Showing posts with label SBS. Show all posts
Showing posts with label SBS. Show all posts

Sunday, 15 March 2015

Bagaimana Menguruskan Kewangan Peribadi Melalui Konsep 6 Jar Income

Bismillahhirrahmanirrahim. Haa seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni, kali ni saya kongsikan dengan apa yang saya belajar dari training Start Bright Series (SBS) semalam. 

Memang SBS kali ni ada banyak topik yang best dan mencelikkan mata dan hati hehehe. Dalam banyak-banyak topik paling best ialah topik akhir yang dikendalikan oleh Encik Aznin Ghazali, haaa topik apalagi kalau bukan topik Personal Financial Management. Memang mata yang tengah layuu ngantuk pun terus terbukak teranggg bila belajar topik ni. 

Topik Financial Yang Mengajar Tentang 6 Jar
Topik Financial Yang Mengajar Tentang 6 Jar

Sub topik yang paling saya dan peserta lain suka ialah bab HOW TO MANAGE YOUR FINANCIAL. Orang bisness ke orang biasa ke memang kena super duper bijak menguruskan kewangan memasing. Hehe kalau tidak memang memanjang tak boleh saving. Alhamdulillah saya masih mampu menyimpan setiap bulan walaupun tidak banyak. Ok berbalik kepada topik how to manage your financial income, kami di perkenalkan lebih lanjut dengan konsep 6 JAR INCOME. Haaa jangan main-main you olss, 6 jar income hehehe. Speaker siap bawak 6 tabung tuuuu. Yesss itu yang menariknya. Selalu saya baca dan faham tapi tak pernah pun betul-betul ada 6 jar ni. Hehehe. Haaaa nampak tak tuu tabung-tabung ESP shaklee dan tabung Performance Drink (PD). Training ni bukan main cakap jee tapi terus prakti kan kat situ.

6 Jar Income
6 Jar Income


Ok jom saya share kan apa itu 6 jar of income yang saya dah belajar semalam.

1. FFA Jar 
Financial Freedom Account. Dalam tabung ni masukkan 10% daripada pendapatan bulanan kita. Contohnya kalau income kita RM3000 maknanya RM300 masuk dalam tabung FFA ni. Tujuan FFA ni adalah untuk kegunaan investment, memulakan bisness, nak buat passive income ke. Dan perlu di ingat JANGAN SESEKALI AMBIL DUIT YANG DAH DIMASUKKAN DALAM ni. Haaa jangan sesekali mengelat woo. Tabiat yang tak bagus dah masukkan duit dalam tabung pehtu time sesakkkk terus amek dan pakai. A big noooo Ok.

2. NEC Jar
Necesities jar atau tabung keperluan asas. Haaa jumlah duit yang masuk dalam tabung ni adalah yang paling banyak. Dalam tabung ni kita kena masukkan 55% daripada pendapatan bulanan kita dalam ni. Kenapa tabung ni paling banyak ni?????? Haaa sebab duit dari tabung ni lah yang kita guna untuk bayar segala mak nenek bill, beli keperluan dapur, beli keperluan harian, bayor keta, dan pakaian yang betul-betul kita perlukan. Opsss bayor loan, bayor hutang bank semua masuk sini tau kikiki. Dan kalau bagi duit bulanan pada family ianya tergolong dalam tabung ni. Ada orang komitmen bagi duit pada mak abah tu bukan setiap bulan so dia tak di masuk dalam jar ni. Ingat yang memang tetiap bulan kasi kena masukkan dalam jar ni. Haaaa gituuuu. Untuk saya yang udah yatim piatu ni, komitmen bagi duit pada mak abah takde.

3.LTSS Jar
Long Term Saving for Spending jar haaa jar ni sama konsep main kutu tu laaa kikiki. Simpan untuk di spend gittu kan kan. Alaaa jangan buat tak biasa dengan main kutu ni kikiki. Dapat kutu je beli plasma tv laa, beli gelang pandora ke, nak bercoti-coti ke semua kat sini tau. Ok saya pernah main kutu dua tiga kali long long time agooo. Sekarang takde dah hahaha. Berapa banyak masuk tabung jar ni? Haaa sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan kita masuk dalam jar ni. 

4. EDU Jar
Education jar. Haa jangan salah paham yer, walaupun namanya education (pendidikan) jar tetapi untuk pendidikan kita. Haa berapa banyak masuk sini? Dalam tabung ni perlu 10% daripada monthly income kita. Ehh rasa diri dah tua tak perlukan pendidikan? Eh no no no...pendidikan sepanjang hayat tau. Akak-akak macik-macik perlukan duit dari tabung ni tau. Sebab apa? Depakan suka beli buku masakan lah, buku menghias rumah lah kan. Tap bukan majalah hiburan picisan tu tau. Duit dari tabung ni mungkin kita boleh guna nak gi seminar ke, nak pergi training yang membantu meningkatkan skill kita.! Haaa simpan sikit2 nak pergi seminar Dr Azizan Osman tu contoh paling dekat heheh.

