Showing posts with label Set Kesihatan Sendi. Show all posts
Showing posts with label Set Kesihatan Sendi. Show all posts

Sunday, 31 May 2015

Kebaikan Apple Cider Vinegar Yang Membantu Menurunkan Berat Badan

Tentu ramai yang pernah mendengar tentang khasiat Apple Cider Vinegar (ACV) kan. Di zaman mula-mula saya nak kurus dulu, sekitar tahun 2002 saya suka sangat minum ACV ni 2x sehari iaitu pagi dan malam. Memang masa tu berat badan saya turun, tetapi hampir dua tahun jugalah saya amalkan ACV tu. Dan daripada pinggan 32 inci jadi 27 inci. Banyakkk berat berkurang tau. Sekali lagi saya tegaskan hampir 2 tahun saya amalkan petua ni. Tapi adat manusia, bila dah dapat apa yang diingini, saya mulalah lupakan jasa ACV ni heheheh. Alhamdulillah walaupun berhenti minum ACV berat tak naik ditambah pula saya memang control makan. Tapi bila dah kawin dan bersalin ni aiyaaaaa penimbang dah rosak (berat naik berganda hahahahaha). Itulah bahananya... Lama tinggalkan ACV. langsung tak pernah minum dah ACV sampai lah baru-baru ni bila saya terlihat ACV kat Giant. Masa tu barulah terlintas, ehhh kenapa aku tak amalkan balik ACV ni kalau dah rasa nak kurus sangat kan. Allah sesungguhnya aku rindu untuk kembali ramping seperti dulu hhehe. Habis tu sekarang ni gemok gedempol keeee? Tidak lah gemok gedempol tetapi sendiri rasa tak best leeee bila badan tak ramping macam dulu kiki. Hai sudah nama nya  perempuan kannnnn.

OK jadi, fikir punya fikir punya fikir, so saya nekad nak kembali amalkan ACV ni. So pergi Carrefour Bangsar South, sambar sebotoi kecil ACV brand Heinz. Nak cari brand Bragg tak jumpa so sambar je mana yang ada depan mata. 

Apple Cider Vinegar Jenama Heinz
Apple Cider Vinegar Jenama Heinz



Apa itu Cuka Epal?

Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal adalah salah satu tonik yang baik untuk kesihatan kita. ACV melalui proses di mana epal diperah untuk mendapatkan jusnya. Seterusnya melalui proses penapaian. Semasa proses nak jadi cuka itu dimasukan yis dan bacteria untuk melengkapkan proses penapaian. Beberapa tindakbalas kimia akan berlaku dalam proses ini di mana yis itu akan menukarkan kandungan gula semulajadi epal epal kepada alcohol. Proses seterusnya adalah bacteria menukarkan alcohol menjadi acid. Kehadiran acetic acid dan malic acid dalam proses ini menyebabkan ia menjadi masam.



Kandungan dalam cuka epal


Selain acetic dan malic acid, ACV juga mengandungi beberapa jenis acid, vitamin dan mineral galian dan amino acid. Kandungan nutrisi ini membuatkan cuka epal sangat baik untuk kesihatan. Selain itu terdapat juga kandungan soluble fiber of pectin, vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, thiamin, riboflavin, niacin, pantothenic acid, beta-carotene and lycopene. Mineral di dalam nya juga mengandungi as sodium, phosphorus, potassium, calcium, iron and magnesium.


ACV ni ada banyak khasiat untuk kesihatan, kecantikan kita. Kalau tidak masakan ianya diamalkan oleh ramai orang kan. Yang saya tahu ACV membantu mengawal kolesterol dan gout. Sangat femes ok. Masa bekerja di CPDS UM dulu saya tengok beberapa pensyarah amalkan ACV ni untuk mengawal gout mereka. Meh kita lihat apa lagiasiat ACV ni.


Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :
  • Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
  • Membantu melindungi hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
  • Membantu memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan. (Ini Paling Best kan kan kan)
  • Memperbaiki masalah sistem kencing.
  • Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
  • Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
  • Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing


Kebaikan Apple Cider Vinegar
Kebaikan Apple Cider Vinegar


Apple Cider Vinegar Sebagai Agen Detox
Apple Cider Vinegar Sebagai Agen Detox



Bagaimana ACV Membantu Mengurangkan Berat Badan?

Apple cider vinegar membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan & menyingkirkan lemak-lemak yang ada dalam badan anda serta mengurangkan berat badan dalam proses penyerapan nutrien dan penghadaman. Nampak tak ianya agen detox untuk kita, bila dah detox, badan ringan nutrient mudah diserap dan proses nak turunkan berat menjadi lebih mudah. Fuhhhh semangat berkobar-kobar ni nak melihat perubahan dengan ACV dan supplement kegemaran saya ni. Di sini saya share resipi ACV yang saya amalkan dedulu tu. Hope badan dapat menerima dan bekerja keras untuk turunkan berat kali ni. Heheheheh.

Resipi ACV untuk mengurangkan berat badan ialah:

  • 2 sudu teh ACV (brand apa pun tak kisah)
  • 1 gelas air suam

Campurkan semua bahan dan kacau, minum 2x sehari. Pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur dan malam selepas makan malam. Atau sebelum tidur. Sebagai permulaan ni kita cuba dulu dalam masa 2 bulan (TANPA CULAS) yer dan kita lihat ada tak perubahan nya. 

Harap saya akan terus Istiqamah dalam rutin harian baru ni. Ini hari pertama memulakan rutin ACV selepas bertahun-tahun berhenti. Hehehehe. Doakan saya berjaya dengan misi kurus secara semulajadi tanpa produk beracun. Hehehehe


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.




Sunday, 10 March 2013

Hilangkan Sakit Sendi Dengan Advance Joint Health Tablet dan Omegaguard

Sejak bertugas di luar kawasan ni ehh luar kawasan ker? mcm balik kampung pulak bukannya luar kawasan. Ye lah kena bertugas di negeri tanah tumpah darahku (hahahah) di kelate jer hikhikhik. Ok berbalik pasal kerja di kelantan nih. Terpegun jugak saya dengan warga emas di sini yang sudah berumur tetapi masih lagi bertungkus lumus mengerjakan ladang tanaman masing-masing.
Setiap kali pergi visit akan kedengaran "mokcik/pokcik sakit lutut ni,tok leh lah nok menanam banyak" di translate "makcik/pakcik sakit lutut, tak boleh nak menanam banyak". Apa yang membuat kan saya kagum adalah mereka ni walaupun sakit lutut tetapi tetap turun mengusahakan tanaman masing-masing.

Sebut pasal sakit lutut, saya pun pernah mengalaminya. huhuhu sebabnya lutut terlanggar bucu meja kaca huhuhu. berbulan-bulan juga saya mengalami sakit lutut terutamanya bila bangun pagi. Kesakitan mungkin juga sebab lepas jer pantang 60 hari, 1 day masuk kerja saya dah pakai highheel..Wahhhh, sebab ada event melibatkan timbalan menteri pengajian tinggi punya pasal kena pakai formal..dan saya tak der stok kasut flat , hanya highheel dlam almari so tibai ajelah.....Testimoni diri sendiri sejak mengamalkan Advance Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee dengan Omega Guard Shaklee heheheh. Dalam masa 5 hari kesakitan berkurangan. Dan sekarang ni saya dah 1 bulan mengamalkan AJHT.

Untuk adik ipar yang sikunya dislocation tu pun saya minta dia amalkan AJHT,Omega dan ostemetrik...Nak tahu berkesan ke idok..tungguuuu next update heheheh

Seronok bila dapat berkongsi cerita benar setelah diri sendiri mengamalkan vitamin2 ni semua...



Hubungi saya Nur Masliza Muda melalui sms/whatapps 012-2965214 
Email  lia_kirana16@yahoo.com...

** *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...