Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Tuesday, 10 October 2017

Kota Kinabalu Tepat Melancong Yang Berbaloi Untuk Keluarga

Masa berlalu cepat sangat, sedar tak sedar dah setahun saya dah keluarga berkelana mencari rejjeki di negeri Bawah Bayu ni. Ewahh cakap macam tak pernah jejakkan kaki ke Sabah pulak, padahal inche suami pun orang Sabah juga. Hehehe. Pejam celik pejam celik dah berganti tahun tinggal jauh dari keluarga terchenta. Renduu giler dengan Key Ell uolls hehehe.

Takdelah kejutan budaya pun untuk saya bila menetap di sini sebab sebelum ni dah selalu sangat datang Kota Kinabalu ni, maklumlah atas tuntutan kerja. Jadinya senang satu part sebab dah tau jalan-jalan utama, tau mana tempat makan seafood sedap hehe. Hahaha lucu bila saya yang bukan orang Sabah ni jadi penunjuk arah pada husband saya yang berasal dari sini. Tapi tak boleh salahkan dia juga, sebabnya kampung dia nunnnn jauh di Semporna, bukan selalu boleh turun KK ni. Sampai sekarang pun kalau nak gi ke Kota Belud atau Kota Marudu atau Kudat saya yang akan guide husband hehe. Itulah hidup, saling lengkap melengkapi!

Dah setahun lebih duduk sini, baru sekali kami balik ke Semporna disebabkan kesibukan kerja inche suami. Ingat lagi my inche suami cakap dia nak ambil peluang keja sini ni untuk round seluruh Sabah, nampak takkk dia tak puas hati bila isteri dah tawaf seluruh negeri kelahiran dia hehehe. 

Kelebihan duduk sini dapatlah hari-hari merasa ikan dan seafood fresh. Tapi dari segi harga tak jauh bezanya dari KL@Semenanjung. Mungkin sebab kami dah biasa membeli ikan dan seafood murah di Tawau dan Semporna, so rasa harga di KK ni mahey weiiii. Hahaha. Kalau makan kat luar lagi lah maheyyyy kehkehkeh.

Tempat Menarik?
Ok saya fokus pada tempat menarik di KK aje dulu yer. Tempat lain entry lain saya share. Bukan apa sebab banyak gambar udah delete hehe. Jujur cakap, kalau uolls datang KK ni tak rugi sebab banyak tempat best. Gunung Kinabalu takyah cakap lah kan. Dengan pulaunya, dengan pantai cecantiknya. Memang best lah. Ranau, Kundasang wajib masuk list uolls kalau mai KK ni. Tempat sejuk. Nak lagi best uolls overnight lah memana homestay atau hotel kat Kundasang tu. Feeling dok oversea uolls....sejuk yakmattt. Desa Dairy Farm, Fish Spa, Sabah Tea Garden, Rabbit Farm ehh memacam tempat boleh pergi tau. Sebab tu saya cakap kalau datang KK wajib tidur at least satu malam di Kundasang atau Ranau. Jelajah lah semua tempat cantik dan menarik di situ. Bundu Tuhan di Ranau juga punya tarikan tersendiri. Uolls kena pergi! Hehe
Ok meh share sikit pic yang masih bersisi di dalam memori phone ni hehe.

Pic bulan doblas tahun lepas ni. Ai is gumuk melampau time nih hahaha.

Gunung Kinabalu uolls.


Ni dalam Desa Dairy Farm..tengok lembu feeling dok Aussie dan OZ kejap hahah.

Sabah Tea Garden

Sabah Tea

Fish Spa, Kg Luanti, Ranau


Kalau uolls suka ke pantai, bermula dengan Pantai Tanjung Aru, Tanjung Lipat, Pantai Damit di Tuaran antara yang cantik, bersih. Nak tengok sunset di Pantai Tanjung Aru kena bersesak dengan pelancong especially dari China, Korea dan Jepun. Berderet bas-bas datang setiap hari tak kira cuti atau pun tidak. Best kan. Kami yang dah duduk sini pun tak jemu-jemu gi tengok sunset. Subahanallah....cantik!


Nampak tak orang ramai tengok tengok sunset tu...

Lepas tu kami ni suka laa berkelah di tepian pantai semenjak-menjak duduk sini. Maklumlah masa kat Pantai Dalam takdak pantai kan, nama je Pantai Dalam hahaha. Pehtu nak gi pantai, kenalah gi Port Dickson yang buleh tahan jauhnya, pehtu dengan ramainya manusia, dengan kotornya addeh. Tu belum nak cakap pasal minyak, pasal tol bagai kan hahhaa. Dududk sini sekangkang kera je Pantai Tanjung Aru tu dari rumah. Hehehe. Apalagi amek lah kesempatan berkelah setiap Sabtu Ahad. Siap ber bbq lagi walaupun kami 4 beranak je hehehe.




Camni barulah keturuanan Bajau namanya berendam air laut! Hehe




Suka scuba dan snorking? Sini lah syorgaaa pulau. Pulau Mamutik, Pulau Gaya, Pulau Sapi macam-macam nama nak list down kat sini pun lupa. Yang tak berapa nak best kekadang kat pulau ni agak kotor bila terlalu ramai yang datang, especially musim cuti sekolah. Time ni ramai laaa orang gi pulau. Sabah memang sangat terkenal dengan pulau yang cantik, nak nak pulau yang jauh-jauh macam Pulau Manukan tu. Pastikan naik bot di Jeti Jesselton yer kalau nak ke pulau area sini. Jangan naik bot di jeti HAROM pulak hehehe.