5. Play Jar
Haaaa bila speaker sebut je play jar ni mata kami semua terus bersinar-sinar tau hehe. Peruntukkan 10% daripada monthly income kita untuk tabung ni. Dan PERLU gunakan untuk kegunaan bersuka-suka kita. Jangan dok simpan pulak peruntukkan untuk bermain ni. Barulah rasa seronokkkk. Contohnya kita teringin nak makan restoran mahei ke, teringin nak belanja adik beradik makan ke, haaa inilah gunanya duit dari play jar ni.

6. GIV Jar
Giving jar atau Charity jar kalau dalam konsep Islam ialah tabung untung sedekah/memberi. Banyak mana masuk dalam jar ni? 5% je tau dari income bulanan kita masuk sini. Tak banyak mana pun. Islam pun menggalakkan sedekah untuk memurahkan lagi rezeki kita. Bagi yang sekali sekala kasi duit pada mak abah, ia dikira dalam GIV jar ni.  Sedekah kat mesjid dan sedekah pada anak sedara yang masuk universiti ke semuanya dari tabung ni tau. Opsss sedekah duit raya pun dari tabung ni yer. Hehehe. 

Jujur saya akui saya sendiri pun belum ada kesemua jar yang disebutkan tu. Yang ada pun beberapa jer. Ohh yer kita zaman moden ni takde lah simpan duit dalam jar lagi kan hahaha. So caranya bukak lah akaun bank bebanyak untuk simpan duit ni, maksudnya ada 6 bank lah hehehe. Speaker tu jugak sharing yang dia dah lamaaaa amalkan sistem 6 jar ni. Haa nampaknya speaker kami ni bercakap melalui pengalaman dan bukannya main cakap dari apa yany dia baca dari buku Secret Of The Millionaire Mind.

Speaker Bagaimana Menguruskan Kewangan Peribadi Anda
Speaker Bagaimana Menguruskan Kewangan Peribadi Anda

Harus Baca Buku Ni Barulah Tahu Tentang 6 Jar Income 

Barulah terbukak minda cemmana nak manage kewangan kita kan? Actually untuk menguruskan 6 jar ni kita perlu buat sesama dengan pasangan. Dan paling penting dua-dua tak berahsia tentang berapa banyak gaji dan side income. Hahaha bak kata speaker tu lagi lebih bagus datang training dengan pasangan kita. Hallamakkkkk saya pergi sorang-sorang je. Haish nak kena paksa inche suami datang juga next time ni. Hehehe. 

Haa best kan belajar uruskan kewangan ni. Bila kita pergi training, kita akan dapat banyak ilmu baru. Walaupun nampak senang je tapi saya pasti ramai yang tak pernah buat kan. Kat bawah ni saya kongsikan supaya kita mudah faham jar yang ada dan berapa kita wajib simpan. Orang tua dulu-dulu memang bijak kan, sebab tu lah adanya pepatah menabung untuk masa depan kita. 

Ilustrasi Peratusan Income Bagi Setiap 6 Jar 

Dah belajar, dah tahu dan dah sharing tinggal lagi nak apply dalam kehidupan harian. Better late than never you olls hehehe.

Love
Masliza

Saturday, 14 March 2015

Sesi Start Bright Series (SBS) Cycle 2015

Assalamualaikum, permulaaan cycle baru  di mulakan dengan kelas Start Bright Series (SBS) di Faizland Training Center di Paragon Point 2, Bandar Baru Bangi. Ini lah kali ke 2 menjejakkan kaki ke training center ini. Dan ini lah kali pertama SBS diadakan untuk tahun ni.

Berbanding dengan tahun lepas SBS kali ni memang banyak pembaharuan. Yelah kan kita ni nak bisness kalau dok guna sejenis pendekatan je memang susahlah nak survive. 

Jom kita layan gambar dulu, dan intipati training ni akan saya kongsikan dalam entri yang seterusnya.

Tekunnya Kami Dalam Training Start Bright Series Kali Ni
Tekunnya Kami Dalam Training Start Bright Series Kali Ni

Speaker SBS 2015/2016  Penuh Bersemangat
Speaker SBS 2015/2016  Penuh Bersemangat

Product Leaning
Product Leaning 

Topik Start Bright Series Cycle 2015/16 Makin Mantap
Topik Start Bright Series Cycle 2015/16 Makin Mantap

Training SBS di Faizland
Training SBS di Faizland
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...