapa yang biasa ke Mid Valey pasti kenal tempat makan Oasis dalam tu kan. Ya Allah sedap nyaaaaa Portugis Grill ni uolls. Seingat saya sejak dari zaman saya belajar Master kat UM lagi saya dok ulang makan Portugis Grill ni, dari tempat tu dok tingkat 3 sampai lah pindah ke tingkat 2 kot sekarang ni hehehe. Kiranya tempat wajib pergi lepas tgk movie dengan Azura dedulu. Dari zaman anak dara, dan sekarang dah kawen pun hampir 6 tahun masih exist tau tempat ittuuuu. Pendek kata walaupun sudah bertahun-tahun rasa Portugis Grill kat kedai tu tetap sama...pekerjanya pun masih yang lama. Pergh nampak sangat kan kaki pergi situ. Ok meh sini nak kasi resipi sikit.


Bahan-bahan

2 labu bawang  besar **
10 ulas bawang merah **
1 labu bawang putih **
3 batang serai **
Halia **
Lengkuas **
2 gengam udang kering  **
1 inci belacan **
5 sudu minyak zaiton untuk menumis
1/4 cawan air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa
daun limau purut - hiris halus
1 paket 250g gili giling(nak pedas tambahkan cili kecil bebenyak)
Setengah cawan air
Bendi/petai untuk hiasan
Aluminum Foil (Wajib wah hahaha)


Caranya

Blend semua bahan bertanda **. Panaskan minyak zaiton dan tuang semua bahan blend tadi bersama. Tumis hingga naik bau dan kekuningan kemudian masukkan cili giling tadi. 
Kacau dan tumis hingga mendidih. Kemudian masukkan air asam jawa , garam. gula, serbuk perasa dan sedikit air jika ianya terlalu pekat. 
Kacau lagi hingga adunan betul-betul pekat dan naik bau. 
Kemudian taburlah daun limau purut. Rasa lah sesedap mulut nak pedas ke nak masam ke nak manis ke hehehe. (Serius bau nya wangi semerbak bila masak)

Bila dah masak tunggu sejuk dan bolehlah di sapukan pada ikan. Boleh gunakan sebarang ikan yang kita suka. Ada orang alaskan daun pisang dahulu dalam aluminium foil sebelum bakar.
Tetapi saya takde daun pisang, so main hamtam sajalaaaa, terus letak ikan tu dalam aluminum foil. Taburkan dengan bendi atau petai atau apa je sayur yang anda suka.
Lepas tu balut lah ikan kita sesedap dan semuatnya hehehe. Dan boleh lah dibakar. 
Masa untuk ikan masak dalam 10-15 minit bergantung pada saiz dan jenis ikan.
Nak lagi sedap sebelum makan tu perahkan asam limau dulu perghhh makan dengan nasi panas, confirm bertambah-tambah hehehehe

P/S : Boleh juga gunakan rempah ini untuk bakar sotong, udang dan ayam juga.

Tumis semua bahan blend
Tumis semua bahan blend 

Rempah Portugis Grill - Pekat dan Aromanya Wangi Bila Masak
Rempah Portugis Grill - Pekat dan Aromanya Wangi Bila Masak

Portugis Grill Menggunakan Aluminium Foil
Portugis Grill Menggunakan Aluminium Foil

Taddaaaaa Portugis Grill Versi Mommy Firas
Taddaaaaa Portugis Grill Versi Mommy Firas


Haa uplls boleh lah cuba sendiri bulan-bulan posa ni tau. Buat lah rempahnya tu bebanyak pehtu simpan dalam fridge. Senang balik kerja boleh terus bakar je. Mahal kot portugis grill ni kalau kat PARAM (Pasar Ramadhan) berbelas ringgit tau. Itu pun tengok jenis ikan gak. So apalagi buleh lah cuba khennnn.

Love
Masliza

Friday, 12 June 2015

Resipi Sup Kepala Ikan Merah Yang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak update tentang makanan dan resipi kat sini kan hehehe. Ok lah disebabkan dah lama takde update tentang resipi maka hari ini saya dengan bermurah hati nak belanja dan share resipi SUP KEPALA IKAN MERAH. Kalau rasa-rasa anda seorang yang busy dan sentiasa nak memasak makanan yang menjimatkan tenaga dan masa apakata cuba buat sup ikan merah ni. Saya cuma mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja untuk menyediakan sup ini. Haaa meh kita tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan 
1. 7-8 ulas bawang merah. -hiris halus atau kisar
2. 5 ulas bawang putih. - hiris atau kisar
3. 5 inchi halia - hiris atau kisar (saya suka letak halia bebanyak sebab nak  keluarkan angin selain menghilangkan bau ikan).
4. 1 labu bawang besar- saya guna bawang Holland - potong baji.
5. Rempah sup ikan adabi - saya tambah beberapa kuntum bunga lawang.
6. Daun sup dan daun ketumbar.
7. Carrot, kentang.
8. Lada hitam yang ditumbuk kasar- boleh je guna yang dijual siap tumbuk.
9. 2 keping kepala ikan merah dan beberapa keping isinya.
10 Sedikit minyak zaiton untun menumis. (Saya guna extra virgin olive oil)
11. 1-1.5 liter air.
12. 3 keping asam gelugur
13. Garam dan serbuk perasa

Bahan Untuk Dikiras/Dihiris
Bahan Untuk Dikiras/Dihiris 


Sisik Ikan Merah Kaya Dengan Kolagen
Ikan Merah Kaya Dengan Kolagen Semulajadi


Rempah Sup Kepala Ikan
Rempah Sup Kepala Ikan 

Cara-Cara
Saya belajar daripada bekas housemate yang yang berbangsa Tionghua dulu mereka masak sup kepala ikan tak perlu tumis. Tetapi kalau versi Melayu kita buasanya tumis dulu bahan-bahan kisar tu kan. Saya dah cuba kedua-dua cara iaitu tumis dan tak tumis, kedua-dua nya sedap aihhh. hehehe. Hari ni saya kongsi kan sup kepala ikan merah versi tumis dulu yer.