Nak tengok binatang? Boleh lah ke Lok Kawi Wildlife Park. Dekat je dari pusat bandar KK ni.  Best gak sini ada bintang-binatang syok lah bebudak kan.

Entrance Lok Kawi Wildlife Park

Kalau anda datang bercuti sekeluarga boleh sewa kereta. Banyak perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan dan make sure booking awal. Saya bukan travel agent tau tapi sesapa yang nak mai kalau terdesak saya ada contact no untuk sewa kereta. Saya pun pernah sewa kereta dari adik/kakak ni, mesra orangnya. Hehehe ini bukan review berbayar, tapi menolong kalau anda mencari. So far kawan-kawan yang datang saya bagi je no orang tu dan biar mereka deal sendiri. Sebab saya bukan orang tengah yang amek percent dari mereka hahaah. Suka-suka tolong orang je. Haa gitu.

Ok lah sampai sini dulu, next time saya tulis lagi pasal rumah terbalik (up side down) dan 3D museum, cowboy town dan tempat seafood best untuk share dengan anda semua. Sekian coretan orang yang dok merindukan Key Ell hahaha. 




Saturday, 19 July 2014

Perintah Berkurung Semporna Yang Merobek Hati

Berita yang benar-benar merobek hati Mak Jemah bilamana Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalal mengumumkan perintah berkurung untuk 6 daerah Pantai Timur Sabah iaitu Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Kinabatangan, Semporna dan Tawau. Walaupun sebenarnya maklumat dalaman tu Mak Jemah dah tahu awal tapi bila diumumkan secara rasmi nya oleh Datuk Jalal tu semacam merobek hati. Masakan tidak Mak Jemah sekeluarga bakal balik beraya di Pulau Bumbum, Semporna Sabah pada 25 Julai 2014 ni. Dan kami sekeluarga balik menaiki pesawat MAS. Dua-dua nya isu yang tengah hangat diperkatakan noksss. Allahhu Akbar. 

Dan sebelum berbuka tadi, kami menerima wassap daripada keluarga yang berada di Pulau Bumbum mengenai notis yang dah pun di tampal aka di tempekkkkk di seluruh pulau. Hambekkkkk kauuuuu nokkk... Haish, maunya hati Mak Jemah tak risau. Korang tengok lah sendiri apa isi kandungan notis tersebut. 
Semporna
Notis Perintah Berkurung


Tak banyak sikit pun kebimbangan tetap bersarang di hati Mak Jemah. Dulu masa kes penculikan Abu Sayaf di Pulau Sipadan Mak Jemah still belajar di Universiti Malaya. Masa tu bila student dari Semporna je kami panggil Abu Sayaf. Memang tak pernah terfikir yang suatu hari nanti Mak Jemah akan bertemu jodoh dengan orang pulau dari Semporna hehehehe. Ingat lagi masa tu classmate Mak Jemah yg kami panggil Abang Lan seorang guru dari Semporna sering jadi bahan ketawa kami. Dia jugak sering berkongsi pengalamannya mengajar di pulau yang mana bila anak murid di tegur bapak datang bawak parang kauuuu. Hehehe itu pengalamannya pada awal 1990-an. Dan bila nampak biawak lalu di kawasan sekolah je anak murid berlari mengejar kikiki. 

Hah, berbalik kepada perintah berkurung di Semporna, hampir 5 tahun bersuamikan anak jati Semporna berbangsa Bajau ni apa yang Mak Jemah tengok pekan Semporna tu memang lah meriah. Tak banyak beza dengan pekan lain cuma dari segi kemudahan pejabat kerajaan dan bank sangatlah terhad. Semporna menjadi tumpuan pelancong asing yang dahagakan keindahan pulau. Mak Jemah sudah menjelajah pulau sipadan, pulau mabul, dan pulau kapalai sebelum berkahwin lagi ( masa tu belum kenai pun my inche suami hahaha). Sesapa yang nak ke pulau sipadan atau mabul atau kapalai perlu amek speed boat di jeti Semporna yer.

Semporna
Jeti Semporna



Haaa pic kat atas tu lah Jeti Semporna. Dan yang kat belakang tu Dragon Inn iaitu floating resort. Nak balik ke Pulau Bumbum pun kami kena naik boat daripada Jeti Semporna ni. Begitulah keadaannya bila kami balik ke kampung my inche suami. 

Semporna
Mak Jemah dan Family naik boat nak ke Pulau Bumbum. Muka cuak je



Semporna
Adik Mak Jemah berposing di Dragon Inn Semporna
  

Anak2 buah Mak Jemah bergambar di Dragon Inn Semporna


Yang merisaukan Mak Jemah ni sebab kampung My Inche Suami tu Pulau Bumbum dan jarak pulau tu dengan perairan Filipina sangatlah dekat. Kalau daripada dapur rumah mertua Mak Jemah tu ialah laut lepas yang memisahkan Sabah dengan Filipina. Ya Allah dekatnyaaaaa...

Pulau Bumbum Semporna
Laut lepas yang nampak daripada dapur kami


Pulau Bumbum Semporna
Lautan yang digunakan pengganas  masuk ke Semporna


Inilah yang menyebabkan hati Mak Jemah kecut. Bukan tak mahu balik ke Pulau Bumbum tapi keadaan keselamatannya yang kian menggigit ulu hati. Benar ajal maut di mana-mana tetapi bila mengenangka perintah berkurung tu seolah-olah Mak Jemah nak menempah maut kan. Ya Allah semoga kami semua selamat pergi dan balik ke KL nanti. Mak Jemah suka balik ke Semporna sebab makanan laut yang fresh dan keadaan laut yang cantik. Apapun Mak Jemah hanya mampu berdoa semoga kami sekeluarga akan di pelihara Allah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...