Showing posts with label Selera makan. Show all posts
Showing posts with label Selera makan. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

Rahsia Meningkatkan Selera Makan Anak

Pagi ni hati sangat terhibur dengan gelagat permata hati saya Firas. Masakan tidak, bangun seawal jam 630 pagi. Merengek nak ikut papanya pergi exam. Siap cakap 'saya pun exam juga tahu tak'. Hehehe exam lah sangat kan. Lepas tu dah kena tinggal dengan papanya, mulut mungil tu dok mintak makanan. Comel je bila dia datang kat saya yang tengah lipat baju, sambil tunjukkan perutnya dan cakap 'mommy perut saya hungeri -hungry lah' hehehehe. Dia ni memang memanjang aje lapar nya selagi botol mealshake tu masih ada isi. Memang mealshake ni membuatkan selera makan anak saya sentiasa ada. Takdelah dia memilih nak makan meehun memanjang. 

Mealshake adalah multivitamin dengan perisa dan bau vanilla ni memang membuatkan anak saya sangat teruja nak minum. Yelah bau vanilla tu sendiri memang dah mengigatkan kita pada ais krim ermmm yummeh. Hehehe biasanya saya campurkan sesudu besar mealshake ni ke dalam minuman anak saya. Sehari saya hadkan 2 sudu je untuk Firas, maklumlah tak nak lah dia terlebih 'bambam' mac dulu-dulu heheheh.

Mealshakes Membantu Meningkatkan Selera Anak
Mealshakes Membantu Meningkatkan Selera Anak

Saya mula berikan Firas sejak dia berusia 2 tahun lebih, sekarang dia dah nak masuk 4 tahun. Anak saya berhenti minum susu seawal umur 2 tahun, sebab itulah saya berikan dia mealshakes ni. Memang dari dulu lagi Firas memang suka makan tapi bezanya dulu dia memang kurang sangat nak makan nasi, tapi lebih suka makan beehun, spaghetti, ataupun mee sabah. Alhamdulillah Firas suka makan sayur juga. Kalau tidak agak susah jugakan sebagai ibu nak bagi sayur-sayuran pada budak-budak kecil ni. Untungnya ada mealshakes ni sebab dapat meningkatkan selera makan anak, selain membantu elakkan sembelit. Syukur sangat bila Firas memang tak pernah berdepan dengan masalah sembelit ni. Ngeri jugak bila dengar anak-anak kawan yang menanggis bila nak 'yakk' ni. 

Jom layak gelagat Firas yang suka makan. Nasib baik sekarang ni dia dah tak terlalu bambam walaupun makan banyak. Yelah dah besar ni banyak main, tenaga banyak guna melompat sana melompat sini kan so tak berpeluanh gemuk hehehe.

Makan Kepchi Pun Ok
Makan Kepchi Pun Ok 


Firas Zaman Bambamnya
Firas Zaman Bambamnya


Sentiasa Berselera
Sentiasa Berselera


Makan Sayur Pun Dia Tak Memilih
Makan Sayur Pun Dia Tak Memilih


Grilled chicken chop mommy buat


Coco crunch pun tibai

Spaghetti pun favourite juga


Spaghetti lagi


Ehh dia makan nasi dengan telur lah, hari ni mommy xmasak sayur hehe
Ehh dia makan nasi dengan telur lah, hari ni mommy xmasak sayur hehe


Uits makan kek pulak
Uits makan kek pulak


Saya nasihatkan ibu yang mengadapi masalah anak yang picky eater, kerap sembelit, dan sering demam boleh cuba berikan minuman multivitamin ini. Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu  happy bila tengok selera anak meningkat kan. Satu botol tu tahan 2 bulan lebih, kekadang saya sampai 3 bulan, harga pun mampu milik RM119 sebotol. Teruja sangat bila tengok anak kita berserera makan. Ini lah rahsia kenapa saya memberikan anak saya mealshakes setiap hari, ni lah juga rahsia selera makan anak saya Firas sentiasa 'menyala-nyala' hehehehe.


Kenapa Mealshakes

Saya memilih mealshakes kerana ianya diperkaya dengan 19 vitamin dan mineral. isnya juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran anak-anak. 


Kenapa Anda Perlukan Mealshakes
Kenapa Anda Perlukan Mealshakes


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...