1. Panaskan peruik dan amsukkan beberapa sudu minyak zaiton . Bila panas tumiskan rempah sup bunjut, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, buah keras hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih bawang merah, halia yang telah di kiras atau dihiris tadi tumis hingga naik bau dan berwarna kekuningan.

2. Bila dah naik bau, masukkan 1 liter air (kalau nak kuah banyak masukkan air lebih sikit). 

3. Masukkan asam keping dan biarkan air mendidih. Masukkan kentang, carrot dan bawang besar  yang dihiris. 

4. Bila air dah mendidih masukkan kepala ikan, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Dan biarkan isi ikan lembut dan masak. Saya biarkan dalam 15 minit dan terus tutup apinya. Dan siap untuk dihidangkan. Hias kan dengan daun bawang dan daun ketumbar . Juga boleh taburkan bawang goreng dan hirisan cili jika suka.

***Lebih kurang 30-45 minit sahaja masa penyediaannya***

Sup Kepala Ikan Merah Sedang Menggelegak
Sup Kepala Ikan Merah Sedang Menggelegak

Homemade Sup Kepala Ikan Merah Yang Mudah dan Sedap
Homemade Sup Kepala Ikan Merah Yang Mudah dan Sedap

Menurut petua arwah mak saya, isi ikan ni cepat lembut dan tidak perlu di masak terlalu lama kerana akan menyebabkan isi ikan tersebut hancur. Saya suka masukkan perahan isi lemon dalam sup kepala ikan merah ni kerana ianya menaikkan bau harum. Saya gunakan minyak zaiton untuk menumis kerana ianya tak mengandungi kolesterol. Haaa inilah yang di namakan menu sihat kan dan menu cantik kan. Maklumlah sisik ikan merah ni digunakan untuk menghasilkan Shaklee Collagen Powder (SCP) tau. hehehehe. So bila makan sup kepala ikan merah ni feeling nya sama dengan makan collegen kan hahahaha. Sememangnya kami sekeluarga memang suka segala menu yang dikategorikan sebagai sup, rebus atau singgang ni. Tak kisahlah sup ikan ke, singgang ikan ke, singgang daging ke, tulang rebus ke janji tak de santan hehehe. Dan yang paling penting masak makanan begini memang jimat masa. Masa saya sebagai WAHM sangat berharga you olls heheheheh. 

Selamat mencuba dan semoga ianya memberikan manfaat kepada anda semua.

Wednesday, 28 January 2015

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Yang Sedap

Alkisahnya hari ni inche suami bawak balik ikan siakap dan request Siakap Stim Limau. Katanya tak puas makan kat Aroma Ikan Bakar boleh baca entri tentangnya DI SINI dan Laman Aiman hari tu. Yang membuatkan suami saya suka sangat siakap stim limau ni sebab rasa masam-masam dan pedas bila makan ikan stim tu. Bukan setakat dapat menyegarkan kita yang makan dengan kemasamannya tetapi kepedasannya juga boleh membuatkan peluh menitik masa makan, especially bila di makan panas-panas.

Itulah suami saya ni, bila dah suka makan memang akan suruh kita membuatnya. Wahai suami ku tahu dirimu berasal dari tepain laut, memang selera makan mu nak ikan sesaja hahahaha. Indahnya jadi Work At Home Mother (WAHM) ni kan. Sambil saya bekerja, sambil saya dapat memenuhi permintaan selera suami. Alhamdulillah, diberikan kebebasan memilih masa bekerja. 

Oklah kembali kepada kisah siakap stim limau ni, memang zaman sekarang ni bila kita beli ikan kita boleh mintak penjual tu terus bersihkan ikan kan. So memang senang lah kerja kita bila balik rumah takde lah nak susah payah bersihkan ikan dan sisik nya tu semua kan. Saya ikut petua orang-orang lama untuk hilangkan bau ikan ni, adalah lebih elok kalau rendamkan ikan yang dah siap dibersihkan tu dengan air basuhan beras dan air limau nipis. Masukkan sekali kulit limau nipis tu dan sental badan ikan supaya lendir atau sisiknya keluar. Beberapa kali saya dah praktikkan benda ni dan memang terbukti ianya berjaya menghilangkan bau hanyir ikan. Cubalah praktikkan benda ni untuk anda yang belum pernah cuba buat benda ni kan hehehe.

Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir
Siakap Direndam Dengan Air Beras dan Limau Untuk Hilangkan Bau Hanyir

Resipi nak buat siakap stim ni tak susahpun. Actually saya takde belajar dari mana-mana pun cara nak buat siakap stim limau ni, cuma saya perhatikan apa yang ada dalam masakan tu tiap kali kami order dan saya prihatin tentang rasanya hehehe. Perasan diri hebat keee, ehh tidaklah. Cuma ini salah satu cara kita nak menenggok resipi kedai yang di ajar oleh arwah nenek tiri saya. Hehehehe. Ok meh kita tengok bahan-bahan dan cara nak memasak siakap stim limau dengan resipi campak kasih sayang ni. Kenapa campak kasih sayang? Sebab saya menggunakan apa je yang ada dalam peti ais (ini kes malas nak turun beli dah ni hikhikhik).

