Showing posts with label Set Slim. Show all posts
Showing posts with label Set Slim. Show all posts

Sunday, 31 May 2015

Kebaikan Apple Cider Vinegar Yang Membantu Menurunkan Berat Badan

Tentu ramai yang pernah mendengar tentang khasiat Apple Cider Vinegar (ACV) kan. Di zaman mula-mula saya nak kurus dulu, sekitar tahun 2002 saya suka sangat minum ACV ni 2x sehari iaitu pagi dan malam. Memang masa tu berat badan saya turun, tetapi hampir dua tahun jugalah saya amalkan ACV tu. Dan daripada pinggan 32 inci jadi 27 inci. Banyakkk berat berkurang tau. Sekali lagi saya tegaskan hampir 2 tahun saya amalkan petua ni. Tapi adat manusia, bila dah dapat apa yang diingini, saya mulalah lupakan jasa ACV ni heheheh. Alhamdulillah walaupun berhenti minum ACV berat tak naik ditambah pula saya memang control makan. Tapi bila dah kawin dan bersalin ni aiyaaaaa penimbang dah rosak (berat naik berganda hahahahaha). Itulah bahananya... Lama tinggalkan ACV. langsung tak pernah minum dah ACV sampai lah baru-baru ni bila saya terlihat ACV kat Giant. Masa tu barulah terlintas, ehhh kenapa aku tak amalkan balik ACV ni kalau dah rasa nak kurus sangat kan. Allah sesungguhnya aku rindu untuk kembali ramping seperti dulu hhehe. Habis tu sekarang ni gemok gedempol keeee? Tidak lah gemok gedempol tetapi sendiri rasa tak best leeee bila badan tak ramping macam dulu kiki. Hai sudah nama nya  perempuan kannnnn.

OK jadi, fikir punya fikir punya fikir, so saya nekad nak kembali amalkan ACV ni. So pergi Carrefour Bangsar South, sambar sebotoi kecil ACV brand Heinz. Nak cari brand Bragg tak jumpa so sambar je mana yang ada depan mata. 

Apple Cider Vinegar Jenama Heinz
Apple Cider Vinegar Jenama Heinz



Apa itu Cuka Epal?

Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal adalah salah satu tonik yang baik untuk kesihatan kita. ACV melalui proses di mana epal diperah untuk mendapatkan jusnya. Seterusnya melalui proses penapaian. Semasa proses nak jadi cuka itu dimasukan yis dan bacteria untuk melengkapkan proses penapaian. Beberapa tindakbalas kimia akan berlaku dalam proses ini di mana yis itu akan menukarkan kandungan gula semulajadi epal epal kepada alcohol. Proses seterusnya adalah bacteria menukarkan alcohol menjadi acid. Kehadiran acetic acid dan malic acid dalam proses ini menyebabkan ia menjadi masam.



Kandungan dalam cuka epal


Selain acetic dan malic acid, ACV juga mengandungi beberapa jenis acid, vitamin dan mineral galian dan amino acid. Kandungan nutrisi ini membuatkan cuka epal sangat baik untuk kesihatan. Selain itu terdapat juga kandungan soluble fiber of pectin, vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, thiamin, riboflavin, niacin, pantothenic acid, beta-carotene and lycopene. Mineral di dalam nya juga mengandungi as sodium, phosphorus, potassium, calcium, iron and magnesium.


ACV ni ada banyak khasiat untuk kesihatan, kecantikan kita. Kalau tidak masakan ianya diamalkan oleh ramai orang kan. Yang saya tahu ACV membantu mengawal kolesterol dan gout. Sangat femes ok. Masa bekerja di CPDS UM dulu saya tengok beberapa pensyarah amalkan ACV ni untuk mengawal gout mereka. Meh kita lihat apa lagiasiat ACV ni.


Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :
  • Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
  • Membantu melindungi hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
  • Membantu memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan. (Ini Paling Best kan kan kan)
  • Memperbaiki masalah sistem kencing.
  • Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
  • Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
  • Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing


Kebaikan Apple Cider Vinegar
Kebaikan Apple Cider Vinegar


Apple Cider Vinegar Sebagai Agen Detox
Apple Cider Vinegar Sebagai Agen Detox



Bagaimana ACV Membantu Mengurangkan Berat Badan?

Apple cider vinegar membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan & menyingkirkan lemak-lemak yang ada dalam badan anda serta mengurangkan berat badan dalam proses penyerapan nutrien dan penghadaman. Nampak tak ianya agen detox untuk kita, bila dah detox, badan ringan nutrient mudah diserap dan proses nak turunkan berat menjadi lebih mudah. Fuhhhh semangat berkobar-kobar ni nak melihat perubahan dengan ACV dan supplement kegemaran saya ni. Di sini saya share resipi ACV yang saya amalkan dedulu tu. Hope badan dapat menerima dan bekerja keras untuk turunkan berat kali ni. Heheheheh.

Resipi ACV untuk mengurangkan berat badan ialah:

  • 2 sudu teh ACV (brand apa pun tak kisah)
  • 1 gelas air suam

Campurkan semua bahan dan kacau, minum 2x sehari. Pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur dan malam selepas makan malam. Atau sebelum tidur. Sebagai permulaan ni kita cuba dulu dalam masa 2 bulan (TANPA CULAS) yer dan kita lihat ada tak perubahan nya. 