BAHAN-BAHAN UNTUK SIAKAP STIM LIMAU
  1. Seekor ikan siakap sederhana besar
  2. 5 ulas bawang merah***
  3. 4 ulas bawang putih***
  4. Seinci halia (dipotong memanjang)***
  5. Lengkuas (di potong memanjang)***
  6. 1/2 biji bawang besar (dipotong memanjang)***
  7. 3 helai daun limau purut***
  8. 3@4 biji limau nipis -perah dan ambil airnya sahaja*** 
  9. 3-5 biji cili merah + hijau (saya guna cili merah je sebab cili hijau dah habis hahah)***
  10. 1/2 kiub pati ayam knorr atau Serbuk Secukup Rasa***
  11. 2 Sudu sos ikan takde pun takpe***
  12. Garam, Serbuk perasa dan sedikit gula (saya tak masukkan gula pun)***
  13. Daun ketumbar dan salad untuk hiasan (saya tak guna sebab dua benda ni dah layu hehe)


Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau
Bahan Untuk Buat Siakap Stim Limau

CARA MEMBUAT
  1. Ikan siakap yang telah dibersihkan di lumurkan dengan sedikir garam dan kukus dengan sedikir air. Biasanya kukus dalam 10-15 minit bergantung pada saiz ikan juga lah. Kalau ikan besar maka lama lah sikit waktu yang diambil untuk stim nya.
  2. Sementara ikan masak masukkan kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam kuali dan panaskan sehingga layu. Rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya. Saya panggil ini sebagai kuah asam limaunya hehehe 
  3. Bila dah layu dan ikan yang di stim juga masak tuangkan kuah tadi dan kukus lagi lebih kurang 10 minit.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan. Kalau nak lagi best aromanya tu tu letakkan daun ketumbar.

Saya memang buat campak kasih sayang sebab menggunakan segala sumber yang ada dalam peti ais je, so kalau nak nampak ikan stim limau tu ada kaler pelangi boleh lah masukkan tomato, carrot, cendawan dan sebagainya. Memang kalau masukkan cendawan rasanya lebih sedap. 

Satu lagi pilhan untuk stim siakap limau campak kasih sayang ni ialah masukkan kesemua bahan yang bertanda *** tadi dan kukus bersama dengan ikan tu. Kira sekaliharung punya kukus. Itu lagi senang cuma untuk penggemar bawang seperti saya saya tak suka bawang yang dah terlalu layu. Kalau bawang tu distim dari awal dia akan menjadi terlalu layu, lembik sangat daaaaa hehehe. 

Siakap Ready Untuk Di Stim
Siakap Ready Untuk Di Stim

Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap
Siakap Stim Limau Campak Kasih Sayang Dan Siap

Kalau sebelum ni my inche suami selalu minta siakap stim ala nyonya yang agak banyak step nak memasaknya, sekarang ni seleranya nya dah beralih arah kepada Siakap Stim Limau pula. Saya tanya dia berapa ringgit sekor ikan yang dibelinya tu dia cakap RM7 je. Mak aihhhh murah je rupanya ikan siakap tu. Kalau makan kat restoran reganya koman-koman pun 20-30 ringgit tu memang dah wajib dah kan. Untuk penggemar ikan stim macam keluarga saya ni nak makan ikan stim setiap minggu pun boleh tapi stimlah di rumah heheheh. Jimat belanja, mudah dan tentunya bersih. Siakap Stim Limau ni tak jemu di makan sebab dia ada rasa masam, pendek kata sesedap rasalah. ditambah pula kalau kuahnya tu pedas-pedas, perghhhh makan seekor pun tak sedar dah licin ikan tu dikerjakan. Heheheh. Menu ni sesuai untuk mereka yang tekak loya dan nak makan masam-masam, healthy jugak sebab takde menggunakan minyak, atau santan. Sooooo suri rumah boleh lah mencuba kan....

Love
Masliza

Tuesday, 27 January 2015

Mommy I Am 4 Years Old Dah Kan Kan.

Kisah Ahad lepas, 25 Januari Firas sambut birthday ke 4. Syukur diam tak diam dah 4 tahun dah anak mommy dan papa ni. Lebih menggembirakan tahun ni sekali lagi Firas dapat celebrate birthday dengan Umi , maklumlah nenek saudara dan cucu saudaranya ni berkongsi tarikh lahir yang sama. Cuma Wan dan Tok Teh nya je yang tak dapat celebrate. Dia tertanya-tanya kenapa Umi, Wan dan Tok Teh sambut birthday samadengan da, hahaha, rasanya soalan ini akan berterusan sehinggalah dia faham yang nenek saudaranya itu kembar 3. Setiap tahun rasa sangat istimewa bila generasi kedua dan keempat Osman Salleh ni dapat menyambutnya bersama-sama. Kalau arwah tok ada dia tentu gembira tengok anak dan cicitnya sambut birthday sama-sama. Al Fatihah untuk keluarga saya yang dah kembali kepadaNya.

Seperti biasa, sambutan birthday Firas kami buat hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Tahun ni dia dah pandai request nak kek sendiri dan kek yang ditempah ini di design atas permintaan Firas. Wahh bukan main lagi kan budak-budak zaman sekarang ni, kecil-kecil dah pandai request bagai. Ok kek ni di tempah dari De'Hayfa Custom Cakes. Memang superb kek nya, rainbow kek yang sangat sedap. Kalau anda semua nak melayannnn gambar-gambar kek boleh click DI SINI .Ohh yer boleh delivery sampai depan rumah hokey. So kita tak payah nak rushing buat persiapan tau-tau sampai jeeeee. heheheh.

Kek Yang Diminta Oleh  Firas
Kek Yang Diminta Oleh  Firas


Punyalah budak ni excited, bangun pagi hari Ahad tu terus je tanya 'Mommy mana kek besday saya?" Hamboih laa anakku, tak sesabor nya kan. Dari pagi asyik cakap 'Mommy I am 4 years old kan kan kan'. Sebagai seorang ibu, memang happy sangat bila anak bercakap begitu. Keterujaan nak sambuk birthday yang ke 4 disebabkan kek nya tu ada 4 ekor kepala Ninja Turttle. Hehehehe

Happy Face
Happy Face

Peace Yawww I'm 4 years old

Anugerah Allah Yang Terindah
Anugerah Allah Yang Terindah

Haa nampak tak muka happy anak saya ni? Happy sebab dia dapat kek Ninja Turtle yang dia request tu, dan happy sebab dapat hadiah beg, pancil box daripada Umi hehehe. Hadiah orang lain dia tak happy sangat sampailah bila Acunya balik lewat malam bawak keta kontrol hahaha. Mommy happy sebab rainbow kek yang ditempah ni sangat sedap walaupun layer coklat tu digantikan dengan cream cheese. Wallah memang sedap betul rasa manis-manis masam krim tu.  Kreatif juga owner De'Hayfa  Custom Cake ni. Anda tak percaya boleh order, rasa sedap, servis pun memuaskan hati. 

Masih terngiang ucapannya 'Mommy I am 4 years old dan kan kan'. Semakin hari dia semakin membesar sihat dan cergas. Semoga dia akan menjadi anak yang membahagiakan mommy dan papa dunia dan akhirat. Mommy korbankan kerjaya demi dia, mommy menjadi WAHM demi dia, dan dialah lambang cinta kami. Membesar bagai juara dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Saturday, 24 January 2015

Resipi Ringkas Dan Senang Buat Wajik atau Pulut Kacau

Entri hari ni pasal makanan lagi hehehe. Al kisahnya semalam ada sorang kawan update kat facebook pasal Wajik atau orang Kelate cakap Nasi Manis atau orang Kedah panggil Pulut Kacau. Walau apa pun namanya, ianya adalah makanan berasaskan puluit yang manis hehehe. Ginilah lebih kurangnya rupa wajik tu.

Wajik Juga Dikenali Dengan Nama Bubur Kacau dan Nasi Manis
Wajik Juga Dikenali Dengan Nama Bubur Kacau dan Nasi Manis


Bila dah tengok kat fb kawan, tiba-tiba rasa nak makan pulak. Terus cakap dengan Inche suami, wahh terujanya dia maklumlah itu makanan favourite dia. Apa lagi sepantas kilat suruh dia beli kan beras pulut, santan, daun pandan untuk buat wajik tu. Seingat saya, masa sekolah rendah selalu jadi pembantu arwah mak masa dia buat wajik untuk di jual di kedai makan kami. Dulu memang rasa Allah kenapalah nak buat makanan yang menyusahkan ni. Hehe, tapi itu dulu, sekarang lepas cubaan pertama kali buat wajik ni saya rasa sangat senang ringkas. Ok meh saya bagi resipinya.

Bahan-Bahan
500 gram beras pulut.
350 gram gula melaka.
50 gram gula.
600 ml santan pekat.
1 cawan air.
5 helai daun pandan.

Cara Membuat
1. Rendam beras pulut lebih kurang 40-45 minit. Kemudian barulah di kukus. Ada orang masak je beras pulut tu, tapi saya lebih suka kaedah kukus sebab nanti berasnya tidaklah terlalu lembik. Kukus lebih kurang 40-45 minit. Untuk memberikan aroma dan bau yang wangi, saya kukus beras pulut bersama dengan daun pandan. Beras yang dah masa kelihatan seperti nasi dan tidak bergetah. Angkat dan gaulkan dengan sedikit garam halus. Dan ketepikan dulu. 

Pulut Yang Dan Masak
Pulut Yang Dan Masak


2. Dalam kuali atau periuk berasingan masukkan santan pekat, gula melaka, gula pasir dan lebihan daun pandan tadi dan kacau sehingga hancur dan sebati semuanya. Masak adunan tadi sehingga berubah warna dan kelihatan pekat dan bertukar warna kehitaman. Gula melaka akan menentukan kehitaman wajik kita. So kalau nak hitam gunakan 100% gula melaka jangan guna gula pasir. Kalau resipi arwah mak saya, dia suka campurkan adunan ni dengan bunga cengkih dan juga durian. Sebabtu kalau di kelantan ada versi nasi manis durian. Tapi saya memang tak suka wajik atau nasi manis yang dicampur dengan durian ni. 


Adunan Santan dan Gula Melaka
Adunan Santan dan Gula Melaka

Santan dan Gula Melaka Mendidih
Santan dan Gula Melaka Mendidih

Masak Adunan Santan dan Gula Melaka Sehingga Likat Begini
Masak Adunan Santan dan Gula Melaka Sehingga Likat Begini

3. Ok bila adunan ni dah pekat likat dan berkilat tutup api dan tapis kesemua adunan tu dulu. Kita memang perlu tapis dulu sebab nak asingkan habuk daripada gula melaka. Lepas tapi tu masukkan balik ke dalam periuk atau kuali. Di atas dapur gunakan api perlahan dan masukkan pulut yang sudah di kukus tadi. Kacau hingga sebati dan ianya menjadi hitam atau berubah kaler semuanya.

Adunan Gula Melaka dan Pulut di Kacau Rata
Adunan Gula Melaka dan Pulut di Kacau Rata

4. Bila dah sebati barulah di masukkan ke dalam bekas atau loyang. Ikut petua arwah mak saya masukkan dalam loyang tu dan keluarkan semua daun pandan supaya senang kita nak potong nanti. Dan selalunya kita mampatkan ke dalam loyang.

Kacau Lagi

Kacau dan Mampatkan

Mampatkan Di dalam Loyang Dulu
Mampatkan Di dalam Loyang Dulu

Wajik atau Bubur Kacau atau Nasi Manis Yang Siap Dimasak
Wajik atau Bubur Kacau atau Nasi Manis Yang Siap Dimasak

Berkilatkan Warna Wajik atau Bubur Kacau Ni.
Berkilatkan Warna Wajik atau Bubur Kacau Ni.


Kalau ikut orang tua-tua, nak tahu wajik ayau nasi manis tu betul-betul manis atau tidak tengok pada tekstur tu adakah dia herkilay dan bertali-tali masa dikacau hehe. Walaubagaimana pun, saya memang seorang yang tak suka manis, jadi versi saya pun kuranglah manisnya. Perlu diingat wajik sememangnya sangat-sangat lah manis. Jadi kalau nak buat wajik feeling macam yang original, banyakkan lagi gula melaka dan gula.

Senang dan simple je kan rasa buat wajik atau bubur kacau atau nasi manis ni. Semoga perkongsian ni akan dapat membantu kawan-kawan lain buat wajik. Jangan kita takut nak mencuba, sebab selagi kita sendiri tal cuba, memang sampai bila-bila pun kita tak akan pandai buat sendiri. Cewah hehe, sebab saya dulu pun rasa macam tu, sekarang ni dah insof sebab saya takde orang tua kan, so nak makan memang kena buat sendiri. Selamat mencuba.

Tata titi tutu
Masliza

Monday, 12 January 2015

5 Menu Sarapan Untuk Anak Ke Sekolah : Senang, Mudah, Berkhasiat dan Sedap Tentunya

Assalamualaikum. Diam tak diam cuti holiday dah pun berakhir (walaupun lewat seminggu daripada yang sepatutnya). Hari ni untuk sekolah yang cutinya Sabtu dan Ahad akan kembali ke sekolah. Back to School katakan. Rutin harian ibu akan berubah, rutin harian pemanduan ke tempat kerja juga akan berubah. Sedar atau tak sedar, bila sekolah bermula, kesesakan jalan raya akan menjadi luar biasa. Itu hakikatnya kalau di Kuala Lumpur, tempat lain saya kurang pasti pula. Hehehehe.

Sebagai ibu tentunya dalam fikiran ialah nak sediakan sarapan untuk anak ke sekolah. Ada ibu-ibu yang mahukan anaknya at least bersarapan dengan air tangan mereka dulu sebelum ke sekolah, atau mungkin boleh di jadikan bekalan untuk anak ke sekolah juga kan. Last year saya tak terasa sangat 'feel' sediakan bekalan untuk anak ke sekolah tapi tahun ni, sebelum bukak sekolah saya dah plan apakah makanan yang saya nak bekalkan pada Firas ke sekolah setiap hari. Hehehehe. Ibarat mengimbau kenangan saya semasa bersekolah dulu, arwah mi memang setiap hari akan pastikan kami adik beradik makan dulu kat rumah. Selalu nya nasi goreng, nasi dengan ayam masak merah, meehun goreng, dan macam-macam makanan berat saya makan sebelum ke sekolah dulu. Hebatnya arwah mi sebab bangun awal pagi menyediakan sarapan untuk kami 4 beradik. Allah rindunya dengan arwah mi, Ya Allah letakkan kedua orang tuaku kalangan hambaMu yang beriman. Amin. Ok kembali ke matlamat asal, nak bercerita tentang menu sarapan untuk ke sekolah. Saya dapat idea sarapan yang ringkas, sedap, mengenyangkan dan tentunya bersih (terjamin sebab masak sendiri kan) disebabkan sepanjang cuti sekolah ni Firas suka sangat makan makanan ala Subway, makan roti filling dgn kuah spaghetti atau rosted chicken. 


1. Roti Ala Subway
Best je kan nama sarapan ni. Senang je sebab ianya cuma perlukan roti oblong, atau roti burger any kind of bread pun tak kisah kot, kuah spaghetti, dan mayonis. Kuah spaghetti tu kenalah masak awal kan. Masak khas untuk tujuan ni ataupun guna lebihan kuah spaghetti pun boleh. Jadi saya masak kuah spaghetti ni banyak-banyak dah simpan dalam peti sejuk, bila dia kata nak makan je saya keluarkan roti oblong atau roti burger panaskan kuah dan  masukkan kuah spaghetti sebagai inti sambil letak juga lattuce dan semestinya atas tu saya letak mayonise. Hehehe usahkan Firas, kami suami isteri pun suka hahhahahaha. Rupanya ala-ala picture di bawah yer cuma versi saya takde sosej tu je. Picture ni carik kat google sebab tak sempat nak snap picture sebelum ni (sebab masa dia makan tak terfikir pun nak buat entri blog hahaha). Tak tahu nak letak apa namanya tapi saya panggil roti ala subway

Roti Ala Subway
Roti Ala Subway



2. Roti Goreng Salur Telur
Ini satu lagi menu sarapan simple dan cepat untuk ibu sediakan pepagi. Hanya perlukan roti, telur, sedikit mentega sahaja. Pecahkan telur,kacau rendam roti dan goreng dalam kuali yang diletakkan sikit mentega. Tak perlu minyak yang banyak yer sebab nanti berminyak dah jadi sarapan yang oily pulak untuk anak kita. Haa layan picture di bawah yer

Roti Goreng Salut Telur atau Roti Telur
Roti Goreng Salut Telur atau Roti Telur


3. Flourless Pancakes
Yang ini hasil pencarian resipi sarapan untuk anak-anak daripada internet. Harus saya akui memang saya tak pernah buat lagi hehehe. Tapi sharing is caring kan. Moga dapat memberikan manfaat kepada pembaca blog ini (cewahhhh)

Menu Sihat Yang Menyelerakan
Menu Sihat Yang Menyelerakan



4. Cokodok atau Jemput-jemput
Yang ini memang saya yakin ramai ibu-ibu suka buat kan. Dulu-dulu memang jemput-jemput bilis, jemput-jemput bawang sering jadi hidangan kami adik beradik. Tak cukup makan kat rumah kami bawak bekal lagi. Saya pasti resipi ni senang dan mudah disediakan pagi-pagi walaupun ibu bekerja kan. Ibu hanya perlu korbankan sedikit waktu tidur-mangkit awai hehehe.

Cokodok aka Jemput-Jemput
Cokodok aka Jemput-Jemput


5. Cheesy Bread Roll (Roti Gulung Ber cheese)
Ini satu lagi resipi berasaskan roti, cuma didalamnya diletakkan cheese dan di goreng dengan sedikit mentega. Best sebab cheese mencair di cicah pulak dengan sos hehehe. Yang ini saya dah pernah buat, ternyata pak budak terlebih suka hehehe.
Cheesy Bread Roll
Cheesy Bread Roll


So kita sebagai ibu takdelah pening kepala tetiap hari nak hidangkan anak dengan nugget atau sosej atau nasi lemak kan. Yang penting sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk anak kita. Sarapan memberikan energy kepada badan dan oksigen kepada otak, so anak kita akan kekal bertenaga. Selain tu saya tak lupa pastikan anak saya ambil multivitamin berperisa anggur setiap hari. Selamat mencuba...

Love 
Masliza

Friday, 9 January 2015

Pulut Kuning Dulu Dan Sekarang. Dulu Susah Sekarang Senang

Bismillahhirrahmanirrahim. Entri khas ini di buat untuk menceritakan tentang pulut kuning. Maklumlah semalam buat pulut kuningkan hehehe.

Sebut pasal pulut kuning ni, dulu-dulu kat kampung arwah mi (mak) kalau pasal pulut kuning je memang akan suruh orang tua pangkat nenek-nenek yang buat. Masa tu selalu tanya arwah mi kenapa tak buat, arwah selalu cakap orang tua je yang pandai buat pulut kuning ni kita orang muda kalau buat pun takkan sama dengan orang tua-tua buat. Tapi itu duluuuu lah. Saya sendiri pun tak pernah nampak arwah mi buat pulut kuning, tiap kali ada acara yang memerlukan ada pulut kuning, pasti arwah suruh nenek saudara nya yang buat. Air tangan dan aura orang tua katakan. Masa tu saya memang jadi tukang perhati je macam mana nenek saudara perah dua tiga biji kelapa dengan hanya beberapa cawan air. Kelapa tu dimasukkan dalam tuala bersih dan diperah untuk dapatkan pati santan. Memang guna pati santan bebetul lah. Pekat santannya. 

Zaman berganti zaman, peredaran masa ditambah pula dengan maklumat yang senang diperolehi. Dulu susah nak tengok orang tua buat pulut kan, tapi sekarang ni click click kat google nah keluar maklumat berderet-deret. Hehehe. Tak caya cubalah taip resipi kat google pasti keluar punya. Hehehehe. Inilah buktinya zaman dah makin canggih. Semua maklumat dihujung jari, jika pandai gunakan InsyaAllah dari takde skill memasak buleh jadi terror kan kan kan. 

Bagi orang-orang tua pulut kuning ni juga pulut semangat dan pulut kuning ni hanya kita boleh jumpa bila ada occacion tertentu je contohnya khatam Quran, masa upacara meminang, kahwin, hantar anak pergi mengaji Quran dan sebagainya. Pendek kata bukan senang nak jumpa pulut kuning dulu-dulu. Mungkin sebab itulah pulut kuning ni ada nilai yang tinggi dulu-dulu. Itu dulu lah kan, tapi sekarang ni hari-hari pun kita boleh jumpa pulut kuning ni, banyak gerai atau kedai atau cafe atau restoran dah menyediakan pulut kuning dan rendang ni. Kalau dulu pulut kuning di majlis-majlis ni sering di kapelkan dengan telur rebus atau telur dadar yang di hiris halus-halus dan nipis. 

Pulut kuning atau juga dikenali sebagai pulut semangat
Pulut kuning atau juga dikenali sebagai pulut semangat


Pulut kuning dan telur dadar yang dihiris nipis
Pulut kuning dan telur dadar yang dihiris nipis




Seingat saya memang dulu-dulu kami kat kampung makan pulut kuning takde lauk pun kalau adapun telur tadilah. Ermmm sekarang ni pulut kuning udah dikapel kan dengan rendang, tak kisahlah rendang awam atau rendang daging. Malah macam-macam lauk dah dihidangkan dengan pulut kuning ni kan.

Dulu-dulu rasa nak buat pulut kuning ni susah sangat. Renyeh, remeh dan rasa memang tak pandai. Tapi bak kata pepatah Melayu, 'belakang parang di asah lagikan tajam, inikan pula kita'. Kalau kita belajar lama-lama pandai lah. Memang betul tu. Saya firt time seumur hidup buat pulut kuning ni bulan Januari 2014. Itupun sebab nak cuba-cuba lepas seorang kawan yang pangkat kakak ajarkan. Dengar dia cakap tu memang senang je nak buat, so apalagi mulalah mencoba buat. Masa 1st time buat tu rendam beras pulut dengan sebuk kunyit ermm ada sikit bau walaupun guna daun pandan untuk kukus. Bau serbuk kunyit tu agak semacam hahaha. Ok menjadi tak lembek, rasa pun ok except for bau disebabkan guna serbuk kunyit tu. 2nd time buat pulut dalam bulan Januari tu jugak, sebab birthday Firas. Kali ni buat banyak terlembek sikit. Dan masa ni guna serbuk kunyit jugak memang tak best sebab bau nyaaaa lagii kuat. Mungkin saya terlebih letak serbuk kunyit hahahaha.

Dan atas permintaan inche suami semalam sekali lagi saya buat pulut kuning ni. Yelahkan mana boleh tiap2 bulan buat pulut kuning kan, hehehe. Opsss unsur-unsur kemalasan di situ kikiki. Kali ni memang beli perwarna kuning siap2 kat rumah dan berbulan beli hehehe. Dan kali ni punya pulut memang takde bau langsung. Sedap dan mendapat pujian hehehe. Ok ini bukan perasan sebab akak jiran kat floor 10 tu cakap sedap dan mintak resipi. Kembang kempess lubang hidup hahaha. Meh sini saya buktikan hehehe

Masakan Puan Masliza Dapat Pujian Sudah
Masakan Puan Masliza Dapat Pujian Sudah Hahaha


Sebenarnya ikhlas saya cakap, buat pulut kuning ni tak lah sukar atau susah sangat. Saya pun hairan kenapa dulu arwah mi saya selalu cakap orang tua-tua je boleh buat pulut, dan memang arwah mi tak pernah buat pulut kuning ni.   Resipi? Ermmm saya sebenarnya tak tahu berapa sukatan beras pulut yang saya guna sebab guna belen beras yang ada kat rumah ni aje. Hahahaha. Ok lah kita share sikit resipi pulut kuning versi tangan Masliza ni kan hahahaha.

PULUT KUNING
-beras pulut (rendam dengan perwarna kuning at least 7 jam)
-setengah kotak santan pekat (saya guna santan kotak sebab memang pekat)
-3 helai daun pandan (koyakkan dan simpulkan)
-secubit gula & garam halus

CARA
1. Tos kan beras yang sudah direndam dengan pewarna kuning tu. Panaskan pengukus. Alaskan pengukus dengan kain supaya bila letak beras, ianya tak keluar ikut celahan lubang pengukus. Masukkan daun pandan di tengah-tengah beras. Tengok gambar hehehe

Toskan beras dulu
Toskan beras dulu 


Letak dalam pengukus, alaskan dengan tuala bersih dan ready untuk di kukus
Letak dalam pengukus, alaskan dengan tuala bersih dan ready untuk di kukus


2. Bila air mendidih, kukus beras pulut untuk kali pertama selama 15-20 minit. Bila nampak beras dan lembut dan bertukar menjadi nasi, boleh angkat dan masukkan dalam satu bekas dan dicampurkan dengan santan pekat tadi. Taburkan secubit garam dan gula sambil kacau pulut hingga sebati dengan santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan gelojoh nak cepat yer hehehe. 

Pulut selepas di kukus pertama kali
Pulut selepas di kukus pertama kali


3. Bila dah rata santan dan pulut tadi agak lembut, masukkan sekali lagi untuk di kukus kali ke2. Kukus lebih kurang 10-15 minit.

Proses menggaulkan santan dengan pulut
Proses menggaulkan santan dengan pulut


4. Selepas 15 minit angkat dan lakukan sekali lagi proses gaul santan dengan pulut sehingga habis. Agak2 pulut dan lembut dan kukus lagi sekali. Kukus kali ke3 ni cuma 5-8 minit je, tak perlu lama sebab takut nanti lembik. Kadang-kadang saya cuma kukus 2 kali je. Tengok pada keadaan beras pulut tu juga. Ada yang jenis degil dan keras dan yang jenis mudah lembut. Kemudian angkat dan kacau satu arah dan mampatkan seperti dalam gambar.

Pulut Yang Berkilat Menandakan Ianya Cukup Santan
Pulut Yang Berkilat Menandakan Ianya Cukup Santan


Tadaaaa cenggini rupanya dah siap
Tadaaaa cenggini rupanya dah siap


Tekstur Pulut Kuning Yang Bagus Tidak Lembik Atau Pecah
Tekstur Pulut Kuning Yang Bagus Tidak Lembik Atau Pecah


Haa kita sekarang ni moden kan, makan pulut kuning nak ada lauk yang best-best kan. Paling koman pun kenalah rendang ayam ke daging ke, serunding ke kan. Ok lah show off ciked, rendang ayam air tangan Masliza di sini. Hahaha

Wahh guna low fat milk buat rendang
Wahh guna low fat milk buat rendang


Tak merah sebab tak letak cili banyak Sebab Firas Nak Makan


Tadaaaa healthy rendang ayam in the house yawwww. (Health keeeee)
Tadaaaa healthy rendang ayam in the house yawwww. (Health keeeee)


Haaa itulah dia pulut kuning versi moden yang senang ni. Dulu orang cakap santan kotak ni tak best rasanya ada bau, tapi pengalaman saya sendiri bila kita letak daun pandan banyak-banyak, bau santan kotak tu pun hilang ditelan dek bau daun pandan tu. Untuk ibu-ibu dan mereka yang busy tapi nak juga mencuba buat pulut kuning ni boleh lah cuba. Jangan risau dok pikiaq mana laa nak carik santan pekat atau kalau orang kelantan depa panggil "kepala santan" ni.  Santan kotak pun dah memadai. Tapi dengan syarat takde campur air lah nanti santan cair pulak. Hehehe. Jangan risau pulut kita tetap rasa lemak berkrim walaupun guna susu kotak.

Haaa apa lagi kan....selamat mencoba

Love
Mas



Wednesday, 24 December 2014

Mee Goreng Sabah Yang Istimewa

ssalamualaikum. Hari-hari hujan sekarang ni. Banjir pun tak de tanda-tanda nak surut lagi.  Dari dulu lagi satu perkara yang saya perhatikan di musim banjir, ialah perut cepat lapar. Maklumlah untuk orang Kelate macam saya ni, bulan doplas (December) je hujan brek,brek ( hujan tak berhenti).

Ok ekcelli bukan lah nak cerita pasal makanan di musim banjir tapi nak share tentang inche suami yang lapor memanjang musim hujan ni. Tambah pulak tidurnya dah tunggang terbalik sejak nak exam ni. Tulah, sapa suh jadik mahasitua kan hehehe. Ni kisah malam tadik sebanarnya. Selalunya kami malam memang tak heavy tapi sebabkan petang semalam hujan brek brek kat Pantai Dalam ni, perut inche suami pun meminta-minta nak makan. Kul 5 petang dia minta saya gorengkan Mee Sabah 
Amboih main order je kan...saya cakap tunggulah dulu biar saya rest nanti kalau awai sangat awak makan nanti malam awak nak makan lagi hehe. Sedih pulak tengok muka kelat ajeee tu. So apalagi isteri mithali terpaksalah turutkan kehendaknya. Opsss mee sabah ni ialah mee yang diterbangkan khas daripada Sabah sebenarnya. Kalau kat sana mereka panggil mee kuning je, hehehe tapi dah cik mek ni orang kelate, pandai-pandai je letak nama mee sabah. Mee ni memang takde kat KL yer, puas dah saya carik tapi memang takde jual di Kolumpo ni. Haaaa meh sini saya belanja rupa mee sabah tu.

 'Mee Sabah' di Kuala Lumpur
 'Mee Sabah' di Kolumpo

Haa nampak tak? Ianya mee kering sebenarnya. Seakan akan meggie tapi ianya lebih kenyal dan sedap daripada meggie ataupun mee kuning yang biasa kita tengok kat pasor di Semenanjung. Mee sabah ni ada macam-macam brand,  kebangakannua cap udang kalau di kampung suami Semporna nun. Kami kalau balik Semporna je memang beli mee ni bebanyak. Simpan untuk stock. Maklumlah ini makanan kegemaran inche suami. Ohh yer mee goreng sabah ni dah jadi peberet saya juga hehehe. Agak pelik sebab saya kalau mee kuninh biasa tu memang tak makan (ada bau kapur), tapi mee sabah makan ler pulok kan. Hahaha tekak memilih kannnn.

Mee ni ada yang cap udang sekor, cap udang 2 ekor, cap udang terbalik tertonggeng macam-macam lah. Heheh. Tapi kalau saya, memang saya suka yang brand macam picture kat atas tu, sebab kalau kita terlebih rendam pun dia taklah kembang bermangkok-mangkok. Ok ni jugak antara brand mee sabah ni.
Mee Kuning Sabah
Mee Kuning Sabah

Ok, tentu ada yang tak sabor nak tengok camma rupenya mee ni bila dah masak kan? Hehehe ini diaaa
Mee Goreng Sabah dah siap
Mee Goreng Sabah dah siap 

Haaaa nampakkk? Kalau anda pergi ke sabah, ini lah mee goreng utama mereka. Tak kiralah Kota Kinabalu ke, Kudat ka, Pitas ka, Kota Belud ka, Kundasang ka, Tawau ka, Lahad Datu kaa. Mee sabah kalau yang makan di kedai setakat ni paling best saya makan ialah di King Fisher (Kota Kinabalu) perghhh sedap sangattt. Kalau cakap mee goreng yang datang ialah mee sahaja tanpa sayur dan ayam. Pi sabah nak makan mee kena sebut mee goreng ayam, barulah ada ayam kat atas mee macam picture di bawah ni hehehe. Sedap wooo, apatah lagi di makan dengan sambal cili yummeh sangatt.


Tapi di kamung inche suami Tawau dan Semporna mee goreng (mee sabah) ni digoreng biasa sahaja tanpa ada campuran ayam ke, udang ke, sayur ke. Masa memula kawin dulu pernah goreng mee sabah ni letak ayam, letak sayur, terus inche suami komplen. So lepas tu memang buat mee goreng Sabah ini ikut selera mereka lah. Ehh ada yang menunggu resipi nya yer hehehe ok lah saya share di sini, resipi Mee Goreng Sabah ni sangat lah simple. Dan memang tradisi makan mee goreng Sabah ni mesti ada cili yang akan menaikkan lagi kesedapan mee bila dimakan pedas-pedas. Nak kata wajib tu melampau lah kan tapi memang tradisi makan mee goreng Sabah ni kena ada cili sambal. Lagi pedas laaaagi mengamchammmmm. 

Sambal cili kata orang Sabah
Sambal cili kata orang Sabah


Bahan-Bahan
  • Mee Sabah (direndam untuk lembutkan mee tersebut)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bawang putih dan bawang merah dihiris halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap (wajib ada sebab nak jadikan nya warna hitam tuu)
  • sedikit air
Cara-Cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang sampai garing, masukkan sos cili sos tomato, kicap dan sedikit air, dan garam. 
  • Bila dah naik bau, masukkan mee Sabah yang dan lembut tadi. Kacau hingga sebati, kalau tak cukup rasa tambahlah apa yang perlu.
Mee Goreng Sabah Saya Dah Siap
Mee Goreng Sabah Saya Dah Siap

Saya suka buat penambahbaikan bila makan tu berlaukkan ikan bakar ke, ikan goreng ke, ayam goreng ke. Dan memang tak sah tak perahkan asam limau. Memang terbaik sangat rasanya pedas, masam semua ada. Pehtu kalau saya makan mesti hiris lacctuce dan makan bersama mee. Haaa suka hati kita lah nak buat pembaharuan tu asalkan rasa asalkan tradisi Sabahan tu masih kekal hehehe.

Perbezaan Mee Sabah dan Mee Kuning Biasa

Perbezaan yang nyata mee Sabah ini dengan mee kuning biasa ialah :
1. Teksturnya yang bila digoreng lebih kenyal, walaupun kita rendam mee tu dengan air panas, mee memang tak lembik. Harus diingat ada sesetengah mee Sabah ni kalau rendam tak cukup lama keras kejung pulak nanti, nak makan pun dah tak best hehehehe. 

2. Mee sabah ni takde bau kapur. Kalau mee kuning yang kita beli di Kolumpo ni kebanyakkan nya ada bau kapur. Tapi mee Sabah ni memang takde bau langsung.

3. Bila di rendam dengan air panas warna kuning mee Sabah tidak akan menjadi merah. Beberapa kali saya baca di dada akhbar tentang mee kuning yang ada di pasaran kita ni jika dibasuh dengan air panas akan bertukar kaler kemerah-merahan, disebabkan adanya asid borik, Tapi mee Sabah ni rendam dengan air panas memang tak akan berlaku pertukaran warnanya hehehe.

4. Bila dicuci mee Sabah ni tidak berminyak, berbanding dengan mee kuning biasa yang kita sentuh pun dah dapat rasakan minyak melekit lekit.

OK anda jangan tanya saya tentang kalori nya sebab saya belum lagi buat kajian kalori mee Sabah dengan mee kuning biasa ni hehehehe.

Saya tak jual mee Sabah, cuma simpan stock untuk inche suami je heheh. Kalau anda kebetulan melancong ke Sabah, cubalah beli mee ini dan rasalah sendiri keenakannya.


Ready Untuk Di Ngap
Ready Untuk Di Ngap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...