Harap saya akan terus Istiqamah dalam rutin harian baru ni. Ini hari pertama memulakan rutin ACV selepas bertahun-tahun berhenti. Hehehehe. Doakan saya berjaya dengan misi kurus secara semulajadi tanpa produk beracun. Hehehehe


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.




Thursday, 27 March 2014

Kurus dengan Shaklee

Bila sebut tentang berat badan, tentu ada yang berdebor hatinya. Orang perempuan lebih concern tentang berat badan, memang sangat diakui. Saya sendiri pun begitu...kalau tidak masalah ada wanita yang sanggup menjalankan rawatan sedut lemak, bekukan lemak, malah gunakan homone untuk kurus (HCG diet).

Saya sendiri mengalami masalah pertambahan berat badan yang melampau sepanjang kehamilan. Dan berat yang sangatlah susah nak turun selepas bersalin. Tambahan pula kesukaran mendapatkan makanan yang seimbang. Tahu ajelah kan bila dah tekak melayu ni takleh lari daripada nasi lemak, segala mcm bubur, ayam masak merah semua tu...

Setahun lepas saya berkecimpung dengan Shaklee, dah namanya bisness Shaklee harusss lah gunakan produk shaklee kan hahaha. Satu yang saya suka tentang produk untuk inch loss Shaklee ialah penurunan berat badan yang tidak berlaku secara mendadak dan tiada kesan yoyo. Makan supplement tu hanya untuk membantu proses penurunan berat dan nyah lelemak dlm badan, tetapi yang paling penting ialah menjaga pemakanan sendiri. Melalui pengalaman saya, walaupun saya makan supplement utk bakar lemak tetapi saya tak control makan, maksudnya makan main belasah je..masak lemak, nasi daganh dan segala mak nenek tuuu semua saya sebattt๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ. 

Hanya sejak Januari 2014 saya mula ubah corak pemakanan dan saya hadkan pengambilan kalori kepada bawah 1000kalori sehari. Makan apa je yang 1000kalori??? Ehh boleh sangat tau nak 1000kalori tuuu. Tinggalkan nasi lemak, teh tarik, roti canai, segala makanan bergoreng dan masakaj berlemak. Larat ke saya bertahan??? Laaa kan ada multivitamin Shaklee-VITALEA tuuu, itu utk kaver keperluan vitamin harian saya. Selain itu saya lebihkan makan sayuran hijau. Haaa meh tgk menu sihat saya
Menu Sihat Untuk Kurus dan Diet
Menu Sihat Untuk Kurus dan Diet
Haaa nampak takkk semua nya makanan rendah kalori...dah tuu berwarna warni lagi...ini hanya contoh menu saya saja. Jadual makan??? Haaa meh saya kongsikan

Breakfast
-alfalfa sebaik sahaja bangkit tidoq uolss 
-2scoop cinch shake (less than 200 caleries)
-omega, lechitin, vitalea
-air putih/air mineral 500ml

Tea time
-cinch tea/green tea tanpa gula
-sebijik oren 

Lunch
-sayur rebus dengan ayam tanpa kulit (ambil bahagian dada)  (less than 200 calories)
-cinch tea/green tea tanpa gula
-omega, lechitin, dtx complex

Tea time
-cinch tea/green tea tanpa gula 500ml

Dinner
-cinch shake (less than 200calories)
-cinch tea/green tea tanpa gula 500ml
-omega,lechitin

Selain itu mmg saya sangat2 kurangkan ambil nasi/carb setiap hari dan lebihkan makan sayur dan buah buahan yang high anti oxcidant. Senaman tu sekali sekala bila free (alas an je kan) hahahaha.

Kurus Dengan Shaklee
Kurus Dengan Shaklee
Nampak tak vitamin saya tu? Heheheh dah nak cantik dan sihat kannnn harusss lah makan supplement. Kenapa saya ambil omega dan lechitin sekaligus?? Haaa sebab lemak saya ni jenis DEGIL kehkehkeh...
Kurus Dengan Shaklee
Kurus Dengan Shaklee


Reason kenapa saya amalkan mkn sayur lebih ialah kerana rendah lemak dan rendah kalori serta TIADA KOLESTROL. 

Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus
Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

Selain itu saya juga amalkan meminum air putih yang dicampurkan dengan lemon. Kalau minum sejuk2 lagi laaaa best. Uols tak caya boleh cuba...
Air Yang Mencukupi Bantu Detox Badan Untuk Proses Kurus
Air Yang Mencukupi Bantu Detox Badan Untuk Proses Kurus

Alhamdulillah walaupun berat saya hanya turun hanya beberapa kg setakat ini, namun ramai kawan2 ckp saya dah shrink sikit miahahahaha. Itu pun saya kengkadang makan nasi jugak, cuma dlm kuantiti yang sangat sedikit. Orang malaysia kot kan, lidah melayu sikit pun nakkk jugak makan nasi hehehe. Tapi tips saya elakkan makan nasi or any carb utk diner. 

Ok setakat ini sahajalah tips nak kurus dengan shaklee yang dapat saya kongsikan dengan anda. Ini experiment pada diri sendiri dan tiada kaitan dengan orang lain heheh. Feel free untuk wa/sms 012-2965214 untuk dapatkan produk  Shaklee dan tips mengenainya. Dah saya ni SID Shaklee haruslah guna produk Shaklee kan. 

Nur Masliza 012-2965214
